Musolla Assaadah

Musolla Assaadah

You may also like

sri pudji wulan sari
sri pudji wulan sari

Lampu tidur Led kaligrafi

19/06/2023

Ulangkaji Rukun Haji bahagian 3

19/06/2023

Ulangkaji Bab Haji bahagian 8

Share on WhatsApp 15/06/2023

TAK KORBAN KAH?

بسم الله الرحمن الرحيم

"Alah, saya mana cukup duit nak korban.
Tak kan lah perkara sunat sampai nak bergadai, berhutang."

Alasan orang yang untuk hal dunia dan dia tidak malu pun berhutang. Buktinya sanggup bayar beratus, beribu RM untuk membeli rumah dan kereta walaupun berhutang tidak pun segan².

Tapi bab ajak buat kurban untuk seekor kambing RM500++, huish ayat alasan power.

Tahukah kalian kisah ini:

مَنْ كَانَ لَهُ سَعَةٌ وَلَمْ يُضَحِّ, فَلَا يَقْرَبَنَّ مُصَلَّانَا

“Barangsiapa yang memiliki kelapangan rezeki, namun tidak berqurban, maka janganlah ia mendekati tempat solat kami.”

(HR. Ahmad 8273, Ibnu Majah 3123)

Akan tetapi sebahagian ulama menganjurkan untuk berhutang jika tidak mampu.

Imam Sufyan ats-Tsauri menceritakan, bahawa Abu Hatim berhutang untuk membeli seekor unta. Ketika ditanya, mengapa sampai berutang? Jawab beliau, ”Saya mendengar firman Allah,

لَكُمْ فِيهَا خَيْرٌ

”Kalian akan mendapatkan kebaikan dari sembelihanmu itu.” (Tafsir Ibn Katsir, 5/426).

Dalil dah diberikan. Terp**ang nak merebut peluang ini atau tidak. Sesungguhnya setiap titisan darah daripada haiwan kurban itu merupakan kebaikan.

****

Jika mahu kurban itu diserahkan 100% tanpa kos tersembunyi, pihak HQ menyerahkan kepada pihak di Ribath Annur Yaman, Rabwatul Quran d Jawa Timur dan di pondok Sudan.

Klik

Share on WhatsApp WhatsApp Messenger: More than 2 billion people in over 180 countries use WhatsApp to stay in touch with friends and family, anytime and anywhere. WhatsApp is free and offers simple, secure, reliable messaging and calling, available on phones all over the world.

13/06/2023

Ulangkaji Rukun Haji Bahagian 2

13/06/2023

Ulangkaji Bab Haji Bahagian 7

12/06/2023

Ulangkaji Rukun Haji Bahagian 1

12/06/2023

Ulangkaji Bab Haji Bahagian 6

11/06/2023

Ulangkaji Bab Haji Bahagian 5

07/06/2023

Ulangkaji Bab Haji Bahagian 4

06/06/2023

Ulangkaji Bab Haji Bahagian 3

06/06/2023

Sayyidina Umar bin Al-Khattab yang diredhai Allah berkata: Aku telah meminta izin dari Nabi ‎ﷺ untuk melakukan umrah dan baginda memberi izin lalu bersabda (mafhumnya):

“Jangan lupakan kami wahai saudaraku dari doamu”

Baginda mengucapkan ucapan yang menyebabkan aku gembira hidup di dunia.

Ada riwayat lain:

“Sertakan kami wahai saudaraku di dalam doamu”

Sumber: Sunan Imam Abu Daud dan Sunan Imam At-Tirmidzi

06/06/2023

Safwan bin Abdullah bin Safwan, suami Ad-Darda binti Abud Darda berkata: Saya p**ang ke keluarga saya dari Syam lalu saya mendapati Ummud Darda di rumah tetapi Abud Darda tiada.

Ummud Darda bertanya: Adakah kamu ingin melakukan Haji tahun ini?

Saya berkata: Ya.

Ummud Darda berkata: Berdoalah kepada Allah untuk memberikan kebaikan kepada kami kerana Nabi ‎ﷺ telah bersabda (mafhumnya);

“Sesungguhnya doa seseorang muslim bagi saudaranya tanpa pengetahuannya itu diterima. Di sisi kepalanya ada malaikat yang diwakilkan. Setiap kali dia mendoakan kebaikan untuk saudaranya, malaikat itu berkata: Ya Allah terimalah doanya dan moga Allah berikan perkara yang sama kepada kamu”.

Kemudian saya berjumpa dengan Abud Darda di pasar dan beliau juga memberitahu perkara yang sama didengari dari Nabi ‎ﷺ.

Sumber: Adabul Mufrad susunan Imam Al-Bukhari.

