Tokan Durian Bentong
Kami Meraih, Menjual, Memborong Dan Menghantar Buah Durian Musang King.
Penghantaran ke seluruh semenanjung 🇲🇾
Alhamdulillah,
Semakin lama semakin dipercayai dan diterima oleh semua lapisan masyarakat, bukan sekadar orang² Melayu sahaja malah pelbagai bangsa yang memilih kami untuk perkhidmatan penghantaran, memilih, menyedia, menjual durian terutama Musang King dari Raub dan Bentong kerana kami amat menitikberatkan tentang kualiti servis kami.
Harini kami telah menghantar stok Musang King ke OLD TREE SDN BHD-Musang King猫山王 Nibong Tebal Pulau Pinang yang diambil dari Kilang Durian di Raub Pahang. Jauh tidak menjadi halangan kerana sememangnya Musang King dari Raub ini adalah pilihan utama bagi penggemar durian Malaysia.
Kualiti adalah keutamaan kami, sebab itu kami tidak pernah ada "Lambakkan Buah" durian apabila berjualan beli. Buah durian premium sangat terhad kerana ia dipilih dan dijaga rapi.
Team,
L'OREAL MALAYSIA SDN BHD
Terima kasih kerana mempercayai perkhidmatan kami, team "L'OREAL" Malaysia Sdn Bhd menjamu selera dengan "Musang King" Tokan Durian Bentong pada sebuah majlis yang berlangsung di "Brick House Bukit Tinggi" petang tadi 03hb Ogos 2023.
Anda ingin mengadakan majlis dengan jamuan "Premium" Musang King Bentong/Raub?
Sementara musim masih ada, hubungi kami untuk tempahan, kami menyediakan perkhidmatan membekal secara borong atau runcit, menghantar terus ke tempat anda, mengisi siap didalam bekas atau tidak yang pastinya buah durian ini dipilih (select) oleh "runner" yang berpengalaman (profesional) terus dari kebun yang subur dan segar.
Tips untuk memilih durian...
Semoga bermenfaat buat semua penggemar² durian, maklumlah harga durian sekarang memang agak tinggi lebih² lagi durian Raub dan Bentong ... tapi memang puas hati jika kita dapat durian yang elok dan baik.
Grab sebelum musim habis ...!!!
Ramai customer cakap:
"Nak beli sebab nak rasa jerrr, at least sekali seumur hidup, sebab Musang King Raub mahal sangat, nak try lah sebiji." 😁
Tapi, sampai harini customer tu masih berlanggan dgn kami 🤣 Alhamdulillah syukur "kePREMIUMan" masih senarai teratas dalam semua jenis Musang King dari semua negeri.
Dia punya pahit pada hujung rasa tu yang membuatkan Musang King Raub Bentong tetap menjadi pilihan no.1 penggemar durian😍
Durian Musang King
Raub & Bentong masih kekal "Premium"...!!!
Sekarang dah masuk musim 'tengah', isi semakin cantik berbanding 'buah awal', runner kami memang mempunyai kelebihan dalam memilih (select) dan meraih dari kebun².
Pelanggan tidak perlu menunggu di kebun, tak perlu berebut, tak perlu bersusah payah utk mendapatkan buah yang baik. Sebab itu banyak komplain dan rungutan dari pelanggan bila membeli di tempat peraih (kebun). Risiko terlalu tinggi lebih² lagi jika pelanggan tiada pengetahuan yang tinggi tentang durian. Dengan kami mudah sahaja, buat pesanan dan tunggu runner² kami siapkan oder, hanya datang pikap dan bawa p**ang menikmati buah yang terpilih dan terbaik.
Borong, Runcit dan Santai Makan Terus ...
Musang King !!!
D 24 !!! (baru keluar)
Walaupun ada musang king murahan yang dijual ditempat lain, tapi sebagai penggemar dan pemakan "Musang King" sahaja yang tahu mengapa durian dari Raub & Bentong ini lebih mahal dari durian lain. Kerana rasanya yang sangat menakjubkan (berbeza) daripada durian tempat lain ianya menjadi "Durian Premium"!!!
