Haziq Said - Perunding Hartanah Johor

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Haziq Said - Perunding Hartanah Johor, Estate agents, B-3-17, Block B, Pusat Komersial Bayu Tasik, Persiaran Southkey, Johor Bahru.

Saya Haziq Said, Agen Hartanah Berdaftar REN40325 kepakaran untuk :

- Jual Beli Sewa Rumah Johor
- Urusan Loan Rumah & Refinancing
- 1to1 Coching rumah pelaburan untuk bilik sewa
- Peluang kerjaya untuk anda belajar jadi agen hartanah berjaya

09/07/2024

Picit link kat bawah 🫶

https://chat.whatsapp.com/JdfrV93HolI1ImMgDe9obO

07/07/2024

Moga ada rezki buat team & pembeli.

Ada lagi kawan kawan yang nak tambah income hujung minggu?

Barang sebut barang jadi.

07/07/2024

Kalau kita rasa main income bulanan kita tak cukup, try la cari option atau alternative lain untuk tambah income sebagai side income.

Salah satu option yang Haziq nampak & kita boleh buat masa weekend adalah join platform service. Banyak platform service yang ada & kita boleh pilih ikut minat & passion.

Kebetulan, Haziq & team tengah setup satu property team di JB

Company listings banyak harga yang di bawah market. Kita niaga untung atas tali asal barang jalan je.

Berminat jadi untuk jadi marketer kami ? Picit link je link kat bawah ni 🫶

https://chat.whatsapp.com/JdfrV93HolI1ImMgDe9obO

Photos from Haziq Said - Perunding Hartanah Johor's post 31/10/2023

Jangan tergesa-gesa buat keputusan nak beli rumah.

5 Sebab Kita Kena Tangguh Beli Rumah:

1. Tak berjaya buat simpanan bulanan.
2. Pinjam duit orang lain untuk deposit.
3. Tergesa-gesa nak buat keputusan.
4. Belum ada simpanan kecemasan.
5. Tak tahu ke mana duitnya pergi.

Kebiasaan nya client yang Haziq consult yg nak beli rumah akan Haziq tanya dulu 5 perkara tu.

Kalau tak sedia 5 perkara tangguhkan dulu niat untuk beli rumah dalam masa terdekat. Biasakan diri dulu dengan simpanan konsisten setiap bulan.

Teruskan menyewa. Jangan risau, menyewa itu adalah tak berdosa. Tapi kalau hutang rumah kita tak mampu bayar, bank boleh lelong rumah kita. Lagi serabut kepala nanti.

Semoga dilancarkan urusannya.

P/s : ada sesiapa lagi yang nk beli rumah tapi tahu cara ? Jom kita kopi kopi Haziq share cara mudah & selamat

27/10/2023

Ekonomi tak berapa okay sekarang. Kena buat kerja part-time dengan Geprek Pak Boss event mega vendor festival di Puncak Kasih Pasir Gudang

Kalau nak beli rumah ekonomi sekarang tak stabil
guna kan formula 1/3.

Kalau gaji 5000

Gunakan 1/3 dari gaji untuk membayar rumah = 1,666

Cari rumah yang bayaran bulanan 1,666

Berapa p**ak harga rumah jika bulanan?

1,666 x 200 = 320,000.

Photos from Haziq Said - Perunding Hartanah Johor's post 20/10/2023

Hijrah itu mudah.
Istiqamah itu yg susah.

Kalau kita tak kuat nak istiqamah dalam perjalanan hijrah

Kita perlu masuk dalam circle yang boleh support hijrah kita.

Cari sahabat & partner yg boleh angkat kita bila kita jatuh, tolak kita bile terhenti, tarik kita bile kita melencong dan ketuk kepala kita bila kita terlupa.

Supaya kita sentiasa SEDAR dalam hijrah kita

Semoga urusan kita dipermudahkanuntuk bantu ramai lagi buat income dalam business hartanah.

Ada tak sahabat FB yg nk kami bantu belajar & tambah income sebulan 5k dalam bidang hartanah di Johor? Kalau ada terus komen nak kat bawah Guys ❤️

Photos from Haziq Said - Perunding Hartanah Johor's post 18/10/2023

Aktiviti petang ni ni site visit cari owner rumah untuk kita bantu sebelum rumah beliau di lelong.

Sebab apa rumah kita boleh kena lelong?

