Siber Buli
Nearby government services
84000
80000
80000
80000
81550
No
80000
Kursus Penghayatan dan Etika (250593)
AKTA YANG DIGUNAKAN KES SIBER BULI
- Seksyen 211 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 perlu dikuat kuasa sepenuhnya untuk mencegah aktiviti buli siber yang dilihat semakin meningkat pada masa ini.
-Seksyen 211 iaitu larangan terhadap pemberian kandungan jelik dan Seksyen 233 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian dilihat sudah cukup untuk menangani isu itu, malah tiada keperluan untuk kerajaan mewujudkan satu akta khusus bagi mencegah buli siber.
- Pengamal undang-undang diperkatakan perkara utama perlu dilakukan dalam menangani isu ini adalah pelaksanaan Akta Komunikasi dan Multimedia secara menyeluruh serta penambahbaikan dari sudut penyiasatan dan pendakwaan.
"Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) adalah dua agensi yang dipertanggungjawabkan sebagai pelaksana undang-undang siber termasuk bagi isu ini. Jadi, seharusnya mereka diberikan segala kemudahan dan peruntukan secukupnya jika kerajaan melihat jenayah buli siber ini semakin meningkat dan membimbangkan.
Sejak kebelakangan ini, kejadian buli siber semakin meningkat di negara kita. Definisi buli siber adalah perbuatan yang mengancam, memalukan atau menakutkan seseorang melalui medium elektronik khususnya menerusi media sosial. Kes buli siber semakin meningkat dan membimbangkan sejak terdapat seorang pengguna media sosial yang terkesan hingga meninggal dunia baru-baru ini.
Masih terdapat ramai pengguna yang tidak berwaspada dengan cara penggunaan media sosial secara betul. Mangsa-mangsa buli p**a mengalami trauma yang berpanjangan hingga tidak keluar untuk meminta bantuan. Marilah kita sama-sama mengenali buli siber dan cara mengatasinya.
Jenis-Jenis Buli Siber
Antara jenis-jenis buli siber adalah seperti yang berikut:
• Mesej yang mengganggu dan mengancam.
• Menyalahgunakan kata laluan atau Nama skrin orang lain atau menyamar sebagai orang lain.
• Memanjangkan e-mel, foto atau video kepada orang lain.
• Memuat naik komen atau gambar yang tidak senonoh.
• Sexting(tindakan menghantar gambar, mesej atau video berunsurkan seksual menggunakan telefon bimbit).
• Memulaukan individu tertentu daripada sesuatu kump**an internet dengan sengaja.
Antara kesan lain adalah mangsa buli siber boleh mengalami kemurungan, kurang bersosial, rasa kehilangan harga diri, perbuatan melukakan dan mencederakan diri sendiri sehingga boleh bunuh diri jika tidak dapat mengawal emosinya.
Cara Menangani Buli Siber
1. Berkongsi Masalah
Salah satu punca utama mangsa buli siber bertindak negatif adalah tidak berkongsi masalah yang dihadapinya kepada sesiapa. Berkongsi masalah dengan keluarga rapat, rakan-rakan atau sesiapa yang boleh dipercayai boleh membantu mangsa buli mendapat nasihat serta sokongan yang diperlukan.
2. Detox Media Sosial
Detox media sosial adalah perbuatan mengambil cuti daripada menggunakan sebarang platform media sosial bagi satu jangka masa tertentu. Detox ini sangat baik untuk menjaga kesihatan mental pengguna, mengurangkan pembuangan masa di dunia maya dan membuatkan diri kita lebih fokus dan tenang.
3. Melaporkan Serta Menyekat Akaun Pembuli
Laporkan dan menyekat akaun pembuli supaya anda tidak terjejas dengan perbuatan pembuli untuk mengganggu mangsa buli. Hal ini kerana pembuli siber mahu mangsa bertindak balas. Sekiranya mereka diabaikan, akhirnya mereka akan muak dan beralih kepada orang lain. Hal ini secara tidak langsung dapat menghalang pembuli daripada terus mengganggunya.
4. Melaporkan Kes Buli Siber Ini Kepada Pihak Berkuasa
Mangsa buli perlulah melaporkan kes buli siber kepada pihak berkuasa supaya mereka dapat mengenakan tindakan undang-undang kepada pembuli dengan segera. Laporan mangsa buli sangat penting bagi pihak berkuasa mendapat informasi serta memadamkan akaun pembuli secara kekal atas kesalahan penyalahgunaan media sosial. Tindakan mangsa buli untuk berani melaporkan kes buli siber juga dapat menyelamatkan pengguna media sosial lain daripada menjadi mangsa buli siber.
