Public Gold Malaysia - Zohdi Omar

Perkongsian ilmu simpanan dan pelaburan emas. Urusan jual beli emas 999.9 fizikal yang mudah, murah dan dijamin selamat melalui Akaun Emas GAP Public Gold.

Semua urusan adalah dijamin patuh syariah. Now everyone can buy GOLD !!!

21/09/2022

𝗔𝗣𝗔 𝗜𝗧𝗨 𝗔𝗞𝗔𝗨𝗡 𝗘𝗠𝗔𝗦 𝗚𝗔𝗣

Apa itu akaun emas GAP?

Paling nak senang faham, akaun emas GAP ini kaedah paling mudah, murah dan patuh syariah yang Public Gold sediakan untuk sesiapa saja yang ingin menyimpan emas sedikit - sedikit dalam akaun walaupun RM100.

GAP ini singkatan Gold Accmulation Program (GAP) iaitu konsep simpan emas sikit-sikit dan bersandarkan emas fizikal.

Bermaksud kita beli emas dapat emas bukan emas digital ya.

Emas yang terkumpul dalam akaun ini boleh keluarkan emas fizikal sama ada goldbar atau dinar.

Boleh simpan serendah 1 gram (mengikut harga harian) atau 0.3g (RM100).

Contoh harga segram hari ini RM263 maka dalam akaun GAP kita akan ada 1gram. Bulan depan beli lagi 3gram. Dalam akaun ada 4gram.

Jika skip beli tak ada masalah sebab tak wajib beli setiap bulan. Boleh simpan sebanyak mungkin emas yang kita mahu dalam akaun ini.

Apa tunggu lagi!

Hari ini harga emas jatuh tergolek dah.

Jom mula 🏃🏃

14/09/2022

GOLDBAR VS DINAR

Kedua-dua goldbar dan dinar adalah produk emas syarikat Public Gold.

Perbezaan goldbar dan dinar adalah melalui berat dan design/bentuk.

Berat 1 dinar adalah standard 4.25 gram, sementara berat goldbar p**a adalah 10 gram, 20 gram, 50 gram, 100 gram dan all the way sehingga 1,000 gram.

Kedua-duanya tetap menguntungkan kerana mempunyai ketulenan 999.9.

10/09/2022

Nak beli emas murah? Nak beli emas tapi tak nak pergi kedai?

Jom saya bantu anda mulakan simpanan emas serendah RM100, patuh syariah dan mudah.

Tiada caj pendaftaran, tiada cas simpanan dengan Akaun GAP (Gold Accumulation Program) Public Gold.

19/05/2022

PELUANG BAIK KE MENARA PUBLIC GOLD

BERITA BAIK !

Pengumuman kepada semua PG Dealer.

Berkenaan PG Mall raya sales dan PG factory sales di Menara PG hari Sabtu ini (21/5/22 jam 9 pagi sehingga 9.00 malam)

Ia adalah majlis terbuka kepada semua orang.

Semua transaksi jualan pada hari Sabtu ini akan menggunakan platform PG Mall.

Jadi, shopper akan menerima cashback dan introducer akan menerima overriding PG Mall.

PENTING: Saya mencadangkan agar anda memaklumkan kepada dealer dan customer anda untuk download PG Mall Apps dan login kedalam apps tersebut sebelum hadir ke Menara PG Sabtu ini.

Memandangkan event ini terbuka kepda semua orang, sila ajak customer anda ramai-ramai hadir ke Menara PG Sabtu ini dengan senyuman 🥳

Kredit : Mahaguru Emas Syukor Hashim

05/05/2022

KILANG EMAS

bukan distributor kepada mana-mana jenama emas, tapi PG adalah syarikat pengeluar dan supplier emas terbesar di Malaysia.

PG bukan sekadar menjual emas kepada pembeli emas runcit, tetapi juga menjadi supplier utama kepada kilang-kilang emas di Malaysia.

Beli emas dengan Public Gold, maksudnya kita beli direct dari kilang.

Maka tentunya penyimpan emas dapat kelebihan yang besar bila kos "middleman" dapat dipotong terus.

Kalau nak beli emas fizikal untuk simpanan, maka Public Gold adalah jenama pilihan no. 1 di Malaysia.

05/05/2022

KENAPA PERLU SIMPAN EMAS FIZIKAL ?

Emas fizikal selamat daripada dibekukan.

Menurut pakar logam berharga bernama Mike Maloney, emas dan perak adalah satu-satunya aset kewangan yang tidak berada dalam sistem kewangan.

Hanya kita sahaja yang tahu berapa banyak emas yang kita ada. Tak ada siapa tahu, sama ada bank mahupun kerajaan.

Sepanjang saya terlibat dalam dunia jual beli emas, memang ada beberapa orang yang telah pun diisytiharkan bankrap dan membeli emas.

Katanya, itu sahajalah bentuk simpanan yang mereka boleh buat. Lain daripada itu, semua aset mereka dah dibekukan oleh kerajaan.

