Nabilah Sham Rin

Nabilah Sham Rin was established in 2015 by three Partners namely Cik Fatimah Nabilah, En Nor Sham a

21/04/2023

Selamat Hari Raya Aidilfitri kami ucapkan buat semua yang menyambutnya.
Gunakan kesempatan hari raya ini untuk bermaafan di antara kita. Semoga terlerai semua sengketa.
Jalinkan lembaran baharu dalam cahaya kemenangan ini.
Ikhlas dari kami

Nabilah Sham Rin
Johor Bahru

16/09/2022

Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Selamat Hari Malaysia 2022 buat semua.
Semoga negara kita kekal harmoni dan sejahtera sentiasa.
Daripada kami

Nabilah Sham Rin
Johor Bahru, Johor

29/08/2022

Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Hanya tinggal beberapa hari sahaja kita akan meraikan hari kemerdekaan Malaysia yang ke 65.
Daripada seluruh warga kerja Nabilah Sham Rin, Johor Bahru, Johor kami mengucapkan Selamat Hari Kemerdekaan dan Hari Kebangsaan 2022.
"Keluarga Malaysia Teguh Bersama"
Nabilah Sham Rin
Johor Bahru, Johor

16/08/2022

Kesan Kelewatan di dalam Pengurusan Pusaka: Peranan Khas Amanah Raya Berhad
“Tanah kubur itu masih merah. Kau dah sibuk nak bincang pasal harta?”
Ini adalah dialog yang biasa kita dengar di dalam mana-mana cerekarama Melayu berkenaan pengurusan harta pusaka. Terlalu kerap dialog ini digunakan sehingga sebati menjadi sebahagian daripada budaya kita.
Harta pusaka adalah satu perkara taboo dan sensitif untuk dibincangkan di dalam sebahagian komuniti. Pengaruh budaya memberi pemberat yang berbeza terhadap sudut pandang masyarakat kita mengenai pengurusan harta pusaka. Ini belum lagi kita bincangkan soal pembahagian, baru pengurusan sahaja sudah cukup memeningkan.
Kepentingan mengenai pengurusan harta pusaka ini sering diketengahkan di dalam pelbagai media dan makalah. Tetapi bukanlah mudah untuk mengubah persepsi masyarakat yang telah lama terbentuk.
Kerana terlalu taksub dengan budaya ini akhirnya pelbagai masalah timbul dikemudian hari. Sebagaimana urusan-urusan lazim yang lain, masa adalah intipati penting di dalam pengurusan harta pusaka. Berikut disertaka perbincangan berkaitan masa di dalam pengurusan pentadbiran harta pusaka.
Waktu yang sesuai untuk memulakan pengurusan harta pusaka
Secara ringkasnya, tiga badan utama dalam pengurusan harta pusaka adalah Unit Pusaka Kecil, Mahkamah dan Amanah Raya Berhad dengan setiap satunya mempunyai bidangkuasa tersendiri. Untuk mendapatkan surat kuasa mentadbir di Mahkamah nilaian pusaka perlulah melebihi RM2 juta dan merangkumi harta alih dan tidak alih. Sekiranya kurang daripada RM2 juta maka ini adalah di bawah bidangkuasa Unit Pusaka Kecil.
Sekiranya si mati meninggalkan wasiat p**a, tanpa mengambilkira nilaian pusakanya hanya mahkamah tinggi sahaja yang berbidangkuasa untuk mengeluarkan geran probet iaitu dokumen yang mengesahkan wasiat tersebut dan melantik wasi sebagaimana terkandung di dalam wasiat tersebut untuk menguruskan pusaka si mati.
Menguruskan harta pusaka si mati di sini termasuklah mengumpul maklumat mengenai harta-harta si mati serta mengecualikan harta yang tidak layak diwarisi, mengenalpasti hutang piutang si mati serta waris-waris si mati, melantik pentadbir harta pusaka atau membuktikan wasiat dan macam-macam lagi. Dalam konteks perbicangan kali ini, maksud pengurusan harta pusaka ini adalah dengan mendapatkan Surat Kuasa Mentadbir atau Geran Probet atau melantik pentadbir atau wasi bagi menguruskan harta pusaka si mati.
Tiada peruntukan khas mahupun mandatori yang menetapkan masa yang sesuai untuk menguruskan harta pusaka si mati.
Walaubagaimanapaun, bagi permohonan di mahkamah tinggi terdapat larangan khusus kepada Pendaftar Mahkamah Tinggi untuk tidak memberikan Geran Probet dalam tempoh 7 hari dan Surat Kuasa Mentadbir dalam tempoh 14 hari daripada tarikh kematian. Ini dinyatakan secara khusus di dalam A.71, K.4(3) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012.
Jadi, boleh difahami bahawa permohonan paling awal yang boleh dilakukan di Mahkamah adalah selepas 7 atau 14 hari bergantung kepada jenis surat kuasa yang mahu diperoleh daripada mahkamah. Tiada peruntukan serupa di dalam Akta Pusaka Kecil 1955 atau Akta Amanah Raya Berhad 1995.
Bilakah permohonan di Mahkamah telah dianggap lewat?
Di dalam A.71, K5(6), Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 memperuntukkan mana-mana permohonan yang melebihi 3 tahun selepas tarikh kematian perlulah dinyatakan sebab-sebab kelewatan tersebut. Tetapi, tiada sebarang kesan dinyatakan sekiranya permohonan tersebut dibuat lewat. Ini berbeza di bawah Akta Probet dan Pentadbiran 1959.
Sekiranya anda membaca Seksyen 81 Akta Probet dan Pentadbiran 1959 p**a menunjukkan permohonan ini perlu dibuat dalam tempoh 6 bulan atau pihak Amanah Raya Berhad (ARB) boleh dilantik sebagai pentadbir atau menggantikan wasi yang sepatutnya bertindak di bawah wasiat.
