Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang
Ruangan ini adalah bagi pemberitahuan perkembangan terkini Majlis,Program Dan lain-lain perkara
PROGRAM PELEPASAN BANDUAN SECARA LESEN (PBSL) IHSAN MADANI (KEPULANGAN YANG DINANTI) SEMPENA SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE 67 TAHUN 2024 PERINGKAT PENJARA SEBERANG PERAI, PULAU PINANG
29 OGOS 2024 | KHAMIS
Program Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL) Ihsan Madani (Kepulangan Yang Dinanti) Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan Ke 67 Tahun 2024 Peringkat Penjara Seberang Perai telah dilaksanakan melibatkan (2) Orang Bebas Berlesen (OBB) kembali kepada keluarga.
Program telah disempurnakan oleh YBrs. PP Liza Binti Ahmad diiringi Insp. Mohamad Mahfuz Bin Abdullah, Pegawai Program Pembangunan Insan (PPI) bersama anggota lain-lain pangkat Program Pembangunan Insan (PPI).
Tujuan pelepasan ini diadakan adalah bagi memberi peluang kepada Orang Bebas Berlesen (OBB) bersama keluarga tersayang serta peluang bekerja bersama syarikat yang bekerjasama dengan Jabatan Penjara Malaysia melalui Program Corporate Smart Internship (CSI) disamping menjalani hukuman pemenjaraan dan pemulihan di luar tembok.
DIALOG BULANAN PERINGKAT PENJARA SEBERANG PERAI,PULAU PINANG
29 OGOS 2024 | KHAMIS
Dialog Bulanan Peringkat Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang telah diadakan di Dewan Sri Mutiara, Penjara Seberang Perai bermula jam 3.00 Petang.
Majlis bermula dengan ketibaan YBrs. PP Liza binti Ahmad mewakili YDH PKK Mahadzair bin Che Daud, Pengarah Penjara Seberang Perai dan dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, Bakti Setia dan doa.
Majlis diteruskan dengan sesi dialog oleh YBrs. PP Liza binti Ahmad diiringi TPP Suhaidi bin Ismail dan TPP Nik Md Hanis bin Nik Mohd Hussian bersama kakitangan institusi yang membincangkan berkenaan isu semasa di institusi, penyampaian Mock Cheque dan piala bagi Kejohanan Bola Jaring, Bola Tampar, Tenis atas kejayaan yang telah diterima kepada wakil kontinjen dan diakhiri dengan sesi cabutan bertuah.
PERHIMPUNAN BULANAN DAN PEMAKAIAN PANGKAT PERINGKAT PENJARA NEGERI PULAU PINANG
19 OGOS 2024 | ISNIN
Majlis Perhimpunan Bulanan dan Pemakaian Pangkat Peringkat Penjara Negeri Pulau Pinang telah diadakan bertempat di Dataran Penjara Seberang Perai.
Seramai (136) orang kakitangan terdiri dari Pegawai Kanan , Pegawai Awam serta Anggota melibatkan Pejabat Penjara Negeri Pulau Pinang, Penjara Seberang Perai dan Penjara Reman Pulau Pinang telah hadir bagi menjayakan perhimpunan ini.
Turut hadir YDH PKK Fayrouz bin Hj. Ahmad Zawawi, Pengarah Penjara Negeri Pulau Pinang, YDH PKK Mahadzair bin Che Daud, Pengarah Penjara Seberang Perai dan YDH PKP Ahmad Kamaruddin bin Yaacob, Pengarah Penjara Pulau Pinang.
Majlis Perhimpunan Bulanan pada bulan ini turut diadakan pemakaian pangkat kepada (1) Sarjan Mejar Penjara, (19) Sarjan Penjara (7) Koperal Penjara dan penyerahan sijil kenaikan pangkat kepada (2) Pegawai Awam . Seterusnya majlis diteruskan dengan sesi bergambar bersama penerima pangkat, jamuan makan dan diakhiri dengan Gimik Kempen Kibar Jalur Gemilang serta pelepasan PSP Bikers ke Wisma Anak Yatim.
DOA MUNAJAT DAN BACAAN YASIN PANGSAPURI TILAPIA & TOMAN PERINGKAT PENJARA SEBERANG PERAI, PULAU PINANG
15 OGOS 2024 | KHAMIS
Pihak Pangsapuri Tilapia dan Jelawat Penjara Seberang Perai diketuai Insp. Saifullah bin Jaafar telah menganjurkan Majlis Doa Munajat dan Bacaan Yasin di Perkarangan Pangsapuri Tilapia dan Toman.
