kakinovelterpakai_

❤ Saya menjual pelbagai novel terpakai, termasuk novel baharu dan e-book dari karya Sella Arsyilla ❤️

11/11/2023
11/11/2023

Suatu ketika dahulu, luahan rasa cintanya pernah dipersenda. Madah rindu dan puisi syahdunya buat Jefri menjadi ejekan teman-teman sekolah. Zara Lisa, malu tidak terkata. Sejak saat itu, nama Jefri terus dikikis daripada ingatannya. Bertahun dia memegang prinsip; bercinta bermakna membiarkan diri terluka dan kecewa.

Waktu terus berlalu. Persoalan tentang jodoh mula menghantui hidup Zara Lisa. Cemuhan dan sindiran tentang statusnya, bagai duri berbisa. Hingga dia difitnah, terdesak hendak bersuami. Kata dua daripada emak; bawa p**ang calon suami atau emak yang carikan, memaksa Zara Lisa berbuat sesuatu. Dia tidak boleh mengharapkan cinta datang sendiri.

Speed dating menemukan Zara Lisa dengan dua orang lelaki. Erman yang tampan bergaya dan gentleman membuatkan dia jatuh cinta pandang pertama. Beria-ia dia menyulam mimpi untuk menjadi permaisuri lelaki itu. Tapi, rupa-rupanya warna cinta mereka cuma kelabu. Erman, pl***oy yang bijak menabur janji palsu untuk memikat. Lelaki kedua p**a, Harith yang serba sederhana turut menghulurkan salam cinta sedangkan di hati Zara Lisa, hubungan mereka hanya sekadar kawan.

Lamaran daripada Jefri, mengejutkan Zara Lisa. Dia terpaksa menerima biarpun hatinya tidak rela. Harith muncul dan menceriakan kesedihan Zara Lisa. Dalam diam, dia mula merindui lelaki itu yang pernah dipandang sepi sebelum ini. Harapannya terhadap Harith setinggi gunung setelah ikatannya dengan Jefri terlerai. Dalam membina janji kasih, kebahagiaan Zara Lisa diuji sekali lagi. Siapakah Harith sebenarnya? Sedangkan cinta sejati tiada ruang untuk prasangka...

RM10 (tak termasuk pos)

✓buku lama

11/11/2023

Namanya Puteri Anntasya, tetapi hidupnya tidak seindah seorang puteri. Hanya tujuh tahun dia ditatang bagai minyak yang penuh. Ketika itu, dunianya terasa begitu indah. Namun, akhirnya dia dicampak ke istana rindu yang membuatkan dia terasing sendiri. Merindui seorang lelaki yang begitu tegar melukai.

Rindu itu mendidik hatinya menjadi dingin dan beku. Rindu itu juga mengajar hatinya untuk tidak percaya pada cinta. Baginya, lelaki dijadikan daripada software yang sama, tidak setia dan tiada yang suci cintanya.

Ketika tangkai hatinya disapa dengan rasa cinta, dia nanar sendiri. Antara mahu menerima cinta dan menikmatinya dengan sepenuh jiwa atau terus menjadi penghuni di istana rindu yang semakin hari semakin usang.

"Ayah.. hapuskan rasa rindu ini. Aku ingin bebas dari rasa itu. Aku mahu menikmati rasa cinta tanpa ragu. Ya ALLAH, tolonglah aku."

RM10 (tak termasuk pos)

✓buku lama, cover tak cantik sikit

11/11/2023

Mereka semua dicintai dan disayanginya. Namun takdir Tuhan, seorang demi seorang dijemput Illahi dengan alasan tersendiri. Bagi Anne, walau hatinya pedih dan luka, dia terpaksa menerima takdir yang bertandang. Ketika Alex datang mengetuk pintu hati, Anne tahu dia tidak sanggup lagi kehilangan. Cuma Anne tidak sedar.. dugaan ada di mana sahaja. Dan sekali lagi.. dia harus menghadapi cabaran akan kehilangan seorang lagi belahan jiwa...

