PSSCM CJDT

|| JOM KENALI SILAT CEKAK ||

Photos from Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia's post 01/09/2024

ALHAMDULILLAH...

Tahniah kepada Saudara Mohd Faizal bin Abdul Rahman dan Isteri, Zalisa binti Misman kerana telah berjaya menawan Puncak Gunung Tertinggi di Malaysia iaitu Gunung Kinabalu (4095m) pada 27hb Ogos 2024 (Selasa).

Kesempatan peluang yang ada, mereka berdua membawa/mengibarkan bendera PSSCM & 60 Tahun PSSCM serta berpakaian uniform lengkap sempena Sambutan Perayaan 59 Tahun & Jubli Intan 60 Tahun PSSCM.

Syabas & Tahniah sekali lagi.

_Silat Tonggak Jati Diri Bangsa_

31/08/2024
Photos from PSSCM CJDT's post 31/08/2024

BERITA SEMASA PSSCMCJDT - 30/8/2024 | JUMAAT

SAMBUTAN AMBANG MERDEKA 2024
🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾

Telah berlangsung latihan bagi Kelas Tunas PSSCMCJDT dari jam 9.30 hingga 10.30 malam. Seterusnya telah diadakan sesi penyampaian hadiah bagi pertandingan mewarna sempena Hari Kebangsaan yang telah diadakan pada 23/8/2024.

Hadiah telah disampaikan oleh Penolong Setiausaha PSSCMCJDT, En. Zulkifli Bin Zahar. Majlis diteruskan dengan nyanyian lagu-lagu patriotik oleh anak-anak Kelas Tunas bersama ahli tamat yang hadir.

Aktiviti diteruskan dengan latihan kelas ahli tamat dan persediaan demonstrasi.

Selamat Hari Kemerdekaan Yang Ke-67

Malaysia Madani : Jiwa Merdeka

30/08/2024

Lahirnya CEKAK kerana kesedaran,
Bukan bermusuh sebagai tujuan,
Untuk mendaulatkan Seni Kebangsaan,
Menyesuaikan dengan makna Kemerdekaan.

Pantun Silat Cekak Malaysia, bertepatan dengan tema Hari Kebangsaan 2024 iaitu "Malaysia Madani : Jiwa Merdeka".

Sayangi Malaysia, tanah tumpah darah tercinta...

Silat Cekak Malaysia.
Bukan sekadar Silat.

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan 2024!!

30/08/2024

🇲🇾🇲🇾SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN 2024 KE 67🇲🇾🇲🇾

Selamat Hari Kemerdekaan buat semua rakyat Malaysia. Marilah kita bersama-sama menghayati erti kemerdekaan dan menyintai Tanah Air kita & Kibarlah Jalur Gemilang dengan penuh rasa sayang dan bangga 🇲🇾

Lahirnya CEKAK kerana kesedaran,
Bukan bermusuh sebagai tujuan,
Untuk mendaulatkan Seni Kebangsaan,
Menyesuaikan dengan makna Kemerdekaan.

Sayangi Malaysia, tanah tumpah darah tercinta...

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan 2024!!

MERDEKA ! 🇲🇾
MERDEKA ! 🇲🇾
MERDEKA ! 🇲🇾

Ikhlas daripada

PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA
CAWANGAN JOHOR DARUL TAKZIM

Photos from PSSCM CJDT's post 24/08/2024

BERITA SEMASA PSSCMCJDT - 🇲🇾23 OGOS 2024 | JUMAAT

AKTIVITI MEWARNA POSTER KEMERDEKAAN KELAS TUNAS
🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾

Malaysia akan menyambut ulang tahun Kemerdekaan yang ke-67 tahun ini. Dalam usaha untuk meraikan hari kemerdekaan ini serta memupuk semangat patriotisme di kalangan pelajar, kelas Tunas PSSCM CJDT telah menganjurkan aktiviti mewarna poster Kemerdekaan selepas sesi Kelas Tunas.

Selamat Hari Kemerdekaan yang KE-67

Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka

16/08/2024

Innalillahwainnailaihirojiun

Salam Takziah YAB Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor atas pemergian bonda tercinta.

Kami mendoakan YAB Dato Seri Muhammad Sanusi dan keluarga diberikan kekuatan dan kesabaran menghadapi dugaan ini.

