Pusat Khidmat ADUN Kebun Bunga
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pusat Khidmat ADUN Kebun Bunga, Political organisation, Near F4, Taman Padang Tembak, Taman Ayer Itam, George Town.
Sempena dengan Sambutan Deepavali , saya telah berkunjung ke rumah beberapa keluarga Kaum India yang kurang bernasib baik di Ladang Hong Seng bersama pasukan khidmat saya dan Pegawai Parlimen Bukit Bendera.
Kunjungan sempena perayaan memang menjadi amalan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.
Pertandingan Keusahawanan Belia Pulau Pinang telah masuk edisi ke 5. Tahniah kepada semua pemenang dengan harapan mereka bakal mengilap nama negeri tercinta ini di persada yang lebih tinggi.
Upacara penyampaian hadiah dan wang tunai telah diadakan di KOMTAR dengan kehadiran YAB Ketua Menteri, YB EXCO dan ADUN.
Program Sumbangan Deepavali 2024
Parlimen Bukit Bendera dan ADUN Kebun Bunga
🚨🚨*PERHATIAN! PERHATIAN! PERHATIAN!*🚨🚨
JALAN SEDIA ADA DI JALAN LEMBAH PERMAI (VALE OF TEMP) DARI ARAH JALAN MOUNT ERSKINE DAN ARAH JALAN LEMBAH PERMAI AKAN MENGALAMI PENUTUPAN JALAN SEMENTARA MULAI *22 OKTOBER JAM 9.00 PAGI HINGGA 23 OKTOBER JAM 5.00 PETANG* UNTUK MEMBERI LALUAN KEPADA LATIHAN AMAL BENCARA DAERAH TIMUR LAUT.
PENGGUNA JALAN RAYA DIMINTA
📌HATI-HATI MEMANDU DAN RANCANG PERJALANAN ANDA
👷 PATUHI ARAHAN PIHAK BERWAJIB
PESANAN INI DIBAWA KHAS OLEH JAWATANKUASA PENGURUSAN BENCARA DAERAH TIMUR LAUT
15/10/2024
Program Menganyam Rotan bersama Wanita Padang Tembak. Terima kasih kepada Jabatan Penerangan yang turut serta, diwakili oleh Encik Hanafi, dalam program ini.
Program ini merupakan permulaan bagi wanita warga emas untuk mengisi masa lapang mereka dengan aktiviti berfaedah. Banyak lagi program menarik yang akan datang khusus untuk wanita Kebun Bunga. Nantikan!
Jangan lupa untuk mengikuti page ini bagi mendapatkan maklumat terkini.
Menyumbangkan 3 buah tong sampah yang baharu kepada Balai Polis Kampung Baru.
Sumbangan ini bertujuan untuk menggantikan tong sampah yang telah rosak bagi memastikan keselesaan, kemudahan dan kebajikan anggota ketika bertugas.
Turut hadir bersama YB Lee Boon Heng Adun Kebun Bunga, pegawai-pegawai Pejabat KADUN Kebun Bunga.
Cleaner Greener Safer Healthier Penang 🙌🏻
Kebun Bunga Serve You Better 🙌🏻
Lee Boon Heng
Pusat Khidmat ADUN Kebun Bunga
10/10/2024
Kempen Program Komunikasi, Pendidikan, Kesedaran Awam ( CEPA ) dibawah Program Ramalan dan Amaran Banjir Negara ( PRAB ) telah julung kali diadakan di Taman Lumba Kuda DUN Kebun Bunga.
Kempen ini adalah non-structural program selain structural program ( Projek Tebatan Banjir ) oleh JPS.
Turut serta ialah Datuk IR.TS. Mohd Nazri, Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran ( JPS ) Pulau Pinang.
Datuk Pengarah juga maklumkan bahawa pada 16 - 21 Oktober ini Pulau Pinang akan berhadapan dengan air laut pasang yang boleh mencecah 3.1 meter, jika turut serta dengan taburan hujan melebihi 60 mm/jam akan menyebabkan banjir di kawasan hotspot.
Menara PRAB yang dipasang pada September tahun lepas di Taman Lumba Kuda berfungsi dengan baik dan mengeluarkan 1 kali amaran dalam tempoh setahun ini.
