Persekutuan Seni Pusaka Gayong Persilatan Sendi Harimau Malaysia

Meneruskan amanah bergelanggang semenjak 1975/76. Mendidik dan berdakwah!

Photos from Persekutuan Seni Pusaka Gayong Persilatan Sendi Harimau Malaysia's post 24/08/2024

Lawatan SeGayong daripada KHTC Selangor, Kulim dan Jitra ke gelanggang Persekutuan Seni Pusaka Gayong Persilatan Sendi Harimau Malaysia di Pendang.

Terima kasih Cikgu Zul Sawa dan sahabat semua.
Lalu kedah, singgah lagi.

Photos from Persekutuan Seni Pusaka Gayong Persilatan Sendi Harimau Malaysia's post 24/08/2024

Alhamdulillah
11 orang jalani ujian.
Pesilat-pesilat legenda Pendang.

Photos from Persekutuan Seni Pusaka Gayong Persilatan Sendi Harimau Malaysia's post 19/08/2024

Latihan pada 16hb.08.24

Latihan silibus dan fighting skill

Ps: tukang foto cuti. Snap mana yang dann jašŸ¤­

23/07/2024

Poster ada orang buatkan
Promote silat biar sakan
Asal kukuh silat dibualkan
Jaga sahsiah jatidiri diutamakan

Photos from Persekutuan Seni Pusaka Gayong Persilatan Sendi Harimau Malaysia's post 16/07/2024

Alhamdulillah
Selesai kelas perkongsian ilmu buah cekik & self defense. Tumpuan malam ini lebih kepada pergerakan badan, meminimakan kecederaan dan matikan gerakan lawan.

Apa yg paling penting, kegurulatihan. Bagaimana kita belajar banyak benda dari mengajar.

InsyaAllah sekurangnya sekali sebulan akan buat kelas sebegini dan dikongsikan secara terbuka dengan perkara asas senibeladiri.

Kami bukan pandai, tapi berkongsi ilmu buat lebih kita faham yang kita tidak punya apa-apa kefahaman.

Join kami -
www.wasap.my/60169307961/silat

16/07/2024

PERTANDINGAN PERSEMBAHAN SENI BELADIRI KREATIF ADIWIRA CILIK 2024.

Terma dan syarat serta maklumat lanjut boleh hubungi nombor tertera.

11/07/2024

Kelas Silat Bersiri Bulanan - Buah Cekik & Self Defense

Butiran kelas:
Selasa | 16.07.224 | Bandar Saujana Putra

O Terhad kepada 20 orang sahaja
O Terbuka kepada ahli silat atau tiada pengalaman seni beladiri
O Wanita digalakkan untuk sertai tetapi perlu hadir bersama partner. Mahram digalakkan jika tiada partner.
O Fee rendah digunakan sebagai derma untuk pembangunan gelanggang Silat

Whatsapp untuk daftar tempat :
www.wasap.my/60169307961/daftarkelasbersiri

29/06/2024

Bertambahlah game yang boleh kita join
Cuma masa dan berani sahaja
Harap sukan senibeladiri maju ke depan.

Photos from Persekutuan Seni Pusaka Gayong Persilatan Sendi Harimau Malaysia's post 28/06/2024

Cikgu Ismail Chik semalam di Hospital Yan
Sama-sama doakan kesihatan Cikgu Mail.

Persekutuan Seni Pusaka Gayong Persilatan Sendi Harimau Malaysia Persekutuan Seni Pusaka Gayong Persilatan Sendi Harimau Malaysia

23/06/2024

Pakat kita doakan Cikgu Ismail Chik agar dipermudahkan kesihatan beliau. Antara guru tua paling awal memberikan komen dan kata-kata semasa Sendi Harimau Malaysia di rebranding. (Sila rujuk artikel awal)

InsyaAllah jika tiada aral, kami sampai petang ini.

Photos from Pertubuhan Seni Gayong Serantau Malaysia - PSGSM's post 23/06/2024
22/06/2024

Latihan kanak-kanak di Bandar Saujana Putra. Setiap jumaat jam 9.00mlm-10.30 mlm

09/04/2024

Salam Aidilfitri buat semua Muslim yang menyambut Aidilfitri esok. Semoga Ramadhan mengubah hidup anda.