RM10 (tak termasuk pos)

✓kondisi cantik, ada tulisan sikit

11/11/2023

Izam dan Hanis memulakan episod cinta pertama di Sekolah Menengah Kebangsaan Kristal Bayu. Namun, kemanisan dirasakan hanya seketika. Hanis tiba-tiba berpindah sekolah tanpa memberitahu Izam. Malah, dia orang terakhir yang tahu mengenainya dan Izam kecewa.

Selama 10 tahun Izam menanggung sengsara merindui Hanis. Walaupun dalam tempoh itu dia telah bertunang dengan Rehan, tetapi dia terus hidup dalam kenangan cinta lamanya bersama Hanis.

Jodoh akhirnya menemukan kembali Izam dan Hanis. Tanpa disangka, Hanislah pereka baju pengantin Izam dan Rehan. Atas dasar klien, hubungan mereka menjadi rapat kerana sering berjumpa.

Ketika Rehan tiba-tiba memberi goresan luka pada hatinya, Izam merasakan itulah saatnya dia harus bertindak. Dia bertekad mahu menawan semula hati Hanis.

"Izam, kau bawa aku pergi Penang?"
"Susah sangat nak dating dengan kau. Aku culiklah kau bawa bercuti ke sini."
"Izam, untuk apa percutian ni semua."
"Untuk ulang semula kisah cinta kita."

Akhirnya, cinta bersemi kembali. Izam dan Hanis benar-benar menikmati peluang kedua yang datang. Tetapi, dalam bahagia ada dugaan datang menghimpit. Heris, lelaki yang dicemburui oleh Izam. Hisyam, mamat psiko yang tidak pernah ingin melihat Izam bahagia. Dan Kay, si penggoda cuba kacau daun mengurat Izam.

Bagaimanakah Izam dan Hanis menghadapi semua itu? Masihkah kebahagiaan menjadi milik mereka?

RM10 (tak termasuk pos)

11/11/2023

ILHAM dan Insyirah, dua beradik angkat yang membesar bersama bagai abang dan adik. Tanpa diduga, ada rindu yang bertamu di hati mereka. Dalam diam, masing-masing menyimpan rasa. Cinta, kasih dan rindu mereka bersatu menjadi tugu. Namun, Ilham atau Insyirah tidak berani bersuara. Bimbang kasih yang hadir, hanya bertepuk sebelah tangan.

Bertahun-tahun mereka memendam rasa. Ilham hanya memandang jauh meleraikan resah. Insyirah p**a menyulam gelisah di tabir mimpi. Mengapa tidak berterus terang? Adakah mereka takut pada jawapan YA atau TIDAK sedangkan cinta harus dilafazkan dengan kata-kata?

Dugaan datang bila Aiman berjaya mendekati impian Insyirah. Ilham yang tersilap menduga, bertindak mengikat Juwita sebagai tunangannya. Mereka berpura-pura menerima orang lain sedangkan hati tidak benar-benar rela. Hanya bulan bintang yang setia mendengar rintihan mereka.

Cinta yang hampir terhumban, kembali marak menyala. Keajaiban ALLAH, akhirnya menyatukan Ilham dan Insyirah sebagai suami isteri. Begitulah setulus janji dua kekasih yang pernah terluka dan dilukai, agar pengalaman di masa silam dijadikan kenangan.

RM8 (tak termasuk pos)

11/11/2023

Antara Shahrul dan Ikhwan, kedua-duanya sama kacak, sama baik. Tapi jika di hati tiada rasa cinta, salah seorang harus berkorban. Jika mulut berkata sayang sedangkan hati berkata tidak, untuk apa sebuah percintaan?

Sekuat manapun cinta Shahrul kepada Dina, hatinya tetap milik Ikhwan. Kehadiran Ikhwan telah mengajar Dina erti sebuah rindu. Sehari tidak berjumpa ibarat setahun lamanya. Namun, percintaan mereka sering diuji dengan salah faham dan kebetulan.

Akhirnya, Dina mengalah. Perginya bukan kerana kalah, tetapi pergi mencari harga diri yang dicampak oleh lelaki yang amat dicintai. Kerana cinta itu, Dina sanggup tinggalkan Ikhwan dan segala-galanya...

