Residensi Seni PORT

Residensi Seni ini memberi peluang kpd seniman bg menghasilkan karya dlm konteks seni & budaya Perak.

Residensi Seni diberikan dua kali setahun kepada para penggiat seni visual dari Malaysia dan luar negara untuk menjalani residensi seni di Black House, PORT. Residensi ini ditumpukan untuk para seniman yang ingin berehat seketika dari kebiasaan praktis seni mereka dalam usaha meneroka idea-idea, medium dan halatuju baharu. Program residensi ini merangkumi masa tiga bulan, yang mana pada akhirnya,

01/11/2023

Selamat jalan dan tahniah diucapkan kepada Mickey Yang yang telah selesai menjalankan tempoh residensi seni di PORT.

Terima kasih juga diucapkan kepada rakan strategik seperti Kapallorek Artspace, Percha Artspace, Lost Generation, Groundzero Art Collective, En. Ronnie Bahari dan juga Steve Tan yang sudi memberi ruang dan sokongan terhadap sesi kali ini.

Photos from Residensi Seni PORT's post 27/10/2023

Artis residensi PORT, Mickey Yang berkesempatan untuk mempelajari teknik fotografi 'wet plate' bersama seniman fotografi, Steve Tan di studio beliau yang terletak di bangunan Tin Alley, Ipoh baru baru ini. Sesi ini memberi peluang kepada Mickey untuk mempelajari teknik dan juga bahan yang digunakan bagi menghasilkan gambar melalui teknik wet-plate. Selain itu, artis residensi PORT juga berpeluang untuk melihat sendiri bagaimana seni Opera Cina diadakan. Sesi kali ini juga disertai oleh Miki Kanai, seorang jurnalis seni yang berasal dari Jepun.

Pihak PORT ingin mengucapkan terima kasih kepada Steve Tan kerana sudi meluangkan masa bersama artis residensi kali ini.

Gambar: Mickey Yang

Photos from Residensi Seni PORT's post 23/10/2023

Artis Residensi PORT, Mickey Yang telah menyertai tayangan pra-tonton filem "magiK" arahan Yasu Tanaka di bawah program Portfolio, dengan sokongan Kementerian Komunikasi dan Digital baru-baru ini.

Turut bersama-sama adalah pengarah, Yasu Tanaka, penerbit Bea Tanaka, aktor Beto Kushairy serta pengkritik filem tanah air Hassan Muthalib.

Photos from Residensi Seni PORT's post 23/10/2023

Terima kasih kepada Lost Generation Space kerana sudi menerima dan menjadi hos kepada artis residensi PORT beberapa hari di Kuala Lumpur baru-baru ini. Lawatan kali ini memberi peluang kepada artis untuk melawat beberapa tempat seperti Valley of Hope dan Batu Cave.

Gambar: En. Yeoh & Mickey Yang

Photos from Residensi Seni PORT's post 11/10/2023

Terima kasih diucapkan kepada pihak Groundzero Art Collective yang sudi menjadi hos kepada artis residensi PORT, Mickey Yang selama beberapa hari di Kuala Kangsar.

Lawatan kali ini memberi peluang kepada artis untuk bertemu dan mengenali dengan lebih dekat lagi dengan seniman seni arca, Raja Shahriman. Selain ini, artis juga berpeluang melawat beberapa tempat lain di Kuala Kangsar. Antaranya ialah, Muzium Diraja Kuala Kangsar, Masjid DiRaja Ubudiah dan juga Jambatan Victoria.

Gambar: En. Syafiq & Mickey Yang

Photos from Residensi Seni PORT's post 04/10/2023

Pihak PORT sangat berbesar hati dengan penerimaan dan kesudian pihak Percha Art Space yang sudi menerima dan menjadi hos kepada artis residensi PORT, Mickey Yang.

Lawatan kali ini memberi peluang kepada artis residensi untuk melawat beberapa studio yang terdapat di kawasan Lumut, Perak. Antaranya ialah, Studio Manik Kapas, Galeri Percha, Toa Pek Kong, Kampung Pasir Panjang, The Settlement Museum, Sitiawan dan juga Dutch Fort yang berada di Pulau Pangkor, Perak.

Photos from Residensi Seni PORT's post 04/10/2023

Terima kasih diucapkan kepada pihak Kapallorek Artspace kerana sudi menerima dan menjadi hos kepada artis residensi PORT selama 4 hari di Sri Iskandar, Perak baru baru ini.