Perbuatan buli siber ini merupakan perbuatan berulang dengan tujuan untuk menakutkan, mendatangkan kemarahan dan memalukan seseorang menggunakan kemudahan komunikasi manggunakan teknologi seperti teks, chatting, emel, laman web sosial, telefon bimbit dan permainan internet.
Kesan buli siber kepada mangsa dapat dibahagikan kepada kesan emosi, fizikal dan mental. Antara kesannya termasuklah depresi, kemurungan, perbuatan melukakan dan mencederakan diri sendiri sehingga akhirnya jika tidak dibendung akan mengakibatkan bunuh diri. Kesan fizikal kepada mangsa termasuklah masalah gastrousus seperti sakit perut, muntah dan ulser perut; gangguan pada pola makan dan tidur. Hal ini menyebabkan mangsa akan sentiasa merasa penat dan kelelahan. Antara langkah menangani buli siber adalah dengan berkongsi masalah kepada orang yang lebih dewasa seperti ibu bapa, berehat daripada media sosial bagi memberi ruang pemuihan kepada mangsa dan mangsa tidak digalakan untuk bertidak balas secara langsung dengan pembuli kerana dikhuatiri pembuli akan bertindak lebih agresif. Harus diingat bahawa buli siber merupakan satu perbuatan yang salah di sisi undang-undang.
Faktor -faktor terhadap siber buli
Di samping itu, kurangnya ilmu pengetahuan mengenai penggunaan internet juga mendorong kepada buli siber berlaku. Individu yang mempunyai ilmu pengetahuan mengenai penggunaan internet yang kurang akan menggunakan internet secara melulu. Mereka akan menggunakan internet demi memuaskan diri mereka. Oleh itu, mereka akan melakukan perbuatan yang tidak sepatutnya seperti buli siber. Hal ini dikatakan demikian kerana mereka tidak tahu perbuatan yang mereka lakukan itu adalah salah dan boleh menyebabkan mangsa membunuh diri. Mereka juga menganggap perbuatan mereka itu adalah betul. Hal ini menyebabkan mereka tanpa segan silu melakukan perbuatan buli siber.
Terdapat beberapa faktor mengapa berlakunya buli siber di kalangan rakyat Malaysia.
1) Ketidakpuasan hati seseorang
Antara punca berlakunya isu buli siber adalah bermulanya dari ketidakpuasan hati seseorang terhadap individu tertentu sama ada atas sebab perilaku, kemewahan dan penampilan. Penggunaan teknologi yang tiada hadnya menjadikan pembuli siber lebih berani dalam mendera mangsa secara mental dengan menggunakan kata-kata yang negatif bagi tujuan menyakitkan hati mangsa lalu memberi penderaan emosi dan mental kepada mangsa. Buli siber ini mudah dilakukan kerana mereka hanya perlu menaip kata-kata yang tidak sepatutnya seperti perkataan hinaan, lucah dan berbaurkan ugutan kepada mangsa supaya dapat menyeksa mental mangsa. Hal ini menyebabkan pembuli lebih berani untuk mengeluarkan perkataan yang tidak sepatutnya kepada mangsa.
2)Kurang didikan agama
Didikan agama yang kurang juga boleh menyebabkan berlakunya buli siber. Kurangnya pengetahuan nilai-nilai agama dalam diri mereka sebagai contoh mereka menghina orang dengan perkataan yang tidak sepatutnya, mengedar gambar dan membuka aib seseorang. Perbuatan seperti ini amatlah ditegah dalam agama. Hal ini boleh menyebabkan mangsa mengalami tekanan emosi yang sangat teruk dan jika dibiarkan mangsa kemungkinan akan mengambil keputusan drastik seperti membunuh diri. Kesimp**annya, kurang mendapat perhatian yang cukup daripada keluarga dan insan terdekat dan kurangnya pengetahuan nilai-nilai agama turut menyumbang kepada faktor kes siber buli ini.
Apa Yang Harus Dilakukan?
Ramai ibu bapa tidak menyedari anak-anak mereka dibuli di Internet.
Apakah langkah yang boleh diambil untuk melindungi anak ?
Bagi golongan ibu bapa p**a, mereka harus sentiasa mengawasi pergerakan anak-anak danmemantau aktiviti mereka di dalam talian. Terdapat program yang ditawarkan oleh Microsoft bagi aktiviti pemantauan peranti yang berasaskan Windows seperti Program Keselamatan Keluarga Microsoft yang boleh mengawal penyemakan imbas anak-anak seperti mengehadkan akses ke internet, kebenaran melayari dan penggunaan mudah alih berdasarkan masa serta menyekat orang yang cuba mengganggu anak-anak. Oleh yang demikian, hebahan programseperti itu harus diperkasakan kepada umum agar mereka lebih peka dan berhati-hati dalammengawal penggunaan peranti anak-anak.
