Kek Lapis Boyzzz
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Kek Lapis Boyzzz, Food & Drink, NO 83, Jalan PERMATA LEMBAH BUJANG TAMAN PERMATA LEMBAH BUJANG BEDONG, Bedong.
Tips Penting Tentang Telur Bila Nak Buat Kek & Biskut
Adakah anda tahu telur juga memainkan peranan yang sangat penting dalam proses pembuatan kek?Jum kita tengok
1)Pastikan hanya telur segar digunakan untuk membuat kek atau biskut. Uji kesegaran telur dengan meletakkan telur ke dalam gelas berisi air. Jika telur tenggelam ke dasar, bermakna telur masih segar
2)Telur yang masih segar, warna kulitnya cerah. Telur yang sudah agak lama, akan nampak sedikit kusam dan timbul bintik-bintik hitam. Jadi, jika nak buat kek dan biskut .. jangan pilih telur yang ada tanda-tanda seperti ini.
3)Ramai akan simpan telur dalam peti ais. Jadi, apabila nak menggunakan telur tersebut bagi tujuan buat kek dan biskut, keluarkan telur sekurang-kurangnya 30 minit dari peti ais sebelum digunakan. Ini penting untuk menstabilkan suhu, dan bagi memastikan fungsi telur dalam pembuatan kek atau biskut tu dioptimumkan.
CTA : Nak tahu lebih lanjut, boleh hubungi kami di :
WhatsApp : 0135187618 (Anwar) / 0132410114(Bazli)
carta ringkas s**atan imperial dan juga metrik
Adakah anda tahu persediaan membuat kek juga memerlukan pengetahuan tentang Cara Menyukat Bahan Dalam Kek?
Berikut adalah carta ringkas s**atan imperial dan juga metrik.
1 oz - 25 gm
9 oz - 250 gm
16oz (1 lb) - 450 gm
2 lb 4 oz - 1 kg
1 cawan mentega - 250 gm
1 cawan gula - 250 gm
1 cawan tepung - 125 gm
2 cawan tepung - 250 gm
1 camca kecil/teh - 5 gm
Nak tahu lebih lanjut, boleh hubungi kami di :
WhatsApp : 0135187618 (Anwar) / 0132410114 (Bazli)
BAHAN ASAS MEMBUAT KEK LAPIS
Terdapat 4 bahan asas yang penting dalam pembuatan Kek Lapis Sarawak. Bahan-bahan tersebut ialah tepung gandum, gula, lemak dan telur. Bahan-bahan ini mempunyai fungsi-fungsi tertentu dan memainkan peranan penting dalam menghasilkan sebiji kek yang enak dan menyelerakan.
1. Tepung Gandum
Tepung yang sering digunakan untuk membuat kek ialah tepung gandum protin rendah contohnya tepung kek, tepung superfine, Red Rose dan sebagainya
2. Gula
Gula berfungsi memberikan rasa manis dan melembutkan adunan. Kek yang mempunyai kandungan gula yang tinggi boleh dijadikan sebagai pengawet semula jadi agar kek tahan lebih lama.
3.Lemak
Lemak yang digunakan di dalam pembuatan kek ialah mentega atau majerin. Lemak berfungsi melembut dan melincirkan glutin dalam tepung dan menjadikan kek lembut dan halus
4. Telur
Telur berperanan menyebatikan semua adunan dan memberikan kelembapan kepada kek. Dalam kek mentega, telur yang merupakan cecair membantu menyebatikan mentega dan gula
Nak tahu lebih lanjut, boleh hubungi kami di :
WhatsApp : 0135187618(Anwar) / 0132410114 (Bazli)
Perbezaan kek yang dikukus dan dibakar 🦋
S**a makan yang dibakar atau dikukus?
Selama ni kita tahu makan je kan? agka agak susah ke nak bezakan ? Tentulah tidak ! 💓
Mari kita lihat berbezaannya:
1. Kek yang dikukus naik lebih padat dan lebih lembab, manakala kek yang dibakar rangup diluar lembut di dalam.
2. Kek kukus tahan lebih lama berbanding kek bakar.
3. Kek yang dibakar lebih kuat rasanya manakala kek dikukus p**a lebih berlemak.
4. Warnanya juga berbeza, warna kek yang dibakar akan sedikit pudar berbanding yang dikukus.
Nak tahu lebih lanjut, boleh hubungi kami di :
WhatsApp : 0135187618 (Anwar) / 0132410114 (Bazli)
Asal Usul Kek lapis 📍
Kek lapis dari Sarawak ? Yakinkah anda kek lapis asalnya dari Sarawak ?
