Parti Pribumi Bersatu Malaysia Bahagian Tebrau
Bermula 31 Januari 2022, ini adalah Facebook rasmi bagi Parti Pribumi Bersatu Malaysia Bahagian Tebrau.
Merafak sembah dan Setinggi-tinggi Tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVII Sultan Ibrahim sempena Pertabalan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke - 17.
Semoga Allah SWT memberkati pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku
Daulat Tuanku
Daulat Tuanku
Daulat Tuanku
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Saya dan keluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam di Malaysia yang akan menyambutnya esok, insya-Allah.
Hampir kebanyakan surau dan masjid di negara kita akan melaksanakan ibadah korban selepas selesai solat sunat Aidiladha - satu ibadah yang sangat dituntut dalam Islam.
Ibadah korban dilaksanakan bagi memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim AS dan anak kesayangannya Nabi Ismail AS hanya kerana ketaatan, ketakwaan dan kecintaan yang begitu mendalam baginda kepada Allah SWT.
Banyak ibrah atau pengajaran yang boleh kita ambil daripada sirah agung ini untuk dijadikan teladan dalam melayari kehidupan di bumi Allah SWT ini.
Pengorbanan walaupun bukan sesuatu yang mudah dilakukan atau dizahirkan, tetap menjadi satu tuntutan yang perlu kita laksanakan terutama apabila melibatkan soal-soal menyelamatkan nyawa, kehidupan, mempertahankan agama serta kesejahteraan ummah.
Dalam melakukan pengorbanan perlu ada keberanian, istiqamah dan bersedia dengan apa juga cabaran dan bukan sekadar melepaskan batuk di tangga.
Kesanggupan berkorban, saling membantu, mengambil berat antara satu sama lain dengan penuh keikhlasan dan mengikis sikap pentingkan diri sendiri mampu menjadi umat Islam lebih kuat dalam mendepani apa sahaja cabaran.
Dalam pada itu, jangan sesekali kita melupakan saudara seagama kita di negara bergolak seperti di Palestin yang sedang menjadi sasaran โkorbanโ rejim Zionis.
Marilah sama-sama kita berdoa semoga Allah SWT melindungi dan memberi kejayaan kepada perjuangan mereka.
Saya juga mendoakan semoga seluruh jemaah Malaysia yang sedang menunaikan Rukun Islam Kelima di Tanah Suci Mekah sihat dan dipermudahkan urusan ibadah haji dan memperoleh haji mabrur, insya-Allah.
Selamat Menyambut Aidiladha 1445H
Selamat Hari Raya Aidil Adha. Semoga setiap pengorbanan kita hari ini memberikan keberkatan dan ketenangan serta membawa kita kepada kebahagiaan yang kekal di sisi Allah SWTโจ
๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐
Merafak sembah dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan ucap selamat kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang DiPertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Taโzim sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan yang ke 65.
"Allah Peliharakan Sultan"
Sembah Takzim daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia Bahagian Tebrau
๐๐ธ๐ถ ๐ด๐ฒ๐ฝ๐ช ๐ญ๐ช๐ฝ๐ช๐ท๐ฐ ๐ซ๐ฎ๐ป๐ช๐ถ๐ช๐ฒ2 ๐ถ๐ฎ๐ถ๐ซ๐ฎ๐ป๐ฒ๐ด๐ช๐ท ๐ผ๐ธ๐ด๐ธ๐ท๐ฐ๐ช๐ท!
Vanakkam dan Salam Sejahtera
Sempena sambutan pesta cahaya ini, saya dan isteri mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada rakyat Malaysia yang beragama Hindu yang menyambutnya esok.
Sambutan penuh bermakna ini dilihat sebagai simbol menerangi kehidupan, diraikan dalam suasana penuh harmoni oleh masyarakat majmuk di Malaysia.
Kekalkan keharmonian ini dengan semangat saling hormat menghormati demi kestabilan dan kemakmuran bersama.
Selamat Menyambut Hari Deepavali
Deepavali Valthukkal!
