REJIMEN 501 ASKAR WATANIAH

The 501st Territorial Army Regiment or Rejimen 501 Askar Wataniah of the state of Johor is part of the voluntary reserve unit of Malaysian Army.

Together with the Regular Reserve the TA or AW provides support to the Regular Army at home and overseas.

Photos from REJIMEN 501 ASKAR WATANIAH's post 21/07/2024

๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐— ๐—ข๐—ฆ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐— ๐—•๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—”๐—ฆ๐—ž๐—”๐—ฅ ๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก๐—œ๐—”๐—› ๐——๐—œ ๐—ฃ๐—จ๐—ฆ๐—”๐—ง ๐—Ÿ๐—”๐—ง๐—œ๐—›๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ก๐—˜๐—š๐—”๐—ฅ๐—”๐—”๐—ก ๐—š๐—จ๐—ก๐—จ๐—ก๐—š ๐—ฃ๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—œ

Kulai, 21 Julai 24 โ€“ Kapt Mohd Jamil Bin Samyon (7527992) Ketua Kompeni Charlie, Batalion Pertama, Rejimen 501 Askar Wataniah telah mengadakan promosi pengambilan anggota sempena Kursus Latihan Komuniti Kepimpinan Majlis Belia Felda anjuran Akademi Kenegaan Malaysia dan Majlis Belia Felda.

Promosi ini bertujuan memberikan maklumat dan informasi kepada peserta yang menghadiri Program di PLK Gunung Pulai ini. Seramai 57 Peserta yang mewakili seluruh Felda khususnya di Parlimen Pengerang dalam Zon Sepakat telah hadir dan menamatkan program ini dengan jayanya.

Diharap program kolaborasi sebegini dapat memberi manfaat kepada pelajar dan usaha menarik minat belia dan beliawanis untuk menyertai pasukan ini diteruskan.

'๐‘ฉ๐‘ฌ๐‘น๐‘ฒ๐‘ฏ๐‘ฐ๐‘ซ๐‘ด๐‘จ๐‘ป ๐‘ผ๐‘ต๐‘ป๐‘ผ๐‘ฒ ๐‘ต๐‘ฌ๐‘ฎ๐‘จ๐‘น๐‘จ'

Photos from REJIMEN 501 ASKAR WATANIAH's post 20/07/2024

๐—ง๐—˜๐— ๐—จ๐——๐—จ๐—š๐—” ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—จ๐—ž๐—”๐—ฅ ๐—ž๐—˜๐—Ÿ๐—จ๐—”๐—ฅ ๐—”๐—ก๐—š๐—š๐—ข๐—ง๐—” ๐—Ÿ๐—”๐—œ๐—ก-๐—Ÿ๐—”๐—œ๐—ก ๐—ฃ๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง (๐—Ÿ๐—Ÿ๐—ฃ) ๐—ฅ๐—˜๐—๐—œ๐— ๐—˜๐—ก ๐Ÿฑ๐Ÿฌ๐Ÿญ ๐—”๐—ฆ๐—ž๐—”๐—ฅ ๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก๐—œ๐—”๐—›

Johor Bahru, 19 Jul 24 - Satu sesi Temuduga Bertukar Keluar bagi seorang Anggota Lain-lain Pangkat iaitu 5005702 Sjn Suzana bin Sarikon telah disempurnakan oleh Leftenan Kolonel Raja Mohd Azanim Putera bin Raja Yaacob Timbalan Komander Rejimem 501 AW bertempat di pejabat Timbalan Komander.

PTTK akan bertukar keluar ke Pusat Latihan Tentera Darat (PULADA) bagi menjawat jawatan sebagai Penolong Jurulatih di Cawangan Taktik Ketua Platun berkuatkuasa pada 8 Jul 2024. PTT Kanan turut menerima sijil rejimen sebagai tanda penghargaan dan terima kasih di atas jasa dan sumbangan sepanjang mencurah bakti di Rejimen 501 Askar Wataniah.

Timbalan Komander mengucapkan tahniah dan maju jaya kepada PTT Kanan dan berharap beliau terus cemerlang dan berjaya di tempat baru. Jasamu dikenang.

๐๐„๐‘๐Š๐‡๐ˆ๐ƒ๐Œ๐€๐“ ๐”๐๐“๐”๐Š ๐๐„๐†๐€๐‘๐€
๐‘บ๐’๐’–๐’•๐’‰๐’†๐’“๐’ ๐‘ป๐’†๐’“๐’“๐’Š๐’•๐’๐’“๐’Š๐’‚๐’ ๐‘จ๐’“๐’Ž๐’š

Photos from REJIMEN 501 ASKAR WATANIAH's post 16/07/2024

๐—ฃ๐—˜๐— ๐—•๐—จ๐—ž๐—”๐—”๐—ก ๐—Ÿ๐—”๐—ง๐—œ๐—›๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—  ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก๐—”๐—ก (๐—Ÿ๐—ž๐—ง) ๐—ฆ๐—œ๐—ฅ๐—œ ๐Ÿฎ/๐Ÿฎ๐Ÿฐ ๐—ฅ๐—˜๐—๐—œ๐— ๐—˜๐—ก ๐Ÿฑ๐Ÿฌ๐Ÿญ ๐—”๐—ฆ๐—ž๐—”๐—ฅ ๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก๐—œ๐—”๐—› ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ

MERSING: 14 Jul 24, Pembukaan Latihan Kem Tahunan Siri 2/24 telah dirasmikan oleh Ketua Cawangan Tadbir Rejimen 501 Askar Wataniah iaitu Lt Kol Ardi bin Mat Zain yang mewakili Timb Komdr. Turut hadir adalah Pegawai Memerintah Batalion Pertama iaitu Lt Kol Norizam bin Sekak, Pegawai Memerintah Batalion Ketiga Rejimen 501 Askar Wataniah, Lt Kol Mohd Azahari bin Jaafar dan Penolong Pegawai Memerintah Batalion Pertama, Kedua dan Ketiga.

Latihan Kem Tahunan (LKT) Siri 2/24 dilaksanakan bermula pada 13 Jul 24 hingga 27 Jul 24 iaitu selama 15 hari. LKT Siri 2/24 dihadiri seramai 8 Peg dan 17 LLP Sukarela. Latihan ini adalah merupakan acara kemuncak bagi Latihan Askar Wataniah yang mana ianya menguji setakat mana tahap dan pencapaian sepanjang latihan yang akan dilaksanakan. Penggabungan latihan sebegini akan mewujudkan perkongsian ilmu pengetahuan dan perkongsian idea yang akhirnya akan dapat memantapkan Askar Wataniah itu sendiri.

Konsep LKT Siri 2/24 kali ini adalah bertemakan latihan Operasi Melatih Gerila (OMG) dengan berkolaberasi bersama pasukan 11 RGK yang diwakili oleh ๐™ˆ๐™ค๐™—๐™ž๐™ก๐™š ๐™๐™ง๐™–๐™ž๐™ฃ๐™ž๐™ฃ๐™œ ๐™๐™š๐™–๐™ข (MTT) berkekuatan 1 x Peg dan 7 x LLP. Manakala objektif-objektif LKT Siri 2/2024 adalah seperti berikut:

(1) Meningkatkan keyakinan diri dan kepimpinan semua peringkat dalam perkara gerakan, tadbir dan logistik.

(2) Memberi peranan, tugas dan tanggungjawab di dalam latihan serta pentadbiran kepada semua peringkat Askar Sukarela.

