Nadzif Misman - Official

Great Eastern Takaful Advisor - Your Truly Advisor

13/02/2024

Takaful keperluan tapi jangan membebankan..
Sediakan keperluan asas dahulu seperti makanan, tempat tinggal, pakaian, pendidikan, dll sebelum takaful..

27/01/2024

Ramai lg ke yg kata insurance/takaful ni tipu?.. kayakan syarikat dan ejen?.. sambil mengeluh xcukup income lah sara hidup tinggi lah hidup ni keras lah.. kalau dah tau boleh senang Kalau jd ejen Kenapa tak nak jadi ejen?..

23/01/2024

Sedih tgk sahabat kena tinggal terkapai2 oleh ejen takaful beliau… ejen provide misleading information tentang contestable period, sahabat pening xtau nak refer siapa… abg xleh nak tolong banyak sebab dari provider lain.. abg Cuba guide mana yg boleh..

22/01/2024

Pagi!!!… Abg nak Tanye sikit… Ape yg buat korang ragu2 nak enrol hibah @ medical card?

Photos from Nadzif Misman - Official's post 21/01/2024

Bapa Prihatin…

Bapa sebagai bread winner bekerja sebagai eksekutif di sebuah universiti awam, isteri seorang suri rumah beranak 3…

Hobi beliau mengayuh basikal hampir setiap hujung minggu.. menggigil bila terbaca & terdengar risiko şemasa di jalanan… terbayang keluarga dirumah, kesesakan hospital kerajaan, dan Baki akaun simpanan…

Beliau Tanya abg… “ajip, aku ade bajet 6++ je, boleh tengok tak apa yg sesuai utk aku 1 family?”….

Nah abg bagi plan comprehensive utk bapa yg lebih tinggi risiko beliau… unlimited yearly & lifetime…

Abg Cuba custom ikut bajet dan keperluan beliau dan mana2 klien abg… yg penting tidak terbeban..

Tak semestinya yg mahal itu sesuai, tak semestinya yg murah itu Bagus.. paling penting faham & prihatin…

Kau orang semua ni bila nak roger abg?..

Yours Truly Neighbourhood Financial Friend,

👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇

https://linktr.ee/mohdnadzif
https://linktr.ee/mohdnadzif
https://linktr.ee/mohdnadzif

👆👆👆👆👆👆👆👆👆👆

Nadzif Misman - Official
Great Eastern Takaful

26/12/2023

Di dalam Islam nafkah kepada wanita yang kematian suami dan anak-anaknya selama tempoh edah 4 bulan 10 hari dipertanggungjawabkan ke atas bapa si arwah. Jika bapa si arwah sudah meninggal dunia, maka adik-beradik lelaki si arwah BERTANGGUNGJAWAB memberi nafkah kepada si balu dan anak-anak yatim itu dalam tempoh edah berkenaan.

Pemberian nafkah bukan bermakna sekali datang melawat bagi RM 50. Pemberian nafkah bermaksud pastikan makanan mencukupi untuk si balu dan anak-anaknya selama 4 bulan 10 hari. Rumah dibayar bulanannya kepada pihak bank selama 4 bulan 10 hari. Jika rumah sewa, bapa si arwah dan adik-beradik lelaki si arwah bayar sewa rumah yang diduduki si arwah bersama isterinya itu selama 4 bulan 10 hari. Si balu ada duit minyak kereta untuk hantar anak-anak ke sekolah. Itu maksud nafkah dalam edah bagi balu yang kematian suami.

Pemberian nafkah kepada balu semasa dalam edah selepas kematian suaminya TIDAK BOLEH membabitkan harta yang ditinggalkan arwah KECUALI si bapa arwah dan adik-beradik lelakinya itu TERLALU MISKIN.

Maka dibolehkan mengambil harta si arwah sekadar mencukupi untuk menanggung nafkah si balu dan anak yatim itu dalam tempoh edah. Bapa si arwah TIDAK BOLEH mengambil untuk diri sendiri apatah lagi untuk dibahagi-bahagikan dengan anak-anak yang lain kerana SANGAT JELAS HAK ANAK YATIM ADA DALAM HARTA BERKENAAN. Sila buka kitab Bab Anak Yatim, terlalu jelas huraiannya, cuma yang pasti SATU SEN PUN HAK ANAK YATIM KITA TIDAK BOLEH AMBIL. Si balu sebagai ibu kepada anak-anak yatim itu mempunyai hak ke atas harta peninggalan arwah suaminya.

Tempoh edah 4 bulan 10 hari dikurniakan Allah SWT kepada si balu bukan sekadar untuk memastikan si isteri tidak mengandung ketika suaminya meninggal dunia, tetapi juga supaya keluarga si arwah dan "semua orang" dapat bertenang dan tak perlu "gelabah beruk" dalam memikirkan apakah langkah seterusnya untuk masa depan anak yatim itu, bukannya tempoh edah itu untuk saudara-mara mengeluh-ngeluh "kami ni nak merasa juga harta si arwah". Masa arwah masih hidup kenapa "malu-malu untuk mintak hartanya". Mengapa perlu tunggu dia mati???

Hukum ini sudah terlalu lama diabaikan oleh orang Melayu Islam di Malaysia.

