Dewan Muslimat PAS Kawasan Bagan

Dewan Muslimat PAS Kawasan Bagan

PENYATUAN UMMAH MENUJU KEMENANGAN

Photos from Dewan Muslimat PAS Kawasan Bagan's post 12/05/2024

Ahad/ 12mei2024.
Berlangsungnya Muktamar Agung Tahunan Dewan Muslimat PAS kali ke-4.
Tahniah diucapkan kepada semua perwakilan yang hadir kali ini.

Kita akan berusaha utk focus pd matlamat dan memperbanyakkan ilmu utk menjadi lebih baik.

Kita tak ramai...but
"Quality over quantiti"

14/04/2024
05/03/2024

🌟🌟🌟

Photos from Dewan Muslimat PAS Kawasan Bagan's post 07/02/2024

وَاَنْفِقُوْا مِنْ مَّا رَزَقْنٰكُمْ مِّنْ قَبْلِ اَنْ يَّأْتِيَ اَحَدَكُمُ الْمَوْتُ فَيَقُوْلَ رَبِّ لَوْلَآ اَخَّرْتَنِيْٓ اِلٰٓى اَجَلٍ قَرِيْبٍۚ فَاَصَّدَّقَ وَاَكُنْ مِّنَ الصّٰلِحِيْنَ

Dan infakkanlah sebagian dari apa yang telah Kami berikan kepadamu sebelum kematian datang kepada salah seorang di antara kamu; lalu dia berkata (menyesali), “Ya Tuhanku, sekiranya Engkau berkenan menunda (kematian)ku sedikit waktu lagi, maka aku dapat bersedekah dan aku akan termasuk orang-orang yang saleh.” Al-Munafiqun Ayat 10

KETUA DEWAN MUSLIMAT PAS KAWASAN BAGAN DAFTAR INFAQ ISTIQOMAH
Rabu | 7 Februari 2024 | 26 Rejab 1445

Ketua DMPK Bagan dan juga Guru Kanan PASTI At- Taqwa Bagan,Pulau Pinang hari ini telah mendaftar Infaq Istiqomah.

Sila rujuk link video dibawah untuk cara mendaftar infaq istiqamah.
https://youtu.be/kdX10SrdUzQ

Jom infaq dengan klik link dibawah:
https://infaqpay.my/go/pas?referrer=PAS0056

Photos from Dewan Muslimat PAS Kawasan Bagan's post 11/12/2023

Ahad/10 Disember 2023.
Dewan Muslimat PAS Kawasan Bagan telah berjaya melaksanakan MUNAJAT AKIFI dalam program Amal Day For Charity (AD4C) bersama penduduk setempat di kampung jawa Bagan.

Meriah dengan orang ramai dan kanak2 yang hadir untuk pertandingan mewarna. Rawatan syifa,Medik,gotong royong,latihan kebakaran dan agihan MOSWAY utk mereka yang memerlukan.

Insyallah..
Kami akan menemui anda dalam program Amal Day For Charity (AD4C).
akan datang ke tempat anda.

21/10/2023

‎إِنَّا للهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

Salam Takziah daripada Dewan Muslimat PAS Kawasan Bagan.. buat seluruh ahli keluarga :

1. Ustazah Taibah Sulaiman
(Ketua Dewan Muslimat PAS Sg Petani)
2. Nor Fatihah Nabilah Bukri
(Ketua Ameerah Sg Petani)
3. Najihah Amzi
(PSU1 Dewan Muslimat PAS Sg Petani)

Dalam perjalanan p**ang dari Muktamar, Allah swt telah menjemput mereka kembali ke Rahmatullah akibat kemalangan pada hari jumaat.

Semoga mereka berbahagia menuju jannah.

Photos from Dewan Muslimat PAS Kawasan Bagan's post 19/10/2023

"sesungguhnya,tangan Allah bersama dengan jemaah.Dan sesungguhnya,syaitan itu akan berlari bersama dengan mereka yang memisahkan diri dari jemaah(kelompok org islam)"
Riwayat Al-nasa'ie(4020)
*Petikan ucaptama Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia.MAT63.
18&19okt2023.

