Open House Play Center

Open House Play Center

Open House is a play center where we advocates play between kids and parents.
. Our forte is Messy Play, where we have it twice a month.
.

However, many more play are coming in the year 2020.

10/01/2024

Pin pin, Pin pin,
Ni sebenarnya koleksi buku baru bulan Desember 2023 yang lalu.

Tapi kad library dah habis, so hari ni kita sambung tampal kad library untuk memudahkan peminjaman buku di mini library open house.

Buku tulisan Akif Basri "Susahnya Hidup dengan Manusia" terus kena sambar lepas tampal kad. Hahaha. Memang nombor satu carta sungguh buku tu.

Mummy tahu tak di Open House ada mini library yang membolehkan peminjaman buku dari pelbagai genre.

Ada buku self healing,
Ada ensiklopedia kanak-kanak,
Ada buku pendidikan juga.
Ada buku parenting,
Macam-macam lah.

Kalau weekend nak mai baca-baca buku di Open House Play Center sambil anak bermain pun boleh.

Free je untuk sekarang ni.

Mummy s**a buku genre apa selalunya?

26/06/2023

Sudah hampir 3 tahun Open House Playcenter menyepi akibat penangan pendamik Covid 19. Setelah berkubang lama, perlahan-lahan kami kembali mengisi info berkaitan keibu-bapaan dan aktiviti-aktiviti yang mampu membantu ibu dan ayah mencipta boding yang lebih bermakna dengan buah hati mereka.

Namun, ingin ditekankan di sini bahawa segala berkongsian bukan untuk menuding jari salah siapa. Kerataa tiada ibu bapa yang sempurna selagi kita bergelar manusia.

Tiada ibu bapa yang sempurna
----------------------------

Tujuan perkongsian demi perkongsian ini dilakukan bukan untuk menuntukkan bahawa kita seorang ibu yang sempurna dalam mendidik anak-anak.

Bukan juga untuk menghasilkan ibu bapa yang sempurna.

Tidak ada ibu bapa yang sempurna selagi namanya MANUSIA.

Apa yang ada hanyalah ibu bapa yang sedar akan kekurangan mereka dan bersedia memperbaiki diri. Dan salah satu cara kita memperbaiki diri kita adalah dengan BELAJAR

Segalanya perlu bermula dari kita
-------------------------------

Diri kita sendiri adalah watak utama kepada apa jua tips yang akan dikongsikan pada page ini. Tiada siapa yang boleh kita serahkan tugas ini. Apatah lagi kepada penjaga mahupun guru taska. Apatah lagi terapis terhebat dunia sekali pun.

Segala tips dan ilmu yang kita perolehi hanya akan berkesan apabila kita mengamalkannya secara konsisten.

Kunci keberhasilan kepada semua teknik dan tips adalah bonding.
-------------

Kalau perlu berikan tips dalam tempoh masa dan ruang yang terhad, maka tips yang akan diulang berulang kali adalah teruskan berbonding dengan anak kita.

Ia adalah ramuan utama kepada semua tips yang lain. Dan untuk menghasilkan bonding yang bermakna, ia memerlukan keterikatan emosi yang saban hari semakin menebal.

Proses mengaplikasi tips dan memahami psikologi anak adalah sebuah proses. Proses yang juga diketahui sebagai perjalanan yang perlahan tetapi BERKESAN.

Seperti investkan hartanah dan emas. Pelaburan yang kita laburkan hari ini, hasil tuai yang bermakna baru dapat kita lihat setelah bertahun-tahun. Begitu juga hakikatnya dalam memahami psikologi anak. Ia memang perlahan.

Tetapi yakinlah, ianya adalah jalan paling berkesan untuk menghasilkan sesuatu yang lebih kekal.

Ada sesiapa yang rindu messy play?
Komen "saya", nak juga tengok ada tak yang tertunggu-tunggu nak join messy play lagi❤️

04/06/2023

Merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah Kebawah Duli Yang Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda.

Doa dipanjat ke hadrat Allah SWT agar Seri Paduka Baginda Tuanku sentiasa dilimpahi keberkatan bersemayam di atas Singgahsana Takhta Pemerintahan dengan penuh kebesaran, kedaulatan dan kesejahteraan jua.