Emas fizikal tidak boleh dibekukan. Ia tidak perlukan sijil pemilikan,geran atau sebagainya. TAPI ! Kalau akaun Emas GIA (gold investment account) ,ia akan senasib dengan akaun-akaun bank lain yang boleh dibekukan.

Ini menunjukan emas tiada siapa boleh 'usik' sama ada bank, kerajaan atau pun kaedah kewangan.

Yang belum ada akaun simpanan EMAS FIZIKAL boleh klik link di bio, saya bantu daftarkan akaun. Bimbingan percuma aje😊

05/05/2022

Mula dengan 1 gram atau serendah RM100 dan konsisten tambah gram.

In shaa Allah, 250 gram ini pasti dalam genggaman.

Sejak adanya platform Akaun Emas GAP, semua orang mampu simpan emas walaupun cuma dengan bajet serendah RM100.

Klik link di bio. Saya guide 😊

05/05/2022

EMAS SEBAGAI DANA PERSARAAN

Mari fikirkan.
Tahun 2000 segram RM38
Tahun 2022 segram RM285

Tahun 2000
Jika beli 100 gram harga RM3,800
Tahun 2022
Jika beli 100 gram harga RM27,000

Mereka yang beli 100 gram pada tahun 2000, jika bersara hari ini nilainya bertambah RM 27,000.

Sabar itu indah. Buat benda baik dengan sabar.
Bukan fikir nak cepat kaya.
Biar lambat asal selamat.
Siapa konsisten dia menang 💪🏻

Nak mula simpan emas?
Daftar percuma saya guide jom ! Klik link di bio.

07/01/2022

Update harga semasa emas 999.9
(Januari 2022)

Harga per gram;
1/1/22 - RM269
2/1/22 - RM270
3/1/22 - RM270
4/1/22 - RM266
5/1/22 - RM268
6/1/22 - RM269
7/1/22 - RM264

Tenang-tenang kumpul emas . Turun naik emas hanya persoalan masa. Fokus pertambahan gram.

Tips emas: Harga emas turun, kita tambah lagi gram emas. Tuai hasil p**angan emas bila gram emas dah banyak. Sebab tulah emas ni simpanan jangka panjang.

Nak simpan emas serendah RM100? Mudah, murah dan patuh syariah. Klik link di ruangan komen.

Photos from Public Gold Malaysia - Zohdi Omar's post 07/01/2022

Susah ke menabung?
Bagi seseorang yang pernah hidup tidak ada simpanan kecemasan langsung memang tak dinafikan menabung itu susah!!
Kenapa susah?

1) Tak ada kesedaran kenapa perlu menabung? Kenapa perlu ada simpanan kecemasan? Relax aar… muda lagi kan?

2) Bila dapat gaji, tak pernah asing untuk simpan dahulu. Tapi selalunya memang akan belanja dulu, fikir nanti ada lebih baru simpan. Tapi memang sampai ke sudah lah tak ada lebihan dan tak dapat menyimpan.

3) Waktu tu hanya fikir, hidup untuk enjoy. Tak perlu fikir benda yang belum jadi. Apa yang penting, enjoy jelah hidup yang kita ada ni.

4) Rasa hidup terlalu selesa. Dapat gaji boleh beli apa yang kita nak, dapat pergi mana yang kita s**a.

5) Hidup tak pernah ada matlamat. Tak pernah ada perancangan apa akan buat lagi 5 tahun akan datang? Berapa simpanan yang kena ada untuk masa hadapan?

6) Tak pernah baca buku-buku kewangan. S**a baca novel dan hidup dalam alam fantasi.

7) Tak berada dalam circle yang positif tentang kewangan. Guuru? Lahilah nan hado…
Inilah kebanyakan orang kita di dalam masyarakat. Sebab tu Bank Negara Malaysia mengumumkan bahawa lebih 75% rakyat Malaysia tak ada wang simpanan walaupun serendah RM100!

Memang tak pernah ada simpanan kecemasan walaupun seribu seringgit. Bukan tak mampu menyimpan tapi tak ada kesedaran dan mindset yang betul. Tak nak paksa diri untuk cuba menabung.

Sebenarnya menabung tu tak susah bila mindset dan matlamat hidup kita jelas. Bila kita ada matlamat yang jelas, kita akan paksa diri untuk menabung agar kita dapat capai matlamat tersebut.

Jom paksa diri untuk menabung. Kena ingat satu perkara. Kita hidup jangan susahkan orang, bila mati pun tak akan susahkan orang dengan meninggalkan hutang. Menabunglah untuk hari tua dan masa depan anak-anak kita. Yang tak boleh tengok wang tunai tu, jom! Sempan emas.

Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu, klik link di ruangan komen.

Jom! Sertai keluarga besar G100 Network!