Kerajaan #
Pihak berkuasa yang terlibat seperti Kementerian Komunikasi & Multimedia Malaysia(KKMM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) juga harusberganding bahu dan menggembleng tenaga mengambil langkah yang signifikan dan holistikdalam menangani isu buli siber sama ada mereka harus memperkenalkan satu akta baharumengenai buli siber atau menggubal akta yang sedia ada dengan melaksanakan penguatkuasaanundang-undang termasuk di bawah perundangan sivil tetapi tertakluk terhadap kes yangdibicarakan. Menteri KKMM yang terdahulu, YBhg Dato’ Gobind Singh Deo pernahmencadangkan agar pembuli siber diletakkan di bawah akta Kanun Keseksaan. Cadangan beliauagar pindaan Akta 574, Kanun Keseksaan digubal untuk menangani masalah buli sibermerupakan satu mekanisma yang sangat signifikan bagi mensabitkan kesalahan buli siber yangamat membimbangkan pada masa kini dan ini jelas menunjukkan jenayah buli siber merupakansatu perbuatan yang serius.
ANDA MANGSA BULI SIBER?? JANGAN BIARKAN ANDA MENJADI MANGSA BULI SIBER!
BERIKUT MERUPAKAN LANGKAH-LANGKAH MENGAWAL DAN MEMBENDUNG BULI SIBER.
1. Beritahu orang dewasa yang dikenali & dipercayai.
-Apabila anda merupakan mangsa buli siber, janganlah anda berdiam diri. Segeralah beritahu ibu bapa atau orang yang anda percayai. Beranikan diri bersuara untuk melindungi diri anda sendiri.
2. Jangan balas e-mail atau mesej daripada pembuli siber.
- Pembakar semangat kepada pembuli siber ini ialah perhatian. Apabila orang yang disasarkanya mula memberikan reaksi, pembuli siber itu akan semakin menjadi-jadi. Ingat, pembuli siber ini hanya mahukan reaksi daripada mangsanya. Justeru itu, anda jangan melayan pembuli siber tersebut.
3. Jangan padam mesej dari pembuli siber.
- Jika anda menerima mesej atau ancaman daripada pembuli siber tidak kira dalam apa jua bentuk samada tulisan, audio ataupun video, perlulah simpan. Hal ini kerana, jika keterlaluan anda boleh jadikan ia sebagai bahan bukti kepada pihak berkuasa.
4. Jangan bertemu dengan pembuli siber.
- Kadangkala pembuli siber ini sengaja menganggu secara berterusan dan akan mengajak anda berjumpa di satu tempat yang dirancang. Oleh itu, anda jangan bertemu dengan pembuli siber, lebih-lebih lagi berseorangan kerana ini boleh membahayakan diri anda!
5. Laporkan kepada Pihak Polis.
- Sekiranya pembuli siber melakukan perbuatan tidak sepatutnya kepada anda secara berterusan dan anda telah mengambil beberapa langkah awal serta amaran juga telah diberikan kepada mereka, anda perlu melaporkannya kepada npihak polis. Hal ini dapat menyelamatkan nyawa anda!
Secara kesimp**annya, jika anda adalah mangsa buli siber, ini adalah langkah-langkah yang perlu diambil. Namun begitu, anda masih perlu sentiasa berjaga-jaga kerana terdapat pelbagai ancaman lain yang mungkin terdedah ketika anda melayari internet.
Siber Buli Kursus Penghayatan dan Etika (250593)
BULI siber ialah satu tindakan pencerobohan atau gangguan menggunakan teknologi. Biasanya ia dilakukan melalui teks, sembang, e-mel, aplikasi media sosial dan permainan dalam talian. Ia sering diulang dengan bertujuan untuk menakut-nakutkan, menimbulkan kemarahan dan memalukan mangsa.
Penyelidik buli siber, Jessie Yong yang memetik laporan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) 2020 menunjukkan Malaysia menduduki tempat kedua di Asia untuk tindakan buli siber dalam kalangan belia. Yong berpendapat laporan itu menunjukkan buli siber kini menjadi masalah yang semakin serius di negara ini.
Salah satu punca aktiviti ini kerana mereka tidak berpuas hati dengan individu tertentu. Lazimnya, pembuli siber tidak berpuas hati dengan penampilan, kemewahan dan tingkah laku mangsa. Pembuli siber mudah mengganggu mangsa dalam talian kerana identiti mereka sukar dikesan.