Kami juga mendoakan agar Allahyarhamah Hajjah Meriam Ahmad dicucuri rahmat Allah SWT dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

Al-Fatihah

UNIKL MIAT, USM juarai kategori Putra, Putri IPT Karnival Waja Diri ke-10 - Malaysia Tribune 12/08/2024

Sebanyak 70 pasukan mengambil bahagian, dengan antara kategori dipertandingkan termasuk kategori IPT, Jemputan (Cawangan Negeri), Tunas Remaja dan Tunas Cekak.

UNIKL MIAT, USM juarai kategori Putra, Putri IPT Karnival Waja Diri ke-10 - Malaysia Tribune KUALA TERENGGANU - Kejohanan Waja Diri (KWD) IPT dan Jemputan Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) kali ke-10 melabuhkan tirainya baru-baru ini dengan juara keseluruhan menjadi milik Universiti Kuala Lumpur (UniKL) MIAT bagi Kategori IPT Putra dan Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Induk....

UNIKL MIAT, USM juarai kategori Putra, Putri IPT Karnival Waja Diri ke-10 - Malaysia Tribune 12/08/2024

https://www.facebook.com/share/MSgoEWTHQmSiCjdb/?mibextid=WC7FNe

MAJLIS PERASMIAN KEJOHANAN WAJA DIRI PSSCM IPT & JEMPUTAN KALI KE-10 (KWD 10) PERINGKAT KEBANGSAAN 2024 DI UniSZA.

Kuala Nerus :
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) buat julung kalinya menjadi tuan rumah melalui persatuan pelajar, Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia UniSZA (PSSCM UniSZA) telah berjaya menganjurkan Kejohanan Waja Diri PSSCM IPT & Jemputan Kali Ke-10 (KWD10) Peringkat Kebangsaan 2024 di UniSZA selama dua hari pada 9 & 10 Ogos 2024 bertempat di Dewan Al-Muktafi Billah Shah, UniSZA.
Kejohanan ini melibatkan 70 pasukan terdiri daripada Institut Pendidikan Tinggi Awam/Swasta, Kolej Vokasional, Sekolah Menengah dan Sekolah Kebangsaan dalam pelbagai kategori.

Majlis telah dirasmikan oleh Yang Berusaha Profesor. Dr. Zuhairah Ariff binti Abdul Ghadas, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) mewakili Naib Canselor UniSZA.

Majlis ini juga dihadiri oleh Yang Mulia Guru Utama & Presiden Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia, Datuk Haji Maideen bin Kadir Shah dan Encik Mazlan bin Mohamad, Timbalan Pendaftar Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni mewakili Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Encik Che Zabario bin Mohd Yasim, Yang DiPertua Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Cawangan Terengganu, Pengarah-Pengarah Agensi Kerajaan, Ahli Jawatankuasa Pusat PSSCM, Ahli Lembaga Pelajaran dan Tatatertib PSSCM, Yang DiPertua Cawangan-Cawangan Negeri PSSCM, Wanita Cekak PSSCM, Ahli-ahli Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia dan peserta Kejohanan Waja Diri PSSCM IPT dan jemputan kali ke-10.

UNIKL MIAT, USM juarai kategori Putra, Putri IPT Karnival Waja Diri ke-10 - Malaysia Tribune KUALA TERENGGANU - Kejohanan Waja Diri (KWD) IPT dan Jemputan Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) kali ke-10 melabuhkan tirainya baru-baru ini dengan juara keseluruhan menjadi milik Universiti Kuala Lumpur (UniKL) MIAT bagi Kategori IPT Putra dan Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Induk....

12/08/2024

Terima kasih buat ANDA semua samada yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan KWD 10 kali ini!!

Anda semua TERBAIK!!

Photos from Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia's post 12/08/2024

Seni Silat Cekak menggegar di Kejohanan Kebangsaan

Kejohanan Waja Diri IPT dan Jemputan Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia atau dikenali KWD untuk kali ke 10 bersempena Perayaan Jubli Intan 60 Tahun PSSCM melabuhkan tirainya dengan juara keseluruhan menjadi milik Universiti Kuala Lumpur (UniKL) MIAT (Kategori IPT Putera) dan Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Induk (Kategori IPT Puteri).

