Wong Chai Yi
Nearby public figures
Jalan Gunung Rapat
Bandar Cyber
Bandar Cyber
ADUN Simpang Pulai, Perak
Salah satu aspek dalam teks perbahasan saya untuk menyokong pembentangan Enakmen Perbekalan 2024 di Sidang DUN Perak baru-baru ini:
Keempat 🎯 KELESTARIAN ALAM SEKITAR 🎯
✔ Kelestarian Alam Sekitar merupakan salah satu fokus utama dalam belanjawan Perak 2024 atas sebab kepentingan keseimbangan dalam melaksanakan agenda pembangunan
✔ Tindakan tegas perlu diambil jika terdapat pengusaha-pengusaha sektor swasta yang tidak dapat memenuhi syarat untuk menjaga kelestarian alam semula jadi
✔ Isu pencemaran udara sering berlaku di kawasan DUN Simpang Pulai. Terima kasih atas kerjasama daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) selama ini untuk mencari punca masalahnya. Akan tetapi, peralatan penganalisasi pelbagai gas yang dimiliki oleh JAS Perak sudah lama rosak dan terpaksa meminjamnya daripada JAS negeri lain.
✔ Diharap pihak kerajaan boleh memberi peruntukan atas pembelian peralatan berkenaan untuk meningkatkan proses pemantauan dan analisis isu pencemaran udara
-----
Facebok (CH): https://www.facebook.com/wongchaiyi
Instagram: https://www.instagram.com/wongchaiyi/
Tiktok: https://www.tiktok.com/
Pusat Khidmat DUN Simpang Pulai KEADILAN: https://tinyurl.com/5duw5t34
Salah satu aspek dalam teks perbahasan saya untuk menyokong pembentangan Enakmen Perbekalan 2024 di Sidang DUN Perak baru-baru ini:
Ketiga 📢 PERSEDIAAN SEPENUHNYA UNTUK TAHUN MELAWAT PERAK 2024 📢
✔ Langkah kerajaan persekutuan untuk membenarkan kemasukan bebas visa untuk warga China dan India untuk 30 hari mulai 1 Disember akan memberi impak kepada sektor perkhidmatan negeri Perak
✔ Penawaran jumlah bilik hotel di negeri Perak hanya 16,451 buah pada tahun 2022 dan ini adalah kurang daripada kebanyakan negeri di Malaysia. Diharaplah pelaksanaan Enakmen Hotel Perak 2023 boleh membantu untuk menampung keperluan industri perhotelan serta meningkatkan kualiti tempat bermalam
✔ Publisiti yang berjaya dengan pelbagai bahasa juga dapat menarik minat pelabur serta membawa pembangunan ekonomi yang berterusan
✔ Industri kreatif harus diberi keutamaan kerana negeri Perak mempunyai bakat-bakat yang diperlukan serta potensi yang tinggi untuk menggabungkan kreativiti dengan ekonomi. Bandar Ipoh baru sahaja diiktirafkan sebagai satu daripada 55 bandar baru yang menyertai Rangkaian Bandar Kreatif UNESCO bagi kategori Muzik.
-----
Facebok (CH): https://www.facebook.com/wongchaiyi
Instagram: https://www.instagram.com/wongchaiyi/
Tiktok: https://www.tiktok.com/
Pusat Khidmat DUN Simpang Pulai KEADILAN: https://tinyurl.com/5duw5t34
Tengok bola hari ini?
Ahli Parlimen Gopen saudara Tan Kar Hing akan bersama kami nanti 💪
Jam 9 mlm di Gelanggang Bola Keranjang Kampung Baru Simpang Pulai!
Salah satu aspek dalam teks perbahasan saya untuk menyokong pembentangan Enakmen Perbekalan 2024 di Sidang DUN Perak baru-baru ini:
Kedua 🚧 PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR ADALAH KUNCI UNTUK MENINGKATKAN KUALITI HIDUP RAKYAT 🚧
✔ Kualiti jalan raya dalam keadaan yang membimbangkan akan menjejaskan keselesaan, keselamatan dan kualiti hidup penduduk-penduduk serta pelancong-pelancong yang datang mengunjungi ke Perak
✔ Cadangan: JKR boleh mengantikan lampu jalan yang tidak menyala di Jalan Sultan Nazrin Shah (laluan utama untuk pelancong) ke lampu jalan solar LED.
✔ Berharap dengan penambahan peruntukan MARRIS sehingga RM600juta tahun depan, peruntukan sebanyak RM18.5 juta bagi PBT serta RM 100 juta untuk JKR dapat membantu meningkatkan pretasi agensi-agensi
✔ Cadangan: PBT di negeri Perak boleh menggunakan sebahagian wang rizab untuk menambahbaik infra dan kemudahan di kawasan PBT masing-masing, seperti yang di cadangkan dalam Belanjawan negeri Selangor 2024.