Menyingkap sejarah kek lapis, dipercayai berasal dari Indonesia namun juadah itu mula diperkenal serta mendapat tempat di kalangan penduduk Sarawak sekitar tahun 1980-an.
Sejak itu, kek lapis kian sinonim dengan Sarawak, malah kek lapis Sarawak yang dihasilkan jauh lebih sedap daripada kek lapis negara jiran itu, kerana bahan yang digunakan lebih pelbagai dan mutunya juga lebih baik.
Setelah 30 tahun berlalu, kek lapis Sarawak semakin pop**ar bukan saja di kalangan penduduk tempatan, malah menerima banyak tempahan dari Semenanjung, Sabah, Brunei dan Singapura.
Teringin nak tahu lebih lanjut mengenai keistimewaan kek yang pop**ar di sarawak ini?
Kalau anda teringin , boleh menghubungi kami melalui :
WhatsApp : 0135187618 (Anwar) / 0132410114 (Bazli)
Hi korang ! Happy Friday !
Loaded cheesecake filled with chocolate sauce 😍😍
Kalau korang s**a new york cheesecake . Korang wajib try ni jugak tau ! Sebab haih mesti rasa nk repeat lagi 😭
Jum la grab satu pcs before stock habis 😘
CTA : Cara pembelian 👇🏻
Whatsapp : 0135187618 (Anwar) // 0132410114 (Bazli)
Kek Lapiss VIRALLL!!!
Bila masuk bab makan ni, viral lah sana sini pun, kita tetap kena try dulu. Sebab lain lidah lain rasanya.
Kadang2 rupa nampak cantik tapi rasa tak seperti yang dikata. Kadang2 rupa tak berapa nak helok, tapi rasa dia sedap ya ampun!
Apapun korang wajib try dulu.
Yang nk rasa kek lapis, boleh roger2 kami..
CTA : Cara pembelian 👇🏻
Whatsapp : 0135187618 (Anwar) // 0132410114(Bazli)
MAKANAN KUDAP IN THE HOUSE !🫣
Petang ni makan apa dengan family?
If korang seorang mommy yg bekerja, mesti nak kudapan yang cepat hidang kan. Yelah dah penat-penat balik kerja nak fikir makan suami & anak2 p**ak.
D:
✅ Ada lebih 20 Pilihan Rasa yang Berbeza
✅ Tekstur Kek yang Lembab, Kurang Berminyak & Kurang Manis
✅ Tahan sehingga 6 Bulan di dalam sejuk beku
✅ Pos ke seluruh Semenanjung Malaysia
✅ Pulangan wang / gantian kek jika rosak (T&C)
So kalau korang nak kudapan yg cepat hidang & sedap, korang klik link di bawah ya. Kami tolong suggest untuk korang. Boleh pos ke seluruh semenanjung Malaysia☺️
CTA : Cara pembelian 👇🏻
Whatsapp : 0135187618 (Anwar) // 0132410114 (Bazli)
BELI 2 TAK CUKUP. BELI 3 ATAU 4 BARU CUKUP!!!
Itu pun sehari dah boleh licin. Sebab tu kami pesan siap2. Kalau nak order better ambil lebih sebab confirm tak cukup.
Tambah yg ada anak2. Jangan mimpi nak makan sepotong. Secubit pun belum tentu dapat😁
Craving nak makan kek yang
✔️ sedap
✔️ kurang manis
✔️ tekstur kek lembab
TAPI
Taknak keluar membeli di kedai. Nak orang hantar sampai depan pintu rumah.
Bolehhh!
Sekarang ni dah mudah. Kek pun dah boleh pos. Pos ke seluruh semenanjung Malaysia p**ak tu😍
CTA : Cara pembelian 👇🏻
Whatsapp : 0135187618 (Anwar) // 0132410114 (Bazli)
KEK LAPIS STRAWBERRY 🍓🍓!!!
