Surau Al Mubarak, kg Bakar Batu

Surau Al Mubarak, kg Bakar Batu

Surau Bakar Batu Yang Diberkati (Al-Mubarak ) ini adalah surau yang terletak di Kampung Bakar Batu,JB Jom sama-sama kita jayakannya!

Surau Bakar Batu Yang Diberkati (Al-Mubarak ) ini adalah surau yang terletak di Kg Bakar Batu, Johor bahru. Dibina sekitar tahun 1940 di atas tanah wakaf, pada satu ketika dulu solat fardu (dua rakaat) berjemaah pada setiap hari jumaat juga bertempat disini. Matlamat kami adalah untuk menjadikan surau di bakar batu ini yang mempunyai kehadiran jemaah untuk sembahyang (Solat) di Lima (5) waktu paling ramai di negeri Johor.

22/05/2024

[[ Khidmat Masyarakat ]]

Innalillahi wainnalilllahirajiun. Dukacita ingin dimaklumkan bahawa Ibuda kepada Ayip bengkel motor (Jalan kubur) Almarhumah / Arwahmah Puan Balkis telah kembali ke rahmatullah, pada 22hb May 2024 waktu maghrib di Sultanah Aminah Hospital, Johor Bahru, Jenazah Almarhumah akan diuruskan di Surau Al Mubarak, kg Bakar Batu.

Marilah kita bersama-samalah mendoakan agar rohnya dicucuri rahmat & ditempatkan bersama-sama orang² yang beriman serta dipermudahkan urusan akhiratnya. Al-Fatihah. Amin!

https://www.facebook.com/TanahPerkuburanBakarBatu

19/05/2024

[[ Khidmat Masyarakat ]]

Innalillahi wainnalilllahirajiun. Dukacita ingin dimaklumkan bahawa Almarhum / Arwah Hj Hashim, alamat di Buger D'House Jalan Sekolah telah kembali ke rahmatullah, pada 19hb May 2024.

Marilah kita bersama-samalah mendoakan agar rohnya dicucuri rahmat & ditempatkan bersama-sama orang² yang beriman serta dipermudahkan urusan akhiratnya. Al-Fatihah. Amin!

https://www.facebook.com/TanahPerkuburanBakarBatu

Photos from Surau Al Mubarak, kg Bakar Batu's post 17/05/2024

Assalamualaikum...kepada mereka yang berhajat untuk menyertai ibadah korban anjuran Surau al-Mubarak, Kg Bakar Batu, boleh hubungi saya, imam faez

1 ekor lembu korban RM 5500
1 bahagian lembu korban RM 850

Tarikh ibadah korban: 18 Jun 2024 (Selasa)

www.wasap.my/60197099686

Photos from Surau Al Mubarak, kg Bakar Batu's post 06/05/2024

Program Ibadah Korban Surau al-Mubarak Tahun 2024

Surau al-Mubarak akan menganjurkan Program Ibadah Korban seperti berikut:

▶️ 18-06-2024
▶️ Selasa (Raya Haji ke-2)
▶️ Jam 8.30 pagi

Makluman Ibadah Korban
✅ Harga 1 bahagian - RM 850 termasuk kos pengurusan.
✅ Tarikh tutup penyertaan: 08/06/2024.
✅ Sembelihan akan dijalankan ladang ternakan.
✅ Pihak surau akan menguruskan pelapahan, timbangan dan agihan.
✅ Borang penyertaan boleh diambil dari page Facebook surau dan di surau.

Sebarang pertanyaan, boleh hubungi:

Imam Faez - 019-7099687
Ungku Fais - 014-2732462
En Ariffin (Bendahari) - 0167652959

06/05/2024

[[ Khidmat Masyarakat ]]

Innalillahi wainnalilllahirajiun. Dukacita ingin dimaklumkan bahawa Ayahda kepada Nor Azureen Ali Almarhum / Arwah Ali bin Awang telah kembali ke rahmatullah, lebih kurang jam 11 pagi tadi pada 6hb May 2024, di hospital Sultanah Aminah.