07/01/2022

“Aku bukan tak nak beli emas. Aku tunggu ada duit baru aku beli emas”.
Biasa kan kita bagi alasan macam ni? Betul ke bila kita ada duit, kita akan beli emas? Betul ke emas tu patut beli bila ada duit lebih sahaja? Apa definisi ada duit lebih?

Jom kita baca cerita orang-orang yang menang loteri berjuta–juta dan akhirnya kembali miskin tak lama pun selepas itu.

1. Billie Bob Harrell Jr
Billie Bob yang telah menang loteri Texas Lotto berharga 31 Juta USD pada tahun 1997. Wang loteri yang dimenangi habis digunakan untuk berfoya-foya. Bukan itu sahaja, Billie juga telah memberikan rumah bagi setiap ahli keluarga dan teman–temannnya.

Disebabkan hal itu, Billie Bob telah menjadi sasaran scammer sehingga memaksa Billie kerap menukar nombor telefon supaya tidak dihubungi orang yang tidak dikenali. Pada tahun 1999, Billie mengambil keputusan untuk membunuh diri dengan menggunakan pistol dan menyifatkan kemenangan loteri adalah hal terburuk yang pernah terjadi pada hidup beliau.

2. Sharon Tirabassi
Sharon Tirabassi telah menang loteri pada tahun 2004. Malangnya semua duit loteri yang dimenangi habis digunakan untuk membeli kereta mewah, rumah baru dan berfoya–foya di tempat hiburan. Tak lama lepas itu, Sharon terpaksa kembali bekerja dan menyewa rumah untuk menyara kehidupannya.

3. Joseph dan Ibi Roncaioli
Joseph dan Ibi Roncaioli menang loteri berharga 5 Juta USD pada tahun 1995. Joseph mempercai Ibi untuk mengendalikan duit hasil kemenangan loteri tersebut. Malangnya, isterinya Ibi menggunakan duit loteri tersebut untuk berjudi, membeli rumah mewah dan membeli bisnes untuk diwariskan kepada anak lelakinya.

Disebabkan marah dengan kelakuan isterinya, Joseph telah membunuh Ibi dengan menyuntikkan jarum beracun. Joseph kemudiannya telah dikenakan hukuman penjara.

Kalau kita baca semua cerita di atas, kita boleh simpulkan bahawa mempunyai duit yang banyak tidak menjamin seseorang tahu dan mampu mengendali kekayaan mereka sendiri. Mungkin akhirnya kita akan membeli barang-barang yang menjadi kehendak selama ini seperti kereta dan rumah mewah sedangkan kita tak memerlukan semua itu.

Ada duit lebih atau tidak bukanlah penentu. Kalau kita tahu kelebihan emas, pasti kita dah berlumba–lumba dan mencari cara untuk simpan emas. Lagipun sekarang ada duit RM100 pun boleh simpan emas.

03/01/2022

Bye bye 2021. Hello 2022.

Selamat Tahun Baru 2022.

Moga tahun baru 2022 lebih bersinar untuk semua.

03/01/2022

“Amir, nak pinjam duit. Masuk gaji aku bayar”
Biasa kan dengar dialog macam ni?

Ada satu kisah ni, kawan Amir nama Abu nak pinjam duit. Janji lepas gaji Abu bayar. Tapi masalahnya Abu diberhentikan kerja tak lama lepas tu. Maka, tak dapatlah Abu bayar balik duit yang Abu pinjam daripada Amir. Sudahlah begitu, barang–barang yang Abu beli, Abu mintak Amir yang tolong bayarkan. Dah la Amir ni duit pun cukup–cukup je, kena p**ak bayar barang–barang yang Abu beli. Habis macam tue je duit Amir.

Sebenarnya apa yang berlaku pada Amir ni pernah berlaku kepada negara Hungary. Malah, Hungary telah memegang rekod kadar inflasi yang terburuk pernah berlaku dalam sejarah.

Kisahnya macam ni. Ketika Jerman terlibat dalam peperangan, sebagai negara sekutu, Hungary telah memberikan pinjaman kepada negara Jerman. Malangnya, kekalahan Jerman menyebabkan hutang tersebut tidak dapat dibayar kembali kepada Hungary.
Sudahlah begitu, Hungary juga dipaksa untuk membayar kos baik pulih kepada Soviet. Kerosakan infrastuktur yang teruk menyebabkan bekalan bahan yang diperlukan meningkat dengan laju.

Pada waktu yang sama, negara Hungary yang kekurangan dana telah mencetak wang dengan agresif tanpa memikirkan kesannya kepada ekonomi negara. Hasilnya, harga barangan meningkat dengan sangat laju setinggi 13,600,000,000,000,000%. Setiap 16 jam, harga barang akan naik sekali ganda. Fuh! Berpeluh gais!

Akhirnya, kerajaan Hungary telah mengambil langkah untuk menstabilkan mata wang dengan merombak sistem percukaian, membawa p**ang simpanan emas dari negara lain dan memperkenalkan mata wang baru yang nilainya disokong oleh emas.