Ada tak sapa2 kat sini yang s**a sangat dengan strawberry? Apa2 makanan yg berasaskan strawberry dia wajib beli.
Nak bagitau, korang wajib try kek lapis strawberry sebab tekstur kek lapis strawberry ni serius lembut & kurang manis. Anak2 kalau dapat kek lapis ni memang senyum sampai ke telinga especially si gegirl!
Jangan pandang sebelah mata dgn flavor strawberry ni. Sebab ada cust kami yg repeat order berkali -kali untuk flavor ni je. Anak s**a sangat katanya☺️
Yang nk rasa kek lapis gebus gebas. Tekan link dibawah yaa.
CTA : Cara pembelian 👇🏻
Whatsapp : 0135187618(Anwar) // 0132410114 (Bazli)
jenis jenis tepung
Adakah anda tahu terdapat pelbagai jenis tepung yang boleh digunakan dalam masakan?
1.Tepung Serbaguna
Tepung serbaguna adalah jenis tepung yang sesuai untuk sebarang jenis masakan. Dalam bahasa Inggeris ia dipanggil sebagai 'Plain flour atau 'All purpose flour' dan ia juga lebih dikenali sebagai tepung gandum atau tepung untuk serbaguna
2.TEPUNG GANDUM
Tepung gandum adalah antara jenis tepung paling biasa yang banyak dipasarkan secara komersial. Tepung gandum diperbuat daripada bijirin gandum yang dikisar halus dan biasanya berwarna putih
3.TEPUNG BERPROTEIN TINGGI
Tepung jenis yang berprotein tinggi untuk membuat roti kerana ia mempunyai daya menganjalnya agak tinggi dimana ini akan menjadikan ia lebih sempurna setelah diadun dengan bahan membuat roti iaitu ragi atau pun yis.
4.TEPUNG BERPROTEIN RENDAH
Tepung berprotein rendah p**a adalah lebih sesuai untuk dibuat kuih pau dan seumpamanya. Tepung ini ada dijual dalam pelbagai jenama dan sesuai untuk mereka yang memerlukan tepung jenis ini untuk menjaga kesihatannya.
5.TEPUNG KRIMER
Krimer adalah seperti susu (berlemak tambahan) yang sering dibubuh ke dalam minuman seperti Nescafe atau teh. Boleh dibeli di dalam pek atau di dalam botol sebagai Non-Dairy Creamer
CTA : Nak tahu lebih lanjut, boleh hubungi kami di :
WhatsApp : 0132410114(Bazli) / 0135187618 (Anwar)
Kek Lapis Durian!!!
Siapa peminat durian?
Teringin nk mkn durian tp buah durian belum musimnya? Jangan risauu Kek Lapiss Duriann ada dikedai kamii🥳
Korang kena beli dan rasa keenakan kek lapis durian yang padu ni.. Dah makan tak boleh berenti da😝
Yang nk rasa kek lapis durian, boleh roger2 kami..
CTA : Cara pembelian 👇🏻
Whatsapp : 0135187618 (Anwar) // 0132410114(Bazli)
T : 5 Tips Elak Kek Melekat Pada Acuan
I : Kek selalu tak jadi sbb melekat kat acuan..Jangan stress-stress mari saya bagi tips pada anda
S : Acuan Mesti Kering dan Bersih.
Acuan atau loyang pembakar kek penyumbang kepada hasil kek yang sukses. Oleh itu anda harus pastikan acuan yang akan digunakan dalam keadaan bersih dan kering. Sedikit kotaran dan titisan air akan mempengaruhi hasil kek yang dibakar atau dikukus. Antara masalah akan timbul adalah kek s**ar dikeluarkan dari acuan.
1. Oles Bahagian Dalam Loyang Dengan Margarin Atau Cooking Spray.
Cara ini biasa digunakan oleh kebanyakan bakers. Menggunakan dua bahan ini mampu melicinkan permukaan acuan atau loyang. Derngan cara ini kek mudah dikeluarkan walaupun baru dikeluar dari ketuhar. Harus diigat jangan oleskan margerin atau semburkan cooking spray terlalu banyak, kerana ia akan mempengaruhi rasa kek yang anda hasilkan.
