Prk Darussyifa' Permatang Rawa

Pusat Rawatan Kecil Darussyifa' Permatang Rawa merupakan salah sebuah pusat rawatan di Pulau Pinang Perubatan Islam Jasmani dan Rohani

30/05/2024

Pusat Rawatan buka seperti biasa.. Lepas isya

11/03/2024

Assalamualaikum w.b.t.

Untuk makluman Pusat Rawatan Kecil Darussyifa' Permatang Rawa tidak beroperasi sepanjang bulan Ramadhan sehingga minggu ke-2 bulan Syawal. Insya-Allah, pusat rawatan dijangka akan beroperasi semula pada 25 April 2024 (Khamis).

10/11/2023

Sekecil-kecil usaha tetap mendapat pandangan Allah dan ganjaran yang besar bergantung pada niat...

27/10/2023

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda :

مَنْ قَالَ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ فِي يَوْمٍ مِائَةَ مَرَّةٍ كَانَتْ لَهُ عَدْلَ عَشْرِ رِقَابٍ وَكُتِبَتْ لَهُ مِائَةُ حَسَنَةٍ وَمُحِيَتْ عَنْهُ مِائَةُ سَيِّئَةٍ وَكَانَتْ لَهُ حِرْزًا مِنْ الشَّيْطَانِ يَوْمَهُ ذَلِكَ حَتَّى يُمْسِيَ وَلَمْ يَأْتِ أَحَدٌ بِأَفْضَلَ مِمَّا جَاءَ بِهِ إِلَّا أَحَدٌ عَمِلَ أَكْثَرَ مِنْ ذَلِكَ

Maksudnya: "Barang siapa yang membaca
لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ'

(Tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain Allah Yang Maha Esa tidak ada sekutu bagi-Nya. Milik-Nya kerajaan dan bagi-Nya segala puji dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu),
sebanyak 100 kali dalam sehari, maka baginya pahala seperti membebaskan 10 ORANG HAMBA, ditetapkan baginya 100 KEBAIKAN dan dijauhkan daripadanya 100 KEBURUKAN dan baginya perlindungan daripada (godaan) syaitan pada hari itu hingga petang dan tidak ada orang yang lebih baik amalnya daripada orang yang membaca doa ini kecuali seseorang yang dapat mengamalkan lebih banyak zikir ini".

(HR Bukhari, hadis sahih)

31/08/2023
26/06/2023

PENANGGUHAN SESI RAWATAN SEMPENA HARI RAYA AIDIL ADHA

Pusat Rawatan Kecil (PRK) Darussyifa' Permatang Rawa akan menangguhkan sesi rawatan pada 29hb Jun 2023 (Khamis) dan akan beroperasi semula pada sesi rawatan berikutnya seperti berikut:

Tarikh operasi: 6 Julai 2023 (Khamis)
Waktu rawatan: 9.30 hingga 11.30 malam

Harap Maklum

05/04/2023

Satu penjelasan yang jelas bagi merungkai persoalan yang sekian lama berlegar dalam masyarakat.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmatNya ke atas Allahyarham Tuan Guru Dato' Dr. Haji Haron bin Din

Kredit : Webmaster Darussyifa' Online

04/04/2023

Assalamualaikum
Untuk makluman Pusat Rawatan Kecil Darussyifa' Permatang Rawa tidak beroperasi sepanjang bulan Ramadhan sehingga minggu ke-2 bulan Syawal. Sebarang perubahan akan dimaklumkan.

23/02/2023

Amalan zikir, amalan diri sendiri ni tak perlu banyak, sikit sudah cukup, sudah kuat jika berterusan melakukan ia. sebab sikitlah kita mampu berterusan..., ini tidak, itu nak buat, ini nak buat, beratus, beribu akhirnya 2 3 hari buat jadi jemu, jadi malas lepas tu tinggal...

sebab tu Nabi s.a.w sabda mafhumnya amalan yang dicintai Allah ialah amalan yang berterusan walaupun sedikit...

