Nasi Minyak K
Home made Nasi Minyak
d best ever nasi minyak! created by Nasi Minyak K
Salam semua. Insyaallah esok pagi Nasi Minyak K ada di kiosk Gee-Ja's Kitchen at Shaftsbury Square Cyberjaya 🤗 SUPER SEDAP🤗
Saintis temui roti berusia lebih 14 ribu tahun😲 memecah rekod penemuan 4 ribu tahun sebelum ini!
Roti usia 14,500 tahun ditemui Ahli arkelogi yang sedang membuat penyelidikan di sebuah tapak di timur laut Jordan berjaya membuat penemuan yang mengejutkan apabila sebuku roti, berusia
Maaf semua Selasa ini kami tak deliver Nasi Minyak K ✌️
Insyaallah semua, kita restock lagi ya🤗🤗
Terima kasih kpd pelanggan yang sentiasa sapot Nasi Minyak K 🤗
Sempena Sambutan Hari Keselamatan Makanan Sedunia, admin share acara Apron Walk yang akan diadakan pada 20 Julai 2024 di Floria Putrajaya. JOMM 🤗
Nikmati bersama keluarga, rakan dan yang tersayang. Nasi Minyak K Famili Pek, lazat dan beraroma premium🤗
🤣🤣🤣🤣
TikTok · Akmal Zainuddin 16K likes, 1281 comments. “Fuhh pedas betul jawapan dia😅”
Based dari data admin, lebih 90% customer akan repeat Nasi Minyak K & 50% akan beli berturut-turut sekurang-kurangnya 3 kali😅. TQ kepada semua pelanggan nasi minyak K yang dikasihi🤗
Mini family pack for 4-5 person🤗🤗
Pre-order 2 day.
JM Bariani House IOI City Mall
Cuba beriani ayam dia...tapi admin lebih prefer Beriani Dam dia dari yang ini.
klik
Tgh ni admin lunch nasi impit dgn rendang daging.. tumpang makan di Bungkus Kaw2😅 tapi admin pesan juga roti bakar dia yg sedap🙃
Salam semua. Maaf hari ini kami tdk dapat deliver NMK atas sebab tidak dapat dielakkan🤝
Pagi ni ada pesanan dari pelanggan.. untuk santai-santai raya katanya🤗
Kupi2 di petang hari.. kali ni admin kacukkan kek Secret Recipi dengan Zus Coffee... tapi makan di Zus Coffee..boleh ke?🙃
Admin dah guna beras ini..BETTER👍👍
Beras Tempatan Dah Ada Alhamdullilah
harga beras jenama era RM15 untuk 5 kg merupakan syarikat kpd syarikat Padiberas Nasional Berhad (BERNAS), iaitu ERA Bayam Kota Sdn. Bhd. (ERA)
utk makluman BERNAS merupakan syarikat korporat dan juga pembayar zakat
Untuk rekod sebelum ni"Padiberas Nasional Berhad (Bernas) telah menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM1.7 juta
utk belian blh dpt kt online sini,, utk pasaran runcit tak pasti berapa..jom support beras tempatan
https://shope.ee/4Kwnr8tk3f (Beras Era)
Nasi Lemakss K basmati.. yang ni kami tak jual lagi ye🤗 Kami sedang R&D & Sensory test🤗
Untuk menu raya, admin dah merendang awal-awal. Nanti malam raya tak kelam kabut.. raya tahun ni admin buat rendang daging, opor ayam dan lontong. Lemang admin order dari Cafe Penghulu ..lemang dia sedap gilerr... 🤗
Artikel yang menarik..
Salam. Admin share info asal-usul RENDANG... nak2 raya ni elok kita menyelusuri sejarah makanan tradisi melayu dan rakyat Malaysia, Rendang🤗
https://www.facebook.com/share/ZwQD3uXhciw6eJg4/?mibextid=oFDknk
Asal-usul Segala Rendang
Asal-usul rendang adalah daripada masyarakat Melayu dahulukala di mana rekod bertulis paling terawal yang mencatatkan kewujudannya terdapat di dalam sebuah manuskrip Melayu, Hikayat Amir Hamzah (abad ke-15). Di sana tercatat:
“... Khoja Buzurjumhur Hakim pun pergi p**a ke kedai orang merendang daging kambing, lalu ia berkata ‘beri apalah daging kambing rendang ini barang segumpal”
Di situ jelas menyebutkan perkataan 'merendang' dan 'rendang' sebagai sejenis cara menyediakan makanan dan juga produk makanan. Ini bermakna rendang dan merendang sudah ada dalam kosakata masyarakat Melayu ketika itu malah cenderung ianya sudah pun ada lama sebelum itu. Hikayat Amir Hamzah merupakan salah satu dari kisah hikayat yang disebut dalam Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu), semasa serangan Portugis pada tahun 1511 Masehi. Maka manuskrip Hikayat Amir Hamzah ini dipercayai telah pun ada sejak abad ke-15 lagi di Kesultanan Melaka dan dunia kesusasteraan Melayu.