๐ฆ๐๐๐๐ ๐๐ง ๐ ๐๐ก๐ฌ๐๐ ๐๐จ๐ง ๐๐๐ฅ๐ ๐๐๐๐ฃ๐๐ฉ๐๐๐ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฏ | ๐ญ๐ฎ ๐ก๐ข๐ฉ๐๐ ๐๐๐ฅ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฏ
Semoga perayaan Deepavali pada tahun ini disambut dengan penuh kegembiraan disamping ahli keluarga serta dapat mengukuhkan lagi jalinan persaudaraan.
Ikhlas daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia Bahagian Tebrau, Johor
KENYATAAN MEDIA
1. Seluruh Ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) kekal istiqamah bersama kepimpinan Presiden, YB Tan Sri Datoโ Hj. Muhyiddin bin Hj. Mohd Yassin dan sebarang cubaan pihak luar untuk memecah-belahkan kesatuan parti melalui tindakan Ahli Parlimen Kuala Kangsar dan Labuan tidak akan berjaya.
2. Pada masa yang sama, BERSATU amat komited dalam usahanya memperkasakan Perikatan Nasional yang telah mendapat mandat serta sokongan besar rakyat dalam pilihan raya umum dan pilihan raya negeri lalu.
3. Justeru, BERSATU tidak akan berkompromi dengan sebarang salah laku disiplin dalam kalangan ahli, khususnya membabitkan Ahli Parlimen mahu pun Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).
4. Sehubungan itu, Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU memutuskan Badan Pimpinan Negeri mengambil alih pengurusan Bahagian Kuala Kangsar dan Labuan, sementara menunggu keputusan dibuat Lembaga Disiplin terhadap kedua-dua Ketua Bahagian tersebut yang juga merupakan Ahli Parlimen.
5. Naib Presiden, YB Datuk Dr. Radzi Jidin juga dilantik sebagai Ketua Badan Pimpinan Negeri Wilayah Persekutuan, berkuatkuasa serta-merta bagi menggantikan YB Datoโ Indera Dr. Suhaili Abdul Rahman.
DATO' SERI HAMZAH ZAINUDIN
SETIAUSAHA AGUNG
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU)
2 November 2023, Kuala Lumpur
Merafak sembah dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan ucap selamat kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang DiPertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Taโzim sempena pemilihan DYMM Tuanku Sultan Johor sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-17 selama tempoh lima (5) tahun mulai 31 Januari 2024.
Daulat Tuanku. Allah Peliharakan Sultan.
Sembah Takzim daripada
TAN SRI DATO HAJI MUHYIDDIN HAJI MOHD YASSIN
Doa pada saudara kami di Palestin tak pernah pudar,
Kami sentiasa menyokong perjuangan warga Palestin,
Ayuh, terus menyokong perjuangan pembebasan Palestin!
Sokong calon kami ๐ฏ
Selamat Hari Malaysia 2023!
Ikhlas daripada
Warga BERSATU Tebrau
Hari Malaysia adalah simbol penyatuan negara bangsa Malaysia yang bersatu padu. Negara kita yang terbentuk hasil gabungan negeri-negeri dan wilayah di dalam sebuah negara persekutuan yang didiami oleh masyarakat berbilang kaum dan agama telah melalui proses pembinaan negara bangsa yang panjang.
Melalui proses integrasi nasional dan perpaduan kaum yang menyatupadukan rakyat daripada pelbagai keturunan dan wilayah, Malaysia telah bangkit berdiri megah sebuah negara yang memberikan kehidupan kepada kita semua sebagai warganya. Di sinilah tempat tumpah darah kita tidak kira apa keturunan, agama dan warna kulit kita.
Negara kita dibina di atas semangat persefahaman dan penerimaan antara rakyat yang berbeza identiti kaum, agama, bahasa, budaya dan wilayah. Tidak mudah untuk mana-mana masyarakat di dunia yang mempunyai perbezaan identiti tetapi boleh hidup rukun dan damai di dalam sebuah negara yang bebas dan merdeka. Malaysia adalah sebuah negara yang bertuah kerana dapat mengurus perbezaan identiti dengan baik dan menghargai kepelbagaian melalui semangat persefahaman dan saling hormat menghormati.
