Nazri bercerita
Izinkan saya memegang Amanah Takaful Anda. Semoga kita sama-sama mendapat kebaikan dunia akhirat, In
Kali pertama aku ke korea selatan, trip kompeni 2012/13 kalau tak salah. Kali kedua konvensyen Takaful Ikhlas 2016.
Masa first time pegi, SANGAT SUSAH nak cari makanan selera lidah & tekak Malaysia. Nasib baik bawak bekal sambal belacan & sambal bilis.
Kali kedua pergi, dah makin banyak restoran Malaysia & makanan Asia Tengah yang berempah & pedas.
Sikap orang Korea pada orang Malaysia - masa mula² dulu dorg respek je dgn pelancong. Layan dengan baik & mesra. Kali kedua pun sama. Bagi aku, ketika trip kedua dorang lagi mesra dengan rakyat Malaysia. Sopan, driver teksi pun s**a je sembang (english) selepas kami perkenalkan diri dari Malaysia.
MALANGNYA... sejak Korea Selatan jadi tumpuan anak2 muda bekerja secara haram.di kebun² sayur, di kilang² setahun dua menjelang pandemik 2019, nama Malaysia mula membusuk. Maaf cakap, benar² menjatuhkan martabat Malaysia.
Sama seperti kes budak² Malaysia pergi petik buah di Australia yang menimbulkan masalah saringan & layanan buruk imigresen di airport, orang Malaysia mula dipandang sebagai manusia kelas ketiga. Pendatang haram & jijik pada masyarakat setempat. Lagi sekali, maaf cakap, macamana kebanyakan orang kita pandang Bangla & Myanmar di Malaysia, macam itulah pandangan dorang.
Boleh tengok la banyak perkongsian pelancong² Malaysia yang kena pandang serong dan pandang sepi dek adjuma² Korea dalam tren. Tu belum masuk kes baru turun kapal terbang dah kena ambik flight balik sebab tak lepas imigresen. Seolah2 dah tak ada respek seperti yang aku dapat zaman aku mula2 cecah kaki ke korea dulu.
Nak salahkan siapa? Salahkan orang korea sebab layan orang kita macam tu? Ko dah pegi negara orang, ko hadap je la. Cara terbaiknya adalah takyah pegi dah tempat dorang. Banyak lagi negara lain yang. Cantik dan menarik. Jepun, misalnya. Walauoun dah adabudak Malaysia buat 'taik' kat Jepun, (betul2 buatnya... melepas dalam bath tub sampai viral dulu), kejadian2 tu masih terpencil.
China jugak masih ok, Hong Kong pun menarik. Filipina & New Zealand jugak not bad. Nak murah ke Bangkok, Chiang Mai atau mana² wilayah Indonesia mcm Maluku, Makassar. Takpun kumpul duit lebih sikit ke negara² stan-stan.
Yang penting pergi ke negara² yang masyarakatnya respek orang kita dan tak ramai scammer pelancong.
Pada aku, korea memang cantik (orangnya biasher² je...tak mcm dlm tv pun), tapi apa guna cantik.kalau ko gi sana nak healing², soping² tapi dilayan macam bangla kuli binaan je...bangla kat Malaysia pun dah dapat Datuk Seri tau...
https://www.facebook.com/share/v/ZB932p68NpUQ9c9a/?mibextid=oFDknk
NURSE pakai ketat...
Kalau dulu masa muda², kalau ada assingment melibatkan hospital ini je la hiburannya. Dulu memang best la jugak gi spital ushar misi². Pakaian putih, kemas, segak & ikut body depa. Memang irresistible.
FLASH BACK
Tapi itu cerita dulu la. Masa masih bujang, mula² kerja puluhan tahun dulu. Jadi BH Jr Crimebuster memang UH (sekarang PPUM PJ) tu tempat wajib crime round. Pegi check file merah bilik mayat, check ER & pondok polis UH. Bosan² tunggu, tengok orang lalu lalang bila misi lalu, darah muda mula bergejolak - apa lagi memang uniform misi masa tu memang 'wajib tayang' bentuk dada dan punggung. Ye...ye... aku tau. Itu gatal namanya... tapi ini cerita zaman tok naduk, lagi pun aku lelaki normal yang sedang kebosanan menunggu di hospital. Zaman tu bukannya ada smartphone lagi. Faham?!
FF
Apabila Ahli Parlimen PN Kuantan menegur pakaian nurse tak patuh syariah, ramai yang MELOMPAT!! Kepanasan seperti menari di atas kuali roti canai.
Maka, menjerit² la kebanyakan nurse, doktor dan kakitangan perubatan dengan pelbagai sebab dan rasionalisasi membela & beri justifikasi pakaian tersebut.
Ada yang kata mereka takde masa nak pikir pasal pandangan 'mata ke ranjang lelaki gatal' macam Wan Razali Bin Wan Nor, tugasan mereka lebih penting, banyak lagi isu seperti beban tugas dan imbuhan nurse yang tak dipedulikan dan macam² kecaman lagi pada MP PN tu.