Bab Hadiah Dari Suami Kepada Isterinya SEMASA SUAMI MASIH HIDUP, tak kiralah dalam bentuk apa seperti wang tunai dalam akaun bank bersama, atau jam tangan, atau rumah, atau apa sahaja hadiah tanda cinta si suami kepada isterinya maka KESEMUA YANG DIHADIAHKAN ITU TIDAK BOLEH DIFARAIDKAN. Ianya sudah menjadi HAK MUTLAK SI BALU.

Saya nak tanyalah, korang yang lelaki ni okay ker dalam kubur nanti apabila tahu hadiah yang korang beri kepada isteri semasa anniversary dengan harapan isteri bertambah cinta pada korang, menjadi rebutan adik-beradik korang bila korang dah mati?? Korang okay ker dalam kubur tu jika korang tahu isteri korang tengah bergelut mencari duit untuk memberi makan anak-anak benih korang dalam keadaan adik-beradik korang sebok berebut harta korang?? Korang okay ker dalam kubur tu?? 🤔

Letih laaa jadi isteri jika hadiah anniversary dari suami setiap tahun perkahwinan itu perlu dibahagi-bahagikan dengan adik-beradik suami selepas suami mati. Lebih baik suami belikan hadiah untuk adik-beradik dia sahaja setiap kali sambut anniversary dengan isteri. "Nahh Abang Long, ni jam tangan mewah harga RM 27 ribu hadiah untuk Abang Long sempena Anniversary aku dengan wife aku yang ke-1 tahun. More too come, setiap tahun Abang Long akan dapat hadiah sempena sambutan Anniversary Perkahwinan kami." Letihhhhh...

Islam itu sudah cukup sempurna. Patuhi hukum agama dan jangan berebut dengan harta dunia yang bukan hak kita.

Satu lagi perangai buruk orang Malaysia adalah sangat s**a "acah takut" apabila berhadapan dengan balu yang tidak pernah bekerja sepanjang perkahwinan. Kononnya "acah bimbang" si balu tidak pandai menguruskan harta si arwah yang sedikit itu. Alangkan masa hidup si arwah beri kesemua gajinya kepada si isteri, takkanlah si isteri masih tidak pandai menguruskan harta suaminya? Kenapa si arwah tidak beri duit gajinya setiap bulan kepada adik-beradik dia jika dia tidak percaya kepada isterinya?

KEPADA SEMUA WANITA..

Apabila anda berhadapan dengan kemelut begini, TUNTUT HARTA SEPENCARIAN di mahkamah.
Harta Sepencarian adalah harta berupa wang, rumah, tanah, barangan atau APA SAHAJA yang dibeli atau diperolehi sepanjang perkahwinan berlangsung dan isteri mempunyai HAK KE ATAS SEPARUH HARTA berkenaan WALAUPUN si isteri TIDAK PERNAH BEKERJA sepanjang perkahwinan berlangsung. Ada dalam undang-undang negara kita.

Seorang rakan saya yang mempunyai 5 orang anak pernah berjaya dalam tuntutannya ke atas Harta Sepencarian apabila ianya menjadi rebutan adik-beradik arwah suaminya. Kemelut tuntutan dari adik-beradik arwah suaminya, sehinggakan hakim menetapkan jika ada 12 batang sudu di dalam rumah yang didiami bersama arwah suaminya, maka rakan saya dapat 6 batang sudu dan adik-beradik arwah mendapat baki 6 batang sudu lagi. Hakim menetapkan semua harta yang ada di dalam rumah atas nama arwah itu dibahagi dua. Jika tiada kesepakatan dalam pembahagian, maka ianya perlu dijual dan wang diperolehi dibahagi dua.

Sofa ada 3 biji, pertama 3 seat, kedua 2 seat dan ketiga 1 seat, maka semasa pembahagian itu yang dipantau oleh wakil mahkamah dan wakil peguam kedua belah pihak, rakan saya berjaya mengambil sofa 3 seat kerana dia kata arwah suaminya selalu berbaring di atas ribanya di sofa 3 seat itu selama 15 tahun perkahwinan mereka. Rakan saya mengalirkan airmata semasa meminta sofa 3 seat itu diberikan kepadanya. Rumah yang didiami bersama arwah suaminya dan mempunyai kenangan indah buat anak-anak yatim itu terpaksa dijual dan wang hasil jualan dibahagi dua antara rakan saya dan adik-beradik arwah suaminya. Saya melihat 5 anak yatim itu menangis semasa mengangkat beg baju mereka keluar dari rumah yang dibeli bapa mereka.

Saya perhatikan pembahagian berlaku dengan tenang walaupun adik-beradik arwah suaminya menghenyeh-henyeh rakan saya itu sebagai "janda kaya tak sedar diri" kerana mahu sofa (buka kamus apa makna menghenyeh). Rakan saya itu bukan tidak sedar diri, dia sedang rindu kepada arwah suaminya.

Apabila hitamnya hati, sehinggakan airmata anak-anak yatim itu tidak lagi mampu melembutkan bapa-bapa saudara yang sangat tamak hinggakan berkeras mahu sudu yang pernah menyuap makan anak-anak yatim itu selama 15 tahun juga mahu direbut.