15/08/2022

Memo: DARUSSYIFA PULAU PINANG

Alhamdulillah..Kesemua Pusat Rawatan Darussyifa Pulau Pinang telah dibuka semula utk orang ramai. Pesakit boleh hadir terus tanpa perlu buat temujanji

PR Bertam

Tempat: PR BERTAM PERDANA
Hari: Isnin, Rabu & Jumaat
Masa: 9.30 mlm ~11 mlm

Alamat tempat rawatan:

Pejabat Operasi Darussyifa' Pulau Pinang
No. 2, Lorong Panglima 4, Bertam Perdana 3, 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang.
https://maps.google.com/?cid=3222788346953471930

PR Pulau

Tempat: Surau AnNur Desa Mutiara
Hari: Ahad
Masa: 9.00 pg - 12 tgh hari

Alamat tempat rawatan:

Surau An Nur Desa Mutiara
Cangkat Bukit Gambier, Desa Mutiara Bukit Gambir, 11700 Gelugor, Pulau Pinang
https://waze.com/ul/hw0zqd60yv

PR Permatang Rawa

Tempat: Surau Permatang Rawa
Hari: Khamis
Masa: 9.30 mlm ~11 mlm

Alamat tempat rawatan:

Surau Permatang Rawa
MK7, Permatang Rawa, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
https://maps.app.goo.gl/tNBGFZQGR49Q37n3A

Semua rawatan di Darussyifa' adalah percuma

Harap maklum.

Pejabat Operasi Darussyifa' Pulau Pinang · 13200 Kepala Batas, Penang, Malaysia 27/07/2022

Memo: DARUSSYIFA PULAU PINANG

Alhamdulillah..Kesemua Pusat Rawatan Darussyifa Pulau Pinang telah dibuka semula utk orang ramai. Pesakit boleh hadir terus tanpa perlu buat temujanji

*PR Bertam*

Tempat: PR BERTAM PERDANA
Hari: Isnin, Rabu & Jumaat
Masa: 9.30 mlm ~11 mlm

Alamat tempat rawatan:

Pejabat Operasi Darussyifa' Pulau Pinang
No. 2, Lorong Panglima 4, Bertam Perdana 3, 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang.
https://maps.google.com/?cid=3222788346953471930

*PR Pulau*
Tempat: Surau AnNur Desa Mutiara
Hari: Ahad
Masa: 9.00 pg - 12 tgh hari

Alamat tempat rawatan:

Surau An Nur Desa Mutiara
Cangkat Bukit Gambier, Desa Mutiara Bukit Gambir, 11700 Gelugor, Pulau Pinang
https://waze.com/ul/hw0zqd60yv

*PR Permatang Rawa*

Tempat: Surau Permatang Rawa
Hari: Khamis
Masa: 9.30 mlm ~11 mlm

Alamat tempat rawatan:

Surau Permatang Rawa
MK7, Permatang Rawa, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
https://maps.app.goo.gl/tNBGFZQGR49Q37n3A

*Semua rawatan di Darussyifa' adalah percuma*

Harap maklum.

Pejabat Operasi Darussyifa' Pulau Pinang · 13200 Kepala Batas, Penang, Malaysia ★★★★★ · Corporate office

30/05/2022

Assalamualaikum
Pusat Rawatan sudah beroperasi seperti biasa
Lepas Solat Isya
Setiap Hari KHAMIS

01/04/2022

Assalamualaikum
Untuk makluman semua PUSAT RAWATAN kami tidak beroperasi semasa Ramadan
HARAP MAKLUM

Google Forms - create and analyze surveys, for free. 28/03/2022

Tempat: Pusat Rawatan Kecil (PRK) Darussyifa Permatang Rawa
Hari: Khamis
Masa: 9.15 mlm ~11 mlm

Link Temujanji 👇🏻
https://bit.ly/pendaftaran-rawatan-prkdpr

Google Forms - create and analyze surveys, for free. Create a new survey on your own or with others at the same time. Choose from a variety of survey types and analyze results in Google Forms. Free from Google.