05/06/2023

Ulangkaji Bab Haji Bahagian 2

04/06/2023

Ulangkaji Bab Haji Bahagian 1

Photos from Musolla Assaadah's post 01/08/2022

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين
اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين

TAMAN² SYURGA*

*Kami dengan sukacitanya menjemput semua untuk turut hadir duduk bersama orang soleh yang akan berada di Masjid Assaadah ( Musolla) pada Khamis 4 Ogos bersama Habib Muhdhor alAydrus dari Yaman, Sabtu 6 Ogos bersama Utz Abdullah Azzam, mudir pondok RABWATUL QURAN Jawa Timur dan guru kami yang amat dicintai, penasihat ANNURULHADI yakni alHabib Ahmad Aidid pada 12& 13 Ogos ( Jumaat & Sabtu )*

Semua ini adalah asbab kita akan berada di taman² Syurga . Maka datang lah ke sini, bawa anak² untuk berjumpa orang soleh .

Biar mereka kenal dan berazam menjadi orang soleh.

Inilah cara lakukan sejak anak² saya kecil hingga sekarang Alhamdulillah mereka p**a memperkenalkan saya dengan orang² soleh.

Sesungguhnya orang² yang menyintai ilmu dia pasti memburu majlis² ilmu. InsyaAllah kaki yang melangkah ke majlis² ilmu dekat dan jauh , kaki itu akan melangkah di dalam taman² Syurga. Aameen.

Sempena kedatangan para solihin , maka HQ ANNURULHADI akan mengeluarkan kos untuk perbelanjaan majlis, oleh itu HQ ANNURULHADI menawarkan kepada semua untuk bersama² mendapat ganjaran yang banyak .

Alhamdulillah mulai hari ini hingga 13 ogos, TAMAN SYURGA .

*PEMBELIAN 1 KOTAK (30 BOTOL) AIR DOA ULAMA ANNURULHADI RM1200 , KINI HANYA RM999.00*

*PEMBELIAN 1 KOTAK KD EO BODY OIL RM450, KINI HANYA RM380*

*PEMBELIAN SET KD SPEECHLESS SCENT DAN AURA KD RM200 , KINI HANYA RM170*

Lain² produk ada less 10% sehingga kehabisan stok atau 13 hb Ogos 2022.

Namun kalian juga boleh membayar harga tanpa offer dan niat infaq.

Apa pun, moga² Allah Taala meredhoi dan memberkati hidup kita semua. Aameen

moga² ini menjadi asbab kita berkumpul dgn RASULULLAH saw d Syurga.

BaarakAllahufikum

www.wasap.my/Offer

Photos from Musolla Assaadah's post 30/07/2022

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين
اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين


Alhamdulillah, insyaAllah 3 majlis ilmu akan diadakan di Masjid ( Musolla Assa'adah ) mulai Khamis 4 ogos , 6 ogos dan 12-13 ogos 2022.

Sesungguhnya Allah Taala akan menaikkan darjat mereka yang berilmu apatah lagi ilmu syariat.

Moga² diberikan kepada kita keberkatan masa dan dipilih duduk bersama orang² soleh.

Jemput hadir .👌💗

21/07/2022

Alhamdulillah
Jemput hadir

07/02/2022

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين
اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين

*Barangsiapa yang menyintai kerana ALLAH TAALA, membenci kerana ALLAH TAALA, memberi kerana ALLAH TAALA dan tidak memberi kerana ALLAH TAALA maka dia telah menyempurnakan keimanannya*

Photos from Musolla Assaadah's post 06/02/2022

OFFER TERHAD!

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين
اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين

Berminat dengan jam ukir pvc?
Sekarang HQ jual Offer terhad untuk kumpul dana Ribath Annur.

Harga biasa RM220.
Kini RM160 saja.

Bahan PVC
Saiz 15in

Berminat klik www.wasap.my/+60134400212/jamOffer.

2. Hiasan Capal

Saiz tinggi 7inci
Bahan PVC

Kini hanya RM28
( Biasa RM50)

Berminat klik www.wasap.my/+60134400212/capalcomel

06/02/2022

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين
اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين

Petikan Tanbihul Mughtarrin:

Pada suatu hari, Rasulullah صلى الله عليه وسلم membaca surah al Muzammil ayat 12 - 13:
أعوذ بالله من الشيطان

إِنَّ لَدَيْنَآ أَنكَالًا وَجَحِيمًا

Kerana sesungguhnya di sisi Kami disediakan (untuk mereka) belenggu-belenggu dan neraka yang menjulang-julang,

وَطَعَامًا ذَا غُصَّةٍ وَعَذَابًا أَلِيمًا

Serta makanan yang menjadikan pemakannya tercekik, dan azab seksa yang tidak terperi sakitnya."

