Buku laku keras
kami adalah penjual buku eksklusif mengenai sejarah islam alam melayu
*[ PAKEJ LENGKAP KEHEBATAN MELAKA 2020 ]*
"Tuan/Cik Puan lakukan pembayaran BUKU sahaja"
"Postage *DITANGGUNG* sepenuhnya oleh Penerbit Alami"
*RM150 sahaja ‼️*
*RM150 sahaja ‼️*
*RM150 sahaja ‼️*
"PAKEJ LENGKAP KEHEBATAN MELAKA ini terdapat 12 ITEM ISTIMEWA"
Nilai harga sebenar *PAKEJ LENGKAP KEHEBATAN MELAKA* ini adalah *RM 404‼️* ..
Hanya perlu buat bayaran *RM 150 sahaja‼️* & akan menerima *PAKEJ LENGKAP KEHEBATAN MELAKA* ..
*Jika Tuan / Cik Puan bersetuju, kami akan teruskan cara pembayaran :*
Maklumat lanjut tekan link dibawah:
Https://wasap.my/601117922307/NewSetKomboKehebatanMelaka12Item
"APA MATLAMAT SEBENAR PORTUGIS DATANG KE MELAKA 1511"
INILAH YANG MENJADI:
"RAHSIA PENAKLUKAN MELAKA 1511"
"TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA MELAMBANGKAN KEHEBATAN MELAKA DI ZAMAN DAHULU"
"LAGI MENARIK SULTAN MUHAMMAD AL FATIH(Daulah Uthmaniyah) PERNAH BERHUBUNG DENGAN SULTAN MELAKA"
SIAPAKAH SULTAN ITU??
"Penerbit Alami Sdn Bhd tidak pernah mengecewakan"
Edisi kali ini buku yang penuh dengan infografik yang menarik dan gambaran yang jelas semasa penulis di lapangan.
PRE-ODER‼️
PRE-ODER‼️
PRE-ODER‼️
LAGI BEST‼️
"KAMI MEMBERI PROMOSI KEPADA 500 PELANGGAN TERAWAL"
>RM99 SAHAJA DAPAT TERUS 3 BUKU
>ANDA BUAT BAYARAN BUKU SAHAJA
POSTAGE SEGALANYA DITANGGUNG OLEH PENERBIT
"Penerbit Alami Sdn Bhd berurusan untuk keluarkan buku KOMBO ini.Tapi hanya dapat 500 unit sahaja"
SIAPA NAK JADI PELANGGAN 500 TERAWAL‼️
cepat klik link di bawah untuk pembelian:
http://www.wasap.my/+601117922307/POKehebatanMelaka
PROMOSI HEBAT!!!
PROMOSI HEBAT!!!
PROMOSI HEBAT!!!
Di atas permintaan orang ramai, set KOMBO KEHEBATAN MELAKA telah kembali dengan tawaran yang SUPER DUPER BOMBASTIK!!!
Terhad untuk 500 set sahaja sehingga 15 JUN 2020.
kami memberikan harga yang teramat istimewa bagi sesiapa yang berminat.
RM 99 SAHAJA!!! FREE POS
RM 99 SAHAJA!!! FREE POS
RM 99 SAHAJA!!! FREE POS
Pre Oder KOMBO KEHEBATAN MELAKA.
500 set sahaja sebelum 15 JUN 2020.
Cepat tekan link ini untuk pembelian:-
http://www.wasap.my/+601117922307/Pre-OderKomboMelaka
Alhamdulillah....
Pelanggan tersenyum gembira hari ni. Buku yang telah dibeli telah sampai ke tangan beliau. Syukur buku kami mendapat perhatian dan peminat yang ramai di seluruh malaysia.
Ayuh semua jadikan PKP ini luangkan masa untuk membaca.
Tekan link ini untuk mendapat promosi hebat dari PENERBIT ALAMI SDN BHD:-
http://www.wasap.my/+601117922307/PROMOSIHEBAT
KENALI PARA ULAMA KESULTANAN MELAKA
Mungkin ramai dari kalangan kita yang mengenali sultan dan pahlawan Kesultanan Melaka, tetapi berapa ramai yang mengenali para ulama Kesultanan Melaka? Berikut adalah senarai ulama-ulama Kesultanan Melaka yang saya himpunkan setakat ini:-
1) Sayyid Abdul Aziz
Beliau berasal dari Hijaz berkemungkinan dari Mekah atau Madinah. Kemudian dari pelabuhan Jeddah, beliau belayar ke Melaka bersama rombongannya untuk berdakwah. Beliau adalah ulama yang berjasa mengislamkan Parameswara, pengasas Kesultanan Melaka.
2) Maulana Jalaluddin
Seorang ulama yang rapat dengan Sultan Muzaffar Syah (Raja Kasim). Beliau menyelamatkan Sultan Muzaffar Syah dari terus terbuang dari istana oleh Raja Rokan. Beliau seterusnya membantu Sultan Muzaffar Syah mendapatkan kembali takhta Kesultanan Melaka dari Sultan Abu Syahid yang dipengaruhi Raja Rokan.
