Bijak Aulad Education
Kid's Fun Hub
Ejen Sah Produk Mommy Hana
Ejen Sah Produk Mommy Happy
Pelbagai buku kanak-kanak, eb
Tips Istiqamah Selepas Ramadan
========
1. Ramadan hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi. Apakah kita akan meninggalkan semua amalan ibadah yang telah kita lakukan sepanjang Ramadan ini? Kekuatan berpuasa 30 hari, tarawih lapan rakaat dan bacaan Quran yang banyak seharusnya diteruskan.
2. Beberapa hadis yang dinukilkan daripada Rasulullah ﷺ seharusnya menjadi pemangkin buat kita untuk terus konsisten dalam melakukan amal ibadah seusai Ramadan. Antaranya ialah:
3. Bagi bacaan al-Quran, Rasulullah ﷺ mengingatkan kita bahawa kedudukan seseorang di akhirat kelak adalah bergantung kepada akhir ayat yang dibaca. Lagi banyak di baca, lagi tinggi kedudukan kita. Justeru, bacaan al-Quran mesti diteruskan setelah Ramadan. Sabda Rasulullahﷺ:
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ( يُقَالُ لِصَاحِبِ الْقُرْآنِ : اقْرَأْ وَارْتَقِ وَرَتِّلْ ، كَمَا كُنْتَ تُرَتِّلُ فِي الدُّنْيَا ، فَإِنَّ مَنْزِلَكَ عِنْدَ آخِرِ آيَةٍ تَقْرَؤُهَا ) .
Sabda Rasulullah ﷺ: " Di akhirat kelak, ahli al-Quran akan dikatakan kepada mereka: “Bacalah (al-Quran) dan naiklah (ke syurga) serta tartilkanlah (bacaanmu) sebagai mana engkau membacanya secara tartil sewaktu di dunia. Sesungguhnya kedudukan dan tempat tinggalmu (di syurga) berdasarkan akhir ayat yang engkau baca”. (HR. Tirmizi dan Abu Daud)
4. Bagi amalan puasa p**a, Rasulullah ﷺ dikatakan konsisten berpuasa tiga hari setiap bulan (selain Ramadan). Berpuasa tiga hari ini hanyalah 10% sahaja daripada jumlah puasa Ramadan kita sebanyak 30 hari. Perkara ini diceritakan oleh Aisyah dalam sebuah hadis:
عن مُعَاذَةُ الْعَدَوِيَّةُ، أَنَّهَا سَأَلَتْ عَائِشَةَ زَوْجَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: " أَكَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصُومُ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ ثَلَاثَةَ أَيَّامٍ؟ "، قَالَتْ: "نَعَمْ"، فَقُلْتُ لَهَا: "مِنْ أَيِّ أَيَّامِ الشَّهْرِ كَانَ يَصُومُ "، قَالَتْ: لَمْ يَكُنْ يُبَالِي مِنْ أَيِّ أَيَّامِ الشَّهْرِ يَصُومُ
Maksudnya: Muazah pernah bertanya kepada Aisyah: Apakah Rasulullah berpuasa tiga hari pada setiap bulan? Aisyah menjawab: “Ya.” Muazah kemudian bertanya: Rasulullah berpuasa pada hari apa (berkenaan 3 hari tadi)? Aisyah menjawab: Baginda tidak kisah dari hari apa pun.”
Ini bermakna, Bagindaﷺ akan meneruskan amalan berpuasa ini sebanyak tiga hari setiap bulan, tidak kira hari apa pun. Yang penting konsisten meneruskan amalan berpuasa yang telah kita lakukan sepanjang bulan ini.
5. Manakala bagi amalan solat tarawih p**a, kita boleh terus konsisten melakukannya dengan solat sunat witir setelah isyak. Saidina Abu Hurairah menceritakan bahawa Rasulullahﷺ berpesan kepada beliau tentang tiga amalan yang tidak pernah beliau tinggalkan sepanjang beliau hidup iaitu “(1) Solat witir, (2) Puasa tiga hari setiap bulan dan (3) Solat Duha (HR al-Bukhari). Kata Abu Hurairah:
فعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، قَالَ: " أَوْصَانِي خَلِيلِي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِثَلَاثٍ: صِيَامِ ثَلَاثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ، وَرَكْعَتَيِ الضُّحَى، وَأَنْ أُوتِرَ قَبْلَ أَنْ أَنَامَ
Maksudnya: Kekasih aku (Rasulullahﷺ) berpesan kepada aku tiga perkara (yang tidak aku tinggalkan sehingga aku mati) iaitu: Puasa tiga hari sebulan, Solat Duha dan Solat Witir sebelum tidur.
6. Salin hadith di atas, dan tampal ditempat yang mudah dilihat. Mudah-mudahan ia sentiasa menjadi peringatan buat kita untuk konsisten dan istiqamah melakukan amalan yang telah kita lakukan di dalam bulan Ramadan.
Moga Allah membimbing kita untuk istiqamah setelah Ramadan.
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Ibu ayah mana yang tak seronokkan bila anak-anak mendengar kata. Tambah lagi masa musim PDPR ni. 🥰
Dengan Kombo Parenting ni, ibu ayah boleh tambah ilmu serta ketahui tips cara mendidik anak-anak dengan cara yang betul.
Disertakan pelbagai hadiah PERCUMA yang sangat menarik. Lock sekarang!
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the school
Telephone
Website
Address
Ipoh
31400
( Bercham, Tasek, Chemor), No. 48A & 50A, , Persiaran Bercham Timur 20, , Pusat Bandar Baru Bercham, , 31400 Ipoh Perak. , , (Tasek), No. 50A, Persiaran Tembok, , Taman Desa Gemilang, , 30100 Ipoh. ,
Ipoh, 314003010031200
Tuition
Jabatan Pendidikan Negeri Perak, Jalan Tun Abdul Razak
Ipoh, 30640
Pusat 3PK Perak menyediakan perkhidmatan konsultasi/intervensi/rehabilitasi bagi meningkatkan keupayaan murid berkeperluan khas. Perkhidmatan yang disediakan: - Intervensi Pembela...
13&13a, Jalan Medan Ipoh 8, Bandar Baru Medan
Ipoh, 31400
TOP TEN 美 甲 专 业 学 院 (IP02401-H) 创 立 于 2006 年 ,总 院 设 于 霹 雳 怡 保
Japan Kampar
Ipoh
Specialize in Diploma music theory and higher graded music teaching.
Ipoh
Translation from BM to English, English to BM. Proofreading for school students, university students and for job purpose. All at affordable rate and fast work done!
50, Jalan Leong Kim Seng, Taman Kampar
Ipoh, 30250
本中心提供居家式温馨舒适的学习环境以及多年教學經驗和有耐心的老師。除了幫助家長減輕負擔,幫忙督促課業,也注重孩子的品德培養。
Www. Facebook. Com/Agen. NS. 800
Ipoh, LIKELIKELIKE
I Can Give You Tools Ninja Saga And Hack
Ipoh
Learn kit by Mummy afi's ialah sebuah Kit pembelajaran sambil bermain untuk anak anak berumur 2 tahu
Regat Rokam 7
Ipoh
Mendidik anak -anak dari segi kemantapan rohani.. memupuk ummah yang berkualiti.. dan memupuk insan