Almarhum / Arwah menetap di No 358 Jalan Kubur , Jenazah akan dibawa pulang untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bakar Batu.

Marilah kita bersama-samalah mendoakan agar rohnya dicucuri rahmat & ditempatkan bersama-sama orang² yang beriman serta dipermudahkan urusan akhiratnya. Al-Fatihah. Amin!
https://www.facebook.com/TanahPerkuburanBakarBatu

Ahza Ali, Anita ali, Hajah Aisyah Ali

22/04/2024

[[ Khidmat Masyarakat ]]

Innalillahi wainnalilllahirajiun. Dukacita ingin dimaklumkan bahawa Almarhum / Arwah Zaini bin Abd Majid telah kembali ke rahmatullah, pada 22hb April 2024 dan Jenazah telah di uruskan oleh hospital.

Almarhum / Arwah menetap di Jalan Madrasah (Rumah berhadapan KRT Kampung Bakar Batu), Jenazah telah dikebumikan selepas waktu zohor.

Marilah kita bersama-samalah mendoakan agar rohnya dicucuri rahmat & ditempatkan bersama-sama orang² yang beriman serta dipermudahkan urusan akhiratnya. Al-Fatihah. Amin!

https://www.facebook.com/TanahPerkuburanBakarBatu

14/04/2024

[[ Khidmat Masyarakat ]]

Innalillahi wainnalilllahirajiun. Dukacita ingin dimaklumkan bahawa Almarhumah / Arwahmah Siti Aisa Binti Che Ibrahim telah kembali ke rahmatullah, pada 14hb April 2024, Hospital Machang Kelantan.

Almarhumah / Arwahmah menetap di Jalan Madrasah. Marilah kita bersama-samalah mendoakan agar rohnya dicucuri rahmat & ditempatkan bersama-sama orang² yang beriman serta dipermudahkan urusan akhiratnya. Al-Fatihah. Amin!

09/04/2024

Selamat Hari Raya Aidilfitri! Semoga suasana kegembiraan ini menyatukan kita dalam kasih sayang dan kebahagiaan. Maaf zahir dan batin dari kami di Komuniti Bakar Batu.

Photos from Surau Al Mubarak, kg Bakar Batu's post 18/03/2024

Terima kasih pihak Pengurusan OPERO Hotel Southkey Johor bahru atas undangan kepada Surau Al Mubarak, kg Bakar Batu

Photos from Surau Al Mubarak, kg Bakar Batu's post 18/03/2024

Gotong Royong Membersihkan Surau al-Mubarak sempena menyambut bulan Ramadan

10hb Mac 2024
Hari Ahad
Jam 8.00 pagi

Terima kasih kepada semua jemaah yang membantu.. jom ke surau memgimarahkan bulan Ramadan

Photos from Surau Al Mubarak, kg Bakar Batu's post 18/03/2024

Majlis Berbuka Puasa bersama YB Tuan Akmal Nasir, Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Tranformasi Air merangkap Ahli Parlimen Johor Bahru dan Majlis Serahan Sumbangan TNB kepada pengurusan surau.

17-03-2024
Hari Ahad

Alhamdulillah jutaan terima kasih diucapkan kepada YB Tuan Akmal Nasir dan pihak TNB atas kesudian meraikan majlis iftar dan penyerahan sumbangan kepada surau serta ucapan terima kasih kepada pusat khidmat parlimen Johor Bahru kerana memilih Surau al-Mubarak sebagai destinasi majlis bersama YB.

Photos from Surau Al Mubarak, kg Bakar Batu's post 12/03/2024

Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak 2024 Negeri Johor

Berikut adalah poster jadual imsak dan berbuka bagi seluruh negeri Johor bagi Ramadan tahun 2024 Masihi / 1444
Hijrah yang diterbitkan oleh Jabatan M***i Johor.

Jadual berbuka ini memaparkan tarikh Hijriah serta tarikh Miladiah / Masihi, hari, waktu imsak dan waktu berbuka puasa.

