Neaz Mobile spa

Body massage, Body treatment(scrub, masker, cocon wrap), facial, mandian aura 7bunga, tangas basah,

Photos from Neaz Mobile spa's post 08/12/2021
08/12/2021

Sesuatu yang baru😍

Www.wasap.com.my/0195126684

16/04/2021

&homespa

23/02/2021

TANGAS BASAH

Apa KHASIAT bertangas ye???😮😮

⏩Bertangas sangat sesuai dilakukan oleh wanita yang baru sahaja melahirkan anak dan selepas haid bagi mengeluarkan peluh serta toksin dari badan.
⏩Bagi wanita bersalin, ia juga dapat membantu proses penyembuhan dan pengecutan rahim dengan cepat.
⏩Dalam jangka masa panjang ia dapat menghidari daripada penyakit puan seperti keputihan,
saluran sulit yang longgar, rahim rendah dan keluar tombong (prolapse).
⏩Dengan mengamalkan tangas, pengamal boleh merasakan khasiat dan perubahan seawal 2 kali rawatan.

Wanita mengandung adalah ditegah dari melakukan rawatan ini!!

~Wanita sudah berkahwin dan anak dara~:

⏩Sebaiknya dilakukan selepas habis haid, diamalkan 1-3 kali seminggu untuk mendapat kesan terbaik. ⏩Merawat keputihan dan bau.
⏩Menegangkan kulit.
⏩Mengelak pelbagai penyakit kelamin dan rahim.
⏩Mengelakkan rahim jatuh dan keluar tombong.

~Wanita Berpantang~:

⏩Rawatan bertangas boleh dilakukan setiap hari selama 44 hari.
⏩Bertangas adalah rawatan yang boleh dilakukan selepas mandi air rebusan herba
(campuran pelbagai herba dan daun-daun pokok kayu) bagi wanita berpantang.
⏩Manfaat bertangas adalah agar luka cepat kering dan jahitan cepat sembuh,
⏩mengelakkan jangitan kuman pada bahagian sulit, nifas yang lawas dan cepat kering, kembali ketat, mengecut rahim serta, mengelakkan keluar tombong (prolapse).

~Wanita Berusia~:

⏩Sebaiknya diamalkan 1-3 kali seminggu.
⏩Untuk mengembalikan “lembapan kewanitaan”,
terutama bagi wanita yang mengalami pra-monopos atau yang telah monopos.
⏩Menegangkan dan mengembalikan lembapan pada kulit di bahagian sulit.

Photos from Neaz Mobile spa's post 17/02/2021

6 FAEDAH / KEBAIKAN URUTAN YANG RAMAI ORANG TERLEPAS PANDANG.

Urut 1 badan adalah salah satu kaedah mentainence tubuh.
Seperti mana anda anggap mentainence kereta itu penting, maka mentainence untuk tubuh itu adalah lebih penting lagi.

1. URUTAN MEMBANTU MELANCARKAN DARAH, MEMBANTU PENYERAPAN NUTRISI DAN OKSIGEN KE SEKURUH TUBUH DENGAN LEBIH SEMPURNA seterusnya —> MENAMBAHKAN TENAGA BATIN LELAKI.


Urutan satu badan dapat melancarkan peredaran darah dan memperbaiki sistem tubuh. Apabila peredaran darah lancar maka oksigen dan nutrisi pemakanan mudah sampai ke seluruh badan yang seterusnya akan membuatkan badan menjadi lebih segar, tubuh terasa ringan, meningkatkan daya tahan penyakit (imunisasi tubuh) dan membantu proses penyembuhan penyakit dengan lebih efektif.


Selain itu ia juga turut membantu baik pulih masalah sukar tidur, menghilangkan lesu tubuh dan masalah kerap mengantuk ketika bekerja.


Teringat lagi seorang pemuda bercerita tentang masalahnya, katanya sukar tidur pada waktu malam. Setelah kali pertama berurut beliau datang lagi buat kali yang kedua selang beberapa waktu. Menurut beliau setelah urutan kali pertama masalah tidur beliau telah pun selesai. Tidur telah menjadi mudah hanya selepas urutan sesi pertama.

Sistem tubuh yang kembali pulih akan turut membantu meningkatkan tahap tenaga batin lelaki. Dan inilah pemulihan yang menyeluruh, bukan hanya mengurut di alat kelamin semata-mata.



2. MENINGKATKAN PEMBAKARAN DAN MENINGGIKAN KADAR METABOLISMA TUBUH.


Biasanya selepas berurut tubuh akan cepat berasa lapar dan dahaga. Kerana urutan dapat meningkatkan pembakaran dan kadar metabolisma tubuh.


Teringat satu kisah lucu di mana seorang pak cik yang baru selesai urut, lantas beliau terus bertanya, ” Aik? Kenapa saya rasa lapar ye? Padahal tadi baru je makan..”


