Inspire Kitchen

It's all about cooking and baking �

05/10/2022

KUIH APAM GULA MERAH

Bahan A:
200 gram gula merah
150 gram gula pasir
600 ml air
3 helai daun pandan ikat simpul

Bahan diatas dimasak hingga gula larut smp mendidih toskan, biarkn sejuk

Bahan B:
450 gram tepung gandum
150 gram tepung beras
8 gram yis mauripan
Secubit garam

Cara:
1. Dalam bekas campur bahan B kecuali garam, gaul rata lalu masukkan air gula merah (bahan A) sedikit demi sedikit sambil di gaul rata, lalu masukkan garam, adun hingga betul2 sebati, lalu perapkan -+ 50 mnt

2. Setelah adunan mengembang, tuang ke loyang brownies 20x20 yg terlebih dahulu disapu minyak
3. kukus adunan 30 mnt atau sehingga masak, sajikan dgn kelapa parut

Kelapa parut:
1/2 bj kelapa parut tambahkan garam sedikit, gaul rata dn kukus 15 mnt, masukin daun pandan biar wangi

kredit: yulichia88

16/09/2022

Resepi roti mudah...untk mkn sndiri...sy utk niaga gandakn bhn2
Bahan:
1 paket yis kering
1 sb gula
1 mug air suam
(Cmpurkn semua dn tunggu sehingga yis berbuih)
4 mug tepung gndum
4 sb gula
2 sb majerin
2 sb susu pekat manis
2 sk baking powder
1 sk garam
1 biji telur
(Juga cmpurkn semua bhn)
Bila bhn2 tepung sudah digaul rata... masukkn yis yg sudah berbuih... dn uli sehingga menjadi doh lembut... jika terlalu lembik... blh tmbhkn tepung sedikit2... p/s: doh mesti lembut ye... baru dpt hasil yg lembut
Bila doh dh tk melekat di tgn... blhlah diperap... saya uli lebih kurang 20,30 minit... pakai tgn je... 😄😊 jika ada mesin lg senang..
Perap selama 1 jam sehingga doh naik 2x gnda... bila dn naik... buangkn angin dlm doh tu... tumbuk2 dohnye ye... 😄 setelah tu... blhlah bentukkn doh ikut roti yg kita nk buat... siap bentuk... kene perapkn sekali lg... sehingga doh naik semula dn barulah blh dibakar... seblm dibakar, sapu doh dgn kuning telur...jika oven saya... 180'c , 30 minit, api atas bwh... jika nk nmpk lebih brown... blh tmbh minitnye...setelah kluar dr oven, terus sapukn roti dgn majerin utk nmpk berkilat dn kekal lembut selmt mencuba... 😊😉

03/09/2022

Pisang goreng rangup 😍😋

(Terima kasih pd yg sudi berkongsi resepi : cuma panjangkan aje - semoga Pahala mengalir seperti air sg. Amin)

💦1 cawan tepung gandum
💦1 cawan tepung beras
💦1 cawan tepung jangung
💦1 biji telor
💦1 sudu kecil garam halus
💦1 sudu kecil yis
💦 Sedikit pewarna kuning
💦2 cawan air
💦 Biar 5 atau 10minit baru celop Dan goreng

Selamat Mencuba....

Kredit Resepi : siti asiah ismail

27/08/2022

Resipi Roti Arab aka Roti Puri

2 cwn tepung gandum
3 sdb minyak masak/marjerin yg dicairkan
1 sdb yis
1 sdt gula
1/2 sdt garam
1 cawan air panas

- Masuk semua bahan kecuali air panas. Gaul sampai jadi mcm serbuk roti
- Masukkan air panas, uli smpi tak lekat ditangan & doh gebu
- Bulat-bulatkan doh sebesar bola pingpong & rehatkan doh dlm 30min
- Leperkan doh. Goreng dlm minyak yang banyak & cukup panas. Api sederhana. Masa goreng curah minyak tanpa henti atas roti supaya roti kembung

Selamat mencuba 😊😊
Photos from Shahida Fariza

27/08/2022

RESEPI SARDIN ROLL FROZEN

Hasil : lebih kurang 48 biji

Pastry
4 cawan tepung
1sdm tpg beras
2sdm tpg jagung
2 sdk gula
1sdk garam
*campur semua

1/4 cawan myk
2 sdm penuh majerin
*panaskan sehingga panas sedikit

Air (tambah sehingga terbentuk doh)
-tuang myk panas ke dalam tepung. Gaul sampai jd serbuk.
-tambah air sedikit demi sedikit. Uli sehingga terbentuk doh. Uli dalam 5 minit..bulatkan doh.
-Permukaan doh mungkin tak licin tak mengapa. Rehatkan doh 15 minit sblm guna(wajib tok guru kata 🙂 ).
-Tutup doh dgn kain lembap. Kemudian bila nak guna doh akan jd lembut..masa ni uli dlm seminit dua. Permukaan doh akan flawless;-).