Doa dipanjat hadrat Allah SWT juga semoga Seri Paduka Baginda Tuanku dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj serta putera-putera, puteri-puteri dan seluruh kerabat sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat-Nya, dilanjutkan usia dan sentiasa berada dalam sihat walafiat.

Dirgahayu Tuanku, Daulat Tuanku.

Sembah Takzim daripada,
Open House Playcenter

21/02/2020

Have you ever wondered how to blend your own unique perfume?
Blending a signature perfume is fun and easy!
Not only will you smell good, you will also derive emotional benefits from these pure and potent essential oils.
Join Ms Kavitha to learn how to make your own perfume from essential oils!
Smell better with a natural ingredients-based,safer perfume.
Parfum Workshop with doTERRA Essential Oils
Date: 23 February 2020 (Sunday)
Time: 9.00 am - 11.00 am
Location: Open House Play Centre, Penang
Please RSVP To Kavitha at 0125641997 or just leave us a
message!
Link for whatsapp:
http://wasap.my/60125641997

21/02/2020

Aktiviti 'read aloud' adalah aktiviti di mana ibubapa membacakan buku kepada anak-anak dengan intonasi, nada dan rentak yang berbeza mengikut watak dan situasi.
Membaca buku secara 'read aloud' kepada kanak-kanak dapat membantu merangsang imaginasi mereka dan memperluaskan pemahaman mereka tentang dunia.
Ia dapat membantu mereka mempertingkatkan kemahiran bahasa dan mendengar, dan akan mempersiapkan mereka untuk memahami perkataan bertulis.
Selain dari mengukuhkan perbendaharaan kata, aktiviti ini juga dapat membantu meningkatkan tahap tumpuan mereka.
Walaupun selepas kanak-kanak sudah belajar membaca sendiri, ianya masih penting untuk ibubapa meneruskan membaca secara 'read aloud' dengan mereka.

20/02/2020

'Messy Play' adalah sebuah play yang holistik yang memiliki:
✔️ Sensory stimulation
✔️ Gross motor skill (gerakan seluruh anggo tubuh)
✔️ Fine motor skill (gerakkan anggota tubuh kecil seperti jejari)
✔️ Communication skill
✔️ Social skill.
Semua skill ini penting untuk perkembangan kanak-kanak dengan memberikan rangsangan semasa tempoh otak mereka berkembang pesat.
Jom sertai kami untuk sesi Messy Play: Little Explorer.
Tarikh : 29 Februari 2020 (Sabtu)
Masa : 9.00 am - 11.00 am
Yuran : RM 35 seorang
Klik link di bawah untuk pendaftaran⤵️:
https://messyplay.wasap.my
https://messyplay.wasap.my
https://messyplay.wasap.my

20/02/2020

Mengoyakkan kertas mungkin kelihatan seperti perkara yang membosankan untuk orang dewasa, tetapi untuk kanak-kanak, ia sangat menyeronokkan dan juga sangat membantu untuk perkembangan otot jari mereka.
Mengoyakkan kertas dapat membantu anak anda meningkatkan genggamannya ke atas kertas dengan jari-jarinya, meningkatkan kekuatan tangannya dan juga untuk membuat tindakan lebih rumit seperti membuka dan menutup zip.
Aktiviti yang nampak seperti biasa sahaja ini juga sebenarnya merupakan aktiviti penting untuk kanak-kanak prasekolah untuk meningkatkan kemahiran motor halus dan membantu dalam genggaman pensil yang baik nanti.

19/02/2020

HAVE YOU BOOK YOUR SEAT?

