Sekretariat Srikandi Ekonomi Warisan

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Sekretariat Srikandi Ekonomi Warisan, Business Center, Cyberjaya.

27/05/2022

๐‰๐Ž๐Œ ๐Œ๐„๐Œ๐๐€๐‹๐€๐๐† ๐ƒ๐€๐‘๐ˆ ๐‘๐”๐Œ๐€๐‡:
๐๐„๐‘๐€๐๐€๐ ๐–๐€๐๐ˆ๐“๐€ ๐ƒ๐€๐ ๐’๐Ž๐‹๐”๐’๐ˆ ๐Š๐‘๐ˆ๐’๐ˆ๐’ ๐Œ๐€๐Š๐€๐๐€๐

Kaedah Penyimpanan Makanan Tahan Lebih 2 Tahun

"Membalang ialah proses menyimpan makanan di dalam balang. Dalam proses ini makanan yang disimpan di luar peti sejuk tahan sekurang-kurangnya 3 tahun. Kebiasaannya kita balangkan lauk nasi, daging, ayam, ikan, atau buah-buahan yang berlebihan.

Dengan kemahiran membalang, kita tidak lagi membazir makanan, dapat simpan lama, dan solusi menghadapi krisis makanan untuk keluarga.

๐’๐ข๐ซ๐ข ๐Ÿ:
๐Š๐š๐ž๐๐š๐ก ๐Œ๐ž๐ฆ๐›๐š๐ฅ๐š๐ง๐ : ๐’๐ข๐ฆ๐ฉ๐š๐ง ๐’๐ญ๐จ๐ค ๐Œ๐š๐ค๐š๐ง๐š๐ง ๐“๐š๐ก๐š๐ง ๐‹๐š๐ฆ๐š
โœ๏ธ๐‚๐ข๐ค๐ ๐ฎ ๐ˆ๐ฌ๐ค๐š๐ง๐๐š๐ซ ๐€๐› ๐‘๐š๐ฌ๐ก๐ข๐

๐’๐ข๐ซ๐ข ๐Ÿ:
๐๐ž๐ซ๐š๐ง๐š๐ง ๐Š๐จ๐ฆ๐ฎ๐ง๐ข๐ญ๐ข: ๐๐ž๐ซ๐ฌ๐ข๐š๐ฉ ๐ฌ๐ข๐š๐ ๐š ๐‡๐š๐๐š๐ฉ๐ข ๐Š๐ซ๐ข๐ฌ๐ข๐ฌ ๐Œ๐š๐ค๐š๐ง๐š๐ง

๐Ÿ๐Ÿ– ๐Œ๐ž๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ (๐’๐š๐›๐ญ๐ฎ) | ๐Ÿ— ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฆ
Zoom: https://us02web.zoom.us/j/82639807564?pwd=SlpabVp3emR5cUh1QkJCQm5SSmcvZz09

๐’๐ข๐ฅ๐š ๐ข๐ฌ๐ข๐ค๐š๐ง ๐ฅ๐ข๐ง๐ค ๐Ÿ๐จ๐ซ๐ฆ ๐๐ข ๐›๐š๐ฐ๐š๐ก ๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐ฉ๐ž๐ง๐ฒ๐ž๐ซ๐ญ๐š๐š๐ง :
https://surveyheart.com/form/628f77211503c414bc662ad4

๐†๐ซ๐จ๐ฎ๐ฉ ๐–๐ก๐š๐ญ๐ฌ๐š๐ฉ๐ฉ๐ฌ
https://chat.whatsapp.com/FnYW3KiFOYA5NsFeO7O2Zv

๐ŸŒธ๐ŸŒธ๐ŸŒธ๐ŸŒธ๐ŸŒธ๐ŸŒธ๐ŸŒธ๐ŸŒธ๐ŸŒธ๐ŸŒธ๐ŸŒธ๐ŸŒธ๐ŸŒธ๐ŸŒธ
Siapa Cikgu Iskandar Ab Rashid?

Beliau mempunyai pengalaman luas membalang sejak tahun 1982. Pernah mengajar di Sekolah Menengah dan IPTA. Merupakan seorang penulis buku dan buku teks.

Komited dan berjiwa besar mendidik masyarakat melalui Kelas Membalang, kelas menapai, kelas probiotik, kelas Ada Toksin Di Dalam Makanan, Perisa, Skincare, Berkebun dan Sayur Mudah Tanam.