KEPADA ORANG LELAKI..

Pertama:
Ingatlah, sebaik mana pun hubungan anda dengan adik-beradik anda, JANGAN SESEKALI ANDA BERKATA "kalau aku takde nanti kau tolong tengok-tengokkan wife dan anak-anak aku, maklumlah wife aku tak pernah kerja". Bila anda mati yang ditengok cumalah harta. Lapar atau tidak anak-anak anda tidak lagi menjadi perhatian mereka. Ayat anda tentang isteri anda yang "tidak pernah bekerja", "lurus bendul" itu sahaja yang akan dijaja. Lebih baik semasa anda masih bernyawa, anda ajar isteri anda menguruskan harta bersama-sama, ajar isteri anda memandu, membaiki kereta dan lain-lain. Bukankah di dalam Islam tanggungjawab suami itu mendidik isterinya??

Kedua:
INGATLAH walau baik macamana pun hubungan anda dengan kawan-kawan lelaki anda, JANGAN SESEKALI ANDA CAKAP "bila aku takde nanti kau tolong tengok wife dan anak aku maklumlah wife aku tu lurus bendul". Yaaa!! Kawan anda akan tengok wife anda, tetapi dalam pandangan yang berbeza. Ini kami biasa jumpa ketika membantu balu yang kesusahan. Dalam erti kata lain, tunggu masa nak ngap isteri korang sahaja. "Try Try Je, Kalau Dapat, Alhamdulillah" kata orang lelaki. Tak semua begitu ya, jadi kalau korang bukan ber-perangai begitu, tak payahlah nak terasa hati dengan penulisan saya ini.

Pengajaran kepada kita, jika seorang suami masih hidup, bertegaslah dengan adik-beradik sendiri tentang kewajipan semasa isteri dalam edah, BUAT WASIAT SIAP-SIAP. Dapat harta buat wasiat terus bukannya tunggu Izrael Datang Memanggil baharu nak sign wasiat. Utamakan hak isteri dan anak-anak kerana jika isteri dan anak-anak yatim tidak redha kehilangan hak mereka selepas anda mati, maka ianya akan berpanjangan hingga ke Akhirat. Anda mahu tersangkut ke Syurga kerana diadili dalam masa yang panjang di hadapan Allah SWT dan hampir terjerumus ke Neraka hanya kerana adik-beradik anda mengambil 6 batang sudu hak anak anda yang menjadi anak yatim selepas anda mati?? Fikir-fikirkanlah.

Credit: Dr. Kayra
Putrajaya.

Pesanan:
Oleh kerana penulisan ini mempunyai kisah rakan saya anak 5 berkenaan yang saya mendapat izin untuk disiarkan dari beliau, please credit this writing under my name. Thank you.

19/12/2023

Hobi kita memang s**a kumpul duit, emas, motor, kereta, kasut, dan sebut harga takaful… eh… kau tunjuk quotation kat hospital KPJ ke Columbia ke Prince Court tu ke.. diorg x layan tau…

18/12/2023

Kenaikan harga yg pasti saban tahun:
Emas,Sara hidup, Takaful, Darah.. ada lagi?

18/12/2023

1- KWSP Conventional = Lebih Untung
2- INSURANCE =Lebih Murah
3- Rasuah = Duit Mudah

17/12/2023

Rumah, Motor, kereta ade 3-4 biji semua ada takaful tp pemilik nya
1 takaful pun takda.
Alasan x percaya takaful..

Nadzif Misman Financial | Instagram, Facebook | Linktree 09/06/2023

TAKAFUL? INSURANS?

Ramai yang bertanya dan meminta pendapat tentang pelaburan di dalam Takaful. Tanpa memahami apakah sebenarnya platform Takaful itu dan fungsinya.

APA ITU TAKAFUL DAN BAGAIMANA IA BERFUNGSI?

Takaful bermaksud suatu persetujuan yang berdasarkan kepada pertolongan bersama di mana peserta-peserta Takaful bersetuju untuk menyumbang ke dalam suatu dana yang akan memberi manfaat kewangan yang akan dibayar kepada peserta-peserta Takaful atau kepada waris mereka sekiranya berlaku perkara-perkara yang telah dipersetujui terlebih dahulu.

Takaful adalah konsep insurans Islam yang mematuhi etika dan ketelusan garis panduan Syariah yang melarang ketidakpastian (Gharar), perjudian (Maisir) dan faedah (Riba).

Perkataan Takaful berasal dari perkataan Arab Kafala yang bermaksud untuk menjamin, untuk membantu atau untuk menjaga keperluan sesama insan. Setiap peserta yang dilindungi menyumbang atas dasar Tabarru` sumbangan ke dalam dana yang akan digunakan untuk membantu semasa diperlukan.

https://linktr.ee/mohdnadzif

APA P**A PELAN PERLINDUNGAN YANG ADA DI DALAM TAKAFUL?

A- HIBAH

Hibah bermaksud pemberian HADIAH samada dalam bentik ain atau manfaat. Manakala mengikut istilah syarak, Hibah merupakan satu akad pemberian harta yang dilakukan secara s**arela kepada seseorang ketika tempoh hidupnya. Malahan orang bukan muslim juga layak menerima hibah.

