Delis Empire

Food

25/08/2023

Tempoyak ikan bilis & petai..

Bahan-bahan:
*2 ulas bwg putih
*5 ulas bwg merah
*Segenggam cili padi
Ikan bilis
3 sudu tempoyak (nk letak sekilo pon blh.selera masing2😂)
Daun kunyit - hiris(urat tengah daun yg keras tu aku buang)
Petai
Air
Gula, garam & serbuk perasa

- tumbuk pakai lesung batu semua bahan tanda *.kalau korg mls sila la pakai blender

Cara-cara:
Tumis bahan tumbuk/blend smpai garing & Masukkan ikan bilis.. dah sebati baru masukkan tempoyak & 1 cawan air.. kacau sampai agak2 masak & pekat.. masukkan gula,garam & serbuk perasa.

Agak-agak dah pekat ikut citarasa masing-masing baru masukkan petai & hirisan daun kunyit.. nak basah-basah sikit tambah la air sikit.jgn ko letak air 1 baldi pulak.jadi sup nanti. kacau 3-4 kali terus tutup api.

Jgn lame2 ko mengacau smpai sejam pulak ye,petai kalau masak sgt rase dh x sedap.. ok,SIAP!! Boleh melahap dah dengan nasi panas2, ikan pekasam @ ikan gelama masin, kompem gajah lalu pon korg x perasan 😊👍

Kredit : melatiey Carlsz

TikTok · Warung Selera Mutiara 27/07/2023

TikTok · Warung Selera Mutiara Check out Warung Selera Mutiara's video.

28/06/2023

Mula² saya lihat gambar ni tapi tak faham apa maksud tersirat..
Ternyata kucing itu telah melihat ekor ular yang menonjol dari lubang kecil dan kucing tersebut berfikir kalau itu adalah ekor tikus, maka dia ingin menarik dan mengusiknya hingga keluar...
Kemudian,baru saya terfikir bahawa
Foto ini adalah karya terkenal pelukis Italia Marco Melgrati, yg lukisannya bererti

"Anda tidak akan pernah tahu dengan siapa Anda bermain, Jadi tolong Hormati satu sama lain sepanjang sisa hidup Anda."

Dalam kehidupan ini, Apa yang kita lihat hanyalah sebahagian yang sangat kecil dari kebenaran...
Terkadang, kita pikir tidak ada yang tahu apa yang kita lakukan, namun kenyataannya mereka telah lama memerhatikan kita..
Jadi hati-hatilah kita dalam berucap dan bertindak.. Tidak perlu menunjukkan siapa diri kita dan siapa dirimu
Kerana yg terlihat kecil bukan bererti lemah
Yg paling penting Saling hormat dan menghargai...

25/06/2023
Photos from ADN Street Food's post 22/06/2023
Photos from Delis Empire's post 20/05/2023

7 Kesan Berbahaya Daripada Penyaman Udara Anda Perlu Tahu

1) Dehidrasi

Sistem penyaman udara akan mengeringkan udara.

Jika anda menghabiskan banyak masa di udara kering, ia juga berpotensi untuk mengeringkan anda juga.

Jika kita tidak kerap minum cecair untuk menggantikan air yang hilang, maka kita akan mengalami dehidrasi. Dehidrasi berpotensi menyebabkan pelbagai masalah termasuk sakit kepala, keletihan, bibir kering, kulit kering dan peningkatan tekanan darah

2) Kulit Kering Atau Gatal

Masalah ini boleh berlaku di mana-mana persekitaran tertutup di mana aliran udara tidak mencukupi dan udara tidak diganti dengan kerap.

3) Sakit kepala, loya, hidung berair
Otak boleh menguncup atau mengecut buat sementara waktu sebagai tindak balas kepada Dehidrasi . Terdapat juga kemungkinan dehidrasi menyebabkan aliran darah berkurangan ke otak yang kemudiannya boleh menyebabkan tindak balas.

Sakit kepala dehidrasi berpotensi untuk menyebabkan serangan migrain.

