Anak Pokok Herba JB

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Anak Pokok Herba JB, Garden Center, Jalan UBI Kayu, Johor Bahru.

21/06/2024

KHASIAT MINUM AIR ASAM GELUGUR
------------------------------------------
Antaranya adalah:
1. Mengandungi nutrien-nutrien penting.

2. Tinggi dengan kandungan antioksidan.

3. Boleh membantu

*Mengurangkan Berat Badan.
*Berpotensi mencegah dan merawat kanser.
*Bersifat Antiradang.
*Boleh membantu menurunkan paras kolesterol.
*Boleh membantu menurunkan paras gula darah.
*Bersifat antibakteria dan antikulat.

19/06/2024

Masih bercampur aduk sebab tempat tak berapa nak proper. Semua kita sumbat tepi rumah. Di sebabkan minat dan sayang dengan koleksi herba dan pokok hiasan yang ada....bersempit-sempit dahulu ye .

1. Pokok kunyit
2. Temu lawak
3. Temu putih
4. Bawang Dayak
5. Rumput Beijing/Rumput Siti Khadijah
6. Pokok Limau Kasturi
7. Rizom Kantan Pink
8. Rizom kantan merah
9. Pokok Pecah Beling
10. Misai Kucing
11. Keladi Lambuk
12. Pokok chaya/Ajinomoto
13. Pokok Setawar
14. Sepulih daun bulat
15. Sepulih daun panjang
16. Sanserveira-pelbagai variety
17. Cekor
18. Bebuas
19. Anak pokok terung p**it
20. bunga kertas
21. Bunga telang
22. Pandan
23. Pandan serani
24. Pandan berduri
25. Serai acheh
26. Serai wangi
27. cincau hijau
28. Bangun-bangun hijau
29. Garot hijau
30. Garot putih
31. Pelbagai jenis puding
32. Katam seribu
33. Tembaga suasa
34. Kuchai

Mana yg berhajat..silalah wasap

Photos from Anak Pokok Herba JB's post 08/05/2024

Salam. Nursery kami dalam proses mencari tapak baru, memandangkan kami perlu memberi laluan kepada pembangunan di tapak sedia ada.

Buat masa ini, banyak herba yang sedang dalam proses pemindahan sementara (tepi rumah) dan semaian semula.

Sebarang pertanyaan tentang anak pokok herba boleh wasap terus ke www.wasap.my/60187688227/anakpokokherba. Jangan datang terjah terus ye, bimbang anda kecewa....

Ronda Laman Bersemak Herba 01/01/2024

Banyak pokok dan tanaman herba boleh di lihat di sini

Ronda Laman Bersemak Herba Meronda laman depan yang sedikit bersemak namun menyimpan pelbagai khazanah alam.

Photos from Anak Pokok Herba JB's post 29/12/2023

Ada aje yg order pokok, suruh bela sampai gemuk dan hantar pada mereka. MashaAllah. Kali ke dua Cikgu Harun beli rumput siti khadijah ni ..

02/12/2023

Alhamdulillah, another projek sekolah. Beli 10, hadiah 10. Best tak best??

Di tambah dengan perkongsian tentang khasiat pokok-pokok herba yang di beli dan di hadiahkan.

Kami seronok berkongsi ilmu dan pengalaman. Sebab itu saja yang kami ada.

22/10/2022
Photos from Anak Pokok Herba JB's post 05/09/2022

Antara yang boleh di dapati di laman kami
- Pokok Buloh Perindu
- Anak Pokok Senduduk Putih
- Anak Pokok Ulam Raja

28/07/2022

KHASIAT ASAM KEPING @ ASAM GELUGUR
****************************
Nama botani bagi asam gelugur ialah Garcinia Cambogia. Ia juga dikenali sebagai Garcinia Atroviridis. Tumbuhan liar ini banyak terdapat di negara Asia terutamanya Malaysia. Ia dijadikan sebagai sumber ekonomi dan mempunyai nilai perubatan sejak turun-temurun.

