Mpu1013 Kumpulan 3

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Mpu1013 Kumpulan 3, Education, Bandar Johor Bahru, Johor Bahru.

25/07/2022

Nama : Nurfarisha Balqish binti Yusri
No Matrik : 283314

Punca-punca Dan Langkah-langkah Mengatasi Kejadian Buli Dalam Kalangan Remaja
Punca-punca Dan Langkah-langkah Mengatasi Kejadian Buli Dalam Kalangan Remaja

Buli semakin berleluasa di sekolah kita. Keadaan ini menyebabkan masyarakat semakin gusar. Huraikan punca-punca dan langkah-langkah yang tercetus.

Apakah itu kes buli? Kes buli membawa maksud masalah yang meliputi kegiatan seperti memeras ugut, menghina, mengejek, menumbuk, memaki dan sebagainya yang dilakukan oleh seseorang terhadap pemangsanya. Memang tidak boleh dinafikan bahawa dewasa ini, kes buli yang berlaku di sekolah semakin berleluasa dan menjadi-jadi. Hal ini telah mencapai satu tahap yang amat merimaskan dan membimbangkan pelbagai pihak seperti pihak sekolah, ibu bapa, kerajaan, masyarakat dan lain-lain lagi. Menurut kajian, kes buli ini menjadi semakin meningkat pada setiap tahun dalam kalangan pelajar dan semakin serius masalahnya. “Jika tidak kerana angin masakan pokok bergoyang”. Oleh itu, setiap masalah yang berlaku tentu mempunyai puncanya. Terdapat beberapa punca yang telah dikenal pasti sebagai penyumbang kepada masalah kes buli ini.

Antaranya ialah kekurangan penghayatan nilai-nilai agama yang ada pada pelajar yang sanggup melibatkan dirinya dalam kes buli. Mereka sanggup berbuat demikian hanya untuk mendapatkan perhatian orang lain dan menunjukkan kekuatannya kepada orang lain. Pelajar-pelajar yang ketandusan nilai-nilai agama tidak mengenal perkara yang baik dan buruk malah tidak mempedulikan pahala dan dosa lalu sanggup menganiaya rakan-rakan sendiri tanpa rasa berdosa. Mereka juga sanggup bersikap kejam dengan memukul, memeras ugut dan menghina rakan-rakan yang lemah. Ringkasnya, mereka semakin ketandusan nilai kemanusiaan dalam diri mereka sendiri.

Selain itu, ibu bapa yang kurang memberikan belaian kasih sayang dan perhatian kepada anak juga menjadi antara puncanya kes buli ini berlaku. Ibu bapa yang selalu sibuk mencari duit dan bersikap materialistik telah mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap anak mereka. Anak-anak yang kurang mendapat perhatian merasakan diri mereka tidak disayangi dan menyusahkan. Anak-anak yang berperasaan begini akan cuba mencari perhatian dengan melakukan pelbagai perkara yang tidak baik dan salah satunya membuli rakan-rakan mereka kelihatan pasif.

Di samping itu, para pelajar yang masih berumur setahun jagung dan berdarah setampuk pinang ini mudah terpengaruh dengan tindakan rakan sebayanya. Jika kawan-kawannya merupakan pembuli, pelajar tersebut juga akan terikut-ikut perbuatan kawannya supaya dapat diterima oleh ahli-ahli kump**annya. Pengawasan yang longgar di sekolah juga menjadi puncanya kerana telah memberi peluang kepada pelajar yang ingin menjalankan pembulian mereka terhadap pelajar lain.