Bagaimana p**a untuk pusaka kecil?
Bagi pusaka kecil, (takrifan sekarang di bawah RM2 juta bagi kombinasi harta alih dan tidak alih) p**a, di bawah Seksyen 18(1) Akta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 memberikan kuasa kepada Penghulu atau Pegawai Penempatan di mana hartanah si mati itu berada, boleh di atas arahan Pentadbir Tanah boleh diarahkan untuk memfailkan permohonan di bawah Akta tersebut sekiranya tiada sebarang permohonan di buat dalam tempoh 6 bulan daripada tarikh kematian.
Peruntukan ini menunjukkan, walaupun tiada sebarang permohonan dibuat oleh ahli-ahli waris dalam tempoh 6 bulan daripada tarikh kematian tersebut sekiranya si mati mempunyai sebarang harta tidak alih, Pentadbir Tanah di mana lokasi harta tidak alih itu berada boleh mengarahkan penghulu atau pegawai penempatan untuk memfailkan permohonan pentadbiran dan pembahagian di pusaka kecil.
Kemudian, di dalam Akta Pusaka Kecil (Pembahagian) (Pindaan) 2022 p**a, kuasa ini telah dipinda menjadi budibicara khas Pegawai Pembahagi Pusaka (Estate Distribution Officer) melalui permohonan daripada Amanah Raya Berhad atau Majlis Agama Islam sahaja. Walaupun akta ini telah diwartakan pada 22.1.2022, kita masih lagi menunggu ‘green light’ daripada Menteri berkaitan terhadap tarikh sebenar penguatkuasaan akta ini.
Peranan Amanah Raya Berhad sekiranya berlaku kelewatan
Antara kesan kelewatan membuat permohonan adalah seperti melewatkan proses pembahagian harta pusaka, merumitkan proses pentadbiran (terutamanya apabila berlaku kematian berlapis), pemiutang (sekiranya ada) memulakan tindakan terhadap pusaka dan pelbagai lagi.
Sebagaimana yang dibincangkan di atas juga, di dalam keadaan-keadaan kelewatan permohonan untuk pentadbiran berlaku Amanah Raya Berhad (ARB) boleh dilantik sebagai pentadbir bagi harta pusaka si mati.
Perlantikan ini boleh berlaku dalam pelbagai keadaan:
(1) Melalui permohonan Penghulu atau Pegawai Penempatan di bawah Akta Pusaka Kecil 1955 (dibincangkan di atas);
(2) Lantikan oleh Mahkamah Tinggi apabila berlaku kelewatan di dalam keadaan-keadaan berikut:
a. 6 bulan selepas kematian dan tiada sebarang tindakan diambil oleh ahli waris, s.81(a) Akta Probet dan Pentadbiran 1959;
b. 6 bulan selepas kematian pentadbir atau wasi dan tiada permohonan untuk pentadbiran telah dibuat, s.81(d) Akta Probet dan Pentadbiran 1959
c. Kegagalan pentadbir untuk mengekstrak Surat Kuasa Mentadbir dalam tempoh 3 bulan daripada tarikh pemberian kuasa oleh Mahkamah untuk menyediakan sekuriti , s.15(a) Akta Perbadanan Amanah Raya 1995;
d. Apabila pentadbir gagal untuk mengekstrak dalam tempoh yang munasabah apabila perintah untuk mengisukan geran kuasa mentadbir telah diberikan, s.15(a) Akta Perbadanan Amanah Raya 1995.
Maka, jelas daripada di atas ARB boleh dilantik untuk menjadi pentadbir oleh Mahkamah sekiranya berlaku kelewatan dalam pengurusan pusaka tersebut oleh ahli-ahli waris. Ini akan membataskan peluang untuk ahli-ahli waris menguruskan sendiri hal berkaitan pentadbiran pusaka termasuklah berkenaan kawalan terhadap kos yang terlibat di dalam pengurusan pentadbiran pusaka itu sendiri memandangkan caj dan fi perkhidmatan ARB telahpun ditetapkan oleh statut sebagaimana yang diperuntukkan oleh s.33 Akta Perbadanan Amanah Raya 1995. Walaubagaimanapun, ini bukanlah masalah sekiranya waris-waris mengetahui mengenai kos-kos tersebut dan bersetuju mengenainya.
Kesimp**an
Oleh itu, dapat disimpulkan di sini walaupun tidak dinyatakan secara jelas seawal manakah permohonan untuk melantik pentadbir itu perlu dilakukan peruntukan undang-undang menunjukkan seolah-olah permohonan ini haruslah disegerakan dalam tempoh 6 bulan atau surat kuasa mentadbir dan geran probet tersebut boleh diberikan kepada pihak ARB.
Tempoh 6 bulan ini bolehlah dianggap munasabah bagi waris-waris dengan memberi peluang untuk waris-waris berkabung di atas pemergian orang yang tersayang di samping berbincang mengenai hal-hal berkaitan pusaka si mati itu sendiri.
Jika terlalu lama, dikhuatiri pentadbiran telah dimulakan oleh pihak ARB dan ini pastinya akan merumitkan lagi urusan ahli-ahli waris untuk menikmati harta pusaka si mati. Harus tidak dilupakan juga, sebagaimana entiti perniagaan yang lain ARB turut mengenakan caj-caj tertentu sebagaimana yang dibenarkan oleh undang-undang kerana antara objektif penubuhan badan ini adalah untuk menjadi syarikat amanah yang menguntungkan juga (seksyen 10(b) Akta Amanah Raya Berhad 1995).
Oleh itu, berbincanglah sesama ahli waris supaya hal berkaitan pengurusan harta pusaka ini dapat disegerakan bagi mengelakkan kesan-kesan yang tidak diingini.
Nabilah Sham Rin
Johor Bahru, Johor