Buahnya berwarna kekuningan berbentuk seperti buah labu selalu digunakan dalam masakan. Ekstrak garam kalsium Acid Hydroxy Citric (HCA) daripada asam gelugur terhasil daripada air buahnya. Ia tidak bertoksik, tanpa perasa dan tidak berbau. Kandungan asam gelugur terdiri daripada 50% unsur aktif dan 70% HCA.

JOM KETAHUI KHASIAT ASAM GELUGUR.

1. Mengawal kolesterol
Ekstrak garam kalsium Acid Hydroxy Citric (HCA) daripada asam gelugur terhasil daripada air buahnya. Ia tidak bertoksik (beracun), tanpa perasa, serbuknya tidak berbau dijadikan sebagai herba alternatif yang amat berkesan untuk mengawal kolestrol. HCA bertindak mengekang, menghalang dan menghadkan pengump**an asid-asid lemak dan kolesterol (lipogenesis) dalam badan.

2. Mengurangkan berat badan
Asam gelugur membantu mereka yang ingin mengurangkan berat badan. Ia juga digunakan sebagai ubat menghilangkan selera makan, mengehadkan penyerapan dan pembentukan lemak, kolesterol dan pengump**an lemak (triglycerides).

Penemuan terbaharu mendapati HCA juga dikatakan mampu menyekat selera makan seperti fungsi serotonin. HCA juga bertindak menghalang penukaran makanan bergula dan berkanji kepada lemak. Ini bermakna HCA dipercayai mampu membantu menyekat penghasilan lemak.

Kajian telah membuktikan HCA mengurangkan aktiviti penting enzim dalam metabolisma lemak. Penukaran karbohidrat ke lemak memerlukan enzim yang dipanggil Citrate Lyase. HCA untuk seketika melambatkan tindak balas enzim, menghalang pembentukan asid lemak menyebabkan kurang lemak tersedia untuk penyimpanan sel sel.

Resepi air asam gelugur untuk menurunkan berat badan.

Bahan-bahannya:

3 keping asam gelugur
1 batang serai
3 biji bunga lawang
3 biji bunga cengkih
1 batang kulit kayu manis
Satu helai daun pandan
1 inci halia yang diketuk
3 sudu madu
1 sudu halba
1 biji lemon yang dihiris nipis.
Caranya, rebus kesemua bahan dalam periuk sehingga menggelegak. Tapiskan badan-bahannya, ambil air. Minum satu cawan pagi & satu cawan malam setiap hari. Air lebihan boleh disimpan dalam peti sejuk & panaskan sebelum diminum.

3. Masalah penghadaman
Digunakan untuk mengatasi masalah penghadaman. Minum air rendaman asam keping apabila anda mengalami masalah sembelit atau cirit-birit.

4. Merawat masalah kecacingan
Amalan meminum air rendaman asam keping membantu untuk merawat masalah kecacingan. Ia membunuh cacing dewasa dan telur cacing serta semua parasit yang ada dalam badan.

5. Tumor
Dalam amalan Perubatan India kuno (Ayurveda) asam keping juga digunakan untuk merawat tumor. Pesakit yang mempunyai tumor diberikan minum air rendaman asam gelugur setiap hari.

6. Mengecutkan rahim
Amalan meminum air asam gelugur semasa berpantang dipercayai untuk mempercepatkan proses mengecutkan rahim. Ianya kini digunakan secara meluas untuk produk mengurangkan berat badan di Eropah. Cara pengambilannya:

* Cara pertama:

Ambil satu atau dua keping asam keping dan masukkan ke dalam segelas air panas. Biar beberapa jam sehingga asam keping menjadi kembang dan air menjadi suam. Minum setiap pagi dan malam. Jika diamalkan selalu insya-ALLAH perut buncit akan mengempis.

* Cara kedua:

Bilas tiga keping asam gelugur atau asam keping dengan air bersih. Masukkan dalam bekas minuman bersaiz 500 ml – 1 liter. Masukkan air panas. Jangan masukkan gula. Setelah suam, minum seperti minuman biasa sepanjang hari. Sekiranya air habis, tambahkan air lagi. Jika hilang rasanya, tukarkan dengan asam keping baru.