Non-violent communication (NVC) might be new in Malaysia but it's already a well known communication technique world wide. It is an approach to nonviolent living developed by Dr Marshall Rosenberg in the 1960s.
Its tools are used to regulate emotions, being empathy, express and hear ourselves - taking into considerations on FEELINGS and NEEDS - with no judgment, assumption or blaming.
As we know, anyone - being a mother, an employee, a businesswoman, a housewife - we deal with mixed emotions daily.
Hence once again, we will bring Dr Izam Suziani, founder of Nouri Wellness and Nouri Circle, all the way from Kuala Lumpur for a Nouri Circle and Neuro Art session in Open House Play Center on 15 March 2020.
At Nouri Circle, you will learn ways of communicating with yourself and others in a way that nurtures connection and compassion.
It is not a place for dumping all your problems for others to hear, but a place for you to learn how to regulate your feelings in order to recognize your needs and find solutions to your everyday problems.
Register now, limited seats available.

Click the link below to register:
http://wasap.my/60105564797
http://wasap.my/60105564797
http://wasap.my/60105564797

19/02/2020

Why is non-violent communication (NVC) is also referred to as compassionate communication?

Because its purpose is to strengthen our ability to inspire compassion and to respond compassionately to others and to ourselves.

17/02/2020

“Your Monday morning thoughts set the tone for your whole week. See yourself getting stronger, and living a fulfilling, happier & healthier life.” – Germany Kent
Happy Monday morning everyone! May you have a great week ahead.

16/02/2020

Salah satu kebaikan Messy Play kepada anak-anak ialah ianya boleh membantu meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi anak-anak.
Anak-anak ini mampu membayangkan apa sahaja yang mereka ingin cipta, bina atau lakukan dengan bahan-bahan yang disediakan - kadangkala mereka mampu membuat benda yang ibu bapa sendiri tidak terjangka kan.
Messy play, bukan sekadar bermain.

15/02/2020

Is reading aloud part of your child’s nightly bedtime routine?
Did you know, reading aloud to young children is not only one of the best activities to stimulate language and cognitive skills; it also builds motivation, curiosity, and memory

14/02/2020

Messy Play: Farm Animal dengan Puan Aminah Ahmad Fozi (Occupational Therapist, Hadis Children Therapy Center) dan Cik Khadijah Shaharuddin (Speech Therapist, Pusat Terapi Kanak-kanak Al Amin).
Tarikh : 17/2/2020 (Isnin)
Masa : 9.00 pagi hingga 10.00 pagi
Tempat : Open House Play Center, Mengkuang, Penang
Bayaran : RM 35/pax
Terbuka untuk kanak-kanak istimewa serta keterlambatan dalam pertuturan atau dengan masalah sensorik.
Untuk pendaftaran, sila tekan link di bawah:
https://hiopenhouse.wasap.my
https://hiopenhouse.wasap.my
https://hiopenhouse.wasap.my

14/02/2020

Let them climb, parents!

⛔ ANAK S**A MEMANJAT ⛔

"Anak saya pantang nampak tangga, sofa ataupun benda yang bertingkat mesti nak panjat"

"Anak saya lasak tak reti duduk diam, kalau pergi rumah orang semua tempat nak dipanjat"

"Kalau pergi shopping mall, s**a sangat nak main turun naik tempat yang bertangga sedikit"

Anak s**a memanjat bukanlah satu tanda yang menunjukkan anak ada masalah tapi ia adalah salah satu skil yang penting dalam perkembangan motor kasar. Selalunya skil memanjat ini akan bermula sejak anak mula belajar merangkak, purata semasa umur 7-10 bulan.

Bayi, walaupun kita tak ada arah buat apa-apa pun mereka akan mencari cara tersendiri untuk perkembangan mereka. Contohnya skill menyusu bagi bayi yang normal, tak perlu pun ajar bayi menghisap susu selepas lahir sebab mereka dah ada kebolehan menghisap disebabkan "sucking reflex" yang Tuhan dah kurniakan kepada mereka sejak lahir. Sama juga seperti skil memanjat, kita tak arah atau ajar pun untuk memanjat tapi disebabkan perasaan tercari-cari rangsangan ataupun "seeking sensation" terhadap deria vestibular (pergerakan dan keseimbangan) menyebabkan mereka s**a memanjat.

Perasaan untuk memanjat memang normal dan memanjat adalah satu KEPERLUAN dalam perkembangan anak. Perbezaan dulu dan sekarang, dulu zaman kita mak ayah bebas bermain di luar. Panjat pokok, bebas pergi ke taman untuk panjat tangga gelongsor ataupun "monkey bar" setiap petang dan sebagainya.