Bak kata pepatah ‘tiada penyakit yang tiada penyembuhnya’.Terdapat pelbagai langkah drastik yang boleh dijalankan untuk membendung dan membanteras kemelut ini. Antaranya ialah pihak kerajaan seperti Kementerian Pelajaran dan juga pihak sekolah harus menitikberatkan isu kes buli ini dalam pelajaran di sekolah dengan melalui mata pelajaran tertentu seperti Pendidikan Moral, Pendidikan Islam, Pendidikan Sivik dan sebagainya. Dengan itu, pelajar akan menyedari bahawa perbuatan buli ini merupakan satu kesalahan dan pelajar juga didedahkan dengan pelbagai maklumat tentang kesan buruk daripada perbuatan membuli dan cara-cara mengelakkannya daripada terbabit dalam kes buli ini. Selain itu, ceramah atau kempen seperti kempen anti buli juga boleh diadakan oleh kerajaan secara berterusan di setiap sekolah dari semasa ke semasa bagi menyedarkan para pelajar agar menjauhi diri daripada gejala buli. Aktiviti seperti kuiz tentang kes buli juga boleh dilaksanakan sebagai salah satu inisiatif dalam menangani masalah kes buli ini.

Namun begitu, pihak sekolah juga perlu sentiasa memastikan bahawapengawasan di setiap pelosok kawasan sekolah seperti di belakang bangunan sekolah dan kaki lima sekolah yang sunyi diperketat supaya tidak memberi sebarang peluang kepada mereka yang mempunyai keinginan untuk membuli mangsanya. Pihak sekolah juga boleh menggalakkan para pelajar supaya menyertai Kelab Pencegah Jenayah di sekolah dengan aktif. Hal ini kerana para pelajar akan memperoleh lebih banyak pengetahuan tentang cara-cara mencegah masalah kes buli sekiranya pelajar menjadi pemangsa dalam kes itu dan para pelajar juga boleh menyebarkan informasi yang diperoleh itu kepada rakan-rakan yang lain agar semua pelajar tahu akannya.

Langkah yang lain ialah para pelajar juga harus pandai memilih kawankerana para pelajar biasanya juga akan mudah terpengaruh dengan perbuatan kawannya. Contohnya, jika kawannya minat membaca buku, maka pelajar tersebut juga akan dipengaruhi dan membaca bersama-sama. Perkara ini sama juga jika kawan pelajar itu sentiasa melibatkan diri dalam kes buli di sekolah. Di samping itu, para pelajar juga harus berganding bahu dengan pihak sekolah dalam usaha untuk membendung gejala ini. Para pelajar yang ternampak kes buli itu berlaku atau menjadi mangsa pembuli harus memberanikan diri untuk melaporkan kepada pihak sekolah dengan segera agar masalah itu dapat diatasi dengan secepat mungkin demi kesejahteraan sekolah.

Manakala, pihak sekolah yang telah menerima laporan aduan daripada pelajar juga harus berusaha mengatasi masalah itu dengan bersungguh-sungguhdan bukan sebaliknya dengan menutup kes itu dengan ses**a hati sahaja. Jika kes ini masih tidak dibicarakan, masalah kes buli akan semakin bertambah dan berleluasa lagi. Pihak sekolah boleh berjumpa dengan pelajar yang disyaki melibatkan diri dalam kes buli dan juga ibu bapanya untuk membincangkan masalah yang dihadapi oleh pelajar tersebut dan mendapatkan jalan keluarnya. Pihak sekolah harus mengenakan hukuman yang setimpal kepada pelajar tersebut agar dia tidak mengulangi perbuatan itu lagi dan juga dijadikan sebagai iktibar kepada pelajar yang lain.

Selain itu, ibu bapa juga memainkan peranan yang penting dalam usaha untuk membendung kemelut ini. Ibu bapa haruslah menampilkan teladan yang baik kepada anak-anak mereka supaya anak akan mencontohi kelakuan ibu bapa mereka kerana pada tanggapan anak mereka, perbuatan ibu bapa adalah sentiasa betul dan patut diikuti. Janganlah ibu bapa berlakuan baik di hadapan anak-anak sahaja, sedangkan mereka juga sering mengejek, menghina orang dan sebagainya. Bak kata pepatah ‘bapa borek, anak rintih’, ‘ketam mengajar anaknya berjalan lurus sedangkan dirinya berjalan senget’.Tambahan p**a, di samping mengejarkan kebendaan dalam kehidupan dan sibuk bekerja, ibu bapa juga harus sentiasa mengambil perhatian tentang keadaan anak mereka semasa di sekolah dan memberikan belaian kasih sayang yang sepenuhnya kepada mereka supaya mereka tidak berasa sunyi dan diabaikan. Ibu bapa juga harus memupuk anak mereka sejak kecil lagi sepertimelentur buluh biarlah dari rebungnya agar sentiasa sudi meluahkan isi hati dan masalah yang dihadapi kepada mereka bagi mengatasinya bersama-sama.

