ATC Penang - Alternative Trekking Club

#RiadahIBADAH

16/05/2024
15/01/2024

14/11/2023

Penutupan Sementara Semua Taman Eko - Rimba, Hutan Taman Negeri & Kawasan Pendakian Di Hutan Simpanan Kekal Negeri Kedah.

Sumber: Laman Rasmi Jabatan Perhutanan Negeri Kedah

24/10/2023

Reverse Trans 10 Peak Pulau Betong
29/10/2023 ( AHAD)
730AM Berkumpul pintu Masuk Bukit Genting ,Teluk Kumbar
Day Hike (2 botol mineral)
Rm5 untuk Grab balik Starting point.

14/10/2023

14 Oktober 2023 ,Hari ini Team Guide ATC PENANG berukhwah sambil training untuk kembali mengikuti jejak didalam arena pendakian di Pulau Pinang dan Malaysia, insyaallah serba sedikit Ta'aruf pengenalan diri sebahagian daripada Team Guide ATC.
Kami masih baru dan dengan rendah diri memohon tunjuk ajar daripada sahabatΒ² pendaki yang lain, wallahua'lam.

14/10/2023

ATC PENANG ISTIQOMAH BERSAMA PERJUANGAN PALESTIN

12/10/2023

β›°οΈπŸ”οΈπŸ—»πŸ¦―
*TRIP BULANAN ATC PENANG*🦯 πŸ—»πŸ”οΈβ›°οΈ

*0730hrs LAST CALL Ditempat Berkumpul*

*14/10/2023 (Sabtu)*
*12 Rabiulawal1445H*

Lokasi A-
*BUKIT TOKKUN*

πŸ•Œ *Subuh di Masjid Cherok Tokkun*

Berkumpul : Tapak Parking *Taman Rimba Cherok Tokkun*

*Yuran Komitmen :- RM15*

*Day Pack Trip(Bekalan Trip Balik Hari)*
-Air mineral 2 botol kecil ( *disediakan*)
-Roti Bun
-Poncho(baju hujan)
-Tongkat
-Basic Ubat-ubatan

* *
* *

03/07/2023

HARAP MAKLUM ❗‼️‼️‼️

πŒπ€πŠπ‹π”πŒπ€π π“π„πŒππŽπ‡ 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐓𝐔𝐏𝐀𝐍 π’π„ππ„ππ”π‡ππ˜π€ π“π€πŒπ€π π‘πˆπŒππ€ ππ”πŠπˆπ“ πŒπ„π‘π“π€π‰π€πŒ πƒπˆπ‹π€ππ‰π”π“πŠπ€π πŠπ„ πŸπŸ“ π‰π”π‹π€πˆ πŸπŸŽπŸπŸ‘ π’π„π‡πˆππ†π†π€ πŸ‘πŸ πƒπˆπ’π„πŒππ„π‘* πŸπŸŽπŸπŸ‘

Bagi Kerja-Kerja Pembinaan Dan Penyelenggaraan Jalan Di Cerun Jalan Tar Dari Kaki Bukit Ke Puncak Bukit Mertajam Sepanjang 3.6 Kilometer Di Taman Rimba Bukit Mertajam, Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang

Orang awam tidak dibenarkan menjalankan sebarang aktiviti riadah sepanjang tempoh tersebut.

28/06/2023

Salam Aidiladha

Selamat Hari Raya Aidil Adha!

Semoga Allah menerima ibadah korban kita dan memberkati kita semua di Hari Raya Aidil Adha ini. Selamat menyambut perayaan ini bersama keluarga dan sahabat-sahabat tercinta. Semoga kedamaian, kebahagiaan, dan kesejahteraan melimpah ruah dalam kehidupan kita.