Zaman sekarang, kebanyakan mak ayah sibuk bekerja waktu siang bila balik rumah dah penat tak larat nak bawa anak ke taman. Nak beri anak keluar seorang diri, risau dengan kes-kes jenayah yang semakin banyak sekarang. Jadi, anak tak ada cara lain untuk memenuhi keperluan deria vestibular selain memanjat di dalam rumah.

Tapi mak ayah....

1. Anak nak naik turun tangga dirumah dihalang sebab takut anak jatuh, takpun didukung terus. Ada kes yang saya terima, ada yang umur 3 tahun tak pernah diberi naik tangga, masih berdukung untuk naik dan turun tangga.
2. Anak nak panjat grill rumah, kena marah siap kena rotan.
3. Anak panjat sofa, kena marah sebab takut sofa rosak.
4. Anak panjat meja, kena marah takut jatuh.
5. Anak nak panjat tangga gelongsor ditaman, mak ayah kata "esok, esok" tapi tak ada juga bawa. Bila anak merengek nak keluar ke taman, mak ayah buka tv dan beri gadget untuk hilangkan "kempunan" memanjat anak.

Jadi, bila masanya anak nak belajar memanjat?

Macam mana anak nak belajar mengenal ketinggian dengan betul sekiranya tak diberi kebebasan memanjat ataupun tak pernah memanjat?

Sampai bila kita larat nak dukung anak setiap kali nak turun naik tangga?

Sampai bila kita nak angkat anak bila ada longkang walaupun longkang kecil?

Kalau kita tak ada, macam mana anak nak belajar berdikari kalau duduk di atas mangkuk tandas pun gayat?

Perkara ini antara point penting yang selalu saya tekankan semasa Kelas Merangsang Perkembangan Anak kerana saya dapati ramai mak ayah yang merasakan anak s**a memanjat adalah masalah besar sedangkan ianya bukan masalah tetapi KEPERLUAN untuk anak membesar dengan sihat.

Ramai klien saya yang mengadu anak s**a memanjat, ada yang sehingga umur 5 tahun. Apabila melalui ujian penilaian, kebanyakannya ada masalah hyposensitif atau hypersensitif terhadap deria vestibular yang menyebabkan masalah-masalah lain berkaitan pergerakan dan keseimbangan diri seperti

1. Mudah terjatuh kerana tidak boleh mengagak ketinggian lantai.

2. Mengelak/Tak nak duduk di buaian.
-Takut apabila kaki tak jejak tanah.

3. Lambat/ perlu bantuan pemegang tangga semasa naik turun tangga walaupun sudah umur 5 tahun.
-Perlu tengok dan teliti setiap anak tangga.

4. Takut untuk duduk di mangkuk tandas, menyukarkan proses belajar bebas diaper.
-Nampak lubang tandas terlampau ke dalam macam nak makan orang 🤔

5. Takut untuk lintas longkang walaupun longkang yang kecil.
-Nampak longkang terlampau dalam dan besar dari yang sepatutnya.

6. Takut/tak takut terhadap ketinggian.
-Gayat atau tidak ada perasaan gayat.

7. Mudah mabuk dengan kenderaan bergerak.
-Sensitif terhadap pergerakan.

8. S**a pusingkan diri sendiri.
-Tercari-cari ransangan deria vestibular dan s**akan pergerakan.

9. Tidak pandai melompat di usia atas 3 tahun.
-Gayat dan tidak pandai seimbangkan diri.

10. Kaki berpaut kuat di kaki kerusi semasa duduk di atas kerusi.
-Gayat.

11. Perlu bersandar untuk memakai seluar walaupun di usia 5 tahun ke atas.
-Masalah terhadap keseimbangan diri.

Di atas ini adalah tanda-tanda yang biasa berpunca daripada masalah deria vestibular. Jika anak ada masalah diatas dan s**a memanjat, maksudnya keperluan memanjat anak belum cukup lagi. Anak masih belum yakin dengan ketinggian, sebab itu dia akan cuba, cuba dan cuba lagi dengan cara memanjat. Kebiasaannga apabila anak sudah yakin dengan ketinggian dan percaya terhadap kebolehan diri sendiri, perasaan nak memanjat itu akan berkurang melainkan ada masalah lain.