Manakala Hibah Takaful secara tepat bermaksud hadiah dari wang pampasan melalui sijil Takaful yang akan diberikan kepada penerima/penama dan tidak tertakluk kepada hukum Faraid.

Dipetik dari Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 Manakala, bagi penama yang menjadi benefisiari di bawah hibah bersyarat, merujuk kepada perenggan 3(2), Jadual 10, menfaat tersebut akan menjadi milik penerima hibah, tidak menjadi sebahagian daripada harta pusaka peserta Takaful. Menfaat Takaful ini tidak juga tidak tertakluk kepada hutangnya kerana manfaat tersebut telah diberi oleh peserta takaful kepada penerima hibah semasa hayat peserta Takaful.

Apakah Kesan dari Klaus Perenggan 3 (2) ini? :- Kesannya adalah pemberian Hibah ni tidak boleh dicabar oleh mana-mana ahi waris simati kerana manfaat tersebut telah dipindah milik kepada penama dan proses penamaan telah berlaku ketika hayat peserta Takaful tersebut tanpa ada keraguan. Ini sedikit sebanyak data mengurangkan beban keluarga sekiranya berlaku kematian keatas ketua rumah tau kepala keluarga tau sebagainya.

Walaubagaimanapun, waris berhak untuk memberi sebahagian atau penuh nilai hibah yang di terima keatas namanya kepada sesiapapun mengikut kehendak waris tersebut.

https://linktr.ee/mohdnadzif

FUNGSI HIBAH?.

1- Penggantian pendapatan

Semua orang akan menghadapi kematian. Kematian seorang pencari nafkah utama bagi keluarga merupakan satu kehilangan yang amat pedih dan meninggalkan kesan mendalam kepada ahli keluarga yang lain. Kehilangan mengejut ini juga mengakibatkan waris kehilangan segala punca pendapatan sara diri dan nafkah bulanan. Perbelanjaan untuk isteri, anak-anak dan ibu bapa akan terhenti. Isteri yang dahulunya seorang suri rumah dan tidak tahu tentang apa itu hibah mungkin terpaksa mencari kerja untuk menyara keluarga, anak-anak juga perlu berjimat-cermat dan mengikat perut demi kelangsungan hidup.

Di sinilah hibah takaful memainkan peranan penting bagi memastikan waris yang anda tinggalkan dapat hidup dengan selesa. Lihat contoh di bawah untuk gambaran lebih jelas:
Simpanan Tanpa Takaful Caruman Pelan Takaful + Hibah
Nama Emran
Umur 30 tahun
Status Merokok Tidak merokok
Simpanan Bulanan RM320 Caruman Bulanan RM320
Jumlah Selama 10 Tahun RM38,400 Jumlah Perlindungan RM600,000
Manfaat Tambahan - Manfaat Rangsangan RM60,000
Jumlah Ditinggalkan Pada Waris RM38,400 Jumlah Ditinggalkan Pada Waris RM1,860,000
Dengan amaun yang sama setiap bulan, anda mampu meninggalkan jumlah berkali ganda untuk waris anda. Walaupun wang tidak dapat mengganti kehilangan yang tersayang, tetapi yang ditinggalkan perlukan bantuan kewangan untuk meneruskan hidup. Dengan takaful yang dihibahkan, dapatlah waris anda menjalani kehidupan seperti biasa tanpa terbeban dengan masalah kewangan.
Nak tahu berapa jumlah yang anda perlukan? Ini formulanya:

Bujang: [Pendapatan sebulan x 12] x 3 tahun = Nilai hibah
Berkahwin: [Pendapatan sebulan x 12] x 10 tahun = Nilai hibah

2- Penyelesaian hutang

Apa itu hibah dan bolehkah ia digunakan untuk membayar hutang? Jawapannya Ya. Islam sangat menuntut penyelesaian hutang dalam kehidupan walaupun setelah kematian. Sabda Rasulullah SAW, “Diampuni semua dosa orang yang mati syahid kecuali hutang” (Hadis Riwayat Muslim). Kalangan alim ulama dan ustaz juga telah berpesan-pesan bahawa hutang ialah perkara utama yang perlu diselesaikan oleh waris sejurus selepas kematian seseorang dan mayatnya diurus rapi. Bahkan waris wajib melangsaikan hutang si mati terlebih dahulu sebelum mengurus dan membahagikan hartanya kepada waris.

Sekiranya anda berhutang dengan rakan-rakan sebanyak RM100-RM200, mungkin waris anda boleh melangsaikannya. Tetapi bagaimana p**a dengan komitmen hutang yang lebih besar seperti hutang perniagaan, pembiayaan peribadi yang beribu-ribu ringgit nilainya? Sudah pasti ianya membebankan waris anda bukan sahaja dari segi kewangan, malahan emosi mereka turut terganggu dek kerana hutang yang ditinggalkan.
Oleh itu, hibah takaful adalah jalan yang terbaik untuk memastikan ‘pemergian’ anda tidak menyukarkan dan membebankan mereka. Dapatlah mereka gunakan wang yang anda tinggalkan untuk melunaskan semua hutang-piutang anda dan meneruskan kehidupan seperti biasa.