Walaupun dah banyak negara dan negeri yang mengusahakan kebun durian atau musang king tetapi tetap tidak dapat mengusahakan tentang "RASANYA...!!!" nama sama, tajuk sama, rupa sama ... tapi "RASA" nya berbeza. Jauh lebih nikmat dan puas dari yang lain.
Giler Murah Musang King In Da' Box😍
RM 30 • RM 30 • RM 30 • RM 30 • RM 30 !!!!!
Selagi Stok Masih Ada ... Mai Wasap Terus Jangan Messeger Tau?
www.wasap.my/+601112219119/box30
www.wasap.my/+601112219119/box30
www.wasap.my/+601112219119/box30
Quality & Servis AAA Super...!!!
Sehingga pihak media datang interview buat kali ntah berapa kali dah ... Team kami mmg cerewet sebab tu kualiti sentiasa terjamin.
Kami tidak "tangkap muat" oder !!!
Kami ada kuota setiap hari dan tidak mengambil stok dari pembekal yang lain apabila oder melebihi kuota. Sebab itu kami menjadi antara pilihan utama pelanggan.
"Borong atau Runcit"
Oder awal utk kami membuat persediaan demi kualiti yang memuaskan.
Bagi kami, kepercayaan pelanggan adalah kepuasan kami. InsyaAllah ...🥰
Tel: 011-1221-9119
Mengapa Jarang Ada Masalah ..???
Kerana team kami berpengalaman dalam memilih ketika buah tiba ditempat peraih sebelum dihantar untuk pasaran runcit.
Kesimp**annya....
Antara sebab mengapa pelanggan masih setia berurusan dengan team kami,... adalah kami menitikberatkan tentang "Servis" !!!
Kebanyakkan pelanggan kami juga tahu dimana tempat² peraih dan pemborong durian utk membeli sendiri tetapi mereka lebih yakin dan percaya bahawa buah yang kami bekal adalah buah "pilihan" (select) yang awal setiba daripada pekebun.
Untuk pengetahuan anda,
Buah yang telah sedia untuk "display" (pamer) adalah buah durian yang telah diasingkan setelah dipilih utk tempahan semalam. Dan team kami adalah salah satu "runner" yang diutamakan oleh peraih maka kami mempunyai kelebihan utk mendapatkan buah² durian yang segar dan terpilih.
Rahsianya...
Team kami amatlah cerewet dalam kerja kerja "tarik dan pilih" buah durian ketika buah baru tiba ditempat peraih.
Soal harga...
Sememangnya buah pilih akan dikenakan sedikit caj (upah pilih), so jangan tanya kenapa tinggi sikit Rm1 - Rm2 per kilo berbanding buah "display" diatas meja atau lambakan didalam bakul. Tambah p**a jaminan yang ditawarkan.
Terima kasih kepada semua pelanggan yang setia dan yang baru berurusan dengan team kami, insyaAllah kami akan tingkatkan lagi mutu dimasa mendatang.
Tokan Durian Bentong:
www.wasap.my/+601112219119/durian
Cukup adalah kesempurnaan.
Mengapa tidak menjual secara besar besaran?
Nak kata banyak tu tidaklah, sebab bila terlalu banyak tak habis terpaksa jual lelong sbb pecah bontot, tangkai kering dan isi dah lembik ... buat tempoyak boleh la stok mcm tu, so kita main sedang² jer, cukup utk menampung oder dari pelanggan dan jualan atas table, kerana bagi kami kualiti dan servis adalah lebih penting.
Pelanggan kami amat mementingkan kualiti dan servis. Ramai pelanggan dtg dr Kuala Lumpur kerana mahu menikmati buah "fresh" (sehari), tangkai masih bergetah, kulit masih basah, isi masih gebu tidak berair.
Kerana itu pelanggan memilih kami sebagai pembekal dan runner untuk mereka. Jutaan terima kasih buat semua pelanggan setia dan juga pelanggan baru setiap hari. InsyaAllah semoga usaha ini menjadi sebab kebaikan kepada kita semua.
Call ... : 011-1221-9119
Wasap pun boleh ...
Kelebihan "Buah Select" ...
Panggilan "Buah Select" ini sering diguna pakai ketika urusan jual beli durian. Namun tahukah anda apa yang dimaksudkan "Buah Select"?