Padahal ada penyewa bayar stiap bulan. Dulu owner beli kan murah

Tak semua kes lelong Haziq jumpa yang tak mampu bayar installment hingga rumah dilelong

1. Kes Bankrupt
Owner ada duit proxy business tapi tak boleh nak buat bayaran ke acc loan dan tak mampu full settlement.

2. Tak Bayar JMB
JMB apply court order untuk lelongkan unit utk dapatkan amount tertunggak

3. Kes Kematian.
MRTT tak cover penuh pembiayaan. Waris tak amik tahu

4. Kes Pewarisan
Rumah nama bersama. Husband meninggal. Pening dengan masalah tuntutan waris yang abaikan tanggungjawab. Balu tak bayar installment. Biar terlelong. Tunggu lawyer buat pembahgian untuk portion masing2.

5. LPPSA
Geng askar bila tamat perkhidmatan tak bayar baki hutang LPPSA guna duit gratuiti abaikan gitu ja. tau2 lelong.

P/s : kalau ada yang nak selesai kan masaalah rumah lelong atau tersadai boleh bagitahu untuk Haziq & team bantu uruskan.

Yang nak beli rumah second atau lelong pun boleh bagitahu untuk team Haziq bantu sehingga dapat memiliki rumah sendiri.

17/10/2023

Perjalanan kita mungkin berbeza tapi percayalah kita punya kelebihan tersendiri!

Jika harini rezeki kita bukan disini pasti ada ditempat lain. Assalamualaikum & paghii !

P/s : Ada lagi sesiapa yang tahu keluarga sedara kawan atau sesiapa pun yg nk beli rumah boleh PM.

Haziq nak kongsi rezki duit jajan untuk sesiapa yang recomend & bantu uruskan

05/10/2023

Tuhan tidak pernah silap dalam mempertemukan kita dengan seseorang, malah pertemuan itu adalah pertemuan yang paling tepat antara kita dan dia.

04/10/2023

Memang rumah lelong murah, tapi nak beli rumah lelong kena tahu 5 kos wajib.

1. Kos deposit wajib 10%. Wajib ada tunai. Tak boleh guna pengeluaran kwsp.

2. Kos tunggakan bil-bil yang wajib kena selesaikan. Kos cukai pintu, cukai tanah, bil IWK, bil penyelenggaraan dll. Walaupun bil-bil tersebut ditanggung oleh bank pelelong, tapi kita kena dulukan duit kita bayar semua bil tersebut dan claim balik pada bank.

3. Kos Repair kerosakan rumah. Rumah lelong kebanyakannya rosak teruk. Jadi, kita kena pergi tengok keadaan rumah tu dan buat anggaran kos repair.

4. Kos peguam yang menguruskan urusan pindah milik dan pinjaman. Kita tak boleh uruskan sendiri proses berkaitan rumah lelong. Wajib lantik peguam.

5. Kos agen jika kita tak mahir untuk uruskan pembelian secara lelong. Jika kita mahir dan boleh uruskan sendiri, kita boleh jimat kos agen.

Ramai yang anggap beli rumah lelong boleh jimat sebab dapat beli rumah murah. Betul, kita dapat beli rumah lebih murah daripada pasaran dalam pasaran lelong.

Tapi, kos permulaan nak beli rumah lelong lebih banyak berbanding pasaran subsale. Kita wajib ada modal yang cukup. Tak boleh tak cukup, kalau kita gagal selesaikan proses lelongan, duit deposit kita akan burn. Bank pelelong tak p**angkan.

Pastikan MODAL kita secukupnya. KIRA betul-betul.

Kalau modal tunai kurang, lebih baik cari rumah dari pasaran subsale.

24/09/2023

Kita selalu nak apa yang kita tak boleh dapat.
Atau
Kita sebenarnya tak bersyukur dengan apa yang kita ada?
Assalamualaikum & paghi !

24/09/2023

Bila mana pemilik rumah nak jual rumah.

Pasti nak letak harga yang tinggi dan menguntungkan.Tapi sejauh mana harga tersebut dapat menjamin rumah dijual dengan kadar segera.

Contohnya owner nak jual rumah dengan harga RM260K. Tapi market value rumah tersebut mungkin bawah RM260K.

Disini wujudnya Perunding Hartanah untuk mencadangkan harga yang sesuai bagi memastikan pemilik rumah tidak rugi dan dapat menjual dengan kadar segera.

Bila harga win win situation insya-Allah dapat dijual dengan kadar segera.

23/09/2023

Tidak ada insan suci yg tidak mempunyai masa lampau & tidak ada insan yg berdosa yg tak mempunyai masa depan. Tidak ada insan yg sempurna.

Assalamualaikum, paghiii ❤

22/09/2023

Boleh ke saya taknak beli rumah lagi? Saya nak menyewa je dulu?