✔ Perancangan bandar perlu sentiasa mengadaptasi perubahan semasa termasuk demografi penduduk supaya selari dengan keperluan setempat. Negeri Perak telah mencatatkan negeri menua sejak tahun 2006.
-----
Facebok (CH): https://www.facebook.com/wongchaiyi
Instagram: https://www.instagram.com/wongchaiyi/
Tiktok: https://www.tiktok.com/
Pusat Khidmat DUN Simpang Pulai KEADILAN: https://tinyurl.com/5duw5t34
Selepas Jabatan Kerja Raya (JKR) mula melaksanakan Projek Lampu Isyarat Pintar yang PERTAMA di negeri Perak baru-baru ini, Pusat Khidmat ADUN Simpang Pulai telah banyak terima maklum balas daripada penduduk mengenai keadaan lalu lintas di Jalan Sultan Nazrin Shah.
Kami sentiasa berhubung dengan pihak JKR untuk memahami kemajuan kerja-kerja pelaksanaan projek ini:
🚦 Projek Lampu Isyarat Pintar ini dilaksanakan di Jalan Sultan Nazrin Shah, melibatkan sejumlah 11 persimpangan dari Simpang Pulai ke Sg Rokam, dengan panjang keseluruhan hampir 6 km
🚦 Semua peralatan yang diperlukan seperti CCTV, lampu isyarat dan kabel telah pun siap dipasang. Namun, sistem kepintaran buatan tu perlu lagi masa untuk memahami aliran dan perubahan trafik. Oleh itu, ia dijangka mencapai keadaan terbaiknya paling awal bulan ini
🚦 Jika mendapati kesesakan lalu lintas yang luar biasa, sila maklumkan kepada Pusat Khidmat Adun Simpang Pulai (011-1235 1154) atau bagi mesej kat Facebook dengan butiran termasuk lokasi, arah serta masa kesesakan tersebut. Kami akan terus membuat susulan dengan pihak JKR.
Terima kasih diucapkan kepada Ahli Parlimen Gopeng, Tan Kar Hing, Ahli Majlis MBI Zon 22, Chung Cum Cheong, Ketua Kampung Baru Gunung Rapat, Lim Chin Wei dan anggota-anggota JPKK Kampung Baru Gunung Rapat kerana mengikuti perkembangan perkara ini bersama kami.
-----
Facebok (CH): https://www.facebook.com/wongchaiyi
Instagram: https://www.instagram.com/wongchaiyi/
Tiktok: https://www.tiktok.com/
Pusat Khidmat DUN Simpang Pulai KEADILAN: https://tinyurl.com/5duw5t34
Baru perasan bila orang lain beritahu 🫣
Gambar kredit: ADUN Behrang Salina Samsudin
Salah satu aspek dalam teks perbahasan saya untuk menyokong pembentangan Enakmen Perbekalan 2024 di Sidang DUN Perak baru-baru ini:
Pertama🌳TANAH ADALAH ASET EKONOMI YANG PALING PENTING UNTUK PEMBANGUNAN NEGERI PERAK 🌳
✔Tanah terbiar boleh memainkan peranan yang penting dalam membantu membasmikan miskin tegar di negeri Perak. Jumlah tanah terbiar Negeri Perak yang direkodkan sehingga Oktober 2019, adalah seluas 11,013.25 hektar.
✔Kita boleh belajar dari negara China. Pada tahun 2021, mereka berjaya membasmi kemiskinan di mana lebih daripada 770 juta penduduk luar bandar yang hidup di bawah garis kemiskinan semasa telah keluar daripada belenggu kemiskinan dalam 8 tahun usaha mereka.
✔Cara negara China membasmikan kemiskinan adalah melalui penyelarasan dan pengurusan tanah dengan mampan dan penggunaan teknologi moden dalam peningkatan pengeluaran pertanian.
✔Pemberian insentif seperti geran dan pinjaman untuk menggalakan teknologi moden atau automasi dalam sektor pertanian harus dipertimbangkan, supaya produktiviti untuk setiap lot pertanian dapat dipertingkatkan.
-----
Facebok (CH): https://www.facebook.com/wongchaiyi
Instagram: https://www.instagram.com/wongchaiyi/
Tiktok: https://www.tiktok.com/
Pusat Khidmat DUN Simpang Pulai KEADILAN: https://tinyurl.com/5duw5t34
Admin | Isu paip air pecah di Taman Hillview telah diselesaikan oleh pihak LAP semalam.