Dengan semarak semangat Hari Malaysia ini, marilah kita pelihara kerukunan hidup kita bersama dan pertahankan kedaulatan wilayah negara kita yang merdeka. Baik rakyat di Semenanjung, Sabah atau Sarawak, kita adalah bersaudara.
Selamat Hari Malaysia!
TAN SRI DATOโ HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD YASSIN
Pengerusi
Perikatan Nasional
Saya memohon kemaafan terlebih dahulu kepada semua yang memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada saya di dalam kempen Pilihanraya Kecil di Parlimen Pulai.
Terima kasih kepada semua pengundi yang mengundi saya dan Perikatan Nasional di Parlimen Pulai, saya amat menghargai kepercayaan yang tinggi anda semua kepada saya.
Kepada semua jentera Perikatan Nasional dan kepada semua yang terlibat sepanjang kempen Pilihanraya Kecil di Parlimen Pulai ini, yang telah berkerja keras tanpa mengira waktu, saya mengucapkan jutaan terima kasih atas jasa kalian semua.
Keputusan ini tidak mematahkan semangat saya untuk terus memberikan khidmat bakti untuk anda semua di Parlimen Pulai.
Saya mengucapkan tahniah dan selamat berkhidmat kepada YB Suhaizan Kayat semoga dapat menjalankan tanggungjawab dan amanah yang diberikan oleh rakyat Pulai.
Dengan pertambahan undi kepada Perikatan Nasional di Pilihanraya kecil kali ini, jelas rakyat di Parlimen Pulai mula sedar dan inginkan perubahan yang lebih baik untuk masa depan mereka di Parlimen Pulai ini.
Ayuh kita bersama-sama berganding bahu terus bangkit membina negara ini demi kesejahteraan dan masa depan negara yang lebih baik, bersih dan stabil
โPulai Prihatin, Kita Bangkitโ
UCAPAN HARI ULANG TAHUN BERSATU KE-7
Hari ini kita menyambut Ulangtahun Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang ke-7. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT BERSATU telah mara sebagai sebuah parti politik yang semakin mendapat dokongan rakyat terutamanya orang Melayu. Pada masa yang sama, sayap Bersekutu BERSATU yang dianggotai oleh orang-orang bukan Melayu juga semakin mendapat sambutan.
Kunci kepada dokongan rakyat ini ialah kecekalan BERSATU untuk kekal menjunjung prinsip dan teras perjuangan supaya terus berada di landasan yang betul. Rakyat dapat menilai kecekalan BERSATU dalam berjuang membela nasib rakyat dan menentang kemungkaran. Dengan itu mereka memberi kepercayaan dan sokongan kepada BERSATU. Ini dapat dilihat melalui prestasi BERSATU menerusi Perikatan Nasional dalam Pilihanraya Umum Ke-15 dan Pilihanraya Negeri yang berlangsung baru-baru ini.
Dalam menelusuri liku perjuangan yang panjang di hadapan kita, yang perlu kita utamakan ialah kepercayaan atau โtrustโ rakyat. Betapa kita dapat melihat dalam sejarah, parti-parti politik yang gagal meraih kepercayaan rakyat akan runtuh. Keruntuhan sebuah parti bermula dengan defisit kepercayaan atau โtrust deficitโ yang berpunca daripada tindak-tanduk kepimpinan parti yang bercanggah dengan prinsip dan teras perjuangan parti semata-mata untuk menjaga kepentingan diri. Cakap lain, buat lain.
Apabila hal ini berlaku, parti itu akan kehilangan sokongan ahli-ahli parti dan juga rakyat. Akhirnya, parti itu akan ditolak oleh rakyat dan tersembam menyembah bumi.
Saya yakin BERSATU akan terus cekal menjunjung prinsip perjuangannya. Sejarah perjuangan parti kita selama tujuh tahun ini, walaupun singkat, telah menunjukkan kemampuan kita untuk terus kekal berada di landasan yang betul. Di saat parti kita berhadapan dengan tentangan dan cabaran yang getir, kita mampu memilih haluan yang selari dengan prinsip dan teras perjuangan parti, bukan kepentingan diri.
