Peguam Keluarga Perak
Pihak kami menawarkan perkhidmatan konsultasi dan runding cara secara atas talian dan bersemuka bagi sesiapa yang mempunyai masalah berkaitan rumahtangga.
Perkhidmatan profesional ini dikendalikan oleh peguam yang bertauliah.
Assalamualaikum.
Warga perak yang dihargai.
Perlukan ruang bercerita masalah peribadi? Ayuh kongsikan bersama kami secara tertutup di google meet.
Kami bantu mencari solusi!
Salam Ramadahan fasa akhir.
Ramadan semakin melabuhkan tirainya. Mari kita semua mempertingkatkan amalan.
Jaga diri semua dan selamat berpuasa.
๐ ๐๐ก...๐๐ฆ๐ง๐๐ฅ๐ ๐๐๐จ ๐๐จ๐ฅ๐๐ก๐..๐๐๐ก๐๐จ๐ฅ ๐ฅ๐๐ ๐จ๐ ๐๐๐ก ๐๐จ๐๐จ๐ ๐๐๐ง๐ ๐๐๐จ๐๐ฅบ
Tips dan guideline ini dapat membantu anda jika anda dapati isteri berlaku curang dalam hubungan:
1. Kawal emosi dan tegur serta nasihat dahulu.
2. Dengan tenang cari maklumat sahih, jangan senang2 percaya bulat-bulat dari mulut orang. Sendiri rugi jika ia sebuah fitnah.
3. Jika maklumat sahih, dan isteri mengakui maka bagi kata dua pada isteri. Samada ingin bertaubat atau diambil tindakan untuk disabitkan sebagai isteri yang Nusyuz di Mahkamah. Berat kesan isteri Nusyuz ni.
4. Jika isteri pilih untuk bertaubat, maka selesai dan Alhamdulillah. Suami berubah jika ada salah silap dari suami, isteri juga berubah untuk perbaiki diri.
5. Jika isteri enggan berubah, ada tiga tindakan yang boleh dibuat dan diambil tindakan oleh suami.
๐Pertama, failkan isteri kembali taat atau sabitan Nusyuz mengikut kepada kesesuaian kes.
๐Kedua, dalam masa yang sama boleh failkan gangguan pihak ketiga. Aduan dibuat di bahagian Penguatkuasa Undang-undang untuk diambil tindakan terhadap pihak ketiga tu. Renyah memang renyah tapi ini antara tindakan yang boleh diambil mengikut undang-undang.
๐Ketiga, jika tak mampu lagi untuk meneruskan perkahwinan boleh failkan perceraian secara persetujuan bersama atau tuntutan Fasakh untuk dinyatakan sebab-sebab untuk berpisah. Tapi jangan ikut emosi terus lafaz cerai p**ak tanpa kebenaran. Nanti lain p**ak kesnya nanti.
6. Bila semua perkara ni dah selesai. Teruskanlah sisa hidup yang berbaki itu dengan cara yang bahagia. Bahagia itu kita yang cipta bagaimana rencahnya, barulah bahagia.
Komen di bawah๐
Anda buntu? Kami bantu
Credit: Rabiatul Adawiyah Ramli
APAKAH HAK ISTERI PERTAMA APABILA TIBA2 DAPAT TAHU SUAMI SUDAH BERPOLIGAMI?
Cerita tentang tiba-tiba sudah ada madu, suami poligami secara senyap dan tanpa pemberitahuan sudah terlalu banyak.
Namun dalam kebanyakan kes ini, terlalu ramai isteri yang tidak jelas atau tidak tahu apakah hak seorang isteri yang sedia ada apabila suami berpoligami.
Majoriti tahu, bercerai. Ya. Perceraian itu juga hak seorang isteri.
Namun begitu, terdapat juga hak yang dijamin hukum syarak buat isteri yang memilih untuk mengekalkan perkahwinannya.
Ada beberapa hak yang penting akan admin kongsikan:
*****************
1) Hak Nafkah Diri
*****************
Nafkah ialah pemberian wajib seorang suami kepada isteri yang merangkumi 3 keperluan asas iaitu makanan, pakaian, dan tempat tinggal.
*********************
2) Hak Giliran Bermalam
*********************
Hak giliran bermalam ialah hak yang wajib diberikan secara adil oleh suami kepada isteri-isterinya yang dimadukan.
