PEISB IPOH

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from PEISB IPOH, Construction Company, Blok C, Lot No PT 38830, Jalan Lahat, Falim, Ipoh.

PEISB Seksyen Ipoh adalah salah satu cawangan Puncak Emas Infra Sdn Bhd yang merupakan konsesi yang melaksanakan kerja penyelenggaraan jalan-jalan yang berdaftar dengan Sistem MARRIS di bawah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Perak Darul Ridzuan.

Photos from PEISB IPOH's post 23/09/2024

𝐌𝐄𝐌𝐄𝐑𝐈𝐊𝐒𝐀 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 - 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐓𝐀𝐌𝐏𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀 𝐃𝐈 𝐉𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐓𝐎 𝐒𝐀𝐆𝐎𝐑, 𝐌𝐀𝐍𝐉𝐎𝐈

23/9/2023, PEISB Seksyen Ipoh telah melakukan pemeriksaan kerja - kerja tampalan sementara di Jalan Dato Sagor, Manjoi. Pemeriksaan yang dilakukan diketuai oleh Pengurus Seksyen Ipoh, Encik Mohd Azham Bin Azmi bersama Penolong Pengurus Seksyen, Encik Muhammad Ikram Bin Amir Penolong Pengurus Seksyen dan Encik Muhammad Farid Bin Mohd Fauzi. Turut bersama Teknikal Eksekutif, Nik Ahmad Faris B Nik Mohd Asri dalam melakukan pemeriksaan.

23.09.2024


❤️

Photos from PEISB IPOH's post 23/09/2024

*PROGRAM PEducate DI JALAN DATO ONN JAAFAR & JALAN SULTAN ISKANDAR, IPOH*

23/9/2024 - Semakan dan penerangan mengenai kerja - kerja pembersihan longkang dan 'devegetation' di Jalan Onn Jaafar & Jalan Sultan Iskandar, Ipoh (sekitar lorong - lorong belakang) kepada Rakan Niaga di tapak telah dilaksanakan oleh pihak PEISB Seksyen Ipoh iaitu Encik Mohd Azham Bin Azmi, Pengurus Seksyen Ipoh dan turut bersama Encik Muhammad Ikram Bin Amir Penolong Pengurus Seksyen dan Encik Muhammad Farid Bin Mohd Fauzi.

Hal ini adalah usaha mendidik dan membimbing Rakan Niaga melaksanakan kerja - kerja penyelenggaraan mengikut spesifikasi dan keutamaan kualiti kerja terjaga di masa hadapan.

23.09.2024

❤️

Photos from PEISB IPOH's post 23/09/2024

𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 - 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐏𝐄𝐌𝐎𝐓𝐎𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐑𝐔𝐌𝐏𝐔𝐓 𝐃𝐈 𝐉𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐏𝐀𝐓 𝐁𝐀𝐑𝐔, 𝐓𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐔𝐅𝐈𝐊

21/9/2024 - Kerja - kerja pemotongan rumput di kawasan Jalan Rapat Baru, Taman Taufik telah selesai dilaksanakan. Berdasarkan aduan sebelum ini, pihak PEISB telah mengambil tindakan dan diselesaikan oleh pasukan kebersihan yang diketuai oleh Teknikal Eksekutif Zul Najmi Hussaini Bin Zulkifle . Kawasan yang dipotong kini kelihatan lebih kemas dan teratur. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam proses ini.

21.09.2024

❤️

22/09/2024

𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 - 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐓𝐔𝐑𝐀𝐏𝐀𝐍 𝐉𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐃𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐈𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐋𝐀𝐏𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐍𝐀 𝟓

21/9/2024 -PEISB Seksyen Ipoh telah berjaya melaksanakan kerja - kerja turapan di Persiaran Lapangan Perdana 5. Proses pembaikan ini dilakukan bagi membaiki struktur keseluruhan jalan secara kekal. Proses pembaikan ini diselia sepenuhnya oleh Teknikal Eksekutif Zul Najmi Hussaini Bin Zulkifle.