Lawatan ini bertujuan untuk artis mengenal dengan lebih dekat lagi komuniti seni yang berada di kawasan Sri Iskandar. Artis residensi PORT juga berpeluang melawat beberapa tempat pelancongan seperti Tanjung Tualang Tin Dredge No. 5, Galeri Lat, Kellies Castle, Rumah Kutai & Limas di Bota Kiri oleh arkitek Dr. Sabriza, Pulau Misa (Perkampungan Tradisi Melayu Bota) dan juga beberapa studio artis seni halus seperti Studio Kotakaca oleh Mahizan Hijaz, Studio Coret oleh Daud Rahim, Studio Sarangrupa oleh Hamidi Hadi, Studio Kausar oleh Zainon Abdullah.

Sesi kali ini juga disertai oleh Miki Kanai, seorang jurnalis seni dari Jepun.

Seniman residensi pada kali ini ditaja oleh dua agensi Netherlands iaitu Mondriaan Fond dan Stroom Den Haag.

Photos from Residensi Seni PORT's post 04/10/2023

Sesi perjumpaan bersama Puan Hanim, Pengurus Besar PORT telah diadakan pada 18 September 2023 yang lalu. Sesi ini diadakan bertujuan untuk mengenali dengan lebih dekat dan juga berbincang berkenaan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan sepanjang program ini dijalankan.

Nantikan berita mengenai progres artis sepanjang program residensi ini berlangsung.

Photos from Residensi Seni PORT's post 22/09/2023

Selamat datang diucapkan kepada artis residensi kelahiran Belanda, Mickey Yang yang menyertai program Residensi Seni PORT. Penyertaan beliau sebagai artis residensi untuk program Residensi Seni@PORT ini adalah khusus untuk menyelami persekitaran negeri Perak serta terlibat dalam perbincangan-perbincangan bersama komuniti seni dan budaya tempatan.

Program kalini mendapat sokong dari beberapa organisasi seni yang terlibat di sekitar Perak dan juga luar Perak, antaranya Kapallorek, Percha Artspace, Groundzero Art Collective dan juga Lost Gens.

Photos from Residensi Seni PORT's post 19/09/2023

Tahniah diucapkan kepada kedua-dua bekas artis residensi PORT, Izzat Aziz dan Abdul Shakir yang telah menjayakan Pameran Seni TITIAN MUHIBBAH MALAYSIA-INDONESIA anjuran kerjasama Kapallorek dan Kersan Art Foundation di Muzium Seni Rupa dan Keramik, Jakarta pada 16 September - 16 Oktober 2023.

Kredit gambar: Abdul Shakir dan Izzat Aziz

13/09/2023

Pengurus Besar PORT dikunjungi dua orang seniman residensi PORT di minggu terakhir mereka untuk program Residensi Seni@PORT.

Abdul Shakir dan Aw Boon Xin telah melengkapkan program residensi mereka dengan persembahan pameran “Kembali Pulang ke Sarang” di Tin Alley, Ipoh. Pameran berlangsung sehingga 1 Oktober 2023 dari pukul 10.00 pagi hingga 5.00 petang.

Masuk adalah PERCUMA. Sebarang pertanyaan boleh hubungi Puan Nadhirah di talian 012-4280184.

[Untuk melihat E-katalog pameran boleh didapati pada pautan bio di .port | Penulis: Yap Sau Bin dan Suzy Sulaiman]

Photos from portipoh's post 09/09/2023
09/09/2023

Pameran Seni "Kembali Pulang ke Sarang" adalah pernyataan seniman mengenai kegawatan mereka untuk ‘kembali ke akar’. Dalam usaha mencari jawapan seputar soal-soal keberadaan identiti, rujukan-rujukan tentang peristiwa, pengalaman mahupun tragedi di masa silam dapat menjadi petanda penting yang boleh membina perspektif sebenar dalam konteks masa kini.

Pameran masih berlangsung sehingga 1 Oktober 2023. Bermula 10.00 pagi hingga 5.00 petang setiap hari kecuali Isnin. Masuk adalah PERCUMA.

Untuk melihat E-katalog pameran boleh didapati pada pautan; https://drive.google.com/file/d/1EdpKKpv-rDpm3ML7ZTRleVpCaeYhEpI9/view?usp=drive_link

Penulis: Yap Sau Bin dan Suzy Sulaiman

Photos from Residensi Seni PORT's post 09/09/2023

Throwback hari perasmian festival seni Art Ipoh 2.0 di Tin Alley pada 26 Ogos 2023.