Isteri pertama perlu tahu berapa hari haknya dan
*****************
3) Harta Sepencarian
*****************
Harta sepencarian ialah harta yang diperolehi oleh suami isteri dalam tempoh perkahwinan atau harta yang diperolehi satu pihak sebelum perkahwinan namun dikembangkan/dimajukan oleh satu pihak yang lain dalam tempoh perkahwinan.
****************
4) Hak Nafkah Anak
****************
Nafkah anak ialah nafkah wajib yang disediakan bapa kepada anak-anaknya.
๐Dinasihatkan isteri yang sudah mengetahui dirinya telah dimadukan:
1. Anda mempunyai beberapa hak yang penting dan telah dijamin oleh hukum syarak dan undang-undang selain daripada bercerai.
Beranikan diri dan tuntutlah hak berkenaan demi kebaikan diri dan keluarga anda.
2. Jika suami anda telah berpoligami secara rahsia dan kemudian enggan untuk mendaftarkannya, persiapkan bukti.
Kerana beban bukti untuk membuktikan di Mahkamah bahawa suami telah poligami adalah tanggungjawab anda.
3. Rujuklah mereka yang arif dalam hal ehwal berkaitan undang-undang syariah ini sekiranya masih lagi musykil dan tidak jelas mengenai hak-hak anda.
Suami dah terlepas poligami tanpa pengetahuan, jangan p**a biarkan dia terus terlepas menunaikan hak.
Cerita tentang tiba-tiba sudah ada madu, suami poligami secara senyap dan tanpa pemberitahuan sudah terlalu banyak.
Like, Follow dan Share Page kami untuk manfaat bersama.
ANDA BUNTU? KAMI BANTU
๐ฒ Hubungi kami:
๐https://bit.ly/3elH1h4 (Tn Afandi)
๐https://bit.ly/30qBopL (Tn Afandi 2)
๐https://bit.ly/2PBVLy3 (Pn Salina)
FB: https://www.facebook.com/peguamkeluargaanda/
Telegram: https://t.me/peguamkeluarga
Semoga ada jalan penyelesaian untuk setiap masalah Anda, inshaaAllah ๐
๐ช๐๐ก๐๐ง๐ ๐ฌ๐๐ก๐ ๐ฆ๐ข๐๐๐๐๐ ๐๐ก๐ง๐๐ฅ๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ก ๐๐ ๐๐จ๐ก๐๐ ๐ฌ๐๐ก๐ ๐ ๐๐ก๐๐๐๐ ๐๐จ๐ฅ๐จ๐๐ก ๐ฃ๐๐ก๐๐๐ก๐ง๐ ๐๐๐๐๐ฅ๐๐
Ramai manusia begitu mendambakan kebahagiaan di dunia di samping kebahagiaan di akhirat yang ia adalah matlamat tertinggi kehidupan di atas dunia. Namun, apakah yang dikatakan sebagai kebahagiaan duniawi tersebut? Pada hakikatnya, wanita yang solehah adalah di antara empat perkara yang disifatkan oleh Rasulullaah sebagai salah satu daripada kebahagiaan di dunia. Dalam sebuah hadis riwayat al-Hafiz Dhiaโuddin al-Maqdisiy rahimahuLlaah, Rasulullaah bersabda yang mafhumnya: โKebahagiaan hidup di dunia adalah seperti rumah yang luas, pengangkutan yang selesa, isteri yang solehah dan jiran yang solehโ.
Keempat-empat perkara tersebut telah disebutkan oleh baginda Nabiy sebagai as-Saa^adah ad-Dunyawiyyah yakni barangsiapa yang memperolehinya di dunia yang fana ini maka bererti dia akan hidup dengan selesa. Empat perkara ini juga akan membantu seseorang ke atas perkara-perkara agamanya jika dia pandai menguruskannya. Maka, secara tidak langsung, ia juga adalah pintu untuk seseorang itu turut menggapai kehagiaan di akhirat kelak yang bersifat kekal abadi.
