Cerdik Hartanah
Nearby realtors & realty services
31400
31400
31150
Taman Fair Park
31400
31650
30450
31400
31400
31400
30300
Ipoh
Negeri
31400
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Cerdik Hartanah, Estate agent, Ipoh, Ipoh.
Tanah ini berjaya dapat pembeli dengan kerjasama rakan pasukan Fairul Azuan & Asri Mustafa. Thanks to them for the hard effort.
Alhamdulillah another close deal for december 2023. Segala puji kepada Allah atas rezeki yang tidak terkira kepada kita semua.
Syahidani Suhaimi | REN 23636
Cerdik Hartanah | 011-1317 5969
Habis urusan di Pejabat tanah, terus ke Bidor dan Seri Iskandar selesaikan inspection hartanah yang kami sudah dilantik untuk uruskan juga.
1. Taman Puteri Indah, Bidor
2. Bandar Seri Iskandar, Seri Iskandar
3. Puncak Iskandar, Seri Iskandar
4. Taman Pusing Cenderawasih
Syahidani Suhaimi | REN 23636
Cerdik Hartanah | 011-1317 5969
Surat booking atau nama lain yang biasa digunapakai adalah Agreement to Purchase (ATP), Offer to Purchase (OTP), Letter of Purchase (LOP).
Pastikan anda baca dan faham terma syarat pembelian hartanah sebelum tandatangan dan bayar deposit pembelian.
Syahidani Suhaimi | REN 23636
Cerdik Hartanah | 011-1317 5969
Beberapa unit hartanah yang kami tutup jualan untuk bulan Disember 2023.
Alhamdulillah hampir penghujung tahun 2023, kami berjaya capai target yang kami sendiri tetapkan. Usaha berterusan membuahkan hasil dari Allah swt.
Tiada perkara lebih manis dari kejayaan mencapai matlamat dan target yang ditetapkan dengan banyak kemudahan dan kelancaran lain yang tuhan bantu. Tiada kekuatan dan kebijaksaan melainkan semua datang dari Allah.
Ada yang nak sertai saya dan pasukan dalam kerjaya real estate atau hartanah?
Bidang yang luas dan juga mencabar namun jika ada formula yang baik dan betul, kita boleh.
Ingin sertai kami di Synergy Group, hubungi;
En Fairul Azuan : +6010-3585085
Pn Syahidani Suhaimi : +6011-13175969
Banyak unit hartanah kami lawat semalam untuk re-inspection, bawa klien view dan letak banner baru siap. Alhamdulillah ada unit yang sudah diminati bakal close.
1. Taman Pakatan Bercham
2. Taman Desa Indah Ampang
3. Medan Pengkalan Mutiara
4. Tanah RPT Buntong Corner Lot
5. Tanah RPT Buntong 2 unit sebelahan.
Saya dapat feedback beberapa klien sebelum ini yang mereka tak perasan ‘banner’ di pagar walaupun dah lama lalu kerana faktor warna. Tambah p**a kalau ada pokok merimbun sekitar. Kita tak mahu bazirkan wang modal marketing dengan sia-sia, letak banner tapi orang tak perasan dari jauh atau pun dekat.
Kita ambil inisiatif untuk tukar warna sesuai supaya lebih jelas pada umum untuk nampak apabila banner itu diletakkan waima jauh sekalipun. Bertepatan dengan tujuan marketing sebenar iaitu untuk ‘orang nampak’. Alhamdulillah hasilnya semalam lebih jelas.
Dalam ‘marketing strategy’, kita sebagai pembina bisnes tidak boleh syok sendiri. Jika feedback atau komen itu komen membina, maka harus dinilai dan diambil peduli. Ada perkara boleh perbaiki untuk capai matlamat sebenar marketing sesuatu bisnes. Asalkan patuh undang-undang.