(3) Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran ketenteraan didalam operasi Melawan Insurgensi.

(4) Memperkasakan semangat setiakawan.

(5) Meningkatkan kompetensi sumber manusia sejajar dengan keperluan semasa dan memupuk semangat berkumpulan diantara unit-unit luar.

'๐‘ฉ๐‘ฌ๐‘น๐‘ฒ๐‘ฏ๐‘ฐ๐‘ซ๐‘ด๐‘จ๐‘ป ๐‘ผ๐‘ต๐‘ป๐‘ผ๐‘ฒ ๐‘ต๐‘ฌ๐‘ฎ๐‘จ๐‘น๐‘จ'

638 pegawai dan pelajar politeknik sertai Eksesais Serangan Akhir 10/07/2024

https://berita.rtm.gov.my/nasional/senarai-berita-nasional/senarai-artikel/638-pegawai-dan-pelajar-politeknik-sertai-eksesais-serangan-akhir

638 pegawai dan pelajar politeknik sertai Eksesais Serangan Akhir CHUPING, 10 Julai- Seramai 29 orang pegawai dan 609 pelajar dari 16 buah politeknik seluruh negara terlibat dalam Eksesais Serangan Akhir Eksesais Northern Lions tahun 2024 yang berlangsung di Ladang Kenaf Chuping Valley, Rimba Mas, Chuping.Eksesais ini merupakan latihan serangan dalam situasi konfl...

06/07/2024

Salam Maal Hijrah ikhlas dari Leftenan Kolonel Raja Mohd Azanim Putera bin Raja Yaacob Timbalan Komander Rejimen 501 Askar Wataniah

Photos from REJIMEN 501 ASKAR WATANIAH's post 06/07/2024

PENCAPAIAN WARGA REJIMEN 501 ASKAR WATANIAH BAGI TAHUN 2023/2024

TAHNIAH dan syabas diucapkan kepada penerima anugerah daripada Batalion Kedua Rejimen 501 Askar Wataniah yang mana secara tidak langsung menjadi suatu pengiktirafan terhadap peranan Askar Wataniah sebagai bantu ganti kepada Angkatan Tetap.

Pencapaian dan kejayaan pasukan membuktikan komitmen, dedikasi dan kerjasama yang jitu daripada semua peringkat pegawai dan anggota Rej 501(AW). Semoga kejayaan yg dicapai akan menjadi inspirasi kepada seluruh warga pasukan untuk terus berjaya di masa hadapan.

Anugerah Kecemerlangan sempena Hari Ulangtahun Askar Wataniah Ke-66 telah disampaikan oleh DYMM Pemangku Raja Perlis merangkap Komander Rejimen 504 Askar Wataniah kepada Mej Irwan bin Ngadiman bertempat di Dewan Serbaguna Kem 30 Briged, Perlis Indera Kayangan pada 29 Jun 24.

Penganugerahan tersebut bertujuan mengiktiraf penglibatan pegawai berkenaan di dalam eksesais bilateral yang telah disertai sepanjang tahun 2023 di luar dan dalam negara melibatkan negara Singapura, India dan Filipina.

๐‘ฉ๐‘ฌ๐‘น๐‘ฒ๐‘ฏ๐‘ฐ๐‘ซ๐‘ด๐‘จ๐‘ป ๐‘ผ๐‘ต๐‘ป๐‘ผ๐‘ฒ ๐‘ต๐‘ฌ๐‘ฎ๐‘จ๐‘น๐‘จ'

Photos from REJIMEN 501 ASKAR WATANIAH's post 05/07/2024

๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—•๐—”๐—ฅ๐—œ๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—ง๐—œ๐— ๐—•๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—ž๐—ข๐— ๐—”๐—ก๐——๐—˜๐—ฅ ๐—ฅ๐—˜๐—๐—œ๐— ๐—˜๐—ก ๐Ÿฑ๐Ÿฌ๐Ÿญ ๐—”๐—ฆ๐—ž๐—”๐—ฅ ๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก๐—œ๐—”๐—›

JOHOR BAHRU: 5 Jul 24, Perbarisan Timbalan Komander Rej 501 AW Siri 1/2024 yang berkekuatan seramai 9 Pegawai dan 50 LLP telah dilaksanakan di Padang Kawad Kem Tebrau, Johor Bahru.

Acara dimulai dengan Majlis Pemakaian Pangkat PTTK iaitu 6155105 Pangkuan Staf Sarjan Mohd Redzuan bin Kelion yang disempurnakan oleh Lt Kol Raja Mohd Azanim Putera bin Raja Yaacob, Timbalan Komander Rej 501 AW.

Timbalan Komander mengucapkan tahniah kepada yang dinaikkan pangkat dan mengingatkan bahawa pangkat yang disandang hadir bersama tugas dan tanggungjawab. Ianya juga perlulah diiringi dengan ilmu dan memahami tugas yang telah diamanahkan.

Dalam ucapan Timbalan Komander, beliau telah memberi peringatan dan amaran kepada pegawai dan anggota supaya tidak melakukan kesalahan tatatertib dan melanggar Perintah Tetap yang telah dikeluarkan seperti berikut:

1.Sistem Penyampaian Maklumat (SPM). Beliau berkehendakkan segala arahan dan peringatan yang telah dikeluarkan perlu sampai kepada setiap warga rejimen, samaada Anggota Tetap mahupun Sukarela.

2.Kes Ragging. Beliau mengingatkan kepada semua warga Rejimen 501 Askar Wataniah terutamanya jurulatih-jurulatih agar tiada sebarang kes ragging berlaku di dalam pasukan.

3.Etika Penggunaan Media Sosial. Beliau menegaskan semua warga Rejimen 501 Askar Wataniah perlu mengikut tatacara penggunaan berlandaskan Perintah Am Angkatan Tentera dan Garis Panduan Media Sosial Angkatan Tentera Malaysia.

4.Larangan Pengambilan Dadah dan Ketum. Beliau mengingatkan kepada semua peringkat pegawai dan anggota adalah dilarang melakukan kesalahan penyalahgunaan dadah, sepertimana yang termaktub di bawah Seksyen 51 Akta Angkatan Tentera 1972.

5.Kesalahan Penglibatan Anggota Dalam Aktiviti Perjudian. Beliau mengingatkan semua pegawai dan anggota adalah dilarang melakukan kesalahan berjudi.

6.Memalsukan Dokumen dan Penyelewengan Elaun. Beliau mengingatkan agar pegawai dan jurulatih tidak melakukan perkara tersebut kerana ia merupakan kesalahan besar yang melibatkan integriti.

7.Kesalahan Berhubung dengan Harta Awam dan Kerajaan Perlu Diteliti dan Amanah. Beliau menekankan kepada semua agar sentiasa menjaga harta awam dan kerajaan yang sediada.

8.Gangguan Seksual. Beliau mengingatkan pegawai dan anggota agar tidak terlibat dengan apa-apa salah laku yang berkaitan dengan gangguan seksual, kesalahan ini merupakan kesalahan yang tidak bermoral dan memalukan.

9.Kes Khalwat dan Bersekedudukan Bukan Muhrim. Satu perbuatan yang tidak bermoral terutamanya buat pasangan yang telah berkahwin tapi masih melakukan perkara ini. Beliau memaklumkan sekiranya perkara sedemikian berlaku, tindakan tegas akan diambil terhadap pelaku.