03/08/2022

Ignorance of law is not an excuse ataupun kejahilan undang-undang bukanlah satu alasan.
Ini merupakan prinsip perundangan yang kerap digunakan dan sering di nyatakan oleh hakim-hakim yang bijaksana di dalam penghakiman mereka.
Prinsip common law ini telah diterima oleh mahkamah-mahkamah tempatan di Malaysia juga. Secara ringkasnya prinsip ini meletakkan liabiliti kepada pihak-pihak yang telah melanggar undang-undang.
Di mata undang-undang kenaifan anda bukanlah satu alasan yang kukuh untuk mengabaikan tanggungjawab anda di bawah undang-undang.
Oleh itu, pastikan anda mendapatkan nasihat perundangan terlebih dahulu di dalam apa sahaja tindakan anda.
Barisan peguam kami memberikan konsultasi undang-undang dan perkhidmatan perundangan daripada khidmat nasihat urusniaga hartanah, pentadbiran pusaka dan kes-kes sivil umum.


Nabilah Sham Rin
Johor Bahru, Johor.

10/07/2022

Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua rakyat Malaysia yang menyambutnya.
Jadikan Hari Raya ini penuh bermakna di samping ahli keluarga anda.
Ikhlas dari kami

Nabilah Sham Rin
Johor Bahru, Johor

07/07/2022

Penyelesaian undang-undang dalam Menghadapi 'Kerenah' Waris dalam Pentadbiran Harta Pusaka
Pengurusan harta pusaka boleh menjadi sangat mencabar dan kompleks. Ditambah p**a dengan cabaran berhadapan dengan pelbagai kerenah manusia terutamanya ahli-ahli waris itu sendiri yang kadangkala disebabkan oleh pelbagai sifat manusia yang tidak munasabah itu sendiri.
Jadi tidak hairanlah jika proses ini boleh mengambil masa bertahun walapun dengan pelbagai perundangan yang telah dipermudah bagi membantu ahli-ahli waris itu sendiri. Seandainya keadaan ini berterusan dikhuatiri ahli-ahli waris berkemungkinan tidak dapat menikmati manfaat daripada peninggalan si mati tersebut dan berkemungkinan menambah rumitkan lagi keadaan.
Mungkin antara babak awal yang boleh menonjolkan kerena ahli waris ini dapat dilihat saat menentukan pentadbir harta pusaka itu sendiri. Sekiranya si mati meninggalkan wasiat dan telah berpesan untuk melantik individu yang difikirkan sesuai mungkin isu ini dapat dielakkan.
Disebabkan ketiadaan perlantikan secara nyata oleh si mati ini maka berkemungkinan berlakulah pertelingkahan dikalangan ahli waris dalam menentukan permasalahan "siapa yang lebih layak untuk menjadi pentadbir?".
Senario-senario di bawah mungkin juga berlaku:
Anak yang paling tua mungkin menegaskan 'seniority' beliau untuk dilantik sebagai pentadbir. Masakan tidak menurutnya, masa yang lebih diluangkan bersama orang tuanya (jika pusaka berkaitan ibubapa) ataupun mungkin sahaja disebabkan pengalamannya serta nilai-nilai sentimental yang lain maka dialah yang paling layak untuk dilantik sebagai pentadbir.
Untuk perwarisan melibatkan orang Islam p**a situasi berikut mungkin berlaku. Ahli-ahli waris lelaki beranggapan bahawa disebabkan bahagian mereka yang lebih besar untuk diterima berbanding ahli waris wanita, maka untuk melindungi hak mereka serta menunjukkan dominan mereka maka merekalah yang seharusnya dilantik sebagai pentadbir.
Pelbagai alasan dan cubaan daripada ahli-ahli waris yang lain juga mungkin dapat dipertontonkan sewaktu ini. Pokoknya, masing-masing percaya dengan alasan masing-masing dan sentiasa khuatir dengan tindakan pentadbir yang bakal dilantik.
Sudahnya, kerana karamnya kepercayaan masing-masing maka berlarutanlah perkara ini. Ahli-ahli waris yang dahulunya mungkin ceria, mesra dan menjadi keluarga model dan dicemburui ramai ini akhirnya menjadi seteru dan bermasam muka. Pusaka yang dirisaukan? Akhirnya terabai hingga dilupakan dan menjadilah sebahagian daripada statistik pusaka yang tidak dituntut.
Dalam situasi yang berbeza p**a, walaupun pentadbir telah dilantik tetapi mungkin disebabkan oleh kekangan masa dan sumber kewangan pentadbir itu sendiri pentadbiran terbengkalai dan tidak dapat disempurnakan. Atau mungkin juga pentadbir yang dilantik gagal untuk menjalankan tanggungjawabnya dalam tempoh yang munasabah.
