Pfarm

Berkongsi ilmu penternakan ruminan dan unggas secara PERCUMA

25/05/2024

Khas untuk golongan pencen.

Yg betol2 nak belajar lagi detail tentang penterakan ayam kampung kacuk, boleh join kursus ni.

Ni level2 master yg ajar. Memang lengkap utk beginner hingga advance.

18/04/2024

Yang nak belajar menternak ayam kampung kacuk dan jana income tambahan boleh dapatkan Panduan Lengkap Ternakan Ayam Kampung Kacuk dalam link ni di bawah

https://kelabbisnesonline.onpay.my/order/form/akk1pm

Semoga kita dapat kerja fulltime dekat kampung je lepasni InshaAllah 😄

07/04/2024

Walaupun dah lama tak aktif dalam social media, tapi still ramai yg pm sy tentang ternakan ayam. Macam2 soalan sy terima.

Cara bina reban, jimat dedak, resepi makanan tambahan, ayam sakit sbb panas, macam2 lagi lah.

Sy nak tanya semua Pfarm , masih ramai ke yg aktif dalam ternakan ayam kampung kacuk (AKK)?

Atau ada tak kat sini yg baru2 cuba nak masuk dalam bidang penternakan ayam?

Cuba komen kat bawah. Kalau ramai sy nak open something ni.

06/04/2024

Zaman PKP dulu ramai betol yg jadi penternak. Sape kat masih lagi stay dalam bidang penternakan? 🙋🏻

05/04/2024

Permintaan ikan keli meningkat sekali ganda

BESUT - Pembekal ikan keli di Kampung Gong Pasir, Kerandang di sini menyasarkan pendapatan sehingga RM8,000 sepanjang Ramadan ini berikutan peningkatan permintaan terhadap sumber makanan itu.
Ann Bazlin Seman, 42 berkata, permintaan terhadap sumber protein tersebut meningkat sekali ganda berbanding yang diterima pada hari biasa.
"Untuk bulan biasa permintaan ikan ikan keli ini mencecah 700 kilogram (kg) tetapi pada bulan puasa ia meningkat lebih 1,000 kg.
"Peningkatan permintaan ini disebabkan kebanyakan peniaga di bazar Ramadan mengambil stok ikan keli yang lebih banyak berbanding hari biasa.
"Saya jangka jualan ikan keli pada bulan Ramadan ini mencecah RM8,000 kerana sepanjang dua minggu lalu kita telah berjaya memperolehi jualan kira-kira RM4,000," katanya ketika ditemui pemberita di sini, pada Selasa.
Jelasnya, ini merupakan pengalaman pertama menjual ikan keli pada bulan puasa sejak mula menternak ikan itu pada September 2022.
"Sebelum ini saya hanya jual di pasar, kedai makan dan mengambil tempahan orang perseorangan sahaja, tetapi kali ini tertumpu kepada peniaga bazar Ramadan.
"Jualan ikan keli mendapat permintaan tinggi kerana ramai peniaga yang mendapatkan bekalan bagi menyediakan juadah ikan keli bakar dan sebagainya,"katanya.
Menurut Ann Bazlin, dia masih mengekalkan ikan keli pada harga RM9 bagi setiap satu kg dan RM8/kg bagi belian secara borong.
Katanya, setakat ini sebanyak 10,000 ekor ikan keli diternak bagi satu kitaran melibatkan enam buah kolam.
"Untuk jualan di bazar Ramadan kebanyakan peniaga memilih antara empat hingga lima ekor ikan bagi satu kilogram kerana saiznya agak sederhana dan tidak terlalu kecil," ujarnya.

Sumber: Sinar Harian

09/05/2023

Haram upah sembelih korban dgn daging korban
- M***i

14/04/2023

Asingkan siap2. Nanti senang nak jual utk telor atau makan

10/12/2022

Banyakkan amalan gais. Dunia bakal sampai ke penghujungnya.

Organisasi besar dah mula support benda2 mengarut macam ni, berpuluh2 negara berdiri tegak mempertahankan ideology yg bertentangan dengan lumrah manusia. Apple, Disney, Amazon, Marvel, macam2 lagi.

Akan sampai satu masa nanti, kita dianggap tidak normal dan berhaluan kiri jika kita melawan pegangan yg mereka sendiri cipta.

Tak pelik jika lepasni dorang akan support in**st, bercinta dengan haiwan, merompak dan menipu sebab bagi mereka, orang lain tak berhak tentukan hidup kita.

Mereka nak kita hidup seperti binatang, dimana tiada undang2 yang mengawal segala tingkah laku kita.

Sekarang mereka tengah giat menyebarkan pelbagai fahaman yg merapu dan jauh daripada lumrah manusia. Pemikiran normal bagi mereka adalah jika kita follow apa yg mereka bawa sahaja.

Kita dah boleh nampak skrg, orang yg menutup aurat akan dilabel ketinggalan zaman, orang yg berpegang dengan agama dianggap extremist, orang yg amal sunnah Nabi SAW dianggap kuno.