Daripada gurulatih dan ahli Persekutuan Seni Pusaka Gayong Persilatan Sendi Harimau Malaysia

Photos from Persekutuan Seni Pusaka Gayong Persilatan Sendi Harimau Malaysia's post 05/04/2024

KELAS TERAKHIR RAMADHAN - PENDANG

Latihan & moreh Ramadhan terakhir tahun ini
Kita jumpa selepas raya
Lepas moreh, dapat duit raya
Nanti masa jamuan Aidilfitri tiada angpau lagi
Siapa tuang kelas, dia rugi!

27/03/2024

TAZKIRAH RAMADHAN 11 - HORMAT GURU

Berapa kerap kita lawati dan bertanyakan khabar guru kita. Guru awal dan terkini dalam mendidik kita dalam silat. Berapa banyak bantuan dihulurkan untuk membantunya secara personal atau pergerakan ia membangunkan silat.

Siapapun kita, kita bermula melenyapkan kebodohan melalui guru awal. Sedikit banyak kita dididik dengan silat, kita juga dididik dengan adab dan akhlak semasa bersamanya.

Dalam apa jua proses pembelajaran, hormati guru adalah elemen utama bukan sekadar untuk keberkatan tetapi untuk kemantapan ilmu.

Dah melawat guru-guru anda di bulan Ramadhan ini?

Nota: Gambar jamu durian di Batu Kurau dengan arwah Pakngah 4-5 tahun lepas.

27/03/2024

TAZKIRAH RAMADHAN 10 - BOHONG

Orang Melayu menyebut;
Siakap senohong gelama ikan duri
Bercakap bohong lama-lama mencuri.

Tidak dinafikan bohong adalah permulaan kepada perbuatan buruk yang lain. Sekali berbohong, akan ada pembohongan kedua dan seterusnya. Kemudian akan jadinya perbuatan yang lain.

Bercakap benar antara satu perkara penting untuk diajar dan dididik generasi awal agar ia tidak menjadi kebiasaan dalam mereka membesar.

Banyak kemungkaran dan kerosakan disekeliling kita bermula dengan pembohongan. Jadi kita ubah mendidik diri kita.

19/03/2024

TAZKIRAH RAMADHAN 8 - BERKAT

Berkat ini perkara sukar. Berkat masa berkat rezeki berkat doa dan aebagainya. Adakah hidup kita adanya berkat.

Ada orang perolehi upah tidak seberapa tetapi berkatnya cukup menyarai keluarga, pendidikan anak-anak serta mampu menyimpan untuk haji ke Mekah. Kita yang banyak gajinya masih mengeluh ditengah bulan.

Ada berkat pada masanta. Kita dengar orang khatam Quran 2 kali sehari difikir tidak logik. Solat malam sehingga 60-100 rakaat tidak logik. Itulah keberkatan masanya tiada pada kita.

Berkat ini ada dalam segenap audut hidup kita. Berkat bukan sekadar pada doa tetapi bagaimana cara menjalani hidup seharian. Bila Allah berkati hidup kita, apa lagi yang kita risaukan.

Nota: Ada orang mai nak belajar Sundang. Duk filir nak sembang macamana ni. Kita keluar sundang kita dulu.

18/03/2024

TAZKIRAH RAMADHAN 7 - REZEKI

Rezeki adalah satu takdir oleh Allah SWT. Telah ditetapkan setiap rezeki kita. Maka jangan risau san bimbang tentang rezeki. Carilah asbab untuk rezeki masuk tetapi jangan mwyekutukan Allah tentang rezeki. Kerana Dia pemberi rezeki, maka jangan tinggalkanNya hanya kerana alasan mencari rezeki.

Bersedekah membawa rezeki
Membaca Al Quran membawa rezeki
Istighfar juga jalan memudahkan rezeki
Memudahkan urusan orang juga jalan rezeki
Pelbagai cara dan jalan untuk mudahkan rezeki. Cuma jangan kerana asbab mencari rezeki kita tinggalkan Pemberi Rezeki.

