YB Ahmad Saidi Mohamad Daud
Exco Kesihatan Sains Alam Sekitar dan Teknologi Hijau
📌SESI DIALOG KERJAYA BERSAMA SYAMSUL DEBAT &
❗❗*((LIVE @ TALENT PERAK))*❗❗
❗❗*((LIVE @ TALENT PERAK))*❗❗
*Kerjaya sebagai Ibadah | Tekanan Kerja | Amanah & Integriti*
📆 11 Februari 2021 (Khamis)
🕒 3.00 Petang
*LIVE DI FACEBOOK & ZOOM!*
*Moh lekah mendaftar 😗 bit.ly/sesidialogkerjayasyamsuldebat
Tempat adalah *TERHAD*!
Penutup Kempen Pengumpulan Ewaste
Diari YB
25 Julai 2020 | Sabtu | 10.30pg
PROGRAM SUKARELAWAN KOSPEN NEGERI PERAK
menghadiri program bersama-sama YB Dato’ Dr. Hj Noor Azmi bin Hj Ghazali (Timbalan Menteri Kesihatan 1) untuk merasmikan program sukarelawan Kospen peringkat negeri Perak di Bukit Merah Laketown Resort. Turut bersama-sama dlm program ini. Pengarah Kesihatan Negeri Perak, YBhg. Dato’ Dr. Ding Lay Ming serta Tuan DO dan Dif-dif jemputan yang lain.
Program “Komuniti Sihat Pembina Negara” (KOSPEN) telah diperkenalkan pada Julai 2013 bertujuan untuk menangani masalah peningkatan bebanan Penyakit Tidak Berjangkit di negara ini.
Selain itu, program ini memberi penerangan pengenalan kepada Garis Panduan Norma Baharu Aktiviti Kospen oleh sukarelawan di lapangan. Diharap agar Komuniti Sihat Pembina Negara (KOSPEN) ini dapat membantu Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mengurangkan penyakit tidak berjangkit ini.
melakukan kunjung hormat ke Pejabat Menteri Sains, Teknologi & Innovasi (MOSTI), YB Khairy Jamaluddin ..
Beberapa perkara telah dibincangkan dan dibentangkan terutamanya melibatkan Sains dan Innovasi di Negeri Perak..
Tq Chief atas nasihat, idea dan penambahbaikan terutamanya berkaitan innovasi yg telah dicadangkan dan diilhamkan oleh anak-anak muda dan belia Perak yg berkebolehan dan luar biasa di dalam bidang penghasilan innovasi (Magnificient)..
It's a wrap!!! Perancangan jangka masa panjang ke arah pembangunan Teknologi, Sains & Innovasi yg menyeluruh buat seluruh Warga Negeri Perak..
Tq Sir.. We are ready.. melakukan kunjung hormat ke Pejabat Menteri Sains, Teknologi & Innovasi (MOSTI), YB Khairy Jamaluddin ..
Beberapa perkara telah dibincangkan dan dibentangkan terutamanya melibatkan Sains dan Innovasi di Negeri Perak..
Tq Chief atas nasihat, idea dan penambahbaikan terutamanya berkaitan innovasi yg telah dicadangkan dan diilhamkan oleh anak-anak muda dan belia Perak yg berkebolehan dan luar biasa di dalam bidang penghasilan innovasi (Magnificient)..
It's a wrap!!! Perancangan jangka masa panjang ke arah pembangunan Teknologi, Sains & Innovasi yg menyeluruh buat seluruh Warga Negeri Perak..
Tq Sir.. We are ready..
Yob Yong yang jauh yang dekat moh semua kita sama-sama dengarkan apa Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau YB Ahmad Saidi Mohamad Daud nak citer ni!
Moh dengor Cer Citer YB jam 9 pagi esok(9 Julai) di Radio Perak.fm
"Untuk Kome Aje!"
"Tiada Aedes, Tiada DENGGI.. Tiada CHIKUGUNYA.."
& Rutin Rabu pagi..
Pagi ini, sambil bermusyawwarah mencari penyelesaian terbaik buat kemaslahatan semua di Perak, diberi ruang dan peluang untuk menyampaikan ucapan Selamat Ulangtahun Hari Lahir kepada kekanda dan juga sahabat seperjuangan dunia dan akhirat, tempat bertanya khabar dan mendapatkan nasihat, YB Khairul Shahril, Exco Belia & Sukan, Komunikasi & Multimedia Negeri Perak.. Semoga terus dipanjangkan usia dalam keberkatan, dimurahkan rezeki dalam kenikmatan, berjaya dunia & akhirat serta dipermudahkan segala urusan mendatang.. Ok, Musyawwarah ON!!!
Alhamdulillah, Solat Jumaat di Masjid Negeri, Masjid Sultan Idris Shah ii (MSISii) bersama YAB DAto' Seri Menteri Besar Perak, YB Dato' Saarani Mohamad (Exco Kanan), barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak, Pengerusi & Ahli Jawatankuasa Masjid dan masyarakat setempat..