7. Merawat masalah pencernaan & sakit perut
Air rebusan kulit buah asam gelugur juga dikatakan mampu digunakan untuk merawat masalah perut seperti masalah sistem pencernaan, sakit perut, kembung, sebu dan sebagainya.

8. Mengurangkan gejala reumatisme
Reumatisme adalah penyakit radang sendi yang selalu dikaitkan dengan gout dan artritis. Apabila diserang reumatisme, sendi-sendi pesakit akan terasa ngilu dan mencucuk-cucuk, lalu menjalar ke anggota sendi yang lain. Amalan meminum air rebusan asam keping membantu mengurangkan gejala reumatisme.

9. Mengurangkan tekanan darah tekanan darah tinggi
Selain itu buah asam keping dikatakan berupaya mengurangkan tekanan darah tinggi. Sebagai alternatif kepada ubat yang dibekalkan oleh hospital, pesakit darah tinggi juga boleh mengamalkan air rebusan asam gelugur setiap pagi.

10. Merawat sakit telinga
Perubatan Melayu zaman dahulu menggunakan rebusan air daun dan akar asam gelugur untuk menyembuhkan sakit telinga melalui titisan ke dalam telinga.

11. Meredakan sakit gigi
Buah asam gelugur juga dikatakan mampu melegakan sakit gigi. Caranya adalah dengan mengambil sekeping asam gelugur dan kemudian basuh hingga bersih sehingga menjadi sedikit lembut. Tampal atau selitkan di celah-celah antara gusi dan bahagian p**i selama 10 hingga 15 minit. Kemudian kumur dengan air suam.

12. Merawat kencing kotor
Asam gelugur membantu merawat masalah kencing kotor dengan cara membersihkan pundi kencing daripada bakteria yang menjadi punca masalah tersebut.

13. Menurunkan suhu badan semasa demam
Jika anda demam, boleh minum air rebusan asam jawa untuk menurunkan suhu badan yang sedang panas. Tambah sedikit madu atau gula batu kalau tak berselera nak minum air asam jawa yang masam.

14. Membantu mencantikkan kulit
Khasiat asam keping yang tak ramai orang tahu. Asam keping adalah bahan awet muda yang membantu mengekalkan keremajaan kulit. Selain itu ia juga membantu menghaluskan kulit & mencerahkannya.

15. Mengurangkan stres
HCA yang terkandung dalam asam gelugur ini mampu meningkatkan hormon dan membuat mood menjadi ceria dan kurang stres.

16. Melancarkan menstruasi
Air asam gelugur mampu melancarkan kadar menstruasi wanita dan mengurangkan sakit senggugut. Rebus asam gelugur dan airnya perlu diminum bagi pelancaran ketika haid.

17. Mengimbang kadar metabolisme

Metabolisme dalam badan kita sering berlaku reaksi kimia yang tidak seimbang. Kandungan HCA dalam asam gelugur dapat mengimbangkan reaksi kimia tesrsebut dan membuatkan proses pencernaan lebih efektif dengan peningkatan kadar metabolisme dalam badan.

18. Meningkatkan sistem imunisasi
Kandungan vitamin C yang tinggi dalam asam gelugur mampu meningkatkan sistem imunisasi dalam badan dan mampu meningkatkan tindak balas badan untuk melawan pelbagai jenis penyakit dengan lebih mudah.

Itulah dia 18 khasiat asam keping yang tak ramai orang tahu. Lepas ni bolehlah anda minum air asam keping selalu.

Kredit: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Photos from Anak Pokok Herba JB's post 24/07/2022

Alhamdulillah, 10 pokok herba bertukar tangan untuk projek laman herba sekolah.

Semoga projek berjaya dan memberi manfaat kepada semua. Terima kasih cikgu kerana memilih nursery Anak Pokok Herba JB
-------------------------------------------
Bagi yang ingin mendapatkan anak-anak pokok herba atau khidmat nasihat berkenaan tanaman herba boleh terus berhubung dengan MakCik Pokok di www.wasap.my/60187688227/herba

Photos from Visit Johor's post 12/07/2022
Photos from Anak Pokok Herba JB's post 30/06/2022

Sekitar perkongsian dan booth amal di Program Karnival STEM atas jemputan pihak SMK Puteri Wangsa, Ulu Tiram Johor.