Photos from Sekretariat Srikandi Ekonomi Warisan's post 13/05/2022

RAIKAN 30 KELUARGA ISLAM ORANG ASLI, PULAU CAREY BANTING DENGAN SUMBANGAN KOTAK KASIH LEBARAN, SAMPUL RAYA & PAKAIAN

Muafakat Komuniti Cinta Watan Banting bersama Sekretariat Srikandi Ekonomi Watan menyantuni 30 Keluarga Islam di Perkampungan Orang Asli Sg. Kepau, Pulau Carey pada 28 April 2022 dengan menyerahkan kotak kasih lebaran dan sampul raya.

Majlis dimulai dengan alunan selawat Jibril di Surau Ar Rahman. Tim MK juga mengambil kesempatan menyerahkan Baju Raya 'Pre Loved' daripada masyarakat setempat dan guru sekolah sekitar Banting.

Alhamdulillah sambutan sangat menggalakkan. Masing-masing kelihatan sibuk memilih baju kurung, jubah dan seluar yang masih dalam keadaan yang cantik dan elok untuk digayakan pada hari Raya.

Mudah-mudahan dengan pemberian hadiah kotak kasih lebaran, sampul duit raya dan pakaian ini dapat memberi sinar keceriaan dan kegembiraan kepada mereka menyambut Hari Raya Aidilfitri. Bertepatan dengan Tema Projek ini "Raya Sama-Sama, Kita kan Keluarga"...InsyaAllah

12/05/2022

Telegram : https://t.me/Srikekwa

12/05/2022

BERIKAN AP IMPORT MAKANAN PADA SAUDARA ISLAM YANG AMANAH

Mari kita berdoa dan berusaha agar pihak yang miliki kuasa kalangan Menteri dan pegawai-pegawai Islam memberikan AP import makanan kepada para usahawan Islam yang benar berkelayakan, baik akhlak dan cintakan Agamanya. Kita juga berdoa dan berusaha agar saudara Islam yang diberi AP import tidak menjadi Ali Baba pada non Muslim.

Seorang Muslim yang bertakwa apabila diberi AP, insyallah akan berusaha sepenuhnya agar segala bekalan makanan seperti ayam dan daging sampai pada umat Islam dalam negara ini yang benar HALAL pada prosesnya, bukan hanya pada perundangan semata-mata. Keimanan yang ada pada dada mereka insyallah tidak akan berani melakukan dosa penipuan pada umat Islam.

Namun perlu ada keraguan pada usahawan non Muslim kemungkinan adanya unsur PENIPUAN dalam urusan tersebut lantaran mereka hanya meletakkan keuntungan sebagai keutamaan. Mereka tak terikat dengan dosa dan pahala. Mereka akan berusaha dengan apa jua cara agar yang HARAM menjadi HALAL untuk masuk ke dalam Negara mengikut perundangan dan SOP yang ditetapkan JAKIM walaupun dengan PENIPUAN dan RASUAH agar mereka mendapat keuntungan yang besar.

Jangan hairan jika mereka yang teliti dapat melihat tompok warna-warna kemerahan pada setengah ayam dan daging yang diimport. Ia menunjukkan ada DARAH beku pada daging tersebut lantaran tidak melalui proses penyembelihan yang betul atau mati dicucuk.

Insyallah Usahawan Muslim sama ada yang membuka pasaraya dan restoran amat menjaga hal ini dan amat teliti dalam pengambilan bekalan import lantaran takwa yang ada mereka.

Tiada kita nafikan ada sgelintir kalangan umat Islam yang tidak halus dalam hal tersebut lantaran hanya fikir keuntungan. Jika umat Islam pun ada yang bersikap begitu apalagi kalangan non Muslim yang kebanyakannya terdiri dari tauke-tauke besar atau KARTEL-KARTEL di kalangan para KAPITALIS dan MAFIA.

Bicara ku bukannya RASIS namun demi cinta pada umat Islam agar terpelihara dari makanan yang haram dan tiada patuhi Syariat dari golongan yang hanya fikir keuntungan tanpa mengira Halal dan Haram serta penipuan..

Wallahu alam.

Walid Ibrahim Al Malik

Telegram : https://t.me/Srikekwa

12/05/2022

Jika kita bicara pd hukum, kita sebagai orang awam tiada berdosa jika tiada mengetahui, yg menanggung dosa mereka yg diberi amanah untuk memastikan benar HALAL daging yg diimport ke dalam Negara yg melibatkan banyak pihak namun tidak melakukan dgn penuh amanah.