Terima kasih kepada penduduk yang melaporkannya dan berjaya mengurangkan pembaziran air. Terima kasih juga kepada Ahli Majlis MBI, saudara Chung Cum Cheong atas tindakan susulannya.
-----
Facebok (CH): https://www.facebook.com/wongchaiyi
Instagram: https://www.instagram.com/wongchaiyi/
Tiktok: https://www.tiktok.com/
Pusat Khidmat DUN Simpang Pulai KEADILAN: https://tinyurl.com/5duw5t34
Tengok apa yang kami dapat dalam paip pembetungan yang tersumbat di Persiaran Rapat Baru 20 hari ini?......
Baldi dgn penyodok, sama dengan sisa-sisa lemak yang telah keras.
Terima kasih atas tindakan susulan yang dibuat oleh Puan Zuraidah, Ahli Majlis MBI, pihak Puncak Emas telah turun cuci longkang yang tersumbat itu selepas terima aduan. Tapi tak sampai 2 minggu air longkang penuh melimpah lagi. Selepas siasatan dan penggalian pagi ini, baru berjaya dapat puncanya.
Berikut adalah pengingatan untuk semua:
📌 Jangan letak barang halangan atau buat tanaman kat atas penutup lubang pembetung, susah bagi pihak berkenaan untuk menjalankan kerja-kerja pemeriksaan dan pembersihan.
📌 Jangan buang sisa-sisa makanan ke dalam longkang sebab akhirnya ia akan menjadi busuk dan memberi kesan yang lburuk kepada tempat tinggal anda.
📌 Jangan buang sampah merata tempat!
-----
Facebok (CH): https://www.facebook.com/wongchaiyi
Instagram: https://www.instagram.com/wongchaiyi/
Tiktok: https://www.tiktok.com/
Pusat Khidmat DUN Simpang Pulai KEADILAN: https://tinyurl.com/5duw5t34
Mesyuarat Kelima, Tahun Pertama, Dewan Negeri Yang Ke-15 Perak Darul Ridzuan masih berlangsung minggu ini. Saya telah terlibat dalam perbahasan Enakmen Perbekalan 2024 hari ini dengan empat aspek seperti berikut:
🎯 TANAH ADALAH ASET EKONOMI YANG PALING PENTING UNTUK PEMBANGUNAN NEGERI PERAK 🎯
1) Tanah terbiar boleh memainkan peranan yang penting dalam membantu membasmikan miskin tegar di negeri Perak. Jumlah tanah terbiar Negeri Perak yang direkodkan sehingga Oktober 2019, adalah seluas 11,013.25 hektar dan meliputi 4,004 lot tanah.
2) Kita boleh belajar dari negara China. Pada tahun 2021, mereka telah mencapai kejayaan secara komprehensif dalam perjuangan membasmi kemiskinan di mana lebih daripada 770 juta penduduk luar bandar yang hidup di bawah garis kemiskinan semasa telah keluar daripada belenggu kemiskinan dalam 8 tahun usaha mereka. Cara mereka membasmikan kemiskinan adalah melalui penyelarasan dan pengurusan tanah dengan mampan dan penggunaan teknologi moden dalam peningkatan pengeluaran pertanian.
🎯 PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR ADALAH KUNCI UNTUK MENINGKATKAN KUALITI HIDUP RAKYAT 🎯
3) Kualiti jalan raya di negeri Perak masih dalam keadaan yang membimbangkan. Isu ini akan menjejaskan keselesaan, keselamatan dan kualiti hidup penduduk-penduduk di kawasan dan juga termasuklah pelancong-pelancong yang datang mengunjungi ke Perak.
4) Saya ingin mengesyorkan supaya JKR boleh mengantikan lampu jalan yang tidak menyala di Jalan Sultan Nazrin Shah, iaitu laluan utama untuk pelancong-palancong pada Tahun Melawat Perak 2024, ke lampu jalan solar LED.
5) Saya juga berharap, dengan penambahan peruntukan MARRIS sehingga RM600juta tahun depan, peruntukan sebanyak RM18.5 juta bagi PBT serta RM 100 juta untuk JKR dapat membantu meningkatkan pretasi agensi-agensi dalam memainkan peranan mereka dalam pembangunan infrastruktur negeri Perak.
6) Saya juga ingin memberi cadangan bahawa PBT di negeri Perak boleh menggunakan sebahagian wang rizab mereka untuk menambahbaik infra dan kemudahan di kawasan PBT masing-masing, seperti cadangan diberikan Belanjawan negeri Selangor 2024. Perancangan bandar perlu sentiasa mengadaptasi perubahan semasa termasuk demografi penduduk supaya selari dengan keperluan setempat.