3- Penerima mutlak & proses yang mudah

Apa itu Hibah? Berbeza dengan wasiat dan pembahagian harta pusaka, ia adalah pemberian hadiah oleh seseorang kepada warisnya tanpa boleh dipertikaikan. Penerima adalah pemilik mutlak ‘hadiah’ tersebut, tidak kira dalam bentuk wang tunai atau harta benda. Hal ini sudah tentu dapat mengelakkan persengketaan atau perebutan antara ahli keluarga lain yang tidak tahu apa itu hibah, memandangkan penama bagi takaful tersebut dilakukan oleh peserta ketika dia masih hidup dan waras secara s**arela.

Selain itu, proses tuntutan juga sangat mudah dan cepat tanpa melibatkan sebarang kos tambahan. Berbanding wasiat, waris tidak perlu mengupah peguam atau melantik pihak ketiga untuk menguruskannya. Oleh kerana ianya adalah hadiah, nilai tersebut akan diberi 100% kepada penerima tanpa sebarang penolakan. Terdapat juga Pengendali Takaful yang memberikan manfaat tambahan tunai kepada waris seperti manfaat ihsan sebanyak RM2,000 sekiranya peserta meninggal dunia.

Di samping itu, hibah takaful juga boleh dikategorikan sebagai aset mudah cair, proses tuntutannya lebih mudah dan cepat. Ia boleh dibuat dalam tempoh hanya sebulan sahaja. Dengan takaful yang anda hibahkan, dapatlah waris anda menggunakan wang yang ditinggalkan untuk perbelanjaan kehidupan seharian sebelum mencari sumber pendapatan yang lain.

4- Dana pendidikan anak

Anak merupakan penyambung zuriat dan harta dunia akhirat kita. Menjadi tanggung jawab kita sebagai ibu bapa untuk menyediakan pendidikan yang terbaik buat mereka. Kita tentunya mahukan mereka mendapat pembelajaran yang selesa di sekolah atau peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi di universiti ternama. Namun begitu, kos pendidikan yang semakin meningkat saban tahun menyukarkan para ibu bapa menyediakan perbelanjaan yang cukup untuk menanggung kos pendidikan anak-anak.

Dengan hibah takaful, anda mampu menyediakan dana yang cukup untuk anak-anak melanjutkan pelajaran walaupun ketika anda sudah tiada lagi di sisi mereka. Rancanglah kewangan anda sebaik-baiknya. Lebih awal anda mencarum takaful, lebih rendah caruman bulanan dan lebih terjamin masa depan anak-anak anda.

5- Sebagai MLTT (Mortgage Level Term Takaful)

Facility kewangan ataupun bank yang akan diberikan ‘Colateral Assignment’ Supaya hibah bersyarat ini boleh terus disalurkan kepada pihak bank ketika pemilik sijil meninggal kelak. Kelebihan MLTT berbanding MRTT adalar perlindungan bukan sahaja terhadap kematian malah ia juga melindungi pemilik sijil nutuk Hilang Upaya Kekal (HUPK) dan Sakit Kritikal (Critical illness). Perlindungan mengikut perjanjian terma umur peseta berbanding MRTT yang kebiasaan nya Hanya melindungi sebahagian tempoh pembiayaan (sila rujuk perjanjian sewa beli) anda.

B- PERLINDUNGAN PERUBATAN @ MEDICAL CARD

Sedia maklum ramai tahu fungsi dan kegunaan perlindungan perubatan @ medical card. Adalah sebagai satu instrument pengganti wang tuna until menanggung kos perubatan di hospital disebabkan penyakit mahupun kemalangan.

Medical card p**a seringkali berkait rapat dengan “company benefit” dan juga “Personal Certificate”. Keduanya adalah sama tetapi berbeza dari segi spesifikasi perlindungan terhadap pekerja ataupun pemilik sijil ‘personal’.

Dan kelebihan mempunyai ‘medical card’ ini adalah anda boleh mendapatkan rawatan dalam kadar segera dan selesi di Hospital-hospital swasta berbanding menunggu giliran di Hospital-hospital away akibat lambakan pesakit.

https://linktr.ee/mohdnadzif

CARA MEMILIH PERLINDUNGAN PERUBATAN @ MEDICAL CARD YANG BETUL?

1- HAD PERLINDUNGAN TAHUNAN DAN SEPANJANG HAYAT (TEMPOH PERLINDUNGAN)

Had perlindungan tahunan di pasaran yang bermuda dari serendah RM30,000 sehingga Tanpa Had. Had tahunan ini Amat berguna untuk perlindungan wang tunai anda sekiranya memerlukan kos rawatan yang Dingi bergantung kepada kos rawatan hospital swasta.

Sebagai contoh, sekiranya had tahunan sebuah kad perubatan adalah pada RM100,000, pemegang polisi hanya boleh menuntut sebanyak RM 100,000 bagi rawatan penyakitnya pada tempoh tahun tersebut. Jika kos rawatannya melebihi RM 100,000, beliau perlulah menanggung sendiri kos selebihnya.