Namun kita perlu fahami bahwa apa yg diharamkan Syariat pasti ada mudharat pada manusia. Haiwan yg tidak disembelih dengan betul mengikut Syariat bukan sahaja kotor pd batin lantaran tiada menyebut nama ุงู„ู„ู‡ุŒ tetapi juga kotor pada zahir lantaran kotoran darah yg mengandungi racun tidak keluar tetapi menyerap didalam daging.

Justeru kita perlu peka dan meninggalkan makanan yg hati kita ada syubhat pdnya antara Halal dan Haram demi kebaikan pd rohani dan jasmani kita dan keluarga daripada segala makanan yg kotor.

Telegram : https://t.me/Srikekwa

Photos from Sekretariat Srikandi Ekonomi Warisan's post 27/04/2022

SRIKANDI EKONOMI WATAN (SrIkEkWa) SANTUNI 220 AHLI KELUARGA KOMUNITI SELURUH MALAYSIA TERIMA SUMBANGAN KASIH AIDILFITRI.

Subang Jaya,Selangor - Program โ€œTajaan Raya Sama-Sama Kitakan Keluargaโ€ dianjurkan oleh Sekretariat Srikandi Ekonomi Watan (SrIkEkWa) dengan kerjasama Muafakat Komuniti Cinta Watan,1 keluarga taja RM100 sebagai hadiah kegembiraan buat keluarga komuniti seluruh Malaysia.SrIkEkWa mengambil inisiatif melancarkan program ini bagi menyahut seruan Guru Yang Dikasihi Walid Ibrahim Al-Malik agar memastikan asnaf mendapat kegembiraan di Aidilfitri. Program penyampaian sumbangan Aidilfitri yang berlangsung di Pasaraya Mydin USJ, Subang pada 26 April 2022 seawal 10.30 pagi itu melibatkan seramai 220 orang keluarga dari kalangan asnaf-asnaf, anak yatim dan Keluarga Muafakat Komuniti seluruh Malaysia.

Sumbangan tajaan melalui dana yang diperoleh sebanyak RM 22,000, di sampaikan dalam bentuk wang tunai dan Bakul Kasih Aidilfitri oleh Ummu Yang Dikasihi selaku Penasihat Sekretariat Srikandi Ekonomi Watan (SrIkEkWa) dan Ustaz Angah Sunan selaku wakil Muafakat Komuniti Cinta Watan. Gelombang ini bermula di sekitar Lembah Klang dahulu yang melibatkan 32 keluarga dan seramai 146 individu, kemudiannya diikuti oleh penglibatan keluarga komuniti dari negeri-negeri lain.

Mengambil keberkatan 10 malam terakhir ramadan ini untuk memperbanyakkan selawat dan sedekah disamping ibadah-ibadah wajib yang dilakukan, program "Raya sama-sama, kita kan keluarga" bertepatan dengan ibadah sosial sebagai salah satu jalan menggapai kecintaan Allah dan Rasulullah SAW. Pesan Guru yang Dikasihi Walid Ibrahim Al-Malik, "ibadah memberi kegembiraan kepada orang lain lebih dicintai Allah daripada ibadah memberi kegembiraan kepada diri sendiri". Semakin kita memberi kegembiraan kepada orang lain, semakin Allah mencintai kita.

Gelombang Raya Sama-sama, Kitakan keluarga, melahirkan masyarakat yang penyayang, cakna, dan prihatin terhadap sekeliling dan membentuk masyarakat yang mempunyai nilai jati diri EMAS dengan ketinggian nilai cinta dan kasih sayang. Masyarakat perlu bangkit mandiri dan peduli sesama sendiri tanpa mengharapkan pertolongan dari mana-mana pihak. Dari komuniti untuk komuniti, sebagai manifestasi kebersamaan kita dalam komuniti menguatkan cinta dan mahabbah kekeluargaan. Oleh itu saudara-saudara kita yang berada dalam kesusahan dapat dibantu dengan pantas tanpa menunggu tindakkan dari mana-mana pihak tertentu.

