Kedai Kitab Sunnah-Hadi Akmal
Menjual Buku dan Kitab agama Islam berbahasa Melayu dan Indonesia pelbagai terbitan
berasaskan Manha
Halaman ini milik penuh Syarikat Abaabil Enterprise
Pemilikan Tunggal
En. Abdul Hadi Akmal
https://www.facebook.com/hadiakmalassalafy
Alhamdulillah dah sampai ke tangan Buku Terbaru ini
Akidah Salaf Dan Para Ahli Hadis Karangan Imam Abu Uthman Isma'il bin 'Abd al-Rahman al-Sabuni al-Shafi'i (w: 449H)
Hari ini muncul bibit-bibit yang cuba menafikan kewujudan akidah Salaf, sehingga Imam al-Shafi'i rahimahullah turut dicop "Asha'irah". ????
Jom dapatkan disini
https://kedaikitabsunnah.onpay.my/order/form/aahas
Senarai Topik dalam
Kitab Akidah Salaf & Para Ahli Hadis
Oleh Al Sabuni
Di kala umat Islam di Malaysia disibukkan dengan isu mengehadkan takrifan Ahli Sunnah wal Jama’ah hanya kepada yang berpegang dengan akidah Asha’irah dan Maturidiyyah,
kitab Akidah Salaf dan Para Ahli Hadis yang dibentangkan oleh Imam Abu Uthman Isma’il al-Sabuni al-Shafi’i ini sangat bagus, Allah permudahkan kita untuk terbitkan terjemahannya tepat pada waktu umat ini memerlukannya, agar kita mengenali dan memahami pegangan asas umat Islam sebelum zaman fitnah, ketika kerosakan belum lagi bercampur aduk dalam pemikiran kaum Muslimin.
Inilah pegangan akidah yang diwarisi secara turun-temurun daripada Nabi SAW dan para sahabat.
Dapatkan di sini
https://kedaikitabsunnah.onpay.my/order/form/aahas
Alhamdulillah
Jumlah Terkumpul
Rm 1,445.55
Baki Diperlukan
Rm 3,054.45
INFAQ BUKU & DAURAH
Untuk Kegunaan Daurah bersama Ustaz Datuk Abd Rasyid Idris & Ustaz Mohd Khairil Anwar di Ipoh, Perak.
Daurah akan ini membahaskan tentang jin dan syaitan, asal usul mereka, penciptaan mereka, sejarah mereka, sifat dan fizikal mereka, cara untuk melindungi diri daripada mereka dan banyak lagi faedah-faedah yang Imām ibn Kathīr catatkan dalam tulisannya ini untuk manfaat kita semua.
Pasti kita tertanya-tanya,
siapakah jin dan syaitan ini?
Apakah asal-usulnya?
Mengapa mereka dicipta sedemikian?
Betul ke depa ni dulu malaikat, kemudian bertukar jadi syaitan?
Ada ke jin yang beriman, jin yang tak beriman?
Kenapa Allah bagi penangguhan masa dekat Iblis sampai hari kiamat?
Apa yang syaitan ni s**a, dan apa yang dia tak s**a?
Macam mana nak elak daripada bisikan dan hasutan syaitan ni?
Kisah Rasulullah mencekik syaitan, sahih ke?
Syaitan ni ada sekeliling kita, kita sendiri, buatlah pilihan, sama ada nak jadikan depa ni teman karib atau musuh.
Daurah akan berlangsung pada 2 November 2024 & InsyaAllah akan bersiaran langsung.
Tajuk:
Jin & Syaitan: Penciptaan dan Kisah Mereka
Daurah / Kuliah ini adalah percuma,
Buku akan diberi kepada jemaah yang hadir
1 Naskah Buku Rm 25
Jumlah diperlukan 100 Naskah Bersamaan Rm 2,500 sahaja.
Kos Daurah Makanan & Saguhati Asatizah Rm 2,000
Jumlah keseluruhan Rm 4,500
Jom menyumbang !
Salurkan Infaq anda ke Akaun
1101-9172-86
PERTUBUHAN KEBAJIKAN MISHKAH KINTA, PERAK
Bank Rakyat
REF: INFAQDAURAHJIN
TAWADUK
Kata Fudail bin 'Iyadh rahimahullah apabila ditanya tentang tawaduk:
أن تخضع للحق وتنقاد له، ولو سمعته من صبي قبلته، ولو سمعته من أجهل الناس قبلته
" Engkau tunduk kepada kebenaran dan menyerahkan diri kepadanya, sekalipun engkau mendengarnya (yakni: kebenaran itu) daripada seorang kanak-kanak engkau tetap menerimanya, dan sekalipun engkau mendengarnya daripada orang yang paling jahil engkau turut menerimanya".
