Peguam Syarie : Iezwan Hazwani & Associates

Peguam Syarie | Syarie Counsel | Pengurusan Pusaka | Hibah | Wasiat

07/04/2024

Selamat Hari Raya Aidilfitri

27/03/2024

Nuzul Quran ๐Ÿคฒ๐Ÿป๐Ÿซฐ๐Ÿป

16/01/2024

Assalamualaikum w.b.t

Perkara: Kekosongan jawatan kerani/admin untuk diisi dengan segera.

โœ… Mempunyai kenderaan sendiri

โœ… Kelayakan minimum SPM

โœ…Komited dengan tugasan yang diberikan

โœ… Kemasukan Februari 2024

๐Ÿ“Œ Pejabat kami di No 18A, Hala Taman Meru 11, Taman Meru 2B, 30020 , Jelapang Ipoh, Perak.

08/09/2023

[NAFKAH IDDAH]

Nafkah iddah adalah hak wanita yang boleh dituntut selepas berlakunya perceraian.
Dalam kitab Al-Ghayah Wa Al-Taqrib, cetakan 1417 H/1997M, muka surat 34 ada menyebut:

"Bagi perempuan yang diceraikan dengan iddah raj'ie adalah berkewajipan mendapat tempat tinggal dan nafkah"
Dalam kes Asiaamal lwn Abdul Jabar JH (1404H) 262, mahkamah berpendapat:

"Nafkah iddah yang perlu diberikan dalam tempoh iddah adalah meliputi makan, minum, pakaian, ubatan dan tempat tinggal"

๐Ÿ“Œ Selanjutnya jika mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkenaan dengan isu ini boleh hubungi kami.

LIKE | SHARE | FOLLOW

22/08/2023

Alhamdulillah selesai kes Fasakh di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh.
Mengalir air mata Puan N apabila mahkamah membenarkan tuntutan Fasakh beliau.
Perjuangan Puan N untuk mendapatkan haknya di sisi undang-undang akhirnya membuahkan hasil apabila Mahkamah menerima pembuktian yang dikemukakan dengan keterangan 2 orang saksi yang tahu dan nampak penganiayaan terhadap Puan N
Tahniah Puan Wane Zainal serta team Tetuan Iezwan Hazwani & Associates

30/12/2022

Assalamualaikum w.b.t

Perkara : Kekosongan Pelatih Dalam Kamar

โœ… Mempunyai kenderaan sendiri

โœ… Memiliki Ijazah Sarjana Muda Syariah dan setaraf dengannya

โœ… Komited dengan tugasan diberikan

โœ… Minat untuk tahu dan belajar perkara baharu

Lokasi : Tetuan Iezwan Hazwani & Associates, Ipoh, Perak

Email resume anda ke : [email protected]
______

09/10/2022

Firman Allah SWT;

ู„ู‘ูŽู‚ูŽุฏู’ ูƒูŽุงู†ูŽ ู„ูŽูƒูู…ู’ ูููŠ ุฑูŽุณููˆู„ู ุงู„ู„ู‘ูŽู€ู‡ู ุฃูุณู’ูˆูŽุฉูŒ ุญูŽุณูŽู†ูŽุฉูŒ

Maksudnya: โ€œDemi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik.โ€

[al Ahzab : 21]

Sabda Rasulullah SAW;

ุฅูู†ู‘ูŽู…ูŽุง ุจูุนูุซู’ุชู ู„ูุฃูุชูŽู…ู‘ูู…ูŽ ุตูŽุงู„ูุญูŽ ุงู„ู’ุฃูŽุฎู’ู„ูŽุงู‚ู

Maksudnya: โ€œSesungguhnya tidak aku diutuskan melainkan untuk menyempurnakan kebaikan akhlak.โ€

[Riwayat Ahmad (8952)]

Bersempena hari yang baik ini, marilah kita berdoa agar Allah SWT rezkikan kita kekuatan untuk terus istiqamah dalam mencontohi Rasulullah SWT di dalam segenap aspek kehidupan kita.