SOP sentiasa dipatuhi, penjarakkan sosial diikuti, ambil wudhu' di kediaman, sejadah di bawa dari rumah dan sentiasa menjaga kebersihan kendiri dan sekeliling..
@12 Jun 2020 @10.30pg - 3.00ptg
mengadakan pertemuan, perbincangan dan perancangan bersama beberapa Jabatan dan Agensi melibatkan Kementerian Kesihatan, Jabatan Alam Sekitar, Perundangan, serta menerima kunjungan beberapa individu dan sahabat-sahabat di Pejabat HesTech (Kesihatan, Sains, Alam Sekitar & Teknologi Hijau)..
Diharapkan segala perbincangan, dasar dan polisi serta perancangan berjaya diterjemah dan dilaksanakan sebaiknya demi menjamin kemaslahatan dan keselamatan berteraskan Maqasid..
turun padang bersama di Operasi Penguatkuasaan Akta Pemusnah Serangga Pembawa Penyakit (APSPP) bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (PERAK) dan CIDB Malaysia di kawasan Meru Raya dan Medan Ipoh Bestari.
Notis Penutupan sementara tapak pembinaan di bawah Seksyen 8 (3)(aa) APSPP telah dikeluarkan dan kompaun juga dikenakan terhadap pemaju yang telah melanggar peraturan yang ditetapkan terutamanya kegagalan menyediakan kawasan pembuangan sampah yg sempurna serta terdapat banyak kawasan takungan air yg boleh menjadi kawasan pembiakan dan penetasan telur Vektor, iaitu nyamuk aedes..
Kerajaan Perak sangat serius dan sentiasa komited untuk mengurangkan jumlah wabak penyakit Chikungunya dan Denggi demi menjaga keselamatan dan kesihatan Rakyat Perak. Diminta agar semua masyarakat Perak untuk sentiasa menjaga kebersihan dan memastikan tidak ada takungan air di sekitar kawasan tempat tinggal kerana mencegah itu lebih baik dari merawat.
& Day 1st ..
Syukur, seusai urusan di Ipoh, menerima perkhabaran melegakan, hari pertama , mencatatkan jumlah kes baharu terendah COVID19 seluruh Malaysia dan TIADA kes baharu COVID19 di Negeri Perak.. Terima kasih dan TAHNIAH titipkan buat semua Hero-hero Medical Team dan Frontliners kita yg terus komited dan cukup berdedikasi melaksanakan tugasan, juga buat seluruh Warga Malaysia dan Perak secara khususnya yg berdisiplin tinggi dengan menjauhkan kawasan 3C (Crowded , Confined & Closed Conversation dekat) dan mengamalkan 3W (Wash basuh tangan, Wear mask sekiranya bergejala & Warn kendiri)..
Sambil-sambil memikirkan solusi dan langkah terbaik bagi terus memastikan rantaian COVID19 berjaya kita putuskan dan perancangan buat Negeri Perak bagi memastikan kes Denggi, Chikugunya, Rabies dan lain-lain berjaya dikurangkan dan diminimumkan seminimum mungkin melalui kesedaran kendiri, kempen di seluruh negeri Perak, Penguatkuasaan Undang-Undang, Pemerkasaan Komuniti lestari dan Operasi bersepadu di kawasan Hotspot..
Ayuh semua, kita patuhi segala perintah, jaga kebersihan diri dan kebersihan kawasan sekitar, elakkan pembuangan sampah secara haram dan terbuka dan teruskan usaha ..
Musyawwarah ON!!!..
@13 Syawal 1441H @5 Jun 2020 @10.00pg
mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Membanteras Wabak Denggi dan Chikugunya Negeri Perak di Bilik Mesyuarat Utama..
Seperti yg kita semua sedia maklum, kes melibatkan Denggi dan Chikugunya mencatatkan peningkatan yg amat ketara pada tahun ini berbanding tahun lepas dengan Daerah Kampar, Larut Matang & Selama serta Kinta mencatatkan jumlah kes yg agak tinggi..
Kedua-dua wabak ini berpunca dari Vektor yg sama, iaitu Nyamuk Aedes dan antara langkah pencegahan terbaik ialah dengan sentiasa memastikan tiada pembuangan sampah secara haram dan tidak terkawal, sentiasa menjaga kebersihan kawasan persekitaran dan kendiri, sentiasa pastikan kawasan seperti rumah kosong, tapak pembinaan, bengkel kereta / motorsikal yg ditinggalkan tanpa pengawasan, taman permainan usang dan terbiar, kawasan tapak perkuburan, kawasan pembuangan sampah dan sistem saliran dan kumbahan sentiasa dijaga sebaiknya, bersih dan bebas sampah..
Terima kasih buat semua Ketua Jabatan, Ketua Unit dan ahli mesyuarat yg terus memberikan idea dan cadangan yg baik dan berkualiti dalam usaha memastikan Perak bebas Denggi & Chikugunya seterusnya merealisasikan "PERAK BERSIH & HIJAU"..