Apakah tiada penyelesaian undang-undang di dalam situasi-situasi di atas?
Kurang pengetahuan mengenai undang-undang berkaitan pentadbiran harta pusaka mungkin menyebabkan permasalah ini berlanjutan. Sedangkan, yang sebenarnya terdapat beberapa penyelesaian khas untuk menangani situasi-situasi di atas.
Lantikan dua atau lebih pentadbir
,
Peruntukan ini lebih sesuai digunakan sekiranya pertikaian hanya melibatkan dua blok sahaja dan malangnya hanya terpakai kepada permohonan di Mahkamah Tinggi sahaja. Seksyen 4 Akta Probet dan Pentadbiran 1959 "APP" membolehkan lantikan lebih daripada seorang pentadbir sehingga maksimum 4 orang pentadbir oleh Mahkamah Tinggi. Sekiranya terdapat lebih daripada seorang pentadbir, maka 'check and balance' atau semak dan imbang oleh kedua-dua blok yang berprasangka ini boleh dilakukan bersama.
Walaubagaimanapun, tiada peruntukan serupa di dalam Akta Pusaka Kecil(Pembahagian) 1955 "APK" mengenai lantikan dua atau lebih pentadbir, melainkan sekiranya terdapat waris di bawah umur ataupun waris yang mengalami masalah mental. Sedangkan di bawah APP p**a budibicara adalah terletak di bawah Hakim yang mendengar permohonan tersebut.
Kuasa menyemak oleh ahli waris dan pihak berkepentingan
Sekiranya lantikan dua atau lebih orang pentadbir tidak dapat dilakukan sekalipun, ahli-ahli waris yang khuatir dengan pentadbiran pusaka ini boleh mendapatkan inventori dan semakan akaun daripada pentadbir tersebut, dan pentadbir perlu menyediakan dan membekal akaun dan inventori itu apabila diminta oleh ahli waris, s.62 APP.
Dengan adanya peruntukan ini, ahli waris tidak perlu risau mengenai pengurusan harta pusaka si mati kerana mereka juga boleh terlibat di dalam pengurusan harta pusaka si mati tersebut dengan meneliti akaun yang disediakan oleh pentadbir.
Menghadapai dan menangani pentadbir yang culas
Tanggungjawab pentadbir sebenarnya cukup besar. Mereka memikul amanah bagi mengurusakan dan mentadbir harta pusaka si mati dengan jujur dan teliti. Kadangkala, terdapat juga pentadbir yang seperti acuh tak acuh dalam melaksanakan tanggungjawab mereka.
Harus ditegaskan bahawa lantikan pentadbir bukanlah sesuatu yang mutlak. Mereka masih tertakluk kepada lunas undang-undang dalam melakukan tanggungjawab mereka. Sekiranya pentadbir culas dalam melaksanakan tanggungjawabnya, ahli-ahli waris boleh melucutkan kuasa pentadbir ini melalui permohonan id Mahkamah dan melantik pentadbir yang baru sebagaimana diperuntukkan di dalam S.34 APP juga S.17 APK.
Oleh itu, jangan pernah melengahkan proses perlantikan pentadbir mahupun proses pentadbiran harta pusaka ini hanya kerana isu-isu melibatkan sikap, ketidakpercayaan dan sebagainya dari kalangan ahli-ahli waris. Amalkan sikap terbuka dan saling mendengar pandangan di antara ahli-ahli waris. Jangan hanya kerana kerenah-kerenah yang tidak munasabah ini melewatkan proses pentadbiran ini. Undang-undang sedia ada juga cukup untuk melindungi hak-hak ahli-ahli waris.
Semoga perkongsian kali ini memberi manfaat buat anda semua. Gemar, kongsi dan komen jka anda rasakan perkongsian ini memberi manfaat kepada anda.

Selamat membaca!

Nabilah Sham Rin
Johor Bahru, Johor

02/05/2022

Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Setelah sebulan menahan lapar dan dahaga, akhirnya kita dianugerahkan syawal untuk meraikannya.
Dalam kita bergembira, jangan lupa pada yang kurang bernasib baik seperti kita.
Syawal untuk diraikan, syawal juga untuk menyatukan kita semua.
Semoga syawal kali ini memberi memori indah buat kita semua, menyambung kembali ukhuwah lama, mengeratkan lagi hubungan sesama kita.
Salam Aidilfitri kami ucapkan buat semua rakyat Malaysia!
Nabilah Sham Rin
Johor Bahru, Johor