19/09/2022

[Perkaraยฌ yang boleh dimohon semasa dalam ikatan perkahwinan]

1. Tuntutan-tuntutan yang difailkan ke Mahkamah Syariah bukanlah semuanya apabila berlaku perceraian sahaja, malah ada tuntutan yang boleh dibuat semasa pihak-pihak masih di dalam ikatan perkahwinan.

2. Antaranya ialah;

- Harta Sepencarian
- Hak Jagaan Anak (Hadhanah)

3. Harta sepencarian boleh dimohon oleh pihak isteri sekiranya pihak suami ingin berpoligami.

4. Manakalah Hak Jagaan Anak (Hadhanah), di dalam Seksyen 82 (1), Enakmen Keluarga Islam (Perak) 2004 menyatakan,

- (1) Tertakluk kepada seksyen 83, ibu adalah yang paling berhak daripada segala orang terhadap hak hadhanah anak kecilnya dalam masa ibu itu masih dalam perkahwinan dan juga selepas perkahwinannya dibubarkan.

๐Ÿ“Œ Selanjutnya jika mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkenaan dengan isu ini boleh hubungi kami.

LIKE | SHARE | FOLLOW

Photos from Peguam Syarie : Iezwan Hazwani & Associates's post 15/09/2022

[NAFKAH EDDAH]

Antara hak wanita yang boleh dituntut di Mahkamah Syariah selepas perceraian ialah nafkah eddah.

Seorang isteri yang diceraikan berhak mendapatkan nafkah sepanjang tempoh idahnya daripada bekas suami.

Hal ini berdasarkan firman Allah SWT:

Maksudnya: โ€œTempatkanlah isteri-isteri (yang menjalani idahnya) itu di tempat kediaman kamu sesuai dengan kemampuan kamu; dan janganlah kamu adakan sesuatu yang menyakiti mereka (di tempat tinggal itu) dengan tujuan hendak menyusahkan kedudukan mereka (supaya mereka keluar meninggalkan tempat itu).

๐Ÿ“Œ Selanjutnya jika mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkenaan dengan isu ini boleh hubungi kami.

LIKE | SHARE | FOLLOW

Photos from Peguam Syarie : Iezwan Hazwani & Associates's post 15/09/2022

[JENIS-JENIS PERCERAIAN]

Mengikut pengamalan perundangan Islam di Malaysia, pembubaran perkahwinan boleh berlaku melalui 5 cara iaitu:

1. PERCERAIAN MELALUI TALAK
2. PERCERAIAN MELALUI TAKLIK
3. PERCERAIAN MELALUI FASAKH
4. PERCERAIAN MELALUI TEBUS TALAK (KHULUK)
5. PERCERAIAN SECARA LI'AN

๐Ÿ“Œ Selanjutnya jika mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkenaan dengan isu ini boleh hubungi kami.

LIKE | SHARE | FOLLOW

Photos from Peguam Syarie : Iezwan Hazwani & Associates's post 15/09/2022

[KHULUK / TEBUS TALAK]

Seksyen 49 Enakmena Keluarga Islam (Negeri Perak) 2004

Perceraian khul' atau Cerai tebus talaq

(1) Jika suami tidak bersetuju menjatuhkan talaq dengan kerelaannya sendiri, tetapi pihak-pihak itu bersetuju bercerai dengan cara khul' atau cerai tebus talaq, Mahkamah hendaklah, selepas jumlah bayaran tebus talaq dipersetujui oleh pihak-pihak itu, menyebabkan suami itu melafazkan perceraian dengan cara khul' dan perceraian itu adalah ba-in sughra atau tak boleh diruju'.

(2) Mahkamah hendaklah merekodkan cerai tebus talaq itu dengan sewajarnya dan menghantar suatu salinan rekod itu yang diperakui kepada Pendaftar yang berkenaan dan kepada Ketua Pendaftar untuk didaftarkan.