Setelah agak lama menyepi, Dina nekad ingin kembali. Sayangnya kep**angan Dina dalam keadaan yang tidak terduga! Tiada kata maaf, tiada pelukan mesra. Yang ada hanya tangisan... Gembira atau duka?

RM10 (tak termasuk pos)

11/11/2023

Kenapa terlalu s**ar dia mahu melafazkan apatah lagi mahu meluahkan. Apakah cinta itu sebenarnya hanya mainan perasaan? Tetapi kenapa semakin disimpan, semakin terdera rasanya? Ahh.. segalanya benar-benar menyakitkan. Dipendam, terasa sakit. Mahu diluah, terasa perit. Lantas lelaki itu sedar, dia perku membuat satu keputusan..

RM10 (tak termasuk pos)

11/11/2023

NUDRA HANEEM.. hidupnya sering saja diduga. Bahagia baginya bagaikan bintang yang bertaburan di langit; indah tetapi tidak tergapai dek tangan. Sedari kecil hidup tanpa kasih sayang ibu dan ayah, sekadar menumpang kasih orang dan bila dewasa, kasih dan cintanya diuji lagi.

Kehadiran ISKANDAR memberikannya kebahagiaan di saat diri memerlukan perhatian. Namun, rahsia keluarga yang tersimpan sekian lama telah menguji kasih Iskandar padanya. Antara kasih ibu dan kasih kekasih, yang manakah harud dikorbankan? Demi maruah, demi agama, sanggupkah cinta jadi taruhan?

"Cinta bukan matematik, Nudra. Satu cinta bahagia dua bukannya setengah."

"Saya juga bimbang Is, kalau kekuatan saya hilang dalam keadaan payah begini."

Bukankah cinta memerlukan pengorbanan? Ahh.. tapi tidak selamanya hati teguh andai cinta terus-terusan diuji. Sekali terluka, parutnya tinggal sampai bila-bila. Lalu, apa lagi yang terbaik selain nekad mengikut kata hati? Kerana.. itu adalah lebih baik daripada merelakan diri hidup bahagia dalam kepura-puraan!

RM10 (tak termasuk pos)

23/09/2022

𝐓𝐄𝐀𝐒𝐄𝐑 𝟐𝟏 : 𝐓𝐇𝐄 𝐔𝐍𝐒𝐏𝐎𝐊𝐄𝐍 𝐖𝐎𝐑𝐃𝐒. 𝐓𝐇𝐄 𝐒𝐓𝐀𝐑𝐈𝐍𝐆 𝐆𝐀𝐌𝐄 𝐈𝐒 𝐊𝐈𝐋𝐋𝐈𝐍𝐆 𝐌𝐄 – 𝐈𝐌𝐀𝐍𝐈

“Ehem. Ehem.” Abang Shidqie berdeham beberapa kali cuba mencuri perhatian kami berdua.

Aku meleraikan pelukanku lalu menjarakkan diri daripada tubuh kembarku. Arisha ketawa kecil melihat lagakku yang cukup kekok itu.

“Abang Shidqie, comel tak Imani?” Soal Arisha dengan keningnya terangkat-angkat beberapa kali.

Bibirku mengulum senyum segan. Kepalaku tunduk ke bawah. Mataku memandang hujung kasut putih yang tersarung di kakiku. Dalam diam, aku menanti dengan sabar ulasan dari bibir Abang Shidqie.

“Comel?” Itu suara Abang Shidqie.

Pantas aku mengangkat wajah memandang muka Abang Shidqie. Kali ini aku tergamam. Penampilannya amat berbeza sekali. Berkumis serta berjanggut. Bukan kelaziman Abang Shidqie tampil dengan berkumis dan berjanggut. Kebiasaannya, dia tampil kemas bergaya. Tapi kenapa dia nampak amat penat seperti kurang tidur beberapa malam saja.

“Ha’ah. Comel tak kembar Arisha ni?” Tangan Arisha memaut bahuku.

Aku melarikan wajah menyembunyikan resah di dada.

