Warung Selera Mutiara

Warung Selera Mutiara

The Original - Thai - Malaysian - Indonesian Recipes

16/06/2024

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐‘๐€๐˜๐€ ๐€๐ˆ๐ƒ๐ˆ๐‹๐€๐ƒ๐‡๐€

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 2024 Masihi | 1445 Hijrah daripada kami Sekeluarga.

Semoga ibadah korban yang dilaksanakan diberkati Allah dan kepada mereka yang menunaikan ibadah haji, semoga memperoleh haji yang mabrur.
ุงู„ู„ู‡ู…ู‘ ูŠุง ุฑุจู‘ ุงู„ุนุงู„ู…ูŠู†

ุชูŽู‚ูŽุจูŽู‘ู„ูŽ ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ู…ูู†ูŽู‘ุง ูˆูŽู…ูู†ู’ูƒูู…ู’ ุชูŽู‚ูŽุจูŽู‘ู„ู’ ูŠุงูŽ ูƒูŽุฑููŠู’ู…ู
Selamat Hari Raya AidilAdha

10/05/2024

Rahsia orang Cina bina kekayaan.

1. Bantu adik-beradik.

Dalam keluarga Cina, kalau anak sulung tu jutawan, dia akan share rahsia bisnes dan bangunkan bisnes bersama-sama adik beradiknya.

Contoh paling dekat sepupu saya. Dia anak sulung dan berjaya buka kedai jual kereta mewah import. Kemudian, dia ajar adik-adiknya lagi 3 orang dibawah buat bisnes berkaitan kereta. Adik kedua buka kedai repair kereta, adik ketiga buka kedai servis aircond kereta dan yang bongsu buka kedai aksesori atau make up kereta.

Dan hasilnya mereka semua kaya dan jutawan underground.

Kami tak sampai hati tengok adik-beradik susah sedangkan ada yang senang diantara kami. Jadi sama-sama belajar untuk bina kekayaan. Senang adik-beradik, senang hati kami.

Kami pegang prinsip, if you want go fast, go alone. If you want go far, go together.

2. Harta yang ada dikembangkan.

Kalau ada cash banyak atau dapat duit ratus-ratus ribu, jarang kami plan nak kahwin banyak. Haha..sebab tambah beban dan harta lagi kecil portion bila dibahagikan.

Apa yang kami buat ialah kami beli rumah atau hartanah RM100k dalam 2-3 biji sebagai long term investment. Bina portfolio hartanah. Hartanah tu akan double up dua kali ganda ke dalam 10 tahun.

Sebab tu jangan pelik ada family Cina walaupun dah dewasa masih tinggal bersama dengan parents. Duit lebihan tu mereka beli rumah dan bagi orang sewa. Atau yang lebih hebat lagi, tetiba dah ada sebuah pasaraya hasil pakat kumpul sesama keluarga.

Kami jaranglah berebut harta. Selalunya kami berpakat untuk kembangkan harta yang ditinggalkan tu. Sama ada jual kemudian flip beli bangunan atau kedai untuk disewakan. Duit tu dibahagi sama rata.

WE LOVE PROPERTIES. HAHA..

Tapi saya tak ada banyak rumah pun. Sebiji saja untuk duduk. Senduu.

3. Gembira atas kejayaan orang lain terutamanya ahli keluarga.

Perasan tak kalau kedai cina yang baru bukak, akan ada banyak jambangan bunga wish luck dan berjaya dalam perniagaan kepada bisnes owner tu.

Kami sangat gembira kalau ahli keluarga atau kawan-kawan berjaya dalam bisnes. Tandanya parents pun takkan hidup susah dan tidaklah anak sorang yang berjaya tu saja perlu menanggung parents. Lagi senang untuk berpakat bantu keluarga dengan hasil yang dituai.

Tak perlu nak dengki ke apa sebab kita sendiri menyaksikan betapa susahnya mereka nak bina sesebuah perniagaan.

Even ada je dengki. Tip**ah kalau kata tak ada langsung kan. Tapi circle saya mostly tak ada nak dengki. Mereka even support beli produk atau guna servis kita. Trust tu dah ada dan lagi mereka sebarkan kepada kenalan yang ada.

4. Save dulu baru spend

Duit yang dapat kami akan simpan dalam unit trust, FD atau simpan je la dalam bank.

Kalau nak beli apa-apa, kami akan tangguhkan keinginan tu sampai hujung bulan, bila ada lebihan, baru spend.

Spend benda yang perlu dan benda kehendak tu sekali sekala.

Untung tau orang Melayu boleh simpan dalam ASB. Saya tengok ASB simpanan antara yang menguntungkan berbanding unit trust atau FD.

So jangan lepaskan peluang untuk save dalam ASB.

5. Tak s**a berhutang

Kami memang tak s**a berhutang beli barangan kecil seperti fon, peti ais, perabot dan sewaktu dengannya.

Kami akan kumpul duit dan tahan nafsu supaya dapat beli cash. Penat sekali tapi for long term lega minda dari fikir nak bayar bulan-bulan. Tu tak masuk lagi interest. Rugi woo..