Indah langit kerana awan
Indah laut kerana kebiruan
Indah Aidilfitri kerana kemaafan
Indah Aidiladha kerana pengorbanan

Ikhlas dari
DACS Pulau Pinang

02/06/2023

Assalammualaikum,Untuk makluman Fikri iaitu Suami kepada Sahabat ATC Pulau Pinang Shahira telah terlibat Kemalangan Jalanraya pada 29 Mei 2023 lepas di Nibong Tebal,dan mengalami pendarahan teruk di bahagian kepala, sekarang beliau berada di ICU Hospital Seberang Jaya, mohon sahabat² doakan kesembuhan beliau..🀲🏽 :-

Ψ§Ω„Ω„ΩŽΩ‘Ω‡ΩΩ…ΩŽΩ‘ اشْفِ ΨΉΩŽΨ¨Ω’Ψ―ΩŽΨͺΩŽΩƒΩŽ يَا شَافِي Ω„ΩŽΨ§ شِفَاَؑ Ψ₯ΩΩ„ΩŽΩ‘Ψ§ Ψ΄ΩΩΩŽΨ§Ψ€ΩΩƒΩŽ شِفَاٌؑ Ω„ΩŽΨ§ يُغَادِرُ Ψ³ΩŽΩ‚ΩŽΩ…Ω‹Ψ§

Ya Allah, sembuhkanlah hamba-Mu ini, wahai Yang Maha Penyembuh, tidak ada kesembuhan kecuali kesembuhan dari-Mu, sembuhkanlah ia sehingga tidak ada penyakit yang tersisa.

Ammiinn ya rabbal alamiinn..🀲🏽

Photos from APC Penang's post 22/05/2023
Photos from DACS Pulau Pinang's post 21/05/2023
20/05/2023

*KEMATIAN PESERTA EKSPEDISI KELUARGA MALAYSIA EVEREST 2023*(Pengarah APM KEDAH)

Dukacita dimaklumkan bahawa Malawakil Kathmandu(Agensi) telah menerima khabar bahawa seorang peserta Ekspedisi Keluarga Malaysia Everest 2023 anjuran Kelab Eksplorasi Malaysia dengan penglibatan empat orang pendaki dan seorang pasukan sokongan telah meninggal dunia pada hari ini di Camp 4 ketika cuba melakukan percubaan untuk menawan puncak Everest. Peserta yang meninggal dunia ini adalah Allahyarham Leftenan Kolonel Ag Askandar Ampuan Yaacob, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam negeri Kedah merangkap Ketua Penyelaras Misi Malaysia Everest 2023.

2. Malawakil difahamkan bahawa Allahyarham telah terjatuh pada ketinggian lebih 7900 meter daripada aras laut dan kemudiannya telah dibawa turun ke Camp 4 oleh operator yang bersama dengan peserta Ekspedisi. Ketika di Camp 4, Allahyarham telah mengalami komplikasi dan meninggal dunia di tempat kejadian.

3. Pada ketika ini, operator lantikan Kelab Eksplorasi Malaysia iaitu Pioneer Adventure Pvt. Ltd. sedang dalam proses untuk membawa turun jenazah ke Base Camp. Di Base Camp, jenazah akan diterbangkan menggunakan helicopter ke TU Teaching Hospital Kathmandu untuk urusan pos mortem, laporan polis, dokumentasi dan juga pengawetan jenazah untuk dibawa p**ang ke Malaysia. Difahamkan bahawa bagi urusan membawa turun jenazah daripada Camp 4 ke Teaching Hospital akan memakan masa selama empat ke lima hari. Bagi urusan di hospital hingga membolehkan jenazah dibawa p**ang ke Malaysia p**a akan mengambil masa dua ke tiga hari. Urusan membawa turun jenazah didapati memakan masa disebabkan oleh keadaan cuaca yang tidak menentu yang membawa hujan lebat, ribut salji dan angin kencang yang menyukarkan urusan membawa turun jenazah.