Bagi merancakkan ekonomi watan dalam mendukung Kempen Produk Patuh Syariah (PPS), menjadi kewajiban kita peka produk patuh syariah demi kebaikan rohani, jiwa, minda dan jasmani keluarga & masyarakat. Penting bagi memastikan produk patuh syariah menjadi keutamaan dalam pembelanjaan harian terutama apabila melibatkan barangan makanan dan minuman. Hal ini berkaitan dengan pembentukan generasi akan datang yang cergas dan cerdas dalam kepimpinan mengembalikan ketamadunan dan kegemilangan peradaban bangsa.

Muafakat Komuniti Cinta Watan ialah komuniti yang wujud atas dasar keprihatinan dan persaudaraan dalam membangunkan Teras Ketauhidan, Mahabbah Dan kesejahteraan berpandukan cetusan ilham Guru Dikasihi Walid Ibrahim Al-Malik melalui Panduan Cinta Watan, demi membangkit jiwa bangsa, kekeluargaan, persaudaraan, kepimpinan serta negara berpaksi Islam dan Watan.

Semoga program sebegini memberi impak dalam membangun jiwa bangsa yang memiliki kekuatan kerohanian dan kasih sayang, saling melengkapi demi memperkuatkan agama, bangsa, rakyat dan negara berasaskan watan.

SEKRETARIAT SRIKANDI EKONOMI WATAN (SrIkEkWa)

Telegram :
https://t.me/Srikekwa

26/04/2022

MAJLIS SUMBANGAN TAJAAN RAYA SAMA-SAMA...KITA KAN KELUARGA

Sekretariat Srikandi Ekonomi Watan (SrikEkWa) dengan kerjasama Muafakat Komuniti Cinta Watan Seluruh Malaysia baru-baru ini telah melancarkan kempen *Tajaan 1 keluarga Taja RM100* sebagai hadiah kegembiraan buat keluarga komuniti yang memerlukan.

Majlis serahan sumbangan raya untuk komuniti di Lembah Klang ini diadakan pada :

Tarikh : 26 April 2022
Waktu : Selasa (10.30 pagi)
Lokasi : Mydin USJ

Program sebegini bertujuan berkongsi kegembiraan di Aidilfitri atas dasar satu keluarga prihatin dan muafakat.

Secara tidak langsung, program sebegini membantu merancakkan ekonomi watan dalam mengetengahkan kempen produk patuh syariah sebagai pilihan utama dalam pembelian barangan harian.

Lebih utama adalah dapat menyemarakkan mahabbah dalam kalangan masyarakat serta mengeratkan silaturrahim dan kasih sayang sesama keluarga komuniti.

Sebarkan kasih sayang,
Raya Sama-Sama,
Kita Kan Keluarga.

Telegram:
https://t.me/Srikekwa

Like & Share Facebook
https://www.facebook.com/srikandiekonomiwatan/

Photos from Sekretariat Srikandi Ekonomi Warisan's post 20/04/2022

HADIAH VOUCHER PEK IM MALAKAT KEPADA KELUARGA YANG BERTUAH

Voucher Pek IM Malakat dihadiahkan buat beberapa keluarga yang bertuah sekitar komuniti Selayang,Ampang,Cheras,Sg Buloh, Chowkit KL & Gombak serta kepada Keluarga Anak angkat Nurani.

Inisiatif ini selari dengan kempen produk patuh syariah di mana diadakan bagi menggalakkan pembelian produk muslim sekaligus membantu merancakkan perkembangan ekonomi.

Disamping itu juga isi rumah turut mendapat manfaat belanja barangan dapur yang secara tidak langsung membantu meringankan beban dan mengembirakan ahli keluarga tercinta dengan belian dari Voucher Pek IM Malakat tersebut.

Photos from Sekretariat Srikandi Ekonomi Warisan's post 20/04/2022

ZIARAH MAHABBAH PERSATUAN WANITA & IBU TUNGGAL NUR IMAN

Pertemuan Kk Gombak dengan Persatuan wanita & ibu tunggal Nur Iman (WITUS). Memiliki 4000 keahlian dari golongan b40 seluruh Malaysia yang mana 500 daripanya dilatih dengan membuka booth air kelapa di lokasi rumah masing-masing.

Sepanjang ramadhan,diwujudkan satu tapak perniagaan untuk para ibu tunggal dan asnaf berniaga untuk duit poket.Memiliki koperasi perkhidmatan bas dan pelbagai kenderaan untuk kegunaan program.

Membuat jaringan dengan pelbagai agensi kementerian dan yayasan untuk keperluan kebajikan dan ekonomi masyarakat.

