Ilmu persuratan bahasa kiasan

Ilmu persuratan bahasa kiasan

Assalamualaikum sahabat2 ku
kubuka ruang yg seluas ini utk kita sama sama mengzahirkan karya karya

ilmu kesenian,kata kata hkmah,syair gurindam,sajak,puisi kata kata kiasan dan segala yg sewaktu dgn nya. ku harap sahabat2ku dapat meluahkan nya disini... luahkanlah apa saja jgn sesuatu yg boleh aib dan menyebababkan pepechan kita tidak dibenarkan... kerana bukan kita sahja yg berada disini guru guru ku dr indonesia pun dpt melihatnya ... tunjukkan lah budaya kita ..... jgn musnahkan kebudayaandan tata susila rakyat kita ..

24/11/2023
09/09/2023

Belajarlah dari benang. Terlalu dekat benang akan kusut dan boleh digunakan.

Jika ingin mengurai tali benang, hendaklah menjarakkannya satu persatu.

Begitu jugalah kita manusia. Secara fitrahnya. Kita perlukan jarak seketika waktu. Bukan bererti berpisah. Cuma menjarakkan seketika..

AbeDienoRhmd
080923 2242H

09/09/2023

Maaf jika aku terlalu memerlukakanmu. Terlalu menjadikan mu tempat bersandar, terlalu takut kehilanganmu. Terlalu gusar dengan ketiadaanmu. Terlalu merampas masa2 keseoranganmu. Terlalu berharap kamu ada ketika kamu juga punya hidup yang sedang direncana..

AbeDienoRhmd
080923 2235H

09/09/2023

Lama rasanya tak berkarya..

TERIMA KASIH.

Terima kasih kerana mengajar aku cara untuk menyembunyikan perasaan, agar orang sekitar ku nyaman dan selesa.

Aku belajar untuk tidak terlalu cepat meluah.

Aku belajar untuk menyimpan dan mencari cara agar ia tak tumbuh menjadi dendam yang tak sudah.

Aku belajar untuk menerima bahawa segalanya tak seperti yang aku teka. Bahawa bukan aku sorang yang punya rasa.

Kita harus belajar menghormati rasa masing2, dan aku belajar bahawa tak semua hal harus engkau tahu, harus dijadikan berita. Walaupun aku teringin sangat meluahkannya kepada mu..

AbeDienoRhmd
080923-2047H

22/08/2022

ANDAI AKU PERGI DULU...

kau amat ku sayang...
jika ku nyatakan sayang itu...
maka sayang itu akan pergi
tinggalkan aku

biar kan aku membawa lafaz ini
lafaz yang tersimpan
lafaz yang tak terucap...
menjadi bara dalam diri....

andai aku pergi dulu....
terbarilah pusaraku dengan kemboja putih
tegakkan batu nisanku...
kalungkan al-fatihah juga doa untukku...

Andai Aku Pergi Dulu...
AbeDieno
220822 1045am

21/08/2022

ANDAI AKU PERGI DULU..

Aku merenung hari semalam,
Mengintip gerak lakuku,
Adakalanya tersalah laku,
Menyakiti hatimu,
Dalam sengaja atau pun tidak,
Hari ini aku tersedar dari mimpiku,
Andai aku pergi dulu!
Sudikah kau maafkan aku?

Aku berteleku di jendela waktu,
Ya Allah! begitu banyaknya dosaku,
Andai aku pergi dulu!
Adakah mereka akan maafkan aku,
Segala perbuatan dan tingkah laku,
Segala kesalahan dan kelancaranku,
Berkata-kata tanpa berfikir dahulu,
Adakalanya bergurau pun tak menentu,
Selalu tersalah waktu,
Membuat orang lain mungkin membenciku,
Dalam diam hati terbuku,
Dendam kesumat marah padaku,

Buat saudara maraku semua,
Kita memang jarang bersua,
Aku pun tak dapat meneka!
Pernahkah aku terbuat dosa,
Pada kalian semua!

Walau apa pun yang pernah berlaku,
Maafkanlah kesalahanku,
Janganlah disimpan dalam hatimu itu,
Segala salah dan silapku,
Anggaplah semuanya telah berlalu,
Umurku ini belum tentu,
Mungkin akan pergi dulu,
Yang ada hanya batu nisanku,
Yang akan kau lihat selalu,
Kerana jasadku sudah bersemadi di situ,

Buat teman-temanku,
Maafkanlah aku!
Andai aku pergi dulu,
Doakanlah aku!
Sedekahkan Al-Fatihah untukku!
Bukan aku merayu!
Hanya, andai kalian menganggapku sebagai temanmu!

