Resepi memikat hati suami dan Anak-Anak
Nearby food & beverage services
81100
81100
81100
81100
81100
johor bahru
81100
81100
81100
81100
81100
81100
81100
81100
81100
You may also like
Assalammualaikum boleh kongsi kan resepi apa hari ni masak ap untuk memikat hati suami dan anak-anak���
Resepi Ayam Masak Bali
Bahan-bahan diperlukan:
1.1/2 ekor ayam saiz sederhana, potong ikut s**a, cuci bersih dan toskan*
2.1 camca teh penuh kunyit serbuk*
3.3/4 camca teh garam*(*disatukan, gaul rata dan perap sekejap)
4.6 batang serai, diketuk
5.4 pelepah daun kari
6.1 camca besar kicap lemak manis JALEN
7.1/3 cawan cili kisar
8.1 camca besar rata gula (atau secukup rasa)
9.Garam secukup rasa
10.1/2 cawan air
Bahan kisar:
1.4 biji bawang besar
2.8 ulas bawang putih
3.1 inci halia
4.1/2 inci belacan
Cara memasak:
Goreng ayam tadi hingga hingga masak, tapi jangan sampai garing.Dalam kuali yang sama, cedok keluar minyak dan tinggalkan kurang lebih 1/4 cawan minyaknya.
Tumis serai hingga harum, masukkan daun kari dan masak sekejap.
Tambah bahan2 kisar halus dan cili kisar. Kacau rata, masak hingga garing dan naik minyak.
Masukkan gula dan garam secukup rasa. Tambah ayam, gaul rata dan tuang air. Masak hingga pekat. Kacau sekali sekala.
Akhir sekali masukkan kicap lemak manis, gaul rata dan masak sekejap. Rasa dan jika okey boleh matikan api dan boleh dihidangkan
SELAMAT MENCUBA☺️
RESEPI MEMIKAT HATI SUAMI DAN ANAK-ANAK 😍 😘 😘
Resepi Ayam Goreng Kunyit
Bahan-bahan diperlukan:
4-5 keping dada ayam – potong kecil
3 batang kacang panjang – potong panjang
1 biji kuning telur
1 sudu makan tepung gandum
1/2 sudu teh garam, perasa, gula
1/2 batang lobak merah – potong kecil
1 biji bawang besar – potong/ mayang
3 ulas bawang putih – ketuk/ cincang
1-3 cili merah & hijau – mayang
Minyak masak – secukupnya
Cara memasak:
Masukkan isi ayam yang telah dipotong bersama garam, kunyit, kuning telur dan tepung ke dalam mangkuk. Gaulkan semua bahan sehingga sebati.
Kemudian, panaskan minyak masak dan goreng semua bahan yang telah digaul tadi sehingga hampir garing. Angkat dan toskan ayam itu. Diingatkan supaya tidak menggoreng terlalu lama, takut ayam keras.
Keluarkan lebihan minyak dan tinggalkan sedikit untuk menumis. Tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau. Kemudian, tambahkan bahan lain; kacang panjang, lobak merah, dan cili. Tumis bersama garam, gula dan perasa seperti sos tiram.
Gaulkan semua bahan sehingga sebati dan naik bau. Masukkan ayam yang telah digoreng dan gaul sekali lagi sehingga semua bahan sebati bersama ayam. Jangan goreng terlalu. Apabila semua bahan sudah masak, tutup.
Hidangan sedia untuk dihidangkan.
SELAMAT MENCUBA☺️
RESEPI MEMIKAT HATI SUAMI DAN ANAK-ANAK 😍 😘 😘
Resepi Apam Puteri Ayu
(Sukatan cawan)
Bahan-Bahan :
3 biji telur
1 cawan gula pasir
1 sudu kecik ovelate
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecik baking powder
1 cawan santan kotak
1 penutup esen pandan
1 penutup pewarna hijau
kelapa parut+sedikit garam+sedikit tepung gandum(Gaul sebati. kukus sekejap)
Cara-Cara Menyediakan:
Ayakkan tepung bersama baking powder
Mixer telur..gula..ovalate dan esen pandan hingga kembang putih..