Boleh sangat! Kenapa p**a tak boleh. tapi ingat 10 pesan ni

1. Tuan rumah takkan terus sewakan rumah dia dengan kadar sewa yang sama

2. Tuan rumah juga boleh berubah fikiran bila ada kepentingannya

3. Rumah yang kita renovate extend sana sini bukan milik kita

4. Umur kita takkan sentiasa sama dari untuk meluluskan takaful. Lagi berumur lagi tinggi sumbangan

5. Bank tak akan tunggu umur kita untuk bagi tempoh pinjaman yang panjang

6. Kenaikkan harga rumah selalunya akan lebih cepat berbanding kenaikkan gaji kita

7. Rumah dalam bajet kita akan semakin jauh terpinggir keluar dari pusat bandar

8. Saiz rumah dibina semakin hari semakin kecil berbanding rumah sewa kita yang selesa

9. Loan semakin hari semakin ketat

10. Tuan rumah masih lagi tuan rumah walau kita berbuat baik bayar ontime selama kita tinggal di rumah mereka

Tak salah menyewa tapi jangan sampai terlalu selesa

21/09/2023

Susana live bidding rumah lelong Johor Vision Skybidz Auction Centre

19/09/2023

KAWAN KAWAN YANG NAK SELESAIKAN MASALAH DIBAWAH

1. Rumah dah nak kena lelong
2. Rumah terbiar rosak tak berpenghuni
3. Tak mampu nk tanggung bayaran bulanan rumah

Boleh hubungi kami, kami bantu selesaikan masalah anda.

P/s : Kalau ada kawan kawan yg nk tolong jual kan rumah buat income min 5k sebulan pun boleh pm Haziq

http://www.wassap.my/601159788900/rumah

Photos from Haziq Said - Perunding Hartanah Johor's post 18/09/2023

APA PERLU BUAT JIKA RUMAH DAPAT NOTIS LELONG?

Bila dapat notis lelong dari bank. Waktu itu menangis macam mana sekalipun, tetap rumah akan dilelong. Kes lelong ini melibatkan banyak pihak. JIka rumah dapat notis lelong, ada beberapa cara yang boleh kita cuba lakukan.

1) BAYAR TUNGGAKAN

Jika bank belum mula proses saman lelong, kita perlu bayar tunggakan ansuran yang ada.Kalau tak boleh bayar semua pastikan tunggakan tak lebih dari dua bulan.

Kenapa?

Bank biasanya akan mula proses saman untuk tunggakan tiga bulan ke atas.

Hutang macam ni mereka panggil sebagai non-performing loan atau NPL.

Bank akan bawa kes ke mahkamah dan mahkamah boleh perintahkan supaya rumah dilelong.

2) SELESAIKAN SEMUA JUMLAH TUNGGAKAN

Macam mana p**ak kalau dah kena saman? Boleh ke bayar dan tinggalkan hutang sehingga dua bulan tunggakan je?

Contoh nak bagi senang faham.

Katakan bayaran bulanan rumah ialah RM1000. Dan dah tak bayar selama lima bulan. RM1,000 X 5bulan = RM5,000.

Boleh ke kita bayar RM3,000 sahaja dan tinggalkan RM2,000 lagi (2 bulan) sebagai tunggakan?

Jawapannya tak boleh.

Kalau bank dah saman dan mahkamah perintah untuk rumah dilelong, kita kena bayar semua tunggakan yang ada.

3) KWSP ACC2

Ramai yang tak tahu, kalau ada masalah nak bayar hutang rumah, kita boleh keluarkan duit dari Akaun 2 KWSP untuk jelaskan hutang sedia ada.

KWSP benarkan buat pengeluaran untuk tujuan:

1.Bayaran ansuran bulanan rumah
2.Bayaran mengurangkan baki pinjaman

Untuk yang ada kerja tetap, InsyaAllah dengan cara ni boleh selamatkan rumah dari di lelong.

4.HUBUNGI KAMI DAN JUAL SECEPAT YANG MUNGKIN

Waktu ini jangan la tamak nak menjual mengikut Market Value. Rumah kena dijual secepat mungkin supaya sempat dijual sebelum proses lelongan.

Tetapi untuk menjual rumah dalam kes ni kita perlu mencari pembeli yang membeli secara tunai. Pembeli yang ingin membeli dengan cara loan tidak akan sempat untuk loan di luluskan sebelum proses lelongan berlaku.