3) Sayyidi Arab
Beliau adalah ulama yang tinggal di Melaka zaman Sultan Muzaffar Syah. Nama sebenarnya tidak diketahui. Beliau terkenal sebagai seorang pemanah handalan dan sering membawa panah ke mana sahaja beliau pergi.
4) Syeikh Datuk Kahfi
Beliau dilahirkan di Melaka dan merupakan anak kepada Datuk Ahmad. Dari Melaka beliau belayar ke Tanah Arab untuk menuntut ilmu agama. Setelah itu, beliau berhijrah dan menetap di Gunung Jati, Cirebon. Beliau mendirikan sekolah pengajian (pesantren) di Gunung Jati dan membantu dakwah Sunan Gunung Jati.
5) Syeikh Ahmad Majnun
Syeikh Ahmad Majnun seorang ulama yang hidup di zaman pemerintahan Sultan Mansur Syah. Beliau telah wafat di Pengkalan Kempas, Linggi dikatakan dalam perjalanan ke sebuah tempat bagi tujuan berdakwah. Berdasarkan inskripsi pada batu bersurat yang terdapat di sisi makam beliau, Syeikh Ahmad Majnun wafat pada tahun 802 H bersamaan 1467 M.
6) Maulana Abu Bakar
Beliau adalah seorang ulama tasawuf. Beliau datang ke Melaka dari Mekah atas arahan gurunya iaitu Maulana Abu Ishak dan membawa satu kitab bertajuk الدر المنظوم. Kedatangan beliau di Melaka disambut dengan penuh gemilang oleh Sultan Mansur Syah. Di Melaka, beliau menganjurkan pengajian di istana dan menjadi guru kepada Sultan dan para pembesar Melaka.
7) Kadi Maulana Yusuf
Beliau adalah Kadi Kesultanan Melayu Melaka, jawatan dalam bidang agama yang tertinggi. Beliau adalah cucu Sayyid Abdul Aziz, pendakwah yang mengislamkan Parameswara. Beliau sangat dihormati oleh seluruh masyarakat Melaka termasuk sultan sehinggakan Sultan Melaka sendiri berjalan kaki ke rumahnya untuk menuntut ilmu.
8) Kadi Munawwar
Beliau adalah anak kepada Kadi Maulana Yusuf. Beliau dilantik menjadi Kadi Kesultanan Melaka oleh Sultan Mansur Syah setelah ayahnya mengundurkan diri dari jawatan tersebut. Antara kepakaran Kadi Munawwar ialah seni bermain beladau (sejenis golok) dan membuat periuk api dan mercun.
9) Sultan Ala’uddin Riayat Syah
Baginda merupakan Sultan Melaka ke-7 dan dikenali sebagai sultan yang adil dan soleh. Baginda seorang yang mahir dengan ilmu-ilmu agama di mana baginda juga sering memberi kuliah-kuliah agama kepada raja-raja di bawah naungannya dan kepada kaum kerabatnya. Pada batu nisannya tertera perkataan berikut:-
“Tiada tuhan yang disembah melainkan Allah. Inilah kubur yang cemerlang, Al-Marhum Sultan yang suci, Sultan Ala’uddin ibni Sultan Mansur ibni Sultan Muzaffar Syah. Rahmat dan kesejahteraan Allah barang terlimpah ke atas rohmu wahai wali Allah yang terpilih”
10) Maulana Sadar Jahan
Beliau seorang ulama Hijaz yang datang ke Melaka pada zaman pemerintahan Sultan Mahmud Syah. Beliau menjadi guru utama kepada Sultan Mahmud Syah dan kerabatnya disebabkan kealimannya. Beliau turut terlibat dalam perang Melaka Portugis 1511 malah peranannya dalam medan perang sangat ketara.
11) Syeikh Jailani Mendik Masab
Beliau lebih dikenali dengan nama Datuk Machap. Beliau ialah seorang ulama dan pahlawan Bugis yang berasal dari Makassar, Sulawesi. Beliau datang ke Melaka untuk berdagang sekitar tahun 1500 iaitu ketika zaman pemerintahan Sultan Mahmud Syah. Keilmuannya dalam bidang agama dan ketinggian akhlaknya telah menarik perhatian Sultan sehingga beliau dilantik menjadi Imam Diraja. Ketika Portugis menyerang Melaka pada tahun 1511, Datuk Machap berjuang bersama-sama umat Islam di Melaka untuk mengusir Portugis dari Melaka.
Hasanuddin Yusof
Maktab Penyelidikan
Tamadun Alam Melayu dan Islam
JASA HAJI ABDUL MAJID PADA KEBAJIKAN JEMAAH HAJI TANAH MELAYU
Haji Abdul Majid bin Zainuddin telah dilantik menjadi Pegawai Haji Tanah Melayu yang pertama pada tahun 1924 oleh Kerajaan Negeri-negeri Selat di bawah pentadbiran British.
Sebelum kewujudan kapal wap yang pertama di Tanah Melayu iaitu kapal P. S Sesostris pada tahun 1841, jemaah haji di Alam Melayu kebiasaannya menumpang kapal-kapal layar pedagang Arab dari Yaman yang kebiasaannya berlabuh di Aceh.