Sesetengah orang mengalami tindak balas yang lebih teruk seperti loya ringan, hidung berair dan sakit tekak.

Adalah penting memastikan terdapat aliran udara yang sesuai dan udara sentiasa disegarkan.

4) Isu Pernafasan

Orang yang menghabiskan banyak masa mereka di ruang berhawa dingin cenderung mengalami lebih banyak simptom saluran pernafasan atas, terutamanya di hidung dan tekak mereka, jika dibandingkan dengan orang yang kurang masa di ruang berhawa dingin.

Gejala ini biasanya termasuk hidung tersumbat, tekak kering, atau rinitis. Rhinitis adalah apabila selaput lendir di dalam hidung merengsa dan meradang. Gejala rinitis boleh termasuk bersin, hidung berair, dan pembentukan lendir yang berlebihan di bahagian belakang hidung dan tekak.

Oleh kerana udara berhawa dingin boleh menjadi sangat kering, ini boleh menyebabkan kekeringan dan kerengsaan membran tekak yang mewujudkan persekitaran di mana faringitis boleh berlaku. Faringitis adalah keradangan di bahagian belakang tekak yang sering menyebabkan sakit dan s**ar untuk ditelan. Ia adalah punca biasa orang ramai mengambil cuti kerja.

5) Penyakit Berjangkit

Terdapat juga bakteria yang sangat berbahaya, dan berpotensi membawa maut, yang menyebabkan penyakit Legionnaires dan hidup subur dalam unit penghawa dingin yang besar.

6) Alahan dan Asma

Potensi untuk cendawan dan spora boleh disebarkan oleh udara yang terkepung. Ini boleh mencetuskan tindak balas alahan atau malah mencetuskan serangan asma.

7) Aklimatisasi kepada Udara Sejuk

Dengan mempunyai penghawa dingin pada suhu yang lebih sejuk secara berterusan, anda akan terbiasa dengan suhu ini. Ini bermakna apabila anda perlu melakukan sesuatu di luar dalam suhu udara sebenar badan anda mengalami tekanan dari perubahan mendadak suhu.

Keadaan ini merbahaya untuk organ dalaman yang bertungkus lumus melaraskan suhu badan. Keadaan ini menyebabkan tekanan tinggi keatas jantung, ginjal dan tekanan darah sistem badan.

Sebaik-baiknya cuba pastikan penyaman udara anda pada suhu yang munasabah supaya anda tidak mengalami terlalu banyak perbezaan suhu.

20/05/2023

ANTARA ILMU HUTAN YANG PERLU DIKETAHUI

1. Lumut taik kera. Kalau kita jalan diwaktu malam, terutama di hutan padat dekat dengan air terjun atau sungai (macam kes saya kat Janda Baik), bila kita jalan dalam gelap, kita akan nampak ada benda bercahaya warna hijau ala² benda yang pendarcahaya. Benda yang bercahaya tu ialah lumut taik kera, bila siang tak nampak apa², bila malam dia akan keluarkan cahaya walaupun dengan sedikit bantuan cahaya dari bulan bintang. Yang bestnya, lumut ni hanya tumbuh didenai (laluan binatang atau orang), so kalau sesat, ikut je laluan ni diwaktu malam, insyaAllah tak langgar pokok.

2. Ular tedung. Kalau terserempak dengan ular masa dalam hutan, jangan buat gerakan mengejut stay still dan undur balik. Ular tedung tak mematuk bila kepala dia tengah kembang penuh, sebaliknya akan mematuk bila kepala dia kembang separuh je. Oleh tu, kita acah² bagi ular tu kembang penuh dengan ranting kayu dan berundur perlahan-lahan. - belajar dari orang asli.

3. Kera / lutong dan spesis yg sama. Spesis kera takkan lari bila kita libas dengan sebatang ranting kayu, in fact dia lebih lincah dari gerakan ranting kita. Untuk halau kera, patahkan pokok renek dgn daun dan ranting yg mengembang dan hayunkan kat kera tu baru dia lari (rasionalnya, ranting + daun yang kembang tu nampak lagi besar dari sebatang ranting) - belajar dari askar.