-Buat doh kecik bulat saiz yang diigini.
-Buat bentu bulat bujur seperti buah "pear"
-canaikan seperti bentuk dlm gambar.
-utk bhgn hujung yg tirus tu nipiskan sedikit. Insyaallah bila gulung nnt tak perlu letak air. Ia akan melekat.
*(optional tip)boleh tambah 1sdm shortening utk efek ranggup. Tambah dlm aduanan atau masa menggoreng 😉

Inti
1 tin besar sardin
1/2 labu bwg besar-dadu
2 biji bwg putih-cincang
Cili padi/besar-optional
2sdm cili giling-optional
-gula garam
-perahan limau nipis

-tumis bwg putih, bwg besar, cili padi/besar dgn 1 sdm minyak sampai layu. (Tips: minyak kena sket je...nnt berminyak ssh nak handle)
-tambah cili giling. Tumis sampai cili giling separa garing
-masukkan sardin. Pecah2kan.
-tambah garam gula dan akhir sekali perah limau.
-Masak sampai kering.

::::::》》》utk frozenkan bakar sekejap dlm oven yg dipanaskan terlebih dahulu. Suhu 180°C/10minit. Nak goreng sekejap pun boleh tp lbh pantas bakar dlm oven

Kredit Resepi :Ellyna Abdul Aziz‎

25/08/2022

PANKEK SUPER GEBU

130gm tepung gandum
1/4 sudu teh serbuk vanilla/vanilla cream
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh baking soda
1/4 sudu teh garam halus
1 1/2 sudu makan gula pasir
1 biji telur gred A - dipukul
130-150ml buttermilk (boleh gantikan dengan susu cair yang dicampur dengan 2 sudu makan jus limau nipis dan dibiarkan selama 10 minit)
2 sudu makan mentega - dicairkan
Sedikit marjerin - untuk oles pada kuali

1. Satukan semua bahan-bahan kering seperti tepung gandum, serbuk vanilla, baking powder, baking soda, garam dan gula pasir. Gaul rata.

2. Kemudian masukkan telur, buttermilk dan juga mentega cair. Adun hingga sebati. Jangan terlebih kacau bagi elak pankek menjadi bantat.

3. Panaskan kuali tahan lekat menggunakan api sederhana. Oles sedikit marjerin pada kuali dan tuang adunan dengan secukupnya.

4. Bila pankek mula berlubang-lubang, terbalikkan adunan dan masak pankek hingga berubah warna menjadi coklat keperangan.

5. Angkat dan nikmati bersama topping kegemaran. Pankek ini juga enak dimakan begitu sahaja.

*jika tiada serbuk vanilla@vanilka cream, boleh juga guna 1/2 teh esen vanilla.

Kredit resepi : Yus_Rania

18/08/2022

PETUA SAMBAL BELACAN

Tips 1
Bakar belacan sekejap supaya smbal kita lebih beraroma

Tips2
Guna asam jawa yg dibancuh dgn air suam.petua supaya sambal belacan tahan lama

Tips 3
Limau kasturi yg dikisar brsama Kulit(buang biji) sambal lebih wangi dan sedap

Petua 4
Tinggalkan bbrpa biji cili api yg masih bertangkai..petua supaya tidak sakit perut makan sambal

Cara buat ikut urutan:

( kisar kasar bahan2 )
1. 6 biji limau kasturi (buang biji)
2. 50g belacan yg telah dibakar
3. 3 biji cili merah+1biji cili hijau
4. 8 biji cili padi hijau
5. 25 biji cili padi merah
6. 100ml air asam jawa pekat
7. Masukkan sedikit gula dan garam
Nak buat banyak utk buat stok pandai2 la tambah bahan2 tu😘