Kejohanan pada kali ini diadakan di Universiti Sultan Zainal Abidin UniSZA, Terengganu melibatkan 70 pasukan yang bertanding merebut beberapa kejuaraan mengikut kategori dipertandingkan seperti kategori IPT, Jemputan (Cawangan Negeri), Tunas Remaja dan Tunas Cekak.

Perasmian pembukaan Kejohanan telah dirasmikan oleh YBrs. Prof Dr. Zuhairah Ariff Binti Abd Ghadas, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) mewakili Naib Canselor UniSZA.

Aksi tangkas yang penuh disiplin dan kreativiti persembahan Seni Silat Cekak Malaysia mula dipertontonkan kepada hadirin yang dianggarkan 2000 orang sepanjang dua hari kejohanan berlangsung bermula 9 dan 10 Ogos 2024 di Dewan Al-Muktafi Billah Shah, UniSZA.

Majlis penyampaian hadiah kepada setiap pemenang disampaikan oleh Yang Mulia Datuk Haji Maideen bin Kadir Shah, Guru Utama dan Presiden PSSCM. Juara keseluruhan setiap kategori seperti berikut:
Kategori

IPT PUTERA
- UniKL MIAT

IPT PUTERI
- USM Induk Pulau Pinang

Jemputan (Cawangan Negeri)
- Kuala Lumpur

Tunas Remaja (Puteri)
- Sekolah Menengah Setiabudi, Selangor

Tunas Remaja (Putera)
- Maahad Muhammadi Lelaki, Kelantan

Tunas Cekak (Puteri)
- Sekolah Kebangsaan Beladau Kolam, Terengganu

Tunas Cekak (Putera)
- Tunas Kelas Latihan Shah Alam, Selangor

Seterusnya KWD kali ke 11 akan dilangsungkan di Universiti Sains Malaysia (USM), Kampus Induk, Pulau Pinang bersempena Sambutan Jubli Emas PSSCM USM pada tahun 2026.

Kami kongsikan sedikit sebanyak detik kenang-kenangan kwd-10 di UniSZA kali ini. Semoga berjumpa lagi di KWD akan datang.

Photos from Universiti Sultan Zainal Abidin - FB Rasmi's post 11/08/2024

MAJLIS PERASMIAN KEJOHANAN WAJA DIRI PSSCM IPT & JEMPUTAN KALI KE-10 (KWD 10) PERINGKAT KEBANGSAAN 2024 DI UniSZA.

Kuala Nerus :
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) buat julung kalinya menjadi tuan rumah melalui persatuan pelajar,
Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia UniSZA (PSSCM UniSZA) telah berjaya menganjurkan Kejohanan Waja Diri PSSCM IPT & Jemputan Kali Ke-10 (KWD10) Peringkat Kebangsaan 2024
di UniSZA selama dua hari pada 9 & 10 Ogos 2024
bertempat di Dewan Al-Muktafi Billah Shah, UniSZA.

Kejohanan ini melibatkan 70 pasukan terdiri daripada Institut Pendidikan Tinggi Awam/Swasta, Kolej Vokasional, Sekolah Menengah dan Sekolah Kebangsaan dalam pelbagai kategori.

Majlis telah dirasmikan oleh Yang Berusaha Profesor. Dr. Zuhairah Ariff binti Abdul Ghadas, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) mewakili Naib Canselor UniSZA.

Majlis ini juga dihadiri oleh
Yang Mulia Guru Utama & Presiden Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia,
Datuk Haji Maideen bin Kadir Shah
dan Encik Mazlan bin Mohamad,
Timbalan Pendaftar Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni
mewakili Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni),

Encik Che Zabario bin Mohd Yasim,
Yang DiPertua Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Cawangan Terengganu,
Pengarah-Pengarah Agensi Kerajaan,
Ahli Jawatankuasa Pusat PSSCM,
Ahli Lembaga Pelajaran dan Tatatertib PSSCM,
Yang DiPertua Cawangan-Cawangan Negeri PSSCM,
Wanita Cekak PSSCM,
Ahli-ahli Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia
dan peserta Kejohanan Waja Diri PSSCM IPT dan jemputan kali ke-10.