Natijahnya, selagi masalah ini masih berleluasa, impian negara kita yang ingin melahirkan satu bangsa yang bermartabat mulia dan berdaya maju akan tinggal sebagai khayalan sahaja. Hasrat negara kita yang ingin mencapai Wawasan 2020 juga akan tinggal sebagai angan-angan Mat Jenin semata-matanya. Hal ini kerana para pelajar merupakan aset negara yang penting dan akan menerajui negara ini pada masa depan. Bak kata peribahasa Melayu ‘pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara’. Oleh itu, semua pihak haruslah sehilir semudik dan sehati sejiwa dalam usaha menangani masalah kes buli ini walaupun kita terpaksa mengharungi liku-liku yang penuh dengan onak duriini. Semoga berkat daya usaha yang gigih, kita dapat melahirkan generasi muda yang dapat menjulang nama negara dan mengangkat martabat bangsa di persada dunia.

16/07/2022

Buli dan liputan media mendapat liputan yang sangat meluas...

Video Lirik Anti Buli Syamel dan Marsha 07/07/2022

Video Lirik Anti Buli Syamel dan Marsha Anda mangsa buli? Jangan takut untuk bersuara. Ayuh sama-sama kita bersatu dalam satu suara untuk menghentikan jenayah buli. Saksikan lirik video Anti Buli o...

07/07/2022

.
BULI BUKAN BUDAYA KITA
BULI MERENDAHKAN MARTABAT AGAMA DAN BANGSA
BULI MERUGIKAN NEGARA
HENTIKAN BUDAYA BULI...

04/07/2022

Nama: Muhammad Haziq Izzuddin Bin Hamidi
No matrik : 283266

PENYELESAIAN GEJALA BULI
▶️ Penyelesaian Terbuka

1️⃣ Program “Quiet Room”•
👉Program “Quiet Room”-satu bilik khas disediakan untuk mangsa buli.
👉persekitaran selamat.
👉meningkatkan kemahiran komunikasi dengan rakan sebaya (penyelaras program).

2️⃣ Program Rakan Sebaya
👉mendapat sambutan daripada golongan muda (Cleary 2000)(Cleary, 2000).
👉mangsa buli mendapat nasihat dan bimbingan rakan sebaya yang berkepimpinan (program anti-buli).
👉si pembuli diberi kesedaran tentang kebinasaan dan kecederaan yang disebabkannya serta bimbingan tentang langkah untuk membetulkan kelakuan diri mereka.

▶️ Pengubahan Kelakuan/Sikap Pembuli

👉Mengadakan program-program intervensi melalui satu kump**an dengan bilangan yang kecil.
👉Perhatian yang lebih boleh ditumpukan ke atas setiap individu si pembuli.
👉si pembuli ini akan berasa diambil berat dan mempunyai seseorang untuk mendengar serta mempunyai seseorang untuk berkongsi masalah yang dihadapi.
👉pembuli itu juga boleh diasingkan atau dikuarantinkan supaya mereka memahami perbezaan atau ketidaksamaan dengan orang lain.
👉mewujudkan suatu persekitaran untuk membuat pertimbangan dan insaf atas kelakuan diri mereka.

▶️ Pendekatan Sekolah

👉Suatu buku panduan atau pendekatan sekolah digunakan.
-tindakan sekolah-sekolah lain.
👉Satu polisi sekolah tentang anti-buli boleh dibangunkan
- punca-punca dan cara-cara penyelesaian gejala tbttersebut.
👉Suatu toll-free line boleh dibangunkan.
- memberi nasihat, pandangan dan penyelesaian.