15/02/2022

Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Antara salah satu tanggungjawab pentadbir harta pusaka adalah memastikan harta pusaka dihasilkan untuk membayar hutang piutang si mati dan seterusnya membahagikannya kepada waris-waris si mati yang layak.
Salah satu cara yang sering dipilih oleh pentadbir harta pusaka adalah dengan melalui jualan harta pusaka tersebut.
Kami kongsikan 4 perkara utama mengenai jual beli harta pusaka yang anda perlu tahu.
1. Pentadbir
Hanya pentadbir sahaja yang mempunyai kuasa untuk menjual harta pusaka si mati. Pentadbir ini termasuklah wasi kepada harta pusaka si mati tersebut.
Pentadbir perlulah terlebih dahulu memastikan beliau telah memperoleh surat kuasa pentadbiran dan telah melakukan proses turunmilik daripada nama si mati kepada nama beliau sebagai pentadbir sebagaimana yang diperuntukkan oleh undang-undang.
Hanya pentadbir sahaja yang boleh memasuki perjanjian jual beli dengan pihak lain dan ini termasuklah menandatangani apa-apa sahaja dokumen-dokumen yang diperlukan dan dokumen pindahmilik.
2. Mahkamah
Kuasa pentadbir dan wasi adalah tertakluk kepada kawalan daripada Mahkamah. Ini bagi memastikan hak-hak waris sentiasa terpelihara pada setiap masa.
Oleh itu, kebenaran untuk menjual perlulah diperoleh daripada Mahkamah Tinggi terlebih dahulu sebelum transaksi tersebut dapat disempurnakan.
Pentadbir perlulah menunjukkan bahawa transaksi tersebut adalah perlu untuk memastikan pentadbiran harta pusaka si mati dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Mahkamah juga akan mempertimbangkan kesan transaksi tersebut kepada waris-waris terutamanya sekiranya terdapat waris yang dibawah umur dan pesakit (mengikut takrifan Akta Kesihatan Mental 2001) yang perlu dilindungi.
3. Penilaian
Salah satu faktor yang akan dipertimbangkan oleh Mahkamah di dalam memberikan kebenaran untuk menjual harta pusaka tersebut adalah mengenai nilaian hartanah tersebut.
Oleh itu, bakal pembeli dan pentadbir juga dinasihatkan untuk mendapatkan khidmat untuk membuat penilaian terhadap hartanah tersebut. Ini bagi mengelakkan transaksi tersebut tidak akan merugikan pusaka si mati.
4. Masa
Sebagai pembeli, anda perlu sedar bahawa masa untuk penyempurnaan proses jual beli harta pusaka ini akan mengambil lebih masa daripada transaksi jual beli hartanah biasa.
Bakal pembeli perlulah mendapatkan nasihat peguam mengenai perkara ini begitu juga dengan pentadbir dan waris-waris harta pusaka tersebut. Jadi terp**ang kepada kebijaksanaan peguam anda untuk memastikan soal masa ini dipatuhi di dalam perjanjian jual beli harta pusaka tersebut dan tidak akan mendatangkan masalah kepada kedua-dua pihak.
Oleh itu, sekiranya anda adalah pentadbir atau bakal pembeli yang melibatkan harta pusaka si mati, pastikan anda telah mempertimbangkan semua perkara-perkara di atas.
Yang paling utama pastikan anda telah mendapatkan nasihat daripada peguam anda terlebih dahulu!
Sekian terima kasih.
Nabilah Sham Rin,
Johor Bahru, Johor

09/02/2022

Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Masih ramai yang keliru mengapa di dalam proses pentadbiran harta pusaka perlu adanya seorang pentadbir.
Pentadbir samada dilantik oleh badan-badan berkaitan ataupun dilantik melalui wasiat (pentadbir ini dikenali sebagai wasi) mempunyai beberapa peranan utama dalam urusan pentadbiran pusaka si mati.
Di sini kami sertakan tiga peranan utama pentadbir di dalam urusan pentadbiran harta pusaka.
1. Mengenalpasti waris-waris si mati, mengumpulkan aset dan hutang piutang si mati.
Pentadbir mempunyai tanggungjawab besar dalam mengenalpasti waris-waris si mati. Waris yang berhak samaada melalui hubungan ataupun yang menerima hak daripada instrumen seperti wasiat berhak menerima hak mereka sebagaimana diperuntukkan undang-undang.
Harta atau aset si mati perlu dikenalpasti. Ini termasuklah mengasingkan dan mengenalpasti aset-aset si mati yang masih bercagar atau terikat dengan pinjaman, harta yang dipegang atas amanah dan harta-harta yang telah dihadiahkan atau diberikan kepada pihak ketiga.
Kadangkala, maklumat-maklumat mengenai harta si mati tidak dapat diakses kerana pihak yang menjaga maklumat tersebut memerlukan surat kuasa terlebih dahulu.
Oleh itu, adalah penting untuk pentadbir mendapatkan surat kuasa pentadbiran terlebih dahulu.
Hutang piutang si mati perlulah dikenalpasti juga. Di dalam pentadbiran pusaka, hutang piutang si mati perlu untuk dijelaskan terlebih dahulu sebelum pembahagian kepada waris dilakukan.
Sekiranya terdapat pertikaian, maka pentadbir bertanggungjawab untuk menyelesaikan pertikaian tersebut terlebih dahulu.
2. Penghasilan harta pusaka si mati
Secara ringkasnya pentadbiran adalah untuk menyelesaikan hutang piutang si mati dan pembahagian kepada waris yang layak.
Di dalam kedua-dua situasi tersebut harta pusaka si mati kadangkala perlu dihasilkan terlebih dahulu untuk membayar hutang piutang ataupun memudahkan pembahagian kepada waris.
Penghasilan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara. Lelongan,penjualan samaada kepada waris atau pihak ketiga dan sebagainya adalah antara cara yang sering dipilih.
3. Menjelaskan atau melunaskan hutang piutang si mati.
Samaada dibawah undang-undang sivil atau syariah, hutang-hutang si mati masih perlu dijelaskan terlebih dahulu.
Hanya setelah hutang piutang ini dijelaskan barulah pentadbir boleh membahagikan bakinya kepada waris-waris.
Sekiranya pentadbir gagal untuk berbuat demikian, pentadbir mungkin terpaksa bertanggungjawab untuk menyelesaikan hutang si mati tersebut.
Jadi,tanggungjawab atau peranan pentadbir bukanlah mudah. Pentadbir perlu sentiasa memastikan tindakannya tidak bercanggah dengan peruntukan undang-undang, bagi mengelakkan daripada dipertanggungjawabkan oleh pihak-pihak yang berhak dikemudian hari.
Semoga perkongsian kali ini bermanfaat untuk semua.
Sekian, terima kasih.