https://www.facebook.com/share/p/53g1bcttENSk4cL8/

11/08/2024

10/08/2024
09/08/2024
09/08/2024
09/08/2024

AYUH KWD 10

09/08/2024

Kepada ahli-ahli PSSCM di seluruh negara yang mungkin sedang dalam perjalanan ke Terengganu atau mungkin akan bergerak esok pagi, kami doakan semoga anda semua selamat sampai ke destinasi.
Berhati2 di jalanraya.
Ingatlah orang yang tersayang.
Jumpa anda semua di Dewan Al-Muktafi Billah, Universiti Sultan Zainal Abidin - FB Rasmi

Kepada ahli-ahli PSSCM di seluruh negara yang mungkin sedang dalam perjalanan ke Terengganu atau mungkin akan bergerak esok pagi, kami doakan semoga anda semua selamat sampai ke destinasi.

Berhati2 di jalanraya.
Ingatlah orang yang tersayang.

Jumpa anda semua di Dewan Al-Muktafi Billah, Universiti Sultan Zainal Abidin - FB Rasmi

06/08/2024

“Debaran kian terasa,
Masa ditunggu telah tiba,
Di UniSZA kita bersua,
Ngauman Selatan pasti menjelma“

Nantikan ! Skuad KWD PSSCM CJDT🔥🔥🔥

Photos from PSSCM CJDT's post 04/08/2024

2 OGOS 2024 (Jumaat)

Satu Majlis Persembahan Formasi KWD, Penyerahan Baju KWD dan Penyerahan Bendera Negeri Johor telah diadakan di Rumah Persatuan, Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Cawangan Johor Darul Takzim (PSSCMCJDT). Majlis dihadiri oleh Tuan Yang Dipertua PSSCM CJDT, Encik Sazali bin Haji Samsudin, barisan Jawatankuasa Cawangan, Penyelia Kelas Latihan, ahli tamat dan penuntut kelas latihan PSSCM CJDT.

Majlis telah dimulakan dengan persembahan formasi KWD yang akan digunakan semasa KWD kali ke-10 pada 9 & 10 Ogos 2024, ucapan aluan dari pengurus pasukan, ucapan oleh Encik Roslan bin Daud selaku wakil dari Jawatankuasa Cawangan dan pemberian kata – kata semangat oleh Tuan Yang Dipertua PSSCM CJDT.

Majlis seterusnya diteruskan dengan penyerahan Baju KWD “Windbreaker” kepada skuad KWD dan penyerahan bendera negeri Johor kepada pengurus pasukan oleh Yang Dipertua PSSCM CJDT.

03/08/2024

MASA YANG DINANTI TELAH TIBA !Saksikan Video Teaser dari Pasukan PSSCM CJDT sempena KWD Kali ke-10 🔥🔥🔥

Jubli Intan PSSCM martabat silat sebagai ilmu akademik 24/07/2024

Menuju usia 60 tahun, Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) telah melancarkan logo Sambutan Jubli Intan 60 Tahun PSSCM dengan tema Sambutan Jubli Intan 60 Tahun PSSCM adalah “Silat Tonggak Jati Diri Bangsa’.

Jubli Intan PSSCM martabat silat sebagai ilmu akademik SEREMBAN: Menuju usia 60 tahun, Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) telah melancarkan logo Sambutan Jubli Intan 60 Tahun PSSCM dengan tema Sambutan Jubli Intan 60 Tahun PSSCM adalah “Silat Tonggak Jati Diri Bangsa’ Sempena itu juga (PSSCM) telah mengadakan program Sambutan 59 Tahun dan P...

Photos from PSSCM CJDT's post 22/07/2024

20 JULAI 2024
Alhamdulillah Selesai Sudah 3 program Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia sempena Sambutan PSSCM Ke-59 & Pelancaran Jubli Intan 60 tahun:

1. Istiadat Konvokesyen Kali Ke-38
2.Sambutan Awal Muharam 1446H & Hari Tenaga Pengajar 2024
3. Mesyuarat Agung Perwakilan Kali Ke-52,

Tahniah kepada Perserta konvokesyen Ujian Sijil Rendah & Sijil Menegah Akademik, Tahniah Di ucapkan, Turut berlangsung Majlis Sambutan Awal Muharam,Hari Tenaga Pengajar & Mesyuarat Agung Perwakilan kali Ke 52..