Majlis telah dihadiri oleh YDH PKK Mahadzair bin Che Daud, Pengarah Penjara Seberang Perai bersama PP Darmizam bin Desa, Timbalan Pengarah Penjara Negeri Pulau Pinang dan PP Mahyuddin bin Awang, Timbalan Pengarah, Penjara Seberang Perai serta pegawai dan anggota institusi.
Tujuan majlis ini diadakan adalah bagi memohon kepada Allah S.W.T agar keselamatan penduduk di kuarters Penjara Seberang Perai dalam keadaan baik.
PERSEMBAHAN DEMONTRASI SENI SILAT LINCAH MALAYSIA PULAU PINANG
14 OGOS 2024 | SELASA
Pihak Penjara Seberang Perai dan PERSIAP Penjara Seberang Perai dengan kerjasama Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia telah mengadakan Persembahan Demontrasi Seni Silat Lincah Malaysia bertempat di Dewan Sri Mutiara, Penjara Seberang Perai.
Presiden Seni Silat Lincah Malaysia YBrs. Tuan Haji Zolkifli bin Md Lazim telah hadir bersama (30) orang ahli pertubuhan menerangkan taklimat ringkas berkenaan tujuan program diadakan seterusnya demo silat dimulai dengan asas, seni, regu tangan kosong dan regu senjata.
Turut hadir bersama memeriahkan program adalah YDH PKK Mahadzair bin Che Daud, Pengarah Penjara Seberang Perai bersama Puan Hazmawaty binti Che Ariffin, Pengerusi PERSIAP Penjara Seberang Perai diiringi bersama- sama oleh PP Darmizam bin Desa, Timbalan Pengarah, Penjara Negeri Pulau Pinang, serta PP Liza binti Ahmad.
Demontrasi ini telah dipertontonkan dihadapan kakitangan,ahli persiap,keluarga dan anak-anak kakitangan dan penyertaan amat menggalakkan serta para pesilat akan memulakan latihan silat kelak.
Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia kepada YDH PKK Mahadzair bin Che Daud, Pengarah Penjara Seberang Perai dan diakhiri dengan jamuan. Majlis tamat sekitar jam 10.30 malam.
Tujuan penubuhan persatuan silat adalah untuk memelihara dan mengembangkan seni warisan budaya Melayu, memberi kefahaman yang jitu tentang ilmu bela diri sehingga boleh dijadikan kepada satu kerjaya, memperbaiki rohani dan jasmani serta meningkatkan akhlak pesilat.
LAWATAN PESERTA BENGKEL PENJANAAN VALIDASI, KAEDAH VALIDASI DAN INOVASI LATIHAN BAGI KURSUS INDUKSI SARJAN MEJAR DAN SUB INSPEKTOR JABATAN PENJARA MALAYSIA BERSAMA KOLEJ PEGAWAI TIDAK TAULIAH, AKADEMI TENTERA DARAT
7 OGOS 2024 | RABU
Pihak Penjara Seberang Perai telah menerima Lawatan (19) Peserta Bengkel Penjanaan Validasi, Kaedah Validasi dan Inovasi Latihan Bagi Kursus Induksi Sarjan Mejar dan Sub Inspektor Jabatan Penjara Malaysia bersama Kolej Pegawai Tidak Tauliah, Akademi Tentera Darat.
Para Peserta telah diberi taklimat ringkas oleh PP Liza binti Ahmad diiringi KIP Ahmad Hazwan bin Johari dan seterusnya dibawa melawat ke Bengkel Tenun Institusi bagi meninjau penghasilan kain tenunan oleh prospek. Para peserta juga turut dibawa melawat ke Blok Penempatan Banduan Akhir.
Majlis diakhiri dengan jamuan ringan, sesi tandatangan buku lawatan dan penyerahan cenderahati oleh YDH PKK Mahadzair bin Che Daud, Pengarah Penjara Seberang Perai.
MAJLIS PENYERAHAN KEPUTUSAN KENAIKAN PANGKAT KAKITANGAN PENJARA SEBERANG PERAI
7 OGOS 2024 | RABU
Seramai (13) orang kakitangan Penjara Seberang Perai telah menerima kenaikan pangkat iaitu (9) Sarjan Penjara ,(2) Koperal Penjara dan (2) Pegawai Awam.