Sebelum kewujudan kapal berenjin wap, pelayaran ke Jeddah dari Tanah Melayu memakan masa berbulan-bulan, bergantung pada kadar tiupan angin. Penggunaan kapal wap berjaya memendekkan tempoh pelayaran kepada sekitar 3 minggu sahaja.
Namun di sebalik kebaikan teknologi kapal wap itu, muncul p**a golongan kapitalis yang mengambil kesempatan. Kewujudan kapal wap menyebabkan ahli-ahli korporat Inggeris melihat perjalanan menunaikan haji sebagai 'lubuk' menjana keuntungan.
Dengan itu, syarikat-syarikat perkapalan Eropah tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Mereka mengambil keuntungan dari membawa barang-barang dagangan yang diisi di bahagian bawah dek kapal dan membawa jemaah haji yang ditempatkan di bahagian atas dek kapal.
Kelemahan peruntukan Undang-undang dan penguatkuasaan oleh Kerajaan Negeri-negeri Selat menyebabkan syarikat-syarikat perkapalan ini sewenang-wenangnya membawa muatan dengan sangat penuh.
Kesannya jemaah haji Tanah Melayu bersesak-sesak di atas kapal. Tambahan p**a mereka terpaksa membawa peralatan untuk memasak termasuk kayu api. Ini menyebabkan ruangan dalam kapal sangat sesak.
Kesesakan yang berlaku juga menyebabkan jemaah susah untuk bergerak, malah ruang untuk solat juga susah diperolehi. Hinggakan ada jemaah haji yang terpaksa membuang air besar di tempat dia duduk. Keadaan ini menyebabkan mudahnya penyakit tersebar semasa pelayaran.
Melihat keadaan ini, Haji Abdul Majid giat menggesa Kerajaan Negeri-negeri Selat (British) untuk menjaga kebajikan jemaah haji. Beliau menggesa agar syarikat perkapalan menyediakan makanan kepada jemaah haji bagi mengelakkan kebakaran kapal dan kesesakan ruangan kapal.
Hanya pada tahun 1929, barulah Kerajaan Negeri-negeri Selat melaksanakan gesaan yang dibuat oleh Haji Abdul Majid sejak bertahun-tahun itu. Dengan itu, pada tahun tersebut digubalkan Merchant Ships Ordinance 1929 yang mewajibkan penyediaan makanan oleh syarikat-syarikat perkapalan kepada jemaah haji.
Haji Abdul Majid bin Zainuddin dari Puan Lotfiah binti Abdul Latif, cucu Haji Abdul Majid bin Zainuddin.
Hasanuddin Yusof
Maktab Penyelidikan
Tamadun Alam Melayu dan Islam
Penulis kitab :-
1. 10 Sahabat Dijamin Syurga
2. Miftahul Malayu
3. Raudhatus Salatin
4. Sultam Muhammad Al-Fatih
5. Teknologi Kesultanan Melaka
6. Menjejak Hubungan Daulah Uthmaniyah & Kesultanan Melaka
7. Rahsia Penaklukan Melaka 1511
Alhamdulillah...
Pelanggan senyum gembira bila dapat buku yang telah di beli. Beliau seronok dengan apa yang telah dibeli. Buku kami eksklusif kerana ia tiada terjual di kedai2 buku.
100 UNIT TERAKHIR ‼️
100 UNIT TERAKHIR ‼️
100 UNIT TERAKHIR ‼️
[ DUO KEHEBATAN MELAKA ]
1️⃣ RAHSIA PENAKLUKAN MELAKA 1511 : RM39.00 SM / RM44.00 SS
2️⃣ DAULAH UTHMANIYAH & KESULTANAN MELAKA : RM39.00 SM / RM44.00 SS
Anda hanya perlu membayar RM75.00 sahaja & postage ke seluruh Malaysia ditanggung oleh pihak penerbit.
100 UNIT TERAKHIR ‼️
100 UNIT TERAKHIR ‼️
100 UNIT TERAKHIR ‼️
Klik link ini untuk dapatkan :
http://www.wasap.my/+601117922307/DuoKehebatanMelaka
Alhamdulillah....
Pelanggan saya sudah dapat buku yang telah dibeli dari saya. Terima kasih kerana percaya pada servis saya.
10 Sahabat Dijamin Syurga
-ABDUL RAHMAN BIN AUF
========================
Kata Rasulullah saw, Abdul Rahman bin Auf r.a akan masuk syurga akhir sekali kerana terlalu kaya.
Ini kerana orang yang paling kaya akan dihisab paling lama.
Maka mendengarkan ini, Abdul Rahman bin Auf r.a pun ligat kepala otaknya berfikir, bagaimana agar boleh jadi miskin balik supaya dapat masuk syurga awal.
Selepas Perang Tabuk, kurma di Madinah yang ditinggalkan sahabat menjadi busuk. Lalu harganya jatuh. Abdul Rahman bin Auf r.a pun menjual semua hartanya, kemudian memborong semua kurma busuk milik sahabat r.hum tadi dengan harga kurma bagus
Kesemuanya bersyukur..Alhamdulillah.. kurma yang dikhuatiri tidak laku, tiba-tiba laku keras! Diborong semuanya oleh Abdul Rahman bin Auf.