(3) Jika jumlah bayaran tebus talaq tidak dipersetujui oleh pihak-pihak itu, Mahkamah boleh mentaksirkan jumlah itu mengikut Hukum Syarak dengan memberi pertimbangan kepada taraf dan sumber kewangan pihak-pihak itu.

(4) Jika suami tidak bersetuju bercerai dengan cara penebusan khul' atau tidak hadir di hadapan Mahkamah sebagaimana yang diarahkan, atau jika Mahkamah berpendapat bahawa ada kemungkinan yang munasabah bagi suatu perdamaian, Mahkamah hendaklah melantik suatu jawatankuasa pendamai sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 47 dan seksyen itu hendaklah terpakai sewajarnya.

๐Ÿ“Œ Selanjutnya jika mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkenaan dengan isu ini boleh hubungi kami.
LIKE | SHARE | FOLLOW

12/09/2022

[LAFAZ TAKLIK]
โœ… Lafaz taklik merupakan satu perjanjian yang disandarkan kepada hubungan perkahwinan setelah diakui oleh kedua-dua pasangan, melalui lafaz taklik yang dibacakan oleh pengantin lelaki setelah selesai akad nikah.
โœ… Perkara ini bertujuan bagi menjamin kebajikan serta keadilan terhadap isteri dari perlakuan suami yang boleh memudaratkan isteri.
โœ… Taklik menjadi sah setelah pelakunya melakukan perkara yang telah disyaratkan dalam lafaznya.
LIKE | SHARE | FOLLOW
๐Ÿ“Œ >> https://linktr.ee/iezwanhazwani_associates

08/09/2022

[NAFKAH ANAK]

Apakah yang dimaksudkan dengan nafkah?

โœ… Nafkah ialah mengeluarkan belanja atau nafkah kepada mereka yang wajib atas seseorang itu mengeluarkannya seperti suami menyediakan makanan, minuman, pakaian dan tempat tinggal untuk isteri.

Siapakah yang bertanggungjawab menangung nafkah anak setelah suami isteri bercerai?

๐Ÿ“Œ Selanjutnya jika mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkenaan dengan isu nafkah anak boleh hubungi kami.

LIKE | SHARE | FOLLOW

Photos from Peguam Syarie : Iezwan Hazwani & Associates's post 07/09/2022

[FASAKH ATAU PEMBUBARAN PERKAHWINAN DENGAN PERINTAH MAHKAMAH]

๐Ÿ“Œ Selanjutnya jika mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkenaan dengan isu ini boleh hubungi kami.

LIKE | SHARE | FOLLOW

07/09/2022

[PENGURUSAN FARAID]

Faraid adalah pembahagian harta seorang Islam yang telah meninggal dunia sama ada beliau meninggalkan wasiat atau tidak sebelum kematiannya. Maka harta peninggalannya akan dibahagikan kepada ahli warisnya (seperti anak, isteri, suami, ibu, dll), menurut hukum Islam. Harta yang dibahagikan kepada ahli waris adalah baki harta yang ditinggalkan setelah ditolak segala pembiayaan pengurusan jenazah, hutang pewaris (zakat, nazar, dll) dan wasiat yang dibenarkan oleh syarak (tidak melebihi 1/3 dari jumlah harta).

Bentuk harta yang boleh dibahagikan secara Faraid ialah:
1. Tanah
2. Bangunan (rumah).
3. Barang kemas (emas, perak dll).
4. Insurans dan Wang tunai (sama ada dilaburkan atau tidak).
5. Binatang ternakan seperti kambing, lembu, unta, kerbau dll.

๐Ÿ“Œ Selanjutnya jika mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkenaan dengan isu ini boleh hubungi kami.

LIKE | SHARE | FOLLOW

Rakyat M'sia kahwin di selatan Thailand dinasihat tak lengah daftar nikah 05/09/2022

[Daftar Perkahwinan]

Undang-undang dan peraturan dicipta dan digubal adalah untuk mengurus kehidupan manusia secara am-nya.