Syahidani Suhaimi | REN 23636
Cerdik Hartanah | 011-1317 5969
Sebelum beli rumah, semak status kediaman ‘kos rendah’ dalam geran.
Hubungi kami untuk lebih info tentang hartanah, prosedur penjualan atau pembelian.
Syahidani Suhaimi | REN 23636
Cerdik Hartanah | 011-1317 5969
Teman klien berurusan signing Sale & Purchase Agreement di pejabat. Dapatla bantu klien semak perjanjian dan jawab persoalan jika ada.
Terima kasih klien puan Salabiah sudi berurusan dan percaya khidmat dari saya dan team kerja.
Syahidani Suhaimi | REN 23636
Cerdik Hartanah | 011-1317 5969
📍Taman Kota Wira, Taiping.
Selesai inspection unit endlot disini dengan pemilik yang datang dari Masjid Tanah, Melaka untuk urusan jualan rumah dengan kami.
Kebetulan pemilik rumah pun tinggal selorong dengan rumah teres yang saya pernah jualkan di Taman Bidara Permai, Masjid Tanah Melaka.
Syahidani Suhaimi | REN 23636
Cerdik Hartanah | 011-1317 5969
Ada polisi terbaru yang dilaksanakan di negeri Perak bagi hartanah berstatus kos rendah.
Kelulusan dari pihak LPHP diperlukan untuk jualbeli rumah kos rendah di Perak.
Syahidani Suhaimi | REN 23636
Cerdik Hartanah | 011-1317 5969
𝗔𝗣𝗔 𝗜𝗧𝗨 𝗣𝗘𝗡𝗜𝗟𝗔𝗜𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗥𝗧𝗔𝗡𝗔𝗛 𝗔𝗧𝗔𝗨 𝗥𝗨𝗠𝗔𝗛?
Ada beberapa situasi di mana penilaian hartanah diperlukan:
1️⃣Anda memerlukan dana dan bercadang untuk membiaya semula hartanah anda bagi memanfaatkan kenaikan nilai hartanah selepas beberapa tahun (Refinance)
2️⃣Anda ingin membeli sebuah rumah subsale.
Bank akan membuat tanda aras pinjaman 90% pembeli berdasarkan laporan yang diperolehi daripada penilai berdaftar.
Di Malaysia, penilai biasanya mengguna pakai kaedah perbandingan jualan yang mengambil kira harga transaksi terkini hartanah daripada Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Hartanah (JPPH).
Faktor tambahan kepada nilaian:
✓ Lokasi
✓ Jalan raya dan kemudahan.
✓ Penyelenggaran dan pengubahsuaian.
✓ Kualiti pembinaan.
Bayaran untuk penilaian di Malaysia ialah seperti berikut. Ia biasanya ditanggung oleh pembeli:
Bagi RM100,000.00 pertama =0.25%
Baki seterusnya sehingga RM2 juta = 0.2%
Baki seterusnya sehingga RM7 juta = 0.167%
Baki seterusnya sehingga RM15 juta = 0.125%
Baki seterusnya sehingga RM50 juta = 0.10%
Baki seterusnya sehingga RM200 juta = 0.067%
Baki seterusnya sehingga RM500 juta = 0.05%
Baki seterusnya dan lebih daripada RM500 juta = 0.04%
Syahidani Suhaimi | REN 23636
Cerdik Hartanah | 011-1317 5969
HARGA MURAH RM210K UNTUK CORNER 3303 KP DI BATU GAJAH.
📍Taman Chenderong Jaya.
Unit corner lot ini saiz besar 3303 kaki persegi yang mempunyai 3 bilik 2 bilik air. Kelebihan berada depan padang dan juga belakang rumah ada rezab jalan luas. Tak menganggu privasi rumah.
Syahidani Suhaimi | REN 23636
Cerdik Hartanah | 011-1317 5969
Dalam telefon kerja 80% adalah gambar hartanah 20% saja gambar lain.