Dapat aku rasakan pandangan Abang Shidqie masih lagi melekat ke arahku. Lalu perlahan-lahan aku meluruskan badan. Membiarkan pandangan kami bertaut agak lama. Tanpa kata, dia sekali lagi berdeham.

“Berapa helai baju kena try ni?” Abang Shidqie mengalih topik perbualan. Terbit rasa kecewa di dasar hatiku. Mula bertindih dengan rasa sedih kerana Abang Shidqie sudah lama tidak berhubung denganku.

“Tiga pasang. Tengok yang mana korang pilih nak buat bersanding nanti.” Sampuk umi yang sedari tadi memerhati gelagat kami bertiga.

“Imani s**a yang mana?” Soalan Abang Shidqie jelas ditujukan khas untukku.

“Imani ikut abang je...” Ujarku perlahan sambil terus menatap sinar matanya.

Pandangannya masih lagi menikam anak mataku. Bagaikan dia ingin mengutarakan sesuatu. Tapi tidak di depan mama, umi dan juga Arisha.

23/09/2022

𝐓𝐄𝐀𝐒𝐄𝐑 𝟐𝟎 : 𝐇𝐄 𝐈𝐒 𝐑𝐀𝐍𝐃𝐎𝐌𝐋𝐘 𝐒𝐖𝐄𝐄𝐓 𝐒𝐓𝐄𝐀𝐋𝐈𝐍𝐆 𝐌𝐘 𝐇𝐄𝐀𝐑𝐓 𝐀𝐖𝐀𝐘 – 𝐈𝐌𝐀𝐍𝐈

“Imani...” Seruan Abang Shidqie berjaya mematikan langkahku.

Perlahan-lahan aku memusingkan badan menghadap Abang Shidqie. Dia berdiri sambil memasukkan kedua-dua tangannya ke dalam kocek seluar. Kemudian dia berjalan beberapa tapak menghampiriku.

Abang Shidqie berdiri betul-betul di depanku. Sehinggakan aku terpaksa mendongak untuk memandang sinar matanya. Pandangannya redup s**ar untuk aku mengerti. Rasa malu semakin menebal di dalam jiwa. Aku meluruskan wajah ke depan. Sekali lagi tergoda apabila pandanganku tertancap ke arah dada bidang Abang Shidqie yang sedikit terdedah. Beberapa butang baju kemeja putih di tubuh Abang Shidqie itu tidak bersatu dengan pasangannya. Hasilnya, Abang Shidqie tampak cukup seksi di kaca mataku.

“Nah...” Abang Shidqie menghulurkan sesuatu kepadaku.

Aku terpinga-pinga. Rasa cukup malu kerana naluriku cukup tergoda dengan tubuh seksi Abang Shidqie. Hish! Apa yang aku melalut ni?

“Apa dia?”

“Buka lah.”

Sepasang mataku melekat di anak mata Abang Shidqie beberapa saat sebelum aku mengalih pandangan menatap kotak kecil di tanganku.

“Cincin?” Soalanku tidak berlapik.

“Haha. Kau nak cincin lagi ke?” Abang Shidqie bertanya melalui celah tawanya.

Aku simpul bibir segan. Menggigil tanganku sewaktu membuka kotak kecil yang tidak berbalut itu. Terpapar sepasang rantai emas yang berkilau indah. Kelopak mataku membulat tanda terkejut. Sungguh, aku ingatkan Abang Shidqie sudah pun melupakan diriku. Tapi rupa-rupanya...

“Tutup mulut kau tu...” Tegur Abang Shidqie dengan senyuman herot sebelah.

Aku gigit bibir bawah. Amat malu ditegur oleh Abang Shidqie. Dan pada masa yang sama, rasa cukup terharu dengan hadiah yang diberi olehnya.

“Terima kasih, abang...” Bibirku menguntum senyuman manis khas untuknya saja.

Pandangan kami bertaut mesra.

“Jangan hilangkan p**ak rantai ni.” Pesannya lagi.

Aku melarikan wajah. Amat malu kerana rupa-rupanya umi telah menceritakan tentang kisah aku hilang cincin dulu kepada Abang Shidqie. Hish! Umi ni sejak bila jadi spy Abang Shidqie!

