1001 Rahsia ILMU EMAS
Nearby finance companies
31400
Greenzone
31400
Ipoh
31400
Berkongsi maklumat tentang kepentingan menyimpan dinar (emas) dan dirham (perak) sebagai persediaan
Kewangan stabil bukan tentang besar gaji sebagai ukuran tetapi asalkan setiap bulan ada duit untuk menyimpan dan setiap tahun mampu bayar zakat harta.
Ya, membina dana persaraan seawal mungkin adalah langkah yang sangat bijak untuk memastikan kewangan yang stabil di usia tua. Semakin awal kita mula menabung untuk persaraan, semakin lama pelaburan tersebut dapat berkembang melalui faedah berganda (compounding interest). Ini bermakna jumlah kecil yang kita simpan secara konsisten dari usia muda akan bertambah dengan lebih signifikan berbanding jika kita mula menabung hanya beberapa tahun sebelum bersara.
Orang berjaya sentiasa bercakap tentang masa depan dan idea baru. Mereka mengambil 100% tanggungjawab pada diri sendiri.
Orang pertengahan sentiasa bercakap tentang hal semasa sahaja. Selesa melakukan perkara sama setiap hari. Hidup selesa dalam comfort zone.
Orang bawahan sentiasa bercakap tentang hal orang lain. Mereka meletakkan 100% tanggungjawab kepada orang lain. Sentiasa menyalahkan orang lain.
Pelaburan emas dalam bentuk perhiasan memang dianggap pelaburan jangka panjang yang sangat panjang. Ini kerana selain nilai emas itu sendiri, kos tambahan seperti upah reka bentuk (design) emas dan juga upah simpan jika dicagarkan di institusi kewangan perlu diambil kira. Kos-kos ini boleh mengurangkan keuntungan jika kita berfikir untuk menjual perhiasan tersebut dalam jangka masa pendek.
Dalam pelaburan emas perhiasan, keuntungan biasanya akan diperoleh dalam jangka masa yang lebih lama apabila harga emas naik dengan ketara, sehingga dapat menampung kos upah dan lain-lain. Oleh itu, pelaburan emas perhiasan lebih sesuai bagi mereka yang mampu menyimpan untuk tempoh yang lama dan tidak memerlukan kecairan segera.
Jika tujuan utama adalah untuk simpanan atau pelaburan yang lebih mudah dicairkan, biasanya emas dalam bentuk jongkong atau syiling emas akan lebih sesuai kerana ia tidak melibatkan kos upah reka bentuk.
Ramai sungguh yang buat loan dengan Shopeè, Touch&Go, Spaylater, Grabpaylater. Beli pulak benda yang remeh temeh. Sekali terjebak pasti ketagih. Later later ni semua tak payah guna la. Belajar pay now. Jangan guna duit masa depan kita.
Orang banyak hutang, s**ar untuk tingkatkan simpanan. Fikir lebih 10 kali sebelum buat hutang baru
Kerja bertahun tahun tiada simpanan. Bila tiada simpanan kita cenderung untuk berhutang. Boleh mula target menabung dana kecemasan 3 bulan gaji. Tujuannya apabila kita susah kita ada duit.
Disiplin dan paksaan dalam menyimpan sangat penting, lebih-lebih lagi dalam hal kewangan. Kalau menunggu duit lebih, kadang-kadang kita tak akan nampak lebihan itu sebab duit lebihan cenderung untuk dibelanjakan. Bila kita paksa diri untuk simpan, lama-lama akan jadi tabiat, dan akhirnya akan dapat merasai hasilnya.
Belanja RM100 jauh lebih mudah daripada simpan RM100 dan kekalkannya. Cara yang betul, akaun simpanan wajib asing dengan akaun gaji.
Simpanan emas boleh disiplinkan kita berbelanja. Walaupun emas dah berpuluh malah beratus gram tetapi rasa tak nak berbelanja. Sebab sayang rasanya.
Akaun GAP junior boleh topup serendah RM50 menggunakan sistem auto-debit bermula semalam, 16 September π«Άπ».
Jangan lepaskan peluang buka akaun GAP junior untuk anak-anak ya π
Daftar percuma di sini:
https://publicgold.com.my/index.php?route=account/register&form_type=ja&intro_pgcode=PG00206184&is_dealer=1
Masa depan kewangan dibentuk melalui TABIAT dan mindset hari ini. Kalau tabiat s**a menabung dan kumpul harta, kita akan kaya. Tapi kalau boros berbelanja dan ambil mudah dengan hutang, kita pasti akan jatuh miskin
Nak tunggu "duit lebih" baru nak menyimpan? Biasanya memang tak akan ada lebih.
Betul tak? π
Maka PAKSA diri simpan dulu belanja kemudian
Bertambah gaji tidak menjamin bertambah simpanan. Kerana ramai cenderung upgrade lifestyle. Seronok berbelanja dan ambil mudah dengan loan.
Ilmu itu penting. Tapi yang lebih penting adalah sikap dan tabiat kita tentang kewangan. Walaupun kewangan adalah tentang matematik, tapi kita cenderung buat keputusan dengan emosi
Emas 0.001g bukan item pelaburan. Tidak laku untuk dipajak apatah lagi untuk dijual kerana mesin penimbang tak dapat kesan berat 0.001g. Jangan mudah tertipu dengan harga murah.
Item emas pelaburan emas bermula 1dinar (4.25g) dan ke atas. Bawah 1 dinar sesuai untuk collector sahaja tetapi masih boleh dijual. Kurang 0.5g adalah paper gold emas yang hampir tiada nilai jual balik.
Nak mula simpan emas tidak perlu jadi pakar. Cukup faham asas ilmu emas sudah boleh bermula. Cara selamat mula dengan dan sentiasa tambah ilmu.
Jurang orang kaya dengan orang biasa ialah ilmu. Kalau kita tahu apa orang kaya tahu. Kita buat apa orang kaya buat. Kita akan dapat apa orang kaya dapat - Mohd Zulkifli Shafie.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Videos (show all)
Category
Contact the business
Website
Address
Ipoh
NO 2, PERSIARAN GREENTOWN 3, GREENTOWN BUSINESS CENTRE
Ipoh, 30450
Selamat datang ke page TSI PERAK.
Gunung Rapat/Simpang Pulai/Taman Botani/Rapat Setia/Taman Cempaka
Ipoh
HIBAH | WASIAT | PUSAKA | AMANAH | Rancang Kerana Sayang - Memartabatkan Perwarisan Islam
GREENTOWN BUSINESS CENTRE
Ipoh, 30450
Penyelesaian Kewangan Anda RM1,500- RM10,000+ Proses senang, mudah dan pantas!
1st Floor, No. 1 & 3, PERSIARAN GREENTOWN 9
Ipoh, 30450
MENGURUSKAN PEMBIAYAAN PERIBADI AFFIN BANK-I PESARA DAN PENJAWAT AWAM
No 23A, Lapangan Perdana 19, Lapangan Setia
Ipoh, 31350
We provide one stop financial services platform to all the Small and Medium-sized Enterprises.
2, 4, 6 & 8, Jalan Tun Sambanthan
Ipoh, 30000
Menyediakan perkhidmatan pinjaman pembiayaan peribadi untuk kakitangan - swasta - kerajaan - pesara
Ipoh
Membantu Merancang dan Menguruskan Kewangan & Pelan Perlindungan Anda