Andai Aku Pergi Dulu
AbeDienoRhmd a.m.n
220822 00:00am

17/08/2022

KEPADA CINTA..

Kepada Cinta aku bertanya,
mengapa benci marak disini?
Kepada Doa aku bertanya,
Mengapa Dusta laris disini?
Kepada Berita aku bertanya,
Mengapa Fakta dikianati?

Kepada satera aku bercerita,
Tentang kata² yang berubah erti,
Cinta berbisik kepada sunyi,
Terlalu banyak manusia gelap nurani....

AbeDieno a.m.n
170822 1047am

23/05/2022

"Telesurilah pilihan dalam kehidupan yang telah kita ingini, Jika terlencong dari jalan kebenaran.. Harus kita betulkan. S**a duka pada rentetan sebuah penulusuran,adalah rencah sejati dalam kehidupan.
Air mata itu p**a amat berharga.. Bukan p**a melemahkan martabat diri jika kita seorang lelaki. Lepaskanlah ia saat ianya perlu dilepaskan. Tahanlah ia jika perlu dirahsiakan pada air mata yang bercucuran.
Mungkin orang bisa saja beranggapan apa-apa aja tentang diri kita, tanpa ada bertanya malahan cuba menyelami apa jua yang telah kita harungi sehingga kini. Maka janganlah kita bersedih ..sudah lumrah manusia.. Biarpun sejuta kebaikkan telah kita binakan..akhirnya roboh kerna satu kesilapan .. tanpa ada diberi peluang untuk kita perjelaskan. Biarlah manusia membenci kita .. Asalkan maha pencipta tetap mahu memaafkan segala kesilapan lampau kita.
Dalam kehidupan ini banyak penceritaannya..
Bermuhasabahlah diri kita.. Allah maha mengetahui apa aja yang telah kita lakukan dan apa yang sebenar boleh menyebabkan ianya terjadi sedemikian. Sedarilah kita adalah pendosa.. Jangan rasa diri kita sempurna.. Kenalilah siapa kita ini..".
"LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAHIL 'ALIYYIL' ADZIM"

choabu,
23.05.22
07:02ptg

09/04/2022

noktah terakhir ku

Esok adalah sebuah perancangan,
ingin ku bahgia selamanya...
dalam sebuah kehidupan yang fana,
namun ku mengerti itu hanyalah hayalan belaka.....

Dunia tidak sekejam mana....
manusia yang menjadi ianya di penuhi derita...
di ciptanya angkara hingga berbunuhan sesamanya...
darah tanpa dosa berhamburan merata-rata..

Izinkan ku pergi meninggakannya...
tanpa ada tangisan dari semua...
biar pedih itu ditanam bersama...
agar luka tak kelihatan setelah ku tiada.

Ku tinggalkan nota pengakhir cerita,
agar tiada lagi bakal sengsara...
agar rindu kalian terubat sentiasa...
kala melihat noktah terakhir ku ini.

salam romadhan buat kalian semua.

Choabu
09/04/22
8:12pm.

30/03/2022

INDAHNYA RAMADHAN...

Ada sekuntum hari
Wanginya mengharumi bumi
Saat itulah kemurahan sang Khalik berlimpah
Menyatu pada segala inti hidup

Adalah Ramadhan
Ia bertelaga bening
Airnya mutiara maghfirah
Gerincingnya dzikir dan tadarus
Tepiannya doa lemah lembut, lirih dan pasrah
Siapa tak ingin jadi ikannya?
Mari berenang dengan kesunyian nafsu
Agar setiap sirip kita tak patah sia-sia

Ia rahasia
Tak sekedar lapar dahaga
Tapi itulah sesungguhnya hakikat cinta
Dan salah satu cara bertegur sapa dengan Allah
Karena dengan lapar dan haus
Kita lebih bias menyadari bahwa kita tak berpunya
Bias lebih memahami
Bahwa kita tak lebih dari sebutir debu
Diantara keMaha luasan-Nya
Ia sepantasnya dirindukan
Kerana ia lebih..

AbeDieno a.m.n
300322 19:01

30/03/2022

RAMADHAN...

Mati bulan pada lini
Hilal bersimpul, tersenyum mentari
Terbuka pintu bulan pahala suci
Cahaya mulia menyambangi hari

Langkah pertama menjejak hati
Ikhlas menjalani perintah Ilahi
Berpuasa sepenuh bulat bulan
Dengan cubaan menuju kemenangan

Menumpas nafsu nan meraja
Menahan lapar dahaga mendera
Seluas samudra kesabaran teruji
Lisan terjaga dari perkataan keji...