Pihak kami amat teruja dengan kesudian DYAM Tuanku Raja Dihilir mencemar duli melawat pameran "Kembali Pulang ke Sarang" oleh kedua dua artis residensi PORT, Aw Boon Xin dan Abdul Shakir.

Pameran masih berlansung sehingga 1 Oktober 2023. Bermula 10.00 pagi hingga 5.00 petabg setiap hari kecuali Isnin. Masuk adalah PERCUMA.

[Untuk melihat katalog Pameran "Kembali Pulang ke Sarang", klik pada pautan di bahagian Bio]

Photos from Residensi Seni PORT's post 30/08/2023

Pameran Seni Artis Residensi
"KEMBALI PULANG KE SARANG"
26 Ogos 2023 - 1 Okt 2023
10.00 pg - 6.00ptg @ Tin Alley, Ipoh

---

Bentala
Abdul Shakir
2023
Unjuran Pemetaan & Instalasi

Pameran ini menjalinkan pesona cerita yang mendendangkan pusaka kaya Pekan Ipoh, pada masa yang sama melangkaui batas waktu dan adat. Kisah semalam, hari ini dan akan datang diberi nafas baharu melalui motif kraf tekat yang berjalin-jalin. Corak tersebut akan dipancarkan pada labu sayong dan skrin televisyen CRT bagi mencipta gubahan jati diri yang menawan.

Di tengah-tengah instalasi ini, sebuah labu sayong besar tersergam memainkan peranan baharu—menjadi kanvas bagi motif tekat. Corak berjalin-jalin tersebut mencerminkan pertalian yang mengikat seseorang kepada sejarah dan masyarakat mereka. Tatkala jari- jemari anda merasai lekuk labu sayong tersebut, anda turut menjadi sebahagian daripada naratif sentuhan yang mengalami kesalinghubungan jati diri manusiawi yang pelbagai.

Apabila kita memasuki ruang instalasi ini lebih lanjut, pertembungan teknologi dan pusaka dapat ditemui dalam sebuah kamar unjuran. Di sinilah labu sayong tersebut menjadi lakuran mempesona terhasil daripada tanah liat dan ujuran tekat. Jalinan motif ini menceritakan perkembangan budaya Ipoh, memberi pencerahan kepada simpulan tradisi yang teranyam menjadi busana jati diri kinikala.

Instalasi ini merupakan bukti nyata akan kekuasaan pusaka dan kesenian. Melalui keindahan motif tekat yang berjalin-jalinan diunjurkan pada labu sayong dan televisyen CRT, instalasi ini menjemput anda untuk mengembara keseliratan jati diri yang merajutkan bebenang halus masa lampau dan masa kini. Ketika anda menjalani pengembaraan sarat deria ini, anda akan menemui diri anda terkait dalam anyaman sejarah Ipoh yang gemilang, pada masa sama menemui semula intisari abadi yang mengikat perhubungan kita semua.

---

Photos from Residensi Seni PORT's post 30/08/2023

Pameran Seni Artis Residensi
"KEMBALI PULANG KE SARANG"
26 Ogos 2023 - 1 Okt 2023
10.00 pg - 6.00 ptg @ Tin Alley, Ipoh

---

Bisikan Bergema
2023
Kaset, Permbesar Suara, Pita Pelekat

Dalam bunyi-bunyian imersif ini, kaset lagu cinta vintaj akan dimainkan oleh beberapa pemain pita berlainan, sambil lagu tersebut berjalinan dan bertindihan antara fasa-fasa berbeza pada masa yang sama. Pendampingan emosi manusia yang diluahkan melalui lagu cinta bersama panggilan Rumah Burung menyeru kepada perenungan puitis tentang keintiman dan kelembutan sesebuah perhubungan. Saat bunyi-bunyian ini bercampuran, pengunjung dijemput untuk bertafakur tentang perhubungan mereka.