▶️ Tindakan Kurikulum

👉Pelajar-pelajar digalakkan melibatkan diri dalam program-program pembangunan kemahiran pro-sosial.
👉Pelajar-pelajar difahami dengan konsep buli dan cuba menjauhi diri dengan gejala tersebut melalui proses pengajaran dan pembelajaran

▶️ Tindakan Guru
👉Bersikap prihatin terhadap persekitaran.
👉Melancarkan program-program intervensi.
👉Memastikan dan memberikan suatu suasana yang selamat bagi semua pelajar di sekolah.
👉Mengadakan sesi main peranan tingkah laku empatik atau tidak agresif dengan pembuli.
👉Latihan asertif p**a perlu diadakan dengan mangsa.

Ambil peduli buli dalam masyarakat, kenali enam jenis buli 04/07/2022

Nama: Wan mohamad anif bin wan derahman
No matrik: 283352

Ambil peduli buli dalam masyarakat, kenali enam jenis buli :-

1. Buli secara fizikal
Buli secara fizikal ini lebih mudah dikenal pasti dan secara semula jadi mendapat perhatian umum kerana melibatkan aksi agresif di mana yang kuat atau lebih besar cenderung menjadikan individu yang lemah dan bersaiz kecil sebagai mangsa. Ia melibatkan serangan fizikal seperti menendang dan menampar.

2. Buli lisan (percakapan).
Buli lisan adalah sebarang bentuk tindakan seperti mengusik atau menghina, menyebarkan khabar angin atau fitnah, mengancam, dan mengejek orang lain. Ini adalah jenis buli yang paling biasa berlaku dan tidak kira tempat seperti di sekolah, kawasan awam, di rumah, di tempat kerja dan lain-lain lagi.

3. Pencerobohan relasi
Pencerobohan relasi adalah istilah yang digunakan untuk menggambarkan tingkah laku seseorang yang mencipta gosip, menimbulkan atau menceritakan khabar angin tentang orang lain. Pencerobohan hubungan biasanya mengenai cemburu sederhana. Membangunkan strategi untuk menangani komen-komen tersebut adalah langkah pertama untuk mengabaikan mereka. Ia juga dikaitkan dengan satu bentuk penghinaan untuk menjatuhkan harga diri seseorang.

4. Buli siber
Perbuatan buli siber ini merupakan perbuatan berulang dengan tujuan untuk menakutkan, mendatangkan kemarahan dan memalukan seseorang menggunakan kemudahan komunikasi teknologi seperti teks, ' 'chatting', emel, laman web sosial, telefon bimbit dan permainan internet. Gejala buli siber ini mempunyai kesan segera dan meluas memandangkan serangan pembuli boleh berlaku selama 24 jam sehari dengan kapasiti yang luas. Hal ini berbeza dengan buli secara tradisional yang dilakukan secara bersemuka. Buli siber juga menyebabkan kebimbangan yang unik kerana ia berterusan, kekal dan s**ar untuk dikenal pasti. Antara kesannya termasuklah depresi, kemurungan, perbuatan melukakan dan mencederakan diri sendiri sehingga akhirnya jika tidak dibendung akan mengakibatkan bunuh diri.

5. Gangguan seksual
Buli seksual terdiri daripada tindakan berulang, berbahaya serta memalukan yang mensasarkan seseorang secara seksual. Misalnya menggunakan nama panggilan yang berbentuk seksual, komen kasar, gerak isyarat kasar, sentuhan tidak diingini, bahan rujukan seksual, dan bahan lucah. Sebagai contoh, seorang pembuli boleh membuat komen kasar tentang penampilan, daya tarikan, perkembangan seksual atau aktiviti seksual seorang gadis. Dalam kes-kes yang teruk, buli seksual membuka pintu kepada serangan seksual.
Gadis seringkali menjadi sasaran pembulian seksual oleh lelaki dan perempuan lain.