Penduduk Taman Lumba Kuda dan Batu Gantung melalui MPKK serta Persatuan Penduduk turut serta mengikuti program ini.
https://www.orientaldaily.com.my/news/north/2024/10/09/684990?utm_source=mobile-share
Kerja-kerja Projek Kereta Kabel Bukit Bendera akan bermula pada 15 Oktober ini. Perbadanan Bukit Bendera serta pihak Konsesi Hartasuma telah adakan sesi pembentangan dan perbincangan bersama pemegang taruh (stakeholders) yang terdiri daripada Perbadanan Pengurusan di apartments sekita Jalan Kebun Bunga.
Turut serta ialah Dato Cheok , Pengurus Besar PBB, Pn Nur Syazwani, Pengarah Jabatan Taman Botani, En Rizal, Pengurus Projek dan wakil penduduk.
Saya memberi komitmen kepada penduduk bahawa saya akan pantau rapi projek ini supaya meminimumkan gangguan dan kesan kepada penduduk ketika projek ini dilaksanakan.
MPKK Kadun Kebun Bunga menerima watikah perlantikan daripada YAB Ketua Menteri. Semoga MPKK menjalankan amanah diberi dengan penuh bertanggungjawab!
05/10/2024
Program Perasmian Pusat NADI (Sebaran Maklumat Nasional) DUN Kebun Bunga serta Sumbangan Pembukaan Akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) kepada 300 pelajar dari golongan B40 di semua sekolah pelbagai aliran DUN Kebun Bunga, termasuk 50 anak anggota polis, telah berlangsung dengan jayanya.
Sumbangan ini adalah hasil daripada perkongsian dana peruntukan oleh saya, YB Syerleena Abdul Rashid, Ahli Parlimen Bukit Bendera, serta pihak PTPTN, masing-masing sebanyak RM5,000.
Program ini dirasmikan oleh YB Datuk Seri Saifuddin Nasution, Menteri Dalam Negeri, yang turut mengumumkan tambahan dana sebanyak RM5,000 untuk memastikan lebih ramai pelajar mendapat manfaat daripada program ini.
Pendidikan akan menjadi agenda utama saya sebagai ADUN DUN Kebun Bunga. Turut hadir dalam program ini adalah YDH Datuk Hamzah Hj Ahmad, Ketua Polis Negeri Pulau Pinang; YBrs Tn Izani, Pengarah Kanan SKMM Wilayah Utara; dan YBrs Tn Muhammad Muhsin Abdul Rahman, Pengarah PTPTN Pulau Pinang.
Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YB Datuk Seri Saifuddin Nasution yang sentiasa menyokong dan tidak pernah menolak jemputan saya untuk bersama-sama dengan warga Kebun Bunga dalam acara-acara penting seperti ini.
植物园州席资讯传播中心举行开幕,配合这个具有意义的日子,我,升旗山国会议员瑟丽娜及国家高等教育基金局分别拨出5000令吉,为选区内的300位各源流学校学生,包括50位警员孩子,开设国家教育储蓄户口。
活动由内政部长赛夫丁主持开幕仪式,同时他也宣布额外提供5000令吉,以便更多学生可以受惠。
教育将是我作为州议员的主要议程!
Saya melawat ke Tapak Penjaja Sementara Jalan Kebun Bunga yang dijangka beroperasi pada 7 Oktober ini. Tapak ini boleh memuat 17 gerai dimana yang asal dari Kompleks Penjaja yang terpaksa memberi laluan untuk Projek Kereta Kabel bagi membina tempat letak kereta bertingkat.
Tapak ini dalam keadaan yang memuaskan dan pihak konsesi Hartasuma akan melakukan kerja pengubahsuaian yang lebih sempurna. Bersama saya ialah Projek Director En. Alex Ng.
Untuk makluman, Notis Tawaran Kompaun (NTK) telah dikeluarkan berikutan kesalahan longgokan sampah di Ladang Hong Seng. Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) kini sedang menjalankan operasi di kawasan tersebut bagi menangani masalah pembuangan sampah yang semakin berleluasa. Tujuan saman ini adalah untuk mencegah pembuangan sampah secara tidak terkawal serta memastikan kebersihan dan kesejahteraan kawasan sentiasa terpelihara.