29/07/2022

RENDANG AYAM HIJAU

Bahan-Bahan
1 ekor ayam, dipotong 12 bahagian
250 ml santan
2 sudu besar kerisik
Garam dan gula secukup rasa
2 keping asam gelugor
2 helai daun kunyit- buang urat dan hiris halus-Yatie tambah
1/2 cwn minyak utk menumis
sedikit air jika perlu
Bahan Kisar
4 batang serai-hiris halus
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
1 inci lengkuas
30 biji cili padi hijau
4 tangkai cili hijau-Yatie tambah
10 biji bawang merah
1 labu bawang besar-Yatie tambah
5 ulas bawang putih
Cara Memasaknya
Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan2 kisar hingga garing.
Kemudian masukkan ayam dan kacau hingga rata.Selepas itu masukkan santan, kerisik,asam gelugor,gula dan garam secukup rasa.
Kacau lagi di atas api yang perlahan dan masaklah hingga pekat. Masukkan daun kunyit.
Bila cukup kering, bolehlah diangkat.
Sedia untuk dihidangkan.

29/07/2022

RESEPI SARDIN ROLL

Bahan-bahan :
300 gram tepung gandum
120 gram marjerin/mentega
1/2 sudu teh garam
3 sudu besar air ais ( air dari peti sejuk )

Inti sardin :
1 tin sardin sederhana
1/2 biji cili merah di cincang
1/2 biji bawang besar di cincang
1 sudu kecil jus limau nipis
1/2 sudu teh garam/secukup rasa
Sedikit lada sulah
1 biji kuning telur untuk glis

Cara-cara untuk Inti sardin :
1.Lecek sardin ( keluarkan dulu sosnya ) gaul bersama bahan-bahan lain hingga rata
2.Jika inti agak kering tambahkan sosnya

Untuk dos pastry :
1.Gaul dan ramas marjerin ke dalam tepung sehingga menjadi serbuk roti,Masukkan sedikit garam dan air ais hingga menjadi doh
2.Canai pastry hingga 3 mm tebal dan potong persegi 4×4 in.Isikan setiap pastry dengan inti sardin.Sapu tepi pastry dengan putih telur dan gulung kemas.
3.Letakkan atas dulang pembakar dan glis dengan kuning telur
4.Buat 2 atau 3 cucukan di atas permukaan pastry dengan garpu
5.Bakar di dalam oven yang telah di panaskan terlebih dahulu pada suhu 180°C di tingkat atas selama 10 minit
6.Kemudian keluarkan dari oven dan sapu lagi dengan kuning telur ( supaya warna kuningnya lebih terang )
7.Kurangkan suhu kepada 130°C dan bakar lagi selama 15 minit atau hingga masak

*Doh pastry agak keras tetapi jangan di tambah air,doh akan rangup selepas di bakar*

*s**atan air ais saya s**at lebih dari 3 sudu,saya tuang sedikit demi sedikit,sambil di uli sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di tangan*

*untuk inti sardin saya ikut cara saya sendiri*

Credit : Azie Kitchen

24/07/2022

RESEPI DAGING BLACK PEPPER

Bahan -bahan:
Daging
Bwg putih 4ulas (tumbuk)
Bwg holland 2 biji
Serbuk kunyit 1 sudu kecik
Sos black pepper
Lada hitam 2sudu (tumbuk)

Capsicum hijau 1biji
Tomato 2biji
Carrot (optional,xnak letak pun xpe)
Daun bawang (optional, xnak letak pun xpe)

Garam, gula, aji
Minyak masak

Cara Masak:
Rebus daging smpai empuk. Bila air dh kering masukkan minyak masak, serbuk kunyit , kacau pastu masukkn bwg putih.

masukkn sos blackpepper & lada hitam yg ditumbuk td.
masukkn garam, gula,aji.
Msukkn carrot,lada capsicum.agak2 sayur dah lembut pastu masukkan p**ak tomato, bwg Holland & daun bwg.
Ok dah siap!

Kredit: fatimah ibrahim

Timeline photos 23/07/2022

Resepi Mini Cheesecake 😋😋😋

Bahan
Base:
3 cup biskut marie - kisar halus
1/2 cup butter - cairkan
Tuang butter dalam adunan biskut marie. Gaul sebati. Sudukan dalam paper cup, tekan2 bagi padat, simpan dalam peti ais sekejap.