Selalunya kami hutang pun benda besar seperti rumah dan kereta. Kereta pun selalunya kami cuba settle cepat-cepat supaya cash flow tak rabak for long term. Kan kalau buat full settlement akan dapat rebate.

Lagi p**a kereta susut nilai sangat cepat. Jadi tak berbaloi beli kereta mahal-mahal tapi tak cuba setel hutang secepat mungkin.

Tu sebab orang Cina sangat minat kereta Honda dan Toyota kerana kereta tu mampu milik dan tak perlu maintanance tinggi walaupun mereka mampu je beli kereta mewah.

Ada je orang Cina beli kereta mewah. Tapi ada trick la untuk kurangkan income tax dan selalunya mereka cepat-cepat settle kan hutang kereta tu.

***Masih belum kaya lagi.

07/05/2024

Test pinjam RM10,000 sahaja.

"Kalau saya nak pinjam RM10,000 esok, sebab nak buat deposit operation kat hospital, boleh tak bagi pinjam saya?"

Orang pertama yang kawan aku pilih untuk call adalah isteri dia.

Aku pendekkan cerita, kawan aku call isteri dia dan buat "wayang" pasal nak pakai duit untuk hospital, ini respon yang isteri dia bagi:

1. Isteri dia bebel dan tanya macam-macam.
2. Takkan lah mahal sangat sampai nak pinjam RM10,000.
3. Kesimp**annya isteri dia macam tak boleh tolong dengan amaun banyak tu.

Okay beralih kepada orang terpilih kedua.

Kawan aku pilih untuk call kawan yang dia anggap bff dia.

Pendek cerita, respon bff:
1. Bila cakap nak pinjam RM10,000, macam buat-buat dengar tak dengar.
2. Last-last kawan tu cakap kalau nak pinjam RM100 aje dulu bolehlah.

Still dia tak dapat orang yang boleh bagi pinjam RM10,000.

Dan dia ada satu lagi insan terpilih untuk dia cuba call mintak tolong.

Siapa orang terakhir dia call ni?

Mak dia.

Respon mak dia:
1. Mak dia terkejut bila dia cakap dia kena 'penyakit' tapi tak bebel banyak macam isteri dia.
2. Mak dia tak mampu nak bagi pinjam RM10,000.
3. Mak mintak dia balik kampung, bawak mak dia untuk pergi tabung haji keluarkan berapa saja yang ada dalam akaun untuk dia guna.
4. Kalau tak cukup, mak dia cakap akan usahakan pinjam dengan adik beradik mak dia.

Selesai 'cabaran' kawan aku ni, meleleh air mata aku woih.

๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ

Sebab selalu kita meletakkan mak kita di pilihan yang akhir-akhir.

Dan kalau kita kenang balik, mak kita susah untuk tolak apa yang anak-anak dia mintak.

Susah macam mana pun anak dia, pasti emak akan usahakan sesuatu.

04/05/2024

Sampai sekarang saya rasa berdosa dengan puan isteri kerana RM20 ini.

13 Tahun yang lepas kami sekeluarga diuji dengan ujian kewangan yang luar biasa. Kereta ditarik, rumah sewa tak mampu bayar dan tak ada pekerjaan tetap.

Salah saya sebab saya berhenti kerja nak berniaga. Bila berniaga tak jadi waktu itu, anak dan isterilah jadi mangsa.

Sampai satu tahap, saya terpaksa lepaskan isteri untuk p**ang ke kampung bersama ibu dan bapa beliau si Sarawak buat sementara waktu. Ketika itu isteri sedang sarat mengandungkan anak ke-2.

Di kampung tak ada kenderaan selain bas. Air p**a waktu itu bergantung sepenuhnya kepada air sungai belakang rumah.

Puan isteri dengan perut besarnya terpaksa turun ke sungai melalui tangga yang tinggi dan licin untuk menguruskan kehidupan harian.

Nak dijadikan cerita, puan isteri minta duit belanja makan untuk beliau dan anak. Saya waktu itu cuma ada RM80 sahaja di dalam akaun.

Saya hantarkan kepada beliau RM60 dan bakinya saya gunakan untuk makan saya di semenanjung.

Isteri saya call dan sangat gembira sebab ada RM60 untuk belanja, beliau minta izin naik bas ke bandar untuk beli lauk. Dengar gembira betul kerana sudah hampir 6 hari putus bekalan lauk di rumah.

Selepas p**ang, beliau hubungi saya semula dan ceritakan kepada saya pengalaman beliau di pasar.

Beliau cerita beliau beli sedikit itu dan sedikit ini jadi RM60 itu habis. Saya waktu itu curiga kerana barang yang dibeli sangat sedikit, kenapa RM60 habis.

Bila saya tanya beliau, barulah beliau cerita beliau beli ayamas drummet yang sepeket hampir RM20.

Terus saya marah beliau kerana saya rasa membazir. RM20 boleh beli 2 ekor ayam dan boleh dimakan lebih 1 minggu berbanding drummet itu. Beliau minta maaf. Beliau kata beliau teringin sangat nak makan.

Terus saya balas, teringin itu untuk orang kaya, kita orang miskin, teringin kita tak laku.

Beliau mula menangis dan minta maaf banyak kali. Saya masih juga marah. Marah kerana saya sudah tidak ada duit lagi mahu beri kepada beliau. Marah sebab waktu itu saya suami yang tidak berguna.