🎯 PERSEDIAAN SEPENUHNYA UNTUK TAHUN MELAWAT PERAK 2024 🎯
7) Langkah kerajaan persekutuan untuk membenarkan kemasukan bebas visa untuk warga China dan India untuk 30 hari mulai 1 Disember ini, merupakan peluang yang terbaik kepada Negeri Perak sempena Tahun Melawat Perak 2024 untuk menarik lagi ramai pelancong asing dan akan memberi impak kepada sektor perkhidmatan negeri Perak.
8) Akan tetapi, Penawaran jumlah bilik hotel di negeri Perak hanya 16,451 buah pada tahun 2022 dan ini adalah kurang daripada kebanyakan negeri di Malaysia. Saya berharap pelaksanaan Enakmen Hotel Perak 2023 boleh dijalan secepat mungkin untuk menampung keperluan industri perhotelan serta meningkatkan kualiti hotel dan tempat bermalam.
9) Publisiti pelancongan adalah penting. Publisiti yang berjaya dengan pelbagai bahasa juga dapat menarik minat pelabur serta membawa pembangunan ekonomi yang berterusan.
10) Industri kreatif juga harus diberi keutamaan. Bandar Ipoh baru sahaja diiktirafkan sebagai satu daripada 55 bandar baru yang menyertai Rangkaian Bandar Kreatif UNESCO bagi kategori Muzik. Ini menunjukkan negeri Perak mempunyai bakat-bakat yang diperlukan serta potensi yang tinggi untuk menggabungkan kreativiti dengan ekonomi.
🎯 KELESTARIAN ALAM SEKITAR 🎯
11) Salah satu fokus utama dalam belanjawan Perak 2024 adalah kelestarian alam sekitar, atas sebab kepentingan keseimbangan dalam melaksanakan agenda pembangunan. Oleh itu, tindakan tegas perlu diambil jika terdapat pengusaha-pengusaha sektor swasta yang tidak dapat memenuhi syarat untuk menjaga kelestarian alam semula jadi kita semua.
12) Isu pencemaran udara sering berlaku di kawasan DUN Simpang Pulai. Terima kasih atas kerjasama daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) selama ini untuk mencari punca masalahnya. Akan tetapi, peralatan penganalisasi pelbagai gas yang dimiliki oleh JAS Perak sudah lama rosak dan terpaksa meminjamnya daripada JAS negeri lain. Ini akan melambatkan proses pemantauan dan analisis. Saya berharap kejadian ini dapat menarik perhatian pihak kerajaan untuk memberi peruntukan atas pembelian peralatan berkenaan.
Sambutan Deepavali bagi kawasan Gopeng telah diadakan dengan begitu meriah sekali di Arena Square, Batu Gajah tadi! Kami telah menikmati makanan enak bersama, dengan persembahan tradisional yang menarik serta mengambil bahagian dalam cabutan bertuah!
Terima kasih kepada semua yang menghadiri program hari ini dan bersama-sama kita meraikan keindahan pelbagai budaya di Malaysia!
-----
Facebok (CH): https://www.facebook.com/wongchaiyi
Instagram: https://www.instagram.com/wongchaiyi/
Tiktok: https://www.tiktok.com/
Pusat Khidmat DUN Simpang Pulai KEADILAN: https://tinyurl.com/5duw5t34
Selamat pengantin baru dan tahniah kepada Ahli Parlimen Miri, Sarawak, saudara Chiew Choon Man 赵俊文 !
Semoga hidup berdua sentiasa dipenuhi dengan kebahagiaan dan keceriaan!
Admin | Terima kasih kepada Ahli Majlis MBI, Helmi Fuzi kerana membuat susulan atas isu-isu di sekitar Jalan Raja Musa Mahadi.
Kakitangan MBI sedang berusaha untuk mencantas pokok besar, mengutip sampah pukal serta menampal jalan berlubang yang telah dilaporkan baru-baru ini.
-----
Facebok (CH): https://www.facebook.com/wongchaiyi
Instagram: https://www.instagram.com/wongchaiyi/
Tiktok: https://www.tiktok.com/
Pusat Khidmat DUN Simpang Pulai KEADILAN: https://tinyurl.com/5duw5t34
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Kedutaan China di Malaysia yang menganjurkan lawatan ke Guizhou baru-baru ini. Saya telah berpeluang melawat ke pusat data, kampung-kampung tradisi dengan budaya etnik minoriti yang menarik, serta melawat ke Guizhou Geely Automobile Components Co Ltd.
Tahniah kepada Guizhou yang berjaya membangunkan kawasannya dengan perkembangan sumber data, sumber ekologi serta industri pelancongan, untuk mengurangkan populasi miskin.