Hampir setiap hari kemasukan panggilan/wasap dari ramai klien minta khidmat urusan jualbeli hartanah. Gambar berikut antara unit listing yang kami perlu uruskan jualan.
📍Desa Chemor Impian
Syahidani Suhaimi | REN 23636
Cerdik Hartanah | 011-1317 5969
ADA KEMATIAN YANG MELIBATKAN NAMA SI MATI YANG ADA HARTA?
> Lakukan permohonan Pusaka Kecil.
Harta Pusaka Kecil adalah harta peninggalan simati berupa harta tak alih sahaja seperti tanah dan rumah atau harta tak alih bersama harta alih seperti wang simpanan, saham dan kenderaan yang nilai harta keseluruhannya tidak melebihi RM 2 juta pada tarikh permohonan.
Sebarang harta simati bagi orang bukan Islam yang mengandungi Wasiat dibawah Ordinan Wasiat No. 38 Tahun 1959 tidak ditakrifkan sebagai harta pusaka kecil.
Syahidani Suhaimi | REN 23636
Cerdik Hartanah | 011-1317 5969
📍Taman Kota Wira, Taiping.
Klien pemilik dari Masjid Tanah, Melaka hubungi minta khidmat kami uruskan unit teres setingkat endlot di Taiping ini.
Unit mahu dilepaskan mengikut nilai pasaran semasa selepas kami bantu semakkan dengan pihak jurunilai hartanah. RM180K untuk 3 bilik dan ada tambahan awning depan pada kondisi sekarang.
Ini gambar lama dari google. Kaklong secara profesional akan pergi inspection untuk cek sendiri kondisi semasa hartanah dan terus ambil gambar luar dalam.
| REN 23636
| 011-1317 5969
📍Desa Pengkalan Bandaraya.
Alhamdulillah semalam klien pemilik unit ini bersetuju dengan rundingan harga oleh prospek pembeli selepas prosedur viewing bersama rakan REN.
Kita tutup iklan jualan unit ini dan turunkan semua iklan berkaitan selepas pembeli buat bayaran deposit awal tanda komitmen beliau mahu teruskan pembelian.
| REN 23636
Cerdik Hartanah | 011-1317 5969
Ramai pemilik hartanah hubungi saya beritahu mereka tak ada salinan geran atau salinan geran hilang selepas pindah rumah, banjir atau lain-lain hal.
Saya akan nasihatkan pemilik hartanah ini dapatkan semula salinan geran di pejabat tanah dengan bawa bil cukai tanah untuk rujuk nombor hakmilik.
Pergi ke kaunter pejabat tanah dan beritahu mahu mohon salinan geran dan berikan info nombor hakmilik atau isi borang yang yang diberikan staf kaunter.
Ada sesetengah kaunter akan minta bayaran dan boleh terus dapatkan salinan geran yang dicop salinan sah oleh pengawai. Lebih cepat dalam sehari terus dapat.
Kita perlu ada simpan salinan geran hartanah walaupun hartanah kita masih digadai atau dipajak kepada bank atau institusi kewangan lain sebab pinjaman.
Salinan geran penting untuk info tepat hartanah anda. Simpan di tempat yang selamat.
| REN 23636
| 011-1317 5969
📍Taman Cempaka, Ipoh.
Unit ini tutup jualan dengan pembeli CoA dengan team ; Asri Mustafa.
Syahidani Suhaimi | REN 23636
Cerdik Hartanah | 011-1317 5969
📍Klebang, Perak.
Listing for sale di Klebang ada beberapa unit yang berbeza jenis; teres setingkat, dua tingkat, semi D dan kondominium.
Dari serendah RM185K hingga RM495K mengikut jenis.
Syahidani Suhaimi | REN 23636
Cerdik Hartanah | 011-1317 5969
Salam Jumaat 🇵🇸
📍Taman Pusing Cenderawasih.