Nabilah Sham Rin
Johor Bahru, Johor

Timeline photos 01/02/2022

Selamat Tahun Baru Cina diucapkan buat semua yang menyambutnya.
Gong Xi Fa Chai!!
Ikhlas daripada kami

Nabilah Sham Rin
Johor Bahru, Johor

24/01/2022

Assalamualaikum dan selamat petang
Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) & Real Property Gain Tax (RPGT) adalah cukai yang dikenakan kepada Penjual Hartanah atau Pelupus Hartanah berdasarkan keuntungan yang diperolehinya daripada pelupusan (penjualan) hartanah tersebut.
Kadar CKHT adalah berbeza mengikut kategori-kategori penjual dan tempoh pelupusan. Sila rujuk jadual di bawah.
Menariknya bagi kadar CKHT tahun ini mengikut Belanjawan 2022 bagi pelupusan pada tahun ke-enam dan seterusnya oleh warganegara Malaysia atau permastautin tetap (Bahagian I) adalah dikecualikan.
Berbeza dengan tahun lepas CKHT pada kadar 5% tetap dikenakan walaupun hartanah telah dimiliki lebih daripada 5 tahun.

Jadi kini Penjual tidak perlu lagi risau untuk membayar CKHT kepada pihak berkuasa bagi hartanah yang telah dimiliki lebih daripada 5 tahun.
Diharap perkongsian kali ini bermanfaat untuk anda semua!
Nabilah Sham Rin
Johor Bahru, Johor

18/01/2022

Happy Thaipusam to all Indian community in Malaysia.

Nabilah Sham Rin
Johor Bahru, Johor

17/01/2022

Assalammualaikum dan selamat sejahtera. Perkongsian ringkas kali ini adalah mengenai kepentingan mempunyai perjanjian perkongsian di dalam perkongsian perniagaan anda.
Terdapat pelbagai bentuk model perniagaan yang boleh digunakan dan antaranya adalah melalui perkongsian perniagaan (partnership).
Perkongsian perniagaan ini sering menjadi pilihan kerana dipercayai dapat mengatasi rintangan-rintangan tertentu seperti kewangan, kepakaran, dan tidak melibatkan pelaksanaan yang rumit serta kos yang tinggi berbanding modul yang lain.
Walaubagaimanapun, kepentingan “Perjanjian Perkongsian” sering diabaikan.
Kepercayaan dan kesefahaman adalah alasan yang sering diberikan oleh mereka dalam menolak atau menangguh daripada memasuki perjanjian ini.
Jadi, persoalannya penting ke Perjanjian Perkongsian ini?
Setiap pihak mempunyai pemahaman berlainan dalam hal berkaitan hak-hak dan tanggungjawab mereka dan ini akan menimbulkan konflik. Konflik ini sekiranya tidak diselesaikan, boleh membawa kepada pertelingkahan yang lebih serius dan akhirnya memberi kesan kepada perniagaan itu sendiri.
Lebih parah, apabila hak-hak dan tanggungjawab mereka tidak pernah dinyatakan secara bertulis mereka tiada asas rujukan untuk menyelesaikan pertelingkahan tersebut.
Jadi, apa rujukan pihak-pihak yang bertelingkah tersebut?
Secara umumnya, sekiranya tiada Perjanjian Perkongsian maka Akta Perkongsian 1961 akan digunapakai.
Secara ringkasnya, Akta Perkongsian 1961 memperuntukkan hak-hak dan liabiliti antara rakan kongsi dibahagi dan dikongsi secara sama rata.
Namun tidak semua perniagaan sesuai dengan peruntukan di dalam Akta tersebut memandangkan modul perniagaan yang berbeza dan semakin rumit sekarang.
Oleh itu, kewujudan perjanjian perniagaan yang lengkap dengan hak-hak dan obligasi-obligasi ahli-ahli perkongsian dapat mengurangkan risiko konflik berlanjutan dan mampu menjadikan ahli-ahli lebih fokus dengan peranan masing-masing.
Di sini kami senaraikan antara terma-terma umum dan penting di dalam Pejanjian Perkongsian
1) Pembahagian peratusan sumbangan, keuntungan dan liabiliti ahli-ahli di dalam perkongsian;
2) Pengoperasian dan pengendalian perkongsian dan kuasa dalam membuat keputusan untuk perkongsian; dan
3) Skop tugas masing-masing;
4) Peruntukan terhadap kesan-kesan dan mekanisme penyelamat sekiranya keadaan-keadaan seperti kematian, penambahan rakan kongsi baru atau pembubaran perniagaan berlaku.
Walaubagaimanapun ini adalah sebahagian sahaja, bergantung kepada maksud dan tujuan perkongsian itu sendiri. Jadi, jangan lupa untuk dapatkan perkhidmatan peguam anda untuk keterangan lanjut.
Sekiranya anda rasa perkongsian ringkas ini bermanfaat, anda boleh lah kongsikan pada rakan-rakan anda.
Sekian, terima kasih.
Nabilah Sham Rin
Johor Bahru, Johor.