4. Harimau. kalau memancing dalam hutan, sedangkan dalam hutan tu bunyi penuh dengan unggas serangga, tiba² hutan tu jadi sunyi sepi, biasanya ada haiwan sedang mengendap terutamanya harimau, harimau akar dan beruang. Selepas hutan jadi 'diam', kemudian disusuli dengan bau hamis..confirm harimau..hehehe..apa lagi, bagi letup satu mercun bola la.. - belajar dari orang asli.

5. Beruang madu. Hutan paya kat Malaysia banyak beruang madu (yang kecil tu, sekerat pinggang dengan dada warna jingga), kalau terserempak, kita yang perlu menjerit dan buat seperti nak kejar, automatik beruang tu akan lari. -belajar dari orang asli.

6. Kepala air. Kalau berkhemah di tepi sungai, jangan buat khemah kat tepi air, buat dibahagian / kawasan yang pokoknya besar. Tandakan satu batu yang besar, kalau tengah malam batu tu hilang, maknanya air tengah naik la tu. - belajar dengan kaki pancing.

7. Tanda-tanda kepala air. Kalau hujan kat hulu, biasanya akan ada kepala air (air naik dari dalam perbezaan paras 5 kaki tak sampai 10 minit). Tanda² lain yang kita perlu tengok ialah kehadiran buih² putih kat tempat tak berbuih (kalau kat tempat air jatuh for sure ada buih) maksud saya kat tempat air mengalir biasa, tetiba ada buih2 halus timbul. Tu tandanya arus bawah lagi laju dari arus atas. Lepas itu, akan ada daun hanyut, barulah ada perubahan warna air, dari jernih ke warna keruh. Biasanya perubahan ni sekej*p saja, dalam 5-6 minit sebelum arus besar datang (kepala air) sama kes kat Dam Chamang, Bentong. Saya dah kena. Tambahan lagi, kalau kepala air datang, bunyi air lebih kuat daripada biasa, dari kejauhan dah dengar.

8. Nak masak air. Jangan ambil air kat tepi sungai, ambil kat tengah sungai atau tempat yang mengalir deras. Rationalnya, tikus, rusa, kancil, babi kencing kat tepi sungai, arus akan tolak air kencing tu ke tebing. So, ambil yang tengah². - belajar dengan askar.

9. Binatang besar. Kera atau monyet akan lari dan buat bising bila ada bahaya i.e harimau, gajah, badak, seladang dll. Kalau dari jauh dengar bunyi kera buat bising tentu ada binatang besar tengah lalu. - belajar dengan orang asli.

10. Makan makanan yang dimasak i.e ikan bakar dll. Semasa kat hutan, kami mesti makan sampai habis dan hanyutkan / tanam lebihan makanan sebab bau makanan ni akan menarik perhatian beruang, kera, gajah untuk datang bertandang. - ni belajar dengan kaki pancing lain.

11. Buat semua perkara sebelum jam 5.00 petang. Biasanya, bila kami kat hutan, kami akan selesaikan semua urusan (masak, mandi, basuh dll) sebelum jam 5.00 petang. Sebab, dalam pukul 5 lebih, hutan dah gelap disebabkan oleh kanopi pokok dan kecondongan matahari. - belajar dari pengalaman.

12. Hutan yang bising dengan bunyi unggas lebih baik di waktu malam daripada hutan yang sunyi sepi. Bila hutan sepi, mesti ada sesuatu yang tak kena. - orang asli.

Ok, masuk bab amalan buka khemah (Rule dan sistemnya la, bukan amalan yang spritual).

1. Cari kanopi yang masih hijau. Bila dah tentukan nak pacak khemah, dongak ke atas cari pokok muda dan kanopi (rimbunan daun) yang masih hijau jadi, risiko kena hempap ranting dahan bila angin kuat rendah.