Semi D 2 tingkat ini mahu dilepaskan pada harga RM350K oleh pemilik. Saiz besar dengan tanah luas.
Belum lengkap detail kerana belum dapat inspection kondisi dalam unit. Kita akan update semula.
Syahidani Suhaimi | REN 23636
Cerdik Hartanah | 011-1317 5969
📍Taman Lahat Permai.
Unit corner lot 4 bilik 3 bilik air berharga RM300K ini sangat luas dengan saiz 2390 sq.ft.
Ini antara unit corner lot luas dengan harga rendah lengkap dengan autogate, 5 unit aircond, porch awning dan extend dapur siap kabinet.
Info lengkap di channel Telegram. Tekan link di bio untuk link channel.
Syahidani Suhaimi | REN 23636
Cerdik Hartanah | 011-1317 5969
Ramai klien temui khidmat saya menerusi carian di media sosial facebook, instagram atau tiktok. Terima kasih atas kepercayaan anda semua.
Syahidani Suhaimi | REN 23636
Cerdik Hartanah | 011-1317 5969
Inspection new listing; 📍Taman Pakatan, Bercham.
Harga berpatutan dengan lokasi dan kondisi rumah ikut nilai pasaran semasa.
Info lengkap di channel Telegram dan Page Syahidani Ejen Hartanah Perak.
We make it every month and every quarter 💪🏻 thank you Allah for this great opportunity.
Kami berdoa agar diberi kekuatan, tenaga dan ilmu untuk bina jalan baik di dunia dan akhirat. Tiada guna jika kejayaan hanya dibina untuk dunia tanpa ada perancangan untuk akhirat sana.
Matlamat kami mahu bantu lebih insan yang memerlukan khidmat jualan dan belian hartanah. Setiap masalah yang ada dalam industri boleh diselesaikan dengan izin tuhan mungkin menerusi servis dari kami.
Syahidani Suhaimi | REN 23636
Cerdik Hartanah | 011-1317 5969
Saya jarang tolak permintaan klien yang hubungi minta uruskan jualan/belian hartanah melainkan:
1️⃣ Hartanah klien bernilai terlalu rendah selepas disemak nilai pasarannya. Contoh: Nilai pasaran RM100K, tapi klien beli rumah RM250K dan masih ada hutang RM220K.
2️⃣ Hartanah yang nak dijual masih belum diuruskan proses perwarisan atau proses faraid selepas berlaku kematian salah seorang penama dalam geran.
3️⃣ Hartanah klien yang disahkan bankrap oleh pihak Insolvensi dan klien berhutang dengan nilai terlalu tinggi tak pernah ambil tahu surat/dokumen berkaitan hutang dan insolvensi. maksudnya kita tak boleh tolong kalau tuan badan sendiri pun tak nak tolong diri sendiri juga.
4️⃣ Hartanah yang ada masalah berkaitan dengan hutang Ah Long yang tidak mendapat kerjasama baik antara klien dan Ah Long.
5️⃣ Hartanah yang bakal dilelong tapi tarikh lelongan terlalu dekat untuk berurusan dan klien tidak tahu berapa hutang terkini yang tertunggak dan tak nak berusaha dapatkan detail hutang sendiri.
6️⃣ Hartanah klien yang kerap call dan wasap dengan emosi marah dan bercakap kasar melebihi 3 kali 🥲.
7️⃣ Hartanah yang dipecahkan lot-lot kecil seperti dalam pelan yang tidak lagi mendapat kelulusan pecahan lot dan klien mahu saya jual lot-lot tersebut walaupun proses pecahan belum selesai.
8️⃣ Hartanah yang ada terlalu banyak nama dalam geran dan kebanyakan penama tak dikenali rapat dan tak diketahui lokasi tempat tinggal semasa.
9️⃣ Hartanah yang disewakan oleh kerajaan seperti tanah TOL.