2. Lapis Acuan Dengan Kertas Baking
Anda juga boleh menggunakan kertas baking untuk melapisi dasar acuan dan bahagian tepinya sekali sebelum anda memasukkan adunan kek di dalamnya. Cara ini juga akan memastikan kek lebih mudah dikeluar dari acuan loyang pembakar mereka.
3. Gunakan Acuan Atau Loyang Tidak Melekat
Cara ini paling praktis dan mudah. Kerana acuan atau loyang anti lekat mempunyai permukaan yang tidak melekat dan mudah dikeluarkan bahan yang diisi di dalamnya, namun harga sedikit mahal berbanding acuan atau loyang biasa.
4. Sejukkan Kek Sebelum Dikeluarkan Dari Acuan
Bila kek sudah masak, anda harus sabar. Jangan terus keluarkan kek dari acuan kerana kek mungkin lekat kerana waktu ini kandungan mentega dalam kek masih panas ini menyebabkan tekstur kek sangat lembut semasa panas. Biarkan sejuk seketika pada suhu bilik supaya kek lebih padat sedikit dan mudah dikeluarkan dari acuan. Gunakan pisau untuk melonggarkan sekeliling acuan agar kek lebih mudah dikeluarkan.
CTA : Untuk pertanyaan lanjut tentang tips2 pembuatan kek yang cantik, boleh hubungi :
WhatsApp : 0135187618(Anwar) / 0132410114 (Bazli)
3 Jenis Coklat
Selalu makan coklat tapi tak tahu coklat ada bnyak jenis? Mari saya kongsikan
: i. Coklat gelap
Coklat gelap atau dark chocolate hanyalah likuor coklat, mentega koko tambahan, gula, pengemulsi (biasanya lesitin) dan vanila atau perasa lain. Dark chocolate mungkin mengandungi lemak susu untuk melembutkan tekstur, tetapi ia umumnya tidak mempunyai rasa susu. Dark chocolate juga dikenali sebagai coklat semi-manis. Coklat tanpa pemanis, atau coklat masak, adalah 100 peratus likuor coklat dan biasanya sangat pahit dan astringen. Dark chocolate sering mempunyai peratus koko yang lebih tinggi, yang bermakna ia mempunyai lebih tinggi biji koko di dalamnya daripada chocolate lain.
ii. Coklat susu
Semua seperti dark chocolate, tetapi ditambah dengan pepejal susu. Coklat susu (milk chocolate) manis dan berkrim biasanya tidak dibuat dengan susu sejuk dan berbuih. Ia biasanya dibuat dengan pepejal susu kering, yang kelihatan seperti susu tepung. Milk chocolate mempunyai sekurang-kurangnya 10 peratus (%) likuor koko mengikut berat, dan sekurang-kurangnya 12% pepejal susu. Ia adalah jenis coklat makan yang paling biasa.
iii. Coklat putih
Dikenali sebagai white chocolate, ia mempunyai mentega koko (milk chocolate tolak pepejal koko). Selain mentega koko, gula, pepejal susu, lesitin dan vanila, white chocolate mungkin mengandungi perasa lain. Ia mempunyai sekurang-kurangnya 20 peratus mentega koko, 14 peratus susu pepejal, dan tidak lebih daripada 55 peratus gula.
CTA : Untuk pertanyaan lanjut tentang bahan bahan kek yang ada, boleh hubungi :
WhatsApp : 0132410114 (Bazli) / 0135187618 (Anwar)
Kebaikan Coklat Dalam Masakan
Coklat ni sebenarnya elok ke tidak untuk kesihatan?? Mari kita lihat
Antara kebaikan coklat yang kita perlu tahu:
1. Mengurangkan risiko jantung
Pengambilan coklat mengurangkan risiko kardiovaskular. Asid stearat, walaupun menjadi asid lemak tepu yang terdapat dalam koko, tidak menyumbang kepada paras kolesterol. Ia dapat mengurangkan kemungkinan serangan jantung dan aterosklerosis yang disebabkan oleh pembengkakan arteri.
Koko juga dikenali untuk mengurangkan tahap LDL (buruk) kolesterol dan meningkatkan tahap HDL (baik) kolesterol. Sifat antioksidan flavonoid juga melindungi jantung daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas.