Puak politik rival juga lepaskan peluang untuk hentam Wan Razali termasuklah MB Selangor dengan pembuka kata di Tiktoknya, "Pakaian yang ketat ke atau otak yang ketat" diikuti dengan bebelan panjang membelasah Ahli Parlimen PN Kuantan.
APA AKU RASA?
Sejujurnya... aku sedih. Mungkin kerana aku dah tua, tak segalak dulu (Ya Rahim, ampunilah aku 😔). Sedih aku bukan kerana Wan Razali dikecam. Aku tak kenal dia, dia tak kenal aku. Aku bukan ahli parti blok PN. Aku adalah aku. Aku menegur kerana wartawan tak kenal persaraan, amanah sampai mati.
Aku sedih kerana ketika galak menghujat MP Kuantan, mereka lupa bahawa apa yang ditegur itu adalah SYARIAT ISLAM. Demi menjaga maruah wanita Islam, menjaga aurat bentuk tubuh perempuan, anak perempuan, isteri kita daripada pandangan mata jalang lelaki (dan juga perempuan... sekarang dah advanced).
Salahkah jika ada pemimpin yang mendapat hidayah dan diberi peluang untuk membuat teguran, menegur misi kita? Atau, kamu maukan wakil rakyat yang bagaimana lagi? Yang hanya pandai berjanji tapi dia mungkir, yang bercakap tapi dia berbohong dan diberi amanah menjaga rakyat tapi dia khianat? Gitu?
Aku tak nak mensucikan Wan Razali. Aku tak tau apa yang dia lakukan di belakang mata aku. Aku hanya melihat apa yang diucapkan pada sidang Parlimen kali ini adalah seruan kepada cara hidup Islam yang sebenar. Salah ke?
Kalau korang masih lagi berpendapat itu salah, renung la balik. Ketepikan politik, ketepikan rasa tercabar kerana ditegur. Kembali pada tuntutan syariat, titah perintah Allah dan saranan kekasih kita Rasulullah saw.
HUJAH PEMBELAAAN
Aku ambik masa untuk skrol komen dan reaksi isu Nurse seksi ni. Ada beberapa isu yang boleh diberi perhatian.
1. Uniform asal mengikut garis panduan KKM tak la ketat sangat tetapi sebilangan nurse sendiri pegi alter bagi ikut bentuk badan supaya nampak 'cantik' & 'menarik'. Ini yang didedahkan sendiri oleh nurse² KKM. Dalam kata lain, memang dorang sendiri buat jadi nampak seksi - jadi santapan mata lelaki/perempuan gatal.
2. Kebanyakan nurse di klinik swasta terutama pusat perubatan Islam dah lama dah pakai uniform longgar dan scrub. Pakaian mereka lebih praktikal, longgar, ringan dan paling penting menutup aurat sebenar.
3. Lebih 'menyayat' hati lagi, uniform nurse di hospital² dunia termasuk di negara kapir Amerika Syarikat & Eropah dah lama dah pakai longgar / scrub. Hospital dan klinik kesihatan kerajaan kita je yang masih pakai uniform design asal warisan zaman penjajahan British (dengan improvisasi rekaan). Tak habis lagi dijajah minda nampaknya.
4. Aku tak nak salahkan komen² pemimpin pro-Kerajaan bila deme hentak Wan Razali kow-kow pasal isu ni. Ye la... apa kau nak harapkan daripada parti² berasaskan kefahaman liberal, sosialis dan sekuler ni. Dapat isu, itu la peluang nak hentak blok pembangkang dekat² PRN ni. Soal syariat Islam belakang kira. Korang, sebagai orang Islam, pikir la sendiri bila nak pangkah esok.
5. Aku setuju masalah beban tugas & imbuhan Nurse KKM masih tak terbela. Bagi aku, inilah rahmat Allah bagi pada nurse² Malaysia. Kalau tak kerana isu ni takde orang tau pun apa masalah korang. Menteri KKM, baik yang sekarang, ataupun yang dulu, bukannya nak tengok masalah ni. Kurang² rakyat nampak dah apa yg korang hadapi. Tambah² bila dapat menteri² tak berapa pandai buat kerja macam sekarang ni. Lagi la nak kena jolok isu baru tau apa nak buat.
6. Dan yang terakhir... berbalik la pada Al Quran & AsSunnah. Berlapang dada & cari keredhaan Allah dalam rezeki kita. Apabila kita makin dekat pada Allah, makin barokah rezeki kita. Rezeki yang berkat akan sentiasa mencukupkan penghidupanmu. Satu daripada jalan mendapat keberkatan rezeki itu adalah dengan menjaga aurat ketika melaksanakan tugasmu yang sangat mulia dan terhormat itu... wahai jururawatku.