Bukan sahaja negara China melaksanakan dasar pengecualian visa bagi pemegang pasport Malaysia, PMX juga mengumumkan pengecualian visa kepada warga China mulai 1hb Dis ini. Langkah ini dijangka akan memberi rangsangan kepada industri-industri di Malaysia.
Dah mula buat persiapan untuk tahun baru tak?
Bersama ahli parti KEADILAN dan anggota JPKK mengedarkan kalendar 2024 di sekitar pasar Kampung Baru Simpang Pulai.
-----
Facebok (CH): https://www.facebook.com/wongchaiyi
Instagram: https://www.instagram.com/wongchaiyi/
Tiktok: https://www.tiktok.com/
Pusat Khidmat DUN Simpang Pulai KEADILAN: https://tinyurl.com/5duw5t34
Kaunter bergerak STR kami berada di Restoran Gunung View pagi ini. Yang belum membuat permohonan atau perlu kemaskini info STR boleh jumpa kami di sini! Sehingga 10:30 pg sahaja!
Di samping itu, kami juga mula mengedarkan kalendar 2024! Jangan lupa dapatkan daripada kami!
“Pemimpin perlu mengambil inisiatif turun padang, mendengar keluhan dan pandangan akar umbi supaya anggota parti diberi peluang untuk menyuarakan kebimbangan rakyat selain menyalurkan hala tuju polisi kerajaan.”
- Pembahas Perak, Kongres Nasional Tahunan KEADILAN 2023
🌟 𝐉𝐮𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐈 𝐁𝐄𝐑𝐆𝐄𝐑𝐀𝐊 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐊 𝐃𝐔𝐍 𝐒𝐢𝐦𝐩𝐚𝐧𝐠 𝐏𝐮𝐥𝐚𝐢 🌟
📌 3hb Disember 2023 | AHAD
⏰ Jam 9 pg hingga 3 ptg
🚚 KRT Rapat Setia Hillview
https://maps.app.goo.gl/G337uwKWEMyVF7238
‼️ Semua Barang Diskaun 15%!
‼️ Pembelian RM25 ke atas, anda dapat membeli ayam segar dengan RM6 seekor dan telur ayam RM10 sepapan!
-----
Facebok (CH): https://www.facebook.com/wongchaiyi
Instagram: https://www.instagram.com/wongchaiyi/
Tiktok: https://www.tiktok.com/
Pusat Khidmat DUN Simpang Pulai KEADILAN: https://tinyurl.com/5duw5t34
[Kaunter Bergerak STR] Kami berada di Pertubuhan Faedah Bersama Ampang Baru hari ini, jam 8.30 pg hingga 10.30 pg!
Kalau tak sempat pun tak apa, besok kami akan berada di Restoran Gunung View, jam 8.30 pg hingga 10.30 pg juga!
Atau boleh pergi ke Pusat Khidmat ADUN Simpang Pulai (https://tinyurl.com/5duw5t34), Isnin sampai Jumaat, jam 2 ptg hingga 5 ptg.
-----
Facebok (CH): https://www.facebook.com/wongchaiyi
Instagram: https://www.instagram.com/wongchaiyi/
Tiktok: https://www.tiktok.com/
Pusat Khidmat DUN Simpang Pulai KEADILAN: https://tinyurl.com/5duw5t34
Marilah sama-sama Menyambut Hari Deepavali bersama Ahli Parlimen dan ADUN Kawasan Gopeng!
Untuk makluman semua, sambutan Hari Deepavali Parlimen Gopeng bakal diadakan di Arena Square, Batu Gajah (https://maps.app.goo.gl/NqDBWMs8zBJVtUGW8) pada 3 Disember 2023, bermula jam 12 tengah hari.
Di samping persembahan kebudayaan, makanan tradisi dan cabutan bertuah juga akan disediakan pada 3hb Dis nanti!
Jom Kongsikan berita baik ini dengan rakan-rakan, keluarga, dan kumpulan whatsapp sekarang!
** Makanan Halal turut disediakan
Admin | Longkang di tapak pasar malam Taman Ipoh Jaya telah dibersihkan baru-baru ini.
-----
Facebok (CH): https://www.facebook.com/wongchaiyi
Instagram: https://www.instagram.com/wongchaiyi/
Tiktok: https://www.tiktok.com/
Pusat Khidmat DUN Simpang Pulai KEADILAN: https://tinyurl.com/5duw5t34
Terima kasih kepada NGO Women-UC yang memberi sumbangan kepada keluarga yang memerlukan.
Ketua Kampung Ampang Baru, saudara Fong Pheng Cheong dan Ketua Kampung Sengat, Haji Rashid telah ditanggungjawabkan untuk mengagihkan sumbangan tersebut kepada keluarga yang berkenaan.