"New Chapter, New Surrounding, New Challenge, let's do it together and work as Family.."
Salam Jumaat Barakah buat semua..
@12 Syawal 1441H @04 Jun 2020 @10.00pg - 5.00ptg
bersama sebahagian wakil dari Jabatan, agensi dan kenalan yg mengunjungi pejabat Exco Kesihatan, Sains, Alam Sekitar & Teknologi Hijau ( ) hari ini bagi membincangkan beberapa perkara dan perancangan terutamanya berkaitan RMK 12 & RPP..
Terima kasih atas kunjungan dan ingatan, moga segalanya dipermudahkan dan berjalan sebaiknya..
@10 Syawal 1441H @2 Jun 2020 @10.00pg
mengiringi YB Menteri Kesihatan Malaysia, YB Dato' Seri Dr Adham Baba dan YAB Menteri Besar Perak, di dalam rangka kerja dan kunjung hormat YB Menteri Kesihatan ke Negeri Perak Darul Ridzuan.. Turut bersama, YB Dato' Setiausaha Kerajaan Negeri dan Dato' Pengarah Kesihatan Negeri Perak.. Setinggi-tinggi penghargaan buat Menteri Kesihatan Dato' Seri Dr Adham Baba di atas kesudian berkunjung ke Pejabat Menteri Besar untuk menghadiri mesyuarat di antara Kerajaan Negeri dengan pihak Kementerian Kesihatan..
dan hari Pertama di Pejabat Exco Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau.. Seusai mesyuarat PTAC yg dipengerusikan oleh YAB MB Perak, terus mengadakan pertemuan bersama YBhg Dato' Dr Ketua Pengarah Kesihatan Negeri Perak bagi mendapatkan penjelasan terperinci dan situasi semasa berkaitan COVID-19 di Negeri Perak.. Dalam pertemuan ini juga, turut membincangkan berkaitan wabak lain yg turut menjadi ancaman kepada seluruh rakyat dan masyarakat di Negeri Perak seperti Chikugunya, Denggi, Rabbies (anjing gila) dan keracunan makanan.. Alhamdulillah, banyak maklumat yg diperolehi, gambaran yg lebih jelas, perancangan strategik bagi membanteras dan membendung wabak dan penyakit yg berbahaya, perancangan jangka masa pendek dan jangka masa panjang terutamanya dalam memberi kesedaran berkaitan penjagaan kebersihan kendiri serta keutamaan kemudahan infrastruktur dan lain-lain berkaitan kesihatan di negeri Perak.. Kerajaan Negeri Perak akan terus komited untuk memastikan bidang kesihatan menjadi keutamaan buat seluruh keluarga besar, rakyat dan masyarakat di Negeri Perak..
Alhamdulillah.. Usai urusan hari ini.. On the way balik dari Ipoh, menerima perkhabaran dan laporan harian kes COVID-19 Negeri Perak dalam keadaan terkawal dan baik.. Tiada kes baharu direkodkan hari ini.. Teruskan berdoa dan berusaha, kekalkan tahap kebersihan yg tinggi, sentiasa menjaga jarak sosial (social distancing), gunakan "face mask & Hand Sanitizer".. Sama-sama kita berganding bahu untuk putuskan rantaian COVID-19..
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
Ipoh
Opening Hours
Monday | 08:00 - 17:00 |
Tuesday | 08:00 - 17:00 |
Wednesday | 08:00 - 17:00 |
Thursday | 08:00 - 17:00 |
Friday | 08:00 - 17:00 |
13, Hala Pinji 2, Taman Hoover
Ipoh, 31650
本专业提供很多有趣的STEM科学小实验及电脑编程 (Coding),孩子们可以通过科学小活动亲身体验,如何掌握科技。
Jalan Raja Permaisuri Bainun
Ipoh, 31400
� Pusat Pameran, Jualan dan Penyelenggaraan kereta jenama Honda � Dealer Honda bertaraf CEO Awar
24A, Jalan Niaga Jelapang 1, Halaman Niaga Jelapang, , Ipoh Darul Ridzuan
Ipoh, 30020
Perak Organization of Safety,Health and Environment or POSHE is founded by safety practitioners base
Ipoh, 30020
"Dan demikianlah Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu (supaya nyata segala kebenar
Ipoh, 31400
The Most Professional Event Supplier Providing Launching Gimmick (Hydraulic lifter,Turning Podium,Li
Ipoh
We are specialize in creating website and the maintenance of the website. We offer our service with
Pt. 161029 Off Hala Keledang Emas, Sri Desa Rishah Buntong 5
Ipoh, 30100
We are specialized in breeding and selling of all types of goat and sheep. We also provide all kind
Ipoh, 31450
Electronics LED Display, Control, Automation, Industrial, Modbus, RS232, RS485, ASCII, 4-20mA, 0-10V, Sports Scoreboard, Temperature & Humidity Display, Production Counter, Timer, ...