Waktu berbuka dan imsak negeri Johor Darul-Ta'zim terbahagi kepada 4 zon iaitu:

ZON 1: Pulau Aur dan Pulau Pemanggil

ZON 2: Daerah Johor Bahru, Kulai, Kota Tinggi, Mersing dan pulau-pulau yang berdekatan dengannya

ZON 3: Daerah Pontian dan Kluang

ZON 4: Daerah Batu Pahat, Muar, Tangkak, Segamat dan Gemas Johor

Photos from Surau Al Mubarak, kg Bakar Batu's post 12/03/2024

Bagi umat Islam Komuniti Bakar Batu yang hendak menyempurnakan ZAKAT FITRAH, untuk minggu pertama Ramadan bayaran boleh disempurnakan di Kaunter zakat fitrah Surau Al Mubarak, kg Bakar Batu yang telah dibuka hari ini 1hb Ramadan di ruang legar Surau al-Surau Al Mubarak, kg Bakar Batu seperti berikut;

Waktu :
- 2.00 petang hingga 6.00 petang
- 10.30 malam hingga 12.00 malam (selepas solat terawih)

Anda juga boleh ke kaunter-kaunter MAINJ di seluruh daerah/cawangan atau boleh juga sempurnakan FITRAH secara online ya.

Waktu Operasi Kaunter Bayaran, Jabatan Agama Islam Negeri Johor. Sepanjang Bulan Ramadan.
Ahad : Rabu 8.30 pagi Hingga 3.00 Petang
Rehat : 1.00 Tengah hari - 1.30 Tengah hari

Khamis : 8.30 Pagi hingga - 2.00 Petang
Tutup : 2.00 Petang

Pautan online sebagaimana berikut:
🔴 Fast pay - https://fitrah.maij.gov.my/
🔴 E-payment - https://epayment.maij.gov.my/
🔴 TULUS - https://www.bayarzakatjohor.com/
atau download ke aplikasi playstore di https://tulus.my/app
Moga Ramadan kali ini Ramadan yang terbaik buat kita ☺️

11/03/2024

Selamat menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadan 1445H / 12hb Mac 2024 kepada seluruh muslimin dan muslimat. Semoga puasa tahun ini menjadi lebih baik dari puasa-puasa sebelumnya.🤲

Photos from Surau Al Mubarak, kg Bakar Batu's post 02/03/2024

Alhamdulillah.. sumbangan mengimarahkan bulan Ramadan untuk Surau al-Mubarak daripada YB Tuan Hj Akmal Nasir, Ahli Parlimen Johor Bahru di Hotel Seri Malaysia, Larkin.

26/02/2024

JADUAL PROGRAM SEMARAK SUBUH BAGI DUN STULANG BULAN MAC TAHUN 2024

➖ JABATAN YANG MENGETUAI ➖
• JURUTERA DAERAH JKR Johor Bahru
• PEGAWAI Jabatan Perhutanan Johor
• PEGAWAI AADK Daerah Johor Bahru
• PENGHULU MUKIM PLENTONG

➖ TARIKH, MASJID DAN SURAU 🕌➖

1hb Mac 2024 ➖Surau Baitulrahmah, Flat Dato’Hajah Hasnah
8hb Mac 2024 ➖Surau Taman Sri Setanggi
15hb Mac 2024 ➖Surau Al Mubarak, kg Bakar Batu
22hb Mac 2024 ➖Surau An-Nur, Desa Melayu
29hb Mac 2024 ➖ Surau Al-Hijrah, Taman Desa Belantik

GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP

26/02/2024
Photos from Surau Al Mubarak, kg Bakar Batu's post 26/02/2024

Aktiviti Pengimarahan Surau al-Mubarak

Februari/Mac 2024 - Sya'ban 1445
Minggu 4/5

27-02-24 (Selasa)
▶️ Kuliah Maghrib; Persiapan Ramadan
Ust Razee

29-02-24 (Khamis)
▶️ Bacaan Yasin dan Tahlil malam Jumaat

02-03-24 (Sabtu)
▶️ Majlis Bacaan Maulid Diba'i dan Selawat selepas Maghrib

03-03-24 (Ahad)
▶️ Program Gotong Royong Membersihkan Tanah Perkuburan Islam, Kg Bakar Batu
🌸 8.00 pagi
🌸 Semua ahli kariah dijemput hadir membersihkan pusara ahli keluarga masing².