-----
Facebok (CH): https://www.facebook.com/wongchaiyi
Instagram: https://www.instagram.com/wongchaiyi/
Tiktok: https://www.tiktok.com/
Pusat Khidmat DUN Simpang Pulai KEADILAN: https://tinyurl.com/5duw5t34
Admin | Lorong belakang rumah kedai di Taman Song Choon telah lama mengalami kerosakan dan baru dibaiki selepas MBI berjaya mendapatkan peruntukan.
Terima kasih kepada Ahli Majlis MBI Puan Zuraidah atas penyelarasan dan tindakan susulannya.
-----
Facebok (CH): https://www.facebook.com/wongchaiyi
Instagram: https://www.instagram.com/wongchaiyi/
Tiktok: https://www.tiktok.com/
Pusat Khidmat DUN Simpang Pulai KEADILAN: https://tinyurl.com/5duw5t34
Terima kasih kepada Ahli Majlis MBI, Puan Zuraidah yang membuat kunjungan ke Sekolah Agama Rakyat Al-Falah baru-baru ini. Pihak MBI telah mengambil tindakan untuk membaiki sistem perparitan di sekeliling sekolah yang terletak di Taman Song Choon ini.
Tembok sekolah ini telah retak dua bulan yang lalu disebabkan oleh sistem perparitan yang mendap. Kerja-kerja pembinaan tembok akan dijalankan selepas parit dibaiki.
-----
Facebok (CH): https://www.facebook.com/wongchaiyi
Instagram: https://www.instagram.com/wongchaiyi/
Tiktok: https://www.tiktok.com/
Pusat Khidmat DUN Simpang Pulai KEADILAN: https://tinyurl.com/5duw5t34
Dah makan malam?

Melawat ke taman-taman di komuniti Palma dan Pulai Heights bersama Ahli Majlis MBI Puan Zuraidah dan pegawai-pegawai MBI baru-baru ini bagi memastikan penduduk mempunyai ruang aktiviti yang selamat dan selesa.
-----
Facebok (CH): https://www.facebook.com/wongchaiyi
Instagram: https://www.instagram.com/wongchaiyi/
Tiktok: https://www.tiktok.com/
Pusat Khidmat DUN Simpang Pulai KEADILAN: https://tinyurl.com/5duw5t34
Nanti nak makan apa? Mee bandung, kuay teow goreng atau ayam berlado...
-----
Facebok (CH): https://www.facebook.com/wongchaiyi
Instagram: https://www.instagram.com/wongchaiyi/
Tiktok: https://www.tiktok.com/
Pusat Khidmat DUN Simpang Pulai KEADILAN: https://tinyurl.com/5duw5t34
☀PROGRAM JOM KEMAS RUMAH 2.0 ☀ anjuran Ahli Majlis MBI dan JPP Zon 24 diadakan hari ini! Sampai pukul 3!
Banyak penduduk sekitar kawasan telah membawa barang-barang buangan untuk dikitar semula dalam program ini, termasuk saya juga ✌️
🕐 9 pagi - 3 petang
🏨 Dewan Komuniti Taman Bersatu
Pengumpulan Barangan Seperti:
👉 Sampah Pukal (Perabot, tilam, tayar lama dll)
👉 Pakaian dan Fabrik Terpakai (Pastikan dalam keadaan kering)
👉 Barangan Elektrik
📌 Khidmat Lupus Quran/ Kitab/ Buku Agama juga disediakan yang akan diuruskan oleh Koperasi Masjid Perak.
** Khidmat Lupus hendaklah dibayar Rm6/kilo
Sambutan Deepavali bersama kanak-kanak SJKT Gunung Rapat. Cantiknya baju Deepavali mereka dan setiap orang juga dapat hadiah pada hari yang mulia ini!
Persembahan tarian yang menarik turut disediakan walaupun dalam tempoh masa yang sangat singkat. Kami berpeluang melawat ke kemudahan-kemudahan sekolah ini termasuk smart board.
Pendidikan sentiasa menjadi perhatian utama kami dengan harapan generasi muda kita dapat membesar dalam keadaan yang sihat dan selamat!
-----
Facebok (CH): https://www.facebook.com/wongchaiyi
Instagram: https://www.instagram.com/wongchaiyi/
Tiktok: https://www.tiktok.com/
Pusat Khidmat DUN Simpang Pulai KEADILAN: https://tinyurl.com/5duw5t34
Program perasmian Persatuan Penganut Buddha Moo Kek Ngam
Puan Zuraidah, Ahli Majlis MBI Zon 24 telah turun padang ke Taman Song Choon awal bulan ini selepas terima aduan daripada penduduk atas isu sumbatan perparitan depan rumah.