Photos from Prk Darussyifa' Permatang Rawa's post 18/02/2022

Assalamualaikum kepada semua
PUSAT RAWATAN KECIL DARRUSSYIFA' PERMATANG RAWA
akan mula beroperasi pada
Tarikh -24/2/2022(Khamis)
Masa- 9.00 mlm -11.30mlm

Jadi tuan2 dan puan2 sila isi borang secara online yg tertera di bwh

*PESAKIT SECARA WALK IN TIDAK DI TERIMA HARAP MAKLUM*

06/10/2021

Memo: DARUSSYIFA BERTAM

*Pusat Rawatan Darussyifa Bertam Perdana akan dibuka pada bulan Oktober ini. Pesakit yg ingin hadir utk sesi rawatan perlu membuat temujanji terlebih dahulu*..

Tempat: PR BERTAM PERDANA
Hari: Sabtu
Masa: 9 PAGI~11PAGI

Link Temujanji 👇🏻
https://bit.ly/pendaftaran-rawatan-dspp

Sila baca syarat syarat rawatan dengan teliti sebelum mendaftar

Harap maklum.

Moved Temporarily

10/05/2021

AKTA 775 MENJAMIN KESUCIAN AL-QURAN DAN MAMPU MENGAWAL “PENUNGGANG AGAMA”, TAHNIAH TCM KKM

Perubatan Islam melalui kaedah Ruqyah Syar’iyah merupakan salah satu daripada kaedah rawatan yang mendapat tempat di kalangan masyarakat di Malaysia. Ia telah wujud di dalam masyarakat kita sejak dahulu lagi. Malah ia mula digerakkan secara formal melalui penubuhan Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam (Darussyifa) pada tahun 1988 yang diasaskan oleh almarhum Tuan Guru Dato Dr Haron bin Din. Semenjak dari itu, kaedah rawatan Islam menjadi tumpuan masyarakat sebagai salah satu kaedah rawatan komplimentari dalam mendapatkan kesembuhan daripada penyakit.

Keperluan masyarakat menjadikan kaedah rawatan ruqyah ini sebagai ikhtiar mendapatkan kesembuhan penyakit dapat dibuktikan melalui data bilangan kehadiran pesakit di pusat-pusat rawatan ruqyah. Statistik kehadiran pesakit ke 86 Pusat Rawatan Kecil (PRK) Darussyifa pada tahun 2015 ialah seramai 227,178 orang pesakit. Pada tahun 2019, jumlah PRK Darussyifa telah bertambah menjadi 95 buah PRK keseluruhannya. Dianggarkan jumlah pesakit yang mendapatkan rawatan Perubatan Islam di Darussyifa menjangkau ke angka 250,000 orang. Angka ini hanya melibatkan PRK Darussyifa sahaja, belum lagi dengan persatuan lain seperti Darussalam dan seumpamanya. Bilangan angka kehadiran yang sebegini besar jelas menunjukkan kepada kita betapa khidmat rawatan Perubatan Islam secara ruqyah amat diperlukan dalam kalangan masyarakat.

Pada tahun 2016, suatu akta iaitu Akta 775 Akta Perubatan Tradisional dan Komplimentari 2016 telah diwartakan. Di dalam akta ini, kaedah rawatan melalui Ruqyah Syar’iyah merupakan satu modaliti dalam Peraturan Perubatan Tradisional dan Komplimentari 2021 di bawah bidang amalan Perubatan Islam. Perkara ini dilihat memberikan kesan yang positif terhadap usaha untuk memartabatkan kaedah rawatan berasaskan ruqyah Syar’iyah secara lebih tersusun dan efektif.

Akta yang diwartakan ini bukanlah bersifat menghalang para pengamal perubatan tradisional, bahkan ia lebih dilihat sebagai satu bentuk kawal selia daripada pihak berwajib terhadap perkhidmatan sebegini. Perkara demikian adalah perlu kerana penawaran perkhidmatan kesihatan khususnya perlu mendapat seliaan yang berterusan daripada pihak berwajib kerana ia melibatkan keselamatan dan nyawa manusia. Di dalam ajaran Islam, pemeliharaan terhadap nyawa merupakan salah satu daripada lima Objektif Utama Syariah yang perlu dijaga.