[ Al-Tawaduk wa al-Khumul Ibn Abi al-Dunya hal 118, Hilyah al-Awliya' no:11639, Al-Ihya' 3/362 ]
Catatan:
1. Tawaduk sebagaimana ditakrifkan oleh salaf bermaksud tunduk dan menerima kebenaran walaupun daripada sesiapa pun yang membawa dan mengatakannya tanpa meremehkan kedudukan penyampai kebenaran tersebut. Ada juga ulama yang mengatakan tawaduk itu adalah kesedaran seseorang bahawa dirinya sendiri tidak lebih mulia atau lebih bagus daripada orang lain.
2. Tawaduk hari ini semakin jarang diamalkan apabila manusia menjadikan tembok pangkat, jawatan, harta benda, gelaran, pengaruh dan status sosial sebagai neraca utama untuk menerima kebenaran. Termasuklah dalam jawatan ilmu dan agama, betapa ramai mereka yang bergelar Profesor, Dr, M***i dan Ustaz yang apabila sampai kepadanya kebenaran daripada mereka yang lebih rendah statusnya daripada dirinya lalu dia menolak kebenaran tersebut. Mereka yang selamat adalah sesiapa yang dirahmati Allah.
3. Tawaduk juga susah diamalkan apabila manusia melihat kebenaran itu hanya dimiliki oleh kump**annya, partinya, penyokong atau gengnya sahaja. Ini juga menyebabkan ramai yang tidak boleh menerima kebenaran apabila kebenaran itu datang daripada lisan musuh atau seterunya.
4. Tawaduk adalah natijah tauhid dan tahqiqnya. Semakin seorang hamba mentauhidkan Allah maka semakin dirinya akan tawaduk kepada kebenaran. Sebaliknya semakin seseorang meremehkan tauhid dan perhambaannya kepada Allah maka semakin dia akan jauh daripada tawaduk.
5. Perkataan Fudail dan salaf tentang tawaduk ini sebenarnya berlegar kepada hadis Nabi ﷺ yang bermaksud: " Sombong itu adalah menolak kebenaran dan meremehkan manusia lain". Kerana lawan kepada tawaduk adalah al-Kibr (sombong).
Wallahualam.
Al-Fadil Ustaz Muhammad Fashan Ahmad Ziadi-حفظه الله-
Alhamdulillah
Jumlah Terkumpul
Rm 1,236
Baki Diperlukan
Rm 3,264
INFAQ BUKU & DAURAH
Untuk Kegunaan Daurah bersama Ustaz Datuk Abd Rasyid Idris & Ustaz Mohd Khairil Anwar di Ipoh, Perak.
Daurah akan ini membahaskan tentang jin dan syaitan, asal usul mereka, penciptaan mereka, sejarah mereka, sifat dan fizikal mereka, cara untuk melindungi diri daripada mereka dan banyak lagi faedah-faedah yang Imām ibn Kathīr catatkan dalam tulisannya ini untuk manfaat kita semua.
Pasti kita tertanya-tanya,
siapakah jin dan syaitan ini?
Apakah asal-usulnya?
Mengapa mereka dicipta sedemikian?
Betul ke depa ni dulu malaikat, kemudian bertukar jadi syaitan?
Ada ke jin yang beriman, jin yang tak beriman?
Kenapa Allah bagi penangguhan masa dekat Iblis sampai hari kiamat?
Apa yang syaitan ni s**a, dan apa yang dia tak s**a?
Macam mana nak elak daripada bisikan dan hasutan syaitan ni?
Kisah Rasulullah mencekik syaitan, sahih ke?
Syaitan ni ada sekeliling kita, kita sendiri, buatlah pilihan, sama ada nak jadikan depa ni teman karib atau musuh.
Daurah akan berlangsung pada 2 November 2024 & InsyaAllah akan bersiaran langsung.
Tajuk:
Jin & Syaitan: Penciptaan dan Kisah Mereka
Daurah / Kuliah ini adalah percuma,
Buku akan diberi kepada jemaah yang hadir
1 Naskah Buku Rm 25
Jumlah diperlukan 100 Naskah Bersamaan Rm 2,500 sahaja.