Pada masa yang sama, beberapa masalah juga kami dapati di kawasan tersebut. Contohnya, tanah lapang di hujung perumahan telah diguna tanpa kebenaran dan sebahagian daripada sistem perparitan telah dipagarkan.
Pengubahsuaian struktur longkang hadapan rumah sesetengah penduduk juga membawa kesukaran kepada pihak kontraktor untuk membersihkannya. Ada juga penduduk yang selalu menuangkan sisa makanan ke dalam longkang dan menjadi suatu punca yang menyebabkan sumbatan berlaku.
Pihak kontraktor masih giat mencari jalan penyelesaian, namun kami ingin mengingatkan penduduk supaya mementingkan kebersihan persekitaran serta mengelakkan pengubahsuaian haram di kawasan perumahan anda. Saya berharap semua penduduk dapat bekerjasama untuk menjadikan kehidupan komuniti kita lebih baik dan selesa.
-----
Facebok (CH): https://www.facebook.com/wongchaiyi
Instagram: https://www.instagram.com/wongchaiyi/
Tiktok: https://www.tiktok.com/
Pusat Khidmat DUN Simpang Pulai KEADILAN: https://tinyurl.com/5duw5t34
Perjumpaan dengan Pertubuhan Suara Patriotik yang terdiri daripada veteran-veteran.
Walaupun sudah bersara, kecintaan mereka kepada negara dan masyarat tidak pernah dijejas. Kami telah berbincang tentang isu politik, perkembangan masyarakat, hal ehwal komuniti, kebajikan dan sebagainya.
-----
Facebok (CH): https://www.facebook.com/wongchaiyi
Instagram: https://www.instagram.com/wongchaiyi/
Tiktok: https://www.tiktok.com/
Pusat Khidmat DUN Simpang Pulai KEADILAN: https://tinyurl.com/5duw5t34
【Notis Penangguhan Sambutan Deepavali Parlimen Gopeng】
Pihak kami ingin memohon maaf kerana terpaksa menangguhkan program Sambutan Deepavali Parlimen Gopeng yang sepatutnya diadakan pada 18 November 2023.
Program ini telah ditunda ke tarikh baharu, iaitu pada 3 Disember, jam 12.00 tengah hari. Lokasi akan diumumkan dalam masa terdekat.
Diharap dengan penundaan sambutan Deepavali ke tarikh yang lebih sesuai dapat membuka ruang kepada lebih ramai penduduk dan pengunjung untuk sama-sama memeriahkan sambutan Deepavali ini.
Sekali lagi, kami mohon maaf atas sebarang kesulitan yang mungkin timbul. Sekian,Terima kasih.
🫶𝐊𝐚𝐮𝐧𝐭𝐞𝐫 𝐁𝐞𝐫𝐠𝐞𝐫𝐚𝐤 𝐒𝐓𝐑🫶
Malam ini kami akan berada di Pusat Komuniti Simpang Pulai, 8 mlm hingga 9mlm.
Sebarang pertanyaan sila merujuk kepada kami di Pusat Khidmat ADUN Simpang Pulai (https://tinyurl.com/5duw5t34), Isnin hingga Jumaat, 2 ptg sampai 5 ptg.
Ni foto semalam di🥟Restoran Hwa Jai Gunung Rapat🥟.
-----
Facebok (CH): https://www.facebook.com/wongchaiyi
Instagram: https://www.instagram.com/wongchaiyi/
Tiktok: https://www.tiktok.com/
Pusat Khidmat DUN Simpang Pulai KEADILAN: https://tinyurl.com/5duw5t34
☀PROGRAM JOM KEMAS RUMAH 2.0 ☀ anjuran Ahli Majlis MBI, JPP Taman Seri Berjaya dan Botani dengan kerjasama MBI, LLCM, EDSHA Solution dan Women UC
📅 19hb November 2023 (AHAD)
🕐 9 pagi - 3 petang
🏨 Dewan Komuniti Taman Bersatu
Pengumpulan Barangan Seperti:
👉 Sampah Pukal (Perabot, tilam, tayar lama dll)
👉 Pakaian dan Fabrik Terpakai (Pastikan dalam keadaan kering)
👉 Barangan Elektrik
📌 Khidmat Lupus Quran/ Kitab/ Buku Agama juga disediakan yang akan diuruskan oleh Koperasi Masjid Perak.
** Khidmat Lupus hendaklah dibayar Rm6/kilo
Turun padang di Kampung Ampang Baru dan Taman Chandan Desa pagi tadi. Yang turut bersama termasuk Ketua Kampung Ampang Baru, saudara Fong Pheng Cheong, Ketua Kampung Sengat, Haji Rashid, kontraktor MBI dan pegawai Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS).