Kek keju:
250gm cream cheese
2 bj telur
1/2 cup gula (saya pakai 3sb saja)
1/2 sb jus lemon
1 1/2 sb tepung gandum

Putar cream cheese + gula. Masukkan telur, putar. Masukkan jus lemon, tepung. Gaul sebati. Sudukan atas adunan biskut marie tadi. Bakar 160/16 minit. Hias dengan topping pilihan.

Sumber : wan suryana

22/07/2022

Resepi sambal belacan kedai Siam

Bawang besar
Bawang putih
Belacan
Cili merah
Cili padi merah dan hijau
Tomato
Nenas
Garam
Gula
Jus limau nipis
Blender semua sekali
Blender sekejap sekejap

Kredit Nurul Aini

15/07/2022

Rahsia Karipap Rangup Hingga Ke Petang

1.Sukatan marjerin
Untuk 1 kilo tepung guna 1 cwn minyak dn juga 2 sudu majerin. Bila minyak dan majerin kita td dah panas.curah kn kt atas tepung tu.awass yer.panas yang amat ni.gaul pakai sudu dulu.

2. Jenis Tepung
Pakai tepung cap sauh sahaja

3. Sukatan air
Air 350ml untuk setiap 1 kilo tepung

4. Guna air kapur
Ni la rahsia che kelly buat karipap rangup sampai petang.air rendaman kapur makan yg jernih macam ni.setiap 1 kilo tepung masukk an 2 sudu mkn air kapur

Tepung td kita gaul kn . Lepas tu ltk air dan air kapur td.uli sampai jadi mcm ni jangan risau kalau x licin janji dah sebati.

Dah siap uli tu masuk kan dalam plastik macam ni.x nak bagi kena angin.4 jam kemudian boleh la d gunakn untuk buat karipap.tujuan kita buat macam ni nak suruh doh kita tu jadi lembut dan macam berminyak sikit.ini cara che kelly buat kulit karipap.lain orang lain caranya

Goreng panas2 Kalau nk buat frozen cukup goreng separuh masak.

Credit : Ija Kurnia

15/07/2022

Donut rangup diluar lembut didalam.

Bahan:
1 peket yis mauripan
3 cawan tepung gandum
1 cawan air suam (ikut kesesuian doh)
3sb gula ( nak manis boleh tmbah gula ikut hampa s**a manis tahap mana,ain s**a kurang manis sat lagi gaul dgn gula juga)
3sb susu pekat
2sb marjerin
1biji telur
Gula halus atau gula aising ( untuk gaul donut nanti)

Cairkan marjerin,bila dah sejuk tambah telur pukul sikit dan ketepikan dulu.

Gula dan susu pekat disatukan didalam air suam,kacau hingga larut,masukkan yis,kacau lagi,biarkan dalam 10minit.

Selepas 10minit yis akan naik berbuih2,masukkan marjerin yang dah bercampur dengan telur,kacau.

Selepas tu boleh masuk kan bahan2 semua ke tepung gandum,uli sampai jadi doh. Dah jadi doh,rehatkan doh tu dalam 30minit.

Dah rehatkan doh,uli tumbuk2 bagi buang angin, selepas tu boleh buat lar bentuk bulat macam bola,susun kat talam jarang2(tabur tepung sikit)

Dah siapkan bentukkan bulat2,biarkan dalam 10-15minit macam tu,bagi kembang elok baru lar goreng.

Goreng dalam api yang serdahana
Dah siap goreng gaulkan dengan gula halus or gula aising. Sedia untuk dihidang.

Kredit : Nur Aien

https://bit.ly/3Qb6OZQ

Resepi mudah dan sedap di t.me/MasakKeHariNi

26/05/2022

Dah 5kali buat sambal ni..ketagih dah 😋

Resepi👇👇

Bahan A
Cili padi
Cili bsr
Tomato
Bwg bsr
Belacan
Bwg merah

Goreng bahan A dengan minyak yang banyak sampai layu.kemudian blend .bg perisa gula n garam.bila dah siap blend..tumis sekajp hingga naik myk..kalau nak lg sedap.sebelum makan leh perah limau skit.