Masukkan santan selang seli dengan tepung.
Mix sebati smapai gebua baru tuang pewarna hijau..Mix sebati lagi sekali bagi setakat warna nya..
Sapu acuan dengan sedikit minyak..Tekan kelapa yang dah kukus tadi dekat dasar acuan..
Tuang adunan tepung paras acuan..
kukus 10-15 minit api besar
SELAMAT MENCUBA☺️
RESEPI MEMIKAT HATI SUAMI DAN ANAK-ANAK 😍 😘 😘
Resepi Ayam Goreng mamak
Bahan-bahan:
1 ekor ayam
6 sudu makan tepung jagung
6 sudu makan tepung beras
3 tangkai daun kari
Bahan untuk dikisar:
6 ulas bawang putih
2 inci halia
5 tangkai cili kering
2 sudu makan rempah kari
1 biji telur
Garam secukup rasa
1 sudu makan serbuk lada sulah
Cara:
1. Perap ayam dgn bhn kisar..tepung jagung.. tepung beras dan daun kari selama 1 jam..Perap lagi lama lagi sedap..
2. Panaskan minyak & goreng ayam hingga MASAK...
SELAMAT MENCUBA☺️
RESEPI MEMIKAT HATI SUAMI DAN ANAK-ANAK 😍 😘 😘
Resepi Lepat Pisang
Bahan-bahan:
2 cawan pisang yg telah dilenyek(40 hari atau yg sesuai utk buat lepat)
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan kelapa parut
4 sudu besar gula(boleh kurangkan atau lebih, bergantung pada citarasa)
3 sudu besar pati santan
Secubit garam
Daun pisang secukupnya(layurkan)
Cara Membuatnya:
1. Daun pisang yg telah dilayur, sapu dgn kain bersih, potong segiempat sama dan ketepikan.
2. Pisang yg sudah dilenyek, dicampur dgn tepung, gula, kelapa parut, santan dan garam. Gaul rata.
3. Kalau adunana agak keras, tambahkan sedikit pati santan dan kalau lembut tambahkan tepung. Bagi saya adunannya mmg agak lembut sedikit. Kalau banyak tepung, nanti lepatnya keras dan kurang sedap.
4. Ambil 1 ke 2 sudu besar, letakkan atas daun pisang dan bungkus serta lipatkan kedua2 hujungnya. Susunkan ke dalam pengukus.
5. Panaskkan kukusan dan biarkan air mendidih. Kemudian baru kukuskan lepat selama 30 minit atau sehingga masak...
SELAMAT MENCUBA☺️
RESEPI MEMIKAT HATI SUAMI DAN ANAK-ANAK 😍 😘 😘
KEK SUSU GEBU KUKUS
Bahan bahan:
1 cawan minyak jagung
1 cawan susu pekat
5 butir telur
1/2 cawan gula kastor
2 cawan tepung kek (tepung superfine, tepung gandum pun boleh)