Tujuan kami bertemu pagi ini adalah untuk memastikan saliran lancar serta mengelakkan banjir kilat selepas hujan.
-----
Facebok (CH): https://www.facebook.com/wongchaiyi
Instagram: https://www.instagram.com/wongchaiyi/
Tiktok: https://www.tiktok.com/
Pusat Khidmat DUN Simpang Pulai KEADILAN: https://tinyurl.com/5duw5t34
🫶𝐊𝐚𝐮𝐧𝐭𝐞𝐫 𝐁𝐞𝐫𝐠𝐞𝐫𝐚𝐤 𝐒𝐓𝐑🫶
Kaunter Bergerak STR di Retoran Chong Xin, Taman Song Choon semalam. Terima kasih kepada penduduk yang tampil untuk pertanyaan atau maklumbalas kepada kami!
Untuk peringatan semua:
👉Pendaftaran ini hanya untuk sesiapa yang tidak pernah membuat pendaftaran atau kemaskini sebelum ini.
👉Jangan lupa membawa dokumen yang diperlukan!
Sebarang pertanyaan sila merujuk kepada kami di Pusat Khidmat ADUN Simpang Pulai (https://tinyurl.com/5duw5t34) atau di kaunter bergerak.
Pagi ini kami akan berada di 🥟Restoran Hwa Jai Gunung Rapat🥟
📅 14hb November(Selasa)
🕐 8.30pg hingga 10.30pg
-----
Facebok (CH): https://www.facebook.com/wongchaiyi
Instagram: https://www.instagram.com/wongchaiyi/
Tiktok: https://www.tiktok.com/
Pusat Khidmat DUN Simpang Pulai KEADILAN: https://tinyurl.com/5duw5t34
Admin | Penduduk Taman Bersatu telah melaporkan isu gangguan bekalan elektrik kepada pejabat ADUN tadi. Pegawai khas kami telah menghubungi TNB dan mendapati ia disebabkan oleh kerosakan pencawang elektrik. Isu ini telah menjejas bekalan elektrik di tiga kawasan termasuk sesetengah komuniti di Simpang Pulai.
Juruteknik TNB kini sedang menjalankan kerja-kerja pemulihan tetapi dianggar akan mengambil masa empat hingga enam jam. Harap maklum.
——————————
Kemaskini: Ada penduduk beritahu bahawa bekalan elektrik telah dipulih. Sesiapa yang menduduki di kawasan berkenaan boleh maklum balas kepada kami dalam post ini. Terima kasih!
Hujung minggu yang lalu Program Jualan Rahmah telah dianjurkan di Gunung Rapat dan Taman Indah Jaya. Ribuan terima kasih diucapkan Ahli Majlis MBI, saudara Chung Cum Cheong, Ketua Kampung Gunung Rapat, saudara Lim Chin Wei, JPP Zon 22, JPKK Gunung Rapat dan lain-lain yang membantu untuk menjayakan program ini.
Jualan Rahmah yang diadakan di Gunung Rapat juga terdapat pameran robotik yang menarik minat ramai kanak-kanak, serta persembahan pemuzik busker yang sungguh berbakat.
-----
Facebok (CH): https://www.facebook.com/wongchaiyi
Instagram: https://www.instagram.com/wongchaiyi/
Tiktok: https://www.tiktok.com/
Pusat Khidmat DUN Simpang Pulai KEADILAN: https://tinyurl.com/5duw5t34
Click here to claim your Sponsored Listing.
Videos (show all)
Category
Contact the public figure
Website
Address
78, Lebuh Lapangan Siber 2
Ipoh
31350
YIK FOONG COMPLEX, Lot No. 38, 3rd Floor, Jalan Laxamana
Ipoh, 30300
cool toys and collectible 1/6 Action Figures gundam keroro gunso transformers macross saint se
Kg. Manjoi
Ipoh, 30020
Dulu idola Kecil 2 2014- Pop Krew Follow me @ insta : tasha_popkrew #teamtomok
78, Lebuh Lapangan Siber 2, Bandar Cyber
Ipoh, 31350
Chairman of Malaysian Bioeconomy Development Corporation Sdn Bhd
Ipoh
Hi, Elizabeth Wong is my Catholic name. Just click LIKE to support me. Thanks~ :p
Ipoh
Ipoh, 31200
Stunt Life Selamat datang and welcome to My Channel Hafiz Jasmani Channel ini khas untuk pencint
No 71 Lorong Sari 2 RPT Kg Cempaka Sari
Ipoh, 31650
birdnestessence_ipoh_mass