Dengan kemampuan itulah kita berada di sini pada hari ini menjunjung panji-panji perjuangan parti dengan megah dan bersemangat waja. InsyaAllah, berkat pengorbanan dan doa ahli-ahli serta penyokong BERSATU, parti kita akan terus mara sebagai sebuah parti yang BERSATU, BERAMANAH dan BERMARUAH.
TAN SRI DATOโ HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD YASSIN
Presiden
Parti Pribumi Bersatu Malaysia
Grand Finale malam ini. Jemput semua hadir.
Pergerakan calon Zulkifli Jaafar hari ini.
Masa kempen hanya berbaki 3 hari lagi sebelum tarikh pembuangan undi pada 9 September nanti
Kepada pengundi di Parlimen Pulai yang bertugas dan duduk jauh janganlah lupa untuk balik mengundi dan laksanakan tanggungjawab anda sebagai seorang warganegara
Rancanglah perjalanan anda sebaik mungkin, bagi memastikan kita menunaikan hak dan tanggungjawab kita
"Pulai Prihatin, Kita Bangkit"
Ucapan untuk pengundi awal esok, saya merayu kepada anda semua untuk undi Perikatan Nasional bagi memastikan suara warga Pulai dapat saya perjuangankan
Dengan itu saya mengucapkan ribuan terima kasih, 1 undi anda untuk saya tersangatlah penting dan berharga.
"Pulai Prihatin, Kita Bangkit"
CERAMAH KELOMPOK P161 PARLIMEN PULAI
03hb September 2023, Ahad
9.00 Malam
PDM Belibis Perling
1. YB Datuk Azman Nasrudin
Ahli Parlimen Padang Serai
2. YB Datuk Seri Mohamed Azmin bin Ali
Ketua Penerangan Perikatan Nasional Malaysia
ADUN Hulu Kelang
3. Encik Mohd Hafeez bin Mohd Yunus
Setiausaha Sektetariat PN Pahang
4. YB Datoโ Sri Saifuddin bin Abdullah
Ahli Parlimen Indera Mahkota
Lokasi:
https://maps.google.com/?q=1.493926,103.688728
PDM Simbang Perling / PDM Taman Sutra
1. Encik Mohd Aโzurin bin Abd Wahad
Ketua Penerangan Bersatu Bahagian Larut
2. YBhg Datoโ Dri Chandra a/l Balabedha
3. YB Datuk Azman Nasrudin
Ahli Parlimen Padang Serai
4. YB Datuk Seri Mohamed Azmin bin Ali
Ketua Penerangan Perikatan Nasional Malaysia
ADUN Hulu Kelang
Lokasi:
https://maps.google.com/?q=1.477117,103.701843
https://vt.tiktok.com/ZSLv1gXAH/
*SEBARKAN MAKLUMAN INI*
โผ๏ธ *PENTAS ANAK MUDA PRK P.161 PULAI* โผ๏ธ
ANDA SEMUA DI JEMPUT HADIR !!
JOM FAHAMI PERIKATAN NASIONAL
๐ *LOKASI* : NO. 58, JALAN DATO' MUSA (PDM KAMPUNG PASIR, PERLING)
๐
*Tarikh* : 3 September 2023
๐ฐ๏ธ *MASA* : 8.30 malam
*Penceramah:*
1. YB Wan Ahmad Fayhsal
2. YB Ahmad Fadhli Shaari
3. YB Afnan Hamimi
4. YB Wong Chia Zhen
5. YB Mohd Hafez Sabri
6. Ustaz Ahmad Nawfal Mahfodz
7. Athira Fathin Binti Mohd Azani
ุจุณู
ุงููู ุงูุฑุญู
ู ุงูุฑุญูู
Assalamualaikum & Selamat Pagi. Ini ialah jadual pergerakan Calon PERIKATAN NASIONAL P.161 Parlimen Pulai hari ini.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Videos (show all)
Category
Address
Jalan Sagu 31, Taman Daya
Johor Bahru
81100