10.Keselamatan Kem. Beliau juga mengingatkan agar sentiasa memperketatkan keselamatan kem terutamanya keluar masuk pintu utama Balai Pengawal Kem.

11. Penyimpanan Dokumen Berdarjah di Tempat yang Selamat dan Berkunci. Perkara perlu dititikberatkan dan perlu menjadi keutamaan agar rahsia negara terpelihara.

12. Kesalahan Berhubung Kes Hubungan Sulit di Antara Anggota Tetap dan Anggota Sukarela. Beliau memandang serius perkara ini supaya tidak dikatakan haruan makan anak atau ketam mengajar anak berjalan lurus. Yang mana kita sebagai jurulatih sepatutnya menjadi idola yang baik dan contoh kepada anggota sukarela dan juga merupakan perantaraan antara ATM dan awam.

Perbarisan diakhiri dengan acara bergambar. Semoga perbarisan sebegini terus menjadi medium bagi Timbalan Komander menyampaikan amanat dan ingatan beliau kepada seluruh warga Wartan Selatan.

'๐‘ฉ๐‘ฌ๐‘น๐‘ฒ๐‘ฏ๐‘ฐ๐‘ซ๐‘ด๐‘จ๐‘ป ๐‘ผ๐‘ต๐‘ป๐‘ผ๐‘ฒ ๐‘ต๐‘ฌ๐‘ฎ๐‘จ๐‘น๐‘จ'

Photos from REJIMEN 501 ASKAR WATANIAH's post 22/06/2024

๐—ฃ๐—˜๐— ๐—•๐—จ๐—ž๐—”๐—”๐—ก ๐—ž๐—จ๐—ฅ๐—ฆ๐—จ๐—ฆ ๐—”๐—ก๐—š๐—š๐—ข๐—ง๐—” ๐—ฅ๐—˜๐—ฃ๐—”๐—Ÿ ๐—ž๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ฆ ๐Ÿฎ (๐—”๐—ก๐—š๐—š๐—ข๐—ง๐—” ๐—ฌ๐—”๐—ก๐—š ๐——๐—œ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—จ๐—š๐—”๐—ฆ๐—ž๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—จ๐—› ๐— ๐—”๐—ฆ๐—”) ๐—ฆ๐—œ๐—ฅ๐—œ ๐Ÿฎ/๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ ๐——๐—œ ๐—ฅ๐—˜๐—๐—œ๐— ๐—˜๐—ก ๐Ÿฑ๐Ÿฌ๐Ÿญ ๐—”๐—ฆ๐—ž๐—”๐—ฅ ๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก๐—œ๐—”๐—›

21 Jun 24 : Pembukaan Kursus Anggota Repal Kelas II (Anggota Yang Dipertugaskan Sepenuh Masa/Kerahan) Siri 2/24 telah dirasmikan oleh Timbalan Komander Rejimen 501 Askar Wataniah iaitu Lt Kol Raja Mohd Azanim Putera bin Raja Yaacob, Timbalan Komander Rejimen 501 Askar Wataniah bertempat di Dewan Senibong, Rejimen 501 Askar Wataniah, Kem Tebrau, Johor.

Kursus Anggota Repal Kelas II (Anggota Yang Dipertugaskan Sepenuh Masa/Kerahan) Siri 2/24 dilaksanakan bermula pada 10 Jun 24 hingga Sep 24. Kursus pada kali ini telah dihadiri oleh 51 kali penuntut dengan pecahan 29 penuntut lelaki dan 22 penuntut wanita. Kursus ini merupakan permulaan kursus kerjaya selepas anggota telah berjaya dalam Pemilihan Anggota Yang Dipertugaskan Sepenuh Masa.

Timbalan Komander juga telah berbesar hati memeriksa bilik penginapan penuntut lelaki dan wanita bagi memastikan tahap keselesaan yang optimum untuk semua penuntut sepanjang berkursus di Rej 501 AW. Timbalan Komander turut berkesempatan berjumpa dan menyampaikan mandat yang telah diberikan oleh Panglima 7 Bgd berkenaan ๐˜•๐˜ฐ ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฉ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ฅ๐˜ญ๐˜ช๐˜ฏ๐˜จ atau penderaan daripada mana-mana pihak sama ada jurulatih dan dikalangan penuntut, saluran yang betul berkenaan aduan atau cadangan, larangan memuat naik apa-apa perkara berkenaan aktiviti dan latihan serta larangan meminjam atau memeras ugut duit penuntut.

Semua penuntut diharapkan mengambil peluang semasa berkursus ini sebagai loncatan untuk bergelar sebagai seorang anggota tentera yang berkredibel, kompeten, berdisiplin dan berpengetahuan luas dalam ilmu ketenteraan. Diakhir akhir kursus kelak, setiap penuntut dapat menjalankan tugas ataupun tanggungjawab dengan lebih berkeyakinan dan komited yang tinggi apabila kembali ke pasukan masing-masing.

'๐‘ฉ๐‘ฌ๐‘น๐‘ฒ๐‘ฏ๐‘ฐ๐‘ซ๐‘ด๐‘จ๐‘ป ๐‘ผ๐‘ต๐‘ป๐‘ผ๐‘ฒ ๐‘ต๐‘ฌ๐‘ฎ๐‘จ๐‘น๐‘จ'

Photos from REJIMEN 501 ASKAR WATANIAH's post 22/06/2024

๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—ฆ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ง๐—”๐—ก ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ฅ๐—”๐—ฌ๐—” ๐—”๐—œ๐——๐—œ๐—Ÿ๐—”๐——๐—›๐—” ๐—ฅ๐—˜๐—๐—œ๐— ๐—˜๐—ก ๐Ÿฑ๐Ÿฌ๐Ÿญ ๐—”๐—ฆ๐—ž๐—”๐—ฅ ๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก๐—œ๐—”๐—› ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿญ๐Ÿฐ๐Ÿฐ๐Ÿฑ๐—›/๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ๐—  ๐——๐—œ๐—ฆ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ž๐—”๐—ก ๐——๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ž๐—จ๐—ฅ๐—ก๐—œ๐—”๐—”๐—ก ๐—Ÿ๐—˜๐— ๐—•๐—จ ๐—ž๐—ข๐—ฅ๐—•๐—”๐—ก ๐—ข๐—Ÿ๐—˜๐—› ๐—ž๐—˜๐—•๐—”๐—ช๐—”๐—› ๐——๐—จ๐—Ÿ๐—œ ๐—ฌ๐—”๐—ก๐—š ๐— ๐—”๐—›๐—” ๐— ๐—จ๐—Ÿ๐—œ๐—” ๐—ฆ๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ฃ๐—”๐——๐—จ๐—ž๐—” ๐—•๐—”๐—š๐—œ๐—ก๐——๐—” ๐—ฌ๐—”๐—ก๐—š ๐——๐—œ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—จ๐—”๐—ก ๐—”๐—š๐—ข๐—ก๐—š, ๐—ฆ๐—จ๐—Ÿ๐—ง๐—”๐—ก ๐—๐—ข๐—›๐—ข๐—ฅ

19 Jun 2024 - Seramai 7 Pegawai, 40 LLP dan 50 penuntut Kursus Repalman Kelas 2 (Anggota Dipertugaskan Sepenuh Masa) serta 7 ahli BAKAT terlibat dalam Majlis Sambutan Hari Raya Aidiladha Rejimen 501 AW Tahun 1445H/2024M yang disempurnakan oleh Timb Komdr iaitu Lt Kol Raja Mohd Azanim Putera bin Raja Yaacob bertempat di Rej 501 AW Kem Tebrau pada 19 Jun 2024. Pada masa yang sama seramai 2 Pegawai dan 13 LLP juga terlibat dalam Majlis Sambutan Aidiladha yang diadakan di Batalion Kedua Rej 501 AW, Kem Muar. Manakala seramai 2 Pegawai dan 10 LLP Anggota Tetap serta 6 Pegawai dan 5 LLP Anggota Sukarela turut terlibat dengan majlis di Batalion Ketiga Rej 501 AW Kem Kluang.