“Err...Imani janji, Imani akan jaga baik-baik hadiah abang ni...”

“Good girl!” Abang Shidqie mengangguk-angguk kecil tanda berpuas hati dengan jawapanku.

23/09/2022

𝐓𝐄𝐀𝐒𝐄𝐑 𝟏𝟗 : 𝐇𝐈𝐒 𝐒𝐎𝐅𝐓 𝐒𝐈𝐃𝐄 𝐈𝐒 𝐌𝐄𝐋𝐓𝐈𝐍𝐆 𝐌𝐘 𝐇𝐄𝐀𝐑𝐓 – 𝐈𝐌𝐀𝐍𝐈

“Nanti umi bawak makanan. Shidqie jaga Imani ya.” Lembut p**a suara umi apabila berbicara dengan Abang Shidqie. Aku hanya terkebil-kebil memerhati.

Abang Shidqie mengangguk laju. Pautan tangannya masih kemas memaut tubuhku. Rasa malu yang membalut hatiku ini menyebabkan aku berusaha untuk keluar dari pautan tangannya. Namun, dia tetap bersahaja memeluk tubuhku.

Umi bingkas bangun berdiri lalu berjalan keluar dari bilik tidurku.

Kini hanya kami berdua berada di dalam bilik tidurku. Aku semakin segan. Sekali lagi aku cuba untuk membetulkan posisi kedudukanku. Dan kali ini, Abang Shidqie meleraikan pegangannya tanpa banyak soal.

Segera aku mengengsot ke tengah katil. Tanganku naik untuk membetulkan rambut yang berjuntai ke depan. Sumpah. Aku rasa malu gila. Maknanya sewaktu aku pengsan tadi, Abang Shidqie sudah pun melihat rambutku. Ya Allah, malunya. Sepatutnya ada upacara membatalkan air sembahyang. Tapi gara-gara aku pengsan, semuanya tergendala. Aku mengetap bibir menahan malu. Pandanganku tunduk ke bawah. Langsung tidak berani beradu pandang dengan Abang Shiqie.

Tok! Tok!

Terpacul wajah Arisha di muka pintu dengan senyuman di bibirnya. Dia melangkah masuk ke dalam bilikku dengan menatang sebuah mangkuk berisi makanan.

“Umi suruh hantar ni dulu. Nestum buat alas perut kau, Imani. Umi tengah buat bubur tu.” Ujar Arisha dengan segaris senyuman nakalnya.

“Okey.” Balasku sedikit kuat. Tangan ingin mencapai mangkuk yang dihulur oleh Arisha. Namun, cepat saja mangkuk itu dicapai oleh Abang Shiqie. Tanganku p**a tergantung di udara.

Si Arisha ketawa mengekek memandang gelagat kami berdua.

“Aku keluar dulu. Kau jaga diri kau elok-elok babe!” Sengaja Arisha mengusikku sehingga pipiku semakin bertukar merah bak buah delima.

“Nah.” Abang Shidqie menyuakan sudu berisi nestum 3-in-1 yang selalu aku makan waktu sarapan ke bibirku.

“Err. Imani boleh makan sendiri.” Ujarku penuh dengan rasa malu.

Tapi Abang Shidqie tidak berkata apa-apa. Sebaliknya tangannya masih lagi menyuakan sudu ke mulutku. Aku memandang wajahnya seketika sebelum membuka mulut memakan nestum yang disuap oleh Abang Shidqie itu.

Photos from kakinovelterpakai_'s post 23/09/2022

𝐓𝐄𝐀𝐒𝐄𝐑 𝟏𝟖 : 𝐊𝐄𝐍𝐀𝐏𝐀 𝐂𝐄𝐌𝐁𝐔𝐑𝐔 𝐈𝐍𝐈 𝐇𝐀𝐃𝐈𝐑? – 𝐒𝐇𝐈𝐃𝐐𝐈𝐄

“Imani! Kenapa kau berani sangat sekarang?” Suara Abang Shidqie kuat menerjah pendengaranku.

Segera aku menghentikan langkah. Memusingkan tubuhku menghadap Abang Shidqie yang sedang berjalan laju ke arahku.