Jika kita mak ayah dulu masa kecil s**a memanjat pokok atau grill rumah, anak pun perlu juga sama. Jika kita terlampau sekat keperluan anak, ini tak boleh atau itu tak boleh memang ia akan mengganggu perkembangan anak kalau bukan masalah di perkembangan motor kasar, kadang-kadang akan timbul masalah skil percakapan, keyakinan diri dan juga masalah fokus.

Kalau tak larat nak bawa anak ke taman setiap petang, luangkanlah masa layankan anak memanjat tangga di rumah sambil bantu anak di belakang seawal anak mula nak memanjat. Tak perlu lama berjam-jam pun, 2-3 round sehari pun dah cukup sambil-sambil kita naik turun tangga.

Mungkin orang lain nampak skil memanjat ini remeh tapi bagi saya, ia sangat bagus untuk perkembangan anak. Kalau saya senaraikan semua boleh jadi 1 buku, jadi di bawah ini contoh kepentingan memanjat

1. Skil urus diri.
Apabila pakai seluar anak perlukan deria vestibular yang bagus untuk seimbangkan diri menggunakan 1 kaki. Ada yang kata, tak apa sebab anak pakai seluar secara duduk. Tapi sampai bila nak duduk? Nanti ke sekolah, takkan nak pakai seluar duduk di tandas?

2. Deria sendi.
Apabila memanjat secara tak langsung anak akan dapat "deep pressure" di telapak tangan dan jari-jari. Sangat penting untuk skil motor halus yang digunakan dalam seharian seperti memakai butang baju, makan nasi menggunakan tangan dan sudu dan skil menulis.

3. Motor kasar.
Yang digunakan untuk naik turun tangga dan skil bermain, menyepak bola dan bermain tenteng.

"Sayang" anak boleh, tapi jangan terlampau sekat keperluan anak. Kalau takut anak jatuh naik turun tangga, bantu anak untuk belajar bukannya sekat 100%. Kita tak selamanya hidup nak duduk dan support di belakang anak semasa naik turun tangga. Kita juga tak selamanya kuat nak dukung anak setiap kali naik turun tangga.

Konsep sama macam kupu-kupu, niat nak tolong keluarkan kupu-kupu dari kepompong tapi kesannya kupu-kupu terus tak dapat terbang. 🦋

Maka, ayuhlah kita memanjat bersama-sama anak. 💪💪💪

Terima kasih, silakan SHARE sekiranya bermanfaat untuk orang lain ❤

🌍 Jangan lepaskan peluang untuk belajar tentang perkembangan anak dan cara merangsangnya bersama-sama saya dan mak ayah lain ❤

4 Hari sahaja lagi sebelum bermulanya Road Tour Kelas Merangsang Perkembangan Anak di lokasi pertama --->Hotel Seri Malaysia, Johor Bahru. Hanya tinggal 3 tempat kosong sahaja bagi yang berminat.

Daftar disini ➡️ www.wasap.my/601161624928/RoadTourJB

Dialu-alukan untuk "like", "follow", "tag" pasangan atau save page Maryam Jamadi untuk menyetahui isu parenting dari perspektif occupational therapist.

Maryam Jamadi
Pediatric Occupational Therapist
BEYOND Home Therapy

13/02/2020

Ada anak-anak yang nak join Ticer Yanti buat Chocolate Chip cookies hujung minggu ini?
Masih terdapat beberapa tempat sahaja lagi!
Tarikh: 15 Februari 2020 (Sabtu)
Masa: 9.30 pg - 11.30 pg (Umur 4 to 6), 3.30 ptg - 5.30 ptg (Umur 7 to 10)
Lokasi: Open House Play Center, Mengkuang, Penang
Yuran: RM35 / pax
Jom PM kami atau klik sahaja link di bawah ini untuk mendaftar.
https://hiopenhouse.wasap.my
https://hiopenhouse.wasap.my
https://hiopenhouse.wasap.my