APA KATA ALLAH & RASULULLAH SAW
يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ لِأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِنْ جَلَابِيبِهِنَّ ۚ ذَٰلِكَ أَدْنَىٰ أَنْ يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ ۗ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا
Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta wanita-wanita yang beriman, supaya mengenakan jilbab (melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai wanita yang baik-baik) maka dengan itu mereka TIDAK DIGANGGU* dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
[Al-Ahzab (33) : ayat 59]
(Nota *: perihal kaedah Al Quran mengelakkan sexual harassment)
Tanda-tanda Kiamat Munculnya perempuan yang Berpakaian tetapi Telanjang:
Dalil hadith:
Dari Abu Huraira ra: Bahawa Nabi saw bersabda:
صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ لَمْ أَرَهُمَا: قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَـرِ، يَضْرِبُونَ بِهَا النَّاسَ، وَنِسَـاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَـاتٌ مُمِيْلاَتٌ مَائِلاَتٌ رُءُوسُهُنَّ كَأَسْنِمَةِ الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ لاَ يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ وَلاَ يَجِدْنَ رِيْحَهَا وَإِنَّ رِيْحَهَا لَيُوجَدُ مِنْ مَسِيرَةِ كَذَا وَكَذَا
Terjemahan:
“‘Ada dua kelompok manusia penghuni Neraka yang belum pernah aku lihat: kaum laki-laki yang membawa cambuk seperti buntut sapi mereka memukul manusia dengannya, dan kaum perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, selalu melakukan kemaksiatan dan mengajarkan kemaksiatannya kepada orang lain, kepala-kepala mereka bagaikan punuk unta yang miring, mereka tidak akan masuk ke dalam Surga dan tidak akan mendapatkan wanginya, padahal wangi Surga itu tercium dari jarak sekian dan sekian.’” Muslim, no 2128
TERANG DAN JELAS??? SO, KORANG NAK IKUT SAPA?!
Hilangnya bilah Buluh Perindu: Satu catatan masa
Aku dah lupa apa rasanya nasi dagang di kedai bucu jalan di seberang bangunan Mara depan taman syahbandar kuala terengganu ni.
Dulu, malam², kadangkala 2-3 pagi, apabila kelaparan sebab pulun study last minit sebelum SPM, aku p**as (throttle) minyak motor honda cup arwah mak aku ke taman syahbandar. Ke kedai nasi dagang ini.
Kedai nasi dagang, nasi lemak ni masih bukak sampai jam 3-4 pagi. Walaupun bandar KT agak jauh dari asrama aku di Tok Jiring (sekarang daerah baru Kuala Nerus), aku redah jugak. Ye lah, tahun 1989, mana nak carik kedai bukak sampai subuh.
Zaman itu memang payah nak cari makan lewat malam. Kalau ada pun kedai masakan panas (tomyam) di tepi jalan antara Kota Bahru - Kuala Terengganu - Kuantan - KL untuk singgahan musafir malam seperti pemandu lori atau bas ekspres (masa tu bas ekspres KT - KL ambik masa 8 - 9 jam perjalanan).
Sekarang, kedai ni dah tak jual nasi dagang. Kata akak berusia pertengahan ke lewat 30-an yang uruskan jualan nasi di situ, mak dia dah tak buat nasi dagang. Sekarang hanya ada nasi minyak, nasi lemak, nasi berlauk dan masakan panas (goreng² gitu). Nasi lemak Terengganu lauk ikan aya tumis rasa biasa² je, tapi minyak lauk ayam gulai atau masak merah dia sedap. Apa pun, aku masih teringin nasi dagangnya.
BUS STAND KUALA TERENGGANU 1980-an
Dulu, zaman 80-an di bandar Kuala Terengganu bukanlah ada apa² sangat. Ada la pasar raya dua tiga buah. Antaranya, Supermarket Hock Kee Seng dan Supermarket Bumi. Ada dua pawagam. Rex dan Cathay.
Hari Sabtu adalah hari paling sibuk kerana orang kampung segenap penjuru bertumpu ke bandar KT (kami selalu sebut 'pergi bandar' je). Hari Sabtu juga hari budak² sekolah berasrama outing. MRSM, sekolah Sains, sekolah Teknik, Vokasional dan termasuklah sekolah aku, SMK (A) Tok Jiring. Kalau kebetulan outing sama² sempat la 'kacau²' awek sekolah lain. Tapi selalunya dorang tak layan pun. hahahaa...
Dulu zaman sekolah antara 1985 - 1989, outing ke bandar memang best. Rutin budak asrama simple je. Pergi supermarket beli barang sikit² lepas tu lepak di bus stand (stesen bas sebenarnya - istilah bus stand KT lebih pop**ar dan hampir semua orang panggil yang sama).
Menariknya di bus stand KT ada gerai² jualan kaset yang saling berlawan bunyi siapa lebih kuat & menarik orang ramai. Tak salah aku, ketika zaman 1985, lagu-lagu Indonesia seperti Hetty Koes Endang dengan hits Demi Cinta Ni Yee dan Bill & Brod bergema dengan Madu dan Racun meraikan pelbagai lapisan rakyat yang silih berganti mengisi laluan sempit dari bus stand ke supermarket Hock Kee Seng / panggung Rex, berjarak kira-kira 200 meter.