Saya letak talifon dalam keadaan marah dan beliau sedang menangis.

Malam itu saya tidak boleh tidor. Rasa betul-betul berdosa. Saya hubungi beliau dan saya minta maaf kepada beliau. Kami berdua menangis bersama di dalam talifon.

Ya Allah, sampai sekarang saya rasa berdosa. Kerana RM20 ini saya marah isteri saya yang banyak berkorban harta dan nyawa untuk bersama saya.

Semoga Allah masukkan isteri saya ke dalam syurga kerana selalu bersyabar dengan karenah suaminya.

Kepada tuan dan puan yang mungkin sedang dalam situasi yang sama seperti saya suatu ketika dahulu, saya doakan tuan dan puan dapat keluar secepat mungkin dari keadaan itu. Kita berdoa dan berusaha. Allah jua yang membantu kita.

Kredit : Mohd Firdaus Jailan

03/05/2024
03/05/2024

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Jadilah Pemberi Bukan Peminta

ุนูŽู†ู’ ุญูŽูƒููŠู…ู ุจู’ู†ู ุญูุฒูŽุงู…ู ุฑูŽุถููŠูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู†ู’ู‡ู ุนูŽู†ู’ ุงู„ู†ู‘ูŽุจููŠู‘ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ู‚ูŽุงู„ูŽ ุงู„ู’ูŠูŽุฏู ุงู„ู’ุนูู„ู’ูŠูŽุง ุฎูŽูŠู’ุฑูŒ ู…ูู†ู’ ุงู„ู’ูŠูŽุฏู ุงู„ุณู‘ููู’ู„ูŽู‰ ูˆูŽุงุจู’ุฏูŽุฃู’ ุจูู…ูŽู†ู’ ุชูŽุนููˆู„ู ูˆูŽุฎูŽูŠู’ุฑู ุงู„ุตู‘ูŽุฏูŽู‚ูŽุฉู ุนูŽู†ู’ ุธูŽู‡ู’ุฑู ุบูู†ู‹ู‰ ูˆูŽู…ูŽู†ู’ ูŠูŽุณู’ุชูŽุนู’ูููู’ ูŠูุนููู‘ูŽู‡ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ูˆูŽู…ูŽู†ู’ ูŠูŽุณู’ุชูŽุบู’ู†ู ูŠูุบู’ู†ูู‡ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู

Daripada Hakim bin Hizam RA dari Nabi SAW bersabda:

โ€œTangan yang diatas lebih baik dari pada tangan yang di bawah, maka mulailah untuk orang-orang yang menjadi tanggunganmu dan sedekah yang paling baik adalah dari orang yang sudah cukup (untuk keperluan dirinya). Maka barangsiapa yang berusaha memelihara dirinya, Allah akan memeliharanya dan barangsiapa yang berusaha mencukupkan dirinya maka Allah akan mencukupkannyaโ€.

(HR Bukhari No: 1338)
Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Bersedekah lebih baik daripada meminta-minta.

2. Menghulurkan sedekah dan sumbangan hendaklah dimulakan terlebih dahulu kepada ahli keluarga yang menjadi tanggungan kita.

3. Sedekah yang paling baik adalah lebihan daripada keperluan asas seseorang.

4. Berusahalah mencari rezeki sebaik mungkin dan elakkan diri dari meminta-minta atau mengharap belas kasihan orang lain.

5. Allah akan memelihara dan mencukupkan keperluan kepada orang yang berusaha dan bekerja mencari rezeki tanpa meminta-minta.

6. Nabi SAW mencela orang yang s**a meminta-minta (mengemis) kerana perbuatan tersebut merendahkan martabat kehormatan manusia. Padahal Allah sendiri sudah memuliakan manusia, seperti terungkap melalui firman-Nya:

ูˆูŽู„ูŽู‚ูŽุฏู’ ูƒูŽุฑูŽู…ู’ู†ูŽุง ุจูŽู†ูู‰ ุงูŽุฏูŽู… ูˆูŽุญูŽู…ู’ู„ู†ูŽุงู‡ูู…ู’ ูู‰ู ุงู’ู„ุจูŽุฑู‘ู ูˆูŽุงู’ู„ุจูŽุญู’ุฑู ูˆูŽุฑูŽุฒูŽู‚ู’ู†ูŽุงู‡ูู…ู’ ู…ูู†ูŽ ุงู„ุทู‘ูŽูŠู‘ูุจูŽุงุชู ูˆูŽููŽุถูŽู„ู’ู†ูŽุงู‡ูู…ู’ ุนูŽู„ูŽู‰ ูƒูŽุซููŠู’ุฑู ู…ูู…ูŽู†ู’ ุฎูŽู„ูŽู‚ู’ู†ูŽุง ุชูŽูู’ุถููŠู’ู„ุงู‹

Maksudnya: Dan sesungguhnya telah kami muliakan anak-anak Adam. Kami angkat mereka di daratan dan di lautan. Kami berikan mereka rezeki dari yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakan makhluk yang telah Kami ciptakan.โ€ (Surah Al-Israโ€™ Ayat: 70).