Kos Daurah Makanan & Saguhati Asatizah Rm 2,000
Jumlah keseluruhan Rm 4,500
Jom menyumbang !
Salurkan Infaq anda ke Akaun
1101-9172-86
PERTUBUHAN KEBAJIKAN MISHKAH KINTA, PERAK
Bank Rakyat
REF: INFAQDAURAHJIN
ANTARA DUA SEBAB SESEORANG TIDAK MAHU MENERIMA KEBENARAN
Kata Al-'Allamah Syeikh Abd Rahman bin Yahya Al-Mu’allimi, rahimahullah:
بعض أسباب عدم الاعتراف بالحق منها :
١- أن يرى الإنسان أن اعترافه بالحق يستلزم اعترافه بأنه كان على باطل.
٢- أن يكون قد صار له في الباطل جاه وشهرة ومعيشة، فيشق عليه أن يعترف أنه باطل فتذهب تلك الفوائد.
Sebahagian sebab seseorang itu tidak mahu mengakui kebenaran adalah:
1. Seseorang itu melihat bahawa pengakuannya terhadap kebenaran akan membawa kepada pengakuan bahawa dia sebelum ini berada dalam kebatilan.
2. Seseorang itu telah mendapat kedudukan, kemasyhuran, dan kehidupan dunia daripada kebatilan tersebut, maka dia merasa s**ar untuk mengakui bahawa itu adalah kebatilan kerana takut kehilangan manfaat-manfaat tersebut.
[ Al-Tankil Jil 2, hal 180 ]
Wallahualam.
Al-Fadil Ustaz Muhammad Fashan Ahmad Ziadi-حفظه الله-
ELAKKAN MENJADIKAN MIMPI SEBAGAI MODAL UNTUK MENARIK PERHATIAN RAMAI ATAU DEMI KANDUNGAN DI MEDIA SOSIAL
1. Antara perkara merbahaya yang sering dipandang remeh oleh sebahagian pembuat kandungan dan pengamal media adalah bermain-main dengan mimpi. Mimpi manusia dijadikan sebagai modal cerita yang disebarkan seakan-akan ia adalah seperti isyarat istimewa atau dengan niat baik sebagai pengajaran.
2. Dalam syariat, mimpi jika ia baik maka tidak boleh diceritakan melainkan hanya kepada orang terdekat yang dicintai dan dipercayai, atau alim yang nasih (menasihati). Jika ia mimpi yang buruk maka jangan sesekali menceritakan kepada sesiapa pun serta mintalah perlindungan kepada Allah nescaya ia tidak boleh memudaratkan.
3. Nabi Yaakub a.s menasihati Yusuf agar tidak menceritakan mimpinya kepada saudara-saudaranya sendiri kerana ia akan membawa kepada hasad dengki dan tipu daya daripada mereka. Jika saudara terdekat pun tidak dibenarkan untuk menceritakan mimpi bagaimana boleh disebarkan kepada seluruh khalayak?.
4. Antara petunjuk Salaf yang boleh diamalkan dalam berinteraksi dengan mimpi adalah apa yang diungkapkan oleh Imam Muhammad bin Sirin rahimahullah. Beliau pernah ditanya tentang sebuah mimpi, lalu kata beliau:
ﺍﺗﻖِّ ﺍﻟﻠﻪ ﻓﻲ ﺍﻟﻴﻘﻈﺔِ ﻻ ﻳﻀُﺮُّﻙَ ﻣﺎ ﺭﺃﻳﺖَ ﻓﻲ
ﺍﻟﻤَﻨﺎﻡ!
Bertakwalah kepada Allah dalam keadaan sedarmu, nescaya apa yang engkau lihat dalam mimpimu itu tidak akan memudaratkanmu!
[ Hilyah al-Awliya' 2/273 ]
Maksudnya sibukkan dengan ketaatan di alam nyata, istiqamah di atas tauhid dan sunnah bukan hanya sibuk bermimpi!
5. Yang terakhir, jangan sesekali terpedaya dengan mimpi seseorang, sebaik mana pun seorang manusia dia tidak akan terlepas daripada al-ghurur (terpedaya) dengan syaitan ataupun hawa nafsu. Suatu hari datang seorang lelaki menemui Imam Ahmad bin Hanbal lalu dia berkata: " Sesungguhnya aku melihat (dalam mimpiku) engkau berada dalam syurga!"
Lalu jawab Imam Ahmad:
الرؤيا تسر المؤمن ولا تغره قد كان يُرى لفلان ماتقول وهو اليوم يَرى رأي الخوارج
" Mimpi itu menggembirakan seorang mukmin, bukan memperdayakannya, dahulu orang ramai juga bermimpi melihat si fulan seperti apa yang kamu katakan (dia dalam syurga) sedangkan dia hari ini berpandangan seperti pandangan Khawarij!".
[ Siyar 'Alam an-Nubala' 11/227 ]
Maksudnya jangan sesekali terpedaya dengan mimpi sesiapa pun, termasuk mimpi diri sendiri, fokuskan kepada ketaatan, melazimi tauhid dan sunnah serta memperbaiki diri dan menyibukkan diri dengan perkara yang bermanfaat untuk dunia dan akhirat bukan hanya lena dibuai mimpi!
Wallahualam.
Al-Fadil Ustaz Muhammad Fashan Ahmad Ziadi-حفظه الله-
MENUNTUT ILMU DAHULU DAN SEKARANG
Kata Imam Ibnu Qutaibah rahimahullah (wft:276H):
كان طالب العلم فيما مضى :يَسمع ليعلم و يَعلم ليعمل ويتفقه في دين الله لينتفع وينفع وقد صار الآن يسمع ليَجمع ويَجمع ليُذكر ويحفظ ليغلِبَ ويفخر.
Penuntut ilmu di zaman lalu (yakni di zaman salaf) : dia mendengar (ilmu) untuk mengetahui, bila dia dah tahu dia berusaha beramal dan dia berusaha mendalamkan pemahamannya dalam agama Allah untuk mengambil manfaat dan memberi manfaat manakala (zaman) sekarang p**a penuntut ilmu mendengar hanya untuk menghimpunkan (ilmu), dia menghimpunkannya hanya untuk disebut (dipanggil berilmu) dia menghafal hanya untuk menang dan berbangga!
[ Al-Ikhtilaf fi al-Lafz wa radd 'ala al-Jahmiyyah wal musyabbihah hal 18 ]
Wallahualam.
Al-Fadil Ustaz Muhammad Fashan Ahmad Ziadi-حفظه الله-
ALLAH YANG KATAKANNYA, RASULNYA ﷺ SAMPAIKAN DAN AKU HANYA MEMBENARKANNYA !
Kata Al-Hafiz Imam Al-Zahabi rahimahullah :
بلغني أن بعض المتكلمين قال لعبد الساتر المقدسي: أنت تقول إن ﷲ استوى على العرش فقال: لا والله ما قُلْتُهُ ﷲ قاله ورسولُهٌ ﷺ بلَّغَ وأنا صدَّقْتُ وأنت كذَّبتَ فأُفحم الرجل .
Telah sampai kepadaku bahawa sebahagian mutakallimin (ahli kalam) pernah mengatakan kepada Abdul Satir al-Maqdisi:
" Engkau mengatakan sesungguhnya Allah bersemayam di atas Arasy?"
Jawab beliau:
" Tidak, demi Allah, bukan aku yang katakannya, Allah yang katakannya dan RasulNya ﷺ menyampaikannya dan aku (hanya) membenarkannya sedangkan engkau p**a mendustakannya!"
Maka terbungkamlah lelaki tersebut.
[ Tarikh al-Islam 15/373, Dzail Tabaqat al-Hanabilah 4/156-157 ]
Catatan:
1. Abdul Satir al-Maqdisi (wft:679H), digelarkan oleh Al-Hafiz Ibnu Rajab sebagai Al-Faqih, dikatakan beliau sangat berani membantah Asya'irah di zamannya sehingga beliau dituduh sebagai mujassimah dan dikafirkan oleh mereka. Beliau disifatkan seorang yang baik agamanya, sangat teguh berpegang dengan sunnah dan mempunyai ketegasan yang luar biasa terhadap ahli bidaah yang menyebabkan beliau dijauhi terutama apabila beliau membantah mereka.
2. Jawapan beliau ini sebenarnya adalah antara kata-kata yang sangat benar, ia menepati al-Quran, al-Sunnah dan pemahaman Salaf al-Ummah. Dalilnya Surah Al-Maidah ayat 67. Antaranya perkataan Ibnu Syihab al-Zuhri rahimahullah:
من الله الرسالة ، وعلى الرسول البلاغ ، وعلينا التسليم
Daripada Allah al-Risalah (pengutusan), ke atas Rasul al-Balagh (penyampaian) dan ke atas kita semua al-Taslim (penyerahan dan pembenaran).