Ketika itu sahabat yang bernama Hamron ibn 'Ayan mendengar ayat itu dan tersungkur meninggal dunia kerana ketakutannya kepada ALLAH TAALA hingga pecah hatinya.

04/02/2022

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين

Seseorang telah berkata kepada Khalifah Umar Abd Aziz radhiyallahu anhuma:
"Nasihatkan lah ku"

Maka jawab Umar Abd Aziz radhiyallahu anhu:

" Awas! Jangan sampai kamu bergaul dengan orang soleh tetapi kamu tak dapat manfaat daripada mereka.

Atau kamu mencela pembuat dosa tetapi tidak menjauhi dosa.

Atau kamu mencela SYAITHON di depan orang ramai tetapi kamu mentaati SYAITHON ketika bersendirian.

اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين

03/02/2022

Nasihat yang tidak lagi bermanfaat.

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين
اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين

Sedikit petikan daripada Kitab Tanbihul Mughtarrin. Pagi ini saya belajar kisah ini:

Seseorang berkata kepada Fudhail bin Iyadh rahimahullahu taala :

" Tolong nasihati ku"

Lalu Fadhail bin Iyadh rahimahullahu taala bertanya:
" Apakah orang tua mu sudah meninggal dunia?"

Jawab lelaki itu:
" Orang tua ku sudah meninggal dunia "

Tiba² Fudhail bin Iyadh mengusirnya dan berkata:

"Sesungguhnya jika seseorang itu memerlukan nasihat setelah kematian kedua orang tua nya, maka nasihat itu tidak bermanfaat lagi baginya.

Kerana nasihat itu bermanfaat dan amat perlu ketika ibubapa mu masih hidup.

Berbuat baik kepada orang tua setelah kematian mereka, apa manfaat besarnya sedangkan disuruh berbuat kebaikan semasa mereka masih hidup .

Sesungguhnya kita terlupa bahawa ibu bapa terutama ibu diberikan suatu anugerah besar oleh Allah Taala yakni KEREDHOAAN.

Allah Taala mengurniakan kuasa keredhoaan itu terhadap ibu.

Maka janganlah sesekali kalian mengecilkan hati ibu mu terutama setelah kamu sendiri berpasangan.

Ketahuilah, sebelum kamu menjadi manusia, ibu mu telah berdoa untuk mendapat zuriat soleh solehah.

Saat kamu masuk ke rahim ibu mu, dia lah yang menjaga kamu agar selamat.

Saat kamu di kandungannya, doa tidak putus malah kamu dinasihati ketika dalam rahimnya.

Kamu membesar hingga berjaya bertemu jodoh yang baik, dengan suami atau isteri yang kamu cintai itu juga melalui Doa sang ibu yang kamu telah sisihkan dalam hati mu secara diam².

Ketahuilah saat ibu mu telah terluka dengan kata² dan perbuatan mu...Saat itu kamu telah menempah jalan² kesengsaraan.

Maka usaha lah agar hati kita sebagai anak² tetap memuliakan ibu sendiri berbanding isteri. Dan jika kita sebagai isteri menasihati suami untuk mentaati dan menerima nasihat ibubapanya.

Ibu mu lah yang mendidik mu menjadi sebaik² manusia .

12/01/2022

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين
اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين

Pagi tadi belajar Kitab Tanbihul Mughtarin (Peringatan orang yang terpedaya)

Dikisahkan bahawa orang² soleh mereka sentiasa banyak bertaubat dan beristighfar siang malam kerana mereka merasa tidak selamat daripada dosa yang telah dilakukan.

Malah mereka istigfar setelah beribadah kerana merasa bersalah tidak khusyuk ketika solat dan merasa bersalah kerana tidak diperhatikan dan diawasi oleh ALLAH TAALA.

Sesungguhnya solat itu bagus dan baik bagi orang awam , akan tetapi para salafussoleh, apabila gagal khusyuk ketika solat itu adalah kesalahan besar.

Maka mereka membanyakkan taubat dan istigfar.
Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:

Mahukah aku tunjukkan kepada kalian penyakit kalian dan penawarnya?

Apakah penyakit dan penawarnya?

*Sesungguhnya penyakit kalian adalah dosa dan penawarnya adalah istigfar*

Kata Saiyidina Ali bin Tholib r.a:
" Aneh! Sungguh aneh bagi orang yang berputus asa sedangkan masih ada jalan keselamatan.

Apa itu jalan keselamatan?
Perbanyakkan beristighfar.