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar ovelet
3 jenis pewarna
Cara cara
1. Guna loyang kek 8 inci Sapukan dengan sedikit minyak supaya tak melekat.
2. Panaskan kukus dalu
3 Ayak tepung dan baking powder
4. Pukul telur, gula dan ovelet hingga gebu
5 Masukkan susu pekat, esen vanilla dan minyak. Pukul sampai sebati.
6 Masukkan tepung. Gunakan speed perlahan atau kaup balik adunan dengan menggunakan senduk sehigga sebati
7. Bahagikan 4 atau 3 adunan kedalam mangkuk. Warnakan setiap adunan mengikut warna kegemaran anda
8. lapiskan adunan mengikut warna sehingga habis. Tutup loyang kek dengan aluminium foilt atau balut pertutup kukus untuk mengelakkan air wap masuk kedalam kek...Kukus selama 45 minit.(kalau tahu dia masak cocok guna lidi tau garpu kalau tak melekat mana dah masak)
SELAMAT MENCUBA☺️
RESEPI MEMIKAT HATI SUAMI DAN ANAK-ANAK 😍 😘 😘
PAPUDAK (Kuih Orang BANJAR)
BAHAN-BAHAN:
1/2 cawan tepung beras
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung ubi
3/4 cwn gula (klu nak kurang manis boleh kurangkan
1 cawan air daun pandan
1 1/2 santan kotak + 1/2 cawan air
(Klu guna santan asli boleh guna semua santan pekat)
Sedikit air kapur(ambik jerenis saja)
Sedikit garam
Daun (dilayur dahulu)
Tali rafia atau getah gelang
Semua bahan ni blender & tuang dlm periuk, masak diatas api sederhana & sentiasa kacau.. Masak sekejap je asal pekat, Jgn sampai bergentel ye
👉Tuang dlm kelongsong & ikat kuat.. buat kelongsong ada ad bawah
👉 Didihkan air dlm kuali tau periuk..masukkan papudak td & rebus 15-20 min atau sehingga kelongsong nampak penuh & membulat
👉 Sejukkan & buka daun pisang mcm kupas pisang.. PAPUDAK yg jadi bila goyangkan takkan patah..
siap😋
SELAMAT MENCUBA☺️
RESEPI MEMIKAT HATI SUAMI DAN ANAK-ANAK 😍 😘 😘
Resepi Apam Puteri Ayu
(Sukatan cawan)
Bahan-Bahan :
3 biji telur
1 cawan gula pasir
1 sudu kecik ovelate
2 cawan tepung gqndum
1 sudu kecik baking powder
1 cawan santan kotak
1 penutup esen pandan
1 penutup pewarna hijau
kelapa parut+sedikit garam+sedikit tepung gandum(Gaul sebati. kukus sekejap)
Cara-Cara Menyediakan:
Ayakkan tepung bersama baking powder
Mixer telur..gula..ovalate dan esen pandan hingga kembang putih..
Masukkan santan selang seli dengan tepung.
Mix sebati baru tuang pewarna hijau..Mix sebati lagi sekali..
Sapu acuan dengan sedikit minyak..Tekan kelapa yang dah kukus tadi dekat dasar acuan..
Tuang adunan tepung paras acuan..
kukus 10-15 minit api besar
SELAMAT MENCUBA☺️
RESEPI MEMIKAT HATI SUAMI DAN ANAK-ANAK 😍 😘 😘
Resepi kuih denderam
BAHAN-BAHAN:
1 paket tepung beras cap gajah 1 ( 500 gm )
2 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
1 cawan air..
Minyak secukupnya untuk menggoreng
Cara2 nya..
Satukan semua bahan2 dlm periuk...kecuali tpg beras...
Masak sampai gula larut dan mendidih...
Kemudian tapiskan terus air gula yg panas2 kedalam bekas yg berisi tepung beras..
Kacau dgn menggunakan sudip kayu...kacau adunan sampai betul2 sebati..
Apabila sudah sebati adunan akan cair..maksudnya apabila kita kaup pastu angkat adunan..ianya akan jatuh kedlm bekas..
Seperti dlm gambar tu ye..ok kalo dah sebati adunan kita peram kan dia semalaman atau sekurang2 nya 5-6 jam..
Peram kat luar tau bukan dlm peti ais..
Ok keesokan harinya p**a blh lah kita uli..
Ok kita mulakan dgn melumurkan minyak sedikit ketapak tangan..pastu ambil doh sikit sapukan juga minyak..
Pastu bulan seperti buah melaka dah leperkan ambil lidi bulatkan tengah..tp jgn nipis sangat tau takut nanti masa goreng akan menjadi keras p**a...