Akan tetapi, tidaklah bermakna mereka yang memperolehi keempat-empat perkara tersebut pasti akan turut menjadi golongan yang bahagia di akhirat kelak. Tidak. Sebaliknya, yang paling asas bagi seseorang dalam menggapai saadah ukhrawiyyah adalah beriman kepada Allaah dan beriman kepada RasuluLLaah. Kedua-dua perkara yang besar ini adalah asas kepada Islam. Barangsiapa yang mendapati keduanya, bererti dia telah mendapati amalan yang paling afdhal. Namun barangsiapa yang tidak mendapati keduanya, maka pada hakikatnya seolah-olah dia tidak beroleh apa-apa kebaikan di atas dunia ini, kerana dia telah kehilangan asas kepada kebahagian yang mutlaq dan tertinggi iaitulah beriman kepada Allaah dan RasulNya; yang ia adalah kunci kepada saadah ukhrawiyyah yang bersifat kekal abadi.
Adapun wanita a.k.a isteri yang solehah, maka mereka akan menjadi tulang belakang kepada seorang lelaki dalam melaksanakan urusan agamanya. Mereka berperanan dalam menguruskan urusan kehidupan suami dan menguruskan kerja-kerja rumah yang kesemua ini membantu suaminya untuk memberi tumpuan terhadap urusan ilmu dan amal. Antara ciri wanita solehah juga adalah mereka yang melayan suaminya atas dasar ihsan dan mentaati suaminya pada perkara-perkara yang diredhai oleh Allaah ta^ala. Sungguh beruntung mereka yang beroleh wanita yang solehah sebagai suri hati mereka sebagai teman rapat dalam menghabiskan saki-baki hidup di atas dunia yang sementara ini.
Credit: Mohd Sobri Ellias
๐๐๐๐๐๐ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐จ ๐๐๐๐ง๐๐ฅ ๐ก๐๐๐๐ ๐๐ ๐ ๐๐๐๐ฌ๐ฆ๐๐ ๐ฆ๐๐ง๐๐๐๐ ๐ก๐๐๐๐ ๐๐ ๐ก๐๐๐๐ฅ๐ ๐๐๐๐ก?
Jawapannya anda perlu daftar nikah di Malaysia setelah nikah di Thailand atau negara lain disebabkan :
๐๐ฝRekod Pejabat Agama Islam setiap negeri di Malaysia.
๐๐ฝUrusan Surat Beranak Anak yang akan Lahir.
๐๐ฝPendaftaran Sekolah Anak.
๐๐ฝUrusan Harta Pusaka tidak dapat kerana tiada rekod perkahwinan.
๐๐ฝProses Penceraian Di Malaysia.
๐๐ฝLain2 Masalah akan timbul di masa hadapan sehingga anda membuat pengesahan nikah di Malaysia.
๐๐ฝPenceraian di malaysia.
๐๐ฝDaftar nikah sebelah isteri sahaja jika suami hilang.
Apakah kesan bila PERNIKAHAN yang dijalankan di luar negara TAPI tidak didaftarkan di Malaysia?
1. Kes**aran untuk membuat urusan berkaitan tuntutan perkahwinan/perceraian kerana REKOD tiada di dalam sistem JABATAN AGAMA di MALAYSIA.
2. Sekiranya pihak ada anak, KESAHAN status anak s**ar untuk dibuat di mana-mana Mahkamah syariah kerana masih belum diiktiraf dibawah UNDANG-UNDANG ISLAM DI MALAYSIA.
3. Sekiranya berlaku kematian, sebarang tuntutan berkaitan HARTA atau PUSAKA akan MENJADI SUKAR
4. Dikhuatiri pernikahan yang dijalankan di luar negara itu adalah TIDAK SAH atau RAGUยฒ dari sudut hukum syarak memandangkan banyak berlaku NIKAH SINDIKET bagi pasangan yang tidak mendapat restu keluarga untuk berkahwin.
๐๐ก๐๐ ๐๐จ๐ก๐ง๐จ? ๐๐๐ ๐ ๐๐๐ก๐ง๐จ
๐ฒ Hubungi kami:
๐https://bit.ly/3elH1h4 (Tn Afandi)
๐https://bit.ly/30qBopL (Tn Afandi 2)
๐https://bit.ly/2PBVLy3 (Pn Salina)
*Telegram:* https://t.me/peguamkeluarga
๐ฃ๐๐ฅ๐๐๐๐ช๐๐ก๐๐ก ๐๐๐๐๐๐ ๐ฆ๐จ๐๐ง๐จ ๐๐ก๐จ๐๐๐ฅ๐๐ ๐๐๐ฅ๐๐๐ฅ๐๐ ๐๐จ๐๐ง ๐ฆ๐๐ก๐ ๐๐๐ ๐๐
Perkahwinan adalah suatu nikmat yang besar daripada Allaah kepada hamba-hambaNya sama ada yang lelaki mahupun perempuan. Ia adalah suatu ikatan yang dihalalkan oleh syarak bagi kedua-dua lelaki dan perempuan, bahkan ia amat digalakkan bagi mereka padanya. Bagi yang meneliti dengan insaf, pernikahan bukan hanya sebuah ikatan yang menghalalkan hubungan intim di antara lelaki yang ajnabi dan wanita yang ajnabiyyah, bahkan lebih daripada itu, ia adalah suatu ikatan yang Allaah ta^ala telah jadikan padanya mawaddah dan kasih sayang.