Oleh itu, bernikah mengikut undang-undang yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa negeri-negeri adalah bertujuan untuk menjaga kemaslahatan umum.

Ini kerana, selain menghalalkan perhubungan antara suami dan isteri, pernikahan juga akan melibatkan urusan keturunan zuriat, perwarisan harta pusaka, kuasa wali dalam menikahkan anak perempuan dan lain-lain lagi.

Justeru, adalah menjadi tanggungjawab bagi pasangan-pasangan yang telah bernikah di luar negara khurusnya di Selatan Thailand, untuk bersegera mendaftarkan perkahwinan tersebut, bagi mengelakkan masalah di kemudian hari.
_____
LIKE | SHARE | FOLLOW
>> https://linktr.ee/iezwanhazwani_associates

Rakyat M'sia kahwin di selatan Thailand dinasihat tak lengah daftar nikah "(Ini) supaya perkahwinan itu sah dari segi undang-undang," kata Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla Muhammad Ridzuan Abu Yazid.

02/09/2022

[ INTERIM EXPARTE VS INTERIM INTERPARTE ]

โœ… Perintah Interim Ex-parte Hadhanah adalah permohonan
sebelah pihak sahaja sama ada ibu atau bapa yang
memerlukan satu perintah Mahkamah yang serta merta dalam
kes-kes terdesak. Pihak satu lagi tidak dimaklumkan. Perintah
ini dikeluarkan hanya atas kes terdesak sahaja dan
berkuatkuasa 30 hari sahaja. Selepas itu, Perintah ini tidak lagi
mempunyai kuasa undang-undang. Banyak perkara teknikal
yang perlu dilalui di dalam mendapatkan Perintah ini.

โœ… Perintah Interim Inter-parte Hadhanah adalah permohonan
untuk mendapatkan satu perintah sementara dengan kehadiran
kedua-dua belah pihak. Perintah ini berkuatkuasa sehingga kes
induk hadhanah dibereskan. Ianya juga boleh diubah pada bilabila masa selagi mana kes induk hadhanah belum dibereskan.

๐Ÿ“Œ Selanjutnya jika mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkenaan dengan isu ini boleh hubungi kami.

LIKE | SHARE | FOLLOW

Photos from Peguam Syarie : Iezwan Hazwani & Associates's post 25/08/2022

[HARTA SEPENCARIAN]

Kebanyakan pihak-pihak bertikai mengenai sesuatu harta/aset selepas perceraian.

Tahukah anda pihak-pihak boleh membuat tuntutan Harta Sepencarian dalam keadaan tertentu?

Apakah yang dimaksudkan dengan tuntutan Harta Sepencarian?

โœ… Harta sepencarian ialah harta yang diperolehi bersama oleh suami isteri semasa perkahwinan berkuatkuasa mengikut syarat-syarat yang ditentukan oleh Hukum Syarak.

๐Ÿ“Œ Selanjutnya jika mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkenaan dengan isu ini boleh hubungi kami.

LIKE | SHARE | FOLLOW

Photos from Peguam Syarie : Iezwan Hazwani & Associates's post 25/08/2022

[SULH]

APA ITU SULH ??

Kebanyakan masyarakat kita kurang faham mengenai sulh dan proses sulh di mahkamah syariah.

โœ… Sulh merupakan suatu kaedah penyelesaian secara damai dan redha meredhai antara pihak-pihak bertikai terhadap sesuatu tuntutan atau permohonan.

๐Ÿ“Œ Selanjutnya jika mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkenaan dengan isu ini boleh hubungi kami.

LIKE | SHARE | FOLLOW

24/08/2022

[PENGESAHAN LAFAZ RUJUK]

Apakah maksud Ruju'?