Sumber : Sara Homemade

24/05/2022

LAKSAM (s**atan utk 4 org mkn)

3 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
6 cawan air (3 air panas + 3 air biasa)
2 sudu besar minyak
1. Satukan semua bahan di atas kacau sampai tak berketul.
2. Kukus dengan pinggan ikea, saya letak 2 senduk adunan.
3. Kukus sampai gelembung (3 minit). Bila angkat dah suam2 baru gulung.
**guna pinggan plastik dan sapu sikit minyak supaya cantik serta tidak melekat.
Bahan kuah :
1 biji kelapa - ambil santan
*7 ekor ikan sardin rebus
*2 ulas bawang merah
1 inci lengkuas (ketuk)
Gula
Garam
1 keping asam keping
1 sudu teh lada hitam
1. Blend bahan yg bertanda *. Masukkan dlm periuk bersama santan.
2. Masukkan bahan2 lain yg di atas, kacau sampai mendidih..jgn tinggal nanti berketul.
3. Kemudian perasakan dgn gula dan garam.
Bahan hiasan (hiris) :
Kacang panjang
Timun
Kobis
Taugeh
Bunga kantan
Sambal cili

Kredit resepi & foto : Nor aida

31/03/2022

RESEPI DAGING KETUMBAR

Bahan2:
1kg daging batang pinang
5 sb biji ketumbar
Kicap manis
Garam
Gula
Secukup rasa
Bawang Holland (potong halfmoon)
Cili padi (terp**ang)
Minyak untuk menumis

CARA2
1. Gaul daging dengan biji ketumbar, garam, gula, secukup rasa & kicap manis. Biarkan seketika.
2. Panaskan minyak ke dalam kuali. Minyak biar lebih sikit. Kemudian tumis daging sehingga daging empuk. Tips untuk daging betul2 lembut, masak daging tu guna api sederhana kuat. Biar lama sikit.
3. Bila daging dah masak, masukkan bawang holland. Kacau & biarkan bawang tu caramelised.
4. Akhir sekali masukkan cili padi. Kacau seketika & tutup api. Siapp!
Credit : Ig

28/03/2022

RESEPI KERUTUK DAGING
--------------------------------------------
Daging (potong ikut s**a)
1bj bawang bsaq*
3ulas bawang putih*
5btg serai*
1inci halia*
6tgkai cili kering*
1inci lengkuas (ikut s**a)* saya skip
Sdikit jintan manis (ikut s**a)*
Kerisik (ikut s**a)
1bungkus rempah kerutuk
1/2kotak santan
Gula (gula nisan, melaka, perang o gula biasa)
Serbuk perasa
Garam
Rempah 4 sekawan

Cara
1. Potong kasar bhn btanda * dan blend hgga halus bsma sdikit air dan myk..
2. Tumiskan rempah 4 sekawan... bhn blend hgga garing dan masukkan serbuk rempah tumis hgga pecah myk bru msukkan daging bsma santan dan kerisik..masak hgga dgg empuk
3. Dah empuk bru msukkan gula dan serbuk perasa...kuah ikut s**a nk tahap kpekatan tu camna..klu s**a bkuah bleh tambah ayaq..klu nk kering terus masak smpai kering...

Selamat Mencuba😉

**resepi Dr group ni jugak x ingat sapa owner dia

Kredit Resepi : jamaliah samsudin

28/03/2022

Resipi Spaghetti Aglio Olio

Bahan-bahan🍤🌶
▪️1 paket spaggeti
▪️10-15 ekor udang
▪️5-6 ekor sotong
▪️2 batang sosej
▪️bawang putih 4 ulas
▪️1 sb chili flakes
▪️1 sb lada hitam
▪️3 sb srbuk oregano
▪️5 biji cili kering
▪️1 kiub ayam
▪️2 keping cheese
▪️Tomato
▪️Lada benggala
1) Mula-mula, rebuskan spaghetti bersama 1 sudu minyak masak. Rebus selama 7-8 minit dan tapiskan. Simpan sikit tau air rebusan tu untuk digunakan kemudian.
2) Dalam kuali yang yg lain, masukkan olive oil (saya guna minyak masak biasa) dan tumis bawang putih yang telah dihiris. Agak dah naik bau tu, baru saya letak cili kering yg telah dipotong. Saya letak lambat sikit takut hangit.
3) Kemudian,masukkan udang, sotong dan sosej. Masak selama 1 minit. Lepastu masukkan p**a sedikit air rebusan spaghetti tadi.
4) Seterusnya, masukkan 1 sudu serbuk cili flakes, 1 sudu serbuk lada hitam, 2 sudu serbuk oregano, 2 keping cheese dan 1 kiub ayam. Masak seketika.
5) Lepastu bolehlah masukkan spaggeti, tomato ceri dan lada benggala. Gaul sehingga rata. Okay dah siappp!! Pinggan mana pinggan 🤤😂