Photos from Sekretariat Srikandi Ekonomi Warisan's post 20/04/2022

PASAR KOMUNITI SELAYANG โค๏ธ

20/04/2022

"KEMPEN TAJAAN RAYA SAMA-SAMA...KITA KAN KELUARGA"

Sukacita dimaklumkan Sekretariat Srikandi Ekonomi Watan (SrikEkWa) dengan kerjasama Muafakat Komuniti Cinta Watan Seluruh Malaysia mengambil inisiatif untuk melancarkan kempen Tajaan 1 keluarga Taja RM100 sebagai hadiah kegembiraan buat keluarga komuniti kita yang memerlukan.

Ayuh kita semarak cinta & keceriaan buat mereka dengan menyumbang seikhlas hati melalui:

Pertubuhan Prihatin Kasih i-Wanita
562106822263
Maybank
Ref: Tajaan Raya

Hubungi Sekretariat Srikandi Ekonomi Watan (SrikEkWa)
012-6701510 (Kak Long Noli)

Telegram:
https://t.me/Srikekwa

Like & Share Facebook
https://www.facebook.com/srikandiekonomiwatan/

16/04/2022

PAMERAN DAN JUALAN AMAL PRODUK PATUH SYARIAH

Sempena program Ihya Ramadhan bersama Penceramah Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani, anjuran Puspanita CKPT, Putrajaya yang dihadiri 500 orang, pihak srikandi mengambil peluang mengadakan Jualan amal sebagai tanda sokongan kempen cintai produk patuh syariah.

Pengunjung juga diperkenalkan dengan platform Pengurusan Harta & Pusaka Patuh Syariah yang menekankan aspek pengurusan harta mengikut Hukum Syarak disamping mendapat sesi konsultansi percuma.

Group Telegram :
https://t.me/srikandiekonomiwatan

FB Pages :
https://www.facebook.com/102779792390114/posts/109400575061369/

15/04/2022

Assalamualaikum ๐Ÿ˜

Bagi gerakan merancakkan lagi ekonomi watan, IM Business kini menjalankan Kempen Tajaan Baucar Pek IM-Malakat RM100 sempena Ramadhan.

Terbuka kepada semua komuniti dan NGO yg ingin membuat pembelian baucar bagi menaja asnafยฒ utk berbelanja brgยฒ keperluan harian mereka di Malakat Grocer sepanjang bulan Ramadhan mahupun membeli brgn utk menyambut Syawal yg bakal tiba.

Beberapa Komuniti dan NGO telah mengambil bahagian dalam tajaan ini dengan menggunakan pelbagai inisiatif utk mendapatkan tajaan seperti membuka infaq Bakul Kasih Ramadhan serta penggunaan infaq Jumaat utk membantu mereka yg memerlukan.

Ayuh semua komuniti๐Ÿ’ช
Kita bangkitkan dan semarakkan CINTA dgn memberikan kebahagiaan pd mereka yg memerlukan.

Sebarang pembelian baucar, boleh berhubung terus dgn Kak Lang Shar di talian 019-3869618.

Sasaran 1000 baucar utk dihabiskan!

Group Telegram :
https://t.me/srikandiekonomiwatan

FB Pages :
https://www.facebook.com/102779792390114/posts/109400575061369/

14/04/2022

BELILAH BARANGAN PATUH SYARIAH SEBAGAI SOKONGAN ANDA

Syukur kempen Produk Patuh Syariah mendapat sambutan dan sokongan pembeli di Malakat Grocer,Malakat Mall,Cyberjaya.

Pembelian Produk Patuh Syariah sekaligus dapat membantu merancakkan ekonomi produk-produk halal yang dijamin keselamatannya dari unsur-unsur yang meragukan kehalalannya agar generasi akan datang akan lebih cakna dan peka dalam menjadikan produk patuh syariah sebagai keutamaan dalam membuat pilihan.