2. Mengekalkan sistem saraf
Satu kajian menunjukkan bahawa epicatechin dan flavonoid, sebatian yang hadir dalam dark chocolate, membantu melindungi otak daripada strok. Dalam satu kajian, sebatian ini juga didapati dapat membantu menurunkan risiko gangguan saraf, seperti penyakit Alzheimer.
3. Merawat batuk dan selesema
Koko, kerana vitamin-C, alkaloid, dan flavonoid yang terdapat di dalamnya, memberikan kelegaan daripada batuk dan selesema. Asid lemak seperti asid stearat, asid palmitik, dan asid oleik di dalamnya memberikan kelegaan daripada sakit tekak, batuk berterusan dan selesema.
4. Mengurangkan tekanan/stres
Koko mengandungi tryptophan, asid amino yang mempunyai kesan yang menenangkan. Ini mempunyai kesan menenangkan dan menyegarkan dalam kes-kes ketegangan dan tekanan.
Selain itu, koko juga mengandungi kafein yang merupakan alkaloid, theobromine dan phenylethylamine (amine, khususnya dikenali sebagai antidepresan) yang semuanya adalah perangsang. Mereka adalah pengawalan mood yang sangat berkesan dan antidepresan.
5. Meningkatkan tahap tenaga
Asid lemak seperti asid stearik dan asid palmitik (kedua-duanya tepu) dan asid oleik (tak tepu) membantu mengurangkan berat badan dan memberikan tenaga, tanpa risiko pengump**an kolesterol, seperti koko tulen. Apabila koko dijadikan coklat, jumlah kolesterol yang anda dapat bergantung kepada jenis susu (tona, semi-tona atau krim penuh) dan produk susu (mentega, pepejal susu) yang digunakan di dalamnya dan senaman yang anda lakukan. Gula dalam chocolate juga memberi tenaga dan melegakan tubuh.
6. Kecerdasan yang lebih tinggi
Coklat membuat kita lebih berjaga-jaga, yang secara tidak langsung juga membantu meningkatkan kecerdasan. Flavonoid meningkatkan aliran darah ke otak. Satu kajian mengatakan, memberi anak makan coklat semasa peperiksaan akan meningkatkan keupayaan penyelesaian matematiknya.
CTA : Untuk pertanyaan lanjut tentang tips2 yang ada,boleh hubungi :
WhatsApp : 0135187618 (Anwar) / 0132410114 (Bazli)
Lukisan Di Atas Kek Lapis Tidak Menjadi
Susah sgt kee nk buat lukisan dekat atas kek ni? Kalau salah cara tak jadi laa bentuk yang kita nak tu.
Ini diantara sebab2 lukisan tidak menjadi:
1.Warna Jadi Gelap
- Selalunya ia memgikut perangai ketuhar masing-masing. Ketuhar kecil harus menggunakan suhu rendah kera ia cepat panas. Jika resepi menggunakan suhub170c selama 30 minit hingga 40 minit, oven kecil holeh guna suhu 150c dan lebihkan masa satu jam atau sehingga masak.Jangan sesekaali buka ketuhar untuk periksa sama ada kek sudah masak atau tidak.
2. Corak Hilang Ke Tengah
-Salah satu punca corak hilang ke tengah ialah kerana ketuhar terlalu pans. Preheat ketuhar selama 3hingga 5 minit sahaja, tidak perlu lama.
3. Corak Kembang
- Corak menjadi kembang kerana adunan tidak gebu elok dan adunan cair. Jadi untuk mengelakkannya, pastilan adunan betul-betul kembang. Untuk tahu jika adunan sudah kembang, angkat mixer dan adunan lmbat jatuh.
CTA : Untuk tips2 membuat lukisan yang menarik ,boleh hubungi :
WhatsApp : 0135187618 (Anwar) / 0132410114 (Bazli)
CIRI-CIRI KEK LAPIS ASLI
Kek lapis pun ada ciri ciri yang tersendiri tau ! sebab itulah yang melambangkan perbezaan kek ini dengan kek yang lain .