13/02/2020

Terdapat banyak manfaat bagi kanak-kanak dengan membuat aktiviti memasak.
Selain keseronokan mencipta hidangan dan memakannya, tahukah ibu ayah, bahawa membantu di dapur juga dapat meningkatkan kemahiran matematik dan bahasa anak anda, bahkan mereka juga akan mempelajari nilai menyelesaikan sesuatu projek.
Sambil memasak juga, kanak-kanak dapat mengembangkan kemahiran motor halus, koordinasi tangan dan mata. Kanak-kanak juga dapat belajar dengan menyentuh, merasa, membau, dan mendengar.
Terdapat begitu banyak manfaat hebat untuk kanak-kanak dengan memasak.
(Gambar: Baking Class di Open House Play Center)
**********
Nak sertai Baking Choc Chip bersama Ticer Yanti di Open House?
Check event Page ini untuk maklumat lanjut.
Baking Choc Chip with Ticer Yanti (Age 4-6)
https://www.facebook.com/events/1584792211663368/
Baking Choc Chip with Ticer Yanti (Age 7 - 10)
https://www.facebook.com/events/715972738935479/

12/02/2020

SAVE THE DATE!

Once again, we will bring Dr Izam Suziani, founder of Nouri Wellness and Nouri Circle, all the way from Kuala Lumpur for a Nouri Circle session in Open House Play Center on 15 March 2020.
At Nouri Circle, you will learn ways of communicating with yourself and others in a way that nurtures connection and compassion.
It is not a place for dumping all your problems for others to hear, but a place for you to learn how to regulate your feelings in order to recognize your needs and find solutions to your everyday problems.
Follow this Page for more updates!

12/02/2020

Are you aware of your emotions?

11/02/2020

Messy Play: Farm Animal
Bersama:
Puan Aminah Ahmad Fozi (Occupational Therapist, Hadis Children Therapy Center)
Cik Khadijah Shaharuddin (Speech Therapist, Pusat Terapi Kanak-kanak Al Amin)
Tarikh : 17/2/2020 (Isnin)
Masa : 9.00 pagi hingga 10.00 pagi
Tempat : Open House Play Center, Taman Seri Mengkuang
Bayaran : RM 35/pax
Terbuka untuk kanak-kanak dengan keperluan khas serta keterlambatan dalam pertuturan atau dengan masalah sensorik.
Untuk pendaftaran, sila tekan link di bawah:
https://hiopenhouse.wasap.my
https://hiopenhouse.wasap.my
https://hiopenhouse.wasap.my

11/02/2020

Messy Play: Tutti Frutti (Special Needs)

Mengapa bermain penting untuk kanak-kanak dengan keperluan khas?
Ramai kanak-kanak yang dengan keperluan khas mempunyai kelewatan perkembangan. Bermain messy play dan di luar dapat meningkatkan fleksibiliti, kekuatan otot, dan koordinasi. Ia juga boleh membantu mereka meningkatkan kemahiran motor dan keseimbangan.
Dengan menyediakan peluang untuk meneroka dengan cara yang berbeza, kami harap dapat membantu ibubapa dan anak-anak untuk mengenal pasti apa yang mereka s**a dan tidak s**a. Bagaimana cara belajar yang terbaik untuk mereka. Apa yang menenangkan mereka dan apa yang menggembirakan mereka.
Messy play - it's more than just play.

10/02/2020

Adakah ibu-ibu rasa hanya anak perempuan yang perlu belajar memasak?
Sebenarnya, anak lelaki pun perlu di latih masuk dapur juga tau. Ibubapa perlu sedar bahawa memasak adalah kemahiran hidup yang mesti dipelajari oleh lelaki dan perempuan.
Seorang anak lelaki yang boleh memasak mempunyai banyak kelebihan berbanding seseorang yang tidak boleh.
Secara umumnya, menyediakan makanan anda sendiri (berbanding dengan membeli yang sedia dibuat) selalunya lebih sihat dan lebih sedap kerana mengikut citarasa sendiri.
Ibu-ibu yang ada anak lelaki, selalu izinkan tak anak lelaki masuk ke dapur membantu juga?
**********
Nak sertai Baking Choc Chip bersama Ticer Yanti?
Check event Page ini untuk maklumat lanjut.
Baking Choc Chip with Ticer Yanti (Age 4-6)
https://www.facebook.com/events/1584792211663368/
Baking Choc Chip with Ticer Yanti (Age 7 - 10)
https://www.facebook.com/events/715972738935479/