Mereka akan bawa macam2 slogan untuk mengaburi mata kita. Contoh yg dah ada skrg 'Free Country', 'Gender Equality', 'Love Have No Boundaries', dan macam2 lagi bakal timbul kelak.

Boleh bayang tak apa yg akan jadi 30 tahun akan datang?

Boleh bayang tak zaman apa yg bakal anak cucu kita hadap nanti?

Jika fahaman ini sudah menjadi normal dan mula diajar kepada anak2 kita, bersedialah gais. Fitnah terbesar akhir zaman baru sahaja bermula.

Semoga kita dan keluarga kita dijauhkan daripada fitnah akhir zaman dan bala kemurkaan ALLAH SWT.

P/s: Alhamdulillah AIA PUBLIC TAKAFUL masih lagi berpegang dgn konsep lumrah manusia. Tapi jika AIA sokong gerakan ni, aku tinggal AIA. Sumpah aku tinggal!

06/04/2022

Apakah persiapan anda untuk Ramadhan tahun ni?
Ramadhan sudah 3 hari berlalu. Bazar ramadhan sesak dengan orang.
Bermula 1 April sudah dibenarkan untuk rapatkan sah. Masjid sudah upgrade karpet dan tandas. Seperti keadaan kembali normal.
Tapi tu semua persiapan duniawi sahaja. Apakah persiapan akhirat kita menjelang Ramadhan tahun ni?
Cuba kongsikan di bawah. Ramai yang tak tahu nak buat apa bulan Ramadhan ni. Mungkin ilmu anda digunakan oleh beribu orang. Ilmu yang di ajar boleh bawak masuk kubur dan takkan habis bahkan semakin bertambah.
Komen dekat bawah ye 😉

07/02/2022

Krisis makanan akan tiba kurang dari 2 tahun lagi!

Sudah tiba masanya kita prepare makanan sendiri untuk survive akhir zaman!!

06/02/2022

Harga ayam dah jadi kayangan. Kalau saya ajar macam mana bela ayam sendiri, korang berminat?

24/01/2022

Kenal rumput petang ni

03/01/2022

Cuba tag idola penternak anda kat bawah. Kalau dia reply, peluang anda untuk jadi penternak berjaya semakin dekat. 😘

19/12/2021

Semoga semua penternak tabah menghadapi ujian banjir tahun ni. Cuba komen ujian anda kat bawah. Mana tahu kita boleh buat tabung kilat 😭

15/12/2021

Menyesal sangat tak focus beberapa perkara ni dahulu sebelum terjun bidang penternakan!

Tapi masa tak dapat diputar kembali, yg dah lepas tu lepas la. Sekurangnya saya dapat belajar apa yg patut disediakan sebelum masuk bidang ni.

Kat bawah saya list 4 perkara yg saya akan buat sebelum buka apa jenis kandang (no 4 paling penting kalau nak start secara kecil-kecilan)

1. Buat kira2 mengenai kos, profit and lost dan risk management.

Yg belom masuk bidang ni, mesti akan nampak kos haiwan dan makanan je. Tapi sebenarnya ada lagi kos lain yg tersembunyi.

Contohnya manpower, maintenance, ubat, supplement, 'pinggan mangkuk', berapa profit per season, apa risk yg perlu elak utk kekalkan profit.

B*k lagi kena ambil kira. Tu tak termasuk lagi marketing kos dan after sale service.

2. Strategy apa yg paling sesuai dgn jenis ternakan, location kandang/reban, dan harga yg paling b*k demand.

Kena pastikan anda fulfill semua ni kalau taknak bela secara paksa rela. Takut terlebih kos pengurusan.

3. Yang paling penting, sumber makanan haiwan tu sendiri. Adakah kita nak 100% dedak atau ada alternatif lain utk support makanan harian.

Contohnya padang rumput utk ternakan ruminan, ladang jagung utk ternakan unggas.

Kalau ada tempat mcm ni lagi bagus. Berapa b*k kos yg kita boleh save.

4. Adakah kita 'sekung' dgn ternakan yg bakal kita pilih tu?

Sebenarnya, bukan secara lahiriah kita tak boleh bela sesejenis haiwan tu. Orang kita panggil tak sekung disebabkan ilmu tak cukup.

Saya dulu ingatkan tak sekung jugak, rupanya kalau belajar lebih details, perkataan sekung tu sebenarnya utk orang yg malas belajar dan kurang motivasi.

Orang yg ada ilmu, yg sakit boleh sihat, yg sendu jadi aktif, yg kurus jadi gemok.

Sebab tu pentingnya ilmu sebelum mulakan apa2 sahaja tindakan. Fikir sebelum buat.

Saya sendiri pun masih belajar lagi, melawat kandang orang lain, belajar drpd pengalaman orang lain, baca buku 2 buah seminggu. Semua ni utk jadi 'SEKUNG'.

Saya tak cakap bela ni mustahil kalau takde ilmu langsung sbb sebelum saya mulakan bisnes ni, sentuh lembu pun tak pernah. Jumpa lembu je buka 1000 langkah sbb takut kena 'sodok' 😂😂😂

Tapi semua ni achievable dan possible kalau anda betol2 nak. Yg taknak akan bagi 1001 alasan, yg nak akan cuba 1001 cara. Betol?