Dalam Sulalatus Salatin (1356, disunting semula 1612) sendiri telah mencatatkan tentang 'sagu rendang' ketika pemerintahan Sultan Mansur Shah (1378-1449 M; manuskrip Raja Bongsu):
"Setelah Sultan Mansur Syah mendengar bunyi surat itu, baginda pun tersenyum. Maka disuruh baginda ambil segala jarum yang di pilau itu, dan pilau itu disuruh baginda isi dengan sagu rendang sehingga sarat."
Sagu rendang dihasilkan dengan cara merendang sagu beberapa lama sehingga menjadi biji-biji yang kasar.
Juga 'kacang direndang':
"Maka berperanglah Peringgi dengan orang Melaka; dibedilnya dari kapal, seperti hujan datangnya, bunyinya seperti guruh dari langit; rupa kilat apinya seperti kilat di udara, dan bunyi istinggar seperti kacang direndang."
"maka diaraklah dengan selengkap alat kerajaan dandengan segala bunyi-bunyian, gendang, serunai, nafiri, nagara, madeli, terlalu azamat bunyinya, bercampur dengan bunyi bedil pegawai istinggar, seperti kacang direndang"
Dalam Hikayat Hang Tuah (1670-1690):
"Setelah sudah maka hidangan pun diangkat oranglah beribu ribu hidangan dan beribu-ribu gulai dan sayur dan rendang dan tumis. Maka sekalian khalayak itu pun makan. Maka Laksamana dan Maharaja Setia, sekalian orang Melaka pun makanlah masing-masing pada hidangannya. Setelah sudah maka datanglah persalinan beratus-ratus semberap."
Jika diperhatikan hikayat dan riwayat Melayu, memang di sana terdapat perbezaan di antara merendang, menumis dan menggulai.
Dalam Misa Melayu, yang menceritakan era pemerintahan Sultan Iskandar Dzulkarnain Shah (1750-1765):
Ke perahu fakir ia bertandang,
Diperjamu makan penganan rendang,
Hendak segera menjala udang,
Kerisnya tinggal tidak dipandang.
Bermain di pasir mengambil remis,
Diperbuatkan rendang serta ditumis,
Ada yang setengah gulai manis,
Mana yang gemar penchok dan pais.
Menariknya, orang Melayu bukan sahaja merendang daging, malah merendang remis (makanan laut). Perhatikan makanan lain seperti gulai manis, penchok dan pais sudah ada ketika itu.
Semua tentang kaedah rendang dan hidangan rendang ini amat lengkap didokumentasikan dalam manuskrip-manuskrip Melayu. Sehinggakan amat sukar untuk menemui bukti dari tempat lain (contohnya dari Minangkabau yang 'overrated') namun hanyalah andaian, cerita-ceriti dan klaim sahaja tanpa bukti primer.
Sebagai tambahan, dalam rekod asing, istilah 'rindang' muncul dalam kamus Belanda-Melayu (1623) merujuk kepada kaedah menggoreng dalam mentega atau minyak yang dijernihkan, manakala pada tahun 1701, istilah 'randang' didaftarkan dalam kamus bahasa Melayu-Inggeris yang pertama pernah dihasilkan, bermaksud 'menggoreng'. Dalam A Dictionary of the Malay Language (1894), ada menyatakan bahawa hidangan kari yang kering diistilahkan sebagai 'rendang', manakala hidangan kari yang basah dipanggil gulai oleh orang Melayu. Rendang juga ditakrifkan sebagai 'untuk menggoreng dengan minyak dan rempah'.
Rendang juga direkodkan dalam karya Salasilah Melayu dan Bugis (1865), di mana Yang di-Pertuan Muda dari Johor telah menghidangkan kepada para pemimpin agama, 'rendang pedas' dan 'rendang santan ayam'. Dalam A Royal Malay Banquet Menu yang diekstrak dari Perak and the Malays: "Sarong" and "Kris" (1878), Maharajah Johor telah menganjurkan jamuan di mana pelbagai hidangan Melayu dipersembahkan termasuk rendang cincang dan rendang tenggiri (sejenis rendang ikan).
Lebih 100 tahun kemudian dari kejatuhan Kota Melaka itu yakni ketika abad ke-17 Masehi, Syeikh Burhanuddin dari Ulakan (Pariaman) dikatakan telah memperkenalkan rendang ke masyarakat Minangkabau. Kisah tokoh agama ini adalah kisah yang lebih dipercayai jika ingin membicarakan bagaimana rendang diperkenalkan ke masyarakat Minangkabau.
Adakah terdapat maklumat lain selain dari rekod tertua dalam manuskrip Melayu tersebut?
Malangnya, pada abad ke-16, tidak banyak maklumat bertulis tentang rendang selain yang terdapat dalam teks Hikayat Amir Hamzah. Jika ini sudah mengesahkan sekurang-kurangnya Kesultanan Melaka dan masyarakat Melayu khasnya sudah terbukti telah pun tahu teknik penyediaan masakan rendang bagaimana p**a dengan masyarakat di Sumatera Barat misalnya ketika itu?