Rezeki lebih boleh dikongsi
Rezeki berkat membawa erti
Rezeki membawa kebaikan hati
Rezeki baik manfaat buat diri

18/03/2024

TAZKIRAH RAMADHAN 7 - BERSANGKA BAIK

Bila masuk Ramadhan, kita nampak masjid dipenuhi para penduduk dan ahli kariah sepanjang malam dalam menunai solat Maghrib, Isyak dan Terawikh. Dalam pada tu ada yang bersangka buruk atau berkata dengan perkataan yang menibulkan rasa tidak selesa.

Tidak datang masjid sebelum ini, sekarang mudah p**a nampak.
Mungkin selama ini dia sakit dan ditimpa masalah, Alhamdullilah Ramadhan inimemberikan kesihatan yang baik.

Biasanya dia susah nak bagi sedekah ke apa
Mungkin selama ini dia ada masalah kewangan dan kekangan yang tidak kita nampak. Hatta mungkin sehingga kini pun masih bermasalah yang sama tetapi dia sedaya upaya untuk emberi sumbangan dalam mengejar pahala Ramadhan.

Bila kkta meletakkan sangkaan baik di permulaan, bukan sahaja silaturrahim akan bermula. Pelbagai hikmah akan datang. Kita pun tidak stress. Apa kata kita doakan sesama kita termasuk kita ini supaya diberikan kebaikan dunia dan akhirat secara berterusan. Ambil peluang Ramadhan kali ini untuk memperbaiki sangkaan kita kepada orang lain. Mungkin ini Ramadhan terakhir kita.

16/03/2024

Tazkirah Ramadhan 6 - Afdal

Banyak ibadah dan pergandaan pahala di dalam Ramadhan. Malah Allah tegaskan bagaimana gankara. Ibadah di Ramadhan akan diganjarkan oleh Allah kepada hambanya dan dirahsia ganjaranmya. Allah Maha Pemurah.

Namun, dalam mengejar ibadah di Ramadhan ini pastikan kita mengatut ibadah kita agar susunan mengikut keutamaan. Sebagai contoh, ramai hadir solat terawikh tetapi gagal hadir solat wajib yang 5 waktu.

Ramai yang memberi makan dan sedekah tetapi gagal hadir dan bersedekah kepada mereka yang berbuka puasa.

Ramai menyantuni masyarakat dengan sedekah, zakat, bwri makan dan sebagainya tetapi lalai leada yang lebih memerlukan disekitar kita terutama jiran dan keluarga.

Susun dan atur ikit keutamaan. Buat sebanyak manapun tetapi pastikan yang utama diutamakan.

Photos from Persekutuan Seni Pusaka Gayong Persilatan Sendi Harimau Malaysia's post 15/03/2024

LATIHAN SILAT DI GELANGGANG NAGA BORA PENDANG

Latihan sepwrti biasa dan dimulakan selepas terawikh iaitu jam 9.45-10.45 malam. Selepas latihan, kita moreh.

Alhamdulillah malam ini ada 15 orang join latihan.

15/03/2024

Tazkirah Ramadhan 5 - Raikan Sedekah

Budaya berbuka di masjid telah dimulakan secara meluas sekitar 17-18 tahun lepas. Ia satu kaedah sedekah berbuka yang efektif. Saya bermula sertai berbuka di masjid sejak 16 tahun lepas sehingga kini.

Awal-awal segan sebab kebanyakan yang aertai hanya bangla pakistan dan imigran. Warga tempatan hanya orang masjid sahaja.

Tapi bila saya sertai 16 tahun lepas, berada di celahan warga bangladesh, saya merasakan menu berbuka ini perlu diraikan. Besar hasrat penderma untuk mengejar pahala. Jadi kenapa kita tidak menyumbang kepada pahala. Pahala buat penderm dan juga kita. Sekaligus meraikan solat berjemaah maghrib dan isyak kemudiannya.

Bukan kita berbuka di masjid kerana kurangnya wang tetapi kota mengejar pahala berbuka aedekah, silaturrahim, solat berjemaah dan timbulkan rasa bersyukur. Dalam masa yang sama kita turut boleh bersedekah.

Bulan Ramadhan ini, jangan mai nak terawikh saja. Itu sunat. Ada lagi ibadah wajib dan afdal untuk dikejar.

Bila kita mudahkan urusan orang, Allah mudahkan urusan kita. Dah khatam Quran? ā¤ļøā¤ļøā¤ļø

14/03/2024

Tazkirah Ramadhan 4 - Al Quran

Jangan tinggal al Quran. Jangan jadikan bermusim. Al Quran itu antara saksi dan syafaat kepada kita kelak. Simpan bekalan dan peluang syafaat dengan membacanya.