7. Jangan sengaja menjadi peminta. Ingatlah amaran Nabi SAW seperti yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA:

ู…ูŽู†ู’ ุณูŽุฃูŽู„ูŽ ุงู„ู†ู‘ูŽุงุณูŽ ุฃูŽู…ู’ูˆูŽุงู„ูŽู‡ูู…ู’ ุชูŽูƒูŽุซู‘ูุฑู‹ุง ููŽุฅูู†ู‘ูŽู…ูŽุง ูŠูŽุณู’ุฃูŽู„ู ุฌูŽู…ู’ุฑู‹ุง ููŽู„ู’ูŠูŽุณู’ุชูŽู‚ูู„ู‘ูŽ ุฃูŽูˆู’ ู„ููŠูŽุณู’ุชูŽูƒู’ุซูุฑู’

Barangsiapa meminta harta kepada orang lain untuk memperkaya diri, maka sungguh, ia hanyalah meminta bara api, maka silakan ia meminta sedikit atau banyak (HR. Muslim (no. 1041)

8. Lakukanlah apa juga pekerjaan yang halal dan baik seperti bertani, berniaga, mengutip tin kosong dan menjualnya, bertukang, menjadi pelayan, kerja kilang dan sebagainya untuk keperluan hidup, jangan sekali-kali mengharapkan pemberian orang lain. Pekerja Kesuma Bangsa.

Jadilah Kita Pemberi Bukan Orang Yang Mengharap Pemberian Orang Lain.

04hb Mei 2024
25hb Syawal 1445H

22/03/2024

"Peringatan Buat Diri"

1 - Jangan tinggal solat sunat qobliah subuh sekalipun bangun jam 6:45 pagi kerana Nabi saw ada bersabda bahawa ganjaran solat ini adalah lebih baik dari dunia dan seisinya. Kecuali dah terlampau hampir waktu subuh habis , maka hendaklah segera kerjakan solat fardhu subuh.

2 - Zikir Subhnanallah, Alhamdhulillah, Allahu Akbar, 33 kali jgn ditinggalkan setiap kali lepas solat. Kerana ini lah zikir khas buat anak Nabi saw , Fatimah sebagai zikir istiqamah penguat semangat.

3 - Berusahalah sedaya upaya utk solat subuh berjemaah di rumah-rumah Allah, @ paling kurang berjemaah dgn anak isteri di rumah, kerana ganjaran solat subuh berjemaah adalah sama seperti berqiamullail sepanjang malam.

4 - Jangan dilepaskan peluang berdoa selepas azan sebelum iqomah setiap waktu solat kerana disana diantara waktu-waktu mustajabnya doa.

5 - Pelajari serta hayati setiap bait-bait bacaan dlm setiap solat, bawa ia setiap kali solat, seolah-olah kita berbisik mengadu hal dgn Robbul Jalil setiap kali kita solat, agar dgn yg demikian hati kita sentiasa berada dlm solat, mudah-mudahan dgn asbab itu jugalah hati kita tidak lalai setiap kali solat. (memang itu pun diantara tujuan 5 kali sehari kita bersolat) dan itu janji Allah bahawa solat yg sedemikianlah punyai roh untuk menjaga kita dari berbuat keji & mungkar.

6 - Jangan dilepaskan Al Quran setiap hari terutama selepas solat subuh, bacalah apa juga surah, selain jadikanlah amalan 3 surah ini setiap hari yaitu, 10 awal & akhir surah Al Kahfi, surah Al Waqiah, juga surah Al Mulk. Asbab kepada sabda nabi : Bacalah Al Quran.. sesungguhnya Al Quran itu akan memberi syafaat (pertolongan) pada sahabat-sahabatnya.

7 - Jangan ditinggalkan solat-solat sunat qobliyyah ba'diyyah, witir, dhuha kerana solat sunat itu menambah asbab kepada redhanya Allah pada kita.

8 - Sentiasalah istiqamah solat di awal waktu. Wanita; bersedia, ternanti-nanti masuknya waktu solat manakala lelaki berusaha istiqamah solat berjemaah di rumah-rumah Allah kerana ia adalah sunnah Nabi kita saw yg utama.

9 - Lazimi menjaga wudhu' setiap masa kerana orang yg punyai wudhu' akan didampingi para malaikat-malaikat Allah.

10 - Amalkan sentiasa bawa ke mana-mana kayu sugi untuk bersugi kerana ada 70 kelebihan orang-orang yg sentiasa bersugi; antaranya, Zikir & bacaan ayat-ayat Al Quran orang yg bersugi lebih 70 kali di s**ai Allah berbanding bacaan orang-orang yg tak bersugi. Dua rakaat solat orang yg bersugi juga lebih dis**ai Allah vs 70 rakaat solat orang yg tak bersugi, dan juga syaitan benci pada golongan-golongan mereka yg istiqamah bersugi.

12 - Sentiasalah melazimi lidah untuk berzikir seperti selawat @ kalimah-kalimah taubat @ kalimah-kalimah tauhid asbab kita bersugi dikatakan mulut kita ringan untuk tujuan itu.