4. Ekspedisi ini merupakan Ekspedisi berprofil tinggi yang melibatkan Tan Sri Dr. Salleh Mohd Nor, Pro Chansellor Universiti Teknologi Malaysia selaku Penasihat. Selain itu Ekspedisi ini juga telah menerima dana daripada Petronas dan juga Unit Penyelarasan Pelaksanaan JPM pada tahun lalu. Ekspedisi ini juga telah mendapat liputan media yang meluas di Malaysia. Sebelum Ekspedisi ini bermula, peserta Ekspedisi telah mengadakan kunjungan hormat kepada Sultan Kedah, Perdana Menteri, Menteri Belia dan Sukan, dan juga beberapa orang kenamaan bagi mendapatkan sokongan bagi menjayakan Ekspedisi ini.

5. Bersama ini dilampirkan butiran peserta Ekspedisi untuk makluman Bahagian seterusnya. Malawakil Kathmandu akan menyalurkan bantuan yang sewajarnya kepada waris Allahyarham bagi memudahkan urusan membawa p**ang jenazah ke Malaysia. Setakat difahamkan bahawa kos membawa turun jenazah daripada Camp 4 ke Base Camp Everest akan ditanggung dengan menggunakan dana Ekspedisi. Kos bagi membawa jenazah daripada Base Camp ke Teaching Hospital Kathmandu dan seterusnya p**a akan ditanggung oleh Insuran Ekspedisi di di bawah Insuran Syarikat Global Rescue dan juga Etiqa.

6. Malawakil Kathmandu akan melaporkan perkembangan kes ini dari masa ke semasa untuk makluman semua.

Sekian, terima kasih.

Salam hormat.

MOHD FADZLE ABU HASAN
Malawakil Kathmandu

20/05/2023

Assalammualaikum..
Minggu Syawal Terakhir dikejutkan dengan satu berita bahawa seorang Ahli ATC Pulau Pinang , Saudara Hawari Warie
berita tergempar ini, dimaklumkan kepada kami pagi tadi, sahabat kita, telah hilang awal pagi sebelumnya, bahawa beliau selepas berjaya menawan puncak everest..
Beliau terputus hubungan dengan Basecamp dan Guide bertugas.

Doakan beliau selamat dan dilindungi Allah swt, moga misi mencari beliau dipermudahkan.

Pakat2 doa dan solat hajat. 😒.

🀲 Rabbi Yassir wala' tua'sir , ya Allah Pemudahkan urusan beliau jangan dipersulitkan amiinn..

24/04/2023

Assalamualaikum... Allahuakhbar! Allahukakhbar! Allahuakhbar!

Kami AJK ATC Penang mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin buat semua.

Mohon ampun dan maaf di atas kekhilafan, kesilapan dan kesalahan sepanjang kita bersama.

26/03/2023

Assalamualaikum,
Kami AJK 2023 dengan rendah diri memohon ampun maaf atas segala dosa, khilaf dan salah silap kami sepanjang menjalankan aktiviti/program bersama, Salah tutur kata, kasar bahasa dan perbuatan harap dimaafkan. Minta halal dunia dan akhirat apa sahaja yang terlebih atau terkurang, wallahua'lam itu tidak disengajakan.Semoga Allah merahmati dan memberkati kita semua. Semoga Ramadhan kali ini Allah mengampuni dosa kita semua.

Tiadalah daya dan upaya kami untuk memuaskan hati semua pihak,harap semoga coretan ikhlas ini diterima. Semoga allah memberi kesihatan pada kita semua untuk menjalani bulan ramdhan yg penuh barakah ini.

*Selamat Menyambut Bulan Ramadhan*
*Marhaban Ya Ramadhan*
*Ramadhan Kareem*

~AJK ATC PENANG 2023~

26/03/2023

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak.