Kenapa emas? Sebab emas tidak boleh dicipta dan dihapuskan. Matawang yang disandarkan pada emas tidak mudah dimanip**asi nilainya. Jika kita semua faham perkara ini, kita pasti nak menabung emas sekarang! Duit yang digunakan untuk menabung emas hakikatnya tak habis sebab emas itu sendiri adalah ‘duit’. Ayuh! Kita mula menabung emas sikit-sikit hingga membukit.

Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu, klik link di ruangan komen.

Jom! Sertai keluarga besar G100 Network!

03/01/2022

Bukan setakat susut nilai, nilai duit kertas sebenarnya matawang boleh menjadi sifar. Matawang kertas tiada nilai intrinsik yang melekat padanya. Jika dibandingkan dengan emas dan perak, nilai emas dan perak berdiri dengan sendiri. Tak kisahlah Ketika waktu perang ataupun damai, di pelusuk bumi mana pun, emas dan perak pasti kekal bernilai. Jadi, dalam kita galak menyimpan duit, jangan dilupakan emas dan perak. Penyelamat masa susah. 100 ringgit pun boleh beli emas bohhh. Daftar je akaun GAP!

Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu, klik link di ruangan komen.

Jom! Sertai keluarga besar G100 Network!

03/01/2022

Update semasa harga emas 999.9

Nak mulakan simpanan emas, boleh klik link di ruangan komen. Bimbingan percuma, tiada bayaran yuran buka akaun, tiada yuran tahunan dan sebagainya.

Photos from Public Gold Malaysia - Zohdi Omar's post 31/12/2021

BERAT yang sama, NILAI yang berbeza .

Tahun 2010, 100g emas = RM10 ribu
Tahun 2020, 100g emas = RM25 ribu

Mulakanlah simpanan emas sekarang, klik je sini untuk saya bantu.

31/12/2021

Harini hari terakhir tahun 2021. Boleh check balik berapa gram emas yang sudah terkumpul.

Kalau konsisten menyimpan emas , setahun 12g, 2 tahun 24g dan seterusnya...

Esok boleh buka buku baru set azam tahun baru 2022 dengan simpanan emas untuk pelbagai matlamat;

1) Sambung belajar
2) Deposit beli hartanah
3) Ibadah haji/umrah
4) Mas kahwin..dan lain-lain.

Klik link di bio untuk mulakan simpanan emas dengan bimbingan percuma 😊

31/12/2021

Jangka Hayat Wang Kertas

Bukan sahaja manusia, matawang pun ada jangka hayat tau! Purata jangka hayat matawang adalah 27 tahun dengan jangka hayat terpendek adalah 1 bulan. Menurut hasil kajian yang dibuat oleh DollarDaze.org, sebanyak 775 mata wang kertas telah dicipta setakat ini. Di seluruh dunia.

20% daripada matawang ini gagal disebabkan hiperinflasi, 21% dihapuskan melalui peperangan, 12% terhapus semasa proses kemerdekaan, 24% mengalami proses reformasi dan hanya 23% yang masih digunakan dan bakal menghampiri salah satu daripada beberapa musibah yang dinyatakan.

Akak tetapi, Pound Sterling British berusia 325 tahun dan dikira mata wang yang paling berjaya setakat ini. Walaupun begitu, nilai mata wang Pound Sterling British hari ini cuma bernilai 12 auns perak, iaitu 0.5% daripada nilai asalnya. Bayangkan mata wang yang paling berjaya pun boleh kehilangan sebanyak 99.5% daripada nilai asalnya, inikan p**a nilai mata wang lain?

Sebenarnya tak perlu persoalkan segala jenis teori konspirasi pun. Sejarah dunia memang telah membuktikan bahawa matawang kertas berisiko jatuh kepada nilai kosong pada bila-bila masa. Bahkan, ramai pakar kewangan dunia mengatakan kadar penurunan nilai mata wang akan berlaku tanpa henti saban tahun. Adalah penting untuk kita mula membuat perlindungan kepada kekayaan kita hari ini dengan membeli aset kalis inflasi seperti emas. Nilai emas terbukti kekal dari zaman dulu sehingga kini.

Menabung emas tidak akan menjadikan kita kaya segera tapi akan memastikan kita untuk tidak jatuh miskin dengan tiba-tiba. Lagipun, sekarang dah ada platform nak menabung serendah RM100 jer! Menabung emas sikit-sikit, lama kelamaan emas menjadikan kita tak miskin.

Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu, klik link di bio.

Jom! Sertai keluarga besar G100 Network!

30/12/2021

Kenapa anda perlu menyimpan emas?

Anda perlukan emas untuk melindungi kekayaan anda.

Wang kertas walaupun berharga, namun dalam jangka masa panjang, nilainya makin menurun.

Kuasa beli duit kertas semakin merosot.

Apa yang anda boleh beli tahun lepas, tidak sama dengan apa yang anda boleh beli hari ini (tengok kes roti gardenia dan kedai eco 2.20)

Di USA, mereka menghadapi masalah inflasi yang sangat tinggi sehingga data daripada Labour Bureau mendapati nilai dollar merosot hampir 1% setiap 30 hari.