1️⃣0️⃣ Hartanah anugerah yang dapat dari kerajaan dan ada sekatan untuk jual dalam tempoh masa tertentu yang belum tamat tempoh sekatannya.
Ada lain jenis hartanah lain yang tidak boleh dijual?
Syahidani Suhaimi | REN 23636
Cerdik Hartanah | 011-1317 5969
📍RPT Buntong, Ipoh.
Masuk lagi listing tanah di RPT Buntong bersebelahan tanah yang saya uruskan. Jiran kiri kanan.
Tanah saiz 3681 kaki persegi depan jalan ke Sekolah Menengah Buntong ini harga RM130K sahaja.
Syahidani Suhaimi | REN 23636
Cerdik Hartanah | 011-1317 5969
Jam 11.30 pagi 28 Oct lalu kami tiba di Ibis Hotel Kuala Lumpur untuk program reward dan lunch treat dari Realtors Haven Properties.
Alhamdulillah dan terima kasih atas undangan dan majlis raikan dengan makanan, sijil dan trofi.
Peluang cheat day untuk makan sikit kek dan manisan berbeza hari ini sempena majlis syarikat.
Alhamdulillah perjalanan awal pagi tak sesak lagi dengan orang ramai yang ke perhimpunan solidariti Pal3s.tin.
Sokongan dan usaha boikot untuk kekejaman zionis kita teruskan sebagai usaha kecil kita dari jauh. Sambil makan kita masih teringat kesusahan saudara yang dizalimi dan doakan keadilan buat mereka.
Syahidani Suhaimi | REN 23636
Cerdik Hartanah | 011-1317 5969
Menurut kajian Bank Dunia, 60% orang muflis di Malaysia adalah yang berusia antara 25 hingga 44 tahun.
Bila mahkamah dah keluarkan arahan muflis, semua aspek kewangan dalam kehidupan anda akan diatur oleh Jabatan Insolvensi Malaysia.
Ketua Pengarah Insolvensi akan mengendalikan kesemua aset hartanah anda juga. Sebagai contoh aset yang akan disita seperti rumah milik anda akan diambil dan diuruskan oleh KPI.
Ini bermakna anda tidak dapat jual sendiri hartanah tersebut. Dengan erti kata lain, tandatangan anda tidak laku untuk urusan dokumen jual & beli melainkan diluluskan oleh KPI.
Pihak KPI akan menguruskan aset anda yang muflis untuk dijual dan hasil akan digunakan bagi membayar hutang anda.
Jadi sekiranya anda di isytiharkan muflis, jangan sembunyikan maklumat penting ini. Kerana anda tiada kuasa untuk melantik ejen atau menjual hartanah anda tanpa pengetahuan pihak KPI.
Syahidani Suhaimi | REN 23636
Cerdik Hartanah | 011-1317 5969
📍Taman Chemor Perdana.
Unit corner lot ini buka jualan. Klien pemilik dari Pulau Pinang hubungi minta uruskan unit ini setelah pernah minta uruskan sewaan tahun lepas.
Follow for more property info.
📍Taman Pinji Perdana.
Klien pemilik turun ipoh dari Kuala Lumpur pagi tadi untuk serah kunci rumah bagi tujuan urusan jualan kepada kami.
Teres 2 tingkat ini siap renovasi extend dapur dengan kabinet lengkap di dapur dan ruang bilik tingkat atas. Beli tanpa fikir kos renovation besar.
Ruang depan rumah pun facing open.
Syahidani Suhaimi | REN 23636
Cerdik Hartanah | 011-1317 5969
Jangan lupa tanggungjawab anda sebagai pembeli untuk semak nama dalam bil cukai tanah dan cukai taksiran selepas proses pembelian rumah selesai.
Syahidani Suhaimi | REN 23636
Cerdik Hartanah | 011-1317 5969
Alhamdulillah unit di Taman Anda sudah berjaya tutup jualan kepada pembeli yang hadir ke pejabat Synergy Property semalam untuk buat bayaran deposit awal kepada penjual.