"SILAT TUNGGAK,JATI DIRI BANGSA"

"BERSAMA DAN BERSATU"
Hidup Cekak!

Photos from Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia's post 22/07/2024

20 JULAI 2024 - SAMBUTAN 59 TAHUN & PELANCARAN JUBLI INTAN 60 TAHUN
PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA
Assalamualaikum W.B.T,
Alhamdulillah selesai sudah majlis Sambutan 59 Tahun & Pelancaran Jubli Intan 60 Tahun Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia. Majlis sambutan kali ini telah mengabungkan 3 majlis dalam satu majlis iaitu istiadat Konvokesyen PSSCM Kali ke-38, Sambutan Awal muharam 1446H & Hari Tenaga Pengajar 2024 serta Mesyuarat Agung Perwakilan kali ke-52 PSSCM.
Program dimulakan dengan Majlis Perasmian Sambutan 59 tahun dan Pelancaran Jubli Intan 60 Tahun PSSCM dan diteruskan dengan Istiadat Konvokesyen PSSCM Kali ke-38. Pada istiadat tersebut seramai 68 orang penerima Sijil Menengah Akademik dan 384 orang penerima Sijil Rendah PSSCM yang diadakan dengan penuh gilang gemilang.
Disebelah petang, majlis diteruskan dengan aktivit sambutan Awal Muharam dan sambutan Hari Tenaga Pengajar. Majlis tahun ini, sambutan Awal Muharam dimulakan dengan ceramah dari Baba Rusli Jamaudin Al-Banjari Mudir MADRASAH AD DIRASAH AD DINIAH AS SALAMIAH (MADAS). Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian Anugerah Tokoh Persilatan, Anugerah Khas Guru Utama dan Pelancaran Dana Wakaf Dewan Datuk Haji Maideen. Majlis diteruskan lagi dengan sambutan hari kelahiran YM Guru Utama Datuk Haji Maideen Bin Kadir Shah.
Majlis bersambung pada sebelah malamnya dengan mengadakan Mesyuarat Agung Perwakilan.
Sekian, Terima kasih.

SAMBUTAN 59 TAHUN DAN PELANCARAN JUBLI INTAN PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA - 2024 20/07/2024

Istiadat Konvokesyen PSSCM Sempena Sambutan 59 Tahun dan Pelancaran Jubli Intan 60 Tahun, Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia

Istiadat Konvokesyen PSSCM Kali ke-38

Sambutan Awal Muharam 1446H & Hari Tenaga Pengajar 2024

Mesyuarat Agung Perwakilan Kali ke-52

Bertempat di Dewan Datuk Haji Maideen, Negeri Sembilan.

"Silat Tonggak Jati Diri Bangsa"

SAMBUTAN 59 TAHUN DAN PELANCARAN JUBLI INTAN PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA - 2024 20 JULAI 2024 - 14 MUHARAM 1446H - DEWAN DATUK HAJI MAIDEEN, NEGERI SEMBILAN

20/07/2024

Dirgahayu Tuanku!

Merafak Sembah dan Setinggi-Tinggi Ucapan Tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-17 pada 20 Julai 2024 bersamaan 14 Muharram 1446H.

Semoga Allah SWT memberkati pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku.

Sembah Takzim daripada seluruh warga Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia.

Daulat Tuanku!
Daulat Tuanku!
Daulat Tuanku!

Photos from PSSCM CJDT's post 06/12/2023

BERITA SEMASA PSSCM CJDT

Assalammualaikum w.b.t

Alhamdulillah, pada 6 Disember 2023 telah berlangsung Program Hari Keselamatan Pekerja “Safety Day” anjuran dari pihak Hospital Colombia Asia (Tebrau) Johor Bahru. Program ini berlangsung di bilik latihan Hospital Colombia aras 1 , bermula jam 2 petang hingga 4 petang.

Turut hadir program pada petang ini ialah Encik Rozaimi selaku penyelaras program dan diiringi Encik Roslan bin Daud selaku pegawai penerangan dari Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Cawangan Johor Darul Takzim serta dihadiri oleh ahli- ahli dari PSSCMCJDT , Puan Radziah Abdul Razak dan Hafila Hanafi. Alhamdulillah lebih kurang seramai 30 orang staf Hospital yang turut hadir bersama mendengar penerangan dan taklimat berkenaan “Kepentingan ilmu jaga diri untuk diri sendiri dan masyarakat” .