08/02/2020

Messy Play : The Free Play DITUNDA.
Saya, Dr Nurhaya Yacob, pengasas Open House Play Center dengan rendah hati memohon kemaafan di atas semua kesulitan ketika keputusan penundaan di ambil.
Bermain itu perlu, namun Keselamatan itu keutamaan.
Setelah meneliti resiko meneruskan messy play Ahad ini adalah jauh lebih tinggi berbanding meneruskannya maka kami memutuskan untuk menunda kepada 29 Februari ini.
Keputusan ini di ambil setelah Kementerian Kesihatan Malaysia mengumumkan kes pertama rakyat Malaysia terkena jangkinan virus Corona di Singapura pada saat menghadiri semua mesyuarat di sana.
Maka kami perlu menitik beratkan, bukan sahaja kesihatan anak yang akan hadir, penjaga yang hadir bersama juga perlu di titik beratkan.
Sekali lagi, saya mewakili team Open House Play Center, memohon kemaafan.
Doakan agar semuanya semakin membaik dan sesi 29 Februari 2020 dapat di teruskan seperti biasa.
Dr Nurhaya Yacob
Pengasas Open House Play Center

06/02/2020

Dear mommies,
Forgive yourself. Show yourself some love and grace.
You are an incredible mother, even with the mistakes.

The 3rd step to happiness is forgiving yourself and others.
Yes, it hurts. It's disappointing, it's heart breaking.
Soak into the feelings and frustrations and tell yourself that the feelings matter- you matter. Love yourself enough to want to treasure your peace.
Start by saying, "I forgive you".

04/02/2020

Terima kasih ibu-ibu dan ayah yang membawa anak anda ke Messy Playgroup Thepary: The Tutti Frutti di Open House Play Center, bersama dengan Speech Therapist dan Occupational Therapist jemputan.
**********
Thank you moms & dad for bringing your kids to our Messy Playgroup Therapy: The Tutti Frutti, with specially invited Speech Therapist and Occupational Therapist.

03/02/2020

'Messy Play' adalah sebuah play yang holistik yang memiliki:
✔️ Sensory stimulation
✔️ Gross motor skill (gerakan seluruh anggo tubuh)
✔️ Fine motor skill (gerakkan anggota tubuh kecil seperti jejari)
✔️ Communication skill
✔️ Social skill.
Semua skill ini penting untuk perkembangan kanak-kanak dengan memberikan rangsangan semasa tempoh otak mereka berkembang pesat.
Jom sertai kami untuk sesi Messy Play: The Free Play.
Tarikh : 9 Februari 2020 (Ahad)
Masa : 9.00 am - 11.00 am
Yuran : RM 35
Klik link di bawah untuk pendaftaran⤵️:
https://messyplay.wasap.my
https://messyplay.wasap.my
https://messyplay.wasap.my