Apakah ciri-ciri KEK LAPIS BASAH ASLI SARAWAK
⏩menggunakan telur Ayam
⏩ dibakar dari satu lapisan ke lapisan
⏩ rasanya tidak terlalu manis
⏩ tebal kek sehingga 2m
⏩ tahan 1 tahin didalam freezer
⏩ pelbagai perisa dan corak budaya Sarawak yang diaplikasikan dalam kesenian masakan kek ini
CTA : Nak tahu lebih lanjut, boleh hubungi kami di :
WhatsApp : 0135187618 (Anwar) / 0132410114 (Bazli)
Gebu betul kek lapis ni tau , nnti nk repeat order lagi
Stok kek dah nk habis guys ! Tp takpe kita cuba restock untuk korang semuaaa ❤❤ korang boleh pilih size yang korang nakk . Kita ada 4 jenis size iaitu
✅Premium small
✅Premium standard
✅Regular small
✅Regular standar
if uols teringin nak makan kek kteorang yg khas dibawa dari sarawak ni , jum grab skrg !
CTA : Cara pembelian 👇🏻
Whatsapp : 0135187618 (Anwar) // 0132410114 (Bazli)
Sejak sejak lunch launch kek lapis biscoff ni cepat p**ak habis stok !
Sedap sgt ke korang ? Untuk pengetahuan uols , kek lapis biscoff ni ala ala classic cake tau . Maybe sebab rasa rempah2 dari biskut biscoff tu . Tp jangan risau ! Hasil dia sedap betul tau !
Korang try dulu . Mesti fall in love teroks !
CTA : Cara pembelian 👇🏻
Whatsapp : 0135187618 (Anwar) // 0132410114 (Bazli)
A ; GOOD NEWS untuk uolls!😍
I : Memandangkan ramai sangat yang request untuk mixed flavors, so kami nak release combo set untuk uolls!
D : Ada 3 choices untuk combo set iaitu :
✔️Love set
✔️Lucky set
✔️Happy set
C : Sesuai sangatla untuk 1st timer!Try semua set.So yang mana kena dengan tekak uolls boleh terus order yang big size.Lagi jimat & berbaloi!🥰
CTA : Cara pembelian 👇🏻
Whatsapp : 0135187618 (Anwar) // 0132410114 (Bazli)
A :Kurus atau gemuk itu pilihan.
TETAPI makanan yang sedap itu satu keperluan!
I : “SUMPAH SEDAP. TAK MENYESAL BELI!”
Tapi stok kek yang ada ni pun sangatlah terhad sebab kami kekurangan bahan mentah untuk KL Biscoff. Masing2 tengah menunggu khabar dari supplier.
So kami akan dahulukan untuk uolls yang cepat bertindak😍
Korang boleh pilih
✔️ 4 regular flavors
✔️ 1 premium flavor
C :So apa tunggu lagi ? jum whatsapp kami sekarang !
CTA : Cara pembelian 👇🏻
Whatsapp : 0135187618(Anwar) // 0132410114 (Wan)
A : Promosi hebat ? 😭 Ya !
I : 💥💥PROMOSI💥💥
3 biji RM 48!!
3 biji RM 48!!
3 biji RM 48!!
💫Terhad kepada 40 ORANG PERTAMA yang whatsapp kami dulu.
D : Keistimewaan kek lapis kami?
•••••••••••••••••••••••••••••••
🌹Kami menggunakan bahan2 berkualiti
🌹Chef yg berpengalaman
🌹Kek lapis kami bertahan selama 6 bulan lamanya jika disimpan di dlm freezer
🌹Semua kek ready stock
🌹Boleh dikirim menggunakan khidmat poslaju
Info Kek Lapis
•••••••••••••••••••••
KEK LAPIS (BUTTERCUP)
Harga : RM 18/biji
Size : 8" x 2" x 2.5"
Berat : 380 g
KEK LAPIS (PREMIUM)
Harga : RM 31-RM 36
Size : 8" x 2" x 2.5"
Berat : 480 g
Ketahanan Kek :
🍰Freezer (sejuk beku)-
Tahan 6 bulan
🍰Chiller (sejuk biasa)-
Tahan 2 minggu
🍰Suhu bilik - Tahan
C : Sedap sangat!tekstur kek yang lembut & tak manis sangat sampai terpaksa sorok dalam chiller takut adik-adik kerjakan sampai habis😂
Cara pembelian 👇🏻
Whatsapp : 0135187618 (Anwar) // 0132410114 (Bazli)
5 Cara Menghiasi Kek Dengan Mudah
Hi para beginner yang baru berjinak-jinak dengan kek ❤️ adakah anda tahu 5 cara menghiasi kek dengan mudah?