25/02/2023

25 Februari 2023 ,ATC PENANG seramai 5 orang telah berjaya menyiapkan trek Kuda Unikorn di Pulau Pinang( Total elevation 2179m + 29KM ) , dimana Trek ini merupakan salah satu daripada trek viral di bahagian utara semenanjung MALAYSIA yang menguji kekuatan mental dan fizikal bukan sekadar menakluk puncak bukit semata,akan tetapi keupayaan untuk mendaki dan menuruni bukit berulangkali akan membuatkan mental seseorang akan menjadi lemah, namun berbekalkan keazaman dan iltizam yang kuat, lineup ATC PENANG telah berjaya melengkapkan Trek Kuda Unikorn ini dengan jayanya dengan mengambil masa lebih kurang 12 jam perjalanan.
Alhamdulillah dan Tahniah diucapkan. Insyaallah kita akan cuba lagi untuk menawan trekΒ² Viral yang lainnya sepanjang 2023 ini.

19/02/2023

Solatlah wahai sahabat walau dimana kita berada.

Surah Hud Ayat 114 :-

ΩˆΩŽΨ§ΩŽΩ‚ΩΩ…Ω Ψ§Ω„Ψ΅Ω‘ΩŽΩ„Ω°ΩˆΨ©ΩŽ طَرَفَيِ Ψ§Ω„Ω†Ω‘ΩŽΩ‡ΩŽΨ§Ψ±Ω ΩˆΩŽΨ²ΩΩ„ΩŽΩΩ‹Ψ§ Ω…Ω‘ΩΩ†ΩŽ Ψ§Ω„Ω‘ΩŽΩŠΩ’Ω„Ω Ϋ—Ψ§ΩΩ†Ω‘ΩŽ Ψ§Ω„Ω’Ψ­ΩŽΨ³ΩŽΩ†Ω°Ψͺِ ΩŠΩΨ°Ω’Ω‡ΩΨ¨Ω’Ω†ΩŽ Ψ§Ω„Ψ³Ω‘ΩŽΩŠΩ‘ΩΨ§Ω°Ψͺِۗ Ψ°Ω°Ω„ΩΩƒΩŽ ذِكْرٰى Ω„ΩΩ„Ψ°Ω‘ΩŽΨ§ΩƒΩΨ±ΩΩŠΩ’Ω†ΩŽ

Dan laksanakanlah solat pada kedua ujung siang (pagi dan petang) dan pada bagian permulaan malam. Perbuatan-perbuatan baik itu menghapus kesalahan-kesalahan. Itulah peringatan bagi orang-orang yang selalu mengingat (Allah).

Send a message to learn more

Photos from ATC Penang - Alternative Trekking Club's post 19/02/2023

18 Februari 2022 bersamaan 27 Rejab 1444 ,ATC Penang menghantar Wakil saudara Zahari ke Gunung Bubu dan Yongyap untuk mengibarkan bendera Palestin di puncak yang lebih tinggi, selain dari Bukit Laksamana , Alhamdulillah beliau telah berjaya menyelesaikan misinya dengan sempurna di Puncak Yongyap dan Bubu, sempena Israk dan Mikraj ini marilah kita bersamaΒ² menunjukkan solidariti kita kepada bumi Al-Quds, takbirrrrr!!!

19/02/2023

Cara berwuduk didalam hutan menggunakan spray wuduk ataupun air yang sedikit yang perlu dikongsi bersama jemaah yang lain.

18/02/2023

Trek Bukit Laksamana dari Taman Rimba Teluk Bahang, jika anda sudah tiba di sini Station 10 ,bermakna anda sudah berada 1/3 perjalanan menuju puncak.

18/02/2023

Hari ini 18 Februari 2023 bersamaan 27 Rejab 2023 merupakan hari Israk dan Mikraj, Demi menunjukkan Solidariti kami ATC Penang keatas Bumi Palestin yang tercinta , hari ini kami seramai 15 orang mendaki Bukit di Pulau Pinang dan berjaya menawan Bukit Laksamana di Ketinggian 805mApl semoga dengan usaha kami ini dapat membuka mata anakΒ² muda, kekuatan Islam terletak dalam hati dan imannya bukan dari fizikalnya, wallahua'lam.