Terima kasih Asri Mustafa rakan synergy bekerjasama jualkan unit ini. Kita berjaya dapatkan result rundingan terbaik untuk penjual dan pembeli.
Syahidani Suhaimi | REN 23636
Cerdik Hartanah | 011-1317 5969
Berada di pejabat siang tadi, ramai betul klien call untuk urusan hartanah. 7 klien minta carikan pembeli rumah dan tanah:
1️⃣ Tanah pertanian di Changkat Siulang, Kuala Kangsar harga RM100k.
2️⃣ Teres setingkat di Taman Tronoh Universiti harga RM220k.
3️⃣ Tanah pertanian di Simpang Empat Semanggol.
4️⃣ Tanah pertanian di Tanjung Rambutan.
5️⃣ Tanah kediaman di Tapah Road.
6️⃣ Tanah pertanian di Jalong, Taiping.
7️⃣ Teres setingkat di Taman Keris, Lekir.
Kami sangat terharu dan berterima kasih atas kepercayaan ramai klien yang hubungi untuk servis dan khidmat dari kami dalam urusan hartanah.
Kami sedaya upaya usahakan cari staf kerja dan pasukan yang cekap untuk prosedur. Namun pasti ada kekurangan yang kami mohon maaf.
Dalam ramai-ramai klien, ada seorang klien dari Singapura emel kepada syarikat beritahu ada masalah dengan fail jualan yang belum selesai. Sudah hubungi staf tapi tiada jawapan memuaskan.
Beliau hantar emelkan dan nyatkan bahawa ramai kawan-kawan beliau beritahu mereka jual rumah cepat saja selesai berbeza dengan fail beliau lambat. Tak ramai tahu bahawa setiap jualan hartanah akan berbeza tempoh selesai kerana ada perbezaan status geran dan situasi.
Mohon maaf jika ada yang rasa kekurangan dipihak kami atau pasukan yang menguruskan. Kami pasti mahukan yang terbaik untuk klien-klien.
Syahidani Suhaimi | REN 23636
Cerdik Hartanah | 011-1317 5969
PEMBIAYAAN LPPSA: Jenis pinjaman yang boleh dimohon oleh penjawat awam. Ada 7 jenis pinjaman yang dibenarkan:
Syahidani Suhaimi | REN 23636
Cerdik Hartanah | 011-1317 5969
Sejam setengah perjalanan kami buat pagi tadi. Ipoh - Sitiawan. Alhamdulillah sekarang sudah selamat p**ang semula ke Ipoh.
📍Bandar Baru Setia Awan Perdana.
Kami ada 5 unit hartanah untuk diuruskan; Semi D dan teres dengan harga paling murah dalam pasaran disini.
Boleh tahan panas terik juga tadi. Tapi awan nampak banyak dah tebal. Nasib tak lupa bawa topi kuning ni.
Syahidani Suhaimi | REN 23636
Cerdik Hartanah | 011-1317 5969
Listing For Sale.
Baru lepas inspection 4 unit ini hari semalam dan pagi ini. Kita naikkan iklan segera mungkin.
1. Bandar Baru Sri Klebang
2. Taman Klebang Damai
3. Medan Klebang Restu
4. Taman Desa Pengkalan
Syahidani Suhaimi | REN 23636
Cerdik Hartanah | 011-1317 5969
PEMBIAYAAN LPPSA: Jenis pinjaman yang boleh dimohon oleh penjawat awam. Ada 7 jenis pinjaman yang dibenarkan; antaranya:
🖋️ Membuat Kerja Ubahsuai Rumah Atau Petak Rumah Kediaman.
Syahidani Suhaimi | REN 23636
Cerdik Hartanah | 011-1317 5969
📍Villa MDP Ipoh.