6. Buli prasangka
Kebanyakan masa apabila orang dibuli kerana kepercayaan, pendapat, pemikiran atau nilai mereka, ini jatuh ke dalam buli berasaskan prasangka. Selain daripada sikap tidak percaya terhadap pendapat dan kepercayaan orang lain, pembuli ini juga mungkin menyerang seseorang untuk kepercayaan agama dan pendapat politiknya.
Biasanya, pembuli berasaskan prasangka didorong oleh ketakutan dan kekurangan pemahaman. Akibatnya, jika anda ingin melawan buli ini, anda perlu meringankan ketakutan dan membantu memupuk pemahaman. Kebanyakan masa, ini bermula dengan pendidikan. Apabila orang memahami mengapa perbezaan wujud, mereka lebih cenderung untuk menjadi hormat dan toleran sebagai tindak balas. Selalunya buli prasangka ini wujud atas sifat prejudis ke atas kaum dan agama yang berlainan.

https://www.google.com/amp/s/www.astroawani.com/berita-malaysia/ambil-peduli-buli-dalam-masyarakat-kenali-enam-jenis-buli-335822%3famp=1

Ambil peduli buli dalam masyarakat, kenali enam jenis buli Portal Very Well Family melaporkan tujuan membuli adalah pembuli ini menunjukkan bahawa mereka adalah lebih kuat atau berkuasa dibandingkan dengan mangsa.

Isu kanak-kanak/remaja bunuh diri gara-gara dibuli di Malaysia | Diva MY 04/07/2022

Nama:nurathira binti mohd zaki
id: 283628

Kesan terhadap Buli

Buli boleh memberi kesan terhadap kesihatan fizikal dan emosi dalam kehidupan samada tempoh masa yang pendek atau berpanjangan.
Penyelidikan telah menunjukkan bahawa mangsa buli lebih cenderung untuk:

* Merasa tertekan, kesunyian dan merasa cemas;

* Mempunyai harga diri yang rendah;

* Mengalami sakit kepala, sakit perut, keletihan, dan kurang selera makan;

* Tidak hadir ke sekolah, tidak s**a sekolah, dan mempunyai prestasi sekolah yang teruk

* Berfikir untuk membunuh diri atau cuba membunuh diri.

Guru-guru dan ibubapa haruslah memberi peranan dan mengambil tindakkan yang tegas.Sekiranya ibu bapa atau guru tidak mengambil tindakan maka kesan ini akan berlarutan sehingga ke dewasa dan menyebabkan mereka menjadi individu yang sentiasa takut untuk kehadapan atau hilang keyakinan diri. Justeru itu, perkara ini perlu dibendung dan dirawat dari awal lagi.

https://diva.my/2014/28948/isu-kanak-kanakremaja-bunuh-diri-gara-gara-dibuli-di-malaysia/amp/

Isu kanak-kanak/remaja bunuh diri gara-gara dibuli di Malaysia | Diva MY Buli bermaksud perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan atau maksud untuk menunjukkan kekuatan masing-masing. Ini secara tidak langsung, menjadikan mereka yang lemah mematuhi atau menghormati mereka yang kuat. Ada maksud lain yang menyatakan bahawa buli bermaksud tingkah laku agresif sama....

04/07/2022

NAMA : ZURINA BINTI ISA
NO MATRIK : 283362

BUDAYA BULI DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH.

Buli membawa maksud perbuatan seperti mempermain-mainkan orang, mengejek, memeras ugut, menunjuk isyarat lucah, menumbuk, memaki, menggertak dan sebagainya. Yang dilakukan oleh pelaku terhadap mangsanya. Dalam erti kata lain, buli adalah perbuatan mengasari orang yang lemah untuk memperlihatkan kekuatan atau keganasan seseorang.

Sejak kebelakangan ini, kita kerap mendengar kes buli yang dilaporkan melalui media massa. Gejala ini bukanlah gejala baru di negara kita malah gejala buli pelajar sekolah menunjukkan kadar peningkatan dari semasa ke semasa. Ini berdasarkan banyak laporan media menunjukkan pelbagai kejadian buli yang berlaku bukan saja di sekolah berasrama penuh malah sekolah harian biasa. Kes ini bukanlah kes terpencil kerana kes ini sudah mendapat perhatian seluruh masyarakat negara kita. Hal ini terjadi kerana gejala buli sudah semakin melampau kebelakangan ini.

