Bahagian Kejuruteraan Jentera JBPM Negeri Johor

𝗣𝗘𝗥𝗙𝗘𝗖𝗧 𝗢𝗡 𝗙𝗢𝗖𝗨𝗦

18/08/2024

18 OGOS 2024

TAHNIAH PKPgB Tc. MOHD FAIZ BIN RAMLI MENDAPAT PINGAT PERAK ACARA GOLF KATEGORI MEDAL C.

Photos from Bahagian Kejuruteraan Jentera JBPM Negeri Johor's post 17/08/2024

Semoga berjaya buat semua kontinjen Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Johor.

"𝗣𝗘𝗥𝗙𝗘𝗖𝗧 𝗢𝗡 𝗙𝗢𝗖𝗨𝗦"

𝑲𝑱𝑻 𝑱𝑩𝑷𝑴 𝑵𝑬𝑮𝑬𝑹𝑰 𝑱𝑶𝑯𝑶𝑹

Photos from Bahagian Kejuruteraan Jentera JBPM Negeri Johor's post 16/08/2024

𝑺𝑼𝑲𝑩𝑶𝑴 2024
============

Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera, Salam Malaysia Madani. Salam Muafakat Johor.
Salam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Berprestasi Tinggi, Cepat dan Mesra.

Selamat Maju jaya buat semua pegawai dan anggota yang mewakili kontinjen JBPM Negeri Johor pada SUKBOM 2024 di Negeri Kedah dan Perlis.

Sekian.

Terima kasih.

"𝗣𝗘𝗥𝗙𝗘𝗖𝗧 𝗢𝗡 𝗙𝗢𝗖𝗨𝗦"

𝑲𝑱𝑻 𝑱𝑩𝑷𝑴 𝑵𝑬𝑮𝑬𝑹𝑰 𝑱𝑶𝑯𝑶𝑹




Hairi Md Shah
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Johor

05/08/2024
Photos from Bahagian Kejuruteraan Jentera JBPM Negeri Johor's post 24/07/2024

𝗪𝗢𝗥𝗟𝗗 𝗗𝗥𝗢𝗪𝗡𝗜𝗡𝗚 𝗣𝗥𝗘𝗩𝗘𝗡𝗧𝗜𝗢𝗡 𝗗𝗔𝗬
::𝗔𝗡𝗬𝗢𝗡𝗘 𝗖𝗔𝗡 𝗗𝗥𝗢𝗪𝗡, 𝗡𝗢 𝗢𝗡𝗘 𝗦𝗛𝗢𝗨𝗟𝗗::
=======================================

Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera, Salam Malaysia Madani. Salam Muafakat Johor.
Salam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Berprestasi Tinggi, Cepat dan Mesra.

Sempena Kempen World Drowning Prevention Day yang disambut pada 25 Julai setiap tahun, kami selaku Urusetia Majlis Keselamatan Aktiviti Di Air (MKAA) berbesar hati untuk memberi peringatan kepada anda semua tentang perkara ini bagi meningkatkan kesedaran berkaitan keselamatan di air. Cegah sebelum terlambat. Kejadian lemas boleh dielakkan. Kita mampu merancangnya

Sekian.

Terima kasih.

"𝗣𝗘𝗥𝗙𝗘𝗖𝗧 𝗢𝗡 𝗙𝗢𝗖𝗨𝗦"

𝑲𝑱𝑻 𝑱𝑩𝑷𝑴 𝑵𝑬𝑮𝑬𝑹𝑰 𝑱𝑶𝑯𝑶𝑹




Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Johor
Majlis Keselamatan Aktiviti Air

19/07/2024

Hebahan untuk semua pegawai JBPM.

🔊MAKLUMAN PENGAMBILAN ANGGOTA PASKUB BAHARU

🔊Imbas kod atau klik pautan https:https://drive.google.com/file/d/1cmjDaGozu7fXDhKjOy-4swLPD1Cx7OiM/view?usp=drive_link bagi mendapatkan borang permohonan dan syarat kelayakan penuh.

Tarikh tutup permohonan 01 OGOS 2024.

Sekian, terima kasih.