Dan jika sijil/polisi anda mempunyai had sepanjang hayat Dan kos rawatan sudah sampai ke had tersebut, kebarangkalian sijil/polisi anda untuk ditamatkan adalah sangat pasti. Jadi anda perlu utamakan had sepanjang hayat adalah ‘tiada had’.

2- SUMBANGAN BULANAN TIDAK NAIK SETIAP BEBERAPA TAHUN

Ada beberapa kad perubatan yang memerlukan pencarumnya membayar sumbangan yang dinaikan pada setiap beberapa tahun. Sudah pastinya kita tak mahu menghadapi kenaikan kos sumbangan takaful kita.

Sebagai contoh, apabila pencarum berumur 23 tahun dan kos sumbangan yang perlu dibayar adalah sebanyak RM100. Medical card yang baik adalah yang mengekalkan syarat awal. Bermaksudkan, premium akan tetap dibayar pada amaun yang sama walaupun dalam tempoh masa lebih dari lima tahun akan datang.

3- DEDUCTIBLE

Deductible adalah kos rawatan yang perlu dibayar oleh peserta setiap kali hospital keluarkan bill akhir rawatan. Bermaksud, sebanyak manapun bill akhir yang hospital kenakan terhadap pesakit, pesakit akan tetap kena bayar jumlah deductibe bergantung kepada plan medical card yang diambil. Secara am, deductible yang perlu pesakit bayar kepada pihak hospital adalah didalam lingkungan RM300 ke RM1,000 bergantung kepada syarat dan terma sesebuah syarikat pengendali Takaful masing-masing.

4- ELAUN HOSPITAL DAN HARI PERLINDUNGAN DI HOSPITAL.

Elaun hospital adalah salah satu ‘Rider’ yang menarik untuk peserta sijil medical card. Setiap hari yang dikira oleh pesakit untuk menetap dihospital dalam tempoh rawatan layak nutuk mendapatkan elaun hospital selama mana anda berada dihospital dan bergantung kepada pelan medical card yang anda ambil atau sediakan untuk ahli keluarga terdekat. Elaun hospital secara Amaya bermuda dari RM 50msehari sehingga RM500 sehari bergantung kepada syarikat takaful.

Manakala had hari perlindungan untuk pesakit berada di hospital sepanjang mana berada di hospital juga memainkan peranan pending sebagai langkah berjaga-jaga kerana sebilangan penyakit yang memerlukan pesakit untuk berada di wad untuk sebum jangle masa yang Panjang lebih-lebih lagi jika melibatkan wad rawatan rapi (ICU). Ada pengendali yang sediakan had tahunan sebanyak 60 Hari Sehingga Dan Ada juga yang tiada had.

5- PENGECUALIAN (WAIVER)

“Waiver” adalah salah satu ‘rider’ yang panting dan kern diambil sebagai perlindungan tambahan di dalam sijil-sijil Takaful. Ini kerana, sekiranya pesakit menghadapi kecelakaan yang menyebabkan beliau tidak mampu untuk bekerja dan membayar sumbangan takaful (HUPK & CI), ‘rider’ ini lah yang akan dimohon oleh ejen kepada syarikat supaya sijil ini both dibayar secara terus oleh peseta Takaful yang lain.

HUPK - Hilang Upaya Kekal
CI - Critical Illness (Penyakit Kritikal)

6- STAND ALONE (Tunggal)

Pelan ‘Standalone’ ini ialah pelan yang tiada ‘rider’ tambahan Malah nilai tunai, pelan yang bersendirian hanya untuk perlindungan perubatan sahaja. Tiada polisi tambahan untuk perlindungan asas. Malah nilai tunai atau simpanan tunai didalam sijil peserta ataupun jumlah yang santa sedikit.

Malah pelan ini juga mempunyai kadar kenaikan yang dijadualkan samada setiap tahun, setiap tiga tahun atau lima tahun. Pelan sebegini bague untuk pelanggan yang liada bajet untuk memulakan pelan perlindungan, tetapi harus mengambil kira juga kenaikan seperti yang dijadualkan setiap syarikat takaful.

7- KO-INSURANS @ KO-TAKAFUL

Ko-insurans & Ko-Takaful (Co-insurans ance/takaful) adalah bermaksud nilai bayaran yang perlu peserta bayar disamping jumlah yang dilindungi oleh syarikat takaful. Bermakna, peserta akan membayar sebahagian dari bil akhir hospital.

Pemilik sijil atau polisi harus sangat peka tentang perkara tentang ini ye.. kalau Tidak adalah salah anda Kerana tak faham tentang syarat ini dan akan marah apabila sejumlah bayaran akan diminta di saat anda ‘discharge’ dari hospital..

Ada ko-takaful yang bermula RM30 Malah ada yang setinggi RM10,000 - 15,000.

8- SENARAI SAKIT KRITIKAL (CI COVERAGE)

Senarai penyakit critical adalah senarai yang disediakan oleh setiap syarikat pengendali takaful. Maka ianya akan berbeza untuk setiap syarikat. Adalah satu kelebihan jika sijil anda mempunyai senarai sakit kritikal yang banyak.

Secara umumnya nya, ini adalah serba sedikit tentang Takaful yang boleh saya sampaikan secara umum. Sekiranya anda ingin maklumat lanjut berkenaan plan-plan yang sesuai untuk anda, anda boleh tekan pautan di bawah untuk saya sediakan sebut harga dan khidmat konsultansi percuma.