𝙋𝙐𝙉𝘾𝘼-𝙋𝙐𝙉𝘾𝘼 𝘽𝙀𝙍𝙇𝘼𝙆𝙐𝙉𝙔𝘼 𝘽𝙐𝙇𝙄

1. Kurangnya Didikan Agama

Negara yang sedang pesat membangun menuntut rakyatnya bekerja keras untuk memenuhi keperluan hidup. Dalam mengejar hal dunia, ibu bapa terlalu sibuk sehingga tiada masa untuk mendidik dan meluangkan masa untuk anak-anak. Bagi keluarga yang berpendapatan tinggi, hal penjagaan anak diserahkan kepada pembantu rumah. Ibu bapa seharusnya sedar penerapan nilai-nilai murni dalam diri anak-anak lebih berkesan jika dididik dari awal. Mereka yang terlalu sibuk dengan kerjaya masing-masing tidak mempunyai masa terluang untuk berkomunikasi dan memahami anak-anak. Kelemahan institusi kekeluargaan menyebabkan anak-anak dibiarkan bebas dan kurang permantauan daripada ibu bapa. Kesannya, ibu bapa gagal memberikan didikan agama dan menerapkan nilai-nilai murni dalam diri anak-anak mereka. Ada antara pelaku-pelaku kegiatan buli ini menganggap perbuatan mereka sekadar hobi semata-mata. Ini menujukkan bahawa masyarakat yang semakin maju dan berpendidikan tinggi tidak melahirkan insan yang berfikiran waras.

Majoriti pelaku jenayah buli mempunyai latar belakang masalah emosi yang melampau-lampau. Masalah yang timbul dalam keluarga ataupun kerja menyebabkan tekanan yang membebankan seseorang individu. Akibat tidak dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi dan kekurangan pengetahuan dalam menangani tekanan telah menyebabkan mereka hilang kawalan ke atas emosi mereka. Seterusnya mereka akan bertindak membuli orang lain sebagai salah satu cara bagi melepaskan tekanan. Sesetengah pembuli turut mengaku bahawa mereka berasa gembira dan puas hati selepas berbuat demikian.

2. Pengaruh Rakan Sebaya

Lazimnya, golongan pembuli berfikiran kurang matang dan gagal membezakan baik buruknya sesuatu tindakan. Sebaliknya, mereka sentiasa terikut-ikut akan perangai dan tindakan rakan sebaya. Apabila individu itu tersalah memilih rakan, mereka kemungkinan besar akan terjebak dengan gejala buli ini. Di samping itu, keadaan akan bertambah buruk dengan sifat ego mereka yang tidak mahu kalah setelah dicabar rakan sebaya. Rakan-rakan p**a akan memprovokasi individu tersebut sehingga tindakan pembuli di luar kewarasan otaknya.

3. Pengaruh Media Massa

Media massa kini juga telah menjadi pemangkin kepada budaya negatif ini. Pelbagai genre filem dan drama bersiri luar negara yang disiarkan di televisyen sentiasa memaparkan budaya asing yang sememangnya kontras dengan budaya tempatan. Program-program yang diimport dari negara-negara barat berunsurkan aksi-aksi ganas. Terdorong dengan perasaan ingin mencuba aksi-aksi yang dipaparkan pelaku buli akan bertindak ke atas mangsanya tanpa memikirkan padah yang bakal mereka perolehi.

4. Kekurangan Pengawasan & Disiplin Yang Longgar Di Sekolah

Pihak sekolah yang kurang peka dan tidak mengambil peduli tentang disiplin sekolah serta kelonggaran disiplin member peluan emas kepada para pelajar untuk mengambil kesempatan dalam melakukan gejala sosial seperti gejala membuli. Kelonggaran disiplin juga menyebabkan pelajar terutamanya pelajar lelaki menunjukkan keberanian mereka dan mengambil peluang untuk melakukan apa saja perkara secara bebas dan ini adalah disebabkan tiada pihak yang mengambil peduli sehingga membawa masalah –masalah yang tidak bermoral.