Jadi, untuk melindung kekayaan anda, maka alihkan sebahagian daripada tunai anda ke dalam bentuk emas.

Lepas tu, anda boleh perhatikan.
Sebagai contoh, tahun 2008 saya beli emas dengan harga sekitar RM100 segram.
Sekarang harga emas sekitar RM263 segram.

Ini adalah kenaikan 163% dalam tempoh 13 tahun.

Jadi, kalaulah inflasi 163% kat Malaysia dalam tempoh 13 tahun, maka kekayaan saya terlindung 😁

Haaa .. macam tulah cerita dia.

Photos from Public Gold Malaysia - Zohdi Omar's post 30/12/2021

Walaupun ‘Gold Investor’ mahir tentang analisis pasaran emas dan boleh buat untung dengan naik turun harga emas,

TAPI,
akhirnya penyimpan emas tegar ‘Gold Saver’ juga yang menang sebab 👇🏻

(1) mereka memiliki emas yang banyak,
(2) duit simpanan yang ditukar jadi emas tak bocor,
(3) harga purata emas dalam simpanan jadi rendah,
(4) mereka untung dengan kenaikan harga emas dalam jangka panjang

Ia ibarat kisah perlumbaan arnab dengan kura-kura.
Walaupun kura-kura itu perlahan, tetapi akhirnya kura-kura juga yang memang sebab ia KONSISTEN !

Bagi yang simpan 1 gram 1 bulan dari awal tahun, hari ni sudah tentu ada 12 gram emas dalam simpanan.

Alhamdulillah dan Tahniah !
Terus konsisten kejar matlamat simpanan emas anda!

30/12/2021

Update harga emas semasa.

Harga emas 999.9 hari ini turun RM1 berbanding semalam.

Nak mulakan simpanan emas dan dapat bimbingan percuma? Klik link di bio. Saya guide. 😊

29/12/2021

Bagi saya, setiap orang perlu simpan emas.

Kenapa?
Emas bukan hanya sekadar pelaburan.
Tapi matawang yang sebenar.
Emas (dinar) dan perak (dirham) telah digunakan sejak 1400 tahun dahulu dan masih kekal bernilai hingga sekarang.
Sejak 1971 wang kertas dah tak disandarkan pada emas dan perak lagi.
Dalam masa ini, nilai wang merosot teruk.

Sedangkan sebelum 1971, selama 28 tahun tak ada satu negara di dunia pun yang mengalami krisis kewangan.

Kestabilan matawang dunia berterusan hingga awal 1971 bila presiden US, Richard Nixon keluarkan perintah 'Nixon Shock' yang menyebabkan matawang dunia tak ditambat kepada mana-mana komoditi.
So, semua matawang termasuk ringgit dikenali sebagai WANG FIAT, wang yang tak mempunyai sandaran.

Wang fiat ni membolehkan kerajaan mencetak seberapa banyak matawang yang diorang nak, maka mudahlah berlaku inflasi, penurunan kuasa membeli hingga saat ini.

‘Nixon Shock’ ni menyebabkan bermulanya bencana yang bagi effect negatif kepada orang ramai.
Bencana ni adalah KRISIS KEWANGAN yang still berterusan tanpa ada jalan penyelesaian mutlak.

Pada wang kertas yang kita miliki sekarang ni, tak akan ada sebarang nilai melainkan janji sesebuah bank negara pada nilai sehelai kertas, contohnya tertera pada wang kertas Ringgit Malaysia, “wang kertas ini sah diperlakukan dengan nilai….”.

Macam sekarang, negara-negara umat Islam jadi negara miskin, walaupun kat negara diorang sebenarnya banyak khazanah alam yang cukup bernilai.

Iraq dan Afganistan contohnya, kaya dengan minyak mentah, yang sepatutnya maju dan kaya raya, tapi melarat oleh kerana perancangan jahat yahudi ini.

Emas dan perak tidak seperti wang kertas yang boleh dicipta. Sehebat mana para saintis mereka tak akan mampu mencipta emas atau perak. Ia adalah logam ciptaan Allah SWT dan bernilai sejak 1400 tahun dahulu. Nilainya kekal dan bertahan dikala ketidaktentuan ekonomi dunia, ketegangan dan ketidakstabilan politik.

Kerosakan sistem ekonomi harini berpunca daripada tangan manusia yang nak melepaskan diri dari kerangka wahyu.

Mulakanlah simpanan emas walaupun sikit. Emas adalah aset ‘safe haven’ yang boleh menjadi penyelamat kita satu hari nanti.

29/12/2021

Mentor G100 Network sentiasa berpesan. Bukan emas yang menjadikan sesiapa kaya, tetapi ilmu. Maka… Ketahui apa ketakutan kebanyakan penyimpan emas kategori “newbies”.