Hari yang tiada kuliah/aktiviti akan diadakan program bacaan al-Quran dan terjemahan oleh pegawai surau dan jemaah.

Mari sama² kita mengimarahkan surau kita.

Borang boleh di muat naik di sini https://drive.google.com/file/d/1faK-wdQO4wXkQF0fuNddc0YHRtVtRK0I/view?usp=sharing

Photos from Surau Al Mubarak, kg Bakar Batu's post 25/02/2024

Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil Perdana Sempena Menyambut Ramadan

🌸 07-03-2024 bersamaa 26 Sya'ban
🌸 Hari Khamis malam Jumaat
🌸 Bermula Maghrib

▶️ Sumbangan untuk majlis adalah RM 50 bagi satu keluarga.
▶️ Imam akan membacakan 4 nama arwah bagi setiap keluarga dan selebihnya dibaca oleh ahli keluarga masing-masing.

Photos from Surau Al Mubarak, kg Bakar Batu's post 25/02/2024

Jamuan sempena Majlis Malam Nisfu Sya'ban 1445H

16/02/2024

Innalillahi wainnalilllahirajiun. Dukacita ingin dimaklumkan bahawa Ibuna kepada Ustazah Siti Khadijah Almarhumah / Arwahmah Maryam Binti Shariff telah kembali ke rahmatullah, pada Jumaat 16hb Febuari 2024, jam 5 Petang.

Marilah kita bersama-samalah mendoakan agar rohnya dicucuri rahmat & ditempatkan bersama-sama orang² yang beriman serta dipermudahkan urusan akhiratnya. Al-Fatihah. Amin!

https://www.facebook.com/TanahPerkuburanBakarBatu

10/02/2024

Majlis Sambutan Memperingati Peristiwa Agung Israk wal Mi'raj
27 Rejab.

Tazkirah khas disampaikan oleh al-Fadhil Ust Mohamad Radhi bin Saip, Imam Masjid Jamek Pasir Gudang.

03/02/2024

Skim Bantuan Zakat Majlis Agama Islam Daerah Johor Bahru:
Pendaftaran IPT (dalam Negara) Permohonon telah dibuka

Syarat dan kelayakan pelajar :-
- Warganegara Malaysia beragama Islam.
- Anak kelahiran JOHOR dan menetap di dalam Negeri JOHOR.
Pemohon hendaklah 18 tahun ke atas.

- Mendapat surat tawaran institusi Pengajian Tinggi Tempatan.
Pendapatan perkapita tidak melebihi RM800 setiap tanggungan termasuk ketua keluarga.

Kategori Peringkat Pengajian:-
- Sijil
- Diploma
- Ijazah Sarjana Muda

Kadar Bantuan :-
Sijil (semester pertama) RM 500.00
Diploma (semester pertama) RM 1,000.00
Ijazah Sarjana Muda (semester pertama) RM 1,500.00
Kaedah dan proses permohonan :-

- Semua permohonan melalui Sistem eMAIJ (Bantuan IPT dalam negara) .

- Lampiran dokumen yang telah disahkan hendaklah dimuatnaik melalui sistem bersama-sama permohonan yang telah lengkap diisi.

- MAINJ Daerah akan membuat tapisan mengikut syarat dan kelayakan yang telah ditetapkan.(Termasuk lampiran dokumen yang lengkap)

Daftar dan Mohon :
https://epayment.maij.gov.my

12/01/2024

Infaq Ihya' Ramadan
Surau al-Mubarak
Tahun 2024/1445H

11/01/2024

[[ Khidmat Masyarakat ]]

Innalillahi wainnalilllahirajiun. Dukacita ingin dimaklumkan bahawa ada dua (2) kematian pada 11hb Januari 2024.