Group Telegram :
https://t.me/srikandiekonomiwatan

FB Pages :
https://www.facebook.com/102779792390114/posts/109400575061369/

07/04/2022

CINTAI PRODUK PATUH SYARIAH

โ€œMenjadi kewajiban kita peka produk patuh syariah
demi kebaikan rohani, jiwa, minda dan jasmani kepada keluarga & masyarakatโ€

Group Telegram :
https://t.me/srikandiekonomiwatan

FB Pages :
https://www.facebook.com/102779792390114/posts/109400575061369/

02/04/2022

"Sebarkan Selawat
Suburkan Adab
Bangunkan Cinta
Demi Membina Kembali Kekuatan Umat"

*WALID IBRAHIM AL MALIK*

Group Telegram :
https://t.me/srikandiekonomiwatan

FB Pages :
https://www.facebook.com/102779792390114/posts/109400575061369/

28/03/2022

DI SINI BERMULANYA CINTA

Selari agenda merancakkan ekonomi watan,
Malakat Grocer,Cyberjaya membuka peluang kepada peniaga-peniaga kecil yang ingin mula bangkit berniaga.

Pelbagai barangan runcit disediakan berserta perkhidmatan penghantaran ke rumah.

Servis sebegini amat memudahkan masyarakat. Sama-sama kita menyahut dan menyokong produk patuh syariah.

https://t.me/srikandiekonomiwatan

Want your business to be the top-listed Business in Cyberjaya?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

Jika kita bicara pd hukum, kita sebagai orang awam tiada berdosa jika tiada mengetahui, yg menanggung dosa mereka yg dib...
MAJLIS SUMBANGAN TAJAAN RAYA SAMA-SAMA...KITA KAN KELUARGASekretariat Srikandi Ekonomi Watan (SrikEkWa) dengan kerjasama...
BELILAH BARANGAN PATUH SYARIAH SEBAGAI SOKONGAN ANDASyukur kempen Produk Patuh Syariah mendapat sambutan dan sokongan pe...
CINTAI PRODUK PATUH SYARIAHโ€œMenjadi kewajiban kita peka produk patuh syariahdemi kebaikan rohani, jiwa, minda dan jasman...

Category

Website

Address


Cyberjaya
63000

Other Business Centers in Cyberjaya (show all)
Mudah Topup QR All Mudah Topup QR All
Cyberjaya

Bisnes Online Topup dengan mudah.

Amba Energy Amba Energy
Unit C1-2-5, CBD Perdana 3, Lingkaran Cyberpoint Timur, Cyberjaya.
Cyberjaya, 63000

Amba Energy is known as training provider for OSH-C and as a solution service provider driven by tec

Fastrexs MY Fastrexs MY
FASTREXS (M) SDN. BHD. , Ground Floor, Wisma Suria, Jalan Teknokrat 6, Cyber 5
Cyberjaya, 63000

Fastrex (M) Sdn Bhd menjalankan aktiviti peruncitan melalui FastMart & Program Keusahawanan ๐Ÿ‘๐Ÿป

V**e Junction Cyberjaya V**e Junction Cyberjaya
E-G-06 Jalan Vita 1 Plaza Crystalville
Cyberjaya, 63000

SoBeli.my SoBeli.my
Cyberjaya

Bila berkenan, so beli lah. Bila cantik, so beli lah.

QollectLah QollectLah
D2-05-11, Tamarind Square, Persiaran Multimedia
Cyberjaya, 63000

Courier Service, Bill & Mobile Payment and Vehicle Insurance

Belaian Burung Cinta Belaian Burung Cinta
No 7, Clover 5 Garden Residence Cyberjaya
Cyberjaya, 63000

Kepakaran kami adalah membela dan menjual pelbagai jenis burung terutama Burung Cinta.

cubee.co cubee.co
1st Floor Cubee Cafe, Shaftsbury Square
Cyberjaya, 63000

A dynamic coworking space for all your needs! We're located at 1stFloor Cubee Cafe, Shaftbury Square

Bella joy tv Bella joy tv
Lakefront Residence
Cyberjaya, 63000

Presenter

Abdullah seto dabella Abdullah seto dabella
Cyberjaya, 63000

GURU BESAR ANGKA GOIB 4D/6D SIAP BOCORKAN BANDAR ASAL YAKIN DAN PERCAYA.

TASA Solutions TASA Solutions
Unit 1. 1, Level 1, Block B, Quill 18, Lingkaran Teknokrat 3
Cyberjaya, 63000

โ€œTASAโ€ identifies, deploys, and delivers realistic โ€œExperience Solutionsโ€ to brands.

Pentagon Suites Cyberjaya Pentagon Suites Cyberjaya
Level 3 & 4, Wisma Suria, Jalan Teknokrat 6, Cyber 5
Cyberjaya, 63000

Your Passion is our Satisfaction. Best Service, Right Time, Right People.