MINYAK BULUH PERINDU
Di bus stand KT juga ada penjual cermin mata hitam. Ketika itu semua orang panggil spek rayban, tak kira la jenama apa sekalipun.
Ada juga penjual ubat kuat lelaki, tonik akar² kayu dan macam² jenis ubat 'sakti' serba guna lain. Settingnya cukup simple. Sehelai kain dijadikan alas dan hiasan seperti akar² dan batang kayu, peralatan² klasik, keris atau golok, gambar² dan botol² minyak² jualan.
Yang seronoknya tengok penjual ubat ni, sembang dia. Macam² kisah diriwayatkan untuk menceritakan keajaiban ubat yang dijual. Kadang-kadang diselang selikan dengan pertunjukan silap mata separuh jalan yang tak selesai² kerana ada interval promosi jualan barangnya.
Lantaran terpesona, masa form 4, aku pun pernah terkena apabila membeli minyak 'senyonyong' dalam botol kecil bersaiz super mini (saiz botol minyak atar) yang kononnya diisi dengan sebatang kayu mancis yang telah dicelup dalam minyak buluh perindu. Celupannya tak seberapa pun. Nampak la kesan² minyak warna coklat pada batang mancis tu. Kata penjual ubat tu, jangan buang batang tu, bila minyak tu habis, tambah je minyak lain.
EPISOD MALANG
Selepas beberapa hari, di asrama, seorang Sr (form 6) yg rapat dengan aku mintak nak pinjam batang mancis tu untuk dia masukkan dalam botol minyak wangi dia. Patut la masa tukang jual ubat tu beri syarahan di bus stand itu hari dia menempek je sebelah aku. Aku difahamkan dia nak tekel satu awek kat sekolah yang dia minat sangat². OK la...aku bagi je la dengan berat hati. Member punya pasal.
Dua kali kena kencing. Selang berapa lama, batang mancis aku tu itu lenyap bersama lenyapnya awek yang Sr aku tu nak tekel tu. Tau-tau, Sr aku tu dah frust menongeng kena reject. Minyak senyonyong tu rupa-rupanyanya tak power pun... Hehehee.. dengan aku, dengan Sr aku tu sekali dah kena kencing. Tapi aku la paling parah sebab dah keluar modal RM5. RM5 zaman 1988 besar nilainya woooooo...
Sejak hari tu aku dah insaf. Tak nak beli dah apa² ubat daripada penjual ubat di kali lima. Dengar boleh, percaya jangan!
Banyak lagi perkara² menarik y di sekitar bus stand KT bertiang merah tu. Bus stand KT merupakan pusat aktiviti penduduk Terengganu waktu itu. Jualan juadah keropok lekor, mi goreng dan air balang antara elemen utama penarik dan pelengkap suasana di.bus stand KT. Kedai nasi ayam & mi rebus (tak sama mi rebus negeri lain yea... sini mi rebusnya adalah mi sup sayur) di seberang jalan. Ada lot² kedai kayu yang menjual pakaian dan antara peristiwa penting di bus stand KT adalah di situlah aku menjadi sebahagian daripada saksi kebangkitan era Rock Kapak di negeri Terengganu🤘🤘🤘...
Tapi itu cerita lain... nanti senang² kita stori² lagi...
menawarkan perlindungan kesihatan seperti Hubungi di talian 0133109410 untuk rundingan & khidmat nasihat tanpa caj.
ADUHAI FATIN PAUZI...
(Awas: ini bacaan dewasa)
Agak kontroversi kisahnya. Ada palitan² isu songsang dengan rekod bual yang 'menyeramkan' dan 'meremangkan bulu roma' apabila dibaca. (Mohon search sendiri jika nak tahu lanjut)
Cuma, di sebalik kecaman keterlaluan ke atas Atin 'motivator' (?🤔) itu, banyak perempuan (baca isteri) sebenarnya tak ambik peduli pun tentang tanggungjawab dan amanah berat ke atas suami² mereka.
Aku bukanlah ahli agama. Sangat jauh daripada fakih. Aku tidak menolak keseluruhan 'Fatin Pauzi', tidak juga bersetuju dengan kesemua galakan & galaknya dia.
Tetapi, apa yg diucap, dicakap, disaran Fatin, banyak benarnya. Hakikat perempuan mengabaikan keperluan suami dengan pelbagai alasan.
RANJANG ITU INDAH
Sebelum ni, aku ada tengok satu klip ulasan Buya Yahya, tokoh agama terkenal di Indonesia, tentang hubungan intim suami isteri. (Tengok sini: https://youtu.be/uTDgSmK6t1k)
Memetik hadis nabi SAW memberitahu Malaikat melaknat isteri yang menolak ajakan suami - sebagai hadis yang disifatkan peringatan yang indah - Buya Yahya menjelaskan bahawa; suami mengajak isteri ke tempat paling indah iaitu ke atas ranjang bukannya ajak panjat gunung, suruh angkat batu bagai...