21.09.2024
PEISB IPOH

Photos from PEISB IPOH's post 22/09/2024

𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 - 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐓𝐔𝐑𝐀𝐏𝐀𝐍 𝐉𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐃𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐈𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐋𝐀𝐏𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐍𝐀 𝟒

20/9/2024 -PEISB Seksyen Ipoh telah berjaya melaksanakan kerja - kerja turapan di Persiaran Lapangan Perdana 4. Proses pembaikan ini dilakukan bagi membaiki struktur keseluruhan jalan secara kekal. Proses pembaikan ini diselia sepenuhnya oleh Teknikal Eksekutif Zul Najmi Hussaini Bin Zulkifle.

20.09.2024
PEISB IPOH

Photos from PEISB IPOH's post 20/09/2024

𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐓𝐀𝐏𝐀𝐊/𝐊𝐈𝐂𝐊 𝐎𝐅𝐅 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐑𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐍𝐈𝐀𝐆𝐀 𝐒𝐄𝐊𝐒𝐘𝐄𝐍 𝐈𝐏𝐎𝐇

Pada 18/9/2024, satu mesyuarat telah diadakan di antara Seksyen Ipoh dan juga pihak Rakan Niaga (RN) mengenai kerja-kerja Turapan Semula di sekitar Bandaraya Ipoh.
Mesyuarat yang telah diketuai oleh Pengurus Seksyen Ipoh, En. Mohd Azham Bin Azmi ini juga bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai kerja berkala yang akan dilakukan.
Antara wakil PEISB Seksyen Ipoh yang terlibat ialah Penolong Pengurus Seksyen, En. Muhammad Ikram Bin Amir dan En. Muhammad Farid Bin Mohd Fauzi serta Teknikal Eksekutif bagi kawasan masing-masing.

18.09.2024
PEISB IPOH

16/09/2024

𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀

Bersama kita semarakkan semangat kemerdekaan dengan terus melangkah maju, bersatu dalam kepelbagaian, dan merasa bangga menjadi anak Malaysia. Selamat Menyambut Hari Malaysia buat seluruh rakyat Malaysia!

16.09.2024
PEISB IPOH


♥️

16/09/2024

𝐒𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐌𝐀𝐔𝐋𝐈𝐃𝐔𝐑 𝐑𝐀𝐒𝐔𝐋

16 September 2024 | 12 Rabiulawal 1446H
۞ اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

Marilah kita bersama-sama memperbanyakkan berselawat ke atas junjungan Baginda Nabi Muhammad SAW.

Meriahkan Sambutan Maulidur Rasul SAW dengan menghayati pengajaran dari kehidupan Baginda Rasulullah SAW.

16.09.2024
PEISB IPOH


♥️

Photos from PEISB IPOH's post 15/09/2024

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐈𝐒𝐁 𝐒𝐄𝐊𝐒𝐘𝐄𝐍 𝐈𝐏𝐎𝐇

15/09/2024 - Bersempena dengan Hari Kebangsaan Malaysia, PEISB Seksyen Ipoh telah mengadakan Sambutan Hari Malaysia peringkat Seksyen Ipoh dengan dimulakan dengan bacaan doa, ucapan daripada Pengurus Seksyen, Encik Mohd Azham Bin Azmi dan diikuti nyanyian lagu patriotik dan sesi bergambar di sekitar pejabat. Program ini diadakan bertujuan untuk menyemarakkan jiwa cinta akan tanah air dan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara kesemua kakitangan di Seksyen Ipoh.Terima kasih diucapkan buat kesemua kakitangan yang telah menyertai program ini.

15.09.2024
PEISB IPOH


♥️

13/09/2024

𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐔𝐋𝐈𝐃𝐔𝐑 𝐑𝐀𝐒𝐔𝐋 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐈𝐒𝐁 𝐒𝐄𝐊𝐒𝐘𝐄𝐍 𝐈𝐏𝐎𝐇 𝟏𝟒𝟒𝟔𝐇/𝟐𝟎𝟐𝟒 🌙🤲🏻

Sambutan Maulidur Rasul peringkat PEISB Seksyen Ipoh telah berjaya diadakan pada 13 September 2024 (Jumaat) yang diketuai oleh Pengurus Seksyen Ipoh , En Mohd Azham Bin Azmi dan seluruh kakitangan Seksyen Ipoh.