Merafak sembah menjunjung kasih di atas perkenan KDYMM YDPA Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar atas kurniaan tiga ekor lembu kepada Rejimen 501 Askar Wataniah melalui Kerajaan Negeri Johor bersempena Hari Raya Aidiladha kali ini. Selain itu, terdapat juga sumbangan daripada pihak lain iaitu seekor lembu daripada Menteri Pertahanan, Datuk Sri Mohamed Khaled Nordin serta Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), VIP dan juga ahli korporat.

Matlamat pelaksanaan ibadah korban ini bertujuan untuk memperkasakan semangat dan jiwa pengorbanan dalam kalangan anggota tentera selain memperingati sejarah perjuangan dan pengorbanan Nabi Ibrahim A.S dan anaknya Nabi Ismail A.S dalam menjalankan misi dakwah Islamiah.

Acara diakhiri dengan penyerahan daging korban yang diagihkan kepada warga Rej 501 AW untuk memenuhi tuntutan agama serta meningkatkan kesejahteraan dan kebersamaan masyarakat.

Turut hadir, ahli JAKPAW YBhg Mej (K) Dr Muhammad Abu Bakar bin Abdullah, dan Pengerusi BAKAT Puan Siti Norlizah binti Mohd Perai.

Seluruh kepimpinan dan anggota Rej 501 AW sekali lagi merafak sembah menjunjung kasih kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong atas kurniaan lembu korban yang telah diberikan melalui Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor.

'๐‘ฉ๐‘ฌ๐‘น๐‘ฒ๐‘ฏ๐‘ฐ๐‘ซ๐‘ด๐‘จ๐‘ป ๐‘ผ๐‘ต๐‘ป๐‘ผ๐‘ฒ ๐‘ต๐‘ฌ๐‘ฎ๐‘จ๐‘น๐‘จ'

Photos from REJIMEN 501 ASKAR WATANIAH's post 20/06/2024

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐Œ๐€๐Š๐€๐ˆ๐€๐ ๐๐€๐๐†๐Š๐€๐“ ๐€๐๐†๐†๐Ž๐“๐€ ๐‹๐€๐ˆ๐-๐‹๐€๐ˆ๐ ๐๐€๐๐†๐Š๐€๐“ ๐‘๐„๐‰๐ˆ๐Œ๐„๐ ๐Ÿ“๐ŸŽ๐Ÿ ๐€๐’๐Š๐€๐‘ ๐–๐€๐“๐€๐๐ˆ๐€๐‡

Johor Bahru, 20 Jun 24 - 1 kali anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) KAGAT dinaikkan pangkat dari Koperal ke Pemangku Sarjan iaitu 1182384 P/Sjn Muhamad bin Nazeri. Majlis kenaikan pangkat ini telah disempurnakan oleh Leftenan Kolonel Raja Mohd Azanim Putera bin Raja Yaacob, Timbalan Komander Rejimen 501 Askar Wataniah. Turut hadir semasa majlis pemakaian pangkat adalah isteri kepada anggota yang terlibat.

Timbalan Komander berpesan agar anggota yang dinaikkan pangkat sentiasa mengingati bahawa pangkat yang diberi hadir bersama tanggungjawab dan amanah.

๐๐„๐‘๐Š๐‡๐ˆ๐ƒ๐Œ๐€๐“ ๐”๐๐“๐”๐Š ๐๐„๐†๐€๐‘๐€
๐‘บ๐’๐’–๐’•๐’‰๐’†๐’“๐’ ๐‘ป๐’†๐’“๐’“๐’Š๐’•๐’๐’“๐’Š๐’‚๐’ ๐‘จ๐’“๐’Ž๐’š

Photos from REJIMEN 501 ASKAR WATANIAH's post 17/06/2024

PROGRAM PENGAGIHAN DAGING KORBAN TAHUN 2024M/1445H KURNIAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG, SULTAN JOHOR KEPADA BATALION KETIGA REJIMEN 501 ASKAR WATANIAH

Kluang, 17 Jun 24 - Batalion Ke-3 Rejimen 501 (AW) telah melaksanakan Program Pengagihan Daging Korban kurniaan DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Sultan Johor bertempat di Kem Kluang hari ini. Program ini telah dilaksanakan dengan acara rewang melapah dan memasak serta mengagihkan daging kepada warga batalion. Sumbangan daging korban juga turut diagihkan kepada golongan asnaf di sekitar kem.

Majlis ini telah dihadiri semua peringkat anggota tetap dan sukarela bersama keluarga untuk menjayakan majlis ini.

Pihak Batalion Ketiga merafak sembah menjunjung kasih kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong atas kurniaan lembu korban yang telah diberikan melalui Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor.

'๐‘ฉ๐‘ฌ๐‘น๐‘ฒ๐‘ฏ๐‘ฐ๐‘ซ๐‘ด๐‘จ๐‘ป ๐‘ผ๐‘ต๐‘ป๐‘ผ๐‘ฒ ๐‘ต๐‘ฌ๐‘ฎ๐‘จ๐‘น๐‘จ'

Photos from REJIMEN 501 ASKAR WATANIAH's post 16/06/2024

๐— ๐—˜๐—ฆ๐—ฌ๐—จ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ง ๐—ž๐—˜๐—•๐—”๐—๐—œ๐—ž๐—”๐—ก ๐—ฅ๐—˜๐—๐—œ๐— ๐—˜๐—ก ๐Ÿฑ๐Ÿฌ๐Ÿญ ๐—”๐—ฆ๐—ž๐—”๐—ฅ ๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก๐—œ๐—”๐—› ๐—ฆ๐—œ๐—ฅ๐—œ ๐Ÿญ/๐Ÿฎ๐Ÿฐ

JOHOR BAHRU- 14 Jun 24, Rej 501 AW telah melaksanakan Mesyuarat Kebajikan Siri 1/24 bertempat di Dewan Anjung Maharani, Kem Tebrau. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Timbalan Komander Rej 501 AW, Lt Kol Raja Mohd Azanim Putera bin Raja Yaacob dengan kehadiran seramai 11 pegawai dan 62 anggota Lain-lain Pangkat (LLP).

Objektif mesyuarat diadakan adalah untuk memberi peluang kepada anggota-anggota untuk mengutarakan permasalahan secara terus kepada Timb Komdr selaku Pemerintah Tertinggi di rej. Beberapa cadangan dan usul baharu telah dikemukakan oleh anggota dan semua usul dan cadangan tersebut telah mendapat perhatian YBhg Timbalan Komander.

Selain itu, pembentangan harta untuk dihapus kira oleh Peg TKR turut dilakukan bagi membolehkan kedudukan harta TKR lebih komprehensif dan terkini.