Jika anda, isteri², masih gagal memahami maksud beliau - cuba kembalikan memori sewaktu mula² kahwin dulu. Bukankah, ketika itu - seminggu dua minggu atau sebulan dua bulan baru berkahwin, hubungan di ranjang adalah moment yang penuh keseronokan, keindahan dan selalu diinginkan?
FATIN je masih Okay...
Masalah yang sering berlaku, bagi kebanyakan wanita, mungkin keindahan hubungan intim itu sudah berakhir sejak anak pertama atau lebih awal lagi. Dengan memberi pengecualian kepada Fatin Pauzi, sering didengar kaum isteri mula beranggapan atau memberi reaksi seolah² merapnya hubungan kelamin adalah tekanan, beban, berat, menyusahkan dan menindas wanita. Malah, hubungan ranjang sebagai satu segmen dalam hidup yang tidak diperlukan, ada takde pun tak apa atau sesuatu yang tidak dis**ai, menyakitkan dan meletihkan.
Bubuhlah apa alasan sekalipun. Penat kerja, letih urus rumah dan anak, kerja rumah tak berkesudahan, suami tak membantu di rumah, badan sakit-sakit, seks bukan lagi keperluan atau apa² saja faktor halangan - difahami atau tidak - lelaki sentiasa memerlukannya sampai tua, atau mungkin saja sehingga uzurnya merenggut nyawa.
Interval:
Dapatkan Perlindungan kesihatan, daripada Hubungi OI3 3IO 94IO untuk khidmat nasihat, policy review & quotation percuma.
sambungan...
CERITA LELAKI
Sepanjang tempoh aku berkhidmat dulu, aku pernah jumpa dan dengar kisah hidup pelbagai jenis lelaki dan kehidupan seks mereka. (Untuk rekod: perbualan tentang wanita² menarik, seks, kahwin dua adalah topik biasa dan favorite apabila lelaki (normal) berkumpul. Jadi, sila jangan pelik atau nak kata kami gatal. Kalau kami duduk bincang isu yang sama dengan subjeknya adalah lelaki - ITU MEMANG LUAR TABIE!)
Dalam pendedahan² berani (tak malu) lelaki², apabila membincangkan tentang isteri tak nak layan suami, ada yang mengambil pelbagai alternatif. Ada yang menonton video p***o dan melampiaskan sendiri, ada yang pujuk sampai dapat, ada yang paksa bini, ada juga yang 'merogol' isteri (istilah perundangan yang aku cukup tidak bersetuju), ada yang cari alternatif dengan simpan perempuan atau girlfriend dan sehingga ada yang melanggan pelacur. Bagi yang punya keberanian & tekad dan nekad, kahwin lagi satu. Ini memang jarang berlaku, tetapi sering jadi bahan perbualan & topik gurauan paling pop**ar dalam kalangan lelaki.
MELETUSNYA KARAKATOA
Dalam banyak² cerita aku dapat itu, satu respons paling pop**ar adalah suami pendam sendiri. Bungkam dalam kemarahan. Seperti gunung berapi aktif, riak² ketidakpuasan hati mula terbit bagaikan asap² tipis di celah² rekahan. Muka mula masam, perselisihan mula tenggelam timbul dengan isu remeh temeh. Semakin menebal asap di puncak, makin terasa goncangan gunung. Emosi suami akan mula bergelora. Marah anak-anak, marah isteri. Kadangkala salah kecil pun dah menengking.
(Nota: Respons terbalik. Sering terjadi, apabila suami makin hilang pertimbangan diri, isteri yang kecik hati dan sentap bertindak lebih bodoh iaitu mengatup diri dan menjauh.)
Dan, ketika itulah semakin membuak² kemarahan lelaki! Apabila sudah tak tertahan lagi, meletusnya karakatoa - suami akan bertindak di luar norma iaitu... mencari pengganti baik pelacur, kekasih gelap atau kahwin lagi.
PENYONDOL
Apabila melewati fasa ini, selalunya sudah terlambat untuk seorang isteri menyesalinya. Ketiga² kaedah penyelesaian cara suami itu, mempunyai impak paling maksimum dalam rumahtangga. Sebahagian dapat bertahan, banyak juga berakhir dengan perceraian.
Ketika menempuh fasa ini, kebanyakan perempuan akan lebih cenderung menyalahkan perempuan lain - biasa dengar istilah PENYONDOL?
Suami mereka juga salah, tetapi 'dosa' paling besar adalah mereka yang hadir dan memenuhi ruang yang selama ini dikosongkan isteri dengan sedar atau tidak itu.