22/06/2022

Budak kampung..???

Photos from Anak Pokok Herba JB's post 14/06/2022

Alhamdulillah, 7 pokok makan (edible plants) dan herbal plants menjadi pilihan puan Ayu dari Nusajaya.

Lama tak update pasal nursery, tapi semuanya masih berjalan seperti biasa.
-----------------------------------------------
Untuk sebarang pertanyaan berkenaan tanaman herba boleh terus wasap ke
www.wasap my/60187688226/herbalplants

07/04/2022

DEGIL2 PUN BANYAK MANFAATNYA TAU..
Assalamualaikum sahabat syurga, saya nak share salah satu jenis tumbuhan yang semua orang tak pandang pokok ni walau pun sebelah mata. Sebab apa?? Mungkin sebab dia adalah tumbuhan yang menyebabkan sahabat2 semua rasa meluat dengan kedegilannya. Buang nanti akan tumbuh lagi, buang tumbuh lagi, kalau tumbuh lagi mesti dah buang.. Kan kan kan???
Siapa pernah tengok pokok rumput ni? Tumbuh subur dimana sahaja tanah yang sahabat2 semua selalu pijak. Saya perkenalkan, inilah Pokok Rumput Sambau, Rumput Degil, Rumput Liat, Rumput Kucing dan tah apa lagi nama orang panggil..
Tepi rumah, belakang rumah, dalam longkang, dalam pasu, tepi jalan, dalam garaj.. Pendek kata semua tempat dia ada. Tebas nanti tumbuh lagi, walaupun diracun, selang 2 minggu Insyaallah dia tumbuh balik.
Biarlah dia dengan caranya yg Allah SWT cipta malinkan untuk manfaat hambanya yang bernama manusia. Sebenarnya kita tak tahu khasiatnya sebeb itu kita meluat, rimas dan menyumpah bagai betul dak?
Bila dah tahu nanti boleh lah amal ya, bila dah tahu jugak nanti jangan la pi cari benih dan tanam p**ak ya hehe.. Jom kita baca dan ambil tahu semua khasiatnya.
👉 AKAR direbus tiada s**atan, ikut selera masing2.
- Kecutkan perut dan usus, kalau rasa perut tak selesa dan sedikit besar kedepan tu boleh lah amal ya.
- Merawat cirit birit, tak kira lah salah makan atau memang rutin mingguan atau bulanan terkena cirit ni. Amal je Insyaallah..
- Bagus untuk turunkan suhu panas yang melampau, selalu demam panas pada kanak2 lah. Bagi je anak minum..
- Penyakit hati bengkak atau apa2 sahaja masaalah pasal hati, bagus untuk amal. Tapi bukan Penyakit Hati yg s**a hantar saka santau kat orang tu ya. Yang tu mau bagi 3x2 atau parang terbang je. Baru dia ada akai..
- Ada orang selalu atau mudah keluar peluh, baru angkat tangan nak suap nasik dan berpeluh, sila amal dengan rela.. Insyaallah.
👉 DAUN..
- Pernah tengok kucing makan daun rumput, haaa ni la antara rumputnya. Dia makan sebab perutnya rasa tak selesa, mungkin jeracunan atau sebagainya. Lepas dia makan, tak lama kemudian dia akan muntah makanan berserta daun rumput yang dia makan. Kita pun boleh cuba kalau keracunan, itu pun kalau sanggup la hehe.
- Segenggam daun dikisar dengan secawan air untuk dijadikan jus. Bagus untuk anak2 yang kecacingan, sama ada cacing pita atau cacing ramu. Try la..
👉 Ni khasiat keseluruhan POKOK bila direbus, rebus akar, batang dan daun ya..
- Merawat sistem salurang kencing, menyah toksin yang melekat atau mengganggu saluran perkumuhan anda.
- Kalau ada masalah kencing tak puas, kejap2 masuk tandas, kejap2 raja air kencing terkeluar. Boleh amal untuk melawaskan kencing, Insyaallah dengan izinnya akan mujarab.
- Bagi yang ada masalah sakit sendi, tak kiralah sendi bahagian mana pun. Bengkak ke, merah2 ke, boleh cuba amalkannya Insyaallah..
- Menurunkan suhu badan yang panas, selalunya bil demam suhu badan akan tunggi kan? Boleh amalkannya. Bukan panas baran yaaa.. Panas baran ni ubat dia pelempang hehe..
- Bagi yang ada masaalah angin pasang, boleh amalkan
air rebusan rumput ni. Tahu angin pasang?? Bukan air pasang tau.
- Yang makan tanpa fikir makanan tu bersih atau sudah rosak, sila stnby dengan segelar air rebuisan rumput sambau ya.. Rasa memulas je perut tu terus minum. Kalau belum berkesan sila amal lagi sampai nampak kesannya..
- Deman kuning selalunya pada bayi yang baru lahir, jadikan air mandian atau titskan kedalam mulut. Insyaallah..
- Penyakit hati bengkak atau apa2 sahaja masaalah mengenai hati, bagus untuk amal.
- Bagi yang ada masalah gigi dan gusi berdarah, boleh amal air rebusan dengan cara berkumur atau meminumnya.. Insyaallah dengan berkat amalan akan sembuh.
Sekian perkongsian pasal Rumput Degil ni, seliat-liatnya pun ada manfaat pada manusia dan haiwan. Manusia ni kalau liat agak susah nak berubat melinkan.. Haa hampa tambah la sendiri hai hai hai...
Semoga ianya bermanfaat untuk kita semua hingga ke anak cucu, Aminn. Wallahuaqlam..