---

Photos from Residensi Seni PORT's post 30/08/2023

Pameran Seni Artis Residensi
"KEMBALI PULANG KE SARANG"
26 Ogos 2023 - 1 Okt 2023
10.00 pg - 6.00 ptg @ Tin Alley, Ipoh

---

Kembali Pulang
2023
Besi, Kasut getah

Di sebalik alunan lagu Rumah Burung berkumandang, pancang burung dipasang di kawasan luar Rumah Burung turut menangkap perhatian saya. Pancang ini merupakan perlambangan usaha untuk melindungi jati diri, keperibadian dan masyarakat kita daripada ancaman mahupun pengaruh luar. Pentas utama diberikan kepada persoalan “diri dan yang lain.” Lantas, para pengunjung dijemput untuk meneliti hubung kait pemaknaan diri kita bersama orang lain dan bagaimana jati diri kita dibentuk oleh pertembungan antara kepelbagaian budaya, buah fikir dan pengalaman.

---

Photos from Residensi Seni PORT's post 30/08/2023

Pameran Seni Artis Residensi
"KEMBALI PULANG KE SARANG"
26 Ogos 2023 - 1 Okt 2023
10.00 pg - 6.00 ptg @ Tin Alley, Ipoh

---

‘The Toil, The Sweat, The Dream’
2023
Kalendar Cina, Plastik, Resin

Pepatah tradisional Cina seperti "金玉满堂" (kemakmuran dan kekayaan) serta "五福临门" (lima rahmat menjengah rumah) merupakan ingatan yang paling penting saya miliki. Kebiasaannya di hadapan pintu rumah orang Cina, terdapat panji merah dipenuhi pelbagai pepatah keramat ini. Kata- kata keramat ini membangkitkan kepentingan budaya kemakmuran dan mendoakan kehidupan yang lebih elok, membentuk bahagian-bahagian utama dalam jati diri orang Cina. Saya menjahit panji-panji ini bersama kertas kalendar dan mengisikannya dengan gas helium. Kata-kata keramat ini terapung dan terkatung-katung menyentuh ruangan siling. Justeru, kita didorong untuk merenung bagaimana pegangan dan nilai budaya memberi kesan terhadap jati diri dan rasa kekitaan dimiliki dalam dunia beraneka ini.

---

Photos from Residensi Seni PORT's post 25/08/2023

Pameran Seni "Kembali Pulang ke Sarang" oleh dua orang artis residensi PORT, Aw Boon Xin dan juga Abdul Shakir aka Grashopper, akan berlangsung di bangunan Tin Alley pada 26 Ogos - 1 Oktober 2023 dari jam 10.00 pagi - 6.00 petang.

Kembali Pulang ke Sarang adalah pernyataan seniman mengenai kegawatan mereka untuk ‘kembali ke akar’. Dalam usaha mencari jawapan seputar soal-soal keberadaan identiti, rujukan-rujukan tentang peristiwa, pengalaman mahupun tragedi di masa silam dapat menjadi petanda penting yang boleh membina perspektif sebenar dalam konteks masa kini.

Pameran ini dijalankan sempena Program Art Ipoh 2.0. Anda semua dijemput hadir. Masuk PERCUMA!

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Puan Nadhirah di talian 012-4280184.

25/08/2023

Pameran Seni "Kembali Pulang ke Sarang" oleh dua orang artis residensi PORT, Aw Boon Xin dan juga Abdul Shakir aka Grashopper, akan berlangsung di bangunan Tin Alley pada 26 Ogos - 1 Oktober 2023 dari jam 10.00 pagi - 6.00 petang.

Kembali Pulang ke Sarang adalah pernyataan seniman mengenai kegawatan mereka untuk ‘kembali ke akar’. Dalam usaha mencari jawapan seputar soal-soal keberadaan identiti, rujukan-rujukan tentang peristiwa, pengalaman mahupun tragedi di masa silam dapat menjadi petanda penting yang boleh membina perspektif sebenar dalam konteks masa kini.

Pameran ini dijalankan sempena Program Art Ipoh 2.0. Anda semua dijemput hadir. Masuk PERCUMA!

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Puan Nadhirah di talian 012-4280184.

Photos from Residensi Seni PORT's post 05/08/2023

Sekitar majlis "Cozy Gathering" sempena program Art Ipoh 2.0 yang bakal dianjurkan pada 26 Ogos - 1 October 2023.

Acara ini dianjurkan oleh .my bagi memperkenalkan beberapa orang artis lain selain artis residensi PORT sempena acara Art Ipoh 2.0 itu nanti.

.0

Photos from Residensi Seni PORT's post 15/07/2023

Sesi perbincangan artis residensi bersama seorang lagi penasihat residensi seni, Puan Suzy Sulaiman telah berjalan pada hari ini di Studio Tin Alley. Sesi ini dikhususkan bagi memberi peluang kepada artis untuk berbincang dengan lebih mendalam tentang konteks pilihan serta sebagai rujukan kepada artis sebelum karya dihasilkan.