1) Almarhum / Arwah Samsir, adalah jemaah Surau Al Mubarak, kg Bakar Batu yang pernah terlibat kemalangan dan bertongkat, telah kembali ke rahmatullah di meninggal di Sultanah Aminah Hospital, Johor bahru.

2) Almarhum / Arwah Ismail , seorang remaja OKU menetap di Jalan dewasa. telah kembali ke rahmatullah di meninggal di Hospital Sultan Ismail, Johor bahru.

Kedua² jenazah diuruskan di Surau al-Mubarak dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bakar Batu Batuhttps://www.facebook.com/TanahPerkuburanBakarBatu

Marilah kita bersama-samalah mendoakan agar rohnya keduanya dicucuri rahmat & ditempatkan bersama-sama orang² yang beriman serta dipermudahkan urusan akhiratnya. Al-Fatihah. Amin!

19/12/2023

[[ Khidmat Masyarakat ]]

Innalillahi wainnalilllahirajiun. Dukacita ingin dimaklumkan bahawa Almarhum / Arwah Haron bin Mohd yunos telah kembali ke rahmatullah, pada 18 hb Disember 2023, akibat sakit tua.

Almarhum / Arwah menetap di Jalan kubur bakar batu dan Jenazah telah diuruskan oleh pihak Surau Al Mubarak, kg Bakar Batu Semalam . Pihak waris juga ingin berterima kasih kepada Bilal Hashim, Ustazah Lamah dan kerjasama Encik Jiman (Van Jenazah) diatas meringankan urusan arwah sekeluarga.

Marilah kita bersama-samalah mendoakan agar rohnya dicucuri rahmat & ditempatkan bersama-sama orang² yang beriman serta dipermudahkan urusan akhiratnya. Al-Fatihah. Amin!

https://www.facebook.com/TanahPerkuburanBakarBatu

Photos from Surau Al Mubarak, kg Bakar Batu's post 17/12/2023

Program Berkhatan atau bersunat Perdana 2023
Surau Al Mubarak, kg Bakar Batu
16hb Disember 2023 ( Sabtu)

Photos from Surau Al Mubarak, kg Bakar Batu's post 17/12/2023

Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW di Surau Al Mubarak, kg Bakar Batu pada 28hb Oktober 2023 (Sabtu), Jam 8.30 pagi.

Acara majlis perujian azan, tilawah al-Quran dan hafazan al-Quran anak-anak.

Photos from Surau Al Mubarak, kg Bakar Batu's post 06/11/2023

Program Khatan Perdana 2023 anjuran Surau al-Mubarak

16-12-2023
Hari Sabtu
Jam 9.00 pagi

Bayaran khatan RM 100
Muat turun borang penyertaan dari FB

Want your place of worship to be the top-listed Place Of Worship in Johor Bahru?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

Majlis Sambutan Memperingati Peristiwa Agung Israk wal Mi'raj27 Rejab.Tazkirah khas disampaikan oleh al-Fadhil Ust Moham...
Program Khatan Surau Al Mubarak Kg Bakar Batu (Perarakan Peserta dan Pancuran Air oleh Bomba)
Program Khatan Surau Al Mubarak Kg Bakar Batu
*Majlis Memperingati Hari Asyura* - Tausiah Hari Asyura oleh al-Fadhil Habib Muhammad al-Haddad
Kuliah Istimewa Awal Muharram 1444 H oleh Ustaz Adam Mohamaed
Alhamdulillah...proses pembersihan tempat melapah daging korban
Alhamdulillah..jam menunjukkan 11.15 pagi...sudah hampir selesai 9 ekor lembu korban tahun ini...Syukur Ya Allah atas iz...
Alhamdulillah...proses melapah berjalan lancar syukurrr
Proses melapah korban 2022

Category

Telephone

Address


Jalan Madarasah, Kampung Bakar Batu
Johor Bahru
80150

Opening Hours

Monday 05:30 - 21:00
Tuesday 05:30 - 21:00
Wednesday 05:30 - 21:00
Thursday 05:30 - 21:00
Friday 05:30 - 21:00
Saturday 05:30 - 21:00
Sunday 05:30 - 21:00