Jadi anda bagaimana? Nak teruskan jugak? Follow je page Pfarm utk tambah ilmu dan belajar drpd pengalaman orang lain.

P/s : sebenarnya b*k lagi yg saya nak share dlm page ni. Boleh anda sharee sikit posting ni tanda support saya dan team. Lagi b*k yg support, lagi semangat kami nak bagi tips dan ilmu utk anda semua.

Edit : saya rasa nak buat baju utk community kita. Menarik tak? Sape setuju komen Yes kat bawah. Kalau ramai kita proceed dlm masa terdekat InshaAllah

14/12/2021

Jangan salah ciduk ilmu. Rugi satu hal, ditipu satu hal lain.

Dekat 300+ pm dan komen yg saya terima masih lagi tak terbalas. Semua mengadu nasib yg sama.

Saya tak sempat nak reply satu2. Terlalu b*k kekangan masa sejak jadi mak bidan kambing ni.

Sebelum saya terjun bidang ni, saya pernah melawat 10 reban orang lain. Semua tak sama saiz dan rupa.

Ada yg bela cara atas tanah, ada yg bela atas kayu, ada yg buat kandang, ada yg ikut formula.

Saya jadi pening, nak ikut mana satu ni?

So saya ambil keputusan buat yg paling senang je dan jimat. Saiz 25x20 kaki, buat atas tanah, pakai simen. Paling murah dan cepat siap.

Lepastu masuk anak ayam 300 ekor. Tak sampai sebulan semua arwah 😅 kebanyakan disebabkan penyakit berjangkit.

Sedih jugak buat tak jadi. Orang lain 4 minggu dah boleh makan hasil. Kita 2 seminggu dah separuh takde.

Lepastu tanya geng2 otai, rupanya saya salah teknik. Lain tempat lain cara. Saya ni main hentam je asal siap.

So saya interview sorang2 kenapa dia buat jadi saya buat tak jadi. Agak letih jugak sbb kandang dorang bukan dekat. Ada yg parking atas bukit, ada jugak negeri lain.

Tapi lepas berguru dgn master2 ni, alhamdulillah ada perubahan. Biasa anak ayam mti 40 ekor sehari jadi 4 ekor sehari. Okey la tu drpd mti semua kan.

Jadi saya rasa kalau saya tahu sorang je benda ni, mcm tak adil plak. Ramai yg berminat tapi tak tahu nak cari ilmu ni kat mana.

Dah sampai masanya utk kita semua berganding bahu, bersatu menjalinkan ukhuwah sesama kita. Saya plan nak tubuhkan satu group fb atau tele, khas utk kita support each other.

Group yg saya plan ni, tak sama dgn group lain yg ada dlm fb ni. Group lain biasanya b*k jual beli, tak support, asyik kena kecam je kalau buat salah.

Group yg saya plan ni utk kita focus betol2 bangunkan industri ternakan ruminan dan unggas. Takde jual beli dalam tu. Semua berkongsi ilmu sahaja.

Kenapa saya terfikir nak buat mcm ni?

Nak melawat satu2 reban, makan masa dan duit. Drpd kita melawat jauh2, apakata kita suruh dorang share je dalam group mcm mana dorang boleh sampai sejauh ni. Buat jnterview ke mcm mana.

Kalau ada rezeki, kita invite orang yg berpengaruh dalam bidang ni spt coach bahar dan exco pertanian utk ajar kita dapatkan geran.

Jadi apa pendapat anda? Cuba komen kat bawah kalau anda ada apa2 cadangan atau tambah baik. Jgn lupa share kat kawan2 yg dah terjun bidang ni secara sengaja atau tidak sengaja.

13/12/2021

Sambung ayat di bawah : saya s**a bidang ternakan tapi.......

13/12/2021

Luahan penternak ayam yang jadi mangsa KAPITALIS

Sejak harga makanan naik ni, ramai dtg mengadu tersepit dan lost dalam industri penternakan. Ada yg tutup reban, ada yg tanggung hutang, ada yg tukar karier.

Saya yg dengar luahan hati dia pun boleh sebak. Mana tak nya, tu je hasil dorang utk tanggung keluarga, bayar bil dan survive dimusim kobid skrg ni.

Walaupun permintaan ayam dan daging sangat tinggi selepas sektor ekonomi dibuka, tapi sumber2 ni dimonopoli oleh geng2 kapitalis.

Mcm mana geng kapitalis tindas orang kita?

Dorang main harga. Dorang dah tahu skrg harga dedak makin naik, penternak kecil ni mengharapkan harga ayam dan daging akan naik sekali.

Tapi geng2 dorang jatuhkan harga kaw2, bawah harga modal!

Pemborong semestinya akan cari harga yg paling murah dan b*k walaupun takde kualiti.

Bayangkan kos utk sekilo ayam akk dalam rm7.50 skrg, geng2 ni dia sanggup jual bawah rm7 sekilo.