13 - Lazimi pagi-pagi dgn kurma dan ambillah juga ia sebelum tidur kerana khasiat makanan sunnah ini sudah cukup sempurna bg menjana hormon perangsang kesihatan & kecergasan tubuh & juga minda kita untuk menjurus kepada sentiasa berfikir yg positif setiap hari.

13 rahsia solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu :

1 - Niat Sembahyang : Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat ..

2 - Berdiri Betul : Fadhilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur ..

3 - Takbir-ratul Ihram : Fadhilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur ..

4 - Fatihah : Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur ..

5 - Ruqu' : Sebagai tikar kita di dalam kubur ..

6 - I'tidal : Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur ..

7 - Sujud : Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM ..

8 - Duduk antara 2 Sujud : Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur ..

9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) : Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar ..

10 - Tahhiyat Akhir : Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur ..

11 - Selawat Nabi : Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur ..

12 - Salam : Memelihara kita di dalam kubur ..

13 - Tertib : Akan pertemuan kita dengan Allah SWT..

Perbaiki solatmu,
maka Allah akan perbaiki hidupmu.
Cintailah Nabimu,
maka Allah akan mencintaimu.
Muliakanlah ibumu,
maka Allah akan memuliakanmu.
Bahagiakan ayahmu,
maka Allah akan bahagiakan hidupmu.

Cara menjaga solat waktu :

1 - Buat solat taubat ..
2 - Solat diawal waktu ..
3 - Qada solat jika tertinggal ..
4 - Paksa diri untuk solat walaupun rasa terpaksa ..
5 - Berdoa semoga diri diteguhkan keimanan ..
6 - lstighfar jika terniat untuk tinggalkannya ..

Masukkan 5 perkara dalam hati kita :

1 - Rasa ingin dekat dengan Allah ..
2 - Rasa ingin diampuni Allah ..
3 - Rasa ingin dibersihkan ..
4 - Rasa ingin diangkat darjat ..
5 - Rasa ingin diubah tabiat ..

KESIMPULAN :
Berusahalah menyantuni akan setiap perkara-perkara sunnah kerana itu semua akan mengundang redha Allah kepada kita.. Asbab bertambahnya redha Allah pada kita maka janji Allah

"Wahai jiwa-jiwa yg sentiasa tenang, kembalilah kepada tuhanmu dalam keadaan engkau redha dan aku redha. Dan berkumpullah kalian dalam kalangan orang-orang yg berbahagia dan masuklah kalian ke dalam syurga".

Kalau lah seluruh manusia mengetahui akan ini lah tujuan utama kenapa kita hidup di dunia ini (hanya nak dapatkan redha Allah) ketika mana saat kematian menjemput kita..

Nescaya sepanjang masa seluruh manusia akan sentiasa khusyuk lagi tawadhu dlm berusaha untuk mengejarnya.

Alhamdulillah โ™ฅ๏ธ

21/03/2024

Seminggu pertama bulan Ramadhan biasanya pembeli Bazaar Ramdhan dah jumpa gerai idaman mereka. Bila masuk minggu kedua, pembeli tidak lagi gunakan kaedah cuba-cuba sebaliknya akan fokus pada gerai kegemaran mereka.

Kalau mengikut trend tahun lepas, apabila masuk minggu kedua, akan ada gerai yang sudah ketiadaan pelanggan dan mula menutup gerai mereka dengan alasan tidak dapat menampung kos dan jualan tidak balik modal.

Kemungkinan besar gerai-gerai ini sudah tidak ada sambutan berbanding gerai lain. Antara faktor yang menyumbang kepada penutupan gerai ini makanan yang mahal dan rasa yang tidak memenuhi selera kebanyakan pembeli atau bahasa kasarnya 'tak sedap'. Kalau mahal tapi sedap masih ada yang membeli terutama yang memilih rasa. Kalau kurang sedap tapi harganya murah mungkin akan menjadi pilihan untuk yang membeli untuk kenyang bukan rasa. Tapi kalau mahal dan tak sedap, pasti akan diucapkan selamat tinggal.

Tidak mudah untuk berniaga terutama yang hanya berniaga pada bulan Ramadhan. Bak kata netizen sekarang, 'Masak tak sedap tak mengapa, tapi tolong jangan berniaga di bazaar Ramadhan'

- Gambar petikan akhbar tahun 2023

21/03/2024

SUAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ๐Ÿ˜ž

Selesai solat terawih dan tadarus malam tadi.

Di satu sudut masjid saya terpandang kepada seorang wanita dan dua orang anaknya yang masih kecil. Waktu itu hanya ada beberapa orang sahaja jemaah lelaki yang datang ke masjid untuk qiamulail.

Kemudian wanita itu datang dan menyapa, "ustaz, boleh tak saya nak minta izin untuk menumpang tidur di sini (masjid) untuk malam ni sahaja??"

Masa tu jam dah hampir pukul 12 malam, dengan anak-anak yang masih kecil dan hanya ada sehelai selimut sahaja.

Untuk kepastian, Saya bertanya kalau akak ni dari mana?
Kenapa nak tidur di masjid? Anak-anak ini ayahnya di mana?

Jawapanya membuatkan saya terdiam seketika, Kata ibu ini dia baru di halau dari rumah sewanya,suaminya p**a selepas kahwin baru langsung tak ambil kisah pasal keluarga, Subhanallah.