01/02/2020

MESSY PLAYGROUP THERAPY BERSAMA SPEECH THERAPIST DAN OCCUPATIONAL THERAPIST.
.
Kebaikan yang diperolehi:
-----------------------------------------
1. Memberikan input sensori.
2. Meningkatkan perkembangan fizikal :
- menggalakkan perkembangan motor halus.
- menggalakkan keseimbangan badan dan kesedaran tubuh.
- benda yang boleh dirasai (perbezaan tekstur dan suhu).
- perkembangan kemahiran pra- menulis.
3. Meningkatkan perkembangan bahasa:
- dapat menambah kosa kata.
- dapat belajar menggunakan banyak perkataan lebih kompleks.
4. Meningkatkan kemahiran kognitif;
- matematik (saiz,padanan,kelaskan,asingkan).
- sains (sebab dan akibat,selesaikan masalah).
5. Meningkatkan kemahiran sosial dan emosi.
- bermain bersama- sama mama dan ayah serta rakan-rakan yang lain.
6. Meningkatkan kreativiti anak- anak.
- untuk tingkatkan self confidence.
7. Menggalakkan sifat ingin tahu.
8. Membolehkan anak-anak bermain dan berseronok.
Jom sertai kami!
3 tempat kosong sahaja lagi 🤗
Tarikh : 3/2/2020
Hari : Isnin
Masa : 9-10 pagi
Tempat : Open house play center,
No 14, Lorong Seri Mengkuang 6,
Taman Seri Mengkuang, 13400
Butterworth, Pulau Pinang.
Bayaran : RM 35/pax
Terbuka untuk kanak - kanak istimewa serta keterlambatan dalam pertuturan atau masalah sensorik.
Untuk pendaftaran, sila tekan link di bawah:
https://hiopenhouse.wasap.my
https://hiopenhouse.wasap.my
https://hiopenhouse.wasap.my

31/01/2020

Hey, little bakers! Anyone would like to bake Chocolate Chip with Ticer Yanti?

Come join us on at Open House, together we bake delicious choc chip!

Date: 15 February 2020 (Saturday)
Time: 9.30am to 11.30am (Age 4 to 6), 3.30pm to 5.30pm (Age 7 to 10)
Location: Open House Play Center, Mengkuang, Penang
Fee: RM35 / pax

Click on the link to register or send us a PM.
https://hiopenhouse.wasap.my
https://hiopenhouse.wasap.my
https://hiopenhouse.wasap.my

Hurry up! Limited places available!

Want your establishment to be the top-listed Arts & Entertainment in Butterworth?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

Messy Play with Dr Nurhaya Yacob from Dr Nurhaya Lactation Center!
Messy Sunday at the Open House!
Game: Who wrap better?
Messy play by DR NURHAYA LACTATION CENTER

Category

Telephone

Address


14, Lorong Seri Mengkuang 6, Taman Seri Mengkuang
Butterworth
13400

Other Butterworth arts & entertainment (show all)
BB QUILT BB QUILT
Butterworth, 13800

We only provide quality fabric & sewing accessories, the best quality yet with reasonable price.

LS’ ArtStudio • 楽森手作室 LS’ ArtStudio • 楽森手作室
Jalan Ong Yi How
Butterworth, 13400

LS ArtStudio·楽森手作室🧵🪡 Crochet warm•Crochet happy•Crochet love 90‘s 🧶女|手工日常|作品分享

Kasyahh Kasyahh
Butterworth, 13800

SUPPORT STREAMER UTARA � eMG〆KASYAHH (5259785671) eMAZE GAMING

Anti-Teamo Community Anti-Teamo Community
Butterworth, 13800

Hi welcome to our page League Of Legends:Wild Rift,this community is still new and need help from all of you to get a followers,like and fans.We created this for our local communit...

Pizza Nopie Pizza Nopie
Butterworth

Mabuk Cartoons Mabuk Cartoons
19 Lorong Jawa 4, Taman Jawa
Butterworth, 12000

Cartoons for amusement, training, awareness, campaigns, advertisement.

Kingdom Sound System Kingdom Sound System
Butterworth

KINGDOM Sound System

Iskandar gaming Iskandar gaming
Pulau Pinang
Butterworth, 13050

Hello All! Follow my Facebook gaming page! Find me on Omlet as well: omlet.gg/iskandargaming75

Amirul gamingx Amirul gamingx
Butterworth

I from Malaysia, Currently Streming Mobile Game... Such As Pubg, Mobile Legend, GTA V

ZuraAe7 EZ7 ZuraAe7 EZ7
Butterworth

Like n share

BoyaGaming BoyaGaming
Sungai Dua
Butterworth, 13800

Kasi Like And Share Guys

MY Fitness Hub MY Fitness Hub
8A/10A , Jalan PUSAT PERNIAGAAN RAJA UDA 1, PUSAT PERNIAGAAN RAJA UDA
Butterworth, 12300

Hourly Studio For Rent