Kenapa dorang berani jual harga bawah paras modal? Sbb dorang taknak tanggung kos bela utk sebulan dua yg akan datang.

Kan rugi jugak tu, kenapa taknak buat untung walaupun sikit?

Sbb dorang bela secara kontrak. Dah ada yg bayar sebelum bela, jual plak secara pukal. Dorang balik modal je utk elak lebih b*k rugi.

Kita golongan penternak kecil ni kena tanggung kos makanan, kos bela, kos jual, kos reban dan manpower.

Kita plak dah all out, mana yg ada yg tu jela. Dorang dah ada support besar kat belakang kalau jadi pape.

Tup tup tup, kerajaan plak import ayam beku yg jauh lagi murah. Pembeli memang seronok dapat ayam murah, tapi kita yg kerja hakiki dlm bidang ni yg terpaksa tanggung.

Takkan nak buang ayam camtu je? Nak taknak jual bawah harga modal, tutup reban dan move on. Tu je yang mampu kami semua lakukakan utk survive.

Kalau nak cerita semua pasal konflik industri penternakan ni b*k lagi sebenarnya. Sbb tu tak ramai orang kita berjaya dlm bidang ni. Ada yg berjaya tapi 1 dlm 100000!!

Bukan mustahil tapi selagi semua penternak tak bersatu, tak mustahil industri ni akan berkubur suatu hari nanti.

Kalau ada yg nak luah tentang masalah bidang perternakan, dipersilakan komen kat bawah. Saya baca semua komen anda, dan saya hargai anda semua suport Pfarm.

Kita sama2 bangkit, kita bangsa penternak berjaya. From local to global. InshaAllah

Pfarm
Bangsa yg tersakiti

12/12/2021

Dari dulu lagi bangsa penternak dijadikan anak tiri!!

Ramai yg cakap sedap jadi penternak. Kerja kat kampung, petang boleh bawak anak bini jalan2, malam boleh lepak dgn kawan2.

Tapi takde sape tahu berapa kos yg kami harus keluarkan untuk cari sumber rezeki halal.

Lepas kerajaan umum sektor ekonomi boleh beroperasi seperti biasa bulan 8 haritu, permintaan bekalan daging dan ayam sangat tinggi.

Ramai penternak mula senyum, boleh tampung balik lost setahun haritu.

Disebabkan permintaan tinggi, taukey besar mula main harga. Dorang dah mula naikkan harga sbb kos makanan haiwan makin tinggi. Kami yg kecil ni tak dapat nak compete. Perbezaan harga jauh sgt.

Terpaksa la kitorang tunggu dorang habiskan stok dorang dulu. Habis je stok dorang, baru penternak kecil kecilan ni boleh jual hasil.

Kami ikut harga semasa je sbb harga tu je kami boleh buat untung sikit. Cuba bayangkan, harga dedak tahun ni je naik dekat 50%. Takkan kami taknak ambil untung lansung?

Kami bukan buat amal kebajikan, kami buat kerja utk tampung keluarga kami.

Ingatkan dah nampak cahaya kat depan lepas settle dgn taukey2 besar. Kami baru je nak melangkah, kerajaan umum nak masukkan ayam beku yg lagi murah drpd ayam sini.

Ternganga bangsa penternak!

Kalau import ayam luar, ayam kami sape nak beli? Kami kena beli dedak setiap hari, orang kat rumah pun kami kena jaga.

Takkan nak sedekah mcm tu je? Kos yg kami keluarkan sape nak tanggung?

Sejak kebelakangan ni ramai bangsa kami yg dah tewas. Ada yg terpaksa tutup reban selamanya, kembali ke bandar utk sara anak bini.

Tinggal saki baki yg tak seberapa lagi. Kalau semua penternak gulung tikar, semua makanan kena import, mcm mana ekonomi negara nak maju?

Kalau negara lain tiba2 stop supply makanan ke negara kita, sape nak mula kan balik kerja ni?

Tolonglah jgn anianya kami. Cukup lah korona dah buat kami menderita, jgn tambah lagi.

Ikhlas drpd
Penternak Muda Pfarm

12/12/2021

Assalamualaikum semua. Tumpang tanya semua fan Pfarm, siapa kat sini boleh design baju? Komen sat. Ada job nak pass ni 😁

29/08/2021
13/08/2021

Setuju 100%. Kalau dah cuba macam2 cara tapi tetap tak jadi jugak, cuba cek pagi kita. Mesti ada yg tak kena. 😉

Terima kasih sebab share ilmu yg semua orang patut tahu dan amalkan 👍🏻

Kenapa rezeki anda makin lama makin sempit walaupun dah cuba pelbagai cara termasuk bersedekah??

Perkara paling besar sekali yg banyak mengubah hidup saya sebagai entrepreneur adalah rutin pagi saya. Kalau pagi tu okey, InshaAllah hari saya akan okey sampai masuk waktu tidur. Tapi kalau pagi tu dah out, dah boleh bayang masalah yg datang nanti akan berlarutan.