Allaah telah menjadikan golongan lelaki sebagai tempat bagi golongan wanita bersandar dan berpaut kukuh padanya. Dan Allaah telah menjadikan wanita sebagai tempat bagi lelaki bermanja dan berkasih sayang dengannya. Maka, apabila berpadu keduanya atas niat yang baik dan berpasakkan ilmu agama yang mengakar kukuh di dalam jiwa, ia pasti akan menatijahhkan sebuah gelombang kebaikan yang sangat besar skala dan impaknya.
Justeru, perkahwinan yang berjaya, adalah perkahwinan yang pasangan suami dan isterinya saling mengetahui akan tanggungjawab masing-masing dan tahu juga bagaimana untuk memenuhi hati satu sama lain dengan kebahagiaan dan ketenangan yang konsisten sifatnya selain turut melayan satu sama lain atas dasar ihsan. Pastinya, tidak ada jalan yang lain untuk menuju kepadanya melainkan dengan meneladani baginda sollaLlaahu ^alayh wasallam pada pegangan, perkataan dan perbuatan baginda ^alayhis solatu wassalaam.
Moga Allaah sentiasa mengurniakan taufiq dan hidayahNya kepada kita semua untuk melakukan perkara-perkara kebaikan di atas dunia ini sementara hayat masih lagi dikandung badan. Bijaahin Nabiy.
Credit : Mohd Sobri Ellias
LIKE & SHARE
MANGSA KEGANASAN RUMAH TANGGA. APA YANG PERLU DILAKUKAN?
Sekiranya anda mendengar, melihat, mengetahui dengan dekat terdapat keluarga, rakan atau diri sendiri dianiaya. Anda mahu ke mana?
Berikut sedikit panduan untuk anda:
1. Hospital /Klinik
Adalah disarankan terus ke Jabatan Kecemasan dan Trauma dimana-mana berhampiran sekiranya terdapat kecederaan. Rawatan yang anda dari bilik khusus yang dipanggil Pusat Krisis Bersepadu (OSCC).
2. Pergi ke Balai Polis
- Nyatakan dengan lengkap dan tepat kronologi kejadian, usah terburu-buru sehingga akan ada maklumat tercicir.
- maklumkan kepada Pegawai ia bertujuan untuk perlindungan diri, rujukan mahkamah dan tujuan pendakwaaan.
- Bawa apa-apa bukti sokongan.
3. Bantuan talian awam / NGO
- Talian Kasih KPWKM di 15999 atau mana-mana organisasi wanita seperti WAO
4. Saranan awal sebelum keluar rumah
- bawa barang-barang penting seperti kad pengenalan/ dokumen-dokumen/ kunci rumah/kunci kereta/ Pengecas telefon/ Pakaian( sekiranya berhasrat meninggalkan rumah)
Pembaca sekalian,
Mangsa penderaan ada kalanya telah mengalami gangguan mental yang berpanjangan, usahlah hanya menyatakan bertabahlah, bersabarlah. Apa yang perlu anda lakukan adalah bertindak mencari solusi semampunya supaya mangsa merasa selamat dan terbela.
APA YANG PERLU KITA LAKUKAN ANDAI KITA SEDIH
Antara UBAT KESEDIHAN adalah dengan menuturkan zikir ini.
Kalimah ๏ปป ๏บฃ๏ปฎ๏ป ๏ปญ๏ปป ๏ป๏ปฎ๏บ ๏บ๏ปป ุจุงููู merupakan ubat bagi kesedihan. Barangsiapa yang ditimpa kesedihan atau apa-apa penyakit selainnya, maka perbanyakkanlah menyebut kalimah ini.