Sahabat gembira.
Abdul Rahman bin Auf r.a pun gembira.
Sahabat lain gembira sebab ada sales.
Abdul Rahman bin Auf r.a p**a gembira sebab...
jatuh miskin!
Abdul Rahman bin Auf r.a berasa sangat lega, sebab tahu akan bakal masuk surga dulu.
Tiba-tiba, datang utusan dari Yaman membawa berita, Raja Yaman mencari kurma busuk
Rupa-rupanya, di Yaman sedang berjangkit wabak penyakit menular, dan ubat yang boleh menyembuhkannya adalah KURMA BUSUK!
Utusan Raja Yaman berniat memborong semua kurma Abdul Rahman bin Auf r.a dengan harga 10 kali ganda harga kurma biasa
Allahuakbar..
========================
Tajuk : 10 Sahabat Dijamin Syurga
Harga : RM598 (PROMOSI RM560)
Ingin memiliki buku ini????
Sila tekan link di bawah ini:-
http://www.wasap.my/+601117922307/10Sahabat
FALSAFAH MENTAATI PEMIMPIN DALAM MOTIF UKIRAN MELAYU
Jika kita meneliti motif-motif ukiran atau hiasan yang terdapat pada rumah tradisional, masjid, meriam hatta kain tenunan, kita akan mendapati ada satu bentuk motif yang coraknya seumpama pintalan tali. Namun motif itu sebenarnya bukan berbentuk pintalan tali, tetapi bentuk deretan itik dan deretan semut.
Jika ia kelihatan seperti pintalan tali yang agak renggang, maka itu sebenarnya dinamakan motif itik p**ang petang. Jika ia kelihatan seperti pintalan tali yang rapat, maka ia sebenarnya adalah motif semut berjajaran.
Sebenarnya banyak motif-motif Melayu yang berasaskan bentuk binatang tetapi telah dimujaradkan (abstraks) disebabkan Islam mengharamkan ukiran-ukiran berbentuk binatang secara jelas.
Dengan itu, motif-motif berasaskan bentuk binatang akan diubah suai supaya ia tidak lagi kelihatan seperti binatang melalui kaedah mujarad dalam ilmu ukiran Melayu. Dengan sebab itulah motif itik p**ang petang dan semut berjajaran kelihatan seperti pintalan tali.
Falsafah dan maksud yang terkandung dalam motif itik p**ang petang dan semut berjajaran itu adalah sama iaitu kewajipan mentaati pemimpin dalam perkara-perkara yang maaruf. Pemimpin tidak hanya terhad pada pemimpin negara semata-mata, ianya merangkumi pemimpin di rumah, masjid, kampung dan sebagainya.
Selain dari itu, falsafah motif itik p**ang petang dan semut berjaran juga ialah kewajipan untuk mengikut peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan.
Sifat kump**an Itik apabila p**ang petang dan semut ketika keluar mencari makan adalah sama iaitu berjalan dengan mengekori pemimpin mereka dalam keadaan beratur dan teratur. Dengan itu, falsafah itik p**ang petang dan semut berjajaran dizahirkan sebagai salah satu motif ukiran Melayu yang penting.
Sifat mentaati pemimpin dalam perkara-perkara yang maaruf ini sememangnya anjuran dari Rasulullah SAW di mana baginda bersabda :-
اسمعوا وأطيعوا وإن استعمل عليكم عبد حبشي كأن رأسه زبيبة
"Dengarlah dan taatilah sekalipun orang yang memimpin kalian adalah seorang hamba berbangsa Habsyah yang mana kepalanya seperti kismis." (Sahih Bukhari)
Hasanuddin Yusof
Maktab Penyelidikan
Tamadun Alam Melayu dan Islam.
========================
Tajuk : Raudhatus Salatin
Saiz : 21cm x 28cm
Muka Surat : 392 muka surat
Harga : RM249 (PROMOSI RM200)
sila tekan link ini untuk pembelian buku :-
http://www.wasap.my/+601117922307/Raudhatus_Salatin
FALSAFAH MENTAATI PEMIMPIN DALAM MOTIF UKIRAN MELAYU
Jika kita meneliti motif-motif ukiran atau hiasan yang terdapat pada rumah tradisional, masjid, meriam hatta kain tenunan, kita akan mendapati ada satu bentuk motif yang coraknya seumpama pintalan tali. Namun motif itu sebenarnya bukan berbentuk pintalan tali, tetapi bentuk deretan itik dan deretan semut.
Jika ia kelihatan seperti pintalan tali yang agak renggang, maka itu sebenarnya dinamakan motif itik p**ang petang. Jika ia kelihatan seperti pintalan tali yang rapat, maka ia sebenarnya adalah motif semut berjajaran.
Sebenarnya banyak motif-motif Melayu yang berasaskan bentuk binatang tetapi telah dimujaradkan (abstraks) disebabkan Islam mengharamkan ukiran-ukiran berbentuk binatang secara jelas.