Rabiq ibnu Khoitham rahimahullahu taala berkata:
" Janganlah kalian mengucapkan

استغفر الله العظيم واتوب اليه
Daku memohon keampunan dan daku bertaubat kepadanya.

Kerana ucapan itu akan menjadi dosa baginya jika dia mendustai dalam ucapannya.

Hendaklah dia mengucapkan:

" اللهم اغفر لي و تب علي

Ya Allah, ampunilah daku dan berikanlah taubat kepada ku.

Kalimah awal sesuai untuk orang yang jujur dalam ucapan dan perbuatan, sedangkan kita adalah pendusta dalam ucapan dan perbuatan tidak selari ucapan.

wallahu alam

12/01/2022

: بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين
اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين

Catatan daripada Kitab Risalah alMurtasyidin ( Buku kecil bagi pencari petunjuk)

Diam tak diam dah 2 tahun saya belajar kitab ini. Dan sewajarnya saya refresh ilmu ini.


Kata Imam Harith al muhasibi yakni pengarang kitab ini:

*Dan sesungguhnya yang boleh membezakan kewajiban beramal terhadap alQuran dan CINTA untuk berjalan di atas jalan Allah adalah orang² yang beraqal* yakni faham akan maksud dan tujuan diturunkan kitab alQuran.

*alQuran itu petunjuk* maka sesiapa yang beraqal pasti patuh dan mengikuti semua yang terdapat dalam alQuran.

Hanya yang tiada kesempurnaan aqal akan mempertikaikan, menidakkan, memprotes ayat² alQuran

Yang beraqal akan memantapkan syariat yakni beramal. Serta membersihkan diri daripada perkara SYUBHAH.

Apakah perkara SYUBHAH?

Perkara SYUBHAH itu bukan HARAM mutlak tetapi tidak jelas halalnya.

Contoh:

Kita pergi ke kedai jual ayam frozen. 1 dijual penjual muslim dan 1 lagi just ada cop HALAL dan pengeluar bukan muslim.

Yang beraqal, dia ambil yang keluaran muslim walau pun mahal kerana dia berhati² dengan perkara SYUBHAH.

Baginya tiada istilah DARURAT atau percaya cop HALAL semata².

Yang lebih berhati², dia akan pastikan disembelih dengan cara sembelihan sesempurna mungkin.

Nampak meremehkan dan leceh tapi itulah sikap orang beraqal .

Imam Ghazali rahimahullahu taala berkata:

" *Kebanyakan orang jahil ( tiada ilmu ) menganggap perkara HALAL itu telah tiada hingga jalan untuk menuju yang halal telah tertutup.

*Hingga mengganggap tiada lagi air yang suci melainkan air sungai Furat dan mereka tidak menemui sesuatu yang halal melainkan rumput² saja yang halal*.

Maksudnya mereka walaupun ahli ibadah tapi jahil dan tidak tahu syariat. Sama juga yang tahu syariat tetapi tidak belajar hakikat maka dia fasiq.

*Sedangkan antara halal, haram, syubhah sentiasa ada hingga kiamat.*

Yang kehilangan adalah ilmu dan cara untuk mendapatkan yang halal.

Seperti mana sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم mafhumnya:

" *Akan datang suatu masa, mereka makan riba dan jika mereka tidak memakan riba sekalipun , mereka tetap terkena debu² riba"*

wallahu alam

25/12/2021

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين
اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين

Ambil sebatang pen, sehelai kertas dan sekeping jiwa,
tulis berulangkali sambil menghafal agar dapat menjiwai doa ini ketika membacanya

Aal-e-Imran 3:193

رَّبَّنَآ إِنَّنَا سَمِعْنَا مُنَادِيًا يُنَادِى لِلْإِيمَٰنِ أَنْ ءَامِنُوا۟ بِرَبِّكُمْ فَـَٔامَنَّاۚ رَبَّنَا فَٱغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَكَفِّرْ عَنَّا سَيِّـَٔاتِنَا وَتَوَفَّنَا مَعَ ٱلْأَبْرَارِ

Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah mendengar seorang Penyeru (Rasul) yang menyeru kepada iman, katanya: ` Berimanlah kamu kepada Tuhan kamu ', maka kami pun beriman. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami, dan hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan kami, dan matikanlah kami bersama orang-orang yang berbakti;

Aal-e-Imran 3:194

رَبَّنَا وَءَاتِنَا مَا وَعَدتَّنَا عَلَىٰ رُسُلِكَ وَلَا تُخْزِنَا يَوْمَ ٱلْقِيَٰمَةِۗ إِنَّكَ لَا تُخْلِفُ ٱلْمِيعَادَ

Wahai Tuhan kami! Berikanlah kepada kami pahala yang telah Engkau janjikan kepada kami melalui Rasul-rasulMu, dan janganlah Engkau hinakan kami pada hari kiamat; sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji".