Sebelum ni saya sama je seperti anak muda lain. Malam melalut lepak mamak sampai 3 4 pagi. Balik tidur, tengahri baru bangun. Lepastu komplen kenapa susah sale nak naik. Padahal dah pakai b*k cara, refer ramai sifu, sale tang tu jugak.

Sejak saya amal bangun sebelum subuh, bukan rezeki je mudah masuk. Nak close sale senang giler. Order masuk tak henti dari pagi sampai malam. Tubuh pun selalu sihat, jarang sangat la saya MC. Paling best, hidup tenang dan dada ni rasa lapang je walaupun sibuk kerja manjang.

Selama ni saya rahsiakan tips ni daripada umum. Bukan taknak bagitau sape2 tapi ni cara saya buat, takut ada yg tak setuju. Saya bukan orang alim atau orang yg layak kongsikan benda ni, tapi ni 6 tips saya utk kekal bertenaga selepas subuh walaupun tidur pukul 4 pagi.

1. Yang paling susah adalah mujahadah utk tidur awal. Letak phone jauh2 selepas jam 10 malam, tutup lampu dan serahkan kerja yg tak settle tu kepada saya yg esok.

2. Mindset nak bangun pagi. Doa dan mintak bangun sebelum subuh. Baca doa dan azam betol2 nak bangun awal. Malaikat akan kejutkan kita. Tak percaya? Try dulu.

3. Kunci jam 5 kali. Saya kunci jam pakai phone je. Pakai ringtone yg paling kuat dan bising atau yg paling sakit telinga. Jangan pakai lagu yg mendayu atau lagu yg kita s**a dengar. End up kita akan benci dengar lagu tu nanti.

Biasanya lepas bangun tidur kita akan tekan butang snooze kalau alarm bunyi. Biarkan dia bunyi banyak kali sampai kita serabut dan bangun dari katil.

4. Bangun pagi minum air masak 2 gelas. Masuk tandas buang air kecil, ambil wuduk dan basuh kepala. Kalau sempat berus gigi sekalu utk lebih fresh. Lepastu solat terus, jangan landing atas katil lagi.

5. Kalau rasa mengantuk lagi, minum kopi atau air manis. Air manis akan bagi kita tenaga utk kita stay up pagi tu. Kalau nak stretching pun boleh tapi jarang sgt saya buat. Cukup la solat sebagai senaman pagi 😆

6. Kalau semalam penat buat kerja, tahan kejap daripada tidur balik. Sambung tidur selepas pukul 9 pagi. Jangan ajar tidur lepas subuh. Hilang keberkatan rezeki kita utk haritu.

Biasanya saya akan berjemur bawah matahari sambil tengok sunrise. Badan jadi makin segar, kepala yg sendat akibat tak cukup tidur pun akan hilang. Penangan vitamin D cahaya matahari barangkali.

Haaaaa tu jela 6 tips ringkas yg saya selalu amalkan. Bukan copy cik goggle ye, ni yg betol2 saya amalkan tau. Awal2 je kena struggle sikit utk istiqamah. Skrg ni tak perlu pakai alarm dah. Set je dalam kepala, nanti bangun sendiri. Selamat mencuba dan selamat beramal ye.

P/s : kalau boleh jangan tidur selepas subuh sbb dia mewarisi papa kedana dan jangan tidur selepas asar sbb dia mewarisi gila. Kalau mengantuk sangat tidur sebentar sebelum zohor sebab tu adalah sunat.

P/s : jangan lupa share posting ni jika anda rasa artikel ni bermanfaat ye. Dan jangan lupa follow Funnel+ utk tambah ilmu bisnes korang ye.

MrP
Admin yg hensem 😎

09/08/2021

Nak survey sikit. Sape sini orang Besut, Terengganu? Komen i satu kali. Saya ada berita menarik 🤩

07/08/2021

Cari benda tersembunyi. Sape jumpa sila komen 'wow' kalau jumpa 😆
P/s: alhamdulillah settle sembelih dan lapah sekor lembu charolais untuk diagihkan kepada asnaf hasil jv dengan NGO tempatan. Dapat daging lebih 100kg untuk lembu ni. Tu tak termasuk tulang dan barang dalam ye.

06/08/2021

"Ya Allah, sesungguhnya Engkau tidak pernah memungkiri janji-janji Mu" 😭🤲🏻

Tak pernah saya rasa sebak sebegini. Kalau betol Allah nak tunjuk kejap je.

2 minggu lepas adalah ujian paling mencabar, getir dan sangat berat dalam hidup saya sepanjang bergelar penternak sepenuh masa.

Berbaki Rm206 je dalam poket utk survive, setiap hari saya termenung jauh fikir macam mana nak teruskan bidang ni. Kos makanan makin lama makin meningkat. Dedak lembu seguni Rm55 sekarang.

Bela 9 ekor lembu besar2 ni, paling kurang 1 guni dedak sehari. Tu tak termasuk kambing 30 ekor lagi. Kos untuk makanan sahaja dekat rm100 sehari.

Mesti ada yg tertanya2, kenapa tak jual je binatang tu sekor dua. Boleh jugak cover kos makanan.