02/08/2023

Calon N07 & N09

CERAMAH PERIKATAN NASIONAL BERSAMA CALON N.07 DUN SG PUYU & N.09 DUN BAGAN DALAM

Hari : SABTU
Tarikh : 29.07.2023 |
11 Muharram 1444 H
Masa : Selepas Solat Isyak
Tempat : Bilik Operasi JPrP Bagan (Lorong Kubur)

*DIJEMPUT SEMUA HADIR*

Photos from PAS Kawasan Bagan - P.043's post 02/08/2023
01/08/2023

Kenali calon N09.
PNtetapBEST 👍👍👍👍👍

01/08/2023

TERBAIK ANAK MUDA 👍👍👍

Photos from Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Pusat's post 31/07/2023
31/07/2023

SEKILAS RANGKUMAN SEMINGGU
(24 Julai hingga 30 Julai 2023)

1. KELEMAHAN KERAJAAN MENYEKAT THE 1975 DIPERSOAL

Kerajaan Madani dilihat seolah-olah tidak cakna dengan tanggungjawabnya susulan insiden biadab kump**an The 1975 apabila tiada sebarang tindakan dikenakan kepada band tersebut yang jelas telah menghina dan melanggar undang-undang negara.

http://bitly.ws/PyRy

2. ZETI AZIZ BONGKAR ISU 1MDB

Bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz memberitahu Mahkamah Tinggi ini bahawa Datuk Seri Najib telah memintanya membersihkan nama beliau berhubung RM2.6 bilion yang ada dalam akaun bank peribadinya.

http://bitly.ws/Pz7h

3. PENGUMUMAN BANTUAN KHAS OLEH PMX

Kerajaan PH-BN mengumumkan pemberian bantuan khas kepada jutaan penjawat awam yang akan disalurkan dalam tempoh dua minggu iaitu di fasa kempen PRN. Pengumuman ini menerima reaksi pelbagai kerana dianggap sebagai gula-gula politik.

http://bitly.ws/PyS5

4. PENGISYTIHARAN CALON PERIKATAN NASIONAL

Majlis Pengisytiharan Calon Perikatan Nasional di enam buah negeri telah berlangsung dengan penuh meriah. Banyak wajah baharu dipertaruhkan dengan latar belakang yang pelbagai termasuk golongan profesional, agamawan dan bintang bola sepak.

http://bitly.ws/PySJ

5. PRN-15: 572 CALON SAH BERTANDING

SPR mengesahkan telah menerima sebanyak 572 kertas penamaan calon melibatkan semua 245 kerusi DUN dan satu kerusi Parlimen Kuala Terengganu sempena Pilihan Raya DUN di enam Negeri. Fasa kempen selama dua minggu secara rasmi telah bermula pada 29 Julai 2023.

http://bitly.ws/PyR2

Sekian.

ZURK AHMAD
Ketua Pengarah Jabatan Penerangan PAS Pusat
30 Julai 2023

31/07/2023

Eh kena mengundi lagi ke? Bukan hari tu kita dah mengundi ke?

Tahu kan 12 Ogos ni hari pengundian untuk 6 negeri?

Nak tahu kenapa perlu mengundi, saksikan bual bicara malam ni dalam hawa talk : kenapa perlu mengundi?

31/07/2023

ENAM BUKTI FORMULA RAFIZI GAGAL

1. FORMULA KERETA MURAH

Rafizi pernah berkata kerajaan patut dan mampu turunkan harga kereta. Hanya hapuskan cukai eksais dan cukai jualan.

Kalau ikut formula Rafizi, boleh beli Myvi dengan harga RM25 ribu sahaja.

Tapi, harga kereta bukan dikawal kerajaan. – Tengku Zafrul

Banyak kos lain bersangkut. Contohnya logistik, kadar faedah semasa, kadar tukaran mata wang. Bergantung juga atas keanjalan permintaan.

2. FORMULA PULAU KEDAI MAKAN

Rafizi pernah berkata rakyat p**au sahaja kedai makan yang tak turunkan harga. Katanya kerajaan dah turunkan semua harga barang mentah.

Tapi, penganalisis dan pengusaha kedai makan kata harga barang mentah banyak yang naik.

Gula, gandum, minyak sawit, ayam, telur. Kos pengeluaran bahan mentah pun naik. Contohnya kos makanan haiwan naik sebab harga jagung dan kacang soya naik.

