SMK Seri Perling

SMK Seri Perling

Nearby schools & colleges

PIBG SMK Seri Perling
PIBG SMK Seri Perling
Tampoi

SEJARAH SEKOLAH
SMK Seri Perling, Johor Bahru mula ditubuhkan pada 1 Januari 1995.

Photos from SMK Seri Perling's post 06/09/2024

🔥🔥Latihan Kebakaran 2024🔥🔥

🔥Tarikh: 5/9/2024 - Khamis

🔥Oleh anggota bomba dari Balai Bomba Larkin

🔥Program fire drill atau latihan kebakaran merupakan salah satu aktiviti tahunan SMK Seri Perling. Program ini telah dijalankan oleh unit keselamatan sekolah dan dibantu oleh guru-guru lain.

🔥Latihan kebakaran ini perlu bagi mempersiapkan murid-murid dan warga sekolah dengan pengetahuan dan tindakan serta langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya berlaku kecemasan atau kebakaran.

🔥Jesteru, semua warga sekolah perlu memahami dengan jelas mengenai langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya berlaku sebarang kecemasan yang tidak diduga.

🔥Melalui program ini diharapkan dapat:

🔥Memberi latihan kepada pelajar sekiranya berlaku kebakaran di sekolah.

🔥Menambahkan pengetahuan dan pengalaman pelajar tentang kaedah menyelamat diri ketika berlakunya kebakaran/kecemasan.

🔥Memberi pendedahan kepada pelajar tentang pentingnya mengetahui laluan kecemasan sekiranya berlaku kebakaran di sekolah.

🔥Mengaplikasikan kemahiran Fire drill dalam kehidupan seharian.

🔥Anda semua HEBAT 🔥

Photos from SMK Seri Perling's post 06/09/2024

Tarikh : 05/09/2024 (Khamis)
Tempat : Aras 2 Plaza Angsana Mall Johor Bahru
Bilangan Pelajar : 42 orang
Bilangan Guru : 2 orang

📚Lawatan Sambil Belajar di mana para pelajar berpeluang meneroka sendiri setiap reruai yang disediakan oleh pihak penganjur

📚Reruai oleh setiap IPTA dan IPTS membantu para pelajar mendapat sebanyak mungkin maklumat berkaitan kursus yang diminati pelajar

🌹Semoga semua calon SPM 2024 akan berjaya mendapat tempat di IPTA atau IPTS idaman pelajar

🌹Tahniah kepada pihak penganjur yang mengendalikan pameran kerjaya SUKSES 2024

📸🎥📽🎞Catatan penting :pihak sekolah telah menerima surat akuan dari ibu bapa dan penjaga untuk kebenaran rakaman gambar, video dan audio serta memuat naik ke laman media sosial bagi program anjuran institusi pendidikan bawah Kementerian Pendidikan Malaysia bagi tahun 2024

02/09/2024

🎼🌀Pertandingan Lagu Nilai Murni Bahasa Tamil Sekolah Menengah Daerah Johor Bahru🌀 🎼

🌀🎼Johan
🏅Saudari Navisha A/P Shanmuganathan

🌀🎼Sagu Hati
🏅Saudari Tendral A/P Ganesan
🏅Saudari Sheerthika A/P Saravanan

🌀🎼Tahniah kepada para pemenang dan guru pembimbing Pn Esotha A/P Taigar Silam

🎉Anda semua HEBAT 🎉

Photos from SMK Seri Perling's post 01/09/2024

🌀Hayashi-Ha National Karate Championship 2024
Tempat: Stadium Titiwangsa KL🌀

Sekalung penghargaan dan tahniah diucapkan kepada

🎉Saudari Aishwarya Chandran (Tingkatan 2 Akas)

🌀Pertandingan Karate Peringkat Kebangsaan
🥈Tempat Kedua

🌀Pertandingan Kumite P15

Photos from SMK Seri Perling's post 01/09/2024

🇲🇾🌺Sekalung penghargaan dan tahniah kepada warga SMK Seri Perling🌺🇲🇾

🇲🇾🌺🇲🇾🌺KONTINGEN SEPANDUK TERBAIK🇲🇾🌺🇲🇾🌺

Perarakan Merdeka Yok Kita

Tahniah kepada semua peserta serta guru pembimbing
🌺Pn Azah Ismon
🌺Pn Norazianti
🌺Pn Hani
🌺En Firdaus

🌺🎉Anda semua HEBAT 🎉🌺

#"Malaysia Madani :Jiwa Merdeka"

Photos from SMK Seri Perling's post 31/08/2024

🇲🇾🌺🇲🇾🌺31.8.2024🌺🇲🇾🌺🇲🇾

🇲🇾🌺Tahniah! Team SMKSP (Kadet Polis+ BSMM) telah memenangi tempat ketiga dalam perbarisan terbaik (kategori Sekolah/IPTA) Sempena Majlis Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan 2024 di Stadium Educity.