YDH PKK Mahadzair bin Che Daud, Pengarah Penjara Seberang Perai telah memberikan taklimat ringkas seterusnya menyerahkan surat Keputusan Kenaikan Pangkat kepada pegawai-pegawai berkenaan bertempat di Bilik Mesyuarat, Penjara Seberang Perai.
SESI PERBINCANGAN PERKHIDMATAN PERGIGIAN PENGHUNI PENJARA BERSAMA PENGARAH KANAN (KESIHATAN PERGIGIAN) KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA DAN PIHAK PENGURUSAN PENJARA SEBERANG PERAI
5 OGOS 2024 | ISNIN
Pihak institusi Penjara Seberang Perai telah menerima sesi kunjungan Dr.Noormi binti Othman Pengarah Kanan (Kesihatan Pergigian) bersama (6) orang pegawai dari Bahagian Kesihatan Pergigian, Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang.
Lawatan telah disambut oleh YDH PKK Mahadzair bin Che Daud, Pengarah Penjara Seberang Perai diiringi oleh PP Liza binti Ahmad dan Dr. Siti Hazwani binti Mohd Ghazali, Pegawai Pergigian institusi.
Tujuan lawatan diadakan adalah untuk meninjau usaha ke arah integrasi penyampaian perkhidmatan kesihatan pergigian dengan kesihatan umum di Pulau Pinang, selaras dengan Dasar Kesihatan Pergigian Kebangsaan, usaha dan pemantauan bagi menangani isu, cabaran dalam mengintegrasikan penyampaian perkhidmatan Kesihatan pergigian.
PROJEK REBEN KUNING PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2024
29 JULAI 2024 - 1 OGOS 2024 | ISNIN - KHAMIS
Pihak institusi Penjara Seberang Perai dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan melalui Jabatan Belia dan Sukan Negara iaitu Jabatan Belia Dan Sukan Negeri (JBSN) Pulau Pinang bersama Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Bukit Mertajam dan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Naka, Kedah telah menganjurkan Projek Reben Kuning Peringkat Negeri Pulau Pinang bertempat di Unit Program Pemulihan Insan (PPI), Penjara Seberang Perai.
Seramai (20) peserta terdiri dari prospek telah mengikuti program yang berinisiatif serta bertujuan memberi peluang kedua kepada banduan belia dan penghuni Sekolah Henry Gurney melalui program latihan pembangunan kemahiran bagi membantu peserta meneruskan kehidupan yang lebih baik setelah tamat tempoh tahanan.
Antara pengisian yang telah diterapkan adalah Sesi Taklimat Jati Diri, Kelas Baik Pulih Peralatan Elektrik kepada prospek lelaki manakala Kelas Penghasilan Produk Makanan Hasilan Daging kepada prospek wanita dan Taklimat oleh pihak PERKESO.
Majlis Penutupan pada 1 Ogos 2024 (Khamis) telah dirasmikan oleh YB Daniel Gooi Zi Sen, Exco Belia, Sukan dan Kesihatan Negeri Pulau Pinang diiringi bersama oleh YBrs KP Hafidz bin Othman, Pengarah Bahagian Korektif, Ibu Pejabat Penjara Malaysia, YDH PKK Fayrouz bin Haji Ahmad Zawawi, Pengarah Penjara Negeri Pulau Pinang dan YDH PKK Mahadzair bin Che Daud, Pengarah Penjara Seberang Perai.
MAJLIS PENYERAHAN BENDERA KEPADA KONTINJEN PENJARA NEGERI PULAU PINANG KE KEJOHANAN SUKAN PENJARA ANTARA NEGERI 2024 - TENIS
31 JULAI 2024 | RABU
Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Penjara Negeri Pulau Pinang ke Kejohanan Sukan Penjara Antara Negeri 2024-Tenis yang dikelolakan oleh Penjara Negeri Sarawak telah disempurnakan oleh PP Liza Bt Ahmad Penguasa Penjara Seberang Perai Pulau Pinang bagi mewakili YDH PKK Mahadzair bin Che Daud, Pengarah Penjara Seberang Perai Pulau Pinang bertempat di Dataran Penjara Seberang Perai Pulau Pinang.
Kontinjen diketuai oleh Insp. Shahrul Afendy Bin Mat Sani, Pengurus Pasukan bersama (8) orang pemain akan bertanding bermula 2 Ogos 2024 hingga 4 Ogos 2024 bertempat di Gelanggang Tenis Persatuan Tenis Bumiputera Sarawak, Petra jaya Kuching, Sarawak.
Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk menyuntik semangat juang yang tinggi selain menaikkan motivasi pasukan agar dapat memperolehi kejayaan pada kejohanan kali ini. Pengarah Penjara Seberang Perai Pulau Pinang mengucapkan selamat berjuang dan berusaha dengan penuh semangat kesukanan sepanjang pertandingan.
Seluruh warga Penjara Negeri Pulau Pinang juga turut mendoakan agar kejayaan dapat diperolehi oleh Kontinjen di kejohanan tersebut.
DOA MUNAJAT DAN BACAAN YASIN PANGSAPURI AROWANA PERINGKAT PENJARA SEBERANG PERAI, PULAU PINANG
26 JULAI 2024 | JUMAAT
Pihak Pangsapuri Arowana Penjara Seberang Perai diketuai SJN 11722 Mohd Azhar bin Zakaria telah menganjurkan Majlis Doa Munajat dan Bacaan Yasin di Perkarangan Pangsapuri Arowana.
Majlis telah dihadiri oleh YDH PKK Mahadzair bin Che Daud, Pengarah Penjara Seberang Perai bersama PP Darmizam bin Desa, Timbalan Pengarah Penjara Negeri Pulau Pinang dan PP Mahyuddin bin Awang, Timbalan Pengarah Penjara Seberang Perai. Turut hadir Pengerusi PERSIAP serta pegawai kanan dan anggota institusi.
Tujuan majlis ini diadakan adalah bagi memohon kepada Allah S.W.T agar keselamatan penduduk di kuarters Penjara Seberang Perai dalam keadaan baik.
PROGRAM GOTONG-ROYONG MEMASAK BUBUR ASYURA PERINGKAT KAKITANGAN PENJARA SEBERANG PERAI BERSAMA PERSIAP SEMPENA SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1446H/2024M
25 JULAI 2024| KHAMIS
Penjara Seberang Perai telah menganjurkan Program Memasak Bubur Asyura Kakitangan Bersama PERSIAP Penjara Seberang Perai bertempat di Surau As-Sakinah, Penjara Seberang Perai.
Program turut diraikan oleh YDH PKK Fayrouz bin Hj. Ahmad Zawawi, Pengarah Penjara Negeri Pulau Pinang, YDH PKK Mahadzair bin Che Daud, Pengarah Penjara Seberang Perai bersama Pengerusi PERSIAP Penjara Seberang Perai.
Program yang bermula seawal 8.00 pagi ini turut disertai oleh Pegawai, Anggota dan Kakitangan serta Ahli PERSIAP.
Program yang diadakan secara bergotong-royong di antara kakitangan dan PERSIAP adalah bertujuan mengeratkan lagi ukhwah silaturrahim sesama warga komuniti.
Sebanyak (4) kawah telah di masak untuk diagihkan kepada warga Penjara Seberang Perai.
SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1446 PERINGKAT PROSPEK PENJARA SEBERANG PERAI 1446H/2024M
24 JULAI 2024 | RABU
Pihak Unit Agama bersama Unit Program Pembangunan Insan (PPI) Penjara Seberang Perai telah mengadakan Sambutan Maal Hijrah 1446 Peringkat Prospek Penjara Seberang Perai 1446H/2024M bertempat di Dewan Sukan Penghuni, Penjara Seberang Perai.
Seramai (234) orang prospek telah mengikuti ceramah Maal Hijrah yang telah disampaikan oleh YBhg. Ustaz Shah Shanmugan bin Abdullah, Pendakwah Bebas / Penceramah PERKIM.
Turut hadir bagi menyaksikan program berlangsung adalah PP Liza binti Ahmad diiringi PPP Abd Aziz bin Mohamed Hashim, pegawai Unit Agama dan Unit PPI institusi.
Antara program yang diadakan adalah Persembahan Nasyid, Ceramah Maal Hijrah, Pengumuman Keputusan Pertandingan Azan dan Melukis Sempena Maal Hijrah, penyampaian hadiah, penyampaian cenderahati kepada penceramah dan diakhiri dengan makan tengahari.
Tahniah Kontinjen Ragbi Penjara Negeri Pulau Pinang utk Naib Johan Kategori Bowl yang dimenangi. Tahniah juga kepada semua pemain diatas kejayaan yang telah dicapai dengan gemilang.