Selain itu, kawal selia ini juga dilihat dapat meningkatkan tahap profesionalisme dalam bidang Perubatan Islam khususnya. Setiap pusat rawatan yang menawarkan khidmat rawatan perlu menyatakan secara jelas kaedah dan bentuk rawatan yang dijalankan kepada pihak berwajib. Melalui kaedah ini secara tidak langsung dapat membendung daripada berlakunya kaedah-kaedah rawatan yang mungkin boleh mendatangkan mudarat kepada masyarakat dan pesakit.

Sejak kebelakangan ini juga kita sering mendengar laporan-laporan akhbar berkaitan dengan berlakunya penipuan dan salah laku moral yang dilakukan oleh segelintir individu yang mengaku dirinya adalah pengamal Perubatan Islam. Perkara ini jelas telah mencalarkan imej Perubatan Islam bahkan lebih teruk lagi mencalarkan imej Islam. Jadi, bagaimanakah kita ingin menghalang perkara ini daripada berlaku dan mencalarkan imej rawatan Islam? Antara lain adalah dengan menggunakan kaedah perundangan. Jadi dengan wujudnya Akta 775 ini, kita berharap bahawa ia dapat mengawal dan menghalang perkara sebegini daripada berulang.
Kawal selia ini dapat dilihat dalam usaha untuk melaksanakan kehendak Akta 775, para pengamal perubatan ruqyah perlu mendaftarkan diri di Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplimentari (BPTK), Kementerian Kesihatan Malaysia yang telah mula dijalankan mulai tahun 2021. Setiap perawat akan melalui beberapa bentuk tapisan seperti saringan i-Syifa dan seumpamanya untuk melayakkan dirinya mendapat kelulusan menjalankan atau menawarkan perkhidmatan rawatan. Pendaftaran dan saringan seperti ini sudah pasti dapat mengesan seterusnya mengawal daripada wujudnya kaedah-kaedah rawatan yang meragukan. Selain itu, ia juga dapat menghasilkan para perawat ruqyah yang kompeten dan mempunyai standard profesionalisme yang tinggi setaraf dengan bidang rawatan yang lain.

Antara aspek lain yang amat penting dari Akta 775 ini ialah penekanan yang khusus terhadap “tanggungjawab perawat”. Antara lain akta ini menekankan keperluan untuk merujuk kepada pakar perubatan jika berlaku penularan wabak penyakit, kawalan penggunaan alat peranti semasa menjalankan proses rawatan dan aspek-aspek tata tertib dan tata kelola yang baik di pusat-pusat rawatan. Selain itu, akta ini juga menyentuh soal polisi pengiklanan dan promosi dan bidang kuasa pegawai penyiasat yang dilantik untuk menjalankan pemeriksaan dan menutup premis rawatan sekiranya melanggar undang-undang yang ditetapkan serta kuasa pendakwaan di mahkamah. Di samping itu, wujud satu peruntukan khas berkait hak pesakit yang menyentuh tentang hak pesakit untuk menuntut ganti rugi jika berlaku kecuaian oleh perawat.

Dakwaan yang mengatakan bahawa kewujudan akta ini akan mencemarkan kesucian al-Quran dan seumpamanya itu perlu dibuktikan secara jelas. Seperti yang telah disentuh sebelum ini yang mana perawat perlu melalui tapisan saringan i-Syifa contohnya, saringan ini dibangunkan dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Kerjasama dengan agensi agama berautoriti sebegini menunjukkan kesungguhan KKM untuk memelihara aspek kesucian al-Quran atau Islam itu sendiri dalam melaksanakan Akta 775 ini. Saringan ini juga dilihat dapat menghalang segelintir individu daripada mempergunakan ayat al-Quran atau doa-doa yang dipetik daripada Hadith Nabi s.a.w dengan cara yang tidak benar yang mana perbuatan itu terlebih jelas menghina dan mencemar kesucian sumber agama Islam.