Di dalam ucapan pembukaan mesy ini, Timbalan Komander berharap pegawai dan anggota di semua peringkat terus komited terhadap misi dan visi organisasi agar perkara yang dibincangkan dapat diselesaikan secara berhemah.

๐๐„๐‘๐Š๐‡๐ˆ๐ƒ๐Œ๐€๐“ ๐”๐๐“๐”๐Š ๐๐„๐†๐€๐‘๐€
๐‘บ๐’๐’–๐’•๐’‰๐’†๐’“๐’ ๐‘ป๐’†๐’“๐’“๐’Š๐’•๐’๐’“๐’Š๐’‚๐’ ๐‘จ๐’“๐’Ž๐’š

Photos from REJIMEN 501 ASKAR WATANIAH's post 16/06/2024

๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—•๐—”๐—ฅ๐—œ๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—”๐—ฅ๐—๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐—๐—”๐—ฅ ๐—ฅ๐—˜๐—๐—œ๐— ๐—˜๐—ก (๐—ฆ๐— ๐—ฅ) ๐—ฅ๐—˜๐—๐—œ๐— ๐—˜๐—ก ๐Ÿฑ๐Ÿฌ๐Ÿญ ๐—”๐—ฆ๐—ž๐—”๐—ฅ ๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก๐—œ๐—”๐—›

JOHOR BAHRU: 14 Jun 2024, Perbarisan SMR Rej 501 AW telah disempurnakan di Padang Kawad Rej 501 AW, Kem Tebrau, Johor Bahru. Seramai 14 PTT Kanan dan 60 LLP terlibat di dalam perbarisan tersebut. Perbarisan ini merupakan perbarisan ulung bagi SMR PW 1 Mohammad Abdul Hafiz bin Basri setelah mengambil alih tugas sebagai SMR yang baru dari PW 1 Syakeeb Syakirin bin Zainul Abidin pada 11 Mac 2023.

Acara dimulai dengan ketibaan SMR PW 1 Mohammad Abdul Hafiz bin Basri dan seterusnya beliau telah membuat pemeriksaan barisan setiap Batalion dan Cawangan. Selesai pemeriksaan, beliau telah mengarahkan KSM setiap Batalion untuk mengambil latihan kawad selama 45 minit. Di akhir perbarisan beliau telah memberikan ucapan serta nasihat kepada semua anggota Rej 501 AW.

Di dalam ucaptama PW 1 Mohammad Abdul Hafiz bin Basri, beliau menekankan agar semua anggota mematuhi pengarahan-pengarahan seperti berikut:

1. Menggalakkan agar isteri anggota memberikan sokongan dalam penglibatan BAKAT.
2. Sentiasa memupuk sikap hormat- menghormati di dalam organisasi.
3. Mengelakkan diri daripada perkara-perkara yang boleh mengugatkan perkhidmatan.
4. Menjaga batas pergaulan dalam penglibatan Anggota Sukarela dan Anggota Tetap.
5. Sentiasa ikhlas dalam melaksanakan tugas yang diberikan.
6. Sentiasa mempertingkatkan lagi ilmu pengetahuan.
7. Sentiasa berpegang teguh pada Ikrar Kesatria yang Kelima iaitu "MENYIMPAN RAHSIA NEGARA DENGAN SEKETAT-KETATNYA" bagi menjamin keselamatan Negara.

Sebelum beliau mengakhiri ucapan, beliau berharap agar semua anggota dapat memberikan kerjasama yang baik untuk membawa nama Rej 501 AW ke arah kecemerlangan.

๐๐„๐‘๐Š๐‡๐ˆ๐ƒ๐Œ๐€๐“ ๐”๐๐“๐”๐Š ๐๐„๐†๐€๐‘๐€
๐‘บ๐’๐’–๐’•๐’‰๐’†๐’“๐’ ๐‘ป๐’†๐’“๐’“๐’Š๐’•๐’๐’“๐’Š๐’‚๐’ ๐‘จ๐’“๐’Ž๐’š

16/06/2024

TIMBALAN KOMANDER MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA KEPADA SEMUA WARGA REJIMEN 501 ASKAR WATANIAH

Photos from REJIMEN 501 ASKAR WATANIAH's post 12/06/2024

๐—๐—˜๐— ๐—ฃ๐—จ๐—ง๐—”๐—ก ๐— ๐—”๐—ž๐—”๐—ก ๐—ง๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐—ฌ๐—•๐—›๐—š ๐— ๐—˜๐— (๐—ž) ๐——๐—ฅ ๐— ๐—จ๐—›๐—”๐— ๐— ๐—”๐—— ๐—”๐—•๐—จ ๐—•๐—”๐—ž๐—”๐—ฅ ๐—•๐—œ๐—ก ๐—”๐—•๐——๐—จ๐—Ÿ๐—Ÿ๐—”๐—› ๐—ฃ๐—”๐——๐—” ๐Ÿญ๐Ÿญ ๐—๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ

Taman Johor Jaya: Seramai 9 Pegawai dan 7 Lain-Lain Pangkat telah terlibat dalam jemputan makan tengahari di restoran Rumah Salai Ronggeng bersama YBhg Mej (K) Dr Muhammad Abu Bakar bin Abdullah, ahli JAKPAW Rejimen 501 Askar Wataniah. Jemputan makan tengahari telah diadakan sempena selesai majlis makan malam rasmi STPTD di The Els Club Desaru Cost pada 7 Jun 24 serentak dengan sambutan hari ulang tahun ahli JAKPAW, YBhg Mej (K) Dr Muhammad Abu Bakar bin Abdullah.

Majlis dimulakan dengan makan tengahari dan disertakan acara memotong kek. YBhg Mej (K) Dr Muhammad Abu Bakar bin Abdullah mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh warga Rejimen 501 AW atas kerjasama melaksanakan majlis makan malam rasmi STPTD di The Els Club Desaru Cost serta majlis sambutan ulang tahun beliau. Majlis ini diakhiri dengan ucapan ringkas YBhg Lt Kol Raja Mohd Azanim Putera bin Raja Yaacob, Timbalan Komander Rej 501 AW.

Seluruh warga Rejimen 501 AW mengucapkan Selamat hari ulang tahun kelahiran kepada Ahli JAKPAW, YBhg Mej (K) Dr Muhammad Abu Bakar bin Abdullah. Semoga Yang Berbahagia Mej (K) Dr Muhamad Abu Bakar dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki serta sentiasa dilimpahi rahmat oleh Allah SWT. Kami juga akan mendoakan agar YBhg Mej (K) Dr Abu Bakar dikurniakan kesihatan yang baik untuk terus bersama kepimpinan Tentera Darat Malaysia ke arah kecemerlangan.

๐๐„๐‘๐Š๐‡๐ˆ๐ƒ๐Œ๐€๐“ ๐”๐๐“๐”๐Š ๐๐„๐†๐€๐‘๐€
๐‘บ๐’๐’–๐’•๐’‰๐’†๐’“๐’ ๐‘ป๐’†๐’“๐’“๐’Š๐’•๐’๐’“๐’Š๐’‚๐’ ๐‘จ๐’“๐’Ž๐’š

Photos from REJIMEN 501 ASKAR WATANIAH's post 09/06/2024

๐—Ÿ๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—” ๐—ž๐—”๐—ฅ๐—ก๐—œ๐—ฉ๐—”๐—Ÿ ๐—ž๐—ฅ๐—”๐—™ ๐—”๐—œ๐——๐—œ๐—Ÿ๐—”๐——๐—›๐—” ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ

JOHOR BAHRU, 08 Jun 2024 - Pengerusi BAKAT Rej 501 AW, YBhg Puan Siti Norlizah binti Mohamed Perai telah dijemput oleh Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (PKKM) untuk melawat penganjuran sempena Karnival Kraf Aidiladha 2024.