Photos from Nabilah Sham Rin's post 12/01/2022

Assalammualaikum dan selamat sejahtera.
Baru-baru ini satu rang undang-undang pindaan terhadap akta pusaka kecil telah diluluskan oleh kedua-dua Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Akta yang akan terkesan dengan pindaan ini adalah Akta Pusaka Kecil 1955.
Tema utama pindaan kali ini adalah untuk memberikan alternatif kepada waris di dalam membuat pentadbiran harta pusaka.
Antara intipati-intipati utama pindaan ini adalah:
1. Perluasan bidangkuasa: Takrifan pusaka kecil ditingkatkan daripada RM2 juta kepada RM5 juta. Serta, takrifan harta termasuklah harta boleh alih dan tidak alih. Takrifan harta ini bersangkut juga dengan pengenalan peruntukan baru untuk Pembahagian Ringkas ("Summary Distribution").
2. Pentadbiran Ringkas: Ini merupakan peruntukan baru yang diperkenalkan di dalam Akta ibu ini. Di mana, Unit Pusaka Kecil boleh memberikan perintah di bawah pentadbiran ringkas ini bagi keadaan seperti:
(a) Jika harta pusaka hanya terdiri daripada harta alih tidak melebihi RM600,000.00;
(b) Bagi permohonan lanjut juga untuk harta alih tertinggal dengan nilai tidak melebihi RM600,00.00;
(c) Bagi tujuan penamatan pemegang amanah untuk anak bawah umur yang telah cukup umur.
Sebagaimana diperuntukkan di dalam fasal cadangan 8B(3) tiada pendengaran untuk perkara-perkara di atas dan perintah boleh diberikan oleh pegawai pembahagian harta tersebut.
3. Surat Pentadbiran Pendente Lite: Pegawai Pembahagin Harta juga boleh mengeluarkan Surat Pentadbiran Pendente Lite yang mana memberkan kuasa terhad kepada pentadbir bagi membantu di dalam hal-hal berkaitan tindakan untuk mengenalpasti harta pusaka si mati.
4. Penilaian oleh penilai swasta: Para pemohon dan waris sekarang boleh menghela nafas lega di mana mereka boleh mendapatkan perkhidmatan daripada jurunilai swasta untuk melakukan penilaian harta mereka dan digunakan sewaktu pendengaran permohonan tersebut.
Walaubagaimanapun, sekiranya terdapat lebih daripada satu nilaian , pegawai pembhagaian harta mempunyai budibicara untuk memilih dan menggunakan penilaian yang sesuai.
5. Pengenalan sahabat wakil: Sahabat wakil adalah istilah biasa yang dirujuk dan digunakan di dalam tatacara sivil yang mana pihak berkepntingan akan diwakilkan oleh orang yang dilantik bagi memastikan dan menjamin hak-hak mereka.
Dalam pentadbiran pusaka kecil ini, sahabat wakil akan mewakili mereka yang mempunyai penyakit atau kecederaan serius atau yang tidak mampu bergerak dan tidak dapat menghadiri pendengaran permohonan di bawah Akta ini.
Ini diharap dapat membantu waris-waris yang menghadapai maslah kesihatan tersebut dan memastikan permohonan atau hak mereka masih dapat didengar dan diteliti.
6. Merentas negeri: Dengan pindaan terbaru ini juga, President Pembahagian Pusaka diberi kuasa untuk menentukan lokasi pendengaran permohonan pusaka kecil sekiranya harta pusaka si mati terdapat di beberapa lokasi atau negeri yang berbeza.
7. Pindaan untuk kesilapan pengkeranian: Kini, pegawai pembahagin harta juga dibenarkan dan diberikan kuasa untuk membuat pindaan terhadap apa-apa kesilpan pengkeranian di dalam perintah yang telah diberikan.
Kesilapan pengkeranian ini adalah seperti kesilapan-kesilpan kecil seperti ejaan atau apa-apa pindaan atau pembetulan yang tidak boleh menjejaskan makna atau memberikan kesan berbeza kepada perintah tersebut.
8. Rayuan: Peruntukan mengenai rayuan kini lebih jelas berbanding sebelumnya dengan menjadikan Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 sebagai rujukan utama untuk rayuan daripada keputusan unit pusaka kecil ini.
Terdapat beberapa pindaan-pindaan lain yang mungkin perlu diberikan perhatian juga. Antaranya mengenai hak Majlis Agama Islam Negeri atau Amanah Raya Berhad untuk memaklumkan dan seterusnya mendapatkan Surat Kuasa Pentadbiran di bawah Akta ini dalam tempoh 6 bulan selepas kematian sekiranya tiada sebarang permohonan telah dibuat oleh waris-waris si mati.
Seterusnya pewujudan jawatan baru seperti Presiden, Timbalan Presiden dan Pegawai-pegawai Pembahagian Harta Pusaka turut diperkenalkan. Pihak Kementerian juga menjamin untuk menambah pegawai-pegawai di unit pusaka kecil yang sedia ada sekarang bagi memastikan permohoan-permohonan pusaka kecil dapat diselesaikan dengan segera.
Walaubagaimanapun, kebenaran daripada waris-waris, pemiutang, pembeli yang mempunyai kepentingan terhadap pusaka si mati hendaklah diperoleh terlebih dahulu.
Pindaan-pindaan ini secara kasarnya memberikan lebih alternatif kepada waris di dalam pentadbiran pusaka.
Walaubagaimanapun, penelitian mengenai tatacara dan pelaksaannya perlulah dibuat secara berhati-hati bagi memastikan objektif Akta ibu itu sendiri akan dapat dicapai.