Jiwaraga pancarkan kasih nurani
Pijarkan putih cahaya rohani
Membaur sinar kemuliaan bulan pahala
Menyentuh hangat insan beriman

Titian bulan pahala terbentang kemuliaan
Semangatlah menapaki dengan ketaqwaan
Hingga berakhir menggapai kemenangan
Selamat menjalani ibadah Ramadan...

AbeDieno A.M.N
300322 18:45

10/03/2022

Kias Dimalam Sendu Ku.

Bulan tak lagi dirindu,
gelap melanda jiwaku..
yang putih menjadi selasih...
waktu semakin mencemburui diriku.

Titik pada tulisan ..
mengakhir sebuah perkataan,
Pemulung itu menjadi kesukaan,
aksara dimulung disusun menjadi kiasan.

Bait-bait kata...
adakalanya dusta..
Senyum dibibir...rekaan cuma
gelaknya dipaksa... jiwa retak kecewa.

Alif' dahulu sebelum huruf ba',
Tertib beradap dalam berilmu..
Dalam kalimat ada yang tersemat,
Ada tersirat didalam yang tersurat.

Cho Abu
10/3/22
12:35mlm

25/12/2021

Aku insan yang lemah,
Aku sedar akan diri ku....
Aku harap kau hadam kata-kata ku ini..,

Namun jangan kau hinjak-hinjak ku..
Jangan kau henyak ku .. Supaya lemah
Hingga bermuntahkan darah..

Nama aku nak berserah...
Nama aku nak mengalah...
Lupakan itu dalam lipatan sejarah.!

Di bumi fana aku kau aniayakan..
Di pengadilan dunia aku di hina...
Kau jangan lupa...!

Kematian itu perkara yang nyata..
Tiada seorang pun diantara kita terlepas darinya..
Kau dan aku ketanah jua p**ang akhirnya..

Disana akan ku tuntut keadilannya..
Disana mahkamah yang seadil-adilnya..
Kerna disana hakimnya yang Maha kuasa..

Tidak pernah tidur , melihat perilaku manusia,
Tidak memandang apa jawatan siapa persalahlakunya..
Tiada pembohongan .. Batang tubuhmu menjadi saksi yang nyata.

Aku sedar aku pendosa...
Tapi janganlah kau aniaya ku sedemikian rupa
Aku ada maruah .. Aku ada harga diri..
Aku hanya mencari rezeki dengah memerah keringat ku sendiri.

Cho Abu

25/12/2021

Bila duniawi yang kau kejari,
Pasti kau akan lupa diri....
Ego kau menular meninggi..
Keangkuhan makin menjadi.

Lupakah kau kemana usia terhenti.?
Apakah kau menongkat langit nanti.?

Sesungguhnya kau dan aku takkan kekal..
Kematian itu senantiasa mengintai ...
Bukan nama atau pangkat membezakan..
Di akhiri jenazah jua nama yang diberi.

Jawatan yang kau agungkan ditinggal sepi..
Ditimbang segala amanah dipertanggung jawab selama ini.

Tiada lagi tempat untuk bersembunyi..
Tiada lagi perlindungan dari tuan yang kau perhambakan diri..selama ini.
Segalanya kau hadapi keseorangan diri..
Setiap ketidakadilan aku tuntuti.

Choabu
4:15ptg
7/12/21

22/10/2021

Maafkan ku wahai sahabat...
Aku leka ... Aku tak berguna..
Aku hilang ..saat kau memerlukan,
Aku abaikan sebuah persahabatan.

Sahabat ku....
Resah membelenggu diri...
Khabar mu ku tak ketahui..
Sakit perit mu.. Tak ditemani.

Sayang ku pada persahabatan...
Rindu ku sentiasa ada buat mu..
Kerna bagiku sahabat itu..
Salin memerlukan impama tangan dan bahu..

Tangan untuk memimpin mu.. kala hiba,
Agar kau tidak jatuh dan tersungkur....
Bahu untuk kau sandarkan ..
Bila kau memerlukan pendengar dan perhatian.

Namun ku gagal ...
Gagal menjadi peneman...
Gagal membantu permasaalahan..
Gagal ... Merasakan sakit yang sedang kau rasakan......
Maafkan diri ku... SAHABAT.

choabu..
4.05pg
23/10/21.