Photos from Bahagian Kejuruteraan Jentera JBPM Negeri Johor's post 03/07/2024

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗘𝗟𝗘𝗡𝗚𝗚𝗔𝗥𝗔𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗞𝗔𝗟𝗔 𝗕𝗔𝗚𝗜 𝗝𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗔 𝗕𝗢𝗠𝗕𝗔 𝗝𝗕𝗣𝗠 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗝𝗢𝗛𝗢𝗥 𝗕𝗜𝗟 1/2024
=======================================

Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera, Salam Malaysia Madani. Salam Muafakat Johor.
Salam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Berprestasi Tinggi, Cepat dan Mesra.

Tarikh: 16-28 June 2024
Tempat: BBP Seluruh Negeri Johor

Penyelenggaraan ini dijalankan bagi memastikan semua Jentera Bomba JBPM Negeri Johor berada di dalam keadaan yang baik. Selain itu, penyelenggaraan ini juga bagi memenuhi kehendak dan keperluan yang telah ditetapkan di dalam Perintah Tetap Ketua Pengarah Bil 1 Tahun 2019 bertarikh 2 March 2019. Penyelenggaraan ini dijalankan di Balai Bomba dan Penyelamat seluruh Negeri Johor. Aset yang terlibat ialah Jentera Bomba jenis Fire Rescue Tender (FRT) dan Lite Fire Rescue Tender (LFRT)

Program penyelenggaraan ini melibatkan anggota daripada KJT Negeri Johor yang dibahagikan kepada tiga(3) pasukan iaitu Pasukan Alpha, Pasukan Bravo dan Pasukan Charlie dengan kekuatan dua(2) orang setiap pasukan.

Terima kasih diucapkan kepada Bahagian Latihan JBPM Negeri Johor atas pinjaman Kenderaan Utiliti jenis Isuzu 3tan. Terima kasih juga kepada semua Ketua Balai dan anggota-anggota JBPM Negeri Johor di atas kerjasama yang telah diberikan.

Sekian.

Terima kasih.

"𝗣𝗘𝗥𝗙𝗘𝗖𝗧 𝗢𝗡 𝗙𝗢𝗖𝗨𝗦"

𝑲𝑱𝑻 𝑱𝑩𝑷𝑴 𝑵𝑬𝑮𝑬𝑹𝑰 𝑱𝑶𝑯𝑶𝑹




Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Johor

28/06/2024

𝐌𝐀𝐊𝐒𝐔𝐃 13 𝐒𝐈𝐌𝐁𝐎𝐋 𝐀𝐒𝐀𝐒 𝐃𝐈 𝐌𝐄𝐓𝐄𝐑 𝐊𝐄𝐑𝐄𝐓𝐀 𝐀𝐍𝐃𝐀

1. Lampu brek tangan
Lampu ini merupakan indikator brek tangan anda masih digunakan. Apabila meletakkan kenderaan anda untuk tempoh yang lama atau parking, pastikan lampu ini menyala – menunjukkan brek tangan sudah digunakan. Apabila hendak bergerak, pastikan lampu pada simbol ini tidak menyala yan menandakan brek tangan sudah dimatikan.

2. Lampu check engine
Lampu penunjuk kereta ini merupakan indikator keadaan enjin anda.
Sekiranya kereta anda tidak boleh dihidupkan atau menghadapi kesukaran untuk dihidupkan dan lampu ini menyala, besar kemungkinan terdapat masalah pada enjin anda.
Sila hubungi bengkel kereta yang berdekatan untuk untuk melakukan pemeriksaan lanjut pada enjin kereta anda.

3. Lampu bateri
Sekiranya lampu ini sudah menyala, menandakan bahawa bateri kereta anda mungkin sudah rosak atau lemah dan sudah tiba masanya untuk menukar dengan bateri yang baru.

4. Lampu sistem ABS
Antilock Braking System atau singkatannya ABS adalah satu sistem kompleks untuk mengelakkan roda kereta anda terkunci apabila membrek.Sekiranya simbol ini menyala ketika anda menekan brek, bermakna sistem ABS anda berfungsi dengan baik. Namun, sekiranya simbol lampu penunjuk kereta ini menyala walaupun anda tidak membrek, besar kemungkinan terdapat masalah pada sistem ABS anda dan segera ke bengkel kereta untuk pemeriksaan.