3. FORMULA JANGAN MAKAN AYAM

Rafizi pernah berkata, “by right kalau harga ayam mahal, jangan makan ayam.”

Katanya kalau harga naik, turunkan permintaan. Maka harga turun semula sebab permintaan dah berkurang.

Pakar Ekonomi UKM membalas, permintaan apa yang perlu dikurangkan dan siapa yang perlu kurangkan permintaan sedia ada?

Lagi pun, bukankah ayam itu makanan asas antara sumber protein termurah untuk rakyat?

4. FORMULA KUKUHKAN RINGGIT

Rafizi pernah berkata, tidak mengapa naikkan OPR selagi nilai ringgit dapat dinaikkan. Kerajaan kena hormat BNM.

Pakar ekonomi berkata, rakyat terjejas untuk berbelanja. Adakah rakyat bersedia dengan kerajaan lepas tangan untuk bantu rakyat?

Kalau kononnya naikkan OPR untuk kembali ke zaman sebelum pandemik, adakah ekonomi rakyat hakikatnya juga sudah pulih sepenuhnya seperti sebelum pandemik?

5. FORMULA RINGGIT JATUH BAWA KEBAIKAN

Rafizi pernah berkata ringgit jatuh baik untuk negara. Tapi rakyat sudah tak minat dengan teori Rafizi. Rakyat nak tahu apa kesan kepada mereka.

Rafizi nak tutup formula naikkan ringgit yang tak menjadi.

Pakar kata kalau ringgit jatuh kos import jadi tinggi. Banyak barang akan terkesan maka kos sara hidup jadi tinggi. Umumnya, kalau ringgit jatuh harga barang akan naik.

6. FORMULA TURUN HARGA BARANG

Rafizi pernah berkata jangan beli barang bukan pada harga purata. Kena semak dulu harga di banyak kedai dan pilih yang termurah.

Formula beliau akan berjaya dalam sebulan dan PN akan terduduk.

Selepas sebulan, rakyat masih terkesan harga barang tinggi. Formula Rafizi kurang tepat dan tidak menyeluruh.

Tidak semudah turunkan permintaan, harga pun turun. Ada konsep lain seperti ‘price floor’ dan ‘beam price’.

ZURK AHMAD
Ketua Pengarah Jabatan Penerangan PAS Pusat
30 Julai 2023

31/07/2023

Paya Jaras mencuri perhatian.

Calon Perikatan Nasional DUN N38 Paya Jaras, Dato’ Dr. Halim Tamuri telah menjadi tumpuan ramai dengan profil yang cukup lengkap dan hebat.

Beliau yang merupakan mantan Rektor Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) serta mantan Profesor Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) adalah antara tokoh anak Selangor yang dikenali ramai terutama dalam dunia pendidikan.

Ketokohannya dalam bidang akademik ini jelas diakui apabila beliau dilibatkan secara langsung sebagai Ahli Jawatankuasa Kajian Dasar Pendidikan Negara oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Tidak berhenti sebagai pendidik di universiti, Dato’ Dr. Halim juga telah memberi sumbangan kepada masyarakat melalui penglibatan industri:

1. Ahli Majlis Fatwa Negeri Selangor
2. Ahli Jawatankuasa Penyelarasan Pendidikan Islam Kebangsaan
3. Ahli Lembaga Pengarah Kolej Profesional Baitul Mal Kuala Lumpur (KPBKL)
4. Ahli Lembaga Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (IPDAS)
5. Penasihat Pusat Pembangunan Pendidikan Islam Selangor
6. Presiden Persatuan Intelektual Muslim Malaysia
7. Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan & Pembangunan Insan MAIS

Pengalaman dan sumbangan ini telah melayakkan beliau menerima pelbagai anugerah di setiap peringkat termasuk Anugerah Imam Al-Ghazali sempena Sambutan Maulidur Rasul Negeri Selangor.

Setelah 32 tahun memberi sumbang bakti kepada dunia akademik, Dato’ Dr. Halim Tamuri kini meneruskan perjuangan untuk membina negara bangsa melalui medan politik.

Beliau mencuri tumpuan apabila Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang turut serta dalam perarakan ketika proses penamaan calon di Paya Jaras. Pasti ada sesuatu yang menarik di sini.