Wallahualam.
Al-Fadil Ustaz Muhammad Fashan Ahmad Ziadi-حفظه الله-
AJARAN SESAT, PEDOFILIA DAN EKSPLOITASI KANAK-KANAK
Persamaan antara penjenayah pedofilia dan kump**an ajaran sesat yang mengeksploitasi kanak-kanak adalah daripada sudut tercabutnya rasa ihsan dan rahmat (belas kasihan) mereka terhadap kanak-kanak.
Apabila Ihsan dan rahmat terhadap kanak-kanak dicabut oleh Allah daripada hati-hati mereka, maka kezalimanlah yang memenuhi hati-hati dan seterusnya kepada tindakan dan perbuatan mereka dengan menzalimi dan mendera kanak-kanak.
Sabda Nabi ﷺ :
مَنْ لَا يَرْحَمُ لَا يُرْحَمُ
" Barangsiapa yang tidak mengasihi maka dia tidak akan dikasihi " [ HR Al-Bukhari ]
Sabda Nabi ﷺ :
لَا تُنْزَعُ الرَّحْمَةُ إِلَّا مِنْ شَقِيٍّ
" Tidak dicabut perasaan rahmat (belas kasihan) kecuali daripada orang yang celaka"
[ HR Abu Daud dan Al-Tirmidzi : hasan ]
Kata para ulama yang dimaksudkan celaka dalam hadis ini ialah kafir (kufur asghar), jahat dan dicabutkan keimanan daripada hatinya. Kerana rahmat dan kasih sayang itu adalah tanda-tanda keimanan terutamanya terhadap anak-anak kecil dan mereka yang lemah.
Kedua-dua hadis daripada ucapan Nabi Rahmat ini ﷺ menjadi dalil bahawa tiada belas kasihan perlu ditunjukkan kepada penjenayah dan pengeksploitasi kanak-kanak dan mereka memang berhak diboikot oleh masyarakat dan ditangkap oleh pihak berkuasa!.
Usah banyak memberi alasan lagi, berhentilah untuk menyokong golongan yang celaka atas lisan baginda ﷺ ini!
Semoga Allah tidak membutakan mata kita dengan makanan yang kita makan, habuan duit ringgit dan dunia daripada kebejatan golongan yang celaka ini!
Wallahualam.
Al-Fadil Ustaz Muhammad Fashan Ahmad Ziadi-حفظه الله-
KENALI DIRI UNTUK KENALI ALLAH?
Soalan: Apakah benar perkataan “ Kenali diri sendiri sebelum kenali Allah”? Jika benar apakah maksudnya?
Jawapan:
Asal perkataan "Kenali diri sendiri sebelum kenali Allah" dalam bahasa arabnya اعرف نفسك تعرف ربك Kenali dirimu nescaya kamu akan ketahui Tuhanmu
Dalam lafaz lain:
من عرف نفسه عرف ربه
Barangsiapa mengenali dirinya dia akan mengenali Tuhannya
Tidak ada setakat pengetahuan saya perkataan kenali dirimu sebelum tuhanmu
Perkara penting yang perlu difahami berkenaan perkataan di atas:
1. Perkataan ini sebagaimana disebutkan oleh Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah dalam Majmuk Fatawa 16/349 bukanlah bersumber atau berasal daripada hadis Nabi ia kemungkinan bersumber dari kitab-kitab terdahulu (Ahli Kitab), Al-Sam'ani, Al-Zarqani dalam Mukhtasar Al-Maqasid, Mulla Ali Al-Qari dalam Al-Asrar Al-Marfu'ah juga menyebutkan ia bukan hadis Nabi, Imam Ibnul Qayyim juga menyebutkan ia bukan berasal dari hadis Nabi. Dikatakan ia adalah perkataan Yahya bin Muaz seorang ahli tasawwuf Sunni (wft lebih kurang 258H-bukan tasawwuf bid'i, falsafi, batini mcm zaman sekarang-), ada juga yang menafikannya wallahu'alam.