SHARE jika bermanfaat

16/09/2023

Tidak semestinya mereka yang dilihat mendekat ketika senang dan menjauh ketika susah itu tidak ikhlas dengan kita.

Boleh jadi mereka membantu dengan mendoakan dalam diam.

Ada waktunya kita juga tak mampu bersama saat susah orang lain.

Selamat hari malaysia 🇲🇾

Photos from Haziq Said - Perunding Hartanah Johor's post 15/09/2023

Antara rumah lelong yang boleh dibeli di Johor
Kalau berminat boleh pm Haziq di msger k..

Pastikan loan boleh lulus
Ada 10% deposit dari reserve price
Lelongan mengikut tarikh dalam gambar.

P/s : kalau ada yg nk tolong jual kan boleh info Haziq juga ya. Tak cukup tangan lagi ni. Ada duit jajan 5k - 10k untuk siapa yg berjaya tolong jual kan.

07/09/2023

Kalau nak berjaya, kena ada 3 perkara:

1. Tahu apa yang kita nak
2. Tahu berapa harganya
3. Bayar berapa pun harganya

Bayar tu bukan sahaja dengan wang, tapi dengan pengorbanan.

Nak kurus, kena berkorban selera untuk elakkan makan banyak.

Nak pandai, kena berkorban masa, tenaga dan wang untuk belajar.

Nak ubah hidup, kena berkorban untuk belajar dan bertindak!

Sebab itu, pegang kata-kata ini:

"Kita akan capai apa sahaja yang kita impikan bila kita sanggup membayar harganya."

Saya doakan semua yang sedang membaca ni diberi kekuatan untuk berkorban dan mencapai kejayaan dunia dan akhirat.

Aamiin!❤️

Photos from Haziq Said - Perunding Hartanah Johor's post 05/09/2023

Kalau first time nak beli rumah

1. Jangan beli rumah lebih dari nilai pasaran
2. Beli rumah yang murah dulu..
3. Jangan ikut kawan , beli ikut kemampuan sendiri
4. Sediakan kos2 untuk beli rumah (Valuation , Legal Fee , Deposit )
5. Cari ilmu supaya tak tersilap langkah
6. Tengok rumah dulu sebelum nak letak deposit

Ada lagi tak kawan kawan yang nak Haziq bantu beli rumah dengan cara paling mudah ? Jom kita kopi kopi Haziq terangkan

03/09/2023

The best preparation for tomorrow is doing your best today.

Assalamualaikum & Pagi Isnin !

03/09/2023
03/09/2023

Bila dia dibawah, sering saja merenung ke atas dan berkata,

"Kenapalah mereka di atas tidak menunduk ke bawah lihat kami ini."

Suatu masa, Tuhan angkat dia ke atas. Dan dia terus mendongak tanpa menunduk lagi.

Begitulah adatnya manusia.

- Renung dalam diri, tilik dalam hati -

03/09/2023

Rezeki itu adalah ujian. Jgn takut tak punya rezeki, tapi takutlah kalau tak berkat, takutlah kalau tak syukur. Minta dijauhkan dari sifat itu. Assalamualaikum selamat berhujung minggu ❤️

Want your practice to be the top-listed Law Practice in Johor Bahru?
Click here to claim your Sponsored Listing.

JUAL / BELI / SEWA / REFINANCE Hartanah

Kepakaran saya adalah membantu pasangan suami isteri COMBINE gaji RM4,000 - RM8,000 untuk memiliki rumah pertama tanpa DEPOSIT & BOOKING RM1,000 sahaja.

TUAN RUMAH yang ingin MENJUAL rumah SEGERA saya juga boleh bantu untuk beli rumah anda secara TUNAI dan menyelesaikan masaalah kewangan anda dalam masa SEBULAN sahaja.

Saya YAKIN dan PERCAYA dengan kepakaran saya, saya dapat bantu anda penuhi IMPIAN anda. Saya akan permudahkan segala urusan untuk ANDA. InsyaAllah.