(Tapi macam biasalah, perempuan tak pernah salah ☺️)
Dalam fasa 'laki ada perempuan lain' ni - banyak hal yang boleh dikupas dengan lebih detail. Tapi, aku rasa dah panjang sangat dah kot aku membebel... hehehe... lain kali je lah.
SIMPUL
Dalam perihal wanita menolak suami di ranjang ni, kebanyakan wanita dah maklum pun permasalahannya. Tetapi masih tak ambik berat apa yang sebenarnya berisiko tinggi mengancam status quo perempuan sebagai isteri & pemerintah bersama rumahtangganya. Dan, seperti biasa, bila benda dah jadi semua orang salah kecuali diri sendiri.
Jadinya, renunglah pesan² Rasulullah saw tentang menunaikan hajat suami. Lelaki yang melihat wanita dengan nafsu hendaklah segera p**ang kepada isterinya dan isteri tunaikanlah hajat suami walau di atas belakang unta belakang unta sekalipun Kerana... betapa sangat pentingnya hubungan intim suami isteri itu sehingga malaikat pun akan melaknat sampai pagi kepada wanita² yang menolak ajakan suaminya. Duhai perempuan, jagalah amanat yang terindah buatmu itu, demi dirimu.
ADUHAI FATIN...
Oleh itu, sekiranya orang tanya pendapat aku pasal Fatin Pauzi, aku akan kata - betul la apa dia kata tu. Memang patutnya macam tu la perempuan kena buat.
.. dan, tolong jangan salah petik aku yea... aku hanya maksudkan nasihat Fatin tentang cara isteri patut layan suami - bukannya praktikkan 'fantasi' & kaedah² luar biasa dia yang dikongsikan Fatin dalam grup chat dia yang sekarang tengah hot dishare²kan sekarang ni.
(AMARAN: JANGAN MINTAK LINK. NAK, CARI SENDIRI)
Dulu ada Nazri bercerita tentang kisah suami cari lain ni. Hal rumah tangga seorang kenalan perempuan & kes bini garang.
Baca sini: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=265422900875095&id=242243839859668&mibextid=Nif5oz
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10157206860729510&id=734634509&mibextid=Nif5oz
Fb suruh share balik...
Ini ceritaku...
Lunch sambil² cari kerja kosong... kot²ada orang nak pakai khidmat 'tukang panggang'.
~ Cerita semalam:
Semalam aku jumpa seorang perempuan. Bisneswoman... bolehlah, nak kata berjaya sangat tidak la. Tapi ok la. Ceritanya, aku perhatikan cara dia melayan suami. Suami kerja biasa² je. Tapi, seorang penyayang. Mukapun lembut je, mata redup. (Penafian: bukan lelaki lembut ye)
Apa yang menyentuh hati aku adalah cara dia melayan suami. Walaupun panggilannya manja, tapi bahasa badan dan cara dia berkomunikasi terutama memberi arahan menyerlahkan kesombongan, sepertinya 'ingin' mendominasi. Kurang tahap hormat yang ditunjukan. Aku tak pasti, adakah ini sebahagian daripada kesan indoktrinasi 'woman in power' atau hanya melibatkan secebis perempuan² yang tak sedar terlupakan diri...atau memang jenis tak sedar dan lupa diri. Entahlah, tapi aku nampak la apa yang aku nampak.
Mungkin itu inilah janji² akhir zaman apabila Nabi SAW menyebut dalam mikrajnya baginda melihat...
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Aku melihat ke dalam Syurga maka aku melihat kebanyakan penghuninya adalah fuqara’ (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam Neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penghuninya adalah wanita.” — [Hadis Riwayat Al- Bukhari dan Muslim]
Begitulah, bukan hanya dihimpun dalam satu, hadis ini juga mengulas perbezaan antara fuqara' & wanita². Antara kekayaan dan nafsu wanita. Dan...paling kritis adalah punca banyak wanita dihumban adalah kerana gagal taat pada suami yang boleh jadi berekor daripada kesombongan kerana mempunyai sedikit 'kuasa wang.' Dapat pertaliannya?
Ye betul, aku faham. Tidak adil menjatuhkan hukuman daripada 'sekilas' pandangan. Tapi topik ini kita bicarakan dari sudut pandang luar - apa yg orang nampak diri kau tak nampak (Johary Window: Joseph Luft & Harry Ingham,1955)
Masih boleh dipertikai... tapi lantak korang lah yea.
Sambung.
Aku sangkakan, keangkuhan wanita itu berakhir di situ. Rupanya tidak. Kali ini tampak seolah² dia nak bersaing p**a dengan aku... aduhhhh... macam mana tu?
Ceritanya, berulang² kali dia cuba menaikkan martabat kehebatan suaminya depan aku. Dah sampai ke tahap wujud usaha meremeh dan menidakkan aku... Aduhai... ko dah kenapa perempuan? Berusaha begitu keras sekali mencari point² untuk memuji suami sendiri di depan ramai sehingga suamimu kelihatan malu alah. Nampak sangat tak cerdiknya tu.