5. Lampu Traction Control System(TCS)
Simbol yang menyerupai gambar sebuah kereta seperti tergelincir ini merupakan indikator untuk Traction Control System(TCS), sebuah sistem yang mengawal tayar anda daripada hilang cengkaman.
Lampu ini akan menyala sekiranya sistem TCS dimatikan (secara manual) dan akan menyala dan berkelip apabila sedang berfungsi.

6. Lampu tahap minyak
Lampu ini biasanya akan menyala apabila tahap bahan bakar kereta anda berada di tahap yang rendah.
Segera ke petrol minyak yang berdekatan untuk mengisi minyak.

7. Lampu tali pinggang keledar
Lampu indikator yang menandakan tali pinggang keledar tidak dipakai oleh pemandu.
Sesetengah kereta turut mengeluarkan amaran sekiranya penumpan di hadapan tidak memasang tali pinggang keledar apabila kereta sedang bergerak

8. Lampu suhu enjin
Sekiranya simbol ini berwarna biru, bermakna enjin anda masih belum cukup panas (biasanya pada awal pagi) untuk pemanduan optimum – pandu perlahan terlebih dahulu untuk menjaga kesihatan enjin anda. Namun sekiranya berwarna panas, terdapat masalah pada enjin anda – kemungkinan tangki radiator dan enjin kereta anda terlalu panas. Dalam keadaan ini, berhentikan kenderaan anda di tempat yang selamat untuk biarkan ia sejuk dan segera lakukan pemeriksaan.

9. Lampu minyak enjin
Ini merupakan lampu amaran kuantiti minyak enjin.
Sekiranya menyala ketika anda sedang memandu, enjin anda berkemungkinan besar kekurangan minyak hitam / minyak enjin.

10. Lampu untuk Electric power steering (EPS)
Lampu amaran ini akan menyala apabila kunci anda diputar ke posisi ON dan akan terpadam sebaik sahaja enjin dihidupkan.
Namun, jika masih menyala apabila enjin kereta sudah dihidupkan, besar kemungkinan sistem Electric power steering (EPS) mempunyai masalah – anda akan rasa stereng anda sangat berat untuk dipusingkan.

11. Lampu beg SRS
Apabila lampu amaran bagi beg SRS menyala, sila bawa kereta anda ke pusat servis pengeluar kereta anda kerana ini merupakan indikator amaran bahawa beg keselamatan udara kereta anda sedang mempunyai masalah.

12. Lampu pintu kereta
Lampu penunjuk kereta ini akan menyala apabila salah satu pintu kereta atau bonet anda tidak ditutup rapat.

13. Lampu mod ECO
Lampu ini hanya terdapat pada sesetengah kereta baharu yang mempunyai mod Economy. Perkataan ECO disini merupakan singkatan kepada Economy yang bermakna anda sedang memandu dengan penggunaan bahan api yang lebih efisien.

"𝗣𝗘𝗥𝗙𝗘𝗖𝗧 𝗢𝗡 𝗙𝗢𝗖𝗨𝗦"

𝑲𝑱𝑻 𝑱𝑩𝑷𝑴 𝑵𝑬𝑮𝑬𝑹𝑰 𝑱𝑶𝑯𝑶𝑹




Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Johor

**𝑠𝑢𝑚𝑏𝑒𝑟 𝑒𝐶𝑒𝑛𝑡𝑟𝑎𝑙

Photos from Bahagian Kejuruteraan Jentera JBPM Negeri Johor's post 24/06/2024

𝗣𝗘𝗡𝗚𝗨𝗝𝗜𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗨𝗛 𝗗𝗔𝗡 𝗟𝗔𝗧𝗜𝗛𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗕𝗔𝗚𝗜 𝗔𝗦𝗘𝗧 𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗕𝗢𝗠𝗕𝗔 𝗗𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗝𝗢𝗛𝗢𝗥.
=======================================

Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera, Salam Malaysia Madani. Salam Muafakat Johor.
Salam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Berprestasi Tinggi, Cepat dan Mesra.