Sempena Bulan Rabiul Awal ini marilah kita menyemarak dan memperbanyakkan lagi selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Semoga kita semua menerima syafaat Baginda S.A.W berkat mengikuti ajaran dan sunnah Baginda S.A.W.

‘’Daripada Abdullah bin ‘Amr RA, bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda:


فَإِنَّهُ مَنْ صَلَّى عَلَيَّ صَلَاةً صَلَّى الله عَلَيْهِ بِهَا عَشْرًا

Maksudnya: “Sesungguhnya barangsiapa yang berselawat ke atasku dengan satu selawat, maka Allah SWT akan berselawat ke atasnya dengan sepuluh selawat.” [Riwayat Muslim]


❤️

Photos from PEISB IPOH's post 13/09/2024

𝐒𝐞𝐦𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐌𝐞𝐧𝐠𝐞𝐣𝐮𝐭 𝐑𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐍𝐢𝐚𝐠𝐚

Pengurus Seksyen, Encik Mohd Azham Bin Azmi telah turun di sekitar Kg Simee, Ipoh bagi memantau kerja Rakan Niaga yang melaksanakan kerja - kerja pembersihan rutin seperti:
1. Pemotongan Rumput & Devegetation (R03)
2. Pembersihan Longkang (R07)

Pihak PEISB turut mendapati beberapa kesalahan yang dilakukan oleh Rakan Niaga seperti :
1.Pembuangan Cable Tie merata - rata selepas pemotongan rumput.
2. Rumput tidak disapu dengan baik selepas dipotong
3. Longkang tidak dibersihkan sepenuhnya

Pihak PEISB telah dan akan terus mengambil tindakan tegas terhadap Rakan Niaga yang culas dalam melaksanakan tugasan yang diberikan demi memastikan Bandaraya Ipoh sentiasa bersih dan sejahtera.

13.09.2024


❤️

Photos from Puncak Emas Infra Sdn Bhd's post 13/09/2024
Photos from PEISB IPOH's post 11/09/2024

𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 ‘’𝐃𝐄𝐕𝐄𝐆𝐄𝐓𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍’’ & 𝐏𝐄𝐌𝐎𝐓𝐎𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐑𝐔𝐌𝐏𝐔𝐓 𝐃𝐈 𝐉𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐉𝐀 𝐌𝐔𝐒𝐀 𝐀𝐙𝐈𝐙

10/9/2024 - Satu arahan telah dikeluarkan kepada pihak Rakan Niaga(RN) untuk membuat kerja-kerja "Devegetation" Bebendul Jalan di Jalan Raja Musa Aziz,Ipoh. Di samping itu, kerja - kerja pemotongan rumput dilakukan untuk memastikan rumput disekitar jalan utama pendek dan tidak menganggu perjalanan pengguna jalan raya.
Pembersihan ini dilakukan bagi membersihkan tumbuh-tumbuhan liar dan daun kering di sekitar jalan tersebut. Pemantauan tapak diselia oleh Teknikal Eksekutif Muhamad Harith Adhwa Bin Umar.

10.09.2024


❤️

Photos from PEISB IPOH's post 09/09/2024

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐆𝐎𝐓𝐎𝐍𝐆 𝐑𝐎𝐘𝐎𝐍𝐆 𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐓𝐈 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐀𝐇𝐋𝐈 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐌𝐁𝐈, 𝐘𝐁𝐇𝐆. 𝐂𝐋𝐑. 𝐄𝐍. 𝐋𝐈𝐌 𝐂𝐇𝐄𝐄 𝐀𝐔𝐍

7/09/2024, wakil PEISB Seksyen Ipoh telah menerima jemputan ke Program Gotong- Royong Komuniti Madani bertempat di Padang Taman Hoover bersama Ahli Majlis Zon 14, Ybhg. Clr. En Lim Chee Aun. Program ini dikategorikan sebagai program "Corporate Social Responsibility" (CSR) dan diadakan bertujuan untuk memastikan persekitaran kawasan perumahan penduduk di Taman Hoover ini sentiasa bersih dan harmoni daripada semak samun yang tinggi dan masalah longkang tersumbat serta air bertakung menyebabkan bau busuk di sekeliling taman. "Maintenance Inspektor" Seksyen Ipoh diketuai Muhammad Afiq Zakwan telah ditugaskan bagi mengutip sampah dan membersihkan kawasan longkang. Kerja pembersihan ini di bawah seliaan sepenuhnya oleh Teknikal Eksekutif, Muhammad Harith Adhwa Bin Umar.

𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐚𝐝𝐮𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐫𝐨𝐬𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐣𝐚𝐥𝐚𝐧, 𝐢𝐧𝐟𝐫𝐚𝐬𝐭𝐫𝐮𝐤𝐭𝐮𝐫, 𝐝𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐜𝐞𝐦𝐚𝐬𝐚𝐧, 𝐡𝐮𝐛𝐮𝐧𝐠𝐢 𝐤𝐚𝐦𝐢 𝐝𝐢 𝐭𝐚𝐥𝐢𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐤𝐮𝐭:

Telefon : 05-2815562
Whatsapp Aduan : 011-63382772

7.09.2024
PEISB IPOH


♥️

Photos from PEISB IPOH's post 06/09/2024

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐓𝐔𝐑𝐔𝐍 𝐏𝐀𝐃𝐀𝐍𝐆 (𝐓𝐔𝐑𝐏𝐀) 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐉𝐊𝐑 𝐊𝐈𝐍𝐓𝐀

5/09/2024 - Telah diadakan lawatan tapak di Chemor, iaitu berhadapan Pejabat Penghulu Chemor bersama Encik Shaiful Bahri Bin Aziz, Penolong Pengarah Kejuruteraan Bandaraya, Encik Raizaleffendi Bin Abdul Rashid, Ketua Penolong Jurutera bersama wakil daripada JKR Kinta iaitu Puan Azrina Binti Hamid, Jurutera Awam dan wakil daripada Jabatan Kesihatan MBI turut hadir membuat lawatan tapak.

Pihak PEISB Ipoh, Penolong Pengurus Seksyen Ipoh, Encik Muhammad Ikram Bin Amir dan Teknikal Eksekutif, Encik Muhammad Shahzuan Bin Amirudin turut bersama membuat lawatan tapak untuk melihat sendiri dan mendengar permasalahan tentang aduan longkang tersumbat. Perkara ini berpunca daripada longkang yang dipenuhi sampah sarap dan menyebabkan pencemaran bau.

Satu arahan telah dikeluarkan untuk menjalankan penyelenggaraan longkang terbabit dan perbincangan untuk menstruktur semula longkang di kawasan itu akan diberi maklum selepas ini.

𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐚𝐝𝐮𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐫𝐨𝐬𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐣𝐚𝐥𝐚𝐧, 𝐡𝐮𝐛𝐮𝐧𝐠𝐢 𝐤𝐚𝐦𝐢 𝐝𝐢 𝐭𝐚𝐥𝐢𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐤𝐮𝐭:
Telefon : 05-2815562
Whatsapp Aduan : 011-63382772

5.09.2024

❤️

05/09/2024

‼️3 HARI LAGI ‼️

*KARNIVAL KERJAYA PERAK SEJAHTERA DI KARNIVAL MESRA ANAK MUDA*

Jawatan Kosong Protege Puncak Emas Infra Sdn Bhd

Kami sedang mencari anda! Pelbagai jawatan ditawarkan dengan manfaat yang menarik! Jommm temui kami di Karnival Mesra Anak Muda pada;

📆 7-8 September 2024
⏰ 9.00 Pagi - 5.00 Petang
📍Stadium Indera Mulia

Jumpa anda disana ‼️

Photos from PEISB IPOH's post 04/09/2024

𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐊𝐀𝐊𝐈𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐊𝐒𝐘𝐄𝐍 𝐈𝐏𝐎𝐇

Isnin - 3 September 2024, mesyuarat Pengurusan Tertinggi bersama kakitangan Seksyen Ipoh yang diketuai oleh YBhg. En Saiful Azzuan bin Aznam selaku Pengurus Besar Puncak Emas Infra Sdn Bhd(PEISB). Mesyuarat adalah ruang dan wadah terbaik dalam meneliti serta membincangkan isu-isu dan penyelarasan semasa. Ia bertujuan untuk membuat sesuatu keputusan atau menyelesaikan sebarang masalah berbangkit.