PROGRAM JOM DURIAN PENJARA SEBERANG PERAI, PULAU PINANG
18 JULAI 2024 | KHAMIS
Pihak Pengurusan institusi telah menganjurkan Program Jom Durian Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang bertempat di Perkarangan Pejabat Pendaftar Lelaki.
Anggota bertugas Giliran Awal / Giliran Akhir / Giliran Petang dan Giliran Malam dapat menikmati pelbagai jenis variasi Durian dari pelbagai kawasan.
YDH PKK Mahadzair bin Che Daud, Pengarah Penjara Seberang Perai telah turut sama menikmati Durian bersama Pegawai, anggota dan kakitangan awam.
Tujuan utama diadakan program ini adalah bagi mengeratkan tali silaturrahim antara kakitangan bersama-sama pihak pengurusan institusi.
MAJLIS PENYERAHAN BENDERA KEPADA KONTINJEN PENJARA NEGERI PULAU PINANG KE KEJOHANAN SUKAN PENJARA ANTARA NEGERI 2024 - RAGBI 10's
18 JULAI 2024 | KHAMIS
Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Penjara Negeri Pulau Pinang ke Kejohanan Sukan Penjara Antara Negeri 2024-Ragbi 10's yang dikelolakan oleh Penjara Negeri Perlis telah disempurnakan oleh YDH PKK Mahadzair Bin Che Daud, Pengarah Penjara Seberang Perai Pulau Pinang bertempat di Dataran Penjara Seberang Perai Pulau Pinang.
Kontinjen diketuai oleh Insp Muhammad Afiq bin Ishak, Pengurus Pasukan bersama (17) orang pemain akan bertanding bermula 19 Julai 2024 hingga 21 Julai 2024 bertempat di Kompleks Majlis Sukan Negeri Perlis, Perlis.
Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk menyuntik semangat juang yang tinggi selain menaikkan motivasi pasukan agar dapat memperolehi kejayaan pada kejohanan kali ini. Pengarah Penjara Seberang Perai Pulau Pinang mengucapkan selamat berjuang dan berusaha dengan penuh semangat kesukanan sepanjang pertandingan.
Seluruh warga Penjara Negeri Pulau Pinang juga turut mendoakan agar kejayaan dapat diperolehi oleh Kontinjen di kejohanan tersebut.
Tahniah Kontinjen Bola Jaring Penjara Negeri Pulau Pinang utk Tempat Ketiga yang dimenangi. Tahniah juga kepada semua pemain diatas kejayaan yang telah dicapai dengan gemilang.
LAWATAN YB TIMBALAN MENTERI DALAM NEGERI KE PENJARA SEBERANG PERAI
5 JULAI 2024 | JUMAAT
Pihak institusi Penjara Seberang Perai telah menerima lawatan YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah Timbalan Menteri Dalam Negeri diiringi YBhg. TKJP Dato' Ibrisam bin Abdul Rahman Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Pengurusan).
Turut hadir bersama adalah YDH PKK Fayrouz bin Ahmad Zawawi, Pengarah Penjara Negeri Pulau Pinang, YDH PKK Mahadzair bin Che Daud, Pengarah Penjara Seberang Perai dan YDH PKP Ahmad Kamarrudin bin Yaacob, Pengarah Penjara Reman Pulau Pinang.
Majlis diteruskan dengan sesi tandatangan buku lawatan, Taklimat di Bilik Mesyuarat, Lawatan ke Bengkel Pastri. Majlis diakhiri dengan jamuan minum petang dan penyerahan cendaramata.
PROGRAM MALAYSIA MADANI: ADVOKASI REFORMASI PENJARA SEBAGAI PUSAT PEMBANGUNAN PERADABAN BUDAYA KEMANUSIAAN
5 JULAI 2024 | JUMAAT
Pihak institusi Penjara Seberang Perai telah mengelolakan Program Malaysia Madani : Advokasi Reformasi Penjara Sebagai Pusat Pembangunan Peradaban Budaya Kemamusiaan bertempat di Dewan Sri Mutiara, Penjara Seberang Perai.
Majlis bermula jam 8 dengan Taklimat Malaysia Madani bertajuk "Advokasi Reformasi Penjara Sebagai Pusat Pembangunan Peradaban Budaya Kemanusiaan" telah disampaikan oleh YDH PKK Ahmad Mustaqim bin Che Bisi Pengarah Penjara Negeri Sembilan.