Saya dah cuba jual sekor2 dan borong, promot habis tempat dalam group fb, wasep, tele, bagitahu orang kampung tapi semua tak berminat. Ada yg datang tengok tapi tak jadi ambil. Padahal jual harga modal je.

Skrg kan musim orang tengah takde duit, lembu susah nak laku. Lagi2 lembu besar mcm ni. Ramai yg datang tengok tapi semua balik tangan kosong.

Dahi dah mula berkerut. Lepastu saya ingat pesan ustaz saya dulu, kalau ada masalah istighfar b*k2 dan sedekah la apa yg ada dalam poket tu.

Lepas solat jumaat haritu, terdetik dalam hati saya utk masukkan Rm100 dalam tabung masjid walaupun sebelum ni tak pernah sekali pun sedekah b*k2.
Biasanya saya masukkan singgit dua je. Tu pun kalau ingat la.

Skrg baki tinggal lagi Rm106 utk hidup, saya nekad utk serahkan semuanya pada Allah sebagai pengatur hidup saya.

Asbab sedekah haritu, hati dah mula rasa tenang sikit, boleh buat kerja macam biasa. Pagi cuci kandang, petang potong rumput. Boleh gosok2 kambing tanpa rasa serabut kepala.

Ingatkan panas sampai ke petang, rupanya hujan di siang hari. Kejadian kalini yg buatkan saya terduduk dan speechless sepanjang hari.

Salah sekor lembu jantan saya yg agak besar dan liar sikit tiba2 terlepas dari kandang. Dia langgar pagar chainlink tu sampai tercabut dan pergi ke rumah jiran sebelah. Dan dia calarkan kereta jiran sebelah!!

Aduhhhhh!!!

Masa kejadian tu saya kat rumah tengah makan pagi. Jiran call cakap lembu masuk rumah. Dia tak mampu nak halau lembu tu sbb lembu tu garang sikit. Jiran tu plak orang tua..

Macam mana la lembu tu boleh plak terlepas dan saya tak faham kenapa dia boleh garu2 tanduk dia dekat kereta jiran tu. Padahal b*k lagi tempat lain yg dia boleh garu, pintu kereta tu jugak dia pilih.

Saya dah mula panik dah, mata dah mula berkaca. Ambil masa tenangkan diri kejap sambil minum air, partner plak call cakap ada sekor anak kambing mati disebakan terlekat kaki kat celah lantai kayu. Dan anak kambing tu adalah anak kambing kesayangan saya yg selalu saya dukung sambil sapu lantai!

Allahu Akbar!!

Dapat je berita tu, kaki ni rasa lemah sangat sampai kan saya terpaksa bersandar dekat dinding. Perlahan2 saya duduk bersandarkan dinding rumah sbb dah tak mampu nak berdiri dah.

Dugaan silih berganti. Airmata tak berhenti mengalir. 2 kejadian berturut2 dalam 1 hari. Dosa apa lagi yg saya buat sampai diuji sebegini!

Nak baiki kereta jiran pun tak mampu dengan duit banyak ni je. Ketuk body dan polish kereta dekat Rm500 jugak. Nak pinjam duit orang lain pun tak boleh. Skrg semua orang tengah struggle utk hidup.

Petang tu jugak saya pergi masjid, istighfar b*k2 supaya ampunkan segala dosa saya dan doa seikhlas hati semoga diberi petunjuk. Saya betol2 dah buntu dan tersepit!

Hati saya tetap teruskan utk bersangka baik dengan Allah. Ini adalah ujian utk hamba yg dia kasihi.

Tiba2 tangan saya bergerak dgn sendiri capai dompet dalam poket. Saya nampak tangan saya bukak dompet dan ambil duit Rm100 skeping dan masukkan dalam tabung masjid.

Tapi entah kenapa saya tak rasa menyesal walau sedikit pun walaupun baki yang ada cumalah Rm6 sahaja untuk hidup. Cuma saya yakin, cukup lah Allah sebagai tempat saya bergantung dan Allah takkan menzalimi hambaNya.

Dengan baki yg cukup2 utk beli air 3 tin, saya gagahkan jua untuk teruskan perjalanan ke kandang walaupun kaki dah mula goyang.

Keesokan harinya adalah detik yg paling bersejarah, yang memberi pengajaran paling mendalam dalam hidup saya buat selama-lamanya.

Tengah sapu lantai kandang kambing, tiba2 saya dapat call dari sebuah NGO yg agak famous di bandar tanya pasal lembu untuk dismbelih. Dorang tengah cari 4 ekor lembu yg besar untuk agihkan daging lembu tempatan kepada asnaf dalam daerah.

Saya dah mula cakap gagap2 dengan orang tu sebab tak pernah lagi dalam hidup saya ada orang mintak nak beli lembu b*k2 sekaligus. Biasanya yg cari nak beli sekor je. Ni first time dapat call macam tu.

Saya cakap saya ada je lembu yg dia nak tu. Saya bagitahu harga dan detail serba sedikit pasal lembu tu dan hantar gambar dekat orang NGO tu.