Mesyuarat bersama Pihak Tertinggi pada hari ini lebih memberi fokus kepada infrastruktur di pejabat Seksyen Ipoh untuk ditambah baik dan lebih selamat kepada semua kakitangan. Selain itu, beberapa program cadangan yang dikemukakan oleh pihak Seksyen Ipoh kepada Pengurus Besar mendapat sambutan baik untuk dijalankan.

Pihak kami berterima kasih atas kunjungan ini dan berharap semoga dengan asbab ini hubungan dengan Pihak Tertinggi Puncak Emas Infra Sdh Bhd menjadi lebih baik dan pemacu untuk kita bersama bersatu mencapai kejayaan untuk PEISB khususnya.

3.09.2024
PEISB IPOH

❤️

30/08/2024

𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐑𝐃𝐄𝐊𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐋𝐈 𝐊𝐄 - 𝟔𝟕

31 Ogos 2024

Bertemakan Malaysia Madani, Jiwa Merdeka, ayuh kita bersama-sama merayakan semangat kemerdekaan. Membina Malaysia sebuah negara maju, makmur dan sejahtera. Ikhlas daripada seluruh warga PEISB IPOH.

31.08.2023
PEISB IPOH


♥️

Photos from PEISB IPOH's post 30/08/2024

𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐁𝐀𝐍𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐏𝐀𝐒𝐂𝐀 𝐁𝐀𝐍𝐉𝐈𝐑 𝐔𝐋𝐔 𝐒𝐋𝐈𝐌

29/8/2024 - Pada 23 Ogos 2024 yang lalu kita telah menerima berita mengejutkan di mana kejadian tragedi kepala air yang berlaku di Ulu Slim, Slim River, Perak. Akibat kepala air yang begitu deras telah memusnahkan jambatan laluan penduduk kampung iaitu Kampung Pasir, Ulu Slim, Kampung Sungai Muda, Ulu Slim dan Kampung Lintah Piong, Slim Village.

Pihak Puncak Emas Infra Sdh Bhd Seksyen Ipoh telah bekerjasama bersama pihak Umno Perak dalam menghantar pasukan untuk membantu mangsa - mangsa disana dengan melakukan operasi menyodok lumpur banjir di dalam rumah mangsa dan mencuci kekotoran tanah menggunakan mesin air bertekanan tinggi di kawasan tersebut.

Terima kasih kepada pihak Umno Perak di atas peluang dalam membantu mangsa - mangsa banjir dan penduduk kampung di sekitar Ulu Slim.

29.08.2023
PEISB IPOH


♥️

Photos from PEISB IPOH's post 30/08/2024

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐓𝐔𝐑𝐔𝐍 𝐏𝐀𝐃𝐀𝐍𝐆 (𝐓𝐔𝐑𝐏𝐀) 𝐉𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐏𝐀𝐍𝐆𝐋𝐈𝐌𝐀 𝐁𝐔𝐊𝐈𝐓 𝐆𝐀𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆 𝐖𝐀𝐇𝐀𝐁

28/08/2024 - Telah diadakan program Turun Padang untuk memastikan laluan utama perarakan Sambutan Kemerdekaan Peringkat Negeri Perak dalam keadaan terbaik menjelang hari sambutan pada 31 Ogos ini. Lawatan tapak telah dilakukan oleh Encik Mohd Azham Bin Azmi, Pengurus Seksyen Ipoh dan Encik Muhammad Ikram Bin Amir, Penolong Pengurus Seksyen Ipoh.

Dalam memastikan keadaan laluan utama tidak mempunyai kerosakan yang teruk, pihak kami juga memastikan bahawa mendapan tanah yang berada di sisi jalan juga perlu dibersihkan bagi mengelakkan sebarang insiden yang melibatkan kecederaan pengunjung dan peserta sambutan kemerdekaan nanti.