Artis residensi, Abdul Shakir juga menunjukkan beberapa peralatan sebagai medium yang akan digunakan untuk mempamerkan karya akhir nanti.

Nantikan berita mengenai progres kedua-dua artis sepanjang program residensi ini berlangsung.

Photos from Residensi Seni PORT's post 15/07/2023

Terima kasih kepada Dr. Nicole Chang kerana memberi peluang kepada kedua-dua artis residensi PORT untuk berada dan melihat sendiri dengan lebih dekat proses membuat tanglung semasa bengkel sedang dijalankan yang juga dikendalikan oleh artisan Chuen Mun Wai.

Photos from Residensi Seni PORT's post 05/07/2023

Sesi suaikenal bersama salah seorang penasihat Residensi Seni Sesi 1 bagi tahun 2023, Encik Yap Sau Bin telahpun berjaya diadakan pada hari ini di Studio Tin Alley. Sesi ini dikhususkan untuk memberi peluang kepada artis residensi untuk berbincang secara lebih mendalam tentang subjek serta konteks pilihan, sebelum pertemuan-pertemuan lanjut diaturkan bersama sumber-sumber rujukan yang lain.

Artis residensi PORT, Aw Boon Xin juga berkesempatan untuk menunjukkan beberapa jenis karya yang pernah dihasilkan sebelum ini kepada Encik Yap Sau Bin dan juga Pengurus Besar PORT, Puan Hanim. Nantikan berita mengenai progres kedua-dua artis sepanjang program residensi ini berlangsung.

Photos from Residensi Seni PORT's post 27/06/2023

Pihak PORT sempat melawat studio artis residensi di Tin Alley dan dapat juga melihat serba sedikit idea dan proses bagi menghasilkan karya akhir, hari ini.

Photos from Residensi Seni PORT's post 23/06/2023

Terima kasih diucapkan kepada Encik Aizuddin, Timbalan Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Perak kerana sudi menerima kunjungan artis residensi PORT bagi tujuan mengenali dengan lebih dekat lagi bagaimana proses untuk membuat Labu Sayong.

Dengan kunjungan ini jugak, artis residensi berpeluang mengenali seni kraf perak yang lain, iaitu seni cetakan batik yang menggunakan tanah liat atau lebih dikenali sebagai 'clay batik' dan juga seni tekat.

Photos from Residensi Seni PORT's post 21/06/2023

Sesi Perkongsian "Think Outside of the Screen" oleh salah seorang artis residensi seni PORT, Abdul Shakir atau lebih dikenali sebagai 'Grasshopper' telah dijalankan semasa Program Kem Belia Kreatif 2023 yang bertempat di Studio Pincer MBI pada 16-18 Jun 2023 yang lalu.

Program Kem Belia Kreatif (KBK) ini dianjurkan untuk menawarkan ilmu serta latihan kesenian kepada para belia dan beliawanis di negeri Perak. Tenaga-tenaga pelatih yang mahir dan terkenal di dalam industri kreatif dilibatkan untuk memberi peluang kepada para peserta mendapat bimbingan mengikut trend terkini.

Photos from Residensi Seni PORT's post 15/06/2023

Terima kasih diucapkan kepada Encik Tan Lai Kek, Ketua Pegawai Eksekutif syarikat Rafflesia Eco Berhad kerana memberi ruang dan peluang kepada kedua-dua artis residensi PORT untuk melawat kilang kayu Red Mountain Sin Yoon Loong yang teletak di Mengelembu semalam.

Mereka juga dibawa untuk melihat dengan lebih dekat bagaimana kayu-kayu lebihan dijadikan peralatan atau bahan hiasan.

Photos from Residensi Seni PORT's post 12/06/2023

Artis residensi PORT berkesempatan untuk menyertai sebuah program bicara seni kontemporari anjuran Kapallorek Artspace dan Kersan Art Foundation, Jogjakarta yang dijalankan di PORT, semalam.

Program ini menampilkan dua personaliti penting dunia seni kontemporari Indonesia, Lenny Ratnasari Weitchert (Artis, Pengasas Kersan Art Foundation) dan Irvin Domi (Artis, Pengarah Artistik). Acara ini merupakan sebahagian daripada projek TITIAN MUHIBAH: Indonesia-Malaysia Art and Cultural Exchange yang termasuk pameran, seni performans, bengkel dan lain-lain.