Kredit: Nafsiah Rahim

27/03/2022

Nasi Minyak Simple

3 pot beras Basmathi Moghul Faiza
(Rendam dlm 15min - jangan kacau langsung yea nanti beras patah 😅)
2 labu Bawang Besar*
6 bj Bawang Kecil*
3 inchi Halia*
(*dihiris)

2 btg Kulit Kayu Manis}
3 Bunga Lawang }
6 Bunga cengkih } 4 sekawan
6 Buah Pelaga }

5 sudu Minyak Sapi
3/4 tin Susu Cair
3 cawan air
3/4 sudu Garam
2 btg serai (diketuk)
2 helai daun pandan
Sedikit perwarna kuning

Hiasan - Kismis, gajus, bwg Goreng dan daun ketumbar

Cara-Cara memasak :

Dah panas Minyak Sapi, mskkan 4 sekawan, kacau sekejap baru Masak Bahan hirisan* dan serai..
garingkan sekejap baru masukkan susu cair, daun pandan, garam sedikit perwarna kuning..
kemudian masukkan Air 3 cawan ikot pot beras..
Akhir sekali tos beras terus Msk ke periuk Nasi ..

Sukatan Air mesti guna pot beras yg sama..
Nisbah 1 cawan beras : 1 cawan Bahan yg di Masak tadi..lastly tmbh 1/2 cawan extra..

Tips :
• Nisbah 3 cawan beras : 3 1/2 cawan Air
• Toskan beras dan pindahkan ke periuk Nasi
• Jangan kacau langsung masa tgh Masak..
• Tgu dh Masak baru Boleh kaup..masa ni lah beras akan cantik panjang, lembut dan tak patah..
• Boleh tambah air panas 1/2 cawan lagi klau nk bg nasi tu lembut lagi

Selamat Mencuba
Kredit: Norzy Yusuff

25/03/2022

Resepi Kuih Tepung Bungkus

Untuk inti kelapa buat sekali banyak simpan dalam freeze (senang nak buat badak berendam ka, ketayap ka..just panaskan blk ja)
- 1 biji kelapa
- gula melaka
- gula pasir
- ayaq 1 cawan
- daun pandan
- garam sikit
Masak semua pastu boh sikit tepung gandum nak bg dia melekat helok
Bahan agak2 ja ikut kemanisan yg kita nak.
Masak sampai kering

Dah sejuk buat bulat2..ada style yg balut dengan bancuhan tepung pulut untuk inti..tapi style mak ni...inti dah boleh buat bulat2 dan insyaallah x pecah..so just gaulkan dengan tepung pulut sahaja. Ketepikan

Kuah putih
- santan kelapa 1 kotak kecil (bancuh dengan air jadikan 4 cawan)
- daun pandan
- garam secukup rasa
- 6 sudu tepung beras
Masak agak2 likat macam dalam gambaq.

Da siap boleh start balut..masukkkan sedikit inti yg dah dibulat2kan ke dalam bancuhan tepung yg dah masak tu...cedok satu2 ke atas daun pisang macam dalam video.

Balut dan kukus dalam 20 minit..siap😋😋
Kredit : Nurulaini ismail
Kredit sumber:

23/03/2022

Boleh la cuba buat utk makan raya nanti

SEMPERIT KLASIK

Resipinya
250g butter
1 biji kuning telur.
1/2 cawan gula aising(sy guna gula pasir yg dikisar halus)
Sedikit pewarna kuning telur
(Gaul semua bahan di atas guna senduk hingga sebati)

Kemudian masukkan..
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung kastard
1 cawan tepung jagung
(Uli hingga adunan tidak melekat ditangan..Jika terlembik tambah sikit jer tepung gandum)
Rehatkan doh 15 minit..

Terap adunan guna acuan..Bakar selama 20 25mnt sampai masak.. .suhu 170'-180' (ikut suhu oven masing2)api atas dan bawah

P/S..s**atan gram dan teknik yg betul dalam penghasilan biskut memainkan peranan untuk dapatkan biskut yang kukuh dan cantik...ramai yang gagal kerana kesilapan teknik.
Nampak senang sebenarnya rumit..
InshaAllah nanti sy siapkan modul yang lebih detail untuk tart nanas dan semperit.