2. Ketinggian dari paras air. Bila dah tentukan mana bahagian yang lapang nak dipasang khemah, tentukan ketinggian khemah sekurang-kurangnya 4 kaki dari aras air sungai, kalau landai jangan buat khemah disitu, biasanya kawasan landai, akan ada banyak pokok² rendah dan renek maca. pokok senduduk dll..tu tandanya air selalu naik kat kawasan tu. Cari kat kawasan yang pokoknya besar².

3. Tentukan laluan / denai didalam radius kawasan 20 meter dari khemah. Jangan buat khemah didalam laluan denai, sebab laluan denai bukan untuk manusia sahaja, ianya adalah laluan binatang lain juga. Kang seladang tumpang tidur.

4. Bersihkan lantai tapak perkhemahan daripada daun dan pokok² renek (potong je pokok² kecik ni, nanti dia tumbuh balik). Pakai je ranting² pokok, sapu sampai nampak tanah dan tiada daun, so, risiko terkena sengat lipan, kala jengking dll tu kurang sikit.

5. Dah ready, baru tabur karbaid warna kuning tu.

6. Kalau pakai khemah jenis igloo atau T-shape, pasang khemah secara menghadap / berhadapan dan unggun api kat tengah.

7. Dalam nyalaan unggun api tu, standby beberapa batang kayu panjang. Sebolehnya, sesuai dengan jumlah orang yang pergi camping tu. Bila ada bahaya, perimeter diceroboh, apa lagi capai la kayu yang ada api ni sebagai senjata, parang dan pisau binatang tak takut. Api? confirm depa lari.

8. Kalau ikut pengalaman saya, kami memang buat perimeter, risau juga kot² ada binatang datang (beruang terutamanya) datang ke khemah sebab bau masakan kami. Kami s**a buat pagar dengan tali tangsi disambung dengan loceng, terlanggar je tali tu, loceng akan bunyi.

29/03/2023
08/02/2023

💫Satay Yakiniku💫

🐓 Satay Ayam RM 1.00
🐂Satay Daging RM 1.00

🛵 Caj Penghantaran sekitar Bukit Minyak & Juru RM 3.00

🏠 Pick Up sendiri di Kedai Kak Sofie Taman Sentul Jaya.

https://maps.app.goo.gl/L74T73wmmtzW153g8

📱Untuk pesanan & tempahan sila whatsapp https://satayyakiniku.wasap.my/📱

05/02/2023

Aku tegur la sorang mamat bangladesh ni dekat Mrt lepas tutup klinik tadi
. Sementara tunggu train tak sampai lagi

“ Wah .. Banyak shopping .. !“ Tegur aku

“ Boleh la bang sikit2 masak ..”. Dia senyum2..

“ Berapa lama sudah kerja sini ..?” Tanya aku

“ Sudah 5 tahun bang “ Balas Amer ( Mamat bangla ni la )

“ Berapa lama lagi mau kerja sini “ Tanya aku

“ Saya mau kasi cukup 10 Tahun bang ..” Balas Amer

“ Lepas tu ?” Tanya aku

“ Balik sana , Mau buka kilang ..” Balas Amer

Aku terkejut j*p .. Bukak kilang eh !! Series lah bukak kilang .. ? Ke dia saja nganjing aku je ni ..

So aku tanya lagi… 🤔

“ DAri dulu sudah plan ini macam ka?” Tanya aku

“ Betul bang , Saya mari sini mau kumpul Rm120K , Saya mau balik bukak kilang ..” Balas Amer memang serius .. boleh nampak dia punya level passionate dia tu ..

“ Kilang apa ?” Tanya aku

“ Kilang recycle bang , sekarang saya kerja kilang recycle , saya sudah tau semua kerja recycle “ Balas amer

“ Satu bulan kumpul berapa duit ?” tanya aku

“ Satu bulan , 1 ribu hantar kasi mak , 1200 simpan , 500 belanja makan “ balas Amer

( Berapa dia dah kumpul setakat 5 tahun ni hangpa kira lah sendiri 😂)

Pehh padu mamat ni , awal2 dia dah rancang goal dia

“ Boleh laku ke bisnes recycle ?” Tanya aku

“ Boleh bang .. Sana banyak sampah ,senang dapat .. Lagi banyak sampah , Lagi Boleh buat banyak duit “ Balas Amer tersenyum excited

Dia siap cerita dengan aku lagi , Macam mana hasil recycle besi , Plastik , Getah .. Siap tunjuk gambar … Aku memang respek betul lah budak ni ..