14/02/2023

πŸ‡΅πŸ‡Έβ›°οΈπŸƒπŸ½β€β™‚οΈπŸ¦―β›°οΈπŸ‡²πŸ‡Ύ
Program :-
*Hiking Al-Quds ATC Malaysia*
(Diadakan secara serentak oleh ATC Seluruh Malaysia)

Objektif :- Menyampaikan Solidariti dan tanda Sokongan Kepada Palestin dan membantah penjajahan israel

Misi :- Kibarkan Bendera Al-Quds (Palestin) πŸ‡΅πŸ‡Έ di puncak Bukit Laksamana

Tarikh :- 18/2/2023
Hari :- Sabtu
Masa RV :- 7.30am

Lokasi RV :- *Taman Rimba Teluk Bahang*

Route :- 9km dari Taman Rimba ke Puncak Bukit Laksamana
Ketinggian :- 805m APL




Semoga Allah Permudahkan urusan kita untuk menyelesaikan Misi ini..amiinn..🀲🏽

14/02/2023

Jom Bersama ATC , sampaikan Solidariti anda kepada Dunia!! Bawa bendera Palestin sekali..jgn lupa.

Photos from ATC Penang - Alternative Trekking Club's post 08/02/2023

ATC PENANG FEBRUARI 2023

08/02/2023

Program Bersama ATC & ARC Pulau Pinang di Wang Kelian, Perlis.

08/02/2023

Tutup Pulak dah..πŸ˜…

02/04/2022

Ramadhan Tiba..Jom kumpul pahala setinggi Gunung..

Photos from ATC Penang - Alternative Trekking Club's post 20/03/2022

Alhamdulillah , pada 18 Mac 2022 , Seorang Ahli ATC PENANG bernama Azley Bin Hassan ,berusaha untuk membuat TREK KORGA(Korbu Gayong),dan di kesempatan itu ,beliau telah Berjaya Menawan Gunung Korbu di Ketinggian 2183m APL, di mana Gunung Korbu juga merupakan Gunung yang Tertinggi di Perak dan Termasuk dalam senarai G7 Malaysia, Tahniah di ucapkan.
pada 19Mac 2022, beliau cuba untuk menawan satu lagi gunung yg disenaraikan didalam G7 iaitu Gunung Gayong , namun demikian , beliau mengalami kecelakaan di pertengahan trek dan tidak dapat meneruskan ke puncak,namun syukur ke hadrat Allah swt,di samping kecelakaan yg dihadapi ,beliau berjaya turun ke base juga, Alhamdulillah.. diatas usaha beliau , mari bersamaΒ² kita mendoakan kesihatan beliau untuk terus berada dalam rahmat Allah swt didalam setiap langkah yang beliau lalui.
Kami di ATC PENANG yakin sepenuhnya dengan keazaman yang ditunjukkan oleh beliau untuk sekali lagi menawan puncak Gayong di masa akan datang, insyaallah..
Tahniah diucapkan kepada ahli ATC PENANG saudara Azley bin Hassan

cc : bersama menemani beliau juga adalah Presiden ATC PERAK iaitu Bro Shahrun.

Takbir!!!!!!
AllahuAkbar!!!!!

Want your organization to be the top-listed Government Service in George Town?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