Besar harapan agar anak kelahiran Tanjung Karang ini dapat menjadi wakil kepada rakyat Paya Jaras seterusnya bersama dalam barisan kepimpinan negeri Selangor untuk membina Selangor Baharu yang lebih sejahtera.

31/07/2023

JANGAN PERCAYA JANJI MANIS DAP

Orang Pulau Pinang perlu tahu,

1. Salah satu daripada janji manifesto PH adalah berkenaan projek lebuh raya dan terowong dasar laut.

2. Projek terowong dan 3 buah lebuh raya ini memakan kos sebanyak RM6.3 bilion.

3. Mengikut jadual pembinaan yang ditetapkan semasa projek diberi, pembinaan projek akan bermula pada tahun 2015 dan siap sepenuhnya pada 2023.

4. Ironinya pada 2015 DAP mengaku kelewatan telah berlaku dan menjanjikan pembinaan akan bermula pada 2016.

5. Tamat 2016, DAP ulang janji yang sama. Katanya, pembinaan akan bermula pada 2017.

6. Tamat 2017, DAP janji pembinaan akan bermula pada 2018.

7. Kemudian DAP ulang, katanya pembinaan sebuah jalan bagi projek terowong itu akan bermula pada 31 Oktober 2019.

8. Terlalu panjang siri janji dan penipuan berlaku. Sudah hampir 10 tahun, sudah tahun 2023, projek ini masih ghaib meskipun telah memakan kos berjuta ringgit.

9. Tutup kes terowong dan lebuh raya.

10. Pada PRU-12, DAP janji akan hapus Tol Sungai Nyior jika diberi kuasa perintah Pulau Pinang.

11. Kemudian DAP janji p**a akan mansuh Tol Jambatan Pulau Pinang jika rakyat beri mandat untuk mereka bentuk kerajaan persekutuan.

12. Sudah menjelang PRN ke-15, tol-tol tersebut masih belum dimansuhkan dan masih beroperasi seperti biasa.

13. Tutup isu tol.

14. DAP bukan sahaja banyak membuat janji manis, program yang dibuat juga banyak yang sia-sia.

15. Pada 2012, kerajaan negeri Pulau Pinang belanjakan RM8.5 juta untuk program Wifi Percuma. Pada 2019, program tersebut dihentikan.

16. Tanpa malu pada Jun 2023, Ketua Menteri Pulau Pinang memaklumkan 61 manifesto kerajaan negeri tersebut telah dilaksanakan dengan pencapaian 92.4%. Anda percaya?

17. Orang Pulau Pinang perlu tahu, bukan Anwar Ibrahim sahaja yang mahir menipu dan mungkir janji, tetapi DAP juga mempunyai perangai serupa.

18. Sebenarnya pembangunan yang dibanggakan oleh DAP di Pulau Pinang itu untuk siapa? Adakah rakyat akan terus percaya dan termakan dengan janji manis mereka?

USTAZ MOHD YUSNI MAT PIAH
Timbalan Pesuruhjaya 3,
PAS Pulau Pinang

25 Julai 2023

Photos from Dewan Muslimat PAS Kawasan Bagan's post 29/07/2023

🤗👍👍
29/7/2023.
Penamaan calon.

29/07/2023

Pagi ni kami berkampung di padang..di hadapan Dewan Hj Ahmad Badawi Bagan Luar Butterworth .

Time to work hard. 💪💪💪

21/07/2023

Jemput org2 kg yg berdekatan...maaii naa.

Photos from Dewan Muslimat PAS Kawasan Bagan's post 19/07/2023

Rabu / 19julai bersamaan 1 muharram..

Selamat menyambut Maal Hijrah.
Terima kasih pada semua penyumbang bahan2 bubur.seMoga mendapat keberkatan Allah.

.

11/07/2023

Bertugas dalam program Fun Run PASTI At- Taqwa Bagan,Pulau Pinang .
9 Julai 2023/Ahad.

🦾🦾🌟

Want your organization to be the top-listed Government Service in Butterworth?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

Pagi ni kami berkampung di padang..di hadapan Dewan Hj Ahmad Badawi Bagan Luar Butterworth .Time to work hard. 💪💪💪

Website

Address


Markaz Tarbiyah PAS Kawasan Bagan, Lorong Kubur, Pulau Pinang
Butterworth
12200