Geli hati melihat wajahnya yang kelihatan pelik dan terkejut. Saya pun bagitau,

“Selepas urut pembakaran badan kita meningkat Pak cik, memang ini adallah kesan biasa selepas urutan. Selain tu tubuh pun akan cepat dahaga. Balik ni pak cik jangan lupa minum air banyak ye..”




3. MENGEMBALIKAN FLEKSIBILITI OTOT KE TAHAP YANG OPTIMUM.


Zaman kini ramai yang mengalami masalah sakit-sakit badan. Antara sebabnya adalah duduk statik pada posisi yang lama seperti menghadap komputer kerana membuat kerja-kerja ofis atau memandu.

Apabila kita berada dalam satu posisi dalam keadaan statik dalam satu jangkamasa yang lama, maka otot akan mudah menjadi tegang. Kerana otot memang sifatnya memerlukan pergerakan.


Antara masalah yang kerap menyerang adalah masalah sakit pinggang, sakit belikat, lenguh tengkuk, sakit bahu dan sakit belakang. Untuk masalah yang lebih teruk lagi akan turut melibatkan masalah kebas-kebas tangan dan kaki.


Sesetengah orang mendapat pemulihan dengan hanya sapu minyak panas sahaja. Tetapi sebahagian orang p**a semakin dibiar, maka masalah menjadi semakin parah dan melarat. Masalah ini perlu dirawat dengan urutan.
.

Urutan dengan kaedah yang betul akan membantu mengembalikan fleksibiliti otot yang telah terganggu. Otot-otot yang tegang perlu diurut dan dilembutkan kembali.
.

Tahukah anda bahawa otot-otot yang tegang akan menyebabkan pergerakan terbatas?
Apa kaitannya OTOT TEGANG –> menyebabkan PERGERAKAN TERBATAS?
.

Ibaratnya macam ni. Pernah tak anda naik basikal yang rantainya TERLALU TEGANG? Sudah pasti KAYUHANNYA TURUT MENJADI KETAT dan sukar untuk kayuh basikal dengan baik. Jadi rantai basikal perlu dikendurkan sedikit agar kayuhan menjadi lancar dan stabil.


Itulah umpamanya OTOT. Apabila otot dalam keadaan yang SANGAT TEGANG, maka pergerakan juga turut menjadi ‘ketat’ atau bermasalah. Oleh itu bahagian tersebut perlu diurut untuk kembalikan fleksibiliti otot ke tahap yang paling optimum.


Semasa proses urutan dijalankan bahagian otot yang tegang akan terasa sengal-sengal. Tetapi apabila urutan dilakukan secara berterusan maka otot tersebut menjadi semakin lembut, dan secara perlahan-lahan sangal-sengal akan berkurang dan hilang.


Sebab tu saya tak hairan apabila selepas selesai urut pelanggan akan berkata, “Wah, ringannya badan. Rasa macam nak terbang!..” Hihi.. ^_^




4. MENAMBAHKAN KEKUATAN OTOT


Berurut juga turut membantu untuk meningkatkan kekuatan otot. Ini kerana otot yang mempunyai pengaliran darah yang baik akan mempunyai kekuatan yang stabil.


Misalnya sebelum ini ada pelanggan yang mengeluh susah untuk melakukan ‘push up’ kerana kecederaan bahu. Tetapi setelah urutan dilakukan beliau telah dapat melakukan aktiviti ‘push up’ dengan baik.


Ada juga yang datang dengan masalah sukar menaiki tangga kerana kelemahan otot peha. Tetapi selepas urut mereka boleh naik tangga dengan lancar.



5. MENGURANGKAN MASALAH ANGIN


Jika anda selalu terasa perut berangin atau sebu, maka urutan adalah cara yang bagus untuk menolak angin tersebut keluar. Kadangkala masalah angin juga boleh menyumbang kepada sakit kepala, malah masalah seperti ini juga biasa berlaku kepada penghidap penyakit gastrik.


Ada satu cerita tentang seorang peniaga. Sebelum ini beliau mempunyai masalah gastrik. Beliau mengadu sering diserang sakit kepala.


Setelah 2 kali urutan beliau telah memberikan maklum balas yang positif. Masalah yang sering mengganggu telah banyak berkurangan, dan kini beliau boleh berniaga dengan gembira tanpa diganggu sakit kepala seperti dulu lagi.


Mereka yang mempunyai masalah angin yang agak teruk sangat digalakkan mengambil pakej urutan satu badan untuk kembalikan sistem tubuh ke tahap yang lebih baik.