Pastikan minyak dipanaskan dahulu..pastu masukkan doh yg telah diterap tadi..pastikan masuk satu2..tunggu timbul dulu baru masukkan yg lain..
Sbb nanti ianya melekat..dan blhlah dipusingkan supaya ianya masak sekata..dan itulah hasilnya apabila siap digoreng..
SELAMAT MENCUBA😊
RESEPI MEMIKAT HATI SUAMI DAN ANAK-ANAK 😍 😘 😘
Masak lemak cili api
udang-nenas
Bahan-Bahan:
1/2 kilogram udang
Bahan untuk di kisar:
4 ulas bwg merah
3 ulas bwg putih
1 1/2 inci kunyit hidup
1 1/2 inci halia
15 biji cilipadi
Bahan-bahan lain:
garam dan gula
2 batang serai(di titik)
3 cawan santan
1/2 biji nenas dipotong ikut kes**aan
Cara Penyediaan:
Bahan kisar di masukkan kedalam periuk
Masukkan nenas..bersama santan dan serai..masak sehingga nenas lembut
Sentiasa kacau kuah supaya tak pecah minyak
Masukkan garam dan gula secukup rasa
Masukkan udang selama 2 minit..jangan terlalu lama untuk mengelakkan udang daripada keras
Tutup api dan hidangkan..
SELAMAT MENCUBA😊
RESEPI MEMIKAT HATI SUAMI DAN ANAK-ANAK 😍 😘 😘
Assalammualaikum boleh kongsi kan resepi apa hari ni masak ap untuk memikat hati suami dan anak-anak���
RESEPI APAM BALIK
BAHAN-BAHAN:
*2 cawan tepung gandum
*1 1/4 cawan air
*1/2 cawan gula
*1/2 sdk soda bikarbonat
*1 sdk baking powder
*1 sudu marjerin @ butter(cairkan dulu)
*1 biji telur
*Sedikit garam
*Pewarna kuning
Bahan tabur
Gula
Kacang tanah (kisar kasar )
Jagung manis(dalam tin)
*Blend semua bahan diatas..perap dalam 15 minit bleh terus dibakar tutup dalam bp min bila naik tabur kan gula..kacang kisar dan jagung bila dah siap masak blh di lipat 2 dan potong..masak meguna kan api selow
SELAMAT MENCUBA😊
RESEPI MEMIKAT HATI SUAMI DAN ANAK-ANAK 😍 😘 😘
Resepi kuih onde-onde ( buah melaka )
Bahan-Bahan (5-6 orang)
- 500 gram tepung pulut
- Air secukupnya
- 1 sudu kecil pewarna daun pandan
- 1 keping gula Melaka (dipotong kecil-kecil)
- Kelapa parut(digaul bersama secubit garam)
Cara-cara
1. Gaul tepung pulut dan dengan air..Masukkan pewarna daun pandan..
Kalau nak lebih sedap..guna air daun pandan yang telah dikisar..
2. Ambil adunan sebesar ibu jari dan gentel menjadi bulat supaya
senang nak anggarkan saiznya..kemudian leperkan..
3. Letakkan gula melaka dan gentel menjadi bulat-bulat
4. Masak air dalam periuk sehingga mendidih..
5. Masukkan kuih ke dalam periuk dan angkat apabila kuih-kuih tersebut timbul iya Sudah masak dan boleh di akat..
6. Gaulkan kuih tadi dengan kelapa parut..
Siap untuk dimakan😋
SELAMAT MENCUBA😊
RESEPI MEMIKAT HATI SUAMI DAN ANAK-ANAK 😍 😘 😘
KASWI GOYANG GEDIKS
BAHAN-BAHAN:
1 cawan gula merah
1 cawan gula pasir
2 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi
6 cawan air
1 sudu besar air kapur(ambik air jerenis nya saja)
• 3 sudu besar kicap lemak manis(nak bg warna gelap)
1.Masak gula merah bersama daun pandan dan gula pasir dan air hingga gula larut...sejukkan dan tapiskan..