Kami tertarik untuk memberikan respon terhadap satu artikel yang ditulis di ruangan Minda Pembaca, akhbar Berita Harian bertarikh 9 April 2021 yang bertajuk “Nilai semula akta rawatan ruqyah bagi jamin kesucian al-Quran”. Di dalam artikel tersebut antara lain penulis menyebutkan tentang “menjalankan amalan seperti disebut dalam surah al-Isra’ ayat 82 kini kunci rantainya dipegang KKM” dan “usaha membendung penyihiran kini bertukar kepada membendung orang membaca al-Quran sebagai syifa”. Pada hemat kami, ini hanyalah sangkaan dan ia jelas meleset daripada kehendak sebenar akta tersebut. Jelas di dalam akta tersebut tidak ada halangan kepada umat Islam untuk membaca al-Quran sebagai syifa. Ayat 82 surah al-Isra’ itu menyentuh perihal sifat al-Quran yang diturunkan itu adalah sebagai Syifa' (kesembuhan) dan rahmat kepada orang yang beriman secara umum. Apabila menjadikan sebahagian ayat al-Quran sebagai ikhtiar rawatan kemudian menawarkan p**a kepada masyarakat itu telah menjadikan ia bersifat khusus. Ini kerana ia melibatkan kaedah, bentuk bacaan dan sebagainya dalam usaha untuk mendapatkan kesembuhan daripada penyakit. Ia berkait dengan sektor perkhidmatan kesihatan di negara kita. Justeru itu, amat wajar sekali ia dimasukkan di bawah seliaan KKM dan tidak sepatutnya timbul isu mengatakan akta ini menghalang umat Islam untuk membaca al-Quran sebagai syifa.

Perlu difahami bahawa usaha untuk membendung (merawat) penyihiran ini dilakukan hanya oleh golongan yang khusus menceburkan diri dalam bidang Perubatan Islam. Ia tidak dijalankan oleh semua umat Islam. Tidak dinafikan kaedah ini pada awalnya dijalankan secara persendirian, namun oleh kerana ada di sana unsur demand, maka pusat-pusat rawatan yang menawarkan perkhidmatan ini tumbuh bagai cendawan di negara kita dewasa ini. Apabila ada penawaran terhadap kesihatan, maka perlu diwujudkan suatu garis panduan atau peraturan supaya khidmat kesihatan yang ditawarkan itu adalah selamat dan diyakini. Di Malaysia, badan yang bertanggungjawab untuk menyelia soal kesihatan rakyat Malaysia ialah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Jadi usaha KKM untuk menguatkuasakan Akta 775 ini seharusnya disokong supaya perkhidmatan kesihatan di negara kita bertambah baik.

Sebagai tamsilan kepada isu di atas, seseorang yang memasak di rumah, mereka tidak memerlukan persijilan halal daripada JAKIM dan kelulusan dari pihak PBT. Namun apabila seseorang itu ingin memberikan khidmat menyajikan makanan dan minuman seperti membuka restoran umpamanya atau menyediakan perkhidmatan yang melibatkan orang awam, maka mereka tertakluk kepada peruntukan undang-undang yang ada di negara kita seperti lesen PBT, tahap kebersihan yang dipantau oleh KKM dan sebagainya. Ini semua dilaksanakan demi menjaga kemaslahatan dan kesihatan umum serta mengawal daripada berlakunya unsur penipuan dan sebagainya. Begitu jugalah dalam usaha untuk menawarkan khidmat kesihatan secara ruqyah kepada masyarakat umum, perlunya ada peruntukan yang khusus berkaitan perkara tersebut dan ia dimanifestasikan dengan hadirnya Akta 775 ini. Justeru, Akta 775 ini adalah sangat baik demi menjaga kesucian agama daripada golongan yang ingin mengambil kesempatan atau disebut “penunggang agama”.