Semoga pertemuan ini memberi idea dan manfaat kepada kedua-dua artis residensi PORT sesi kali ini.

Photos from Residensi Seni PORT's post 07/06/2023

Kedua-dua artis Residensi Seni PORT, Abdul Shakir dan Aw Boon Xin (bersama salah seorang artis dari kolektif RejectAsylum, Koh Kai Ting) berpeluang menjalankan sesi suaikenal dan perbincangan pertama bersama pengurus PORT, Puan Nur Hanim Khairuddin pada 6 Mei 2022.

Salah seorang artis juga berpeluang berjumpa dengan artis seni Steve Tan dan juga berkesempatan untuk melawat studio beliau di bangunan Tin Alley.

Minggu pertama ini dikhususkan untuk mereka mengembangkan lagi idea tentang subjek serta konteks pilihan yang bakal menjadi asas penyelidikan dan pengkaryaan dalam tempoh residensi seni ini dijalankan.

Want your museum to be the top-listed Museum in Ipoh?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Address

No 9, Jalan Sultan Azlan Shah
Ipoh
31400

Opening Hours

Monday 08:30 - 05:30
Tuesday 08:30 - 05:30
Wednesday 08:30 - 05:30
Thursday 08:30 - 05:30
Friday 08:30 - 05:30

Other Art Galleries in Ipoh (show all)
山城青年精英書法展 Calligraphy Exhibition of YOUTH ELITE from IPOH 山城青年精英書法展 Calligraphy Exhibition of YOUTH ELITE from IPOH
马来西亚佛教总会霹雳州分会, Malaysian Buddhist Association Perak Branch , 1A, Jalan Pasir Puteh, New Pasir Puteh
Ipoh, 31650

由廉贞书苑创办人陈星卫发起,联合马来西亚佛教总会霹雳州分会举办。此展集合多位来自怡保青年书法爱好者的作品,为的就是推广以及提升怡保的书法风气,让更多人通过书法获益我们的一生,更让怡保成为文化的精粹!

Rider Bungkusit IPOH Rider Bungkusit IPOH
Ipoh
Ipoh

perkhidmatan Runner

Ethereal Art Exhibition Ethereal Art Exhibition
3, Lorong Bijeh Timah
Ipoh, 30000

Ethereal , an art exhibition featured by skilled illustration students from Era Technology Communication Art & Design College . 此美术展是由怡保时创设计学院的设计系学生共同举办,展览命名为Ethereal , 代表着空灵高雅。

Papillon Artelier Papillon Artelier
Persiaran Cempaka Sari 34
Ipoh, 31400

ITSLIQUID Art Ambassador. An open art community space that fosters creativity.

KooKee IpohOldtown KooKee IpohOldtown
23, Jalan Panglima
Ipoh, 30000

Wood and Art Gallery

Studio Printing Studio Printing
Taman Muhibbah
Ipoh, 31150

name card, wedding card, label, sticker, banner, streamer, cutting sticker

Mein Ding Gallery Studio Mein Ding Gallery Studio
At Sawmill Living Museum, Bukit Merah Wood Products Lot No 59241, Jalan Lahat, Batu 4 1/2, Bukit Merah Industrial Estate
Ipoh, 31500

GALLERY Artworks, novelty & historical Items, memorabilia, Autographs, collectible artworks, furnit

Ultimate Designers Kavadi Creators Ultimate Designers Kavadi Creators
20 Persiaran Buntong Jaya 14 Taman Buntong Jaya
Ipoh, 30100

Fullfill Your Kavadi Vows Wif Us! we are de CREW of Ultimate Designers. THE BEST KAVADI Creator

Miniature Wonders Art Gallery Miniature Wonders Art Gallery
Jalan Bercham Nova 4
Ipoh, 31400

Miniature Wonders Art Gallery We are promoting miniature art and culture history Operation hours:

Malaysian Watercolour Space Malaysian Watercolour Space
119 Jalan Sultan Idris Shah
Ipoh, 30000

瓷藝館 CiYi Gallery 瓷藝館 CiYi Gallery
70, 70A Jalan Bercham, Taman Seri Dermawan
Ipoh, 31400

瓷藝館

Amsimeet Art Amsimeet Art
Sunway City Ipoh
Ipoh, 31150

Amsimeet is a art business selling original and limited edition prints of paintings done by Dr Manji