Tindakan pantas dan proaktif telah dilakukan oleh Rakan Niaga PEISB Ipoh untuk bersama - sama menjayakan Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Negeri Perak ini dengan baik.

28.08.2024
PEISB IPOH

❤️

Photos from PEISB IPOH's post 28/08/2024

𝐒𝐄𝐌𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐏𝐀𝐊 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐀𝐇𝐋𝐈 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐃𝐈 𝐏𝐀𝐒𝐈𝐑 𝐏𝐈𝐍𝐉𝐈

28/8/2024 - Satu lawatan tapak bersama Cslr Encik Lim Chee Aun ke Pasir Pinji, Ipoh Timur telah diadakan. Lawatan tapak ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk melihat sendiri aduan yang telah diterima sebelum ini mengenai masalah longkang yang telah tersumbat.

Turut hadir bersama dalam melaksanakan tinjauan ini adalah Penolong Pengurus Seksyen Ipoh, Encik Muhammad Ikram Bin Amir. Setelah semakan dilakukan, wakil Puncak Emas Infra, Teknikal Eksekutif Muhammad Harith Adhwa Bin Umar dan Maintenance Inspektor , Muhammad Afiq Zakwan dan Muhammad Afif mendapati bahawa longkang yang tersumbat adalah berpunca daripada sampah sarap dan sisa minyak yang telah mengeras.

Hasil daripada perbincangan ini, pihak kami bertindak supaya kerja - kerja pembersihan longkang boleh dilakukan dengan kadar segera.

28.08.2023
PEISB IPOH


♥️

Photos from PEISB IPOH's post 28/08/2024

𝐓𝐎𝐎𝐋 𝐁𝐎𝐗 𝐌𝐄𝐄𝐓𝐈𝐍𝐆 & 𝐏𝐄𝐌𝐄𝐑𝐈𝐊𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐍𝐃𝐄𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐒𝐘𝐀𝐑𝐈𝐊𝐀𝐓

28/8/2024 - Satu Taklimat berkaitan keselamatan dan kesihatan di Pejabat telah diadakan pagi ini dan diketuai oleh Pegawai Pengurusan Trafik En Syazwan Bin Sanusi dan dibantu oleh En Zamhana Bin Zakaria.

Pemeriksaan kenderaan bagi semua kenderaan syarikat juga telah dijalankan dengan memeriksa bahagian luar kenderaan dan ruangan enjin.

Terima kasih dan syabas diucapkan kepada semua kakitangan di atas kerjasama yang diberikan pada pagi ini.

28.08.2024
PEISB IPOH


♥️

Photos from PEISB IPOH's post 27/08/2024

𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑𝐒𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐋𝐎𝐍𝐆𝐊𝐀𝐍𝐆 𝐃𝐀𝐑𝐈 𝐌𝐄𝐍𝐃𝐀𝐏𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐀𝐌𝐏𝐀𝐇 𝐃𝐈 𝐋𝐄𝐁𝐔𝐇 𝐓𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐈𝐏𝐎𝐇 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐓𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐈𝐏𝐎𝐇 𝟕

27/8/2024 - Kerja pembersihan longkang yang telah dilakukan oleh Rakan Niaga disekitar perumahan di Lebuh Taman Ipoh dan Tingkat Taman Ipoh. Satu aduan yang dilaporkan mengenai longkang yang tersumbat dan berbau. Longkang yang dipenuhi dengan sisa - sisa dan tanah menyebabkan longkang tersumbat. Oleh itu, penggunaan mesin "vacuum jetter" telah digunakan untuk menyelesaikan masalah longkang tersumbat ini. Pemantauan tapak diselia oleh Teknikal Eksekutif Muhamad Harith Adhwa Bin Umar.