Apa pandangan anda mengenai pindaan ini?
Sekian, terima kasih.
Nabilah Sham Rin
Johor Bahru

, , ,

Want your practice to be the top-listed Law Practice in Johor Bahru?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

Ignorance of law is not an excuse ataupun kejahilan undang-undang bukanlah satu alasan. ..Ini merupakan prinsip perundan...
Kami di sini juga akhirnya! Salam kenalan untuk semua! ..Keputusan untuk menyertai komuniti Instagram ini diharap dapat ...

Telephone

Address


No. 30A, Jalan Camar 1, Taman Perling
Johor Bahru
81200

Opening Hours

Monday 08:30 - 12:00
13:00 - 17:30
Tuesday 08:30 - 12:00
13:00 - 17:30
Wednesday 08:30 - 12:00
13:00 - 17:30
Thursday 08:30 - 12:00
13:00 - 17:30
Friday 09:00 - 12:00
14:00 - 17:30

Other Lawyers & Law Firms in Johor Bahru (show all)
Low & Partners JB - Southkey Low & Partners JB - Southkey
02-02, Block H, Southkey Mosaic Commercial, Persiaran Southkey 1, Kota Southkey
Johor Bahru, 80150

Well-established law firm with wide areas of practice including conveyancing, corporate, civil litigation, divorce, will & estate administration.

Norhatini Tinie Norhatini Tinie
Johor Bahru

Tinie

Vincent, Si Jing & Co Vincent, Si Jing & Co
Johor Bahru, 81200

我们律师楼的专业律师团队在处理各种房屋买卖的事项拥有丰富的经验。 除此之外,我们还有专门法律诉讼部门处理各种法律诉讼案件(包括离婚、追债、企业纠纷、股东纠纷等诉讼案)。

Zakiah Ah San & Co Zakiah Ah San & Co
No 25-01, Jalan Perjiranan 4/4, Bandar Dato' Onn
Johor Bahru, 81100

Lawyer & Law firm

Peguam Keluarga Negeri Sembilan Peguam Keluarga Negeri Sembilan
Johor Bahru, 80200

Pihak kami menawarkan perkhidmatan konsultasi dan runding cara secara atas talian dan bersemuka bagi sesiapa yang mempunyai masalah berkaitan rumahtangga. Perkhidmatan profesional ...

Alias, Kang, Ungku Mas & Associates Alias, Kang, Ungku Mas & Associates
A-2-19 (First Floor), Pusat Komersial Bayu Tasek, Persiaran Southkey 1, Kota Southkey
Johor Bahru, 80150

Legal Service

Shanghai Landing Law Firm Malaysia Office Shanghai Landing Law Firm Malaysia Office
37-02, Jalan MUTIARA EMAS 2A
Johor Bahru, 81100

Help you to understand business and legal investment environment in China and Malaysia

NURUL AIN & CO NURUL AIN & CO
NO. 82 Jalan BARAU 2, SKUDAI 81400
Johor Bahru, 81000

NURUL AIN & CO Advocates & Solicitors Peguambela & Peguamcara NO 54, JALAN SISI, PEKAN MUAR, JOHOR

Azmi Azahar - Advocates & Solicitors Azmi Azahar - Advocates & Solicitors
No. 7, Jalan Padi Mahsuri 12, Bandar Baru UDA
Johor Bahru, 81200

Nur Shuhadah & Associates Nur Shuhadah & Associates
Lot A13A (A07), Arked Pekan Francais, Mukim Pulai, 80100 Johor Bahru
Johor Bahru, 81110

Nur Shuhadah & Associates is a law office based in Johor Bahru, Johor and is dealing with matters pertaining to Criminal & Civil Litigation, Arbitration, Adjudication (CIPAA), Empl...

Veer & Co Veer & Co
No 10, Jalan Titiwangsa 4, Taman Tampoi Indah
Johor Bahru, 81200

Providing legal services in the area of criminal law, civil law, family matters, wills and probate.

Sonia Ee - 投资 遗嘱 信托 Sonia Ee - 投资 遗嘱 信托
No. 109,/01 Jalan Mutiara Emas 2A, Taman Mount Austin
Johor Bahru, 81100

我们提供一站式资产规划: 💥 Investment (投资) 💥 Will Writing (遗嘱) 💥 Trus