polaris.savoury
Popia Bergedil
self pickup at PUO
Tengok video pun dah terliur, belum rasa lagi, jadi marilah kita sama-sama mencuba!
Ada tiga perisa:
Ayam RM 12
Daging RM 12
Mix RM 12
COD area Ipoh, Perak sahaja
Mur-mur sahaja...
Berminat bole PM: https://linktr.ee/polaris.savoury?fbclid=PAAaZFH7D2EV0-h5ua1vSHxPADPwHcHXIZSYIFyH_kcCDJufNSaoZt4s1OY9s
RESEPI KEK BATIK INDULGENCE
BAHAN-BAHAN:
1 pek biskut Marie
250g mentega/butter
200g serbuk Milo
3 sudu besar serbuk koko, ayak
3/4 tin susu pekat
CARA-CARA:
Lapik loyang dengan kertas parchment atau kertas baking supaya apabila sejuk nanti mudah dikeluarkan. Che Nom guna loyang berukuran 8"x8".
Potong butter kepada kiub. Panaskan butter di dalam periuk dan di atas api sederhana sehingga cair.
Masukkan serbuk milo, susu pekat dan serbuk koko. Kacau sehingga pekat sebati.
Susun biskut Marie dalam loyang kemudian sendukkan adunan coklat dan sapu rata sebagai lapisan atas.
Susun berselang seli lapis biskut Marie dan adunan coklat sehingga habis.
Sejukkan di dalam peti ais semalaman. Keluarkan dan potong untuk dihidangkan.
RESEPI KUIH CARA
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung gandum
3 cawan santan, sederhana pekat dari anggaran 1/3 biji kelapa
4-5 helai daun pandan
2 biji telur
1 sudu kecil garam
2 sudu minyak masak
pewarna hijau, beberapa titik
gula pasir, secukupnya
CARA-CARA:
Kisar kelapa parut bersama daun pandan yang dihiris nipis dan air dengan anggaran supaya menghasilkan 3 cawan pati santan.
Bancuh santan bersama tepung gandum dan telur dan garam.Titiskan beberapa titik pewarna hijau dan kacau sebati. Lebih mudah jika menggunakan whisk. Tapis adunan supaya tiada ketulan kemudian isikan dalam bekas bermuncung.
Panaskan acuan kuih dan griskan dengan minyak menggunakan daun pandan yang dicarikkan di hujung. Apabila acuan sudah panas, tuang adunan sehingga hampir penuh. Sudukan gula pasir dalam anggaran 1/2 sudu teh ke dalam acuan dan tutup dengan tudung periuk. Apabila permukaan kuih sudah masak, angkat dan sejukkan di dalam pinggan
RESEPI KUIH KERIA GULA MELAKA
BAHAN-BAHAN:
Bahan-bahan untuk doh keria:
800 gram ubi keledek putih (dalam 2 ketul besar)
1 1/4 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil garam
Bahan-bahan untuk salutan gula/sira:
1 ketul gula melaka
1 sudu besar gula batu
1 sudu besar gula putih
1/2 cawan air
CARA-CARA:
Cara-cara untuk kuih keria:
Rebus ubi hingga empuk dan toskan airnya. Apabila ubi sudah sejuk, tumbuk halus dengan menggunakan lesung batu dan tarik keluar urat-urat kasar dari ubi keledek. Boleh juga gunakan 'potato masher' untuk hancurkan keledek.
Tambah tepung sedikit demi sedikit hingga doh kurang melekat.
Leperkan bebola doh dan buat lubang di tengah.
Ulang proses sehingga habis dan goreng di dalam minyak panas sehingga keperangan.
Kacau atau gaul kuih keria yang digoreng tadi dalam gula pekat yang sedang mendidih sehingga sekata.
Cara-cara untuk salutan gula/sira:
Tumbuk halus gula dan masak di dalam kuali sehingga mendidih dan pekat.
Sedia untuk digaul kuih keria
RESIPI KARIPAP KENTANG AYAM
BAHAN-BAHAN:
Bahan-bahan untuk kulit karipap:
500g /4 cwn tepung gandum
1/2 cwn minyak masak
2 sb majerin
1 cwn air sejuk
1/2 sk garam
2 sb tepung beras
Bahan-bahan untuk inti:
6-7 biji / 1.2 kg kentang
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 tangkai daun kari
4 sb serbuk kari
1-2 sb serbuk cili
300 isi ayam
1 sk serbuk lada hitam
Sedikit air
1 kiub pati ayam
1-2 sb gula
Garam secukup rasa
Daun sup
CARA-CARA:
Cara-cara untuk inti karipap:
Cincang halus bawang putih.Potong dadu bawang besar.