14 Oktober 2023 ,Hari ini Team Guide ATC PENANG berukhwah sambil training untuk kembali mengikuti jejak didalam arena pe...
Assalamualaikum, Kami AJK 2023 dengan rendah diri memohon ampun maaf atas segala dosa, khilaf dan salah silap kami sepan...
25 Februari 2023 ,ATC PENANG seramai 5 orang telah berjaya menyiapkan trek Kuda Unikorn  di Pulau Pinang( Total elevatio...
Cara berwuduk didalam hutan menggunakan spray wuduk ataupun air yang sedikit yang perlu dikongsi bersama jemaah yang lai...
Trek Bukit Laksamana dari Taman Rimba Teluk Bahang, jika anda sudah tiba di sini Station 10 ,bermakna anda sudah berada ...
Hari ini 18 Februari 2023 bersamaan 27 Rejab 2023 merupakan hari Israk dan Mikraj, Demi menunjukkan Solidariti kami ATC ...
Program Bersama ATC & ARC Pulau Pinang di Wang Kelian, Perlis.
JOM bersamaΒ² ATC Pulau Pinang kembali cergas dan sihat | Riadah Ibadah
Muhasabah diri bersama Naqib ATC PENANG :- Ustaz Taufik Hussin
#Malaysia4AlQuds #GunungBintang
GUNUNG KERUNAI

Address

George Town

Other George Town government services (show all)
For the Love of Penang // 15 Bangkok Lane For the Love of Penang // 15 Bangkok Lane
Bangkok Lane
George Town, 10250

Penang's Bangkok Lane exudes charm with 1938-built terrace homes by Cheah Leong KeahJP & Nasi Kandar.

St Xavier's Institution Class of 87 St Xavier's Institution Class of 87
Lebuh Farquhar
George Town, 10200

This page is dedicated to all SXI class of 87.No matter how far or how near,we are just a click away.

Pemuda MIC Negeri Pulau Pinang Pemuda MIC Negeri Pulau Pinang
Jalan Datuk Keramat
George Town, 10300

State Youth Wing Of National MIC

Bijay Babu Bijay Babu
81, PENGKALAN
George Town, 10300

Persatuan Pustakawan Malaysia Kump**an Utara Persatuan Pustakawan Malaysia Kump**an Utara
George Town, 11800

Librarians Association of Malaysia : Transforming Libraries, Transforming Societies (Northern Region

WiiDee LcS-M WiiDee LcS-M
George Town, 10100

WiiDEE Social Media

Digital Penang Digital Penang
No. 15B & 16B, Bangunan Wisma Yeap Chor Ee, Pengkalan Weld, Pulau Pinang
George Town, 10300

A Penang State Government-Linked Company established to accelerate digitalisation in the state.

Pejabat Pesuruhjaya Warisan Negeri Pulau Pinang Pejabat Pesuruhjaya Warisan Negeri Pulau Pinang
Pejabat Pesuruhjaya Warisan Negeri Pulau Pinang, Tingkat 18, Komtar
George Town, 10000

Mengangkat khazanah budaya, seni, bahasa dan seni bina menjadi Warisan Negeri Pulau Pinang.

BALAI POLIS CENTRAL, PULAU PINANG BALAI POLIS CENTRAL, PULAU PINANG
Balai Polis Central
George Town, 10100

Balai Polis Central, Lebuh Carnarvon, Pulau Pinang

Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang - LPNPP Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang - LPNPP
Paras 20, KOMTAR
George Town, 10503

Dahulu dikenali sebagai Bahagian Perumahan, Pejabat Setiausaha Negeri Pulau Pinang

Hamara Buner Hamara Buner
No 86, Jalan Mayang Pasir Bukit Gedung
George Town, 10300

ہمارا Ψ¨ΩˆΩ†ΫŒΨ± ( HAMARA BUNER ) Ω„Ψ§Ψ¦ΫŒΪ© Ϊ©Ψ±Ω†Ϋ’ Ϊ©Ψ§ Ψ΄Ϊ©Ψ±ΫŒΫΫ”Ϋ”Ϋ” Ϋ”hamara buner ΩΎΨ± نہ ءرف Ψ¨ΩˆΩ†ΫŒΨ± بلکہ Ψ―Ω†ΫŒΨ§ Ψ¨ΪΎΨ± کی

DAP Lintang Delima 2022-2024 DAP Lintang Delima 2022-2024
Seri Delima(Adun) & Bukit Gelugor(Parlimen)
George Town, 11600

DAP Lintang Delima Branch