Kita digalakan membaca Al Baqarah dalam rumah, seminima 33 ayat sehari ataupun mana surah lazim sebagai amalan harian.

Jika 33 ayat menjadi kayu ukuri minima harian sebagai muslim, sudah tentu mereka yang amalkan bacaan lazim sperti surah Yasin, Waqiah, Mulk, Rad, Sajadah dan lain-lain surah telah melepasi kayu ukurnya.

Malah kump**an ayat lazim digunakan sebagai amalan, perubatan, ruqyah dan pedinding juga ada dikumpulkan oleh ulamak terdahulu seperti Manzil, Matsurat, Zikir, ayat 33 dan lain-lain. Dalam Seni Gayong di bawah kami, digalakkan amalan membaca Manzil.

Manakala dalam Seni Gayong secara amnya diamalkan oleh pesilat bacaan zikir asas Qulhu yang kebanyakannya minima dibaca sebanyak 30 kali (120 ayat).

Jadi, belajar cintai Quran. Ingatan untuk kami, ingatan untuk sahabat semua!

Sahur dulu..

14/03/2024

Tazkirah Ramadhan 3 - Sunnah

Sunnah ini pelbagai. Sunnah asas Rasullullah SAW harian juga banyak. Ada keluar modal, ada yang percuma. Paling penting siapa pun mampu buat dan amal. Nak ke tidak sahaja.

Peganglah satu sunnah sekurangnya dalam kehidupan harian. Semoga sunnah ini mampu memandu hidup kita lebih baik.

Sunnah sekecil sunnah mana pun kekadang boleh membuat kita malu untuk berbiat jahat dan maksiat. Setidaknya rasa malu itu terlahir daripada sunnah. Itu belum cerita pahalanya. Pahala sunat dan sunnah.

Kang itu lebih baik.

12/03/2024

Tazkirah Ramadhan 2 - Sedekah

Sedekah di dalam Ramadhan adalah pahalan berganda. Tetapi bersedekahlah tanpa kira waktu dan tempat. Sedekah biarpun sedikit kerana yang menilainya adalah Allah yang Maha Pemurah.

Sedekah menghindarkan bala dan mudharat,
Sedekah memurahkan rezeki
Sedekah menghilangkan penyakitdan pelbagai lagi.

Bersedekahlah dengan wang, harta, masa, tenaga, idea, kemahiran dan sebagainya. Sedekah adalah mata wang kekal untuk akhirat kelak.

Persekutuan Seni Pusaka Gayong Persilatan Sendi Harimau Malaysia

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Jenjarom?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

Latihan tempur untuk latih pergerakan dan asas yg telah dipelajariBerminat untuk sertai, whatsapp kami www.wasap.mt/6016...
Latihan dewasa23/6/24#sendiharimau
Latihan  kanak-kanak di Bandar Saujana Putra. Setiap jumaat jam 9.00mlm-10.30 mlm #sendiharimau
Latihan Sendi Harimau Pendang pagi ini. Sertai dengan whatsapp kami di www.wasap.my/60169307961/gayongpendang Persekutua...
Latihan Sendi Harimau di Bandar Saujana Putra,Setiap jumaat malam jam 9mlm-10.30mlmdan Kami akan buka pada hari Ahad pet...
MESYUARAT GURULATIH SENDI HARIMAU SELANGORSelesai perbincangan dan penetapan perkara - āœ… Kursus Gurulatih bagi silibus b...
Kita up lagi..

Telephone

Address


58-2, Jalan SP5/3, Bandar Saujana Putra
Jenjarom
46210

Other Martial Arts Schools in Jenjarom (show all)
Silat Lincah Jenjarom Silat Lincah Jenjarom
Jalan Kampung Jenjarom, Kampung Jenjarum
Jenjarom, 42600

Sabreeā€™s Pragmatic Taekwon-Do Club Sabreeā€™s Pragmatic Taekwon-Do Club
Bandar Saujana Putra
Jenjarom, 42610

[Sabree Salleh Legacy | Sabreeā€™s Pragmatic Fighter | Sabreeā€™s Pragmatic Combat]