25/12/2021

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين
اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين

Wahai hamba Allah.

Sentiasalah berpakaian menutup aurat di kawasan yang wajib ditutup aurat mu.

Kita tidak tahu, bila akan berlaku musibah kemalangan, banjir dan sebagainya.

Yang utama pakaian kita perlu dalam keadaan ready to Solat. Sebab kewajiban solat bila masuk waktu dan dalam keadaan menutup aurat.

Maka tiada isu, tak boleh solat kerana pakaian terdedah aurat.

Wallahu 'alam

25/12/2021

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين
اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين

KEHEBATAN SOLAWAT:

Berkata Jibril A.S. :
"Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca solawat ke atas mu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar."

Berkata p**a Mikail A.S :
"Mereka yang bersolawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telaga mu."

Berkata p**a Israfil A.S. :
"Mereka yang bersolawat kepada mu akan aku sujud kepada Allah Taala dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah Taala mengampuni orang itu."

Malaikat Izrail A.S p**a berkata :
"Bagi mereka yang bersolawat ke atasmu, akan aku cabut ruh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut ruh para nabi-nabi."

Apakah kita tidak cinta kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم .?

Para malaikat memberikan jaminan masing-masing untuk orang-orang yang bersolawat ke atas Rasulullah S.A.W.

.. " FADHILAT SOLAWAT "

1 ● Rasulullah صلى الله عليه وسلم akan membalas dengan 10 solawat untuk setiap solawat daripada umatnya ke atas Baginda.

2 ● Allah Taala akan mengangkat 10 darjat untuk setiap solawat daripada hamba-Nya.

3 ● Malaikat juga akan turut membacakan solawat ke atas orang yang bersolawat.

4 ● Doa yang disertai dengan solawat akan diperkenankan oleh Allah Taala .

5 ● Mendapat tempat yang dekat dengan Rasulullah صلى الله عليه وسلم pada hari kiamat.

6 ● Allah Taala akan menggandakan limpah kurnia dan rahmat-Nya pada mereka yang bersolawat.

7 ● Terselamat dan terpelihara daripada segala yang mendukacitakan dari hal keduniaan mahupun akhirat.

8 ● Allah Taala akan meluaskan dan melapangkan rezeki daripada sumber yang tidak diketahui.

wallahu 'alam

اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين

SUMBER DARI :-
FADHILAT ZIKIR DAN SELAWAT
BAB [ FADHILAT SELAWAT ]

Photos from Musolla Assaadah's post 23/12/2021

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين
اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين

Alhamdulillah .

kisah keajaiban Masjid Assaadah.

Tadi Pn Zilah bercerita, mereka terperangkap semalaman dalam banjir hingga akhirnya beliau teringat nasihat saya dan ini kata nya:

*Masa teperangkap dlm banjir saya ada tawasul dgn Masjid Assaadah. SubhanAllah. Air surut sikit sikit*

SubhanAllah

Saya selalu berpesan kepada sahabat, pengguna produk ANNURULHADI , jika ada masalah besar, bertawasul dengan Masjid Assa'adah .

Pembinaan Masjid Assa'adah hasil daripada penjualan produk ANNURULHADI dan Kelas Langsir al Mujahid.

Maka semua yang membantu membeli produk ANNURULHADI adalah mereka yang membina masjid ini.

Maka bertawasul lah dengan Masjid Assaadah. Allah Taala Maha Mengetahui niat kalian sewaktu membeli produk ANNURULHADI, niat nak bantu Masjid .

insyaAllah ada keajaiban.

Macam kisah oksigen saya mendadak naik sewaktu di hospital. Doktor pun terkejut. Biasa asyik 86 89 siksa nak naik 90.

*Sebaik saya BERTAWASUL DENGAN MASJID ASSAADAH, nak balik solat di dalamnya, dalam masa 3 minit bacaan naik oksigen naik 94*. Alhamdulillah.

Banyak lagi keajaiban Masjid Assaadah yang Allah Taala sembunyikan...

16/12/2021

*ummi cukup ke duit nak bayar?*

Sebak p**a saya dengar.

Anak sahabat saya berminat nak belajar di RIBATH ANNUR dan usianya baru 11 tahun.

Yang buat saya sebak dia bertanya kepada ibu nya

" *Ummi adakah duit nak bayar. Banyak pakai duit nanti?*

Ummi nya menjawab
" belajar je. Tugas ummi ayah fikir duit."