Pengalaman kena ragut rantai tangan pemberian suami tercinta membuatkan ada wanita takut nak membeli emas. Kejadian pahit yang dialami itu membuatkan kaum Hawa telah beralih kepada logam lain sebagai alternatif.

Itu hanya cebisan perasaan takut yang dialami sesetengah individu sedangkan ada banyak sebab lain kenapa ramai takut nak mula simpan emas, sama ada barang kemas ataupun dinar dan jongkong emas.

1. Takut Kena Zakat
Perkara ini menduduki ranking pertama kerana kebanyakan masyarakat seolah-olah mengeluh dan takut untuk membayar zakat jika menyimpan emas. Zakat dijadikan penghalang untuk membuat pelaburan dan simpanan emas. Sedangkan zakat adalah ibadah dan rukun Islam ke- 4 yang dapat menyuburkan harta serta meningkatkan rezeki. Sebenarnya, duit dan harta lain-lain termasuk ternakan, tanah, dusun juga kebun juga turut dikenakan zakat bila cukup haul dan nisab.

2. Takut Dirompak dan kehilangan
Risiko kehilangan seperti berlaku kecurian dan rompakan menjadi igauan ngeri bagi masyarakat untuk menyimpan emas fizikal. Biarpun belum mulakan simpanan emas, kita sering terbayang perkara-perkara negatif seperti kehilangan emas akibat tersalah letak atau berlakunya kejadian pecah rumah. Cara paling selamat untuk simpan emas adalah dengan menyewa safe deposit box di bank atau syarikat swasta. Jika memilih untuk simpan di rumah pastikan emas anda disorok pada tempat yang tidak dijangkakan. Selain itu anda juga boleh buka akaun emas GAP (Gold Accumulation Program) di Public Gold. Serendah RM100 (0.3g) atau 1 gm adalah sudah boleh simpan di akaun emas GAP tanpa ada upah simpan dan komitmen bulanan.

3. Tiada Ilmu Dan Bimbingan Tentang Kepentingan Emas
Majoriti masyarakat di luar sana tidak tahu bagaimana nak memulakan simpanan emas. Tiada ilmu tentang emas pelaburan dan simpanan. Sebaliknya, mereka lebih terarah pada emas perhiasan yang tinggi nilai spread. Malah ramai juga yang tidak tahu hendak membeli emas di mana, berapa bajet untuk unit emas yang hendak dibeli. Kurangnya, ilmu tentang konsep tempoh minimum untuk mendapatkan keuntungan dan bila masa terbaik untuk beli dan jual.

4. Anggap Emas Seperti Saham
Ada yang menganggap emas seperti saham, unit amanah dan sebagai. Mereka beranggapan bila harga emas jatuh pelaburan akan hangus. Sedangkan perkara ini tidak berlaku dan berbeza sekali dengan pelaburan emas. Emas yang kita beli dan pegang sendiri fizikalnya memang tiada risiko selagi kita masih memiliki dan tidak menjualnya.

5. Takut Scammer Emas
Beli emas takut tak dapat emas. Bimbang didalangi scammer emas yang memasang perangkap menipu masyarakat dengan penjualan emas yang tidak wujud sehingga duit hangus dan hilang begitu sahaja. Berbeza di Public Gold, beli emas pasti dapat emas. Itu jaminan Public Gold. Lebih setengah juta pelanggan Public Gold tiada lagi yang membeli emas tidak dapat emas.

6. Takut Emas S**ar Dicairkan Pada Wang
Bimbang jika berlaku kecemasan emas s**ar dicairkan pada wang kertas jika perlukan tunai segera. Sebenarnya, sebelum memulakan simpanan emas fizikal, kita mesti mempunyai simpanan tunai sebanyak 3 bulan pendapatan. Emas adalah simpanan jangka panjang untuk tempoh 3 hingga 5 tahun.

Jika mememerlukan wang segera, emas yang dimiliki boleh dijual atau dipajakkan di Arrahnu, koperasi dan institusi kewangan yang lain. Anda boleh mendapatkan wang dengan segera dan berpelung menebus kembali emas dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Sebab itu, ilmu penting sebelum memulakan sesuatu pelaburan. Untuk mendapatkan ilmu kenalah membaca buku, melayar laman web dan blog-blog pelaburan, tengok klip video tentang emas dan kewangan atau menghadiri seminar emas serta berbincang dengan orang yang boleh dipercayai, seperti dealer Public Gold.

Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu, klik link di ruangan komen.

Photos from Public Gold Malaysia - Zohdi Omar's post 29/12/2021

Jadikan simpanan emas sebagai salah satu cabang pengurusan kewangan kita. Banyak lagi medium lain untuk urus kewangan, saham, hartanah, unit trust dan sebagainya tapi dengan syarat perlu ada ilmu.

Dengan adanya simpanan emas, kita dapat aset dan juga dapat ubah tabiat boros dan selamatkan nilai wang kita.