Daun sup basuh bersih dan potong buang akar. Kemudian hiris halus daun sup.
Kentang, kupas kulit dan basuh bersih. Kemudian potong dadu.
Isi ayam, buang tulang dan cincang kasar. Boleh lebihan isi ayam kalau s**a, kalau nak beli isi ayam yang frozen pon boleh.
Bancuh rempah kari daging dan serbuk cili dengan sedikit air.
Panaskan minyak dan tumis bawang besar sampai lembut dan layu.
Masukkan bawang putih (masuk lambat sikit sebab bawang putih cepat hangit).
Bila bawang dah naik bau, masukkan daun kari dan kacau sebati.
Bila dah naik bau daun kari, masukkan bancuhan rempah kari tadi dan kacau sampai kering dan pecah minyak.
Tambah 1-2 kali air dan ulang masak sampai kering balik.
Masukkan isi ayam dan serbuk lada hitam. Kacau sebati.
Tambah kiub pati ayam (pilihan) dan kentang.
Tambah sedikit air (supaya kentang cepat empuk), garam dan gula. Kacau sebati dan masak sampai kentang empuk.
Bila kentang dah masak empuk, tabur daun sup dan tutup api.
Sejukkan inti sebelum buat karipap.
Cara-cara untuk kulit karipap:
Sukat dan masukkan tepung gandum, tepung beras dan garam dalam mangkuk. Kacau sebati kesemua bahan.
Cairkan majerin dan minyak masak.
Tuang sedikit demi sedikit minyak dan majerin panas dalam tepung. Kacau sebati sampai dapat texture berderai macam serbuk roti (kacau dengan sudu sebab minyak masih panas).
Tambah sedikit demi sedikit air sejuk dan uli sampai jadi doh.
Rehatkan doh setengah jam.
Bila doh dah kembang, keluarkan dan uli sikit doh.
Kemudian bahagikan doh setiap satu 25g (hasil 38-40 biji karipap).
Bulat dan leperkan doh.
Sudukan penuh inti dan letak ditengah doh.
Tekan rapat bahagian tepi doh biar ada lebihan ½ cm doh untuk kelim.
Kelim kemas karipap (tolak doh dengan ibu jari dan picit biar melekat).
Panaskan minyak dan goreng karipap (minyak jangan terlalu panas sangat takut dalam tak masak). Alih sekali sekala.
Bila karipap dah perang, angkat dan toskan minyak.
Tengah lapar petang²?
Tak tahu nak masak apa?
Cubalah resipi baru ini, Popia Begedil 👍🏻
Makanan kudap-kudapan yang sangat enak dimakan
Resepi Sambal Kicap Berapi Yang Sangat Mudahhh!!!
BAHAN-BAHAN
Cili padi hijau
Cili padi merah
Bawang putih
Kicap manis
Garam dan gula secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
Satukan semua bahan dan kisar halus.
Masukkan ke dalam kuali dan masak seketika.
Angkat dan sedia dihidang bersama tauhu bergedil
Resepi Tauhu Begedil Dan Sambal Kicap Yang Padu
Bahan-bahan untuk tauhu begedil:
300g / 25-30 biji tauhu kering
½ biji bawang besar
150g daging kisar
6-7 biji kentang
3 tangkai cili merah
sedikit daun sup
½ cawan bawang goreng
½ sudu kecil lada sulah
garam secukup rasa
2 biji telur
secubit garam
Bahan-bahan untuk cili kicap:
½ biji bawang besar
3 biji bawang merah
5-6 ulas bawang putih
10 tangkai cili padi
2 tangkai cili merah
sedikit minyak
Anggaran 1 cawan kicap manis ABC
Anggaran 1/3 cawan kicap manis cap Kipas Udang
Cara Penyediaan:
Cara-cara untuk tauhu begedil:
1)Gunting permukaan tauhu kering dan keluarkan isinya. Asingkan dulu isi dan tauhu kering.
2)Cincang halus daun sup dan cili merah.
3)Hiris nipis kentang dan bawang merah. Kemudian potong dadu biji bawang besar.
4)Panaskan minyak dan goreng hirisan bawang merah sehingga kekuningan dan garing. Gorengkan dengan api yang sederhana.
5)Angkat dan toskan minyak selepas bawang merah kelihatan keperangan.
6)Kemudian, goreng kentang sehingga sedikit kekuningan lalu angkat dan toskan minyak.
7)Tumis bawang besar serta masukkan daging kisar. Gaul sehingga ia masak serta kering airmya.