2. Maksud perkataan di atas ada diulas oleh Imam Ibnul Qayyim rahimahullah dalam Kitabnya Madaarij Al-Saalikin 1/426-427 dengan tiga maksud:
1) Barangsiapa yang sedar dan kenali kelemahan dirinya maka dia akan tahu kekuatan Allah, barangsiapa yang tahu dirinya hina maka dia akan tahu Allah itu sangat agung lagi mulia, barangsiapa yang sedar dan tahu kejahilan dirinya maka di akan sedar akan kesempurnaan Ilmu Allah sebagai Tuhannya. Maksudnya semakin kita sedar kelemahan dan kekurangan diri kita semakin bertambah keyakinan diri kita akan kesempurnaan sifat-sifat Allah SWT.
2) Barangsiapa menyedari kelebihan berupa nikmat yang Allah kurniakan kepadanya berupa kepandaian, kekayaan, kecantikan atau kelebihan-kelebihan lain berupa ilmu, kekuatan, hikmah, kesabaran dan lain-lain maka dia akan sedar bahawa kesemua itu adalah kurniaan Allah dan Allah lebih utama memiliki segala sifat-sifat kesempurnaan berbanding apa yang ada pada makhluk. Ini dipanggil Qiyas Awla. Maksudnya: Kalau kita diberi Allah ilmu ketahuilah Ilmu Allah lebih sempurna dari setiap sudut, kalau kita diberi kecantikan, Allah lebih cantik baik nama dan sifat-sifatNya, kalau kita diberi kekayaan Allah Maha Kaya dan tidak memerlukan kepada sesiapa pun
3) Barangsiapa yang tidak mengenali hakikat dirinya sendiri secara menyeluruh (baik dari sudut penciptaan dan sebagainya) bagaimana mungkin dia mampu untuk mencapai hakikat zat, sifat dan nama-nama Tuhannya yang tak mampu dicapai oleh akalnya.
Wallahu’alam.
Al-Fadil Ustaz Muhammad Fashan Ahmad Ziadi-حفظه الله-
INFAQ BUKU
Untuk Kegunaan Pelajar Baru KUIPs bagi Program Orientasi.
Buku Buku ini asas untuk mereka fahami Sunnah Sunnah Harian dan Hadis Hadis Asas
Hishnul Muslim / Perisai Muslim Buku Buku Zikir & Doa Harian yang menepati Al Quran & Sunnah
Tadabbur Hikmah Hadis 40 yang disyarahkan oleh Prof Dr Rozaimi Ramle akan di daurahkan pada Minggu Orientasi Sunnah (MOS)
Program bakal berlangsung Awal September 2024
Buku akan diberi kepada Pelajar Pelajar yang baru mendaftar di KUIPs
1 Set Buku Rm 32
Jumlah diperlukan 300 Naskah Bersamaan Rm 9,600 sahaja.
Jom menyumbang !
Salurkan Infaq anda ke Akaun
1101-9172-86
PERTUBUHAN KEBAJIKAN MISHKAH KINTA, PERAK
Bank Rakyat
REF: INFAQBP
TIADA KEBAIKAN APABILA AMALAN KEBAIKAN DISEBUT-SEBUT
Seorang lelaki pernah berkata kepada Qadi Ibnu Syubrumah rahimahullah (wft:144H):
"فعلتُ بفلان كذا،
وأعطيتُ فلانا كذا،
وخدمتُ فلانا بكذا ،
" Aku telah melakukan kepada fulan hal sedemikian (yakni kebaikan),
Aku telah berikan kepada fulan sekian dan sekian,
Aku telah berkhidmat kepada fulan dengan sedemikian dan sedemikian
Lalu jawab Qadi Ibnu Syubrumah:
لا خير في المعروف إذا أُحصِي.
" Tiada kebaikan dalam perkara makruf jika ia disebut-sebut "
[ 'Uyun al-Akhbar 3/179 ]
Catatan:
1. Qadi Ibnu Syubrumah, nama penuhnya Abdullah bin Syubrumah bin Tufail bin Hasan. Beliau ialah faqih Kufah, Imam al-'Allamah. Antara faqih Iraq yang menghimpunkan fiqh, hadis, zuhud dan warak. Dikatakan oleh guru kami ketika perbuatan meminum nabiz diharuskan dan diringankan oleh ramai ulama dan fuqaha' kufah, Ibnu Syubrumah bertindak hanya meminum air dan susu sebagai bentuk warak beliau terhadap hal tersebut.
2. Maksud perkataan beliau ini jelas tiada kebaikan dalam amalan kebaikan yang disebut-sebut oleh pelakunya sendiri kerana ia adalah termasuk bentuk mengungkit-ungkit kebaikan sendiri atau termasuk bentuk ujub terhadap diri sendiri. Sebaliknya Salaf terdahulu mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk menyembunyikan amalan kebaikan mereka sebagaimana mereka menyembunyikan dosa dan keburukan diri mereka.