Tarikh: 24 June 2024
Tempat: Jeti Pelabuhan Tanjung Langsat, Pasir Gudang

Pengujian penuh dan latihan ini melibatkan aset pam High Capacity Mounted Foam Monitor Pumping System dan Kenderaan Khas High Perfomance Pump Module (Hydro Sub). Pengujian penuh dan latihan ini merupakan inisiatif Bahagian Kejuruteraan Jentera (KJT) bersama Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat (BOKP) dengan kerjasama Balai Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Gudang. Turut hadir Penolong Pengarah Operasi Negeri, PgKB I Azmi bin Ab Rahim. Syarikat yang dilantik bagi penyelenggaraan berpusat iaitu Mega Trans Auto Enterprise dan Asia Positif Sdn Bhd turut terlibat.

Tujuan utama adalah bagi memastikan aset-aset ini siapsaga untuk digunakan. Selain itu, memberi latihan kepada anggota mengikut prosedur yang ditetapkan pengeluar. Pengujian ini menggabungkan antara kedua-dua aset. Antara ujian yang dijalankan adalah relay pumping test, vacum test dan suction hose test.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak TLP Terminal Sdn Bhd dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung bagi menjayakan pengujian dan latihan ini.

Sekian.

"𝗣𝗘𝗥𝗙𝗘𝗖𝗧 𝗢𝗡 𝗙𝗢𝗖𝗨𝗦"

𝑲𝑱𝑻 𝑱𝑩𝑷𝑴 𝑵𝑬𝑮𝑬𝑹𝑰 𝑱𝑶𝑯𝑶𝑹




Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Johor
Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Gudang Johor
TLP-Terminal

Photos from Bahagian Kejuruteraan Jentera JBPM Negeri Johor's post 21/06/2024

𝗣𝗘𝗡𝗚𝗨𝗝𝗜𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗧𝗔𝗨𝗟𝗜𝗔𝗛𝗔𝗡
𝗞𝗼𝗻𝘁𝗿𝗮𝗸 𝗣𝗲𝗿𝗸𝗵𝗶𝗱𝗺𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗻𝘆𝗲𝗹𝗲𝗻𝗴𝗴𝗮𝗿𝗮𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗕𝗲𝗸𝗮𝗹𝗮𝗻 𝗔𝗹𝗮𝘁 𝗚𝗮𝗻𝘁𝗶 𝗕𝗼𝘁 𝗞𝗲𝘃𝗹𝗮𝗿 𝗝𝗕𝗣𝗠 𝗕𝗮𝗴𝗶 𝗧𝗲𝗺𝗽𝗼𝗵 𝗗𝘂𝗮(2) 𝗧𝗮𝗵𝘂𝗻.
=======================================

Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera, Salam Muafakat Johor dan Salam Malaysia Madani.
Salam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Berprestasi Tinggi, Cepat dan Mesra.

Tarikh: 19-20 June 2024
Tempat: MSET Kuala Terengganu

Pengujian ini melibatkan dua(2) unit bot jenis kevlar milik JBPM Negeri Johor, KCB09 - BBP Mersing dan KCB24 - BBP Skudai yang baharu siap dibaiki mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan melalui kontrak pusat. Pengujian ini dijalankan antara Pusat Kejuruteraan Jentera JBPM, Bahagian Kejuruteraan Jentera JBPM Negeri Johor, anggota daripada BBP Mersing dan BBP Skudai bersama wakil daripada MSET Shipbuilding Corporation Sdn Bhd.

Terdapat beberapa protokol ujian telah dijalankan untuk memastikan 2 unit bot kevlar ini berada dalam keadaan siapsiaga untuk digunakan. Antara ujian yang dijalankan adalah Speed Test, Manuevering Test, Astern & Emergency Test, System Functioning Test dan Enduro Test. Protokol ujian ini mengambil masa 5jam dari Limbungan MSET, menyusuri Waterfront Kuala Terengganu, Pulau Bidong hingga ke Pulau Redang.

Sekian.

Terima kasih.

"𝗣𝗘𝗥𝗙𝗘𝗖𝗧 𝗢𝗡 𝗙𝗢𝗖𝗨𝗦"

𝑲𝑱𝑻 𝑱𝑩𝑷𝑴 𝑵𝑬𝑮𝑬𝑹𝑰 𝑱𝑶𝑯𝑶𝑹





Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Johor
Balai Bomba & Penyelamat Mersing
Balai Bomba dan Penyelamat Skudai
MSET Shipbuilding Corporation Sdn. Bhd.