1. Menggunakan Krim Atau Aising
Krim segar boleh didapati di pasar raya, kedai barangan kek, dan juga kedai runcit. Untuk aising, kita boleh buat sendiri mengikut resipi di Internet ataupun beli aising yang sedia digunakan dari pasar raya atau kedai barangan kek.
2. Menggunakan Gula Hiasan dan Gula Manik
Terdapat banyak pilihan untuk gula hiasan dan gula manik, jadi pilihlah yang mana sesuai untuk tema kek anda.
Cara menggunakan gula hiasan dan gula manik semudah menabur ke atas kek yang telah disalut dengan krim atau aising
3. Menggunakan Coklat dan Snek Coklat
Coklat dan snek coklat mudah didapati di semua pasar raya dan kedai runcit dan anda juga boleh memilih snek coklat kegemaran anda seperti biskut Kit Kat atau Ferrero Rocher.
4.Menggunakan Buah-Buahan Segar
Kek dengan buah-buahan segar memang nampak lebih cantik dan lazat dan sesuai untuk parti hari jadi semua peringkat umur. Buah-buahan segar juga mudah didapati di pasar raya dan pasar segar.
5. Menggunakan Bijirin Sarapan
Terdapat banyak pilihan untuk bijirin sarapan dan anda boleh menggunakan bijirin kegemaran anda.
Satu petua bagi memastikan bijirin anda tidak lemau sebelum kek anda dimakan adalah untuk membakarkan bijirin anda di dalam ketuhar supaya bijirin tersebut lebih rangup dan tahan lebih lama.
Nak tahu lebih lanjut, boleh hubungi kami di :
WhatsApp : 0135187618 (Anwar) / 0132410114 (Bazli)
KEK LAPIS TEMBIKAI!!!
Tengok gmbar pun terliur dah aihh🤩🤩 Tiga segi dye sebijik macam tembikai tuu...
SANGAT SEDAP! BERBALOI! LEMBUT
Yang nk rasa keenakan kek lapis tembikai, boleh roger2 👇🏻
Whatsapp : 0135187618 (Anwar) // 0132410114 (Bazli)
Tempoh Ketahanan Kek Lapis
Agak2 berapa lama ya ketahanan kek lapis?
Untuk tempoh ketahanan bergantung kepada cara penyimpanan kek lapiss selepas siap.
Sejuk beku: 6 Bulan
Sejuk biasa :2 minggu
Suhu Bilik: 5 hari
Jadi itu laa tempoh anggaran bg kek lapis.
Untuk pertanyaan lanjut tentang tips2 yang ada,boleh hubungi :
WhatsApp : 0135187618 (Anwar) / 0132410114(Bazli)
Jenis Kek Tidak Menjadi
Selalu buat kek tp tak tahu jadi ke tak?Macam mana bentuk kek yang tak jadi ?
Disini antara bentuk2 kek yang boleh dikenal pasti jadi atau tidak. Antaranya ialah:
1. Kek Terlalu Lembap dan L***r
Terlampau banyak cecair.
Bahan penaik tidak mencukupi atau sudah luput tarikh penggunaannya.
Lemak dan gula tidak dipukul secukupnya.Adunan mentega berketul-ketul dan tidak halus.
2. Kek Merekah di Atas
Ketuhan terlampau panas atau acuan kek tidak diletakkan di tengah tengah ketuhar.
Kekurangan cecair.
Acuan loyang terlalu kecil.
3. Kek yang Mendap di Tengahnya
Ukuran acuan tin tidak betul.
S**atan bahan tidak tepat.
Ketuhar terlalu panas, terlalu sejuk atau dibakar dalam jangka masa singkat.
Pintu ketuhar dibuka terlalu awal.