Aktiviti dimulakan dengan taklimat hasil kraftangan daripada Puan Cik Noor Azima binti Mohd Alwi iaitu Pengarah PKKM Cawangan Johor. Aktiviti diikuti dengan melawat semua ๐‘๐‘œ๐‘œ๐‘กโ„Ž yang telah disediakan oleh pihak penganjur seperti pameran dan jualan baju batik, barang-barang hiasan rumah bercorak batik, ๐‘๐‘œ๐‘œ๐‘กโ„Ž ๐‘๐‘Ÿ๐‘ฆ๐‘ ๐‘ก๐‘Ž๐‘™, mutiara dan sebagainya. Aktiviti diteruskan lagi dengan menyaksikan tatacara penghasilan ukiran pasu bunga dan diakhiri dengan mencanting kain batik. Ahli BAKAT juga tidak melepaskan peluang untuk mencuba melakukan aktiviti mencanting batik ini sebagai pendedahan dan mengutip pengalaman yang berharga dengan kraftangan tradisional warisan negara.

Lawatan sebegini dilihat sesuai untuk diterapkan kepada semua peringkat ahli BAKAT bagi menjana idea dan kreativiti untuk diaplikasikan di dalam organisasi BAKAT.

Majlis sebegini juga dapat merapatkan hubungan antara ahli BAKAT dengan agensi luar serta dapat mempelajari dan menambah ilmu pengetahuan mengenai penghasilan seni kraf tangan.

๐‘ฉ๐‘ฌ๐‘น๐‘ฒ๐‘ฏ๐‘ฐ๐‘ซ๐‘ด๐‘จ๐‘ป ๐‘ผ๐‘ต๐‘ป๐‘ผ๐‘ฒ ๐‘ต๐‘ฌ๐‘ฎ๐‘จ๐‘น๐‘จ'
๐‘บ๐’๐’–๐’•๐’‰๐’†๐’“๐’ ๐‘ป๐’†๐’“๐’“๐’Š๐’•๐’๐’“๐’Š๐’‚๐’ ๐‘จ๐’“๐’Ž๐’š

Photos from REJIMEN 501 ASKAR WATANIAH's post 09/06/2024

๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—จ๐—ง๐—จ๐—ฃ ๐—Ÿ๐—”๐—ง๐—œ๐—›๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—  ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก๐—”๐—ก (๐—Ÿ๐—ž๐—ง) ๐—ฆ๐—œ๐—ฅ๐—œ ๐Ÿญ/๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ ๐—ฅ๐—˜๐—๐—œ๐— ๐—˜๐—ก ๐Ÿฑ๐Ÿฌ๐Ÿญ ๐—”๐—ฆ๐—ž๐—”๐—ฅ ๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก๐—œ๐—”๐—› ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ

KLUANG, 7 Jun 2024 - Seramai 19 Pegawai dan 22 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) telah terlibat dengan Majlis Penutup LKT Siri 1/2024 di Markas Batalion Ketiga Rejimen 501 Askar Wataniah berkonsepkan Perbarisan Tempur yang diketuai oleh Mejar Mohd Burhanuddin bin Ashari.

Majlis ini turut diserikan dengan acara Pemakaian Pangkat Anggota Sukarela yang melibatkan seramai 9 orang anggota yang disempurnakan oleh Timbalan Komander Rejimen 501 Askar Wataniah, Lt Kol Raja Mohd Azanim Putera bin Raja Yaacob.

Sepanjang LKT ini dijalankan, pelbagai penerapan dan pengisian latihan-latihan yang dilaksanakan, antaranya adalah pembelajaran dan UKKI Semboyan yang dibantu oleh pasukan 7 SSB, pengenalan kepada CBRNe, latihan ๐‘โ„Ž๐‘Ž๐‘š๐‘๐‘’๐‘Ÿ di pasukan IKEM dan latihan pelaksanaan Titik Kawalan Lalu Lintas (TKLL). Selain itu juga, dalam pengisian LKT siri ini terdapat aktiviti-aktiviti ๐‘œ๐‘ข๐‘ก๐‘‘๐‘œ๐‘œ๐‘Ÿ seperti pertandingan ๐‘๐‘Ÿ๐‘œ๐‘ ๐‘  ๐‘๐‘œ๐‘ข๐‘›๐‘ก๐‘Ÿ๐‘ฆ dan latihan kebakaran yang disampaikan oleh wakil dari Balai Bomba dan Penyelamat daerah Kluang. Aktiviti riadah juga turut dilaksanakan iaitu mendaki Gunung Lambak Kluang, Johor.

Majlis Penutup LKT diakhiri dengan Majlis Malam Akrab yang bertemakan tahun 60-an. Pelbagai aktiviti yg dilaksanakan seperti cabutan bertuah, karaoke dan penyerahan cenderahati daripada Lt Kol Azahari bin Jaafar, Pegawai Memerintah Batalion Ketiga kepada Timbalan Komander Rejimen 501 Askar Wataniah.

Pelaksanaan latihan ini seiring dengan objektif Ketiga Direktif Latihan Panglima Tentera Darat (PTD) tahun 2023-2026 iaitu mengintegrasikan pasukan simpanan dalam latihan bersama anggota tetap Tentera Darat serta objektif Ketujuh Direktif Latihan Panglima Medan Barat Tentera Darat (PMBTD) tahun 2023-2024 iaitu Penglibatan Askar Wataniah dalam eksesais/latihan ke arah kemampuan membantu ganti Angkatan Tetap (๐‘Ž๐‘ข๐‘”๐‘š๐‘’๐‘›๐‘ก๐‘Ž๐‘ก๐‘–๐‘œ๐‘›).

Seluruh warga Rejimen 501 Askar Wataniah mengucapkan tahniah kepada semua pegawai dan anggota LLP Tetap dan Sukarela Rejimen 501 Askar Wataniah yang begitu komited menjayakan LKT Siri 1/2024.

๐๐„๐‘๐Š๐‡๐ˆ๐ƒ๐Œ๐€๐“ ๐”๐๐“๐”๐Š ๐๐„๐†๐€๐‘๐€
๐‘บ๐’๐’–๐’•๐’‰๐’†๐’“๐’ ๐‘ป๐’†๐’“๐’“๐’Š๐’•๐’๐’“๐’Š๐’‚๐’ ๐‘จ๐’“๐’Ž๐’š

Photos from REJIMEN 501 ASKAR WATANIAH's post 02/06/2024

โ€Žุงูู†ู‘ุง ู„ูู„ู‘ู‡ู ูˆูŽุงูู†ู‘ุง ุงูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุฌูุนููˆู’ู†ูŽ

Salam TAKZIAH kepada seluruh ahli keluarga Mej Md Yusoff bin Mohamad (Bersara) dan LKpl Maznah binti Untung.

Allahyarham Mej Md Yusoff (Bersara) telah terlibat dalam kemalangan dan Allahyarhamah LKpl Maznah mengalami sesak nafas.Kedua-duanya telah menghembuskan nafas terakhir pada 1 Jun 2024.