17/06/2024

𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐑𝐀𝐘𝐀 𝐀𝐈𝐃𝐈𝐋𝐀𝐃𝐇𝐀 𝟏𝟒𝟒𝟓𝐇

Aidiladha disambut oleh umat Islam di seluruh dunia dengan penuh keinsafan dan pengertian yang besar yang mana sejarah pengorbanan agung Nabi Ibrahim a.s., isteri Baginda, Siti Hajar dan anakanda Baginda Nabi Ismail a.s yang menjadi iktibar untuk sentiasa diingati oleh seluruh umat Islam. Berdasarkan peristiwa pengorbanan keluarga Nabi Ibrahim ini menunjukkan tiada perintah yang lebih utama melainkan perintah Allah SWT.

Hari Raya Aidiladha juga merupakan simbol ketaatan, ketakwaan dan kehambaan kita kepada Allah SWT. Semoga setiap pengorbanan yang kita lakukan dengan penuh keikhlasan demi agama, bangsa dan negara akan menjadikan kita tergolong dalam kalangan hamba-Nya yang dirahmati serta mendapat keredhaan daripada-Nya.

Semoga ibadah haji dan ibadah korban yang dilaksanakan tahun ini akan dapat disempurnakan dengan sebaiknya. Didoakan juga segala pengorbanan yang dilaksanakan, akan diterima oleh Allah SWT dan dikurniakan ganjaran yang terbaik di sisiNya.

"𝗣𝗘𝗥𝗙𝗘𝗖𝗧 𝗢𝗡 𝗙𝗢𝗖𝗨𝗦"

𝑲𝑱𝑻 𝑱𝑩𝑷𝑴 𝑵𝑬𝑮𝑬𝑹𝑰 𝑱𝑶𝑯𝑶𝑹





Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Johor

Photos from Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Johor's post 05/06/2024
Photos from Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Johor's post 26/05/2024

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗞𝗘𝗖𝗘𝗥𝗚𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗜𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧 𝗜𝗕𝗨 𝗣𝗘𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧 𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗕𝗢𝗠𝗕𝗔 𝗗𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗝𝗢𝗛𝗢𝗥 𝗦𝗜𝗥𝗜 6/2024
=======================================

Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera, Salam Malaysia Madani. Salam Muafakat Johor.
Salam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Berprestasi Tinggi, Cepat dan Mesra.

Antara aktiviti yang diadakan adalah senaman J-Robin dan tiga(3) permainan. Mengikut sumber, J-Robik adalah singkatan daripada Johor Aerobik. J-Robik telah diasaskan oleh Mantan Menteri Besar Johor, Tan Sri Dato' Hj Abdul Ghani bin Othman pada tahun 2000. J-Robik yang menggabungkan lima(5) elemen utama iaitu seni silat sendeng (Melayu), silambam (India), tai-chi (Cina), aikido (Jepun) dan tarian zapin dengan diiringi muzik yang digubah khas bagi menyesuaikan pergerakkan senaman dan muzik. J-Robik mendapat perakuan daripada pakar kardiovaskular dan ortopedik yang menyatakan senaman ini dapat memberikan kesan baik kepada pengamalnya dari segi kesihatan dalaman. Senaman ini merangkumi serta mengambil kira tahap koordinasi badan manusia dari sudut regangan, aerobik, fasa pemanasan badan dan kesesuaian fizikal. Tiga(3) permainan p**a adalah Lontar PingPong, Radio Karat dan KiriKanan Lompat.

Terima kasih kepada Aktivis Elite J.Robik Perdana dan Sdr. Farid Firuz Pengerusi Majlis Belia Daerah Johor Bahru yang membantu KJT menjayakan program ini. Terima kasih juga The.sweetlover yang telah menyediakan sajian makan dan minum.

Sekian.

Terima kasih.

"𝗣𝗘𝗥𝗙𝗘𝗖𝗧 𝗢𝗡 𝗙𝗢𝗖𝗨𝗦"

𝑲𝑱𝑻 𝑱𝑩𝑷𝑴 𝑵𝑬𝑮𝑬𝑹𝑰 𝑱𝑶𝑯𝑶𝑹





Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Johor

04/05/2024

Selamat Hari Anggota Bomba Sedunia 2024.