Dia p**a tiada tempat untuk minta pertolongan memandangkan ahli keluarganya tinggal di selangor.

Kemudian saya bertanya, kalau esok dah siang akak nak tuju ke mana??akak ada duit tak untuk beli makanan kepada anak-anak ni?

"Tak ada duit ustaz" Jawab nya dalam keadaan malu.

Allahuakbar, Di tengah larut malam begitu agaknya ibu mana yang sanggup bawa anak-anak kecil sebegitu keluar tidur merata.

Macam mana kalau anak-anak itu tidur dalam keadaan lapar sedang saya mengetahui akan hal itu, Adakah saya akan berdosa??

Sebagai seorang muslim bukan ke kita di tuntut supaya mengasihi muslim yang lain.

Sebelum saya beredar untuk p**ang, Saya cuba bantu sekadar yang termampu, Dia minta izin untuk gunakan sedikit wang sumbangan untuk beli tiket bas dan bakinya untuk makan.

Syukur la kalian yang masih ada tempat tidur,yang masih ada duit untuk berbelanja, yang masih mampu tersenyum dengan segala macam nikmat yang Allah kurniakan.

Doa saya semoga Allah bukakan jalan keluar untuk akak dan anak-anak dari masalah yang di hadapi saat ini.

Untuk lelaki yang mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang suami dan ayah, ingat lah!! Tak lambat dan tak cepat balasan Allah itu ada.

Credit : Abu Hamizan

Photos from Warung Selera Mutiara's post 19/03/2024

Orang nampak kita senyum, orang nampak kita ketawa tapi orang tak tahu apa masalah yang sedang kita lalui.

Orang nampak hidup kita senang, orang nampak kita macam banyak wang tapi orang tak tahu pun berapa banyak kita punya komitmen dan hutang.

Kadang ada orang, bila kawan tak nak bagi pinjam, terus cakap kita kedekut tak nak tolong kawan.

Yang sebenarnya, kau tak tahu pun berapa banyak dah dia tolong adik beradik dan orang lain dalam diam...๐Ÿ˜”

Dia kerja susahยฒ, pendamkan keinginan, dikutuk dan dihina rakan taulan kerana berjimat bukan untuk beri orang pinjam...

Masingยฒ ada beban dan tanggungjawab, bukan semua orang ada duit banyak dalam simpanan. Dan kalau dia ada pun, tentulah dia simpan untuk dirinya, keluarganya dan demi masa depan.

Begitulah manusia...๐Ÿ˜“

Masa dia senang, dia lupa daratan. Bila dah susah, baru sibuk nak "call" kawan mohon bantuan...

Waktu nak pinjam, mulut manis berjanji bulan dan bintang. Tapi bila tak dapat nak pinjam, macamยฒ yang diburukkan kita di belakang.๐Ÿ˜

Pengalaman telah berikan Aku pengajaran. Walau betapa sedihnya cerita kawan, jangan kita beri pinjam. Namun, kalau kau rasa kesian, berilah sebagai sedekah yang kau boleh halalkan.

06/03/2024

Warung Selera Mutiara

Lokasi : Penang Night Paradise,Jalan Rozhan,Alma,Bukit Mertajam.

https://maps.app.goo.gl/quqiax5R8SCrbWTu9

WAKTU OPERASI :
6.00 pm - 11.00 pm

Menu
Nasi Daging Bakar Danok
Nasi Ayam Ras Bakar
Laksa Mutiara

Whatsapp:
https://warungseleramutiara.wasap.my

Sertai group whatsapp PNP untuk info-info terbaru :
https://chat.whatsapp.com/E6fcT7VZxvt6vUGvbQ5PN9

Kalau malas keluar boleh order dari ;

Misi Rakyat :
https://misirakyat.com/index/os15z8
(Untuk pesanan dari 9.30 am-3.00 pm)

misirakyat.com/index/b27ju0
(Untuk pesanan dari 6.00 pm-11.00 pm)

Food Panda :
https://foodpanda.page.link/BSohi9fYkQ97X7Ea6

Shopee Food
https://shopee.com.my/universal-link/now-food/shop/20219467?deep_and_deferred=1&shareChannel=copy_link

Warung Selera Mutiara

03/03/2024

RAMAI ORANG TIDAK SEDAR Dan Tidak Tahu Waktu Afdal Ziarah Kubur. Roh Ibu Bapa Ada Di Kubur Tunggu Anak Mereka.

Tajuk : Adab menziarahi kubur.

Terutama kubur ibubapa. Disunatkan menziarah pada hari Khamis selepas Solat Asar, sepanjang hari Jumaat dan hari Sabtu sebelum Zohor. Waktu ini roh ada diperkuburan dan menunggu anak-anak menziarahinya.

Imam al-Bukhari meriwayatkan daripada Abu Hurarah r.a Hadis rasulullah saw :

Seorang anak yg menziarahi kubur ibubapanya pada hari-hari tersebut diatas akan dicatatkan kepadanya pahala seperti membuat kebaikan kepada kedua ibubapanya semasa hayat mereka. Dan dosa-dosa anak tersebut diampunkan oleh Allah SWT.