Selalu orang pikir yang senang2 , Kedai makan , Kedai runcit .. Tapi dia punya goal bukan main kedai .. Tapi , Kilang Recycle terus ehh 😗 memang fuhhh

Aku pun ambik no telepon dia , Kot2 dia jadi millionaire dekat bangladesh nanti . Kita pun tak tau

Selalunya orang yang berjaya rancang masa depan , Jarang nak gagal

Resepi dia Misi dan Visi ..

Amer hanya mampu merancang dan berusaha , Selebihnya Allah yang akan tentukan ..

Apa2 pun aku doakan amer berjaya bukak kilang dia dekat sana nanti ..

Kredit : Yazeed Hair Johari

02/02/2023

Satay Yakiniku

Want your public figure to be the top-listed Public Figure in Bukit Mertajam?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

Satay Yakiniku

Category

Address


Bukit Mertajam

Opening Hours

Monday 10:00 - 17:00
Tuesday 10:00 - 17:00
Wednesday 10:00 - 17:00
Thursday 10:00 - 17:00
Friday 10:00 - 17:00

Other Chefs in Bukit Mertajam (show all)
Jeli Kelapa Fresh 100% & Kek Kasih Sayang Jeli Kelapa Fresh 100% & Kek Kasih Sayang
Jalan MEGAT HARUN
Bukit Mertajam, 14000

JELI KELAPA FRESH 100% & KEK PENUH KASIH SAYANG

S&J western delight-铁板鸡扒 S&J western delight-铁板鸡扒
Bukit Mertajam, 14000

用心烹饪,美味美食�

香味面家 香味面家
2, Persiaran Kota Permai 4, Taman Kota Permai
Bukit Mertajam, 14000

MILKY HONEY                 流奶与蜜 MILKY HONEY 流奶与蜜
Bukit Mertajam
Bukit Mertajam

we have serve by healthy food and healthy drinks, we also food distributor

明秦炭烧鸭蛋炒粿条(ming qing charchol duck egg char keow teow ) 明秦炭烧鸭蛋炒粿条(ming qing charchol duck egg char keow teow )
大山脚
Bukit Mertajam, 14000

我们采用了传统的炭炒方式进行爆炒再以鸭蛋代替鸡蛋!一整碟满满“锅气?

食点到茶餐厅 食点到茶餐厅
52 Lebuh Kota Permai 1 Taman Kota PermaiBukit Mertajam
Bukit Mertajam, 14000

欢迎光临食点到餐厅!我们提供价钱大众化的美食,每天三餐吃都不腻。期待您的光临,共同品尝美味!

ESW Penang By Shaherra ESW Penang By Shaherra
Bukit Mertajam, 14020

NAMiniCatering NAMiniCatering
3187 Jalan Tun Hussein Onn Seberang Jaya
Bukit Mertajam, 13700PERAI

HARGA SERENDAH RM2.00

Kuih Peneram Panas Panas Kulim Kuih Peneram Panas Panas Kulim
Jalan Gajah Mati
Bukit Mertajam, 14020

LOKASI PENERAM PANAS PANAS KULIM DI HADAPAN SEK REN MACHANG BUBOK (SEBELAH KEDAI OMAQ MEE KUAH)

阿来手作烘焙 阿来手作烘焙
15, Medan Kurau 1, Taman Chai Leng, Perai, Pulau Pinang
Bukit Mertajam, 13700

分享美食~批发零售~月饼~新年饼~蛋糕等~

Mosah Cafe Mosah Cafe
Bukit Mertajam, 14000

JUALAN VENDOR , GORENG PISANG , ICE BLENDED