Moga jasa dan pengorbanan mereka diterima sebagai amalan baik dan diganjari Allah SWT.

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman.

Ikhlas daripada Timbalan Komander dan seluruh Warga Rejimen 501 Askar Wataniah.

'๐‘ฉ๐‘ฌ๐‘น๐‘ฒ๐‘ฏ๐‘ฐ๐‘ซ๐‘ด๐‘จ๐‘ป ๐‘ผ๐‘ต๐‘ป๐‘ผ๐‘ฒ ๐‘ต๐‘ฌ๐‘ฎ๐‘จ๐‘น๐‘จ'

01/06/2024

TIMBALAN KOMANDER DAN SELURUH WARGA REJIMEN 501 ASKAR WATANIAH MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT HARI ULANG TAHUN ASKAR WATANIAH KE-66.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA''

01/06/2024

Selamat Menyambut Hari Ulang Tahun TUDM Ke-66

"Kuasa Udara, Perisai Kedaulatan Negara"

Ikhlas daripada,
Timbalan Komander 501 Askar Wataniah
Lt Kol Raja Mohd Azanim Putera bin Raja Yaacob.

01/06/2024

Selamat Menyambut Hari Gawai 2024 kepada semua masyarakat yang meraikan perayaan ini. Semoga dengan sambutan Hari Gawai akan dapat terus menyemarakkan keharmonian antara kaum dan memperkukuhkan perpaduan di negara ini.

"Gayu Guru Gerai Nyamai"

Ikhlas daripada,
Timbalan Komander 501 Askar Wataniah,
Lt Kol Raja Mohd Azanim Putera bin Raja Yaacob

Photos from REJIMEN 501 ASKAR WATANIAH's post 31/05/2024

๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ž๐—ฆ๐—”๐—ก๐—”๐—”๐—ก ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—๐—œ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—”๐—ฆ๐—จ๐—ž๐—”๐—ก (๐—›๐—ฃ๐—ฃ) ๐—ฅ๐—˜๐—๐—œ๐— ๐—˜๐—ก ๐Ÿฑ๐Ÿฌ๐Ÿญ ๐—”๐—ฆ๐—ž๐—”๐—ฅ ๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก๐—œ๐—”๐—› (๐—”๐—ช) ๐—ฆ๐—œ๐—ฅ๐—œ ๐Ÿฎ/๐Ÿฎ๐Ÿฐ

JOHOR BAHRU : Hari Pengajian Pasukan Siri 2/2024 telah dilaksanakan pada 31 Mei 2024 bertempat di Anjung Maharani, Kem Tebrau yang dihadiri Pegawai, PTTK dan anggota Rejimen 501 Askar Wataniah. Hari Pengajian Pasukan telah disempurnakan oleh Timbalan Komander Rejimen 501 Askar Wataniah, Lt Kol Raja Mohd Azanim Putera bin Raja Yaacob.

Seramai 7 Peg dan 45 anggota Lain-lain Pangkat (LLP) telah terlibat dalam Hari Pengajian tersebut. Tajuk syarahan Hari Pengajian Pasukan Siri 2/24 yang disampaikan adalah berkenaan dengan Mobilisasi Askar Wataniah.

Objektif utama syarahan ini diadakan adalah untuk memberi pemahaman kepada prosedur dan tatacara pegawai atau anggota Askar Wataniah itu diaturgerakkan. Syarahan Mobilisasi AW ini adalah bertujuan untuk membincangkan dasar mobilisasi anggota Sukarela Askar Wataniah dibawah konsep Pertahanan Menyeluruh (HANRUH).

๐๐„๐‘๐Š๐‡๐ˆ๐ƒ๐Œ๐€๐“ ๐”๐๐“๐”๐Š ๐๐„๐†๐€๐‘๐€
๐‘บ๐’๐’–๐’•๐’‰๐’†๐’“๐’ ๐‘ป๐’†๐’“๐’“๐’Š๐’•๐’๐’“๐’Š๐’‚๐’ ๐‘จ๐’“๐’Ž๐’š

Photos from REJIMEN 501 ASKAR WATANIAH's post 26/05/2024

๐๐„๐Œ๐๐”๐Š๐€๐€๐ ๐‹๐€๐“๐ˆ๐‡๐€๐ ๐Š๐„๐Œ ๐“๐€๐‡๐”๐๐€๐ (๐‹๐Š๐“) ๐’๐ˆ๐‘๐ˆ ๐Ÿ/๐Ÿ๐Ÿ’ ๐‘๐„๐‰๐ˆ๐Œ๐„๐ ๐Ÿ“๐ŸŽ๐Ÿ ๐€๐’๐Š๐€๐‘ ๐–๐€๐“๐€๐๐ˆ๐€๐‡ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ’

KLUANG : Pembukaan Latihan Kem Tahunan (LKT) Siri 1/24 Rejimen 501 Askar Wataniah telah dirasmikan oleh Komander Rejimen 501 Askar Wataniah iaitu Kol Norazan bin Omar dan turut hadir bersama adalah Timbalan Komander Rejimen 501 Askar Wataniah, Lt Kol Raja Azanim Putera bin Raja Yaacob dan Penolong Pegawai Memerintah tiap-tiap Batalion. Pembukaan diadakan bertempat di Mk Batalion Ketiga Rejimen 501 Askar Wataniah, Kluang, Johor.

Latihan Kem Tahunan (LKT) Siri 1/24 dilaksanakan bermula pada 24 Mei 24 hingga 7 Jun 24 iaitu selama 15 hari. LKT Siri 1/24 ini dihadiri seramai 19 Peg dan 23 LLP Sukarela. Latihan ini adalah merupakan acara kemuncak bagi Latihan Askar Wataniah yang mana ianya menguji setakat mana tahap dan pencapaian sepanjang latihan yang akan dilaksanakan. Penggabungan latihan sebegini akan mewujudkan perkongsian ilmu pengetahuan dan perkongsian idea yang akhirnya akan dapat memantapkan Askar Wataniah itu sendiri.

Antara konsep LKT Siri 1/24 yang dilaksanakan adalah melibatkan Mobilisasi Askar Wataniah, Pertahanan Kem dan Kolektif daripada latihan yang telah dipelajari semasa Latihan Tempatan sebelum ini. Manakala objektif-objektif LKT Siri 1/2024 adalah untuk meningkatkan keyakinan diri dan kepimpinan semua peringkat dalam perkara gerakan, tadbir dan logistik, memberi peranan, tugas dan tanggungjawab di dalam latihan serta pentadbiran kepada semua peringkat Askar Sukarela, mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran ketenteraan didalam operasi Melawan Insurgensi dan memperkasakan semangat setiakawan.