15/10/2021

Aku dan sesuatu...
Itu adalah aku...
Cara aku ...Cara mu.....
Tak mungkin serupa..
Walaupun bertopengkan
Wajah yang sama..
Namun kita ...
Berbeda arah berliku...
Haluan dan rintangan.
Tetapi akan terhenti ....
Di pengakhiran yang ....
itu SATU jua.

choabu
2:44pg
16/10/21

"PADA nafas yg ku SEDUT... Telah menDEKATkan aku pada keMATIan ITU
PADA nafas yg ku HEMBUS.. Telah menJAUHkan aku pada keDUNIAan INI.

Gambo tengah koje mlm hari ni...boring...

15/10/2021

Manusia memiliki sifat lalai dalam dua hal yaitu jarang bersyukur ketika mendapatkan kenikmatan namun sering mengeluh saat mendapatkan ujian.

24/09/2021

Kala sang naga menunduk bisu,
Ia bukan tidur...
Tapi sedang bertafakur serta menyukuri,
Nikmat kebesaran Ilahi pencipta alam ini.

Bila mana sang naga membuka matanya,
Pasti ada yang tidak kena...
Ada yang menganggu ketenangannya,
Ingat jangan di uji kesabarannya.

Tatkala api membara keluar dari mulutnya,
Maka ketahuilah ....
Itu bukan masa untuk bermain dengannya,
Pasti ada yang terkene bedilannya.

Cho Abu

Want your establishment to be the top-listed Arts & Entertainment in Ipoh?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

Semperna bulan kemerdekaan..dan kemelut yg sedang berlaku.. Rakyat sedang bertarung untuk kehidupan keesokkan hari.. Tap...
Ramadan Part 1
"ku pohon kemaafan & berilah keampunan"
.Ramadan& tangisan.
"Syurga Buatmu Razan Najjar"
MENGAPAKAH PERPISAHAN YANG KAU PINTA
"PECINTA SELAWAT"
Doa buat sahabat2 ku
Fredo – Coretan Wajahmu
mimpi di tengah hari..

Category

Art

Telephone

Website

Address


Tanjung Rambutan
Ipoh
31250

Other Art in Ipoh (show all)
Pink Bridal Make Up & Hair Style Ipoh Perak Pink Bridal Make Up & Hair Style Ipoh Perak
Ipoh

Bridal make up + Hair Do Personal Dinner Make over ROM make up + Hair Do Prewedding make up + hair d

Madeyshadow Madeyshadow
No 21 Jalan Sci 1/4
Ipoh, 31400

Madeyshadow Doodle Gallery produces artwork either in manual artwork, digitial artwork and architectural digital renders. This gallery equipt all artwork that has been done before ...

Muse Ink Tattoo Studio Muse Ink Tattoo Studio
26A, Jalan Medan Ipoh 1b
Ipoh, 31400

PK WOOD & Furniture PK WOOD & Furniture
No 3 Jalan Kilang 3 , Taman Pertama
Ipoh, 30100

We are Platinum dealer and also supplier who directly import high quality Pine woods from Sweden. Especially Redwood Pine and also Spruce Pine. We are also selling reused or recycl...

Ipoh International Art Festival 2019 Ipoh International Art Festival 2019
Ipoh
Ipoh, 31400

IPOH INTERNATIONAL ART FESTIVAL (IIAF2019) organised by PORT under Tourism Perak.

Vigky Vigky
Ipoh

Hi gu

stickers.exp stickers.exp
2, Jalan Teh Lean Swee Taman Ipoh Selatan
Ipoh, 31400

afifexp's official stickers ⭐glossy material⭐ ⭐waterproof⭐ ⭐5x5cm⭐ buy at the Shopee link!

Kamicarv 为您雕刻专属回忆 Kamicarv 为您雕刻专属回忆
No 1&1A, Jalan Medan Ipoh 7, Bandar Baru Medan
Ipoh, 31400

【我们是一家精工于纸雕艺术工作室】 一个融合了原创、定制、文化、时尚、 并坚守极致艺术品质渗入作品中 同时倡导正能量和环保理念, 使每一副作品都能化身为一件非凡的艺术品。

霹雳梦想家园-Perak Dream House 霹雳梦想家园-Perak Dream House
126, Persiaran Pengkalan Timur 1, Taman Desa Pakatan, Ipoh.
Ipoh, 31650

大家好, 我是位专业房地产谈判员( Real Estate Negotiator ),如有相关产业需要委托我出售、买新楼盘、出租与律师买卖合同、银行贷款,我都能为你搞掂!

陶捷坊陶艺工作室 TJF Clay Studio 陶捷坊陶艺工作室 TJF Clay Studio
No 77A, Bercham Idaman 1, Taman Bercham Idaman
Ipoh, 31400

Zakkamei Handmade Zakkamei Handmade
Ipoh, 31150

微信号:ZAKKAMEI