27.08.2024
PEISB IPOH


♥️

Photos from PEISB IPOH's post 26/08/2024

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐑𝐃𝐄𝐊𝐀 𝐏𝐔𝐍𝐂𝐀𝐊 𝐄𝐌𝐀𝐒 𝐈𝐍𝐅𝐑𝐀 𝐒𝐃𝐇 𝐁𝐇𝐃

26/08/2024 -Menjelang sambutan kemerdekaan pada 31 Ogos 2024, seluruh kakitangan Puncak Emas Infra Sdn Bhd telah bersama - sama meraikan Majlis Sambutan Kemerdekaan di pejabat Seksyen masing-masing.

Antara pengisian program adalah seperti nyanyian lagu patriotik, kuiz dan gimik perasmian merdeka yang disempurnakan oleh Encik Ir Saiful Azzuan Bin Aznam selaku Pengurus Besar Puncak Emas Infra Sdn Bhd.

Terima kasih kepada semua kakitangan dan pihak pengurusan Seksyen Ipoh kerana bersama -sama meluangkan masa untuk menjayakan Sambutan Kemerdekaan Kali ke - 67 ini.

MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA !

26.08.2024
PEISB IPOH


❤️

Photos from PEISB IPOH's post 26/08/2024

𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑𝐒𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐋𝐎𝐍𝐆𝐊𝐀𝐍𝐆 𝐃𝐀𝐑𝐈 𝐌𝐄𝐍𝐃𝐀𝐏𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐀𝐌𝐏𝐀𝐇 𝐃𝐈 𝐉𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐍 𝐘𝐔𝐒𝐎𝐅

26/8/2024 - Kerja - kerja pembersihan longkang telah dilakukan berkaitan dengan aduan masalah longkang tersumbat. Longkang yang sebelum ini didapati dipenuhi mendapan tanah dan sampah sarap menjadi punca utama longkang tersumbat. Penggunaan mesin "vacuum jetter" telah digunakan bagi mengatasi masalah ini. Pemantauan oleh Teknikal Eksekutif Muhamad Harith Adhwa Bin Umar.

26.08.2024
PEISB IPOH


♥️

Want your business to be the top-listed Engineering Company in Ipoh?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

𝑺𝑬𝑫𝑼𝑻𝑨𝑵 𝑷𝑹𝑶𝑮𝑹𝑨𝑴 𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐈𝐒𝐁 𝐒𝐄𝐊𝐒𝐘𝐄𝐍 𝐈𝐏𝐎𝐇 🇲🇾 - 13 𝑺𝑬𝑷𝑻𝑬𝑴𝑩𝑬𝑹 2024
𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐔𝐋𝐈𝐃𝐔𝐑 𝐑𝐀𝐒𝐔𝐋 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐈𝐒𝐁 𝐒𝐄𝐊𝐒𝐘𝐄𝐍 𝐈𝐏𝐎𝐇 𝟏𝟒𝟒𝟔𝐇/𝟐𝟎𝟐𝟒 🌙🤲🏻Sambutan Maulidur Rasul  peringkat PEISB Seksyen Ipoh...
𝐒𝐔𝐀𝐒𝐀𝐍𝐀 𝐒𝐄𝐊𝐈𝐓𝐀𝐑 𝐒𝐄𝐌𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐏𝐀𝐊 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐀𝐇𝐋𝐈 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐃𝐈 𝐏𝐀𝐒𝐈𝐑 𝐏𝐈𝐍𝐉𝐈
16/8/2024 - Persediaan Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke - 67 di Pejabat Puncak Emas Infra Sdn Bhd Seksyen Ipoh.
Part 3 #PEISBforAll #PEISBIPOH #RespondResponsibleRespect
Part 2 #PEISBforAll #RespondResponsibleRespect #peisbipoh2024
Program Puncak Ambush Part 1
𝑺𝑨𝑳𝑨𝑴 𝑴𝑨𝑨𝑳 𝑯𝑰𝑱𝑹𝑨𝑯 1446𝑯Firman Allah Subhanahu wa Taala;إِنَّ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَٱلَّذِينَ هَاجَرُوا۟ وَجَـٰهَدُوا۟ ف...
𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑𝐒𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐒𝐈𝐒𝐀 𝐏𝐀𝐒𝐈𝐑 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇 𝐑𝐔𝐍𝐓𝐔𝐇 𝐃𝐈 𝐉𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐉𝐀 𝐀𝐁𝐃𝐔𝐋𝐋𝐀𝐇 18/06/2024, Kejadian tanah runtuh yang berlaku di Jalan R...
𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑𝐒𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐒𝐂𝐔𝐏𝐏𝐄𝐑 𝐇𝐎𝐋𝐄 𝐃𝐈 𝐇𝐀𝐋𝐀 𝐋𝐀𝐇𝐀𝐓 𝐁𝐀𝐑𝐔 𝟏  20/06/2024, PEISB Seksyen Ipoh telah menjalankan kerja-kerja pember...
𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐑𝐀𝐘𝐀 𝐀𝐈𝐃𝐈𝐋𝐀𝐃𝐇𝐀 𝟏𝟒𝟒𝟓𝐇Kami warga PEISB IPOH ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha 1445H. Semoga seti...