Kesimp**annya, kewujudan Akta 775 dan perlaksanaannya amatlah diperlukan. ia dilihat hadir pada masa yang tepat sebagai satu bentuk kawal selia yang dapat memartabatkan lagi kaedah rawatan ruqyah dan secara tidak langsung dapat memelihara kesucian Islam itu sendiri. Sekali lagi diucapkan tahniah KKM, tahniah TCM. Wallahua’lam

Saiful Syahrul bin Mohd Hanafi
Penolong Setiausaha Agung 1
Darussyifa Malaysia

Want your organization to be the top-listed Non Profit Organization in Bukit Mertajam?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

Satu penjelasan yang jelas bagi merungkai persoalan yang sekian lama berlegar dalam masyarakat.Semoga Allah SWT mencucur...
rindu pada guru

Telephone

Website

Address


Surau Permatang Rawa
Bukit Mertajam
14000

Opening Hours

21:00 - 23:15

Other Non-Governmental Organizations (NGOs) in Bukit Mertajam (show all)
Malaysian Green Lung Association Malaysian Green Lung Association
Bukit Mertajam

An advocacy organisation for to***co control and smoke-free generation

Low Tian Sim 刘典燊 Low Tian Sim 刘典燊
Bukit Mertajam, 14000

Service golden age people, Service around public citizen, Share charities news, Share true and good

Perisai 114 Malaysia Perisai 114 Malaysia
Bukit Mertajam

PERTUBUHAN INSAN AMAL ISTIQOMAH

Persatuan Komuniti Kesukarelawanan Pulau Pinang  - 槟州人民社警 Persatuan Komuniti Kesukarelawanan Pulau Pinang - 槟州人民社警
No 2734 Jalan Kulim
Bukit Mertajam, 14000

槟州人民社警是一个非盈利,无分种族文化宗教信仰的慈善社团 我们无法帮助每个人,但我们会尽力帮助每个人 尽己所能 极力帮助~需要帮助的弱势群体

Permata Ummah Permata Ummah
Bukit Mertajam

Pertubuhan Permata Ummah Prihatin Pulau Pinang adalah persatuan di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (No Pendaftaran : PPM-001-07-25082021) yang merupakan Badan Bukan K...

Persatuan Kebajikan Magilchi Negeri Pulau Pinang Persatuan Kebajikan Magilchi Negeri Pulau Pinang
Bukit Mertajam

Charity. Helping single mom, father and poor family. Upgrade youth in education and business.

Alumni Science Penang Alumni Science Penang
Bukit Mertajam, 14000

PERTUBUHAN ALUMNI SCIENCE PENANG | ALSPEN (smspp/stsss/soksek/smstsss)

Persatuan Komuniti Kesukarelawanan Pulau Pinang 槟州人民社警 - 缘善社 Persatuan Komuniti Kesukarelawanan Pulau Pinang 槟州人民社警 - 缘善社
No 2734, Jalan Kulim, 14000
Bukit Mertajam

槟州人民社警是一个非盈利,无分种族文化宗教信仰的慈善社团 我们无法帮助每个人,但我们会尽力帮助每个人 尽己所能 极力帮助~需要帮助的弱势群体

Pertubuhan Kebajikan Kebudayaan dan Sosial Kaum India Negeri Pulau Pinang Pertubuhan Kebajikan Kebudayaan dan Sosial Kaum India Negeri Pulau Pinang
18 Jalan Dato Ooh Chooi Cheng
Bukit Mertajam, 14000

NGO

JABAT Malaysia JABAT Malaysia
P129 Kg Mengkuang
Bukit Mertajam, 12300

Voluntary Aid Detachment 1 - VAD 1 Voluntary Aid Detachment 1 - VAD 1
Bukit Mertajam, 14000

We are Malaysia Red Crescent Voluntary Aid Detachment 1 (VAD 1), SPT

Pertubuhan Kebajikan Akrab Amanah Kerjasama Malaysia Pertubuhan Kebajikan Akrab Amanah Kerjasama Malaysia
T. S 7030 Kuala Mengkuang
Bukit Mertajam, 14400

P.A.A.K MALAYSIA