Pfarm, Jerteh Videos

Videos by Pfarm in Jerteh. Berkongsi ilmu penternakan ruminan dan unggas secara PERCUMA

Kenal rumput petang ni

Click to enable sound Next

Other Pfarm videos

Kenal rumput petang ni

Cari benda tersembunyi. Sape jumpa sila komen 'wow' kalau jumpa 😆 . . . P/s: alhamdulillah settle sembelih dan lapah sekor lembu charolais untuk diagihkan kepada asnaf hasil jv dengan NGO tempatan. Dapat daging lebih 100kg untuk lembu ni. Tu tak termasuk tulang dan barang dalam ye.

Tolong jangan abaikan kalau kambing dah ada simptom barah susu
Tolong jangan abaikan jika ibu kambing dah ada simptom barah susu Selepas ibu kambing kalahari beranak, saya yg paling exited je. Yela dapat ahli baru kan. Sape tak hepi. Tapi saya bodoh, tak tahu nak check kesihatan ibu. Dapat anak baru, tahu belai2 je macam anak sendiri. Ibu yg menanggung kesakitan tak pernah amik peduli. Selepas seminggu baru perasan, kantung susu ibu macam bengkak sebelah kiri. Saya biar je dulu. Dalam kepala duk fikir susu banyak ni. Nanti nak minum jugak. Sekali lagi bodoh! Lama kelamaan baru perasan, ibu tak pernah bagi anak menyusu dekat puting sebelah kiri. 3 ekor anak terpaksa berebut 1 puting. Yang jadi mangsa adalah yg paling kecik, si bongsu. Tak pernah dapat menyusu susu ibu. Saya pegang je kantung susu ibu, keras macam benjolan dalam tu. Picit sikit je puting, si ibu dah meraung tahan sakit. Ni dah barah susu! Saya ikat ibu betol2, picit puting kuat2, keluar nanah dan pati susu dengan bau yg agak busuk. Ibu dah mula lemah longlai, saya lepaskan ikatan sebelum jadi apa2. Tiba2 anak yg paling bongsu dah mula lemah sebab tak dapat susu ibu. Cepat2 saya bagi susu botol. Awal2 dia tak dapat telan pun. Alhamdulillah lama kelamaan anak kembali segar. Ibu dia taknak jaga, takpela saya jaga la anak ni. Si ibu saya biarkan je dengan penyakit dia, dengan harapan dia sembuh sendiri. Lagi sekali saya bodoh! Untuk pengetahuan semua, anak baru lahir mana boleh bagi minum susu formula sepenuhnya. Kena ada jugak susu ibu walaupun sekali sehari. Tapi saya berdegil jugak nak bagi susu botol. 2 hari bongsu okey lagi. Sihat, boleh tidur selesa, panggil pun dia datang, siap boleh bergurau lagi. Masuk hari ketiga, dia dah mula tak sedarkan diri. Kalau nak ikutkan, perut takde la kosong sgt. Masih ada susu yg saya bagi. Saya dah mula cuak. Leher dah lembek, kaki dah tak kuat nak berdiri. Tambah plak tengah musim hujan. Badan dia dah sejuk. Bagi susu tapi keluar balik ikut hidung. Mengucap panjang! Saya balut dengan rumput dan kain utk pa

Alhamdulillah rezeki penutup tahun 2020 7/12/2020 Tengahri tadi, Partner ajak mancing sebelah kandang. Dia dah menunjuk ikan keli lembut dia dapat pagi tadi. Dengan bersemangat, abam nak tunjuk sikit cara sebenar otai mancing. Tengah asyik show off sebelah kandang, tiba2 bunyi bising. Ingatkan kambing lapar, macam sebelum ni. Temgok orang datang buat muka cute sambil mengembek. Takde orang boleh je duk diam. 🙄 Masa tengah mancing tu,, rasa nak masuk kandang kejap tengok kandang ibu koko. Duk bunyi je dari tadi. Sampai je dalam kandang, lantai dah basah habis dengan air ketuban. Meremang plak bulu roma ni. First time tengok kambing beranak depan mata. Sambil pekena rokok sebatang, layan ibu tengah bersalin depan mata. Pngalaman baru untuk penternak muda. Akhirnya Si ibu kalahari akhirnya berjaya beranak kembar 3 ekor anak comel (2 betina 1 jantan)🤩😍 Alhamdulillah tahun ni kandang Pfarm berjaya hasilkan 7 ekor anak kambing (3bulan je sebenarnya) Tahun 2021 target 40 ekor anak berjaya dihasilkan. InshaAllah 🥰

Bagaimana nak hasilkan berat ayam lebih 2kg dalam masa 40 hari tanpa modal yang besar **Video Khas kepada golongan yang baru berjinak dalam bidang penternakan ayam