Dengan itu, motif-motif berasaskan bentuk binatang akan diubah suai supaya ia tidak lagi kelihatan seperti binatang melalui kaedah mujarad dalam ilmu ukiran Melayu. Dengan sebab itulah motif itik p**ang petang dan semut berjajaran kelihatan seperti pintalan tali.
Falsafah dan maksud yang terkandung dalam motif itik p**ang petang dan semut berjajaran itu adalah sama iaitu kewajipan mentaati pemimpin dalam perkara-perkara yang maaruf. Pemimpin tidak hanya terhad pada pemimpin negara semata-mata, ianya merangkumi pemimpin di rumah, masjid, kampung dan sebagainya.
Selain dari itu, falsafah motif itik p**ang petang dan semut berjaran juga ialah kewajipan untuk mengikut peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan.
Sifat kump**an Itik apabila p**ang petang dan semut ketika keluar mencari makan adalah sama iaitu berjalan dengan mengekori pemimpin mereka dalam keadaan beratur dan teratur. Dengan itu, falsafah itik p**ang petang dan semut berjajaran dizahirkan sebagai salah satu motif ukiran Melayu yang penting.
Sifat mentaati pemimpin dalam perkara-perkara yang maaruf ini sememangnya anjuran dari Rasulullah SAW di mana baginda bersabda :-
اسمعوا وأطيعوا وإن استعمل عليكم عبد حبشي كأن رأسه زبيبة
"Dengarlah dan taatilah sekalipun orang yang memimpin kalian adalah seorang hamba berbangsa Habsyah yang mana kepalanya seperti kismis." (Sahih Bukhari)
Hasanuddin Yusof
Maktab Penyelidikan
Tamadun Alam Melayu dan Islam.
========================
Tajuk : Raudhatus Salatin
Saiz : 21cm x 28cm
Muka Surat : 392 muka surat
Harga : RM249 (PROMOSI RM200)
sila tekan link ini untuk pembelian buku :-
http://www.wasap.my/+601117922307/Raudhatus_Salatin
FALSAFAH MENGINGATI MATI DALAM SENI BINA RUMAH TRADISIONAL MELAYU
Dalam ilmu senibina Melayu, terdapat 27 elemen atau bahagian utama dalam pembinaan rumah tradisional iaitu seperti berikut:-
1) dinding, 2) lantai, 3) tingkap, 4) tangga, 5) pintu, 6) tiang, 7) tutup tiang, 8) rasuk, 9) gelegar, 10) jeriau, 11) jerejak, 12) tulang bumbung, 13) kasau jantan, 14) kasau betina, 15) perabung, 16) bendul, 17) gulung-gulung, 18) susuh, 19) jenang, 20) tutup jenang, 21) belebas, 22) atap, 23) pekakian atap, 24) cucuran atap, 25) alang pandak, 26) alang panjang, 27) tunjuk langit.
Tunjuk langit merujuk kepada kayu yang berceracak di atas atap. Ia dinamakan tunjuk langit kerana kayu itu dipasang dengan menunjuk ke arah langit. Kebiasaannya tunjuk langit dipasang satu batang dan dua batang (sepasang). Tunjuk langit yang dipasang sebatang pada bahagian depan atau bahagain-bahagian lain itu melambangkan akidah tauhid.
Manakala tunjuk langit dipasang dua batang atau sepasang pada bahagian tengah atas rumah yang mana ianya melambangkan nisan. Ini adalah falsafah mengingati mati yang dizahirkan pada senibina rumah tradisional Melayu.
Sepasang tunjuk langit di atas rumah itu dibuat supaya ianya dapat memberi peringatan kepada pemilik rumah bahawa rumah yang didiami itu hanyalah sementara. Rumah yang sebenar adalah tanah kubur.
Falsafah mengingati mati yang terzahir dari tunjuk langit ini dilakukan bagi mengamalkan anjuran Rasulullah SAW agar banyak mengingati mati seperti mana yang terkandung dalam hadith berikut di mana Rasulullah SAW bersabda:-
أكثرهم للموت ذكرا وأحسنهم لما بعده استعدادا أولئك الأكياس
“Orang yang paling banyak mengingati kematian dan membuat persiapan yang terbaik untuknya adalah orang yang paling bijak”. (Sunan Ibnu Majah)
Hasanuddin Yusof
Penulis, Pengkaji dan Penjejak sejarah islam alam melayu
========================
Tajuk : Miftahul Malayu
Saiz : 25.4cm x 25.4cm
Muka Surat : 412 muka surat
Harga : RM349 (Promosi rm300)
Sila tekan link untuk Pembelian :-
http://www.wasap.my/+601117922307/Miftahul_Malayu
[ DUO KEHEBATAN MELAKA : 2️⃣ BUKU 1️⃣ HARGA ]
Penerbit Alami menyokong budaya MEMBACA di musim PKP ini , maka dilancarkan hari ini : DUO KEHEBATAN MELAKA !