Serius aku tak minat nak bertanding siapa lebih gah, lebih pandai, lebih WOW daripada laki kau. Malah, aku respek laki ko sebab dia sgt cool melayan karenah ko yang tah hapa² ni. Kalau aku memang dah lama aku sekolahkan ko all out.
Haissshhhhhh... di keliling aku, aku jumpa banyak perempuan mendominasi lelaki dalam bidang pekerjaan mereka, tapi mereka hormati suami sebagai ketua keluarga. Dan, aku jugak banyak jumpa perempuan yang rasa dirinya best sangat dah sebab bergaji lebih tinggi daripada laki mereka padahal 'kejayaan' mereka itu hanya pada kadar biasa² je. Sebab... rezeki dan kejayaan bukan hanya diukur dgn pendapatan atau pangkat atau bisnes. Rezeki itu maha luas pengertiannya, termasuk kemudahan dan ketenangan dalam hidup. Kalau dah berserabut macam tu, ko rasa?
Errrkkkk...naik kembang mi goreng hailam CAPITOL CAFE depan mata aku. Panjang la plak celoteh aku petang ni... maklum la... penganggur ☺️.
Aku tak harapkan pompuan tu baca cerita aku neh. Aku tak harap pun jumpa dia lagi. Doa aku, moga satu hari esok laki ko sekolahkan ko cukup². Supaya ko sedar bahawa dunia ko tak tinggi mana pun. Merendah diri itu lebih di pandang tinggi apa lagi di depan suami.
Ok lah...pesanan biasa - hobi abam yang paling abam sayam - passion org putih kata - sesiapa nak ada perlindungan khususnya sila kontek abam 0133109410 wasap atau call. Nnt abam bagi naaihat bernas apa perlu dicover - nak kena ada ke nak kena buat dulu... atau dua² penting. Ok?
Wasap abam yea...
Ini ceritaku...
Lunch sambil² cari kerja kosong... kot²ada orang nak pakai khidmat 'tukang panggang'.
~ Cerita semalam:
Semalam aku jumpa seorang perempuan. Bisneswoman... bolehlah, nak kata berjaya sangat tidak la. Tapi ok la. Ceritanya, aku perhatikan cara dia melayan suami. Suami kerja biasa² je. Tapi, seorang penyayang. Mukapun lembut je, mata redup. (Penafian: bukan lelaki lembut ye)
Apa yang menyentuh hati aku adalah cara dia melayan suami. Walaupun panggilannya manja, tapi bahasa badan dan cara dia berkomunikasi terutama memberi arahan menyerlahkan kesombongan, sepertinya 'ingin' mendominasi. Kurang tahap hormat yang ditunjukan. Aku tak pasti, adakah ini sebahagian daripada kesan indoktrinasi 'woman in power' atau hanya melibatkan secebis perempuan² yang tak sedar terlupakan diri...atau memang jenis tak sedar dan lupa diri. Entahlah, tapi aku nampak la apa yang aku nampak.
Mungkin itu inilah janji² akhir zaman apabila Nabi SAW menyebut dalam mikrajnya baginda melihat...
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Aku melihat ke dalam Syurga maka aku melihat kebanyakan penghuninya adalah fuqara’ (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam Neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penghuninya adalah wanita.” — [Hadis Riwayat Al- Bukhari dan Muslim]
Begitulah, bukan hanya dihimpun dalam satu, hadis ini juga mengulas perbezaan antara fuqara' & wanita². Antara kekayaan dan nafsu wanita. Dan...paling kritis adalah punca banyak wanita dihumban adalah kerana gagal taat pada suami yang boleh jadi berekor daripada kesombongan kerana mempunyai sedikit 'kuasa wang.' Dapat pertaliannya?
Ye betul, aku faham. Tidak adil menjatuhkan hukuman daripada 'sekilas' pandangan. Tapi topik ini kita bicarakan dari sudut pandang luar - apa yg orang nampak diri kau tak nampak (Johary Window: Joseph Luft & Harry Ingham,1955)
Masih boleh dipertikai... tapi lantak korang lah yea.
Sambung.
Aku sangkakan, keangkuhan wanita itu berakhir di situ. Rupanya tidak. Kali ini tampak seolah² dia nak bersaing p**a dengan aku... aduhhhh... macam mana tu?
Ceritanya, berulang² kali dia cuba menaikkan martabat kehebatan suaminya depan aku. Dah sampai ke tahap wujud usaha meremeh dan menidakkan aku... Aduhai... ko dah kenapa perempuan? Berusaha begitu keras sekali mencari point² untuk memuji suami sendiri di depan ramai sehingga suamimu kelihatan malu alah. Nampak sangat tak cerdiknya tu.
Serius aku tak minat nak bertanding siapa lebih gah, lebih pandai, lebih WOW daripada laki kau. Malah, aku respek laki ko sebab dia sgt cool melayan karenah ko yang tah hapa² ni. Kalau aku memang dah lama aku sekolahkan ko all out.