2.Masukkan tepung² dalam mangkuk/besen dan masukkan bancuhan air gula merah td dgn air kapur dan kicap kacau hgga rata..kalau ada tepung timbul2 sila tapis..
3.Panaskan pengukus..acuan lompang disapu minyak..panaskan acuan dlm 5 minit pastu tuang adunan dan kukus 15 minit dengan api besar..angkat dan biar sejuk baru dicungkil..hidang dgn kelapa parut +garam(kukus sekejap).
*Saya balut penutup kukus dgn kain supaya air kena kuih..
TIPS LESUNG PIPIT:acuan lompang mesti dipanaskan terlebih dahulu dan guna api besar..inshaa allah ada lesung pipit😊
SELAMAT MENCUBA☺️
RESEPI MEMIKAT HATI SUAMI DAN ANAK-ANAK 😍 😘 😘
Apam Pisang Kukus
BAHAN-BAHAN
1 cawan gula(tak nak manis blh kurangkan gula)
1 cawan minyak masak
2 cawan pisang yg dilenyek (pisang lemak manis)
2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil soda bikarbonat
3 biji telur
Masukkan semua bahan dlm mangkuk besar.
Putar sehingga sebati & kukus..
Utk acuan kecil2, kukus 15 minit api besar.
Utk loyang, kukus 45 minit api besar.
(air dah mendidih kukus )
Tips: kalau nak apam nampak urat2 pisang tu selepas lenyek pisang tu biarkan sekejap dlm 15minit baru dimasukkan dlm bancuhan adunan InsyaAllah cantik kejadiannya 😍
Selamat Mencuba😊
resepi memikat hati
suami dan Anak-Anak 😍 😘 😘
RESEPI AYAM MASAK MERAH
Bahan-bahan:
1 ekor ayam -potong 16 ikut la korang la nak potong bpe dan basuh sampai bersih tuskan air..
(ayam tadi gaul Garam, kunyit dan goreng - jangan garing sangat.)
3 biji bawang besar (size besar tau)*
4 ulas bawang putih*
1 1/2 inci halia*
Serai 1 batang *
20 bji lada kering*(rebus)
(Blend semua bahan bertanda *)
5 sudu besar sos cili
2 biji tomato
3 ulang bawang putih Mayang
1 baji bawang merah mayang
2 batang serai - diketuk
1 kulit kayu manis
3 bunga lawang
5 buah pelaga
6 bunga cengkih
Daun sup
Garam.. Aji.. gula pasir dan gula merah secukupnya
Cara-cara:
Panas kan minyak(minyak lebih goreng ayam tadi ) tumis bawang yg di mayang dengan kayu manis..bunga lawan..bunga cengkih dan buah pelaga naik bau Masukkan bahan blend..tumis sampai dia pecah minyak
Masukkan gula pasir dan gula merah secukup nya dan sos cili dan tomato...biar seketika dan kacau sekali lg
Lepastu boleh lah masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan batang sup Masukkan aji tau garam kalau kurang rasa gaul kan sebati masuk kan sedekit air bg dia kering sedekit ok
Siap! Tabur kan daun sup buah tomato kecik sebagai perhiasan
SELAMAT MENCUBA 😋
RESEPI MEMIKAT HATI SUAMI DAN ANAK-ANAK 😍 😘 😘
Resepi kuih getah
Bahan2.
2 cawan tepung pulut
1 cawan tepung gandum
1 cawan kelapa parut lapisan putih
1/2 sudu teh garam
Sedikit air
Minyak utk menggoreng
Bahan untuk sira
1 cawan gula
1/2 cawan air
Cara cara
1.Satu kan tepung pulut, tepung gandum dan kelapa dalam bekas dan masukkan garam sedikit, gaul..
2.Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh lembut masa betok taruk tepung gamdum kat tagan dan dulang .