Tak cakap banyak, dia setuju time tu jugak nak amik 6 ekor terus walaupun tengok melalui gambar je!

Biar betol dia ni??

Dia cakap dia serius nak beli dan terus bank in dulu separuh tanpa tawar menawar walau satu sen pun. Allahuu.... 😭😭

Tak sempat NGO tu bayar habis, petang tu datang plak sorang pakcik ni jalan2 pusing kampung masuk kandang saya. Dia tanya ada ke lembu nak jual.

Saya tunjuk lembu 3 ekor lagi yg tak terjual. 6 ekor dah ada orang booking pagi tadi dan dah bayar separuh.

Selepas saya sebut harga, dia tawar menawar sikit2, dia bagi cash terus depan mata untuk 3 ekor lembu tu. Rupanya pakcik tu dah datang dgn lori cuma dia parking jauh sikit.

Terketar2 tangan saya terima cash 5 angka dari pakcik ni. Allahu Akbar!!!

Dalam masa sehari, lembu saya sekandang habis diborong dengan harga market. Bukan sekor tapi 9 ekor sekaligus!!

Ya Allah, malunya aku berhadapan denganMu. PertolonganMu benar dan tepat pada masanya 😭😭

Saya sedekah Rm200 je tapi Allah balas balik lebih 200 kali ganda!! Hasil jualan haritu saja cecah Rm50k!!

Sesungguhnya Allah adalah sebaik2 perancang!

Tak berhenti airmata ni mengalir sambil sujud syukur mengenangkan betapa hebatnya perancangan Allah SWT sediakan untuk hambaNya. Walaupun diuji dengan masalah berat dari kiri kanan, Allah tetap bersama hambaNya yg sabar.

Betol la apa yg Allah SWT janjikan kepada hambaNya,

Tidak akan rugi orang yg bersedekah, malah akan ditambahkan lagi nikmat jika engkau bersyukur.

Rupanya ujian yg diberikan kepada saya selama ni adalah untuk menyedarkan saya bahawa tidak ada pertolongan yg lebih berkuasa melainkan pertolongan dariNya jua. Allah cuma nak kita berharap kepadaNya sahaja. Tu je sebenarnya.

Kejadian ni betol2 menginsafkan dan memberi kesan yg mendalam terhadap diri saya. Semakin banyak kita bagi semakin banyak kita dapat. Yang penting jangan jemu utk mintak pertolongan dari Allah SWT dan selalu bersangka baik denganNya.

Dunia ni tempat ujian, kalau dia nak bagi sekejap je, begitu jugak kalau dia nak tarik. Sekelip mata pun boleh hilang. Dan saya yakin 1000% tidak akan rugi orang yg s**a bersedekah.

InshaAllah dengan duit sale yg saya ada skrg ni, boleh la saya teruskan projet saya yg dah lama tergendala dulu. Jika tiada halangan, saya yg akan umumkan dalam masa terdekat kepada umum.

Semoga Allah selalu lindungi kita dari sifat tamak dan cintakan dunia fana yg sementara ni. Jom kita berbisnes sambil kejar akhirat yg kekal abadi selama-lamanya.

P/s: apa yg saya ceritakan di atas bukan niat utk menunjuk2 atau mendabik dada, tapi sebagai motivasi utk anda dan diri saya sendiri utk terus bersedekah walau dalam apa jua keadaan dan apa jua bidang yg anda ceburi.

Tak kisah lah anda berkerja sendiri atau kerja bawah orang lain, jangan pernah rasa takut utk memberi kepada orang lain. Tak rugi sikit pun malah makin bertambah nikmat yg anda akan dapat nanti.

Sesungguhnya Allah SWT Maha Memberi Nikmat kpd hambaNya. Percayalah kalau Allah dah tetapkan rezeki tu hak milik kita, dia tetap akan jadi milik kita jugak walaupun di luar kotak pemikiran kita. InshaAllah

P/s: saya plan nak smbelih lembu daging sekor seminggu utk setiap daerah sbb saya perasan daging import terlalu banyak dalam pasaran.

Kalau saya bukak order daging lembu tempatan termasuk delivery sampai depan pintu rumah, ramai tak yg berminat? Tolong semua komen kat bawah ye. Kalau ramai InshaAllah saya akan bukak dalam waktu yg terdekat ni

04/08/2021

Betol ke daging import tak halal?

Saya perhatikan sekeliling, dari bandar sampai ke kampung, banyak sangat daging import dalam pasaran. Daging tempatan jarang sangat jumpa. Kalau ada pun selalu habis stok sebelum tengahari.

Bukan saya cakap daging import ni tak sedap, tapi rasa manis daging tu kurang kalau compare dgn lembu tempatan. Daging pun keras macam makan chewing gum. Mungkin sebab terlalu lama dalam freezer.

Memandangkan stok daging tempatan makin berkurangan di negara kita, saya plan nak sembelih lembu sekor sehari untuk setiap satu daerah. Dan kita sediakan delivery secara percuma untuk setiap tempahan sebagai permulaan.