Buli siber juga boleh berlaku disebabkan pembuli ingin berseronok dengan membuat jenaka. Segelintirnya gemar menggunakan kata-kata lucah, berbaur fitnah dan hasutan. Tanpa sedar, tindakan mereka boleh mengguris emosi dan mental orang lain.
Terdapat beberapa kes bunuh diri di Korea Selatan disebabkan buli siber. Kes ini berlaku dalam kalangan artis seperti pelakon dan penyanyi, Choi Jin-ri atau lebih dikenali sebagai Sulli yang ditemui meninggal dunia akibat tekanan kerana sering dibuli warganet dengan kata-kata kecaman melampau sehingga apa sahaja yang dilakukannya menimbulkan rasa tidak puas hati.
Mangsa buli siber akan sentiasa mengingati kejadian itu sehingga menyebabkan mereka tertekan dan sentiasa resah. Lama-kelamaan, mangsa mungkin mengalami kemurungan. Ini juga menyebabkan mangsa hilang keyakinan dan takut untuk berinteraksi dengan orang lain.
Kejadian buli siber juga menyebabkan seseorang itu kehilangan sumber pendapatan dan menjejaskan kerjayanya. Pembuli siber akan menyebarkan fitnah di media sosial sehingga mangsa dipecat oleh majikan.
Syarikat mungkin tidak mahu mengupah seseorang yang pernah menjadi mangsa penderaan atau keganasan kerana ia boleh merosakkan reputasi syarikat. Ini boleh menyebabkan mangsa kehilangan pekerjaan.
Justeru, masalah buli siber perlu ditangani segera. Semoga rakyat Malaysia terutamanya golongan remaja menjauhi jenayah buli siber kerana ia boleh mendatangkan kemudaratan kepada mangsa.
Siber Buli Kursus Penghayatan dan Etika (250593)
Nama:Heamuna Latha
No. Matrik: 290593
Faktor personaliti turut menyumbang kepada berlakunya buli siber. Aksi (2012) mendapati individu yang mempunyai personaliti narsisistik cenderung memberi kesan kepada individu lain secara tidak langsung melalui buli siber. Corcoran et al. (2012) mendapati mangsa buli siber secara signifikannya mempunyai skor tinggi dalam tahap neurotik berbanding yang tidak menjadi mangsa buli siber. Selain itu, antara ciri-ciri remaja yang terlibat dalam masalah buli siber adalah seperti seorang yang panas baran, pemarah dan mudah kecewa. Mereka juga merupakan individu yang sangat sukar untuk mengikut peraturan dan akan cuba untuk membuat mangsa mereka marah (Kowalski et al., 2012). Didapati juga individu memilih untuk melakukan buli siber kerana mereka tahu bahawa identiti mereka tidak akan diketahui (Carter, 2013)
Siber Buli Kursus Penghayatan dan Etika (250593)
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
UUM Pace JB
Johor Bahru
79100
Menara MBJB, No. 1, Jalan Lingkaran Dalam, Bukit Senyum
Johor Bahru, 80300
Cik Hajah Nor Akmal Binti Hj Muhammad Ahli Majlis Bandaraya Zon Tampoi Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB)
Johor Bahru, 81100
Kawan Guni是环保与永续生活方式推广平台。我们以活动的形式,向大众推广及实践干净及分类回收的文化。从处理日常产生的垃圾去反思人生观,唯有正向的心态和日常习惯才有利于保护环境#干净回收 #回收活动
Persiaran Aliff Harmoni, Taman Damansara Aliff
Johor Bahru, 81200
We promote Abundance Living Lifestyle! 我们有个 丰盈每颗心 的梦想。 希望 人人都 轻盈的 活出 丰盛的生命。 ~ALR
Johor Bahru
Nombor Podium Hasil Ritual Dari Saya. MAGNUM/TOTO/SGP 4D.6D 1st Prize. Silah Inbox_WhatsApp : +6282293922789
No. 18, 20A & 20 Jalan Permatang 6 Taman Desa Jaya
Johor Bahru, 81100
Persatuan Kebajikan Sinar Mulia Johor Bahru (PPM-011-01-17102019) tampil untuk menghulurkan bantuan kepada keluarga / individu yang amat memerlukan makanan, barangan keperluan, aks...
43A, Jalan Sutera Merah 3
Johor Bahru, 81200
Pusat Kebajikan Kalvari (PKK) is a social ministry registered on its own as a society which is largely involved in carrying out social works. PKK is a mission arm of Calvary City ...
Johor Bahru, 81300
Rasa seperti mewah tapi nak jimat ? Jom dapatkan 1001 manfaat #RempahOdeenCekyana mampu pelbagaikan