Terima kasih diucapkan kepada skuad demostrasi seramai 7 orang dari pelbagai kelas latihan dan juga saudara Mohamad Faisal bin Murat selaku ketua komanden pada petang ini.

Sekian. Terima Kasih
BERSAMA BERSATU

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Johor Bahru?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

VIDEO TEASER KWD PSSCM CJDT
Nantikan Video Teaser dari Pasukan PSSCM CJDT sempena KWD Kali ke-10 🔥🔥🔥#johor #bersamabersatu #silatcekak #psscmcjdt #k...
Dirgahayu Tuanku.Merafak sembah setinggi-tinggi Ucapan Tahniah kepada Penaung Seumur Hidup Persatuan Seni Silat Cekak Ma...
𝗔𝗬𝗨𝗛  𝗞𝗪𝗗𝟭𝟬Bahang KWD 10 makin terasa, kami di Cawangan Johor dah mula kan latihan bagi Minggu Ke-3 KamiPersiapan dan pe...

Address


Jalan Selasih 11
Johor Bahru
81200

Other Martial Arts Schools in Johor Bahru (show all)
Gelanggang Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Indrapura Kulai Gelanggang Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Indrapura Kulai
Dewan Terbuka Pangsapuri Temenggong Indahpura Kulai
Johor Bahru

新山功夫詠春拳 JB KungFu WingChun【陳氏】 新山功夫詠春拳 JB KungFu WingChun【陳氏】
Jalan PERMAS 10/1
Johor Bahru, 81750

新山功夫詠春拳📍百萬鎮 Permas Jaya 一家以傳統武術作為防身理念的武館⛩ 🔥實戰概念🔥防身技巧🔥武學理論🔥 ~兒童班/成人班,團體班/私教班~ 了解詠春拳課程及更多有關詳情,請✉️ WhatsApp至018-989 0627(請勿撥電)

shieldacademy.jb shieldacademy.jb
2-05, Jalan Kolam Ayer 2, Nong Chik Riverside
Johor Bahru, 80200

We are martial arts 🥋 & fitness academy based in Johor Bahru.

SILAT HANG TUAH Cawangan Johor SILAT HANG TUAH Cawangan Johor
Taman Bukit Mutiara
Johor Bahru, 81100

Persatuan Silat Hang Tuah bagi membentuk jati diri remaja dan belia

Dynasty Taekwon-Do ITF Dynasty Taekwon-Do ITF
Johor Bahru, 81300

TAEKWON-DO Training Centre

Southside MMA Johor Bahru Southside MMA Johor Bahru
22B, Jalan Eko Botani 3/6, Taman Eko Botani
Johor Bahru, 79100

We're a martial art school providing Personal Training, Brazilian Jiu-jitsu, Muay Thai and Mixed Martial Arts (MMA) training under the flag of Marcos Escobar Jiu-Jitsu Malaysia. Fe...

Josh Kickboxing Studio Josh Kickboxing Studio
29-02 Jalan MUTIARA EMAS 10/2, TAMAN MOUNT AUSTIN
Johor Bahru, 81100

#Boxwithoutbruises . ⭐Beginner Friendly Boxing & Muaythai Community Club in Johor, Malaysia 🇲🇾 . ❌No Direct Walk-in for Class❌ . For Any Class Enquiry & Booking please Send Us DM o...

Hammerfist Johor Bahru Hammerfist Johor Bahru
Daiman Sports Complex
Johor Bahru, 81100

#1 Martial Arts Gym in Johor Bahru. We offer: Brazilian Jiu Jitsu 🥋 | Kickboxing 🥊 | Ladies classes 🙏 | Kids Martial Arts 🧒🏻 | Corporate Wellness 🧘🏻‍♂️ | School / University Progra...

Kelab Silat Fatani Johor Official Kelab Silat Fatani Johor Official
Johor Bahru
Johor Bahru

﷽ “FATANI NUSA BAKTI” “KESETIAAN FARDU JAUHAR”

PSSGM Kebangsaan daerah KULAI PSSGM Kebangsaan daerah KULAI
Kulai Bahru
Johor Bahru

martial art school