6. MERANGSANG PENGELUARAN HORMON ENDORFIN- ANTI STRESS.


Zaman sekarang tidak lagi seperti dulu. Kini masalah ekonomi sangat mendesak. Di tambah lagi dengan bebanan kerja yang semakin banyak. Masalah yang tidak pernah selesai ini menyebabkan stress bertambah dan terus meningkat.


Adakah kita sedar bahawa STRESS juga menjadi antara penyumbang terbesar kepada pelbagai masalah tubuh?


Yang paling mudah untuk diilihat ialah wajah akan kelihatan sentiasa kelihatan tertekan dan kerap mengalami sakit-sakit badan akibat otot yang mudah menegang.


Teringat lagi kepada seorang hamba Allah yang mengalami masalah strok, saya namakan beliau sebagai Ahmad.


Semasa mengurut tangan En Ahmad yang bengkok telah menjadi semakin lurus. Tapi apabila beliau tak tahan sakit dan menunjukkan reaksi STRESS sekaligus otot tangan yang telah kendur dan lurus itu kembali menjadi bengkok semula dalam hanya beberapa saat!


Itulah STRESS. Apabila kita tidak dapat mengawal stress dengan baik dan tidak cuba untuk bertenang, maka sistem tubuh akan menjadi tidak stabil dan mulai mendatangkan pelbagai bermasalah. Dan jika masalah ini tidak diatasi ia akan membuatkan penyakit mudah untuk datang silih berganti.


Urutan adalah salah satu cara untuk mengurangkan kadar stress. Dan sepertimana yang telah diterangkan sebelum ini, ia juga turut membantu melembutkan otot yang tegang dan membetulkan sistem tubuh yang telah banyak terjejas akibat tekanan emosi mahupun akibat masalah pergerakan fizikal.


Antara keistimewaan urutan yang ramai orang terlepas pandang ialah ia dapat merangsang pengeluaran HORMON ENDORFIN dalam tubuh.


Menurut pembacaan saya HORMON ENDORFIN ini dipercayai berupaya menghasilkan empat kesan utama pada tubuh, iaitu:


1) Meningkatkan sistem imun,
2) Melegakan kesakitan,
3) Mengurangkan tekanan,
4) dan melambatkan kesan proses penuaan.


_________________________________________________

Ini adalah serba sedikit penulisan tentang faedah urutan. Dan sebenarnya urutan ini mempunyai banyak rahsia-rahsianya yang tersendiri. Ini hanyalah sebahagian kecil hasil pembacaan dan pengalaman saya yang kerdil ini.


Satu kata terakhir daripada saya:
BIAR SESIBUK MANAPUN KITA, JANGAN AMBIL MUDAH TENTANG KESIHATAN DIRI. PERUNTUKKANLAH SEKURANG-KURANGNYA SEBULAN SEKALI UNTUK BERURUT DENGAN KAEDAH YANG TELAH TERBUKTI BERKESAN.

Photos from Neaz Mobile spa's post 12/01/2021

Sentiasa yang terbaik untuk anda😍

11/01/2021

Sweedish massage (Rm 60 only) promosi😍

Photos from Neaz Mobile spa's post 21/12/2020

Terima kasih buat bride to be.. 👰 Hari ni, merasai ⤵️🦚

Fullbody massage & mandian aura 7bunga 🌺🥀🌹🌷

Merawat keletihan persiapan perkahwinan & aura kemanisan & kecantikan buat bakal suami 😘

Buat bride to be yang akan datang.. Cuba dan rasai nikmat manjakan diri

Neaz mobilespa kan ada😍

Photos from Neaz Mobile spa's post 22/11/2020

Terima kasih kerana menghargai diri anda & merasai perkhidmatan neaz💚

22/11/2020

U alls yang cantik menawan. Jom dapatkan promosi nak lawa cepat👍❤️

Photos from Neaz Mobile spa's post 22/11/2020

Assalamualaikum bagi sesiapa yang memetingkan kecantikan diri dalaman & luaran boleh segera whatsapp & cuba perkhidmatan neaz.. 🌹🌺

Full body massage
Facial basic
Facial treatment
Facial resdung
Full facial
Padicure & manicure

PROMOSI MASIH BERLANGSUNG!
NEAZ KE RUMAH ANDA, ATAU ANDA SENDIRI BOLEH WALK IN KE TEMPAT NEAZ 😘😍

Photos from Neaz Mobile spa's post 22/11/2020

Promosi masih berlangsung❤️

Want your practice to be the top-listed Clinic in Gurun?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

TANGAS BASAHApa KHASIAT bertangas ye???😮😮⏩Bertangas sangat sesuai dilakukan oleh wanita yang baru sahaja melahirkan anak...

Category

Address


Gurun-Guar Chempedak
Gurun
08800

Other Health spas in Gurun (show all)
Kek Lapis Rosey Kek Lapis Rosey
Gurun, 08100

RA BeauSpa -Spa bergerak Kedah, Penang