4. Kek Tidak Naik Sekata
Suhu dlm ketuhar tidak panas sekata menyebabkan kek tidak dibakar secara menyeluruh
Bancuhan tepung tidak sebati
Suhu ketuhar mungkin terlalu panas
Adunan melebihi setengah daripada ukuran loyang pembakar
Loyang tidak sesuai dgn jenis ketuhar yg digunakan
Untuk mengetahui kek yang anda buat tu jadi atau tidak,boleh hubungi kami ditalian :
WhatsApp : 0135187618(Anwar) / 0132410114 (Bazli)
Kalori untuk Kek Lapis Sarawak
Gemar makan kek lapis tapi tak pernah tahu berapa kalorinya?
Untuk pengetahuan semua, sepotong kek lapis terdapat 160 kalori.
Jumlah kalori sebenar juga bergantung kepada saiz dan cara penyedian sesuatu makanan. Bila anda sudah tahu jumlah kalori yang terkandung dalam makanan, anda lebih mudah untuk merancang diet harian anda.
: Untuk pertanyaan lanjut tentang kalori makanan anda, boleh menghubungi kami melalui :
WhatsApp : 0135187618 (Anwar) / 0132410114 (Bazli)
Tips Kek Lapis Yang Cantik
Pertama kali ingin buat kek lapis? Susah untuk buat kek lapis?
1. IKUT RESEPI 100%
Sekiranya anda ingin membuat kek lapis, pastikan anda telah membaca resepi pilihan anda dengan teliti. Baca beberapa kali sehingga anda benar-benar faham dan rujuk kepada seseorang yang biasa menghasilkan kek lapis sekiranya terdapat keraguan.
2. CUBA KAEDAH KUKUS TERLEBIH DAHULU
Buat keputusan muktamad sama ada hendak mengukus atau membakar sebab dengan menggunakan bahan yang sama anda boleh membuat pilihan cara kukus atau bakar.
3. PILIH BAHAN BERKUALITI
Perlu ingat, hanya bahan-bahan yang berkualiti sahaja yang boleh menghasilkan kek lapis yang sedap dan cantik seperti yang dikehendaki.
Berminat untuk tahu lebih tips tentang pembuatan kek lapis yang cantik?
Jika berminat, boleh menghubungi kami melalui :
WhatsApp : 0135187618 (Anwar) / 0132410114 (Bazli)
Minum2 petang lepak2 luar rumah kene la ade kek lapis baru syok perut pon kenyang 😋😋😋
Nak delivery ke rumah?Mesti laa bolehh..Order sekarang dan jangan buang masa!!
Cara pembelian 👇🏻
Whatsapp : 0135187618 (Anwar) // 0132410114 (Bazli)
Peminat2 kopi tegar bole cuba kek lapis ni baru le kene🤙
Nak delivery ke rumah?Mesti laa bolehh..Order sekarang dan jangan buang masa!!
Cara pembelian 👇🏻
Whatsapp : 0135187618 (Anwar) // 0132410114 (Bazli)
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
Bedong
08100
206B, Jalan Bujang Saujana 3/2, Taman Lembah Bujang Saujana
Bedong, 08100
Best In The World
158A, Jalan Lembah Bujang Utama 4
Bedong, 08100
Food and drinks for your munchy cravings.
No 120A, Jalan Bujang Indah 1/2, Taman Lembah Bujang
Bedong, 08100
sekali ngapppp, pasti nak lagi!! 🔥
No. 112, Jalan Tasek 3, Taman Tasek Semeling
Bedong, 08100
Selling Exquisite Ice-Cream Malaysia
No 254A, Jalan Bujang Saujana 1/3A Taman Lembah Bujang Saujana
Bedong, 08100
Peanut Butter Chocolate Toast Make Your Day Better 🥰 Start Your Day With A delicious Sausage 😍
NO 75 Jalan MAWAR 2/1 PERSIARAN AMANJAYA 3 BANDAR AMANJAYA
Bedong, 08100
Agen ChocoTub Choco Albab Puncak Alam
NO. 203B, Jalan BUJANG UTAMA 8/1, TAMAN LEMBAH BUJANG UTAMA
Bedong, 08100
Something exciting is coming your way! Start by following Ayaq World for more info. Stay tuned! 🥳
290A, Jalan Bujang Indah2, Taman Lembah Bujang Indah
Bedong, 08100
Inter cuisine that brings people together.