Natijahnya, selagi masalah ini masih berleluasa, impian negara kita yang ingin melahirkan satu bangsa yang bermartabat mulia dan berdaya maju akan tinggal sebagai khayalan sahaja. Hasrat negara kita yang ingin mencapai Wawasan 2020 juga akan tinggal sebagai angan-angan Mat Jenin semata-matanya. Hal ini kerana para pelajar merupakan aset negara yang penting dan akan menerajui negara ini pada masa depan. Bak kata peribhasa Melayu ‘pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara’.

Jadi Ibu bapa harus bekerjasama dengan pihak sekolah bagi memastikan anak mereka tidak terlibat. Kita juga perlu memikir nasib mangsa buli kerana mereka bukan saja mendapat kecederaan fizikal malah turut menjejaskan emosi. Usaha membanteras gejala buli perlu ditangani dengan segara bagi melahirkan masyarakat yang harmoni dan sekaligus menjamin kesejahteraan negara.

04/07/2022

NOR HAZLINA ABDUL MANAN
283504

𝗥𝗔𝗦𝗜𝗢𝗡𝗔𝗟 𝗧𝗘𝗥𝗛𝗔𝗗𝗔𝗣 𝗠𝗔𝗦𝗬𝗔𝗥𝗔𝗞𝗔𝗧 𝗞𝗘𝗣𝗘𝗟𝗕𝗔𝗚𝗔𝗜𝗔𝗡 𝗕𝗨𝗗𝗔𝗬𝗔

• Asas sesebuah negara yang pelbagai kaum pastinya ingin kehidupan yang aman damai.

• Masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai budaya contohnya seperti Melayu, Cina dan India.

• Tidak kira budaya apa pun di Malaysia pasti ianya akan terkesan dengan kes buli. Oleh itu, setiap budaya pastinya tidak bersetuju dengan kes buli yang berlaku di Malaysia.

• Perpaduan sesama kaum dapat diwujudkan jika sikap prihatin dan ambil berat sesama sendiri dalam diri masyarakat pelbagai budaya dipupuk dari awal.

• Apabila semua budaya sebulat suara dalam membanteras kes buli agar semua orang hidup dalam keadaan selamat dan harmoni.

04/07/2022

TAHUKAH ANDA BULI ITU SATU JENAYAH?

Jangan takut untuk membuat aduan kepada pihak polis sekiranya anda adalah mangsa atau anda menjadi saksi kepada kes buli di sekeliling anda!

Nama : Nur Safwanah binti Zainal
No Matrik : 283308

03/07/2022

𝐆𝐞𝐣𝐚𝐥𝐚 𝐁𝐮𝐥𝐢 𝐒𝐞𝐜𝐚𝐫𝐚 𝐅𝐢𝐳𝐢𝐤𝐚𝐥 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐒𝐞𝐦𝐚𝐤𝐢𝐧 𝐁𝐞𝐫𝐥𝐞𝐥𝐮𝐚𝐬𝐚 𝐝𝐢 𝐒𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡

Konsep buli boleh dilihat kepada elemen-elemen yang terdapat di dalam tingkahlaku buli seperti pembuli, mangsa buli, tujuan dan kesan tingkahlaku buli.

Lumrahnya pembuli adalah mereka yang mempunyai sifat sebagai orang lebih kuat, berkuasa dan lebih bermampuan untuk melakukan tingkah laku buli. Kekuatan ini biasanya boleh diperlihatkan sama ada ia adalah secara berseorangan atau berkump**an.

Mereka yang menjadi mangsa kepada pembuli adalah mereka yang lebih lemah dan tidak bermampuan untuk menandingi kekuatan dan kekuasaan si pembuli. Kelemahan ini termasuk lemah dari aspek fizikal dan lain-lain.

Faizal Anak Wong (283169)

03/07/2022

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera!