Kredit : Kamal Fj

Photos from Anak Pokok Herba JB's post 17/03/2022

Anak Cili Kampung...sedang menggebu sedia utk di pinang...

www.wasap.my/60187688227/cilikampung

16/03/2022

Bunga Telang (Clitoria ternatea) @ Bunga Nasi Kerabu

Khasiat perubatan bagi wanita

Bunga kacang telang mempunyai bentuk organ luaran seksual wanita, maka nama latin dari genus ‘Clitoria’ , diambil dari perkataan ‘clitoris’ . Dalam beberapa bahasa (Tamil, Malayalam) bunga kacang telang dinamakan ‘kerang’ yang juga mempunyai bentuk organ seksual wanita. Oleh kerana mempunyai kesamaan bahagian tubuh manusia, tanaman ini dikatakan mempunyai pengaruhi kepada sistem pembiakan manusia. Tumbuhan ini digunakan secara tradisional untuk menyembuhkan penyakit seksual, seperti ketidaksuburan, gonore, mengendalikan kitaran menstruasi (haid), dan juga sebagai afrodisiak. Amalan ini dicatatkan dalam sebuah kepercayaan kuno dicatat dalam Doktrin Signatures.

Dalam perubatan tradisional p**a, tumbuhan ini banyak digunakan untuk merawat sakit telinga, kelenjar membengkak, kolik, sembelit, sakit tekak dan penyakit kulit.

Manfaat lain Bunga Telang.

1.Menyuburkan rambut
Kacang telang telah dipercayai amat berkhasiat untuk melebat dan menghitamkan rambut. Tumbuhan ini juga dipercayai mampu mengilatkan rambut dan juga dapat menyuburkan kulit rambut.

2. Mengurangkan sakit kepala
Daun dan bunga kacang telang juga dikatakan mampu mengurangkan sakit kepala. Caranya adalah dengan mengambil daun atau bunga tersebut. Kemudian masukkan dalam kain hingga membentuk bantal dan digunakan sebagai pelapik kepada sewaktu tidur oleh pesakit.

3. Merawat ulser mulut.
Dikatakan juga bunga kacang telang boleh direndam dalam air panas dan diminum seperti teh untuk mengurangkan sakit akibat ulser mulut.

4. Insomnia
Air rendaman bunga ini juga dikatakan mampu merawat insomnia.

5.Mengubati bisul
Daun pokok ini yang dihancurkan dan ditampal pada bisul atau jerawat dapat merawat masalah tersebut.