8)Tambah serbuk lada dan garam secukup rasa.
9)Bila air daging sudah kering, angkat dan ketepikan dulu.
10)Lenyek kentang goreng sehingga lumat lalu masukkan isi tauhu kering, cili merah, sedikit daun sup, daging kisar goreng, setengah cawan bawang goreng, lada sulah dan garam.
11)Gaul rata kesemua bahan sehingga sebati.
12)Bulatkan inti dan masukkan atau sumbat kedalam tauhu kering.
13)Pecahkan telur kedalam mangkuk dan sedikit garam. Kacau sehingga rata.
14)Celup tauhu begedil kedalam telur dan goreng kedalam minyak yang panas sehingga ia masak keperangan.
15)Angkat dan toskan minyak lalu tauhu begedil siap untuk dihidang.
Cara-cara untuk sambal kicap:
1)Hiris kasar bawang besar, bawang merah dan bawang putih. 2)Potong atau patahkan cili padi dan cili merah.
3)Goreng bahan-bahan kedalam minyak panas dan masak sehingga ia layu serta lembut. Kemudian, angkat dan toskan minyak.
4)Masukkan bahan kedalam pengisar. Tambah kicap manis ABC dan kicap manis cap Kipas Udang lalu kisar sehingga sederhana halus.
Selepas siap dikisar, perah limau nipis jika mahu.
Tip:
Kentang jika tidak dikupas kulitnya, pastikan cuci kentang sebersih-bersihnya untuk dimasukkan kedalam masakan. Selain itu, jika mahu direbus kentang, tidak perlu dihiris nipis.
Pastikan bawang merah goreng tidak dibiarkan begitu lama dan cepat-cepat mengangkatnya selepas ia sudah masak keperangan. Hal ini kerana bawang itu masih dalam proses masak dimana ia akan cepat hangit dan menyebabkan rasa pahit serta tidak sedap.
Bawang boleh diletakkan dibawah kipas selepas ditos jika tidak pandai mengagak masa mengangkatnya. Tips ini oleh dicuba ya.
Jika tidak mahu menggunakan kaedah menggoreng kentang kerana takut berminyak, kentang boleh juga direbus. Kentang yang digoreng kerana akan lagi sedap rasanya dan begedil lebih mudah dibentuk.
POPIA BERGEDIL
BAHAN-BAHAN:
-4 biji kentang | kupas kulit, basuh, potong-potong & goreng
-Sepotong isi ayam | cincang halus (bahagian dada)
-Sedikit daun bawang & daun sup | potong halus
-Blackpepper
-Garam (optional)
-Kulit popia | sekeping potong 2 bahagian
-2 biji telur | kacau & letak garam sikit
-Minyak (untuk menggoreng)
CARA-CARA:
-Kentang potong nipis-nipis dan goreng sehingga empuk atau lembut.
-Masukkan dalam mangkuk, lecek kentang goreng tadi sehingga lumat, masukkan daging kisar, daun sup atau bawang, bawang goreng, cili merah, lada sulah, perasa. Gaul sehingga rata.
-Amik kulit popia dan lipat sikit bahagian atas dan letak inti dan gulung bergedil bersama kulit popia tadi.
-Pukul telur dan goreng dalam minyak yang telah dipanaskan.
-Nampak kekuningan terus angkat dan boleh lah hidang dan taburkan sedikit daun sup dan bawang goreng.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Videos (show all)
Category
Telephone
Address
Jalan Raja Musa Mahadi Politeknik Ungku Omar
Ipoh
Ipoh, 31400
��� *PERHATIAN!!!*��� Kami disini ingin menyediakan FOOD DELIVERY SERVICE bagi pelajar PUO yang menginap di kolej kediaman PFI sahaja.
Taman Sentosa
Ipoh, 31650
Authentic Japanese home-cook bento and snack readily delivered to your doorstep.
31650
Ipoh, 31650
sandwich pelbagai perisa dan rasa � insyaAllah sedap � order digalakkan shari awal � terima utk semua jenis majlis samaada kecil.atau besar �
Taman Rapat Setia Baru
Ipoh, 31350
Homebase. Can find in grab or just whatsapp for enquiry/order.. thank you
Ipoh, 31400
Ejen sah produk Azlina Ina Stokis Crepe Larizz DKC Owner Adam's Food Mini Ejen diperlukan segera!
Ipoh
Hai everyone! I’m selling chocolate moist cake at affordable price. Do check me out �
Ipoh, 30020
Lyleenz frozens menjual product frozen by projectmommy.co, frozenbonda, lyleenz frozens homemade.