Credit : Mariana Zainal

22/03/2022

RESEPI TAUHU BERLAUK AYAM

Bahan-bahan :
Tauhu petak 3
Tauhu lembut 3
Carrot 🥕 1 (sagat)
Daun sup (cincang halus)
Lada putih
Kiub ayam
Garam
Telur 4 biji

Cara-cara :
1. Masukkan semua tauhu bersama telur di Dalam blender. Kisar halus.
2. Letakkan bahan yg sudah di kisar ke dalam bekas dan gaul bersama carrot ,daun sup ,kiub ayam dan garam.
3. Kukus semua campuran tersebut selama 15 minit atau sehingga masak.
4. Setelah masak, sejukkan Dan potong petak2.
5. Letakkan minyak di dalam kuali, goreng tahu berlauk dengan sedikit telur supaya ia tidak melekat.

Sedap di makan begitu sahaja atau bersama sos kicap/merah.

Credit : wanaaidil02

22/03/2022

Roti gulung ayam ❤️

roti Gardenia
chesdale
serbuk roti
Planta

untuk inti
isi ayam dicincang
telur
b.besar dipotong dadu
lada Benggala dipotong dadu
lobak merah dipotong dadu
cikza tambahkan cili api nk bgi pedas yg x s**a pedas x perlu tambahkan yer sedikit lada sulah dan garam.

panas kn sedikit Planta, masukkan ayam yg dicincang agak2 ayam dh masak masukkan bahan yg dipotong dadu dh sebati semua masukkan sedikit lada sulah dan garam.

ambil roti gelek kn bgi nipis, sapukan sedikit Planta letakkan cheddar cheese kemudian letakkan inti gulung bgi kemas.
celup kn roti tdi kedlm telur dan golek dgn serbuk roti.. goreng dgn api perlahan.

Kredit : noriza awang hamat

Want your restaurant to be the top-listed Restaurant in Putrajaya?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Website

Address


Cyberjaya

Opening Hours

Monday 09:00 - 15:00
Friday 09:00 - 15:00

Other Cyberjaya restaurants (show all)
Friedchillies Friedchillies
F2. 5, RekaScape, Pesiaran APEC, Cyber 8
Cyberjaya, 63000

Fun Events for Food Lovers + Honest Food Reviews = FriedChillies

Teppanyaki Malaysia Teppanyaki Malaysia
Persiaran Multimedia Cyberjaya
Cyberjaya, 63000

Shaz Reena Kitchen Shaz Reena Kitchen
Cyberjaya

Donut Gebu | Burger 🇲🇾 Premium Quality,Halal,Homemade Cyberjaya/Putrajaya/Dengkil Wsp : 0136508028

Restoran Nasi Kukus Mek Cha Cyberjaya Restoran Nasi Kukus Mek Cha Cyberjaya
21-G, Jalan PP 1, Park Place 1, Cybersouth
Cyberjaya, 43800

Nasi Kukus kelate lauk gulai

It's Thai It's Thai
65, Lingkaran Cyber Point Timur
Cyberjaya, 63000

Thai cuisine combines vegetable, fish, and other meat cooked with many kinds of spices such as garlic, chili, lemongrass, coconut milk, tamarind, ginger, coriander, basil, and pean...

The Kanji The Kanji
Persiaran Multimedia
Cyberjaya, 63000

Texas Chicken Malaysia Texas Chicken Malaysia
No 2-B Block, Ground Floor Right Wing Cafe 2, 3545, Jalan Teknokrat 6
Cyberjaya, 63000

Arab Mart Arab Mart
Neo Cyber
Cyberjaya

Arab Mart @ Cyberjaya - Arab Food Products under one roof! Wholesale, retail and Supply. For enquiries, call or sms us at 019-6849248 or [email protected]. Enjoy the non-alc...

Nasi Kukus Putih Kuning Nasi Kukus Putih Kuning
NO6-G (Block B) Jalan GC 1 Glomac Cyberjaya
Cyberjaya, 63000

Pilihan Nasi kukus putih & berempah kuning. Aneka lauk masakan melayu utara selatan timur barat

Daun Kesom Cyberjaya Daun Kesom Cyberjaya
Cyberjaya, 63000

Kelazatan masakan kampung di hutan batu Cyberjaya Isnin - Sabtu 7am - 11pm

KingWaffle KingWaffle
A-G-08 Jalan VITA 1, Plaza CRYSTAVILLE LINGKARAN CYBERPOINT TIMUR, CYBER12, CYBERJAYA
Cyberjaya, 63000

OPEN FROM 6PM-3AM