Ya benar. Nak masuk belajar mesti pakai duit. Semua duit. Tapi adakah Ribath Annur ini diasaskan untuk menghasilkan duit apa lagi atas kesusahan orang nak belajar.

Amat malu jika saya menyebabkan pelajar terhalang nak belajar. Allahu Akbar

Maka dengan ini, kami mengumumkan bahawa ibubapa hanya perlu sediakan kos makan minum RM300 sebulan saja.

Ianya agar anak² ada makan minum jika pihak kami tak cukup kos.

Juga agar ibubapa ada sifat tanggungjawab terhadap pendidikan anak².

kecuali anak yatim @ fakir miskin, kos percuma InsyaAllah

Manakala kos lain termasuk keperluan asas tilam, bantal, almari, kitab², insyaAllah melalui penjualan produk ANNURULHADI, kita cuba sediakan.

Maka kepada semua pembeli produk ANNURULHADI , sewaktu membeli produk berniatlah membeli untuk membantu pembiayaan pendidikan Ribath Annur.

Moga² asbab niat yang baik, menjadi jariah berpanjangan hingga menjadi punca kita semua berkumpul bersama Rasulullah صلى الله عليه وسلم.

BaarakAllahufikum

Photos from Musolla Assaadah's post 15/12/2021

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين
اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين

*PENDAFTARAN KEMASUKAN KE RIBATH AN NUR, SIMPANG PULAI , PERAK*

Alhamdulillah dengan izin ALLAH TAALA beserta rahmatNya, kini pihak kami telah bersedia untuk menerima pendaftaran pelajar pelajar.

Ribath An nur adalah sebuah madrasah yang ditubuhkan dengan tujuan untuk memberikan ilmu alQuran dan fardhu ain mengikut silibus pengajian Ribath Annur di Hadramawt Yaman.

Pelajar pelajar belajar dan menghafal alQuran dan kitab yang bersesuaian.

Berkenaan Misi:

Ribath An Nur bakal menghasilkan pelajar-pelajar yang akan menyambung perjuangan ilmu yang diwarisi oleh para ulama dari Rasulullah dengan mempersiapkan bekalan yang asas untuk mereka menempuh jalan pendidikan ilmu bersama ulama-ulama Ahli Sunnah Wal Jama’ah.

Begitu juga mereka diberikan persiapan asas untuk mengorak langkah di dalam medan dakwah dan pendidikan akhlak / tazkiah sebelum mereka mempelajari selok belok dakwah dari para ulama dan sebelum akhlak mereka dididik oleh ahli-ahli sufi.

Berkenaan Visi: Manhaj Ribatt An Nur berdasarkan Manhaj Sayyidil Habib Umar bin Hafiz yang menerapkan tiga konsep utama di dalam perjuangan dakwah Rasulullah iaitu Ilmu, Dakwah dan Tazkiah.

Dengan kelengkapan tiga konsep utama ini, setiap muslim akan menjadi mukmin yang bertaqwa seperti yang dituntut menurut syara’ yakni berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah.

*Dalam erti kata mudah, Ribath An Nur memberikan pendidikan asas untuk menjadi pelajar kepada ulama ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah*.

Jika berminat:

*Terbuka untuk pelajar lelaki berumur 10 tahun ++.*

*Mahu dan mampu berdikari*

*Berkeinginan untuk belajar tanpa paksaan sesiapa*

Sila hubungi pihak Ribath An nur di www.wasap.my/+60134400212/DaftarRibath

03/11/2021

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين
اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين

Sabda Rasullullah ﷺ:

" Wahai manusia, BERTAUBAT lah kepada ALLAH TAALA sebelum kalian mati"

Taubat seorang hamba sebelum mati, itu adalah HADIAH pemberian istimewa daripada ALLAH TAALA untuk hambaNya kerana ramai manusia mati tanpa sempat bertaubat.

Dosa dosanya yang menumpuk itu mengikuti nya hingga dia masuk ke kubur, dibangkitkan di mahsyar lalu menjerumuskannya ke dalam NERAKA .

Sungguh bahagia bagi seseorang yang apabila dia mati, mati juga dosa dosa nya bersama dia.

Dosanya berhenti, tidak mengalir dan tidak akan menyiksanya lagi.

Sesungguhnya Nabi MUHAMMAD ﷺ, para Nabi 'alaihis salam, maksum, dijaga ALLAH dan terpelihara daripada dosa.

Manakala para auliya' dijaga ALLAH TAALA untuk bertaubat apabila melakukan dosa.