3. Tiada yang dapat selamat pada hari ini daripada menunjuk-nunjuk kebaikannya sendiri atau menyebut-nyebutnya sama ada melalui tulisan, gambar, atau seumpamanya melainkan orang yang dirahmati oleh Allah Tabaraka wa Taala.
Wallahualam.
Al-Fadil Ustaz Muhammad Fashan Ahmad Ziadi-حفظه الله-
KENYATAAN IMAM AL-SOBUNI RAHIMAHULLAH TERHADAP MEREKA YANG BERDUSTA ATAS NAMANYA: IAITU MENDAKWA BELIAU ASY'ARI
Kata Imam Abu Uthman Ismail bin Abd Rahman Al-Sobuni rahimahullah (wft:449H) ketika menyifatkan seluruh tuduhan dan gelaran buruk ahli bidaah terhadap Ahli Sunnah, Athar dan Ashabul Hadis:
وكل ذلك عصبية، ولا يلحق أهل السنة إلا اسم واحد، وهو أصحاب الحديث.
Dan semua itu adalah sikap asabiyah (fanatik), dan tidak melekat (bergabung) Ahli Sunnah melainkan (dengan) satu nama sahaja: iaitu Ashabul Hadis
[ Aqidah al-Salaf wa Ashab al-Hadith hal 305, Dar al-'Asimah ]
Catatan:
1. Konteks kenyataan Imam Al-Sobuni ini adalah setelah beliau menukilkan perkataan Imam Abu Hatim al-Razi berkenaan gelaran Ahli Bidaah terhadap Ahli Sunnah dan Athar adalah Hasyawiyyah, Qadariyyah, Mujbirah, Musyabbihah, Nabitah dan Nasibah. Tiada di situ gelaran Asya'irah ditujukan kepada ahli athar dan hadis. Jika Al-Sobuni seorang Asya'ari sebagaimana di dakwa segelintir mereka yang terdesak sudah tentu beliau akan menyebutkannya. Namun jelas terpancar kebanyakan golongan mutaakhirin yang menisbahkan kepada Asya'irah hari inilah yang gencar menuduh akidah Ashabul Hadis sebagai Hasyawiyyah dan Musyabbihah.
2. Nama Kitab beliau jelas dapat difahami semua orang yang berakal dan boleh membaca iaitu Aqidah Al-Salaf wa Ashabul Hadith. Dimana bukti menunjukkan beliau mengaku sebagai Asya'irah? ia tiada lain melainkan hanyalah telahan golongan mutaakhirin yang syaz.
3. Seluruh catatan dan nukilan tarjamah (biografi) Ulama yang sezaman yakni murid-muridnya atau setelah beliau menyifatkan beliau sebagai Salafi akidah, Imam Ahli Athar, Syeikhul Islam. Tiada mana-mana bukti yang konkrit yang menunjukkan dakwaan beliau seorang Asy'ari melainkan hanyalah telahan golongan yang terdesak.
4. Kenyataan beliau di atas sebenarnya menjawab seluruh telahan dan dakwaan dusta ke atas beliau hari ini, kerana bagi beliau seluruh penamaan dan nisbah gelaran selain kepada Ahli Sunnah, Athar dan Hadis adalah termasuk asabiyah (fanatik) boleh difahami daripada perkataan beliau juga termasuklah penamaan dan gelaran Asya'irah kerana ia jelas pen*sbatan kepada seorang individu dan bukan mewakili kepada Sunnah, Athar ataupun hadis Nabi ﷺ.
Inilah zahir perkataan Imam Al-Sobuni dan demikianlah yang dikhabarkan oleh guru-guru dan masyaikh kami yang mengajar kami tentang kandungan akidah Imam Al-Sobuni iaitu Akidah Salaf dan Ashabul Hadis.
Wallahualam.
Al-Fadil Ustaz Muhammad Fashan Ahmad Ziadi-حفظه الله-
JIKA BERBAKI USIAMU HANYA SEHARI
Abdullah bin al-Mubarak rahimahullah (wft: 181H) pernah ditanya:
لو قيل لك لم يبق من عمرك إلا يوم , ما كنت صانعا ؟
“Jika dikatakan kepadamu: tidak akan berbaki daripada umurmu melainkan satu hari sahaja, apa yang engkau akan lakukan?”
Jawab Ibnul Mubarak:
كنتُ أُعَلِّمُ الناسَ.
“Aku akan terus mengajar manusia.”
[Al-Madkhal ila al-Sunan al-Kubra lil Baihaqi, hal. 310]
Catatan:
Maksudnya beliau akan berusaha untuk memanfaatkan saki baki usianya untuk mengajar ilmu (al-quran, hadis dan athar (yakni pemahaman terhadapnya) untuk mendapatkan manfaat pahala yang berterusan walaupun sudah mati.
Tanbih: Asal makna "Ilmu" dan Ta'lim (mengajar) di sisi Salaf merujuk kepada pengajaran ilmu syariat, iaitu al-Quran, al-Sunnah dan Athar serta yang berkhidmat untuknya. Bukan ilmu keduniaan yang difahami oleh ramai manusia hari ini walaupun ia boleh masuk dalam kategori ilmu yang berkhidmat untuk agama jika diiringi dengan niat tersebut.
Wallahu a’lam.
Ustaz Muhammad Fashan Ahmad Ziadi
KETIKA SIHAT, RASA KHAUF (TAKUTKAN ALLAH) LEBIH UTAMA BERBANDING RAJA' (PENGHARAPAN)
Ibadah kita perlu ada tiga asas penting iaitu al-Khauf (takut), al-Raja' (mengharap) dan al-Mahhabah (kecintaan).
Ia perlu bijak dikendalikan supaya ia sentiasa seimbang.
Kata Fudail bin 'Iyadh rahimahullah (wft:187H):
الخوف أفضل من الرجاء ما كان صحيحا، فإذا نزل الموت فالرجاء أفضل.
Rasa al-Khauf (takut) itu lebih utama berbanding al-Raja' (pengharapan) selagimana seseorang itu dalam keadaan sihat, jika turun kepadanya kematian (yakni: menimpanya sakit dan nazak) maka al-Raja' (pengharapan) itu lebih utama.
[ Al-Takhwif min an-Naar Ibn Rajab hal 9 ]
Catatan:
Maksudnya ketika kita dalam keadaan sihat dan aman, lebihkan rasa takut kepada Allah, kerana selalunya dalam keadaan tersebut ramai manusia yang leka dan lalai sehingga terjebak dalam kemaksiatan kepada Allah.
Wallahualam.
Al-Fadil Ustaz Muhammad Fashan Ahmad Ziadi-حفظه الله-
Alhamdulillah, buku dah siap, insyAllah sampai ke tangan, kita pos terus
Jom dapatkan buku terbaru ini
https://shopee.com.my/hadiakmal/28753204350
Click here to claim your Sponsored Listing.
Our Story
Halaman ini milik penuh Syarikat Abaabil Enterprise
Pemilikan Tunggal
En. Abdul Hadi Akmal
https://www.facebook.com/hadiakmalassalafy
Kami menawarkan khidmat nasihat percuma berkenaan kitab kitab agama, disamping itu kami menjual kitab kitab yang bermanhaj Sunnah, InsyaAllah bebas dari cerita dongeng dan Hadis Palsu
Whatsapp: Klik http://kedaikitabsunnah.wasap.my/
Videos (show all)
Category
Contact the business
Telephone
Address
16, Lebuh Lapangan Siber 2
Ipoh
31350
Ipoh
PRODUK 🍓 Quran tagging 🍓 service Deboss 🍓 Rehal Enuur 🍓 A4 eNuur 🍓 A3 eNuur 🍓 Set smart pen PROJEK 🍓 Infaq al quran tagging
B-G-14, Intan Business Centre 2, Lebuh Medan Ipoh, Bandar Baru Medan
Ipoh, 31400
Ipoh, 30020
Menjual Koleksi Naskah Alquran Bertagging dan Deboos. Pelbagai Design & Saiz dan juga Set Hadiah. Dilengkapi dengan Asbabun Nuzul, Asmaul Husna, Hadith Solih, Kod Tajwid, Terjemaha...
Ipoh, 30020
"buku2 ilmiah Islamik, kitab2 kecil yang hebat, motivasi dan sealirannya."
Pekan TAMBUN
Ipoh, 31400
We are providing Islamic and motivational books & muslimah garments.
Ipoh, 31150
LAMAN yang mempromosikan dan menjual karya-karya Tarbiah Sentap secara atas talian