1️⃣ RAHSIA PENAKLUKAN MELAKA 1511 : RM39.00 SM / RM44.00 SS
2️⃣ DAULAH UTHMANIYAH & KESULTANAN MELAKA : RM39.00 SM / RM44.00 SS
Anda hanya perlu membayar RM75.00 sahaja & postage ke seluruh Malaysia ditanggung oleh pihak penerbit.
300 UNIT SAHAJA ‼️
300 UNIT SAHAJA ‼️
300 UNIT SAHAJA ‼️
Klik link ini untuk dapatkan :
http://www.wasap.my/+601117922307/DuoKehebatanMelaka
Alhamdulillah...
Semua bangsa di malaysia ini berminat dengan bacaan dari PENERBIT ALAMI SDN BHD. Masing2 berminat dengan sejarah kehebatan melaka. Bahan bacaan ini saya sediakan untuk jualan tuan/puan
https://www.wasap.my/+601117922307/DuoMelaka
BUKU RAUDHATUS SALATIN SESUAI DIJADIKAN HANTARAN!!!
Tahniah diucapkan kepada Tuan Muhammad Bin Zainol dan pasangannya yang telah melangsungkan pernikahan baru-baru. Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kerana menjadikan buku Raudhatus Salatin sebagai hantaran pernikahan. Saya juga ucapkan
بارك الله لكما وبارك عليكما وجمع بينكما بخير
Tuan-puan yang berminat untuk memiliki buku-buku penulisan Hasanudin Yusof boleh tekan link ini :-
https://www.wasap.my/+601117922307/Raudhatus_Salatin
TULISAN JAWI TELAH PUN BERADA DI PERSADA DUNIA SUATU KETIKA DAHULU
Ketiga-ketiga surat yang saya paparkan ini adalah surat-surat abad ke-16 dan 17 dari sultan-sultan di Alam Melayu kepada Raja-raja Eropah. Surat-surat ini ditulis dalam bahasa Melayu dan sudah tentu bertulisankan jawi. Sejak abad ke-15, tiada tulisan lain yang digunakan untuk bahasa Melayu melainkan tulisan jawi.
Surat pertama adalah surat Sultan Ternate kepada Raja Portugal. Genap sepuluh tahun selepas penaklukan kota Melaka oleh Portugis iaitu pada tahun 1512, Sultan Abu Hayat di Ternate telah menulis surat bahasa Melayu bertulisan jawi kepada Raja John III di Lisbon.
Surat kedua p**a adalah surat bahasa Melayu bertulisan jawi dari Sultan Iskandar Muda Aceh kepada Raja James I di England pada tahun 1615. Manakala surat ketiga p**a adalah surat bahasa Melayu bertulisan jawi dari Sultan Abu al-Fath (Sultan Ageng Tirtayasa) di Banten kepada Raja Denmark, Raja Christian V pada tahun 1671.
Ini membuktikan bahawa pada abad ke-16 dan 17, adanya penterjemah bahasa Melayu yang mahir membaca tulisan jawi di istana-istana Eropah. Hal ini tidaklah menghairankan memandangkan bahasa Melayu pernah menjadi salah satu bahasa penting di dunia dari abad ke-15 hingga abad ke-17.
Sarjana Belanda yang bernama Francois Valentijn menerangkan tentang status bahasa Melayu pada abad ke-16 seperti berikut:
"Sungguh luas tersebarnya bahasa Melayu itu sehingga kalau kita memahaminya tidaklah mungkin kita kehilangan jejak, kerana bahasa itu bukan saja dimengerti di Parsi bahkan lebih jauh dari negeri itu, dan di sebelah timurnya sehingga kep**auan Filipina.''
Bayangkan jika dari Parsi, bahkan lebih jauh dari itu hingga ke Filipina ramai orang yang tahu berbahasa Melayu, sudah pasti ramai juga yang dapat membaca tulisan bahasa Melayu iaitu tulisan jawi.
Bagaimana bahasa Melayu boleh menjadi salah satu bahasa yang penting di dunia? Jawapannya, Kesultanan Melaka lah yang memainkan peranan penting dalam penyebaran bahasa Melayu/ tulisan jawi. Ini disebabkan Melaka merupakan pelabuhan perdagangan terpenting di dunia pada penghujung abad ke-15 hingga awal abad ke-16.
Namun pada hari ini, akibat kabur dengan sejarah dan lemahnya jati diri, tulisan jawi diremehkan di buminya sendiri. Lebih malang, orang yang baru sahaja datang ke Tanah Melayu dalam dua atau tiga generasi yang lalu, bermati-matian menolak tulisan jawi. Sedangkan tulisan itu telah pun berada di persada dunia suatu ketika dahulu.
Hasanuddin Yusof
Maktab Penyelidikan
Tamadun Alam Melayu dan Islam
Penulis kitab
MIFTAHUL MALAYU
========================
Tajuk : Miftahul Malayu
Saiz : 25.4cm x 25.4cm
Muka Surat : 412 muka surat
Harga : RM349 (PROMOSI RM300)
Untuk mendapatkan harga promosi, sila tekan link :-
https://www.wasap.my/+601117922307/Miftahul_malayu
KESULTANAN YANG TIDAK PERNAH DIJAJAH DI NUSANTARA
Ketika era penjajahan di Nusantara, sebenarnya bukan semua tempat yang dapat dikuasai oleh penjajah. Sebagai contoh, jika ada yang mengatakan bahawa Portugis telah menjajah Tanah Melayu, itu sebenarnya kurang tepat. Portugis hanya menjajah Kota Melaka. Sedangkan Tanah Melayu itu tidak hanya terhad pada Kota Melaka.