Facebook Personal : Mohd Nadzif Misman
page : Nadzif Misman - Official
Instagram : nadzifmisman
Whatsapp saya : https://linktr.ee/mohdnadzif

Salam Ikhlas dari saya:

Nadzif Misman
Aspirant UM
Great Eastern Takaful Berhad.

Nadzif Misman Financial | Instagram, Facebook | Linktree Sahabat Kewangan Anda

Photos from Nadzif Misman - Official's post 21/03/2023

Professional in Takaful Industry?..

👨‍⚕️ Doctors
👨‍💻 Engineers
👨‍🏫 Teachers
👨‍🔬 Scientists
👨‍💼 Accountants
🧑🏼‍💼Executives
👮‍♂️ Officers

It’s not the typical industry that we knew for the past decades…. Many professionals come into this industry to pick the fruits and feed the needs…

It’s a choice… it’s your choice…

 Tiada yang mustahil asalkan kita berusaha…

👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇

https://linktr.ee/mohdnadzif
https://linktr.ee/mohdnadzif
https://linktr.ee/mohdnadzif

👆👆👆👆👆👆👆👆👆👆

Nadzif Misman - Official
Aspirant Unit Manager
Great Eastern Takaful

Photos from Nadzif Misman - Official's post 07/01/2023

🥳KELEBIHAN MENJADI EJEN TAKAFUL🥳

🚀 Sebagai pendapatan sampingan atau utama… Membantu ekonomi isirumah Dan diri sendiri… pendapatan boleh diguna pakai untuk apapun matlamat anda semua…

🚀 Sebagai wakil takaful untuk jiran, keluarga dan rakan…. Sebagai wakil anda lebih dipercayai Oleh golongan ini untuk kendalikan sijil takaful mereka… malah anda boleh jimat untuk keluarga dan diri sendiri sehingga 35% sebab komisen akan dapat semula ke tangan anda…

🚀 Bila dah ada lebih pendapatan … lebih mudah untuk berbakti buat keluarga dan masyarakat… anda boleh bersedekah, berzakat, menghulur bantuan seiring dengan pendapatan anda… lebih lagi bila ada bencana seperti sekarang ini… buat mangsa tanah runtuh, banjir, keluarga dhaif…. Apapun lebih afdhal untuk utamakan ahli keluarga dan rakan qariah…

🚀 Capai pendapatan yang diinginkan untuk mendapatkan perkara lebih bernilai … iaitu masa bersama keluarga… kerana boleh berniaga takaful di mana-mana anda berada…

🚀 Paling utama adalah dapat menyampaikan keperluan perlindungan takaful ni kepada orang sekeliling….

🚀 Banyak lagi yang boleh dicapai bila ada keinginan selain mengeluh tentang bajet vs hutang dan sara hidup sambil duduk di rumah silang panggung atau tidur sambil mengadu nasib di depan TV mahupun kucing atau biawak belaan anda….

—————————————————————————

Setiap pencapaian seseorang ejen buka hanya dinilai dari apa yang kami perolehi dari syarikat seperti percutian percuma, bonus2 yang sangat menarik, dan macam-macam lagi…

Tetapi adalah sekuat mana kami kekal relevan, komited dan jujur terhadap semua pelanggan kami…

🫡 Saya bukan lah seorang ‘BOSS’ atau ‘TUAN’ yang baik… sebab itu bukan lah matlamat saya… saya hanya ingin membantu dan bersama dengan semua ejen di bawah naungan saya untuk kekal relevan di dalam industri takaful..

Yang baik itu datang dari Allah SWT..
Yang buruk itu dari saya sendiri..

Saya nak menawarkan diri saya untuk menjadi leader anda… untuk kita sama-sama memajukan ekonomi diri dan isirumah… semoga kita semua memperoleh apa yang diingini….

Tiada yang mustahil asalkan kita berusaha…

👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇

https://linktr.ee/mohdnadzif
https://linktr.ee/mohdnadzif
https://linktr.ee/mohdnadzif

👆👆👆👆👆👆👆👆👆👆

Mohd Nadzif Misman
Aspirant Unit Manager
Great Eastern Takaful

26/10/2022

Gaji saya mungkin tak cukup nak bagi b*k Kat Family… tp sy ambil hibah andai saya pergi dulu maka mereka adalah sekurang2nya 250K tunai utk terus kan kehidupan..

Hi

Photos from Nadzif Misman - Official's post 14/07/2022

“LONG LIFE LEARNING”

Perkongsian malam tadi dari TOP GM Southern, GM Ssahar Sarif untuk sesi Meet Up Whole Group Prestige Legacy..

Alhamdulillah perkongsian beliau bertajuk "Sampai Bila Nak Sendu?" yang sangat membakar jiwa dan semangat perunding2 takaful Great Eastern Takaful…

Banyak sangat input yang dikongsi… dan antara input @ tips yang disampaikan, ini adalah 6 kunci utama untuk relevan di dalam industri..