Majlis turut dihadiri oleh YBrs. Dr. Mohd Khairuddin bin Othman Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), YBhg. TKJP Dato' Ibrisam bin Abdul Rahman Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Pengurusan) dan YB Dato' Dr. Mohamad bin Abdul Hamid Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, YDH PKK Fayrouz bin Ahmad Zawawi, Pengarah Penjara Negeri Pulau Pinang, YDH PKK Mahadzair bin Che Daud, Pengarah Penjara Seberang Perai dan YDH PKP Ahmad Kamarrudin bin Yaacob, Pengarah Penjara Reman Pulau Pinang.
Majlis diteruskan dengan ucapan aluan pengacara majlis, Ucapan Aluan YBhg. TKJP Dato' Ibrisam bin Abdul Rahman Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Pengurusan), Ucapan Perasmian Penutup oleh YB Dato' Dr. Mohamad bin Abdul Hamid Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Penyampaian Sumbangan Kebajikan dan diakhir dengan Jamuan Makan Tengahari.
LAWATAN YB PUAN FADHLINA BINTI SIDEK, AHLI PARLIMEN NIBONG TEBAL MERANGKAP MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA KE PENJARA SEBERANG PERAI
4 JULAI 2024 | KHAMIS
Pihak institusi Penjara Seberang Perai telah menerima lawatan buat julung- julung kali daripada YB Puan Fadhlina binti Sidek, Ahli Parlimen Nibong Tebal merangkap Menteri Pendidikan Malaysia.
Turut hadir ke sesi lawatan adalah TKP Hj. Zulkifli bin Abdul Manah, Timbalan Pengarah Bahagian Keselamatan dan Inteligen, Ibu Pejabat Penjara Malaysia, YDH PKK Fayrouz bin Ahmad Zawawi, Pengarah Penjara Negeri Pulau Pinang, YDH PKK Mahadzair bin Che Daud, Pengarah Penjara Seberang Perai, dan YDH PKK Ahmad Kamarrudin bin Yaacob, Pengarah Penjara Reman Pulau Pinang.
Lawatan bermula dengan sesi taklimat ringkas YB Puan Fadlina binti Sidek kepada kakitangan institusi, sesi menandatangani buku lawatan dan diteruskan dengan sesi perbincangan di Bilik Mesyuarat, jamuan ringan dan dan diakhiri dengan penyerahan cenderahati kenangan.
Pihak institusi mengucapkan jutaan terima kasih diatas atas Lawatan YB Puan Fadlina binti Sidek, Ahli Parlimen Nibong Tebal merangkap Menteri Pendidikan Malaysia ke Penjara Seberang Perai. Semoga lawatan ini berupaya memperkasa kecemerlangan dan mengeratkan lagi hubungan di masa akan datang.
SESI PERBINCANGAN DAN LAWATAN DARIPADA JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI PULAU PINANG KE LOKASI PELAKSANAAN PROGRAM REBEN KUNING PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2024
3 JULAI 2024 | RABU
Pihak institusi telah menerima lawatan daripada pihak Kementerian Belia dan Sukan (JSBN) dan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTB) bagi membincangkan mengenai Projek Reben Kuning Peringkat Negeri Pulau Pinang dan disambut oleh PP Mahyuddin bin Awang, Timbalan Pengarah Penjara Seberang Perai.
Lawatan diketuai Puan Siti Rohani binti Ahmad (JSBN) bersama (7) orang pegawai (IKBN) telah dibawa melawat ke lokasi program akan diadakan oleh PP Mahyuddin bin Awang, Timbalan Pengarah Penjara Seberang Perai diiringi Insp. Mohamad Mahfuz bin Abdulllah, Pegawai Program Pemulihan Insan.
Projek Reben Kuning 2024 merupakan satu Inisiatif daripada Kementerian Belia dan Sukan melalui Jabatan Belia dan Sukan Negara yang bertujuan memberi peluang kedua kepada banduan belia dan penghuni Sekolah Henry Gurney melalui program latihan pembangunan kemahiran bagi membantu peserta meneruskan kehidupan yang lebih baik setelah tamat tempoh tahanan. Bagi Peringkat Negeri Pulau Pinang, Jabatan Belia Dan Sukan Negeri (JBSN) Pulau Pinang dengan kerjasama Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Bukit Mertajam dan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Naka, Kedah akan menganjurkan Projek Reben Kuning pada 29 Julai hingga 1 Ogos 2024 bertempat di Penjara Seberang Perai melibatkan seramai 20 orang peserta.