Begitulah juga dengan penjajahan Belanda. Jika dikatakan Belanda telah menjajah seluruh Indonesia, itu juga sebenarnya kurang tepat. Ada wilayah yang tidak dikuasai Belanda iaitu Kesultanan Buton. Saya tidak pasti wilayah yang lain. Boleh jadi ada selain Buton.
Semasa saya membuat penyelidikan lapangan di Buton, banyak sumber yang mengesahkan bahawa Buton memang tidak pernah dijajah oleh kuasa-kuasa barat seperti Portugis, Sepanyol dan Belanda.
Hal ini tidak menghairankan memandangkan Buton telah membina kubu perang atau benteng yang dikatakan pernah diiktiraf sebagai benteng terbesar di dunia. Di samping itu, Buton diperintah oleh sultan-sultan yang bijaksana.
Benteng Wolio yang dibina oleh Sultan Buton ke-6 iaitu Sultan La Buke Abdul Ghafur (1632 - 1645) pada tahun 1634. Benteng ini sangat luas dan mencecah sekitar 23 hektar. Manakala panjang kelilingnya mencapai 2.7 kilometer.
Dengan benteng ini, kuasa-kuasa penjajah barat seperti Portugis, Sepanyol dan Belanda gagal menawan Kesultanan Buton hingga menyebabkan Kesultanan Buton tidak pernah sama sekali dijajah oleh kuasa barat. Kesultanan Buton kemudiannya menyertai Republik Indonesia pada tahun 1947, dua tahun setelah kemerdekaan Indonesia.
Kesultanan Buton memang unik. Beberapa orang ulama pernah ditabalkan menjadi Sultan Buton. Penguasaan sistem Syura juga sangat ketara dalam Kesultanan Buton.
Hasanudin Yusof
Penulis Raudhatus Salatin
========================
Tajuk : Raudhatus Salatin
Saiz : 21cm x 28cm
Muka Surat : 392 muka surat
Harga : RM249 (PROMOSI RM200)
Untuk mendapatkan buku ini sila tekan link ini :-
https://www.wasap.my/+601117922307/Raudhatus_Salatin
Salah 1 pelanggan saya yang tertarik dengan penulisan teknologi kesultanan melaka. Tuan/puan boleh follow beliau di fb.
Aswady mohamed
Buku: Teknologi Kesultanan Melaka.
Penulis: Hasanuddin Yusof
Harga: RM49
Penerbit: Cintai Publication
Buku ini ditulis oleh seorang anak muda yang cintakan sejarah. Beliau menubuhkan badan penyelidikan berkaitan sejarah dan ketamadunan Islam di Alam Melayu. Badan penyelidikan itu diberi nama Maktab Penyelidikan Tamadun Alam Melayu dan Islam.
Buku Teknologi Kesultanan Melaka ini mendedahkan kepada generasi masa betapa tingginya teknologi yang dikuasai ketika itu. Tambahan p**a Melaka mempunyai pelabuhan yang hebat dan terkaya di dunia sehinggakan kuasa-kuasa besar ketika itu menjalinkan hubungan dengannya.
Maka tidak hairanlah Melaka mempunyai teknologi yang sangat hebat termasuklah teknologi senjata api. Kebanyakan dalam kalangan kita dimomokkan bahawa angkatan perang Kesultanan Melaka hanya menggunakan parang dan lembing semasa berhadapan dengan Portugis. Namun apa yang berlaku tidak seperti yang pernah digambarkan kepada generasi masa.
Kita juga berterima kasih kepada sejarawan Portugis yang hidup sezaman dengan peristiwa penaklukan Melaka. Ini kerana catatan mereka telah sedikit sebanyak membuka rahsia sejarah teknologi Kesultanan Melaka pada ketika itu.
Buku seperti ini sewajarnya dimiliki oleh mereka yang cintakan sejarah ummat. Sejarah bumi keramat ini.
Qalbinada'..
3 Ramadhan 1441
26 April 2020
Meriam Sultan Muhammad Al Fatih Si penakluk konstantinopel.
Oleh : Hasanudin Yusoff
الحمدلله ثم الحمدلله
Dapat meneliti lebih dekat Meriam Sultan Muhammad al-Fatih. Meriam skru ini dibuat oleh jurutera sultan yang bernama Kamina Ali. Pada mulut meriam ini tertera perkataan:
“Ya Allah, bantulah Sultan Muhammad Khan putera Murad. Dibuat oleh Kamina Ali pada bulan Rejab, dalam tahun 868 Hijrah (bersamaan tahun 1464 Masihi).”
Meriam agung ini dibuat dari tembaga memiliki berat 18 tan dan panjang 5.23 meter. Manakala diameter corong laras meriam ialah sebesar 635 Sentimeter.