Dari sudut perundangan ruju' adalah perkembalian kepada nikah yang asal. Manakala mengikut hukum syarak p**a, ruju' berlaku apabila seseorang suami meruju' kembali isteri yang diceraikan secara talaq raji'i yang mana isteri tersebut masih dalam tempoh iddah. Ruju' yang dibuat oleh suami dengan lafaz yang soreh adalah sah walaupun isteri tidak bersetuju dengan ruju' tersebut.

Bagaimanakah Mahkamah menentukan bahawa lafaz ruju' yang dibuat sah mengikut hukum syarak?

Untuk menentukan sesuatu ruju' berlaku atau tidak mengikut hukum syarak, Mahkamah akan meneliti dan menghalusi kepada setiap rukun dan syarat ruju', adakah tindakan atau lafaz tersebut telah memenuhi setiap rukun dan syarat ruju' yang digariskan ataupun sebaliknya.

Sekiranya anda musykil berkenaan dengan pengesahan lafaz ruju yang dibuat oleh suami, boleh mendapatkan penjelasan di Pejabat Agama atau Mahkamah Syariah yang berdekatan.

LIKE | SHARE | FOLLOW

22/08/2022

[Hadhanah]
Secara asasnya, hak penjagaan anak / hadhanah bagi anak-anak yang masih di bawah umur, adalah kepada ibu..
Merujuk di dalam kes ABI lwn SBCM [2014] 4 SHLR 1, hakim bicara telah memetik Al-Imam Taqiyuddin Abi Bakar bin Muhammad di dalam Kifayatul al-Akhyar di dalam menerangkan perihal Hadhanah, iaitu :
"Hadhanah adalah sejenis kuasa, kecuali atas sebab-sebab yang tertentu, diberi kepada perempuan kerana mereka lebih menaruh kasih sayang kepada kanak-kanak, lebih tepat untuk mendidiknya, lebih sabar dalam melaksanakan tugas memelihara kanak-kanak dan perempuan juga sentiasa lebih banyak bergaul dengan kanak-kanak.."
Akan tetapi, jika bapa mempunyai alasan-alasan yang munasabah untuk menggugurkan hak tersebut, bapa berhak untuk mendapatkan keadilan tersebut di Mahkamah Syariah..
Perebutan hak jagaan anak adalah senario yang sering berlaku apabila pasangan memilih untuk berpisah..
Ada yang masih berbaik-baik dengan bekas pasangan,
Dan tidak kurang juga yang bermusuhan..
Walau apa pun perselisihan yang berlaku dengan bekas pasangan anda,
Janganlah sampai mengheret anak-anak untuk turut sama membenci bekas pasangan..
Kerana bagi anda mungkin dia adalah bekas pasangan,
Tetapi bagi anak-anak, dia bukan bekas ibu atau bekas bapa..
_____
LIKE | SHARE | FOLLOW
>> https://linktr.ee/iezwanhazwani_associates

15/08/2022

[Pengesahan Lafaz Cerai]

Kuasa talaq adalah terletak di tangan suami. Walau bagaimanapun, lafaz talaq hanya boleh dibenarkan setelah mendapat kebenaran Mahkamah Syariah..

Jika suami telah melafazkan talaq terhadap isterinya di luar mahkamah, maka adalah menjadi tanggungjawabnya untuk membuat pengesahan Lafaz Cerai tersebut di Mahkamah Syariah..

Akan tetapi, rata-rata yang memulakan pemfailan Pengesahan Lafaz Cerai di Mahkamah Syariah adalah dari pihak isteri sendiri..

Mengapa perkara ini terjadi? Apa pandangan anda?
____________________
LIKE | SHARE | FOLLOW

>> https://linktr.ee/iezwanhazwani_associates

Photos from Peguam Syarie : Iezwan Hazwani & Associates's post 11/08/2022

Terdapat 7 hak yang boleh dituntut di Mahkamah Syariah oleh seorang isteri yang telah bercerai dengan suami. Antara salah satu hak yang boleh dituntut adalah Mutaah.

โœ…Mutaah adalah suatu bayaran wajib ke atas suami untuk diberikan kepada isteri yang telah diceraikan tanpa sebab munasabah mengikut hukum syarak.