Telephone

Website

Address


Blok C, Lot No PT 38830, Jalan Lahat, Falim
Ipoh
30020

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Other Construction Companies in Ipoh (show all)
TAJ Impiana TAJ Impiana
52 A, Lebuh Lapangan Siber 2, Bandar Siber
Ipoh, 31350

Kami bantu anda bina rumah atas tanah sendiri, ubahsuai rumah, & landskap. Kami bina ikut bajet/idea anda

Liong Construction Work Liong Construction Work
Ipoh, 31400

装修,铁花,屋顶漏水做防水,任何装修都有做

Beyond Steel Maju M Sdn. Bhd . Beyond Steel Maju M Sdn. Bhd .
No. 2, Lintasan Perajurit 17E, Taman Perdagangan Perindustrian Ipoh
Ipoh, 31400

We offer services for pre-engineered steel and prefabricated buildings.

HMKRenovation&Construction HMKRenovation&Construction
581, Lawan Kuda Baru
Ipoh

�𝗖𝗜𝗗𝗕 𝗖𝗘𝗥𝗧𝗜𝗙𝗜𝗘𝗗 𝗖𝗢𝗡𝗧𝗥𝗔𝗖𝗧𝗢𝗥

PapaFood Delivery IPOH PapaFood Delivery IPOH
Ipoh, 31400

http://www.wasap.my/+601120878163/design&build

Rasha Construction Rasha Construction
Ipoh

(KT0471043-H) Improving a broken damaged,or outdated structure making something new,or bringing some

Loteng PSU Design HQ Loteng PSU Design HQ
37, Jalan Meru Bestari A3, Medan Baru Bestari, Bandar Meru Raya
Ipoh, 30020

Kerja-kerja kimpalan besi,binaan rumah Dan bangunan serta kerja2 perkhidmatan penghantaran barangan pelanggan

The Lima Emas Engineering The Lima Emas Engineering
51, Lapangan Perdana 17, Panorama Lapangan Perdana
Ipoh, 31650

Kontraktor IBS Lightweight Panel Wall di negeri Perak. Product IBS MeGGa (GoGreen) Trusted Technology System yang terkini.

WKL Plumbing & Construction Engineering Sdn Bhd WKL Plumbing & Construction Engineering Sdn Bhd
17, Laluan Kangsar 8, Jalan Kuala Kangsar, Taman Perindustrian Saujana
Ipoh, 30010

WKL Plumbing & Construction Engineering Sdn Bhd is a sub-contractor for piping works that received tender from main contractors. Involved in water supply, internal plumbing works, ...

HOUSE REPAIR IPOH HOUSE REPAIR IPOH
2 Hala Rapat Baru 26, Off Jalan Sultan Nazrin Shah
Ipoh, 31350

House Repair

Zamzii Studio - Kontraktor Bina Rumah Utara Zamzii Studio - Kontraktor Bina Rumah Utara
Ipoh, 30010

"Where Design Becomes Reality" Kami bina rumah anda dari A to Z!

Banglo Idaman Banglo Idaman
No. 5A, Persiaran Greentown 6
Ipoh, 30450

Bina rumah idaman anda mengikut bajet anda.Hubungi 010-4033969 atau 018-7634711 untuk maklumat lanjut