Videos (show all)

Picit link kat bawah 🫶https://chat.whatsapp.com/JdfrV93HolI1ImMgDe9obO#pblisting#rumahmurah#BelowMarket#rezekidikongsibe...
#jbpropertycoach #letusguideyourhome #tabungrumah #jdt🔵🔴 #rumahlelong #rumahlelongjohor #rumahsubsalejohor #rumahsubsale...
#jbpropertycoach #letusguideyourhome #rumahsubsale #RumahLelong #TabungRumah #ceomindset
Susana live bidding rumah lelong Johor Vision Skybidz Auction Centre
#astakapadu  #jbpropertycoach #ceomindset #VigorProperties #triggerlegacyproperty #letusguideyourhome #RezkiDariAllah
#propertycoach #ceomindset #VigorProperties #triggerlegacyproperty #letusguideyourhome #RezkiDariAllah
#propertycoach #ceomindset #VigorProperties #triggerlegacyproperty #letusguideyourhome #RoadToUmrah #RezkiDariAllah
Kerja Tanpa Agama,Ibarat Rumah Tanpa Tiang.Kerja Tanpa Usaha,Ibarat Rumah Terbengkalai.Kerja Tanpa Sistem,Ibarat Rumah D...
"Haziq macam mana kau keep momentum kau ?""Tak penat ke ?"SUMPAH P.E.N.A.T,"Tak give up ke ?"TIPU TAK PERNAH GIVE UP.Sat...
Tahniah team partner yang komit bertungkus lumus, hustle dari hari pertama 2023 mengejar target personal, target group b...
Alhamdulillah, selesai Weekly Meeting untuk TLP FullTime fighter untuk minggu pertama 2023 untuk cipta gaji min 12K sebu...
Aktiviti perunding hartanah buat income 1500 - 12,000 sebulan

Address


B-3-17, Block B, Pusat Komersial Bayu Tasik, Persiaran Southkey
Johor Bahru
80150

Opening Hours

Monday 09:00 - 22:00
Tuesday 09:00 - 22:00
Wednesday 09:00 - 22:00
Thursday 09:00 - 22:00
Friday 09:00 - 22:00
Saturday 09:00 - 22:00
Sunday 09:00 - 22:00

Other Real Estate Services in Johor Bahru (show all)
安居房地产【全马一站式买卖服务 】 安居房地产【全马一站式买卖服务 】
No. 2, Jalan Eko Perniagaan 1/9
Johor Bahru, 81100

🏡 欢迎!我们是你在马来西亚找房的得力助手。 🏡 🏡 Welcome! We are your reliable assistant in finding a home in Malaysia. 🏡

Kodomo Property Kodomo Property
Setia Indah
Johor Bahru, 81100

作为您的地产经纪或顾问,我很高兴为您提供房屋买卖及相关的全方位

Skudai 房屋专业出租服务 Skudai 房屋专业出租服务
Taman Ungku Tun Aminah
Johor Bahru, 81300

我们专注服务Skudai区的客户们,可以快速让你的屋子租出去~

A-Team Property Channel A-Team Property Channel
Jalan Setia Tropika 1/30, Setia Tropika, Tebrau
Johor Bahru, 81200

*1个团队 解决您问题 ·专业出售屋子前估价 ·专注区域代理服务 ·专业且好评代理为您提供一切买卖房产事物

Steadee Property Steadee Property
Johor Bahru

Steadee Property is the Malaysia One-Stop Real Estate service platform. Get your ideal property through our mobile apps and website anytime, anywhere. We provide online viewing to ...

Adda Height Property for Rent Adda Height Property for Rent
17-02, Jalan Permas 9/1
Johor Bahru, 81750

Adda Height Property for Rent

Jb Property TeoNicholas Jb Property TeoNicholas
Taman Molek
Johor Bahru, 81100

�Maxxan Realty� Real Estate negotiator . We aim to assist owner / buyer to SELL/ PURCHASE/ LEASE in any type of properties�

JB Property Management - Pishon 碧山产业管理 JB Property Management - Pishon 碧山产业管理
Johor Bahru, 79100

We are here to help you to list your properties for Sell or to Let. Professional photography & list

Johor Rumah Impian Anda Johor Rumah Impian Anda
Johor Bahru

PERUNDING HARTANAH ANDA Sedia membantu anda menjual, membeli dan menyewa hartanah anda. Serta guama

VGroup-James JB Property agent consultant VGroup-James JB Property agent consultant
Johor Bahru

🙎🏻‍♂️Hello 我是James 👀专注JB新山区的全新房地产项目, 🏠拥有5年以上的房产经验, 🤝提供一对一买房,选房,贷款质询服务。 👉🏻公寓 (Condo project) 👉🏻排楼 (Terrace) 👉🏻田字屋 (Cluster) 👉🏻半独立 (Semi-D) 👉🏻独立式洋房(bungalow) 👆🏻以上都有在销售

GladysGoh JB Property & Investment GladysGoh JB Property & Investment
Taman Pelangi Indah
Johor Bahru, 81800

property service

Rumah Jual Beli Johor bahru Rumah Jual Beli Johor bahru
Persiaran Molek Utama, Taman Molek
Johor Bahru, 81100