Seingat saya sejak 2016 hingga sekarang sudah 12 unit tanah dan rumah dalam kawasan Villa Medan Desa Perpaduan ini saya uruskan jualbeli.
Saya boleh ingat dan hafal unit-unit rumah yang ada disana malah berapa jalan dan lorong disana. Kawasan sini agak bagus kerana tidak jauh dari kemudahan tapi masih berkonsep tenang dan damai dari kesibukan kota.
Hari ini ada 1 lagi unit tanah saya diminta uruskan jualannya. Harga RM150k bagi keluasan tanah bersaiz 3600 kaki persegi. Pemilik beritahu kita buka rundingan jika ada yang benar-benar berminat nanti.
Info penuh tanah ini lengkap, boleh dapatkan info dengan hubungi kami.
Syahidani Suhaimi | REN 23636
Cerdik Hartanah | 011-1317 5969
KENAIKAN YURAN GUAMAN HARTANAH.
Perubahan dalam yuran guaman dan Solicitor’s Remuneration Order (SRO 2023) telah diwartakan ada 12 Jul 2023 dan berkuatkuasa pada sabtu lepas iaitu 15 Jul 2023.
🔖 Penjualan dan pemindahan hartanah bernilai RM500,000 dan ke bawah kini akan dikenakan bayaran sebanyak 1.25% (sebelum ini 1%).
🔖 Bagi hartanah bernilai antara RM500,000 dan RM7.5 juta, yuran kini adalah 1%.
Definisi:
🔍 SRO 2023 adalah Perintah Imbuhan Peguamcara yang diluluskan sebagai garis panduan untuk mengawal selia yuran guaman untuk urusan conveyancing.
🔎 ‘Conveyancing’; asasnya meliputi kerja bukan litigasi (bukan mahkamah) yang merangkumi perjanjian jual beli, perjanjian penyewaan, perjanjian pajakan, pemindahan, pinjaman dan penyerahan hak.
Syahidani Suhaimi | REN 23636
Cerdik Hartanah | 011-1317 5969
PEMBIAYAAN LPPSA: Jenis pinjaman yang boleh dimohon oleh penjawat awam. Ada 7 jenis pinjaman yang dibenarkan; antaranya:
🖋️ Membina rumah di atas tanah yang telah dibeli melalui pinjaman kerajaan juga.
Syahidani Suhaimi | REN 23636
Cerdik Hartanah | 011-1317 5969
Click here to claim your Sponsored Listing.
Videos (show all)
Category
Website
Address
Ipoh
Ipoh
31400
20A Lebuh Medan
Ipoh, 31400
Specialized in BUY / SELL / RENT properties to help you find your dream house & beautiful investments. Do contact Kelly, your trusted property agent at 0189509371
NO23A Jalan PERAJURIT, TAMAN IPOH TIMUR IPOH
Ipoh, 31400
New Launch Project At Ipoh Perak.(JR0155272-M) Projek Pelancaran Baru Di Ipoh Perak. 霹雳怡保最新房地产
9A, Persiaran Greentown 8, Greentown Business Centre
Ipoh, 30450
欢迎任何买家或卖家询问,提供免费估价服务和专业的银行贷款咨询
Ipoh
Perunding Hartanah Berdaftar (REN 50589) di bawah agensi Homefield Real Estate Sdn Bhd.
2-19B1, 2-19B2 Jalan Kamaruddin Isa, Pusat Perdangan Kepayang
Ipoh, 31400
📄 Ipoh's Property & News. 🔑Ipoh's New Project Specialist. 🏆My goal is to help all first buyers find their dream house or solving issues they faced. 🏆My mission is to help all prope...
A-1-23 & A-2-23, Bangunan Perdagangan Casuarina 1, Jalan Raja Drive Nazrin Shah
Ipoh, 30450
HI, I AM AZZIZUL (JOE) I AM AN ESTATE AGENT I CAN HELP TO FIND HOUSE IN MALAYSIA