Jika anak tersebut adalah seorang yang derhaka semasa hayat ibubapanya, dengan menziarahi kubur ibubapa akan dicatatkan sebagai anak yg taat.

Ketika dikubur :

1. Memberi salam kepada simati dengan panggilan yang biasa semasa hayatnya. Seperti "Assalamualaikum mak/bapa". Roh mendengar dan menjawab salam.

2. Hendaklah kita menghadap kearah muka/kepala simati dan kita membelakangkan kiblat.

3. Membaca quran atau doa-doa yg baik untuk simati.

Kitab Riyadhus Solihin, kupasan oleh Ust. Norazan.```

*....simpan nota ini anak-anak dan sebarkan. Terima kasih...*

Al-Fatihah buat insan-insan tersayang yang telah pergi meninggalkan kita..Aamiinn

25/02/2024

Kepada pelanggan kami yang dihormati, kami amat berbesar hati sekiranya anda sudi memberi maklum balas kepada kami bertujuan untuk meningkatkan lagi kualiti dan hidangan dari kami...๐Ÿ™

https://forms.gle/FkzZSghG9sWKQCRv5

TikTok ยท Warung Selera Mutiara 22/02/2024

Mai pakat berniaga di Baazar Ramadhan PNP, Alma, Bukit Mertajam. (Bekas Tapak Kilang Motor SYM)

Lokasi : https://maps.app.goo.gl/BYD9biM68dBCAuk3A

Tempahan untuk sewa tapak dibuka sekarang. Sila share kepada peniaga-peniaga yang berminat.

Untuk sebarang pertanyaan sila klik link dibawah :

www.wasap.my/60174778797/BaazarPNP

www.wasap.my/601161134290/BaazarPNP

www.wasap.my/60103710423/BaazarPNP

TikTok ยท Warung Selera Mutiara Check out Warung Selera Mutiara's video.

22/02/2024

HELAH KE SYURGA

"Bayaq bihun ja Ustaz, ayaq ada orang bayaq dah"

Saya memandang kiri kanan takda sapa, saya orang terawal mai kedai ni pagi ni sebab mula kerja 5.00 pagi hari ni jadi 7.30 pagi kedai buka ja saya mai dah. Rasa tak puas hati maka saya tanya sapa bayaq?

Kak kedai ni kata ada hamba Allah dia belanja ayaq pagi jumaat, satgi jam 10 11 pagi dia mai la tanya berapa total dan dia bayaq ๐Ÿ˜๐Ÿ˜.

Saya tanya lagi, ada lagi dak helah hamba-hamba Allah lain macam helah hamba Allah sorang ni yang dok belanja ayaq ni?

Rupanya ada. Ada jenis mai park duit RM50 lepas tu dia kabor setiap customer kurangkan RM1 dari jumlah mereka perlu bayar dan guna duit dia ni seringgit seringgit untuk 50 orang.

Ada juga jenis dia 'chartered' setipuware kuih terus katakanlah karipap. Dia bayar terus nilai tapi karipap tu masih diletakkan di tempat jual. Bila orang ambil tiga karipap dan tiga donut contohnya nak pi bayaq, maka masa ni penjual akan kata bayar tiga donut ja. Baginya better buat macam tu dari boh label 'sedekah' di tipuware karipap kerana kalau boh label sedekah kekadang hat tak bersungguh nak makan pun ambil sebab free. Ni memang dia ada usaha nak beli karipap sebab dia nak makan pada kadar dia boleh makan dan lastnya masa nak bayar baru tahu tak oerlu bayar, insyaAllah akan makan habis.

Oh ya, kena tunggu ada berpuluh ringgit ka baru boleh buat helah camni? Dak aih. Kalau ada RM5 nak belanja 50 orang pun boleh aih, habaq kat tokey kedai 'less' kan sekupang untuk 50 customers. Tokey kedai pun kena pandai membantu jiwa-jiwa yang nak buat helah ni walaupun dengan nilai RM5 boleh bagi dia bantu seramai mungkin orang.

Macam-macam helah nuh nak masuk syurga

Ada lagi helah lain yang anda tahu? Kongsilah.

Warung Selera Mutiara 16/02/2024

https://youtube.com/shorts/X9erTuqxtSo?feature=share

Warung Selera Mutiara Nasi Daging Bakar Danok,Nasi Ayam Ras Bakar,Laksa Padu

10/02/2024

Mai pakat berniaga di Baazar Ramadhan PNP, Alma, Bukit Mertajam. (Bekas Tapak Kilang Motor SYM)

Lokasi : https://maps.app.goo.gl/BYD9biM68dBCAuk3A

Tempahan untuk sewa tapak dibuka sekarang. Sila share kepada peniaga-peniaga yang berminat.