*استغفر الله العظيم واتوب اليه*
*اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين*

*Risalah alMurtasyidin*

16/10/2021

Assalamualaykum warahmatullahi wa barakatuh

InshaAllah dengan izin ALLAH ﷻ Hari Ahad ini akan diadakan Majlis Mawlid Nabi ﷺ Di Musolla Assa'adah Simpang Pulai Ipoh , Perak

Di Jemput Muslimin dan Muslimat serta Mualaf bersama sama menghidupkan Maulid Nabi ﷺ moga-moga menjadi asbab kebaikan di Dunia & Akhirat.

Ahlan Wa Sahlan..

14/10/2021

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين
اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين

Rasulullah صلى الله عليه وسلم
makhluk paling kaya, tidak pernah miskin. Hanya memilih utk bersama org miskin.

Jemput hadir ke majlis maulid di Musolla Assaadah pada Ahad, 17.10.21 bersamaan 10 Rabiul awwal 1443h, jam 11am.

10/10/2021
Photos from Musolla Assaadah's post 07/10/2021

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين
اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين

SALAM RABI'UL AWWAL

Alhamdulillah malam ini 1 Rabi'ul Awal 1443 hijriah. Bulan teristimewa dari semua bulan kerana kelahiran KEKASIH ALLAH TAALA yakni NABI MUHAMMAD ﷺ.

NABI MUHAMMAD ﷺ adalah seorang hamba ALLAH TAALA yang dimuliakan oleh ALLAH TAALA dengan kurniaan sebagai PENGHULU NABI NABI, PENGHULU SEKALIAN ALAM.

Malah Nabi Adam alaihissalam sanggup keluar meninggalkan Syurga semata mata kerana inginkan NABI MUHAMMAD ﷺ dilahirkan ke alam ini.

Betapa beruntungnya kita terpilih sebagai umat NABI MUHAMMAD ﷺ.

Hanya mereka yang menjadi umat NABI MUHAMMAD ﷺ AKAN BERJAYA DUNIA AKHIRAT.

Beruntungnya kita.
Jom kita banyakkan bersolawat sebagai bukti menyintai RASULALLAH ﷺ, nabi yang diutuskan ALLAH TAALA kepada kita

Ini adalah Solawat Jibril
صلى الله على سيدنا محمد

bacalah minima 100x sehari.

01/10/2021

Serahkan diri kepada ALLAH TAALA dengan mematuhi perintahNya dalam surah

Al-Ahzab 33:56

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم

إِنَّ ٱللَّهَ وَمَلَٰٓئِكَتَهُۥ يُصَلُّونَ عَلَى ٱلنَّبِىِّۚ يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ صَلُّوا۟ عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا۟ تَسْلِيمًا

Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.

30/09/2021

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين
اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين

Imam Mujahid rahimahULLAHU TAALA berkata:

Menurut pandangan ku, tiada sesuatu pun yang boleh memotong tulang belakang Iblis laknatullah ketika seseorang itu bersedih, kecewa, marah kepada ALLAH TAALA kerana ditimpa musibah atau ketika seseorang itu terlibat dengan dosa melainkan kalimah

لا إله إلا الله

*Kalimah ini akan mengatasi dan melupuskan segala sangka buruk kepada ALLAH TAALA dan Iblis laknatullah akan tersiksa dengan ungkapan itu.*

Maka perbanyakkan menyebut
*لا إله إلا الله *

25/09/2021

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين
اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين

Kami adalah wakil penjual Periuk Retort .

PERIUK RETORT BERFUNGSI UNTUK AGAR MAKANAN MAMPU BERTAHAN SEHINGGA DUA TAHUN WALAUPUN TANPA PENGAWET.

*KAMI ADA 2 JENIS PERIUK RETORT*

JENIS PERTAMA:
*SAIZ 18L*

*❌PERIUK RETORT
GUNA ELEKTRIK*

❌*TIDAK SESUAI UNTUK RETORT MENGGUNAKAN POUCH*

JENIS KEDUA:

*SAIZ 16L DAN 33L*

*PERIUK RETORT HASIL MODIFIKASI*

✅MENGGUNAKAN GAS.

✅SESUAI UNTUK BOTOL DAN POUCH.

✅MUDAH DILARAS SUHU.