1. TIDAK PONTENG KELAS
2. MENJADI EJEN YANG AKTIF DALAM GROUP
3. KELUAR DARI ZON SELESA
4. BUDDY SYSTEM. CARI YG SAMA LEVEL
5. JAUHI TOXIC/NEGATIVE PEOPLE
6. SENTIASA RUJUK LEADER.

Alhamdulillah… sepanjang perjalanan saya sehingga hari ini (Tahun ke 2).. 6 kunci utama di atas ni memang antara yang saya tekankan dalam karier saya di dalam industri..

Terima kasih juga buat pemimpin saya di dalam industri Syed Amirul Ikram Zamri dan pemimpin2 yang juga banyak membantu dikala diperlukan..

Memang sangat beruntung berada di dalam Keluarga Prestige Legacy sebab:

💎Diterajui oleh pemimpin2 dan perunding2 hebat…
💎Sistem sokongan yang lengkap
💎Bahan2 ‘marketing & promotion’ disediakan
💎’Direct coaching’ & ‘guidance’ berterusan
💎Suasana yang seronok dan ‘havoc’
💎Dan macam2 lagi lah

Kalau nak cari agensi yang bagus, jom bersama saya… kalau tak bagus saya tak ajak!.. 😉

🔥 BUSINESS OPPORTUNITY PREVIEW 🔥

Jom preview secara percuma sesi online zoom dari pemimpin2 hebat dari Agensi Prestigr Legacy!..

Dimana mereka akan kongsi:

🔥 Bagaimana mereka bermula
🔥 Apakah BIG WHY mereka
🔥 Perjalanan mereka di dalam industri
🔥 Dan pencapaian mereka sepanjang di dalam industri

Jom isi details anda di sini:

https://tinyurl.com/PrestigeBOP

Dan boleh juga secara terus ‘chat’ saya di link dibawah ye:

Tiada yang mustahil asalkan kita berusaha…

👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇
👉 https://linktr.ee/mohdnadzif 👈
👆👆👆👆👆👆👆👆👆👆👆👆

Nadzif Misman - Official
Aspirant Unit Manager
Great Eastern Takaful

Want your business to be the top-listed Accountant in Johor Bahru?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

TAKAFUL ATAU PELABURAN?…Kenali setiap instrument yang korang perlukan!..Dalam takaful ada beberapa jenis pelan termasuk ...
LINDUNG DIRI SEBELUM PERKARA DAN ORANG LAINPerkara paling utama yang sering orang abaikan sebelum bermula di dalam:☺️Per...

Address


Persiaran Southkey 1, Southkey
Johor Bahru
80150

Other Financial Consultants in Johor Bahru (show all)
Total Wealth Advisory Sdn. Bhd. Total Wealth Advisory Sdn. Bhd.
71, Jalan Jerau 2, Taman Pelangi
Johor Bahru, 80400

We are specialized in Business Planning & assist our clients to optimize their business cash flow and secure the continuity growth of the corporate.

Takaful Ikhlas by Asyraff Takaful Ikhlas by Asyraff
Johor Bahru, 81200

Takaful Ikhlas Consultant

B.I.G Capital Group B.I.G Capital Group
No. 2, Jalan Pertama 3, Pusat Perdagangan Dagan Utama
Johor Bahru, 81200

BCG提供您一个创业的平台。 我们是全马增速最快的寿险公司以及全方位个人财务咨询公司 同时我们团队年轻化有动力让您工作不无聊 公司提供优质的培训 0基础的小白也能成为行业专才

VP Financial Advisory VP Financial Advisory
Southkey, Persiaran Southkey 1
Johor Bahru, 80150

Experience the difference with our personalized loan services.

BIJAK Takaful BIJAK Takaful
1, Jalan Bakar Batu, Southkey
Johor Bahru, 80150

* Hibah * Medical card * Income protection * Life protection

Zack Azmi Zack Azmi
Jalan Ekoflora 1, Taman Ekoflora, Tebrau
Johor Bahru, 81100

Financial and Takaful Advisor

Muhamad Fitrey Abdullah - MFA Muhamad Fitrey Abdullah - MFA
Johor Bahru, 81750

Perancangan & Pengurusan Harta serta Takaful

Jeffrey Leong Jeffrey Leong
Johor Bahru, 81200

提供专业房屋贷款服务,房屋再融资,房屋贷款理财计划与咨询。

Siti NurNadyha JB Siti NurNadyha JB
Johor Bahru, 81300

Pakar perancangan kewangan

Hafizul Hafizul
No. 02-09 Blok B, Persiaran Pertama, Pusat Perdagangan Danga Utama
Johor Bahru, 81300

Takaful Agency

Pinjaman peribadi syarikat berdaftar kpkt & office tetap di pasir gudang Pinjaman peribadi syarikat berdaftar kpkt & office tetap di pasir gudang
Johor Bahru, 81700

salam sejahtera! sy sebagai cik mia bahagian submit loan, ingin membantu masalah kewangan anda,anda

Ahmad Syafiq Consultant Ahmad Syafiq Consultant
AIA Customer Center, Mount Austin, 41 Jalan Austin Heights 8/8, Taman Austin
Johor Bahru, 81100

Professional for MEDICAL CARS / HIBAH / SAVING / RETIREMENT PLAN on Takaful Protection & Property I