Untuk sebarang pertanyaan sila klik link dibawah :

www.wasap.my/60174778797/BaazarPNP

Want your business to be the top-listed Food & Beverage Service in Bukit Mertajam?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

Warung Selera MutiaraLokasi : Penang Night Paradise,Jalan Rozhan,Alma,Bukit Mertajam.https://maps.app.goo.gl/quqiax5R8SC...
Warung Selera MutiaraLokasi : Penang Night Paradise,Jalan Rozhan,Alma,Bukit Mertajam.https://maps.app.goo.gl/quqiax5R8SC...
Big shout out to my newest top fans! ๐Ÿ’Ž Zamshu Che Rus
Warung Selera MutiaraLokasi : Penang Night Paradise,Jalan Rozhan,Alma,Bukit Mertajam.https://maps.app.goo.gl/quqiax5R8SC...
Warung Selera MutiaraLokasi : Penang Night Paradise,Jalan Rozhan,Alma,Bukit Mertajam.https://maps.app.goo.gl/quqiax5R8SC...
Warung Selera MutiaraLokasi : Penang Night Paradise,Jalan Rozhan,Alma,Bukit Mertajam.https://maps.app.goo.gl/quqiax5R8SC...
Warung Selera MutiaraLokasi : Penang Night Paradise,Jalan Rozhan,Alma,Bukit Mertajam.https://maps.app.goo.gl/quqiax5R8SC...
Warung Selera MutiaraLokasi : Penang Night Paradise,Jalan Rozhan,Alma,Bukit Mertajam.https://maps.app.goo.gl/quqiax5R8SC...

Category

Telephone

Address


Penang Night Paradise, Jalan Rozhan, Alma
Bukit Mertajam
14000

Opening Hours

Monday 18:00 - 22:30
Tuesday 18:00 - 22:30
Wednesday 18:00 - 22:30
Thursday 18:00 - 22:30
Friday 18:00 - 22:30
Saturday 18:00 - 22:30
Sunday 18:00 - 22:30

Other Food & Drink in Bukit Mertajam (show all)
Mazing Food And Catering Mazing Food And Catering
754, Jalan Song Ban Kheng, Pulau Pinang
Bukit Mertajam, 14000

Warung SA PAP TEH Warung SA PAP TEH
Kolej Komuniti Seberang Jaya, Permatang Pauh, Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang
Bukit Mertajam

Beli pasti tak menyesal

Teratak Nona Manis - Makan & Bergambar Teratak Nona Manis - Makan & Bergambar
PT 23 A, Jalan Tun Sardon Atas, Kampung Tun Sardon
Bukit Mertajam, 14000

Kami merupakan rumah tetamu,rumah fotografi dan juga port bergambar dan makan santai

Aneka sambal homemade Aneka sambal homemade
5, Lorong Impian Indah 16, Taman Impian Indah
Bukit Mertajam, 14000

Menjual aneka sambal Dan pes homemade, berbahan dasar chili, Bawang dll, yang siap dimasak.

่พฃๅฎ่ด Spices Bae ่พฃๅฎ่ด Spices Bae
Bukit Mertajam

่พฃๅฎ่ดไฝไบŽๅคงๅฑฑ่„š๏ผŒไธปๆ‰“่‡ชๅˆถ็š„่พฃๆค’้…ฑๆ–™ๆญ้…ไธๅŒๅฃๅ‘ณ็š„่ถŠๅ—ๆ˜ฅๅท๏ผŒๆฌข่ฟŽ่ฏข?

Abey Coconut Shake & Sosej Bakar Abey Coconut Shake & Sosej Bakar
Perda City Flea Market, Bandar Baru Perda, Pulau Pinang
Bukit Mertajam, 14000

๐Ÿ“Œ Available on grapfood

Aqil Aqil
320 Mk 21 Padang Ibu Kubang Semang
Bukit Mertajam, 14400

kami menjual dan megedar barangan makanan serta minuman dari sekitar pantai timur, thailand dan lain2

ALONG kitchen NASI kenduri ALONG kitchen NASI kenduri
Juru
Bukit Mertajam, 14100

everyday nasi kenduri

NASI LEMAK MAK INA NASI LEMAK MAK INA
3-8 ASTAKA BANDAR PERDA
Bukit Mertajam, 14000

welcome to nasi lemak mak ina astaka perda, mai try!

็›˜ๆŒžไธปๆ„ Tart's Idea ็›˜ๆŒžไธปๆ„ Tart's Idea
(Xing Seong Yuan Restaurant), Tart Idea, 16 Tingkat Bawah , Taman Seri Juru 13
Bukit Mertajam, 14000

Tarts Polo Bun Dessert

Sunpeace MCT Oil ๅฅๅบท็˜ฆEasy Sunpeace MCT Oil ๅฅๅบท็˜ฆEasy
No 20-1st Floor Persiaran Peramtang Rawa Bukit Mertajam Wellesley
Bukit Mertajam, 14000

ๆฒกๆœ‰็˜ฆไธไธ‹ๆฅ็š„ไฝ“่ดจ๏ผŒๅชๆœ‰ไธๅฅๅบทไฝ“่ดจ! ๆŠŠๅฅๅบท่ฐƒๆ•ดๅ›žๆฅๅฐฑๅฏไปฅๅ•ฆ๏ผ ไน–~ ๆฅ?

Aneka Thai Restoran Aneka Thai Restoran
No. 28, Lorong Industri Alma 1, Kawasan Industri Alma
Bukit Mertajam, 14000

Aneka Thai Food ๐Ÿฅ˜ ๐Ÿฒ (Halalโ€‹ Food For Everyone)โ€‹