"Bomba Tonggak Penyelamatan Negara"

Jom datang beramai-ramai ke Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2024 yang akan diadakan di Tambun, Perak esok pada 04 Mei 2024 dari jam 8 pagi hingga 4 petang.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
Bomba Channel
KPKT Malaysia
MEDIA DIGITAL JOHOR
Mohd Jafni Md Shukor

29/04/2024

Tahniah diucapkan kepada Encik Nafasriq bin Mohmad Nur daripada Bahagian Kejuruteraan Jentera JBPM Negeri Johor dan semua penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang tahun 2023.

"𝗣𝗘𝗥𝗙𝗘𝗖𝗧 𝗢𝗡 𝗙𝗢𝗖𝗨𝗦"

𝑲𝑱𝑻 𝑱𝑩𝑷𝑴 𝑵𝑬𝑮𝑬𝑹𝑰 𝑱𝑶𝑯𝑶𝑹

09/04/2024
Photos from Bahagian Kejuruteraan Jentera JBPM Negeri Johor's post 02/04/2024

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐁𝐄𝐑𝐁𝐔𝐊𝐀 𝐏𝐔𝐀𝐒𝐀 𝐊𝐉𝐓 | 𝐑𝐚𝐦𝐚𝐝𝐚𝐧 1445𝐇
=======================================

Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera, Salam Malaysia Madani. Salam Muafakat Johor.
Salam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Berprestasi Tinggi, Cepat dan Mesra.

Tarikh: 1 April 2024 bersamaan 21 Ramadan 1445H
Lokasi: Grand AlMizan Danga Bay Convention Centre

Syukur Alhamdulillah sekali lagi aktiviti tahunan, berbuka puasa bersama ahli keluarga besar KJT telah berjaya diadakan. Semoga ukhwah bertambah erat dan dipanjangkan umur hingga bertemu Ramadan di tahun hadapan. Terima kasih kepada semua ahli keluarga yang terlibat.

Sekian.

Terima kasih.

"𝗣𝗘𝗥𝗙𝗘𝗖𝗧 𝗢𝗡 𝗙𝗢𝗖𝗨𝗦"

𝑲𝑱𝑻 𝑱𝑩𝑷𝑴 𝑵𝑬𝑮𝑬𝑹𝑰 𝑱𝑶𝑯𝑶𝑹

Photos from Bahagian Kejuruteraan Jentera JBPM Negeri Johor's post 27/03/2024

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗕𝗨𝗕𝗨𝗥 𝗟𝗔𝗠𝗕𝗨𝗞 𝗗𝗨𝗡 𝗟𝗔𝗥𝗞𝗜𝗡 2024
==================================

Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera, Salam Malaysia Madani. Salam Muafakat Johor.
Salam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Berprestasi Tinggi, Cepat dan Mesra.

Tarikh: 27 March 2024
Lokasi: Masjid Jamek Kampung Kurnia, JB

Anggota KJT dan BBP Larkin telah menyertai Program Bubur Lambuk DUN Larkin 2024 anjuran Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Larkin merangkap Exco Kerajaan Negeri Johor dengan kerjasama Masjid Jamek Kampung Kurnia, JPKK Kampung Kurnia dan Southern Volunteer.

Sebanyak 5 buah periuk berjaya disiapkan dan diagihkan kepada penduduk sekitar.

Terima kasih diucapkan kepada YB Tuan Hairi Md Shah, ADUN Larkin merangkap EXCO Kerajaan Negeri Johor dan Encik Saufi Adli Adam, Pegawai Pejabat DUN Larkin kerana beri peluang bagi menjayakan aktiviti ini bersama.

Sekian.

Terima kasih.

"𝗣𝗘𝗥𝗙𝗘𝗖𝗧 𝗢𝗡 𝗙𝗢𝗖𝗨𝗦"

𝑲𝑱𝑻 𝑱𝑩𝑷𝑴 𝑵𝑬𝑮𝑬𝑹𝑰 𝑱𝑶𝑯𝑶𝑹





Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Johor
Balai Bomba & Penyelamat Larkin, Johor Bahru

21/03/2024

Jom Sahur !