Kalau saya buat macam ni, ramai tak yg nak berminat? Cuba anda komen kat bawah. Kalau ramai yg nak, saya nak susun betol2 idea ni. Kalau takde saya cancel jela niat ni.

19/07/2021

Ramai masyarakat kita yang berlumba2 mengambil bahagian korban tapi tak dapat fadhilat ibadat korban jika abaikan benda ni.

Perkara ni terjadi dekat seluruh dunia, bukan setakat negara kita je.

Apabila menjelang hari raya korban, semua setuju negeri belah pantai timur yg paling meriah. Tapi ramai yg tak tahu syarat2 sah pemilihan lembu/kambing utk dijadikan korban yg mengakibatkan ibadat kita tidak diterima.

Ramai yg sangka lembu/kambing yg sudah bersalin gigi atau cukup umur sudah cukup utk dijadikan korban. Tapi hakikat yg sebenarnya masih lagi tidak mencukupi syarat utama utk dijadikan ibadah korban.

Ada 4 syarat sah utama yg perlu kita ambil kira sebelum melakukan ibadah korban.

1. Lembu/kambing yg tidak terlalu kurus sehingga menampakkan semua tulang yg ada.

2. Lembu/kambing yg masih ada deria penglihatan. Jika rabun masih boleh dimaafkan tapi tidak digalakkan.

3. Lembu/kambing yg tidak tempang/kecok/sakit kaki hingga mengakibatkan susah utk makan dan jaga diri sendiri.

4. Sakit yg teruk sehingga tidak berselera utk makan. Ini akan mengakibatkan kurang rasa daging lembu/kambing tersebut, malah akan mengurangkan timbangan daging.

Ini adalah ringkasan sahaja. Ada b*k lagi kriteria yg perlu diambil kira sebenarnya, tapi 4 ni adalah syarat utama yg wajib kita ambil tahu. Syarat ni yg akan menentukan ibadat kita diterima atau tak.

Sebenarnya kita selalu terikut2 dgn adat dan budaya masyarakat setempat tanpa mengetahui hukum hakam yg telah ditetapkan oleh ulama2 terdahulu.

Jangan sebab kita nak korban daging yg murah, kita sia2 kan ibadat korban yg setahun sekali je. Haiwan yg dikorbankan akan menjadi tunggangan kita utk melintasi Titian Sirat menuju ke syurga. Lagi besar, sihat dan cukup sifat haiwan tersebut lagi bagus.

Orang lain nanti naik Ferarri, kita naik Kancil je. Mesti sedih kan? Huhuhu

Jangan sayangkan duit utk labur lebih sikit sebab ibadat korban ni utk diri sendiri jugak, bukan utk orang lain. Kita takkan nampak hasilnya sekarang, tapi kita takkan rugi kalau kita bagi yg terbaik skrg.

Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat islam seluruh dunia. Semoga ibadah korban kita diterima Allah SWT InshaAllah

MrP
Penternak bukan ustaz

Want your business to be the top-listed Food & Beverage Service in Jerteh?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

Kenal rumput petang ni
Cari benda tersembunyi. Sape jumpa sila komen 'wow' kalau jumpa 😆... P/s: alhamdulillah settle sembelih dan lapah sekor ...
Tolong jangan abaikan kalau kambing dah ada simptom barah susu
Alhamdulillah rezeki penutup tahun 20207/12/2020Tengahri tadi, Partner ajak mancing sebelah kandang. Dia dah menunjuk ik...
Bagaimana nak hasilkan berat ayam lebih 2kg dalam masa 40 hari tanpa modal yang besar**Video Khas kepada golongan yang b...

Category

Telephone

Address


Jerteh
22000

Other Farms in Jerteh (show all)
Mefer - Pakar Sawit jantan Mefer - Pakar Sawit jantan
Jerteh
Jerteh, 22000

Formula Terbaru untuk mengatasi masalah Pokok Sawit Jantan . Senang/Murah/Berkualiti

ifarm hidroponik ifarm hidroponik
Jerteh

ifarm hidroponik, pembekal sayuran segar, bersih, tanpa racun

Golden Egg Golden Egg
96 Kampung Lapan Kotak
Jerteh, 22000

Membekal dan menjual telur itik mentah dan telur masin. 100% bumi putra produk muslim.

Ayam Kampung Besut Ayam Kampung Besut
Jerteh, 22000

selling chicken livestock (ayam kg) selling frozen chicken (ayam kg) jual ayam kampung kacuk hidup jual ayam kampung frozen

Kambing & Biri-Biri Murah Kambing & Biri-Biri Murah
Lot 881 Kampung Tasek, Pasir Akar
Jerteh, 22000

Kami membekalkan kambing & biri-biri

Pasha Agro Farm Pasha Agro Farm
Lot 4504, Jalan Pasir Akar, Kg Darau
Jerteh, 22000

Pasha Agro Farm Location : Besut, Terengganu Ternakan : 1. Arnab Pedaging, Baka & Hiasan 2. Kambing 3. Lembu

Keluaran ladang Keluaran ladang
No 5 PASAR TANI KEKAL JERTEH
Jerteh, 2200