Rasulullah ๏ทบ pernah bersabda:
โ((๏ปป ๏บฃ๏ปฎู๏ปู ๏ปญ๏ปป ๏ป๏ปฎูู๏บู ๏บ๏ปูู๏บ ๏บ๏บ๏ป๏ป ๏ปชู ๏บู๏ปจู๏ปู๏ปู ๏ปู๏บู๏บดู๏ปู๏ปด๏ปฆู ๏บฉ๏บ๏บู ๏บ๏ปู๏ป ูู๏ปฌ๏บ ๏บ๏ป๏ปฌู๏ปขู)) โ
โ[ ๏บญ๏ปญ๏บ๏ปฉ ๏บ๏ป๏บค๏บ๏ป๏ปข ]
Maksud : "Kalimah ๏ปป ๏บฃ๏ปฎ๏ป ๏ปญ๏ปป ๏ป๏ปฎ๏บ ๏บ๏ปป ุจุงููู dapat menyembuhkan sembilan puluh(90) buah penyakit, sekurang-sekurang penyakit tersebut adalah kesedihan."
(Diriwayatkan oleh Al-Hakim)
Semoga Allaah beri tenang dan bahagia dalam hati kita.
ุงูุณูููุงูู
ู ุนูููููููู
ู ููุฑูุญูู
ูุฉู ุงูููู ููุจูุฑูููุงุชููู
Pihak kami menawarkan khidmat nasihat & pelbagai lagi perkhidmatan berkaitan dengan masalah rumah tangga & semua masalah yg melibatkan kes-kes syariah.
Sekiranya terdapat sebarang persoalan dan perlukan khidmat nasihat serta pandangan, salurkanlah kepada tempat yang betul, dengan cara hubungi secara terus kepada peguam yang bertauliah & berpengalaman bagi membantu menyelesaikan masalah anda.
๐ http://www.wasap.my/60172110058 (Tn Afandi)
๐ http://www.wasap.my/60134847547 (Tn Afendi)
๐ http://www.wasap.my/60176394039 (Pn Salina)
Semoga ada jalan penyelesaian untuk setiap masalah Anda, inshaaAllah ๐
Assalamualaikum & Selamat sejahtera
Admin ingin membuka peluang kepada semua warga maya untuk bertanya apa-apa persoalan berkaitan kes-kes syariah. Sila PM admin, inshallah , admin akan menyalurkan masalah kalian kepada pengamal syarie yang bertauliah dan kalian diberi peluang untuk mengadakan sesi konsultasi bersama mereka dengan amat selesa.
Luahkan masalah kalian dan kami cuba membantu semampunya. Setiap sesi bersama kalian, rahsia kalian terpelihara.
Pecahkan kebuntuan hitam dan cari solusi untuk bahagia. Insyaallah anda akan berjaya harungi masalah rumahtangga kalian dengan tenang.
Pakar keluarga anda.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
Ipoh
31400
18, Jalan CM Yusuff
Ipoh, 30250
You can inbox your suggestion to EBC's Fans Page's inbox which we will try our best to serve and rep
41, Jalan Dato Maharajalela
Ipoh, 30000
Young Lawyers and Pupils Committee - A sub-committee under the Perak Bar
Medan Istana 2 Ipoh
Ipoh, 30000
Saya sedia membantu anda bagi urusan menjual @ membeli rumah mengikut bajet dan lokasi. Saya s**a dengan bidang Hartanah & InsyaAllah boleh share dgn anda apa yang saya tahu & kita...
No. 7A, Jalan Meru Bestari A6, Medan Meru Bestari, Bandar Meru Raya
Ipoh, 30020
TETUAN AZHAR SITI & ASSOCIATES : Menawarkan khidmat guaman dan perundangan syariah.
Ipoh
Jika hendak membuat sesuatu perkara itu, buat sehabis baik. Jika tidak, jangan mulakan sama sekali.
Ipoh Garden East
Ipoh, 30450
ไฝ ๅบๆฅๆกไฟ่ฑๅญไธๅบ ใๆๅปท่ใ ไฝไธบไฝ ๅฎถ Palazzo@ Ipoh Garden E
Ipoh, 31400
Welcome to our page. we are group of Final Year Students of Bachelor of Law from Universiti Utara Malaysia. We are conducting an awareness program regarding the effectiveness of Im...