6.Melawaskan kencing
Akar digunakan untuk melawaskan pembuangan air kecil dan dijadikan julap. Biji kacang telang yang dihancurkan dan dijadikan serbuk digunakan sebagai julap.

7.Membersihkan mata
Bunga dan daun kacang telang yang direndam di dalam air bersih, boleh digunakan untuk mecuci mata yang disebabkan oleh mata merah.

8.Perbaiki haid wanita
Bunga dan akarnya dicampur dalam air mendidih, kemudian direbus bersama sedikit gula dan diminum dipercayai dapat merangsang haid.

9.Merangsang memori dan kebijaksanaan
Di India, kacang telang dikenali dengan nama Shankupushpam telah digunakan secara meluas sebagai tonik otak dan ia dipercayai dapat merangsang memori dan kebijaksanaan.

10.Pewarna makanan dan fabrik
Selain digunakan sebagai pewarna makanan, bahan pewarna yang terhasil daripada rendaman bunga kacang telang juga telah digunakan sebagai pewarna pakaian ataupun nila. Caranya adalah dengan menambahkan warna biru ini kepada air bilasan terakhir pakaian terutamanya pakaian berwarna putih. Tujuannya adalah untuk mencerahkan fabrik tersebut (bertindak sebagai nila)

11. Sebagai detox
Teh herba bunga telang dapat hilang kan racing dalam sistem PENCERNAAN. Amik 2 3 kuntum bunga rendam air panas dan minum boleh ltk madu atau tambah limau nipis buat air biru bertukar menjadi purple!

12. Mengubati batuk
Akar bunga telang dpt ubati batuk dan asma

13. Ubati bronchitis
Rebus 30-60grm Akar telang dengan 4gelas air sampai tinggal separuh. Minum 1gelas 2kali waktu pagi dan malam.

14. Mencuci darah
Darah kotor penyebab jerawat dan bisul. Minum air rebusan Akar telang dipercayai mampu cuci darah

15. Ubati sakit telinga
Ambil daun telang ramas dalam air campur garam sapu pd telinga yang sakit.

Boleh juga dimakan bunga telang. Campur kan dalam telur dan masak seperti telur dadar atau celup tepung pun sedap!

Khasiat Herba : Tebu Hitam dan Diabetes 15/03/2022

Rupanya Tebu Hitam ni wajib tanam di laman rumah ye...

https://youtu.be/8cSpuRDUYNk

Khasiat Herba : Tebu Hitam dan Diabetes Ciri-ciri pokok ubat tebu hitam (ASLI)Saiz batangnya berukuran kecil.mempunyai daun berwarna merah kehitaman (Merah Marron).Setiap katam batang tebu berwarna...

Photos from Anak Pokok Herba JB's post 10/03/2022

Alhamdullah,berakhir sudah Hari Lanskap Negara 2022, peringkat Kebangsaan yg telah berlangsung dari 4 hingga 6 Mac 2022 bertempat di Taman Eko Flora, JB.

Terimakasih buat semua yang sudi berkunjung ke booth kami. Maaflah, banyak gambar yg kami tak sempat ambil.

Terimakasih atas kesudian menjengah dan mendengar perkongsian tentang herba-herba tempatan dari MakCik Pokok.

Utk sebarang pertanyaan dan tempahan herba, boleh terus hubungi kami.di 0187688227.

Terimakasih

RAHSIA ALAM : Pokok Putat- khasiat dan manafaat dari sepohon pokok 10/03/2022

https://youtu.be/gmyxdS4LY5g

RAHSIA ALAM : Pokok Putat- khasiat dan manafaat dari sepohon pokok Pokok Putat adalah antara pokok nadir yg mempunyai pelbagai khasiat dan manafaat dari hampir seluruh bahagian pohonnya

Pokok dan Rumput Liar yang boleh di makan 04/03/2022

https://youtu.be/b3Y-mSsbfXc

Pokok dan Rumput Liar yang boleh di makan banyak rumput liar dan rumpai di halaman, terutamanya di kampung-kampung atau di padang. Kebanyakkannya punya khasiat terssndiri. Situasi sekarang samada kit...