๐๐„๐‘๐Š๐‡๐ˆ๐ƒ๐Œ๐€๐“ ๐”๐๐“๐”๐Š ๐๐„๐†๐€๐‘๐€
๐‘บ๐’๐’–๐’•๐’‰๐’†๐’“๐’ ๐‘ป๐’†๐’“๐’“๐’Š๐’•๐’๐’“๐’Š๐’‚๐’ ๐‘จ๐’“๐’Ž๐’š

Photos from REJIMEN 501 ASKAR WATANIAH's post 24/05/2024

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐Œ๐€๐Š๐€๐ˆ๐€๐ ๐๐€๐๐†๐Š๐€๐“ ๐ƒ๐€๐ ๐“๐„๐Œ๐”๐ƒ๐”๐†๐€ ๐“๐€๐Œ๐€๐“ ๐๐„๐‘๐Š๐‡๐ˆ๐ƒ๐Œ๐€๐“๐€๐ ๐€๐๐†๐†๐Ž๐“๐€ ๐‹๐€๐ˆ๐-๐‹๐€๐ˆ๐ ๐๐€๐๐†๐Š๐€๐“ (๐‹๐‹๐) ๐‘๐„๐‰๐ˆ๐Œ๐„๐ ๐Ÿ“๐ŸŽ๐Ÿ ๐€๐’๐Š๐€๐‘ ๐–๐€๐“๐€๐๐ˆ๐€๐‡

Johor Bahru, 24 Mei 2024 - Seramai 6 anggota LLP telah terlibat dalam majlis kenaikan pangkat dan temuduga tamat perkhidmatan yang telah disempurnakan oleh Leftenan Kolonel Raja Mohd Azanim Putera bin Raja Yaacob, Timbalan Komander Rejimen 501 Askar Wataniah.

Daripada 6 anggota tersebut 2 orang dinaikkan pangkat dari Lans Koperal kepada Koperal dan Prebet kepada Lans Koperal. Manakala 4 anggota telah menerima sijil dan plaka rejimen tanda penghargaan dan terima kasih di atas jasa dan bakti sepanjang perkhidmatan mereka di Rejimen 501 Askar Wataniah.

Timbalan Komander berpesan agar anggota yang dinaikkan pangkat sentiasa mengingati bahawa pangkat yang diberi hadir bersama tanggungjawab dan amanah. Tidak ketinggalan Timbalan Komander turut mengucapkan tahniah kepada anggota yang berjaya menamatkan perkhidmatan dengan cemerlang dan selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang akan diceburi kelak.

๐๐„๐‘๐Š๐‡๐ˆ๐ƒ๐Œ๐€๐“ ๐”๐๐“๐”๐Š ๐๐„๐†๐€๐‘๐€
๐‘บ๐’๐’–๐’•๐’‰๐’†๐’“๐’ ๐‘ป๐’†๐’“๐’“๐’Š๐’•๐’๐’“๐’Š๐’‚๐’ ๐‘จ๐’“๐’Ž๐’š

Want your organization to be the top-listed Government Service in Johor Bahru?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

JOM MASUK REJIMEN 501 ASKAR WATANIAH
Belia negeri Johor lelaki dan wanita yang berminat untuk menjadi anggota Pasukan Simpanan Tentera Darat boleh terus hadi...
Persembahan Tempur Tanpa Senjata oleh Anggota Sukarela REJIMEN 501 ASKAR WATANIAH semasa Sambutan Hari Kemerdekaan ke-66...
PENGAMBILAN ANGGOTA BARU ASKAR WATANIAH TAHUN 2022TEMPAT:Mengikut PenempatanBatalion 1 -Kem Tebrau,Johor BahruBatalion 2...

Category

Telephone

Address


Rejimen 501 Askar Wataniah, Kem Tebrau, Jalan Pandan
Johor Bahru
80990

Other Johor Bahru government services (show all)
MSC Cyberport MSC Cyberport
Menara MSC Cyberport, Jalan Bukit Meldrum Darul Takzim
Johor Bahru, 80300

Don't be tied to old conventional working space. Like our page for more tips on co-working space

Causeway Link Causeway Link
No. 23, Jalan Firma 2, Kawasan Perindustrian Tebrau IV
Johor Bahru, 81100

Handal Indah, also known as a Causeway Link is one of the largest public bus company provider in Johor Bahru. The distinctive Smiling Bus operates a number of routes covering some ...

MIC Negeri Johor เฎœเฏŠเฎ•เฏ‚เฎฐเฏ เฎฎเฎพเฎจเฎฟเฎฒ เฎฎ.เฎ‡.เฎ•เฎพ MIC Negeri Johor เฎœเฏŠเฎ•เฏ‚เฎฐเฏ เฎฎเฎพเฎจเฎฟเฎฒ เฎฎ.เฎ‡.เฎ•เฎพ
Ibu Pejabat Pemuda MIC Johor, Tingkat 6, Bangunan MIC Negeri Johor, No. 49, Jalan Segget
Johor Bahru, 80000

A place for Johor MIC Youths & general public can interact with one another, share info & ideas. #membina_mendidik_memperkasa #engage_educate_enrich

PLAZA LARKIN JOHOR BAHRU PLAZA LARKIN JOHOR BAHRU
Jalan Garoda
Johor Bahru, 80350

Plaza Larkin adalah tempat untuk pengunjung membeli-belah dan menjamu selera. Menempatkan ibu pejabat MARA. Nak buat iklan mudah? Dapatkan 7970 template canva di https://canva.moo...

Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia
Perpustakaan UTM (Bangunan Perpustakaan Sultanah Zanariah), UTM Johor Bahru
Johor Bahru, 81310

UTM Library occupies a central location at the Universiti Teknologi Malaysia (UTM) main campus in Skudai. It has a branch at the UTM Kuala Lumpur and UTM Pagoh and also branches at...

KEMAS JDT KEMAS JDT
Tingkat 6, Blok A, Wisma Persekutuan, Jalan Ayer Molek
Johor Bahru, 80000

MENYAMPAIKAN PROGRAM YANG DI ANJURKAN OLEH JABATAN KEMAJUAN MASYARAKAT JOHOR

Armada Cawangan Setanggi Armada Cawangan Setanggi
Setanggi
Johor Bahru

Armada Cawangan Setanggi

้ฉฌ้’ๅทด่ฅฟๅคๅฝ“ๅŒบๅ›ข MCA Youth Pasir Gudang Division ้ฉฌ้’ๅทด่ฅฟๅคๅฝ“ๅŒบๅ›ข MCA Youth Pasir Gudang Division
Taman Johor Jaya
Johor Bahru

้ฉฌ้’ๅทด่ฅฟๅคๅฝ“ๅŒบๅ›ข MCA Youth Pasir Gudang Division Pemuda MCA Bahagian Pasir Gudang

Penghulu Mukim Tebrau Daerah Johor Bahru Penghulu Mukim Tebrau Daerah Johor Bahru
Johor Bahru, 81100

Laman rasmi Penghulu Mukim Tebrau, Pejabat Daerah Johor Bahru, sebelum ini bertugas di Mukim Plentong

Pejabat Hutan Daerah Johor Selatan Pejabat Hutan Daerah Johor Selatan
JKR35 Jalan Bukit Timbalan
Johor Bahru, 80000

Pentadbiran Pejabat Hutan Daerah Johor Selatan: Johor Bahru, Kulai, Pontian, Kota Tinggi

Southern Volunteers Johor Bahru Southern Volunteers Johor Bahru
Johor Bahru

Jom Daftar Bersama Southern Volunteers #SV SV Merupakan Platform Terbaik #AnakMudaJohor Untuk Menyumbang Tenaga Dan Khidmat Bakti!! "SOUTHERN VOLUNTEERS DIINSPIRASIKAN OLEH DYAM ...

SWCorp Johor Bahru SWCorp Johor Bahru
SWCorp Cawangan Johor Bahru, Tingkat 4 Wisma Majlis Bandaraya Iskandar Puteri. Lebuhraya Skudai
Johor Bahru, 81300

VISI : Menerajui kebersihan Malaysia melalui perlaksanaan Dasar, Penguatkuasaan, Kesedaran Awam dan