Dadaku turun naik geram bercampur marah dengan perangai Abang Shidqie. Disebabkan pembohongannya dulu, Khalid berani memandang rendah terhadapku. Mungkin Khalid ingin membalas dendam terhadap Abang Shidqie kerana merampas Nadirah dulu. Sebab itu dia berani kacau aku tadi!

“Abang cakap Imani berani? Siapa yang berani sebenarnya? Imani ke abang?” Soalku dengan nada tinggi. Tidak ingin kalah dalam perang debat ini. Cukuplah maruahku diperkotak-katik dan dipermainkan oleh Abang Shidqie.

“Apa yang kau merepek ni, Imani?” Dia bercekak pinggang. Matanya mencerun tajam bagaikan ingin menelan diriku saja gamaknya.

“Huh! Tak perlu berlakon baiklah, Abang Shidqie. Khalid dah beritahu semuanya pasal abang dengan Nadirah dulu. Tak perlu nak bodohkan Imani lagi!”

“Jadi kau percaya cakap dia?”

“Perlu ke Imani percaya cakap dia?” Aku menaikkan sebelah kening mencabar.

Abang Shidqie melangkah dua tapak mara ke depan. Berdiri betul-betul di depanku. Ketinggiannya menyebabkan aku terpaksa mendongak ke atas untuk terus berlawan pandang dengannya.

“Kau ada apa-apa ke dengan Khalid? Kenapa dia sentuh kau?” Suara garau itu kedengaran cukup pedas bagaikan dia menguji kesabaranku.

“Kalau Imani ada apa-apa dengan Khalid, apa abang akan buat?”

“Kau jangan cabar aku, Imani!” Bergetar nada suara Abang Shidqie. Mukanya merah menyala. Kedua-dua tangannya tergenggam kemas. Rahangnya dikacip kuat. Jelas dia benar-benar marah dengan soalanku tadi.

Want your business to be the top-listed Shop in Ipoh?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Address

Ipoh

Other Book Stores in Ipoh (show all)
Rajan Enterprise Rajan Enterprise
Jalan Silibin
Ipoh, 30100

selling stationeries , school supplies , school apparel & etc. provide service for photostate , laminate , binding , name tags & etc

Cara Sihat Terkini Cara Sihat Terkini
LOT 4545 SURA JETTY
Ipoh, 54300

Amalkan cara hidup yang sihat :)

Shima Stationery And Photocopy Centre Shima Stationery And Photocopy Centre
141 Jalan Pengkalan Barat
Ipoh, 31650

Shima Stationery And Photocopy Centre. Menyediakan perkhimatan fotostat, printing dan sebagainya.

Bookaholic Bookaholic
Jalan Raja Musa Mahadi
Ipoh, 31400

Selling second-handed books at an affordable price for all the book maniacs out there.

Buku laku keras Buku laku keras
No. 6a, Hala Meru 11, Pusat Komersial Taman Meru 2B
Ipoh, 30020

kami adalah penjual buku eksklusif mengenai sejarah islam alam melayu

Copytex Sdn Bhd Copytex Sdn Bhd
12, Regat Sri Cempaka, Taman Cempaka
Ipoh, 31400

COPYTEX SDN. BHD. (175396-H) are specialize in B/W and full colour digital copying and printing services, Large format AO size plan printing and all kind of finishing services and ...

Aminbakri_AdsBook Aminbakri_AdsBook
Ipoh, 30020

http://www.wasap.my/+60193429758/adspages

十大书坊starfly BOOK Store 十大书坊starfly BOOK Store
Ipoh, 30100

A shop provide book renting service. Selling comic, novel n oths. Welcome to search my photo albums

New Century Book Store New Century Book Store
136 Jalan Sultan Yussuf
Ipoh, 30000

shopee.com.my/newcenturybookstore

Bilèk Buku Bilèk Buku
Jalan Laxamana
Ipoh, 30300

#BilèkBuku terletak di Pasar Besar Ipoh menyajikan buku sejarah, sastera, seni, budaya & alam Melayu

IGCSE Books IGCSE Books
11 Jalan Lasam
Ipoh, 30450