InsyaAllah esok subuh, saya berhasrat nak singgah Sahur dan Subuh berjemaah di :

Masa : 5.00 Pagi
Tarikh : 22/3/2024 (Jumaat)
Tempat : Surau Kuarters Bomba Kempas Permatang

Keluarga Permatang jom sahur sekali , boleh kita bertukar pandangan dan berkenalan satu sama lain. Set alarm sahur esok ya !

20/03/2024

𝐇𝐈𝐍𝐃𝐀𝐑𝐈 𝐒𝐈𝐍𝐃𝐑𝐎𝐌 𝐋𝐔𝐏𝐀, 𝐋𝐀𝐋𝐀𝐈 & 𝐋𝐄𝐊𝐀

Peringatan ikhlas daripada warga Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Johor

"𝗣𝗘𝗥𝗙𝗘𝗖𝗧 𝗢𝗡 𝗙𝗢𝗖𝗨𝗦"

𝑲𝑱𝑻 𝑱𝑩𝑷𝑴 𝑵𝑬𝑮𝑬𝑹𝑰 𝑱𝑶𝑯𝑶𝑹

Photos from Bahagian Kejuruteraan Jentera JBPM Negeri Johor's post 17/03/2024

𝗦𝗘𝗦𝗜 𝗧𝗔𝗞𝗟𝗜𝗠𝗔𝗧 𝗕𝗔𝗛𝗔𝗚𝗜𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗝𝗨𝗥𝗨𝗧𝗘𝗥𝗔𝗔𝗡 𝗝𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗔 𝗗𝗔𝗡 𝗕𝗔𝗛𝗔𝗚𝗜𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗕𝗔𝗞𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗝𝗕𝗣𝗠 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗝𝗢𝗛𝗢𝗥 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗧𝗜𝗠𝗕𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗧𝗨𝗔 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗔𝗥𝗔𝗛 (𝗣𝗘𝗠𝗕𝗔𝗡𝗚𝗨𝗡𝗔𝗡)
=====================================

Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera, Salam Malaysia Madani. Salam Muafakat Johor.
Salam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Berprestasi Tinggi, Cepat dan Mesra.

Tarikh: 17 March 2024
Lokasi:
1. Dewan Bakawali, Ibu Pejabat JBPM Negeri Johor
2. Bahagian Kejuruteraan Jentera JBPM Negeri Johor

Sesi taklimat ini melibatkan semua Pegawai dan Anggota daripada Bahagian Kejuruteraan Jentera dan Bahagian Keselamatan Kebakaran JBPM Negeri Johor bersama YAS Dato' Ir. Ts. Ahmad Izram bin Osman, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan). Sesi ini turut melibatkan Pusat Kejuruteraan Jentera (PKJ) JBPM yang dihadiri oleh Tuan Che Yuzahaisham bin Che Yusof, Pengarah PKJ.

Sebelah pagi, sesi ini berlangsung di Dewan Bakawali. Sesi ini membincangkan isu semasa dan isu berbangkit yang berkaitan kedua-dua Bahagian ini.

Di sebelah petang p**a, YAS Dato' Ir. Ts. Ahmad Izram bin Osman, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) yang diiringi oleh YS PKPjB Puan Siti Rohani binti Nadir dan Tuan Che Yuzahaisham bin Che Yusof, Pengarah PKJ telah meluangkan masa melawat dan beramah mesra bersama Pegawai dan Anggota KJT di Bahagian Kejuruteraan Jentera. Lawatan ini sedikit sebanyak memberi peluang kepada anggota KJT JBPM Negeri Johor bertemu secara bersemuka bersama YAS Dato'.

Akhir kata, KJT JBPM Negeri Johor amat terharu dan berbangga YAS Dato' TKP sudi 'turun padang' di KJT.

Sekian.

Terima kasih.