MAJLIS PENYERAHAN BENDERA KEPADA KONTINJEN PENJARA NEGERI PULAU PINANG KE KEJOHANAN SUKAN PENJARA ANTARA NEGERI 2024 - BOLA JARING
2 JULAI 2024 | SELASA
Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Penjara Negeri Pulau Pinang ke Kejohanan Sukan Penjara Antara Negeri 2024-Bola Jaring yang dikelolakan oleh Penjara Negeri Sabah telah disempurnakan oleh YDH PKK Mahadzair Bin Che Daud, Pengarah Penjara Seberang Perai Pulau Pinang bertempat di Dataran Penjara Seberang Perai Pulau Pinang.
Kontinjen diketuai oleh TPP Noor Nadhirah Binti Zainol Abidin, Pengurus Pasukan bersama (13) orang pemain akan bertanding bermula 5 Julai 2024 hingga 7 Julai 2024 bertempat di Kompleks Sukan Tun Adnan Yayasan Sabah, Kota Kinabalu, Sabah
Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk menyuntik semangat juang yang tinggi selain menaikkan motivasi pasukan agar dapat memperolehi kejayaan pada kejohanan kali ini. Pengarah Penjara Seberang Perai Pulau Pinang mengucapkan selamat berjuang dan berusaha dengan penuh semangat kesukanan sepanjang pertandingan.
Seluruh warga Penjara Negeri Pulau Pinang juga turut mendoakan agar kejayaan dapat diperolehi oleh Kontinjen di kejohanan tersebut.
DOA MUNAJAT DAN BACAAN YASIN PANGSAPURI JELAWAT PERINGKAT PENJARA SEBERANG PERAI, PULAU PINANG
26 JUN 2024 | RABU
Pihak Pangsapuri Jelawat Penjara Seberang Perai diketuai SJN 16440 Yusriwan bin Yusof telah menganjurkan Majlis Doa Munajat dan Bacaan Yasin di Perkarangan Pangsapuri Jelawat.
Majlis telah dihadiri oleh YDH PKK Mahadzair bin Che Daud, Pengarah Penjara Seberang Perai bersama PP Darmizam bin Desa, Timbalan Pengarah Penjara Negeri Pulau Pinang dan PP Mahyuddin bin Awang, Timbalan Pengarah Penjara Seberang Perai serta pegawai dan anggota institusi.
Tujuan majlis ini diadakan adalah bagi memohon kepada Allah S.W.T agar keselamatan penduduk di kuarters Penjara Seberang Perai dalam keadaan baik.
DIALOG BULANAN PERINGKAT PENJARA SEBERANG PERAI,PULAU PINANG
26 JUN 2024 | RABU
Dialog Bulanan Peringkat Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang telah diadakan di Dewan Sri Mutiara, Penjara Seberang Perai bermula jam 3.00 Petang.
Majlis bermula dengan ketibaan YDH PKK Mahadzair bin Che Daud, Pengarah Penjara Seberang Perai, nyanyian lagu Negaraku,Bakti Setia dan doa.
Majlis diteruskan dengan Sesi dialog oleh YDH PKK Mahadzair bin Che Daud, Pengarah Penjara Seberang Perai bersama kakitangan institusi yang membincangkan berkenaan isu semasa di institusi dan diakhiri dengan sesi cabutan bertuah.
MAJLIS PENYERAHAN BENDERA KEPADA KONTINJEN PENJARA NEGERI PULAU PINANG KE KEJOHANAN SUKAN PENJARA ANTARA NEGERI 2024 -BOLA SEPAK PIALA TAN SRI MURAD AHMAD KALI KE-40
26 JUN 2024 | RABU
Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Penjara Negeri Pulau Pinang ke Kejohanan Bola Sepak Piala Tan Sri Murad Ahmad kali ke-40 yang dikelolakan oleh Penjara Negeri Melaka telah disempurnakan oleh PP Mahyuddin bin Awang, Timbalan Pengarah Penjara Seberang Perai Pulau Pinang bertempat di Dewan Sri Mutiara, Penjara Seberang Perai Pulau Pinang.
Kontinjen diketuai oleh KIP Mat Zahir bin Ahmad Bakri, Pengurus Pasukan bersama (3) pegawai pasukan dan (20) orang pemain akan bertanding bermula 27 Jun 2024 hingga 30 Jun 2024 bertempat di Padang 10 MAFA, Melaka.
Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk menyuntik semangat juang yang tinggi selain menaikkan motivasi pasukan agar dapat memperolehi kejayaan pada kejohanan kali ini. Timbalan Pengarah Penjara Seberang Perai Pulau Pinang mengucapkan selamat berjuang dan berusaha dengan penuh semangat kesukanan sepanjang pertandingan.
Seluruh warga Penjara Negeri Pulau Pinang juga turut mendoakan agar kejayaan dapat diperolehi oleh Kontinjen di kejohanan tersebut.
KURSUS INTEGRITI PERINGKAT PENJARA NEGERI PULAU PINANG SIRI 1/2024
26 JUN 2024 | RABU
Unit Latihan Penjara Seberang Perai telah menganjurkan Kursus Integriti Peringkat Penjara Negeri Pulau Pinang bertempat di Dewan Sri Mutiara, Penjara Seberang Perai.
Seramai (40) orang peserta kursus terdiri dikalangan Pegawai Kanan, Anggota dan Kakitangan Awam dari Pejabat Penjara Negeri Pulau Pinang, Penjara Seberang Perai, Penjara Reman Pulau Pinang dan Penjara Satelit Bukit Mertajam
Antara objektif utama kursus ini diadakan adalah bagi mewujudkan organisasi berintegriti dan beretika bekerja dalam perkhidmatan awam, mengetepikan rasuah dan menangani isi-isu tatatertib.
PROGRAM IBADAH KORBAN SURAU AS-SAKINAH DENGAN KERJASAMA PERSIAP PENJARA SEBERANG PERAI 1445H / 2024 M
18 JUN 2024 | SELASA
Pihak Surau As-Sakinah dengan kerjasama PERSIAP Penjara Seberang Perai telah menganjurkan ibadah korban sebanyak (7) ekor lembu iaitu (4) daripadanya disumbangkan oleh YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri pada Program Penerapan Nilai-Nilai Murni Menteri Dalam Negeri bersama Jabatan Penjara Malaysia.
Majlis gotong-royong bagi menyembelih lembu korban dan penyediaan jamuan makan telah bermula seawal jam 8.00 pagi telah disertai oleh YDH PKK Mahadzair bin Che Daud, Pengarah Penjara Seberang Perai bersama Puan Hazmawaty binti Che Ariffin, Pengerusi PERSIAP serta pegawai anggota, kakitangan awam serta ahli PERSIAP Penjara Seberang Perai.
Turut hadir memeriahkan majlis adalah YDH PKK Fayrouz bin Hj. Ahmad Zawawi, Pengarah Penjara Negeri Pulau Pinang diiringi PP Darmizam bin Desa Timbalan Pengarah Penjara Negeri Pulau Pinang.
PROGRAM PENERAPAN NILAI-NILAI MURNI JABATAN PENJARA MALAYSIA BERSAMA YB DATUK SERI SAIFUDDIN NASUTION BIN ISMAIL MENTERI DALAM NEGERI BERSAMA JABATAN PENJARA MALAYSIA
16 JUN 2024 | AHAD
Pihak institusi Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang telah menerima kunjungan YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri jam 10.20 pagi bagi mengadakan Program Penerapan Nilai-Nilai Murni bersama Jabatan Penjara Malaysia.
Turut hadir bersama memeriahkan Program adalah YB Dato' Dr. Mohamad bin Abdul Hamid, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, YBhg. Dato' Haji Abdul Halim bin Haji Abdul Rahman Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri, YBhg. Dato' Haji Abdul Aziz bin Abdul Razak Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Keselamatan & Koreksional), YBrs. Ahmad Faudzi bin Awang Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Pemasyarakatan), YDH PKK Fayrouz bin Hj. Ahmad Zawawi, Pengarah Penjara Negeri Pulau Pinang,YDH PKP Ahmad Kamarrudin bin Yaacob, Pengarah Penjara Reman Pulau Pinang, Dif- Dif Jemputan dan Pegawai serta kakitangan Penjara Seberang Perai.
Antara aturcara yang yang telah disusun atur adalah Bacaan Doa, Gimik Serahan Sumbangan Lembu Korban oleh YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri kepada YDH PKK Mahadzair bin Che Daud, Pengarah Penjara Seberang Perai, ucapan oleh YBhg. Dato' Haji Abdul Aziz bin Abdul Razak Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Keselamatan & Koreksional) dan diakhiri dengan Jamuan Makan Tengahari.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the organization
Website
Address
Kompleks Penjara Seberang Perai, Jalan Kerian
Jawi
14200