Semoga terus konsisten menyimpan emas, dapat memanfaatkan dan seterusnya mencapai matlamat hasil daripada penyimpanan logam mulia ini. 🎯🏅

Zohdi Omar
PG397402
Authorised Public Gold Dealer

29/12/2021

SCAM EMAS KLON

Cerita scam tidak pernah berkesudahan yang paling baru scammer emas menipu orang ramai dengan menjual emas palsu. Kaedah yang digunakan oleh scammer emas ini menipu orang ramai dengan cara memproses emas palsu dan menjualnya di pasaran.

Emas jongkong (gold bar) dan barang kemas dilakukan dengan menyadur emas di lapisan luar sahaja dan di bahagian dalamnya adalah logam tembaga dan tungsten yang menyerupai emas tulen.

Kenapa tembaga dan tungsten? Ini disebabkan tembaga seakan-akan warna emas. Manakala Tungsten bersifat logam ringan dan keras.

Ketulenan emas dirujuk sebagai karat. Terdapat pelbagai kategori emas mengikut ketulenan iaitu emas 24k adalah emas 999.9, emas 22k adalah emas 916 dan emas 18k sebagai emas 750.

Sekiranya ketulenan emas perhiasan itu adalah 22k, akan ditanda dan diukir K22 atau 916 di bahagian dalam barang kemas tersebut. Tapi emas tiruan hanya terdapat ukiran K sahaja dengan tujuan untuk mengelirukan pelanggan.

Walaupun ada barang kemas ditanda atau diukir perkataan K22, terdapat beberapa kes penipuan di mana emas itu dicampur dengan logam lain yang bukan emas.
Biasanya, logam tiruan itu diletakkan di bahagian cangkuk kerana item ini kecil dan s**ar dibezakan. Dan bahagian itu p**a kita sering terlepas pandang untuk diperiksa.

Berbeza gold bar dan dinar emas Public Gold kesemuanya berketulenan 999.9 atau 24 karat. Dan emasnya telah diuji dan disahkan oleh Certified Assayer.

Oleh itu berhati-hatilah agar anda tidak terbeli emas klon atau emas celup yang diperbuat daripada logam saduran emas yang dihasilkan oleh scammer yang licik ini. Nak mudah? Pilih je jenama Public Gold yang dah ada berbelas-belas tahun track record.

Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu, klik link di bio.

Jom! Sertai keluarga besar G100 Network!

Photos from Public Gold Malaysia - Zohdi Omar's post 28/12/2021

Apabila melibatkan diri dalam pelaburan emas, ketahuilah posisi sebenar supaya kita boleh maksimumkan keuntungan.

Kita ini berada di dalam posisi penyimpan, pelabur atau peniaga emas? Jom, saya beritahu anda ciri-ciri supaya anda boleh mengenalpasti anda kategori yang maya :

1) Posisi penyimpan : Fokus kepada pertambahan gram emas. Ada sahaja duit lebih untuk simpanan jangka panjang tukarkan kepada gram emas. Tidak kisah harga naik atau turun yang penting kepingan emas atau gram emas bertambah. Apabila harga emas turun waktu itulah bonus untuk posisi penyimpan emas untuk memborong emas dengan harga diskaun.

2) Posisi pelabur : Fokus kepda nilai RM. Pelabur akan membeli emas dan apabila harga emas naik mereka akan jual untuk mendapat keuntungan.

Contoh modal RM 25,000 untuk mulakan belian emas, dapat 100g emas. Setelah berlaku kenaikan harga emas , harga emas mencecah kenaikan 10% iaitu RM27,5000 dan mencapai target keuntungan, maka terus jual.
Pelabur akan dapat keuntungan RM2,500 melalui pusingan tadi. Selepas itu pelabur akan ulang balik langkah yang sama bagi memaksimakan keuntungan.

3) Posisi peniaga : Bagi sesiapa yang hendak menambah gram sekaligus memaksimumkan RM, posisi terbaik adalah menjadi dealer atau ejen syarikat emas. Dealer emas , dapat menambahkan simpanan emas dan menjana RM hasil dari perniagaan emas. Emas bertambah , duit pun makin bertambah.

Dalam setiap posisi yang dipilih, tentukan matlamat dan penetapan fokus adalah penting. Fokus yang betul dan tepat akan membantu kita mencapai matlamat yang diimpikan dengan cepat dan jayanya. Yang menjadikan kita kaya bukan emas, tetapi ilmu emas.

Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu, klik link di bio.

Jom! Sertai keluarga besar G100 Network!

Photos from Public Gold Malaysia - Zohdi Omar's post 28/12/2021

Update harga emas semasa.

Harga emas berlegar-legar sekitar RM261-RM267 untuk bulan Disember 2021. Ambil peluang mulakan atau tambah aset simpanan emas.

Bagi yang dah mulakan simpanan emas, Tahniah. Terus fokus tambah gram emas sebeb emas mempunyai potensi nilai yang sangat baik untuk jangka masa panjang.