Bentuk doh mengikut cita rasa anda..
Goreng dengan api sederhana sehingga menjadi warna kuning2..
Cara sira
Air dan gula di masak hingga pekat..
Baru masukkan kuih tadi..
Kacau hingga kering dengan api sederhana..
RESEPI MEMIKAT HATI SUAMI DAN ANAK-ANAK 😍 😘 😘
PUDDING CARAMEL TANPA TELUR
Bahan-bahan:
* 3 sudu besar gula pasir (untuk dijadikan gula hangus)
* 1 peket agar-agar serbuk (10g)
* 4 cawan air
* 1 cawan gula pasir
* 1/2 cawan susu pekat manis
* 1 tin susu cair
* 3 sudu besar tepung kastard
* 1 sudu kecil esen vanila
Cara-cara:
1. Taburkan gula pasir di dalam loyang. Masak hingga keperangan. Kemudian goyangkan loyang supaya gula hangus tadi sekata di sekeliling loyang. KETEPIKAN.
2. Kemudian, dalam bekas lain, masukkan susu cair, tepung kastad dan esen vanila. Kacau hingga tidak berketul.
3. masukkan p**a agar-agar serbuk, air, susu pekat manis dan gula ke dalam campuran no. 2 tadi. Pastu masak ler atas dapur.
4. Kacau sehingga bahan-bahan masak dan mendidih, kemudian tuangkan ke dalam loyang gula hangus.
5. Bila dah sejuk sikit, masukkan ke dalam peti ais. Lebih kurang 2 - 3 jam....
6. Bila dah sejuk...letak dalam bekas secara terbalik...taraaaaa....gula hangus dah duk atass...cun jer.
SeLAMAT MencuBA...
RESEPI MEMIKAT HATI SUAMI DAN ANAK-ANAK 😍 😘 😘
Click here to claim your Sponsored Listing.
Videos (show all)
Category
Website
Address
Johor Bahru
81100
Johor Bahru, 81100
POPIA DAGING FROZEN MAMPAT main branch : JOHOR BAHRU others pickup location: subang jaya/batu pahat
No. PTD 64406 Jalan Kempas Lama, Kampung Sinaran Baru
Johor Bahru, 81300
Established in 1987, we are a premier Malaysian Bumiputra enterprise renowned for crafting Malaysian signature soy sauce, chili sauce, and more. Definitely your choice! Doorgiftby...
Kantin Berjaya Assembly
Johor Bahru, 81200
Norz Kitchen Menerima Pelbagai Jenis Tempahan Masakan Yang Pastinya Menepati Selera Anda Dalam Setiap Suapan..
Johor Bahru, 81000
Delicious vadai and Cendol at Jb town... Taste good and crunchyn .. Don’t forget to try our cendol...! Do drop by and support our small business.. #supportsmallbusiness Location...
Johor Bahru
𝔽𝕠𝕠𝕕 | 𝔹𝕖𝕧𝕖𝕣𝕒𝕘𝕖𝕤 | 𝔻𝕖𝕤𝕤𝕖𝕣𝕥𝕤 �Desserts order 2 -3 days before �Delivery available (JB)
Johor Bahru, 81100
Bismillahirrahmanirrahim, Kami menyajikan tart nenas gulung yang sedap resepi dari mak kami. InsyaAllah menepati selera tak kira usia.
Kg. Melayu Majidee
Johor Bahru
Nak cari popcorn macam dekat wayang?? Cubalah Popcorn D'Raja!! Sekali cuba, pasti nak lagi..
Jalan Camar, Taman Perling
Johor Bahru, 81200
Bat Coconut Shake Taman Perling
1, Jalan Indah 16/8, Taman Bukit Indah
Johor Bahru, 81200
25年好滋味,服务每个好吃嘴。 不管晴天雨天大热天,总有清汤干捞来相伴。 面粿条米粉老鼠粉,任君挑选,好好味。