28/09/2024
Lawatan Kerja Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Datuk Seri Utama Ahmad Fauzi bin Abdul Razak, bersama Yang Berbahagia Toh Puan Datuk Seri Utama Khadijah binti Mohd Noor ke Taman Botani serta Galeri Jabatan Botani berlangsung dengan jayanya.
Sepanjang lawatan di Taman Botani, Tun dan Toh Puan meluangkan masa mengunjungi beberapa lokasi menarik, termasuk Rumah Orkid, Rumah Bromeliad, dan Bangunan Herbarium yang baru sahaja selesai proses pengubahsuaian. Lawatan ini memberi peluang kepada mereka untuk melihat lebih dekat pelbagai spesies tumbuhan yang dipamerkan, serta memahami inisiatif pemuliharaan yang dijalankan oleh Jabatan Botani.
Turut mengiringi lawatan ini ialah Pengarah Jabatan Botani, Puan Nur Syazwani; Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bukit Bendera, Dato' Cheok Lay Leng; Timbalan Ketua Polis Negeri, Dato' Mohd Alwi; serta beberapa pegawai kanan, termasuk Dr. Vishanthini, Setiausaha Bahagian Khidmat Pengurusan. Hadir sama dalam lawatan ini adalah Pengerusi dan Setiausaha MPKK, JPWK, dan JBPP KADUN Kebun Bunga, yang turut memberikan sokongan terhadap usaha pemuliharaan alam sekitar di kawasan tersebut.
Penang Orchid Festival 2024 is an annual event by FOMOS, more than 300 beautiful Orchid Species and Hybrids are displaying.
Thank you to Diabetes Malaysia Cawangan Pulau Pinang under Dr Dicky Ng and Lion Club for their partnership with the festival organiser to held health awareness campaign concurrent.
Sidang Wanita Pulau Pinang telah mengadakan kunjungan ke KADUN Kebun Bunga. Saya bersama Ahli Majlis Cikgu Chan memberi penerangan kepada mereka berkaitan pembangunan di Padang Tembak.
槟城女性议会一行人前来植物园区考察,我与陈顺安市议员引导她们了解打枪埔的历史发展。
Jualan Rahmah kembali lagi di DUN Kebun Bunga!
Dapatkan barangan keperluan harian pada harga yang lebih rendah dari pasaran pada Sabtu, 28 September 2024 bermula jam 9.00 pagi di Tapak Parkir MBPP di sebelah Sekolah Azad (Tamil), Youth Park.
Sila bawa beg membeli-belah sendiri untuk memudahkan pembelian.
Hadir ke Penang 2030 Festival di KOMTAR. Percapaian program dan projek dibawah adalah setinggi 70%. Syabas dan tahniah kepada Kerajaan Negeri di bawah pimpinan YAB Chow Kon Yeow.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Videos (show all)
Category
Contact the organization
Website
Address
Near F4, Taman Padang Tembak, Taman Ayer Itam
George Town
11400
Opening Hours
Monday | 10:00 - 17:00 |
Tuesday | 10:00 - 17:00 |
Wednesday | 10:00 - 17:00 |
Thursday | 10:00 - 17:00 |
Friday | 10:00 - 17:00 |
Seri Delima(Adun) & Bukit Gelugor(Parlimen)
George Town, 11600
DAP Lintang Delima Branch
14, Jalan Talipon, Georgetown
George Town, 10400
DAP Jalan Lines was one of the branch under DAP Tanjong dan DAP Pulau Pinang.
68-C Jalan Free School
George Town, 11600
Barisan Nasional telah diwujudkan sebagai pengganti terus kepada gabungan parti Perikatan, iaitu Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), Persatuan Cina Malaysia (MCA) dan Kong...
George Town, 10050
Parti Tindakan Demokratik 民主行动党 ஜனநாயக செயல் கட்சி Democratic Action Party
Tanjung Bungah
George Town, 11200
DAP Taman Bunga (KADUN Tanjung Bunga-N22) (Parlimen Bukit Bendera-P48)
George Town
DAPSY Tanjong is a group of idealistic & optimistic youth. Join us & contribute for Penang! 🟦🏝️🟨