Emas kalis inflasi, pengekal nilai kekayaan.

p/s: Gambar kedua di pejabat (dari kiri: Wealth Card 0.5g 999.9 Goldbar, cenderamata dari Melbourne untuk arwah ayahanda, depan: Hotwheels Tesla Cybertruck)

28/12/2021

Emas bukanlah bukanlah voucher transaksi harian dalam keadaan biasa. Emas adalah logam penyimpan nilai dan kekal sebagai matawang universal yang laku di seluruh dunia. Kalau berlaku kegawatan ekonomi, kita perlukan barang keperluan asas untuk hidup. Contoh kegawatan yang berlaku iaitu banjir yang menenggelamkan sebahagian besar kawasan negeri.

Pada waktu ini, kita sanggup bayar harga yang mahal untuk dapatkan barang keperluan. Berapa sahaja harganya kita sanggup membayarnya. Wang mungkin dah basah tenggelam dek air. Dalam situasi begini, matawang akan hilang nilai.

Untuk dapatkan barang keperluan, kita perlu membayarnya dengan sesuatu bayaran yang bernilai sebagai alat tukaran. Kalau duit tidak tidak lagi bernilai, apakah alat tukaran yang diterima oleh semua sebagai sesuatu yang bernilai? Tentunya emas dan perak!

Pernah ada penyimpan emas di bawah keluaran syarikat Public Gold membawa jongkong emas ke luar negara dan menjualnya. Tak ada masalah, emas Public Gold diterima untuk dijual malah ada sesetengah kedai emas luar negara membelinya dengan harga yang lebih tinggi berbanding jual di dalam negara. Wah! Lazat bukan?

Sememangnya dalam sejarah manusia, sudah beribu-ribu tahun emas dijadikan sebagai matawang antarabangsa. Emas merupakan alternatif yang baik selain membawa wang tunai semasa melancong keluar negara.

Wang kertas Ringgit Malaysia hanya sah digunakan di dalam negara Malaysia, sekiranya dibawa keluar negara, duit kertas Malaysia tidak boleh diguna pakai. Ada duit, belum tentu berduit. Ada emas? Sudah pasti berduit.

Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu, klik link di bio 😊

Jom! Sertai keluarga besar G100 Network!

Want your business to be the top-listed Finance Company in Cyberjaya?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

Euro 2020 Champions Goldbar 999.9 1g
Mulakan dengan 1 gram
Hyperinflasi di Venezuela
Emas dan Emosi (Psikologi)
Emas adalah salah satu tools kewangan
Emas aset yang mudah dicairkan
Simpan Emas, Jangan Tunggu Harga Terbaik
Rugi ke kalau beli emas ketika harga tinggi?
Should we buy Gold now? 🤔

Website

Address


Cyberjaya

Other Investing Services in Cyberjaya (show all)
Aryf bunayya Aryf bunayya
Cyberjaya, 63000

Profitto Education Profitto Education
Cyberjaya

be one of us to be new leader

Asrul Nizam Asrul Nizam
Persiaran Saujana Putra Utama, Bandar Saujana Putra, Jenjarom
Cyberjaya, 42610

Build your career as a part of Monaxa Partners. MIB/IB you are welcome to join us

Profitto FX Profitto FX
Cyberjaya

PROFITTO Broker Forex : Spread ECN ACC dengan commision serendah 3usd SAHAJA. Paling rendah antara broker. Mana nak dapat ECN ACC depo serendah 10usd dengan LEVERAGE 1:1000 dan Sp...

Public Gold by Sarah Termizi Pg047813 Public Gold by Sarah Termizi Pg047813
Cyberjaya
Cyberjaya, 63000

Educate & advocate community in importance of gold savings during pandemic and recession.

Fxcl copytradepro&freesignal Fxcl copytradepro&freesignal
Cyberjaya
Cyberjaya

copytrade , education and free signal

Wakanda CopyTrade Wakanda CopyTrade
Cyberjaya, 63000

Wakanda CopyTrade ini adalah hak milik salah seorang IB UAG Trade dan bukanlah milik WAKANDA. WAKAND

Financialapis Financialapis
Kenwingston Square Garde
Cyberjaya, 6300

Learn for 💯 free about the Investment & Stocks market . Looking for Wealth Coaching? I’m her to help

Pondok Forex Warrior Pondok Forex Warrior
Suits 4807-3A-15 CBD Perdana, 2, Persiaran Flora
Cyberjaya, 63000

Dagangan Minyak Mentah Dunia Dagangan Minyak Mentah Dunia
Cyberjaya

Mengajak anda menjana pendapatan dengan melabur dalam pasaran minyak mentah dunia

Vvip luno Vvip luno
Luno Business, Persiaran Apec
Cyberjaya, 63000

nak join sila tuan/puan gabung Grup telegram ��� https://t.me/+aAIFiTixaAA3NzNl

Matmemorex Matmemorex
Cyberjaya
Cyberjaya, 63000