✅MUDAH BUKA DAN TUTUP PENUTUPNYA

❌TERDAPAT SEDIKIT KESAN CALAR SEMASA MODIFIKASI

❇❇❇❇❇❇

Berikut perincian harga dan saiz:

*HARGA & PERBEZAAN KUANTITI BOTOL SAIZ & POUCH*

📌 *16.5L*

🍽️Isian produk 250 gm

BOTOL- 270 ml =16 biji
POUCH - 15 cm x 18 cm
=15 pek
✅ *RM1200 termasuk coaching ilmu RETORT 101 hari*

❌ *RM1100 tanpa coaching*

📌 *33L*

🍽️Isian produk 250 gm

BOTOL - 270 ml = 39 biji
POUCH- 15 cm x 18 cm =
30 pek

✅ *RM2950 termasuk coaching ilmu RETORT 101hari*

❌ *RM2850 hanya periuk tanpa coaching ilmu RETORT*

*TAMBAHAN RM200 UNTUK MESIN SEALER*

*POS PERCUMA DALAM SEMENANJUNG SAHAJA*

SABAH SARAWAK KOS POS RM250++

❇❇❇❇❇❇❇❇

❌ *KEKURANGAN PERIUK RETORT Kami*

*Terdapat kesan calar akibat kerjatangan semasa modifikasi periuk*.

Oleh itu, jika sewaktu penerimaan periuk, sila belek dengan teliti.

*Jika tidak puas hati, sila pos semula kepada kami dengan tanggungan pos sendiri.*

*Kami akan p**angkan harga periuk retort saja*. ( *kos pos yang kami tanggung semasa penghantaran akan dipotong daripada kos bayaran*)

Disarankan *solat istikharah dan berdoa, banyakkan bersolawat agar urusan jual beli DIREDHOI ALLAH TAALA*.

Ada kebaikan untuk agama, kita akan mudah berurusan jual beli.

www.wasap.my/+60134400212/PeriukRetort

23/09/2021

*Kelebihan *:

*setiap makhluk Allah Taala di langit dan bumi sekalian alam akan memuji dan mendoakannya serta memohon keampunan kepada nya.*

اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين

*Dihilangkan kehausan dan panas terik di padang mahsyar.*

صلى الله على سيدنا محمد وعلى آله

Want your business to be the top-listed Interior Service in Ipoh?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

Ulangkaji Rukun Haji bahagian 3
Ulangkaji Bab Haji bahagian 8
Ulangkaji Rukun Haji Bahagian 2
Ulangkaji Bab Haji Bahagian 7
Ulangkaji Rukun Haji Bahagian 1
Ulangkaji Bab Haji Bahagian 6
Ulangkaji Bab Haji Bahagian 5
Ulangkaji Bab Haji Bahagian 4
Ulangkaji Bab Haji Bahagian 3
Ulangkaji Bab Haji Bahagian 2
Ulangkaji Bab Haji Bahagian 1

Telephone

Address


Simpang Pulai
Ipoh
31300

Other Arts & Crafts Stores in Ipoh (show all)
VL GIFT BOX VL GIFT BOX
Ipoh, 31600

ArtofKeraft ArtofKeraft
Ipoh

#ForAssignmentPurposeENT530

S**a Lukis Studio S**a Lukis Studio
30B Pasar Besar Ipoh (UTC), Off Jalan Dato' Onn Jaafar
Ipoh, 30300

Kelas Melukis, Menjual Lukisan Dan Menjual Alatan2 Melukis

福安纸料行  F**k Onn 20 Ent 福安纸料行 F**k Onn 20 Ent
20, Jalan Datuk Onn Jaafar
Ipoh

Founded in 1937, the first paper craftmanship in Ipoh Town.

Giftbox.Zaa Giftbox.Zaa
Ipoh
Ipoh

selling giftbox for surprise , as a gift for someone

Kong's collection Kong's collection
Ipoh, 31400

Kong's collection � we are sellinge resin keychain, surprise gift box , satin silk scrunchie, and lomo card printing . - bajet friendly - free shipping up to RM15 - free gift - 10...

Wall Deco Nono Wall Deco Nono
Ipoh

Hi! I make wall painting (minimalist style) check out my page and thanks for your support. Harga mur2 je🥰jom jadi my 1st cust😊

Eesan's Kavadi Creation Eesan's Kavadi Creation
Ipoh
Ipoh, 30100

We make Mayil/Polystrene/Light Kavadis.

M’diva Handmade Hub M’diva Handmade Hub
Taman Pertama 2, Taman Pertama
Ipoh, 30100

JR0129857-W handmade stuffs has its own way to impress the giver & receiver learning a skill is not only hobby but a therapy

Gramas Commission Gramas Commission
12, Lebuh Bercham Selatan 1/10, Taman Kinta Mas
Ipoh, 31400

🍁GRAMAS🍁| COMMISSION SLOT (0/10) - Digital Artist - Check and share my post will be a huge help.

Skill Of Art Skill Of Art
Skill Of Art, No 12, Jalan Hadhari, Kampung Tengku Hussin Baru
Ipoh, 30020

Laser Engraving | Mural Painting | Diorama | Wooden Box | 3 D Building | Trophy | Plaque | Potrait