Haissshhhhhh... di keliling aku, aku jumpa banyak perempuan mendominasi lelaki dalam bidang pekerjaan mereka, tapi mereka hormati suami sebagai ketua keluarga. Dan, aku jugak banyak jumpa perempuan yang rasa dirinya best sangat dah sebab bergaji lebih tinggi daripada laki mereka padahal 'kejayaan' mereka itu hanya pada kadar biasa² je. Sebab... rezeki dan kejayaan bukan hanya diukur dgn pendapatan atau pangkat atau bisnes. Rezeki itu maha luas pengertiannya, termasuk kemudahan dan ketenangan dalam hidup. Kalau dah berserabut macam tu, ko rasa?
Errrkkkk...naik kembang mi goreng hailam CAPITOL CAFE depan mata aku. Panjang la plak celoteh aku petang ni... maklum la... penganggur ☺️.
Aku tak harapkan pompuan tu baca cerita aku neh. Aku tak harap pun jumpa dia lagi. Doa aku, moga satu hari esok laki ko sekolahkan ko cukup². Supaya ko sedar bahawa dunia ko tak tinggi mana pun. Merendah diri itu lebih di pandang tinggi apa lagi di depan suami.
Ok lah...pesanan biasa - hobi abam yang paling abam sayam - passion org putih kata - sesiapa nak ada perlindungan khususnya sila kontek abam 0133109410 wasap atau call. Nnt abam bagi naaihat bernas apa perlu dicover - nak kena ada ke nak kena buat dulu... atau dua² penting. Ok?
Wasap abam yea...
Aku baca status seorang kenalan...tentang kereta baru, tuan tak tanggalkan plastik.
Ini komen aku...
Dulu saya pun gelakkan orang. Satu hari saya jumpa seorang pembeli kereta baru. Dia hanya beli sebuah proton. Dia tak tanggalkan plastik seperti yg kita bincangkan sekarang.
Saya tanya;
"Bang, kenapa tak tanggal plastik pd seat lagi bang?"
Ketika bertanya, saya cuba tahan senyuman sinis saya supaya saya tak menghina dia depan². Padahal dalam hati saya tergelak sakan.
Dia jawab,
"Kalau saya tanggal nanti anak² kecik lagi, nnt.anak² naik makan minum dan cepat kotor. Seat (jenis fabrik) susah nak cuci."
Tanpa ditanya dia sambung...
"Nak beli kereta ni sangat susah. Saya kerja biasa² je. Berapa sangat gaji saya. Nak beli kereta baru ni saya simpan duit bertahun² baru dapat kumpul.
"Nak beli lagi kereta baru rasanya dah tak mampu. Nak kena jaga elok²."
Saya terdiam. Masa dia cakap tu saya rasa macam muka saya kena tampar dengan tapak kasut di depan Sogo pada petang hari minggu. Malu pada diri sendiri, malu pada dia yang tak tahu pun saya gelakkan dia dalam hati.
Sejak kejadian kira² 10 tahun lalu tu, saya tak lagi pandang sinis pada org tak tanggal plastik pada seat bila bawak kereta baru. Baik pemiliknya Melayu, Cina atau India. Macam2 kereta saya pernah tengok, termasuk kereta kategori sederhana mewah. Dalam hati saya selalu berkata... bukan mudah nak beli kereta semahal itu. Tentunya dia sangat menghargai kereta tu sebagaimana bernilainya setiap sen yang dia belanjakan.
Biarlah...kereta dia. Siapa kita...
saya kerana berbeza pandangan.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Videos (show all)
Contact the business
Telephone
Website
Address
Cyberjaya
63000
Multimedia University
Cyberjaya
What is government grants? How much grants money is available in Malaysia? Can you get government grants for your business?
Jalan Putra Perdana 2/3, Taman Putra Perdana, Puchong
Cyberjaya, 47130
Cyberjaya, 63000
Financial planning services across life insurance companies, takaful operators and general insurance. We are committed to put our clients’ interest first, seek the best and suitab...
Cyberjaya, 63000
Banyak ilmu untuk Hibah, Perlindungan Diri, Medical Card dan Investment untuk diri anda, jom FOLLOW page saya sekarang!
Cyberjaya, 63000
AIA Life Planner � FREE QUOTATION FOR MEDICAL CARD + HIBAH + INVESTMENT/SAVING �
D3-05-09, Tamarind Square, Persiaran Multimedia, Cyber 11,, Cyberjaya
Cyberjaya, 63000
We provide services House loan Debt cancellation Refinance Valuation Check ccris
Wisma Suria, Jalan Teknokrat 6
Cyberjaya, 63000
BKG ACADEMY menyediakan kepada anda Platform untuk mengembangkan Aset Digital anda, membantu usahawa
B-2-2A, Level 2, Block B, Jalan GC 3, Glomac
Cyberjaya, 63000
We are team of professional Health and Wealth advisors Enriching People's Life.