04/03/2022

Khasiat Bawang Dayak
1. Mencegah diabetes
2. Mengawal tekanan darah tinggi
3. Menstabilkan kolesterol
4. Menjaga kesihatan buah pinggang

Sesungguhnya herba adalah ikhtiar, kesembuhan milik Allah. Wallahualam

Want your business to be the top-listed Home Improvement Business in Johor Bahru?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

Antara penyeri di Laman Anak Pokok Herba JB..
Masih bercampur aduk sebab tempat tak berapa nak proper. Semua kita sumbat tepi rumah. Di sebabkan minat dan sayang deng...
Budak kampung..???

Category

Website

Address


Jalan UBI Kayu
Johor Bahru
81100

Other Garden Centers in Johor Bahru (show all)
Moliy Online sales 777 Moliy Online sales 777
Jalan Setia Tropika
Johor Bahru, 81200

moliy online garden supply all kind of plants and gardening tools.

霖艺园艺 Ling Yi Garden Sdn Bhd 霖艺园艺 Ling Yi Garden Sdn Bhd
No 1 Jalan Tiong Emas 2 Kawasan Perindustrian Tiong Nam Johor (Moust Austin) (Taman Daya JPJ Belakang)
Johor Bahru, 81100

Landscape 🏜 花园观景设计 🏕 批发罗汉松 🍀🌳🎋 造型罗汉松 🌳 庭院罗汉松 ☘️ 真草 🌿 假草 🌿 盆栽🌱 Maintenance 定期维修花草树木 🌸 水池 🏊‍♀️ 鱼池 🐟 凉亭 ⛩️ 设计 💪🏻 砍树服务 🪓 清理花园 🧹 鹅软石设计 🪨 观景石设计 🪨 花盆 🪴 进口肥料 🔱 椰丝碎 ⚜️ 有机泥

愛Love•多肉-Ulu Tiram JB 愛Love•多肉-Ulu Tiram JB
Johor Bahru

愛·多肉植物

花木兰富贵花 Mulan Love Adenium 花木兰富贵花 Mulan Love Adenium
No. 4, Jalan Pelepas 4/2, I-Parc Tanjung Pelepas
Johor Bahru, 81550

新山富贵花门市专卖店!一站式专卖富贵花,泥土,花肥,药水 ❤️❤️ ?

Eden Agro Johor Bahru Eden Agro Johor Bahru
Johor Bahru, 81100

No space to grow? Let us show you how to grow your greens organically ! We are passionate about educating the community about urban farming, recycling household waste and compost...

Space Forest Space Forest
B228-B230, Jalan Tun Abdul Razak, Wadi Hana
Johor Bahru, 80000

📍JB -Plant Shop Malaysia -Plant Rental -Plant Retail -Plant Maintenance -Plant Delivery

Buah Bidara Apple Fresh Buah Bidara Apple Fresh
Johor Bahru, 80000

Plants & Plants Plants & Plants
Johor Bahru, 81100

Ship MY / SG 一花一木一风情 | 一盆一景 一世界 | 总有一盆适合您 There’s always a right pot for you

Hutan by As Hutan by As
Johor Bahru, 81100

selling cactus & succulent

AGRO Nursery Landscape / Gardening Shop AGRO Nursery Landscape / Gardening Shop
Lot 482 Jalan Adda Utama, Taman Adda Height
Johor Bahru, 81100

Landscaping PAGE : Agro Nursery Landscape& Supply Sdn Bhd 一站式的园艺素材与植物零售 O

Eco Agritech PLT Eco Agritech PLT
Johor Bahru, 81300

Eco Agritech provides vanilla farming products and services that is niche and eco friendly. We sell seedling of vanilla planifolia and tahitensis. We also supply vanilla pods / b...

Tanah Baja Organic BerKualiti Tinggi Kukuh Alam Tanah Baja Organic BerKualiti Tinggi Kukuh Alam
Johor Bahru, 81100

Tanah Baja Hitam Saw it Organic 'SUGEH' BerQuality Tinggi dan Tanah 'SUPER" Istimewa 8in1