Jika pada masa kini, masakan Minangkabau dikenali dengan menu berdaging, sebaliknya menurut catatan sejarah awal abad ke-16 atau sekitar seangkatan dengan ketika Hikayat Amir Hamzah ditulis, pengambilan makanan penduduk asli Sumatera Barat secara umumnya begitu mudah. Ini dicatatkan dalam rekod perjalanan penyair Perancis, Pierre Crignon, yang mana pada tahun 1529 telah menyertai ekspedisi dua beradik, Jean dan Raoul Parmentier, melawat wilayah Tiku di utara Padang. Cignon melaporkan pemerhatiannya mengenai menu makan tengah hari orang Tiku:
“... au repas ils ont pour tous mets un petit de ris à demi cuit à l'eau sans sel, et aucune fois un petit de poisson menu comme le doigt séché au soleil qu'ils mangent avec : et c'est un bien grand banquet quand il y a quelque coq haché par morceaux, roty sur le charbon, ou bouïlly en un peu d'eau et meslé avec le ris”
(...apabila mereka makan mereka hanya mempunyai nasi separuh masak yang dimasak dengan air tanpa garam, dan ikan-ikan kecil sebesar jari dijemur di bawah sinar matahari dan mereka makan bersamanya: adapun hidangan ini, ia dianggap sangat istimewa apabila di hidangannya ada beberapa ketul ayam bakar yang dibakar di atas arang, atau direbus menggunakan sedikit air dicampur nasi).
Rendang sebagai masakan yang mewah dengan rempah-ratusnya dan agak rumit penyediaannya sesuailah berasal dari istana Kesultanan Melaka, sebuah empayar maritim yang amat berpengaruh di seluruh Selat Melaka ketika itu - seperti ungkapan: rasa yang enak dan asli seperti Sajian Istana Di Zaman Silam. Manakala rakyat biasa lebih mudah cara penyediaannya makanan mereka sehari-hari.
Jika kita hanya 'wiki' sahaja atau 'google' sahaja tentang asal-usul rendang, mungkin kita hanya terhenti di 'Minangkabau'. Namun sebenarnya sejarah makanan itu lebih lama daripada itu. Berasal-usul dari dapur istana empayar Kesultanan Melaka yang bersejarah.
Pakar masakan Indonesia, Allahyarham Bondan Winarno, pernah berkata bahawa rendang perlu difahami sebagai "warisan bersama" (shared heritage) antara Indonesia dan Malaysia.
Peace ✌️
^Bacaan tambahan: https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=1024932039025929&id=100045274280174
~Srikandi
sejarah itu pengetahuan
*kitab alter terahsia IV: https://shope.ee/5V7PUbI6fy
Salam semua..tengah bersahoorr ke tue..awal lagi ni. Ni admin share negara mana yang terpedas sekali.. Malaysia tak laa pedas sgt ...🤗
https://www.facebook.com/share/p/yBZuo9gyyVcsXPji/?mibextid=oFDknk
Spicy food lovers, where are you? 🌶🔥
Spicy food is pop**ar in many different countries and cultures around the world. But these 10 countries are the most obsessed with spicy foods 🥵
Credit : Around The World
Selamat bersahur semua🫰
Hari ini Pek Sahur terakhir untuk Ramadan tahun ini. Moga kita bertemu lagi di tahun depan. Insyaallah🤲
Nasi Minyak K akan start bercuti Jumaat ini hingga 15 April 2024🤗
Rahmati malam-malam dengan bacaan suci Al-Quran🤲
Rendang daging makan dengan Nasi Minyak K ..lazat tak terperi🤗
Salam🤗 petang ni admin sempat grab Nasi Beriani dari JM Beriani IOI City Mall.. dah lama tak makan JM since 20 tahun lepas.. well this time very nice.. rasa sedap..nasinya cantek👍
Jemput cuba dan beli Nasi Minyak K 🤗
Click here to claim your Sponsored Listing.
Videos (show all)
Category
Telephone
Website
Address
Cyberjaya
63000
Level 1, Galleria Cyberjaya, Jalan Teknokrat 6, Cyber 5
Cyberjaya, 63000
~ Coffee Taste With Music ~
K-12, Jalan GC 14, Glomac Cyberjaya
Cyberjaya, 63000
Food Processing Company
Cyberjaya, 63000
Authentic Sarawak Laksa �Established in 2022, 96 Laksa is owned by a young Sarawakian that wants to share one of Sarawak's delicacy to the rest of Malaysia.
P2-20 Shaftsbury Square Jalan Impact
Cyberjaya, 63300
Kami menjual pelbagai jenis produk makanan ringan, cake, cookies, viral crepe, buko pandan, fruit cocktail
Cyberjaya, 63000
We serve classic Filipino home specialties with a new and innovative twists and flavors.
Cyberjaya
Spicy Korean Fried Chicken � Why cook when you can get them from Arissa Kitchen! #whycook