"𝗣𝗘𝗥𝗙𝗘𝗖𝗧 𝗢𝗡 𝗙𝗢𝗖𝗨𝗦"

𝑲𝑱𝑻 𝑱𝑩𝑷𝑴 𝑵𝑬𝑮𝑬𝑹𝑰 𝑱𝑶𝑯𝑶𝑹





Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Johor

11/03/2024

Salam Ramadan Al-Mubarak
1445 Hijrah / 2024 Masihi

"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu." (Surah Al-Baqarah : Ayat 183)

Ikhlas daripada:
YAS Dato' Ts. Nor Hisham bin Mohammad
Ketua Pengarah
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

Serta,

Seluruh Warga
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

Photos from Bahagian Kejuruteraan Jentera JBPM Negeri Johor's post 29/02/2024

𝔾𝔼𝕃𝕆𝕄𝔹𝔸ℕ𝔾 ℍ𝔸𝔹𝔸

Ujian pam angkut bersama anggota daripada BBP Kempas

Sekian.

"𝑷𝑬𝑹𝑭𝑬𝑪𝑻 𝑶𝑵 𝑭𝑶𝑪𝑼𝑺"

𝙆𝙅𝙏 𝙅𝘽𝙋𝙈 𝙉𝙀𝙂𝙀𝙍𝙄 𝙅𝙊𝙃𝙊𝙍

06/02/2024
Want your organization to be the top-listed Government Service in Johor Bahru?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

𝐂𝐀𝐑𝐀 𝐌𝐄𝐌𝐀𝐒𝐔𝐊𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐈𝐌𝐏𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐓𝐀𝐍 (𝐑𝐎𝐔𝐍𝐃𝐀𝐁𝐎𝐔𝐓) 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐁𝐄𝐓𝐔𝐋 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓.Sumber daripada instagram Polis Diraja Malaysia (...
𝗟𝗔𝗧𝗜𝗛𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗠𝗔𝗡𝗗𝗨𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗘𝗡𝗗𝗔𝗟𝗜𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗡𝗗𝗘𝗥𝗔𝗔𝗡 𝗞𝗛𝗔𝗦 (𝗞𝗘𝗠𝗕𝗔𝗟𝗜𝗞) 𝗕𝗔𝗛𝗔𝗚𝗜𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗝𝗨𝗥𝗨𝗧𝗘𝗥𝗔𝗔𝗡 𝗝𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗔 𝗝𝗕𝗣𝗠 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗝𝗢𝗛𝗢𝗥
KJT JBPM NEGERI JOHOR: 29-30 Oktober 2023 / 𝗟𝗶𝗯𝗮𝘁 𝗨𝗿𝘂𝘀 Program Jati Diri Pengurusan Tertinggi Jabatan dan Hari Pengujian...

Telephone

Address


Johor Bahru
80350

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 16:30
Sunday 08:00 - 17:00

Other Government Buildings in Johor Bahru (show all)
Surau Al-Muttaqin Surau Al-Muttaqin
Jalan Persiaran Dahlia, Taman Cempaka
Johor Bahru, 81200

Surau Al-Muttaqin, SK Taman Cempaka, Jln Persiaran Dahlia, 81200 Johor Bahru.

Jabatan Penerangan Negeri Johor Jabatan Penerangan Negeri Johor
Aras 8, Wisma Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, Jalan Limbat, Skudai
Johor Bahru, 81300

Laman rasmi Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Johor

RELA Negeri Johor RELA Negeri Johor
Kompleks KDN, Setia Tropika, Kempas
Johor Bahru, 81200

Portal ini dibangunkan dan dikawal selia oleh Unit Media Pejabat RELA Negeri Johor

TPJ - Taman Pertanian Johor TPJ - Taman Pertanian Johor
Lot 584, Mukim Sg Tiram, Kong-Kong Masai
Johor Bahru, 81750

JPJ Cawangan UTC JOHOR JPJ Cawangan UTC JOHOR
Galleria Kotaraya
Johor Bahru, 80000

Tourism Johor Tourism Johor
Suites 3-24 Johor Tourist Information Centre (JOTIC), No 2 Jalan Ayer Molek
Johor Bahru, 80000

The Official Facebook Tourism Johor

PKK Negeri Johor PKK Negeri Johor
Tingkat 5, Blok B, Wisma Persekutuan Jalan Ayer Molek
Johor Bahru, 80000

Memperkasakan Kontraktor dan Usahawan Bumiputera dalam Industri Binaan.