๐Ÿ“Œ Selanjutnya jika mempunyai sebarang soalan berkenaan dengan isu Mutaโ€™ah ini boleh inbox.

10/08/2022

Kehidupan yang serba mencabar pada hari ini sangat menguji kehidupan berumah tangga..

Rata-rata yang mengadu berkenaan lafaz talaq adalah berpunca dari pergaduhan mulut yang di luar kawalan dan sangat beremosi..

Sama ada suami terlepas cakap, atau isteri yang mencabar untuk diceraikan..
Pihak-pihak mungkin mudah untuk 'move-on' jika perpisahan yang dimahukan.

Tetapi jauh di sudut hati anak-anak, mereka mahu membesar dalam keadaan keluarga yang satu.
Kehidupan adalah tanggungjawab yang perlu kita laksanakan sebaiknya..
____________________
LIKE | SHARE | FOLLOW

>> https://linktr.ee/iezwanhazwani_associates

08/07/2022
23/11/2021

Isteri WAJIB TAAT pada suami selagimana tidak melanggar syarak.
____________________

LIKE | SHARE | FOLLOW

>> https://linktr.ee/iezwanhazwani_associates

Want your practice to be the top-listed Law Practice in Ipoh?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


18A, HALA TAMAN MERU 11
Ipoh
30020

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Other Lawyers & Law Firms in Ipoh (show all)
Perak Bar Young Lawyers and Pupils Committee Perak Bar Young Lawyers and Pupils Committee
41, Jalan Dato Maharajalela
Ipoh, 30000

Young Lawyers and Pupils Committee - A sub-committee under the Perak Bar

Ng Chee Kong & Co Ng Chee Kong & Co
128, Jalan Sultan Yusof
Ipoh, 30000

Dispute resolution

Peguam Syarie Negeri Perak dan Wilayah Persekutuan Peguam Syarie Negeri Perak dan Wilayah Persekutuan
No. 7A, Jalan Meru Bestari A6, Medan Meru Bestari, Bandar Meru Raya
Ipoh, 30020

TETUAN AZHAR SITI & ASSOCIATES : Menawarkan khidmat guaman dan perundangan syariah.

Iskandar Al-Bakri & Associates Iskandar Al-Bakri & Associates
2A Jalan Tun Abdul Razak
Ipoh, 30100

Accident Lawyer US Accident Lawyer US
Jalan Horley Ipoh
Ipoh

Hiring the right motorcycle accident lawyer can be a real challenge for people unfamiliar with legal proceedings.

Falco_Ipoh Falco_Ipoh
Ipoh, 30020

FALCOlaw (Fariz Halim & Co) is a Malaysian law firm established in 2002.

Afiqah Aqilah & Partners Afiqah Aqilah & Partners
Ipoh, 31400

Afiqah Aqilah & Partners is a law firm based in Ipoh, Perak. Afiqah Aqilah is a law firm that covers many areas of law and sector, in particular specialising in litigation, disput...

Prema Bala Habeeb Rahman & Associates Prema Bala Habeeb Rahman & Associates
Ipoh, 30000

we have been appointed as panel solicitors to various banks, finance companies, housing developers a

Puan Hazwani Zainal Puan Hazwani Zainal
18A Hala Taman Meru 11, Pusat Komersial Taman Meru 2B
Ipoh, 30020

Pengamal Undang-Undang Syariah โš–๏ธ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ| Perunding Keluarga Islam | Faraid | Hibah | Wasiat

SP Kishori & Co SP Kishori & Co
Ipoh, 30010

SREE NAIR & Company SREE NAIR & Company
15A Jalan CHUA CHENG BOK
Ipoh, 30250

Sheanna Velu Sheanna Velu
No. 4, Medan Istana 3, Bandar Ipoh Raya
Ipoh, 30000

We are a litigation firm based in Ipoh, Perak, Malaysia.