Meriam agung ini mampu menembak pelurunya sejauh 1 batu dan ia membuktikan kemajuan Uthmaniyah dalam teknologi yang jauh mengatasi mana-mana kerajaan di Eropah pada ketika itu.
Susah juga nak sampai ke Fort Nelson, tempat meriam agung Sultan Muhammad al-Fatih ni. Kalau naik bas, terpaksa jalan kaki menempuh hutan sejauh sekitar 2 km. Walaupun susah, saya berasa sangat puas.
Tajuk : Sultan Muhammad Al-Fatih
Saiz : 21cm x 28cm
Muka Surat : 372 muka surat
Harga : RM200 (PROMOSI)
Sila tekan link ini untuk Pembelian :-
http://www.wasap.my/+601117922307/Sultan_Al-Fatih
MERIAM SINGGORA : MENJUNJUNG BAHASA MELAYU DENGAN TEKNOLOGI
Terdapat banyak meriam di Hospital Diraja Chelsea, England. Namun hanya selaras meriam sahaja yang diletakkan di tengah-tengah halaman hospital. Meriam itu adalah meriam buatan kerajaan Melayu Singgora dan ia terpilih untuk diletakkan di tengah-tengah halaman hospital kerana keunikan dan keindahannya.
Di atas meriam yang dibuat sekitar tahun 1653 atas arahan Sultan Sulaiman Shah ini tercatatnya syair-syair Melayu yang indah, di mana meriam ini bukan sahaja menjunjung bahasa, malah ia juga menjunjung akidah melalui rangkap-rangkap syairnya. Berikut adalah dua dari lapan rangkap syair yang tertera di atas meriam :-
Meriam diperbuat adalah sudah
Mengucap syukur ke Hadrat Allah
Jadikan tanda meninggalkan manah (pusaka)
Akan membunuh kafir alaihi la’nah (yang dilaknat)
Jahat bebal hamba latihan
Berbuat meriam dihadirkan
Akan kafir syirik zalim ke neraka Jahanam
Akan dipandang sahabat meninggalkan zaman
Maka meriam Singgora ini menjadi bukti bahawa nenek moyang kita dulu meneroka ilmu sains dan teknologi sambil mendaulatkan bahasa. Malah, mereka menggunakan teknologi untuk mendaulatkan agama dan bahasa ibunda. Bukannya mengorbankan bahasa ibunda demi mempelajari sains dan teknologi.
Dengan itu, orang-orang Inggeris kagum dengan pendaulatan bahasa Melayu oleh kerajaan Singgora sehinggakan pada meriam pun diletakkan syair-syair Melayu. Walhal amalan begini tidak dilakukan mereka.
Iktibar dari pembuatan meriam ini, kita sepatutnya giat meneroka bidang sains dan teknologi dengan menjadikan teknologi itu sebagai medium untuk mendaulatkan agama dan bahasa kita. Nenek moyang kita sudah pun menunjukkan contohnya!
Tentang Sultan Sulaiman Shah dan meriam Singgora ini ada saya nukilkan dalam buku terbaru saya, Raudhatus Salatin :Sejarah Sultan-sultan Soleh Di Alam Melayu.
Hasanuddin Yusof
Penulis
Raudhatus Salatin : sultan-Sultan Soleh Di Alam Melayu
Tajuk : Raudhatus Salatin
Saiz : 21cm x 28cm
Muka Surat : 392 muka surat
Harga : RM200
Berminat dengan buku ini!!!
Sila tekan link ini untuk pembelian:-
http://www.wasap.my/+601117922307/Raudhatus_Salatin
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Address
Ipoh
30020
Opening Hours
Monday | 09:00 - 00:00 |
Tuesday | 09:00 - 00:00 |
Wednesday | 09:00 - 00:00 |
Thursday | 09:00 - 00:00 |
Friday | 09:00 - 00:00 |
Saturday | 09:00 - 00:00 |
Sunday | 09:00 - 00:00 |
Jalan Silibin
Ipoh, 30100
selling stationeries , school supplies , school apparel & etc. provide service for photostate , laminate , binding , name tags & etc
141 Jalan Pengkalan Barat
Ipoh, 31650
Shima Stationery And Photocopy Centre. Menyediakan perkhimatan fotostat, printing dan sebagainya.
Jalan Raja Musa Mahadi
Ipoh, 31400
Selling second-handed books at an affordable price for all the book maniacs out there.
12, Regat Sri Cempaka, Taman Cempaka
Ipoh, 31400
COPYTEX SDN. BHD. (175396-H) are specialize in B/W and full colour digital copying and printing services, Large format AO size plan printing and all kind of finishing services and ...
Ipoh
❤ Saya menjual pelbagai novel terpakai, termasuk novel baharu dan e-book dari karya Sella Arsyilla ❤️
Ipoh, 30100
A shop provide book renting service. Selling comic, novel n oths. Welcome to search my photo albums
Jalan Laxamana
Ipoh, 30300
#BilèkBuku terletak di Pasar Besar Ipoh menyajikan buku sejarah, sastera, seni, budaya & alam Melayu