Kami dari kump**an 3 Subjek MPU 1013 (C) Penghayatan Etika dan Peradaban bagi Semester JA221. Tujuan page ini ditubuhkan adalah untuk melengkapkan tugasan kump**an kami untuk subjek ini.

Tajuk: BULI

🫶🏻Ahli-ahli Kump**an🫶🏻

1. FAIZAL ANAK WONG (283169)
2. NIR SAFWANAH BINTI ZAINAL (283308)
3. MUHAMMAD HAZIQ IZZUDDIN BIN HAMIDI (283266)
4. WAN MOHAMAD ANIF BIN WAN DERAHMAN (283352)
5. NOR HAZLINA BINTI ABDUL MANAN (283504)
6.ZURINA BINTI ISA (283362)
7. NURFARISHA BALQISH BT YUSRI (283314)
8.NURATHIRA BINTI MOHD ZAKI (283628)

Kerjasama daripada anda semua amat kami hargai ❤️

Sekian, Terima Kasih.

Want your school to be the top-listed School/college in Johor Bahru?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

Buli dan liputan media mendapat liputan yang sangat meluas...

Category

Website

Address


Bandar Johor Bahru
Johor Bahru
80300

Other Education in Johor Bahru (show all)
GENG MECH AJ87 UTM GENG MECH AJ87 UTM
Fakulti Kejuruteraan Mekanikal Universiti Teknologi
Johor Bahru, UTMSEKUDAI81310

Geng Mechanical AJ87/88 UTM SEKUDAI

Micro Robotics Micro Robotics
5, Jalan Bestari 5/2, Taman Nusa Bestari
Johor Bahru, 79150

MICRO ROBOTICS LEARNING CENTER is a STEM activities center with focus on robotics and online coding

伯乐俱乐部 伯乐俱乐部
11A, Jalan Harmonium 23/13, Taman Desa Tebrau
Johor Bahru, 81100

伯乐成立于2004年,以推广“皮纹先天智能检测服务”为主要业务。欢迎个人或公司洽谈合作,成为我们的事业伙伴。 我们也提供机器人与编程课程、象棋、建筑模型制作与设计等课程。

SK Taman Daya 2 SK Taman Daya 2
Jalan Nipah, Taman Daya
Johor Bahru, 81100

SK Taman Daya 2, Jalan Nipah, Taman Daya, 81100, Johor Bahru, Johor (JBA1104)

Faculty of Islamic Civilization UTM / Fakulti Tamadun Islam UTM Faculty of Islamic Civilization UTM / Fakulti Tamadun Islam UTM
Fakulti Tamadun Islam, Universiti Teknologi
Johor Bahru, 81310UTMSKUDAI

Faculty of Islamic Civilization (Fakulti Tamadun Islam) http://www.islamic-civilization.utm.my

Pearfinity Education Group Pearfinity Education Group
Skudai
Johor Bahru

We help people to get started with Arduino and use Arduino to build simple projects.

Pusat Tuisyen JB Pusat Tuisyen JB
79A, Jalan Impian Emas 22, Tmn Impian Emas
Johor Bahru, 81300

Kepakaran kami membantu pelajar dalam subjek Matematik, Sains & Matematik Tambahan untuk pelajar dar

Maritime Oil & Gas Scholarship Maritime Oil & Gas Scholarship
Johor Bahru, 80000

Malaysian Private Higher-Learning Institution

Kursus Revit Mudah Kursus Revit Mudah
Johor Bahru

Menyediakan kursus penggunaan perisian komputer secara "online" Hubungi kami, 0149265863

Brightest Futures Brightest Futures
Pusat Komersial Bayu Tasek, Persiaran Southkey 1, Kota Southkey
Johor Bahru, 80150

Brightest Futures is a newly opened education centre in Southkey, Johor Bahru providing more than ju

Bright Future Daycare Centre Bright Future Daycare Centre
NO : 59
Johor Bahru, 81200

Bright start with us

PASTI Siswa 7 PASTI Siswa 7
No. 238, Jalan Pulai Jaya 15, Bandar Pulai Jaya
Johor Bahru, 81300

Pendidikan