Ketika buah durian dari pelbagai kebun tiba ke tempat peraih, buah durian akan ditimbang kemudian diasing mengikut jenis dan gred ke dalam bakul.
Runner atau tukang tarik buah akan memilih buah yang ditempah oleh pelanggan atau peniaga dari luar. Runner atau tukang tarik buah akan terlebih dahulu memilih kesemua buah sebelum diasing kembali buat kali kedua. Maka tidak hairanlah mengapa lebih ramai peniaga atau pelanggan yang lebih s**a membeli buah durian daripada "Runner" atau "Tukang Tarik Buah", kerana mereka adalah orang yang terawal dan diutamakan oleh kebanyakkan "tokey" atau "peraih".
Pastikan "Runner" jujur, dipercayai dan bertanggungjawab kerana adakala buah durian mungkin mengalami masalah. Setiap Runner harus memastikan mutu perkhidmatan kepada pelanggan.
Anda boleh mempercayai kami yang sememangnya telah lama membesar di Daerah Raub - Bentong dan menjalankan kerja kerja pembelian, penjualan, penghantaran, borong atau runcit (Durian Raub/Bentong Pahang).
Team kami biasa biasa jerrr gaisss .. tapi insyaallah ramai pelanggan yang berpuas hati dengan perkhidmatan kami. Semoga dipermudahkan segala urusan kita semua.
Tokan Durian Bentong: 011-1221-9119
DIA MUNCUL LAGI GAIS...!!!
Musim PKP3.0 ni al maklumlah ramai yang "tersangkut" tak dapat "kesana kesini" kan?
Dengar cerita durian dah muncul kembali tapi apakan daya "langkah tak sampai" untuk datang kesini membeli terus dari peraih ditempat pemborong durian.
Anda masih boleh menikmati "Musang King" dan "D24" dengan menggunakan khidmat kami, terutama kepada warga sekitar Kuala Lumpur. Hubungi kami untuk harga terkini & info lanjut.
Whatsapp:
www.wasap.my/+601112219119/NakDurian
Harini banyak masa,
Kereta di workshop kita layan pelanggan dulu, runner (tukang "tarik" buah) Tengku Rezza memang pandai pilih buah, pelanggan puas hati dengan servis kami.
MAAF PADA YG TAK DAPAT BUAT ODER!!!
Kami tak ambil tempahan banyak² sampai sarat lori sebab jaga kualiti, bukan mudah nak pilih buah yang "cun²" ... kalau setakat pilih untuk muatkan selori dua tu senang jer, tapi risiko buah rosak akan tinggi. Makan masa nak pilih dan selalunya kena kejar masa pelanggan.
Kami dah bajet masa dan kuantiti kilo untuk kami tepati janji dengan pelanggan.
Bagi kami biar sedikit asal hati dilapangkan selapang lapangnya, tiada rasa bersalah. Maklumlah suasana "jual beli" durian ni tak mcm buah lain. Macam ber"hantu" 🤣
Terima kasih semua pelanggan hari ini Utz Maulana Helmi dan Utz Iqbal. Jazzakallah khair ... semoga dilimpahi rahmat selalu.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Videos (show all)
Contact the business
Website
Address
No. 91 Lorong Orkid 5, Taman Orkid
Bentong
28700
Batu 2, Jalan Tras
Bentong, 28700
Agent sah Woongjin Coway (M) Sdn Bhd Menguruskan pemasangan seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawa
25 Jalan Chui Yin
Bentong, 28700
Coway Bentong | Norfa Ridziana - 0182856744| Pendaftaran & Penghantaran Percuma | Service & Warranti 5 Tahun | No.1 Agent Coway Anda
Bentong, 28700
Coway Bentong | Hapizan Muda- 0179513385 | Pendaftaran & Penghantaran Percuma | Service & Warranti
Bentong Afc, 2nd Floor No. 117-8 Jalan Loke Yew
Bentong, 28700
ARIEF IZZUDDIN | BEST AGENT IN COWAY Dapatkan pemasagan PERCUMA dan tawaran terbaik dengan saya. 017 242 7048 | ORDER PILIH PASANG Saya sedia membantu anda 24 jam Hubungi saya se...