🇲🇾🌺Terima kasih kepada semua
Guru pengiring
1. En Yap
2. En mohd Azar
3. Pn Nik Nur Aishah
4. Pn Marissa
5. Pn Nurul Adilah

🇲🇾🌺Anda semua HEBAT

#“Malaysia Madani: Jiwa Merdeka”

Photos from SMK Seri Perling's post 30/08/2024

PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE LANGKAWI 2024
TARIKH : 22-25 OGOS 2024
JUMLAH PESERTA : 120 PELAJAR TERDIRI DARIPADA MPV PERABOT, LANDSKAP, KOPERASI & PUSAT SUMBER.
GURU PENGIRING : 12 ORANG

HARI KE 3: 24 OGOS 2024

Pagi ini cuaca mendung dan hujan tidak mematahkan semangat untuk meneruskan lawatan berikutnya. Taman Agroteknologi Mardi Langkawi menjadi destinasi pertama hari ini. Luas taman ini kira-kira 27.39 hektar dibuka kepada umum bertujuan memberi pendedahan kepada orang ramai mengenai penggunaan teknologi moden dalam industri pertanian di Malaysia. Terkenal dengan ladang buah buahan yang terdiri dari pelbagai jenis dan bercirikan komersil. Rombongan dibawa melawat & menikmati keindahan landskap dengan menaiki kenderaan yang diubah suai yang boleh memuatkan sehingga 16 orang penumpang. Rombongan dijamu dengan hasil tanaman buah-buahan seperti nangka, tembikai merah, tembikai kuning, tembikai susu, jambu batu dan pisang. Sesudah menjamu selera, kami dibawa melawat ladang anggur dan tembikai susu serta rock melon.

Selesai lawatan di Mardi, bas membawa ahli rombongan ke dua tempat membeli belah pop**ar di Langkawi iaitu Billion & Kompleks Hj Ismail Group. Di sini, semua orang tidak melepaskan peluang untuk membeli produk-produk coklat pada harga yang berpatutan.

Lawatan seterusnya ialah ke Kilim Geoforest Park yang terkenal dengan burung helang, Gua Kelawar dan restoran terapung. Kami berpeluang melihat beberapa spesis helang yang terdapat di taman ini seperti Helang Laut dan Helang Merah. Helang Merah merupakan spesis burung yang dijadikan simbol kebanggaan Langkawi. Selepas menyaksikan ketangkasan helang mendapatkan makanan, kami dibawa melihat beberapa spesis ikan di restoran terapung. Di sini, ada di antara pelajar dapat merasai pengalaman memberi makan kepada ikan pari. Setelah puas mengambil gambar dan menikmati keindahan landskap di sini, ahli rombongan di bawa melawat Gua Kelawar sebagai destinasi terakhir di Kilim Geoforest Park ini.

Teramat rugi jika bila sampai di Langkawi tidak menikmati hidangan Laksa. Oleh itu rombongan telah dibawa singgah ke gerai Laksa Power yang sangat terkenal dengan hidangan Laksa Ikan Sekoq. Gerai ini terletak di antara Lapangan Terbang Lagkawi dan Pantai Kuala Muda.

Maka selesai lawatan hari ini. Rombongan di bawa p**ang ke AB Motel. Malam ini merupakan malam terakhir di Langkawi.

Photos from SMK Seri Perling's post 30/08/2024

30.8.2024

Program Motivasi dan Sembahyang Hajat untuk Pelajar Beragama Hindu di Kuil Sri Maha Siva Muniswarar, Tampoi, Johor Bahru.

🌀Sekalung penghargaan dan tahniah kepada jawatan kuasa kerja. Juga syukur kerana mendapat sokongan padu daripada para pelajar, ibu bapa dan guru-guru 💐

🌀Sekalung penghargaan kepada EN.SB PRAGASH MUNISAMY memberikan ceramah motivasi kepada anak-anak SMK Seri Perling

Fokus utama :

🪔Membuka minda pelajar tentang kepentingan motivasi diri
🪔Membentuk disiplin diri
🪔Melahirkan ketrampilan yang unggul
🪔Menerapkan nilai agama dan moral dalam diri pelajar
🪔Menghormati ibu bapa dan guru-guru

🪔Semoga calon SPM 2024 dan semua pelajar yang terlibat peroleh kejayaan!

📸🎥📽🎞Catatan penting :pihak sekolah telah menerima surat akuan dari ibu bapa dan penjaga untuk kebenaran rakaman gambar, video dan audio serta memuat naik ke laman media sosial bagi program anjuran institusi pendidikan bawah Kementerian Pendidikan Malaysia bagi tahun 2024

Photos from SMK Seri Perling's post 29/08/2024

✨ KEJOHANAN OLAHRAGA MSSD 2024

📌 Guru Pembimbing Pasukan Olahraga 2024 :
1. Cikgu Mohd Aidil bin Harun
2. Cikgu Mohd Affendi bin Mat Jusoh
3. Cikgu Nik Muhd Aiman bin Nik Fa
4. Cikgu Muhammad Syafiq bin Mosman
5. Cikgu Mohd Firdaus bin Mat Hanafi
6. Cikgu Mazarina Thaqifah binti Mazalan
7. Cikgu Noor Nazihah binti Mohd Yusoff

Jumlah Kontinjen Atlet : 47 Orang

Photographer : Arash

PUNGUTAN PINGAT SMKSP 2024 🏆

🥇PINGAT EMAS
1. JUNTHIM - L. PELURU (L14)
2. ⁠JANICE LAI - L.CAKERA (P18)
3. ⁠QAISARAH - 800M (P15)
4. ⁠ALIFF FIRDAUS - L.TINGGI (L14)
5. ⁠QAISARAH - 400M (P15)
6. ⁠QAISARAH -1500M (P15)
7. ⁠ALIFF FIRDAUS - L.JAUH (L14) PECAH REKOD 5.60M
PECAH REKOD LAMA ABANG (5.49M)

🥈PINGAT PERAK
1.ALIF FIRDAUS - L.KIJANG (L14)

🥉PINGAT GANGSA
1. NOR AINA - L.PELURU (P15)
2. ⁠AIDIL ZAKWAN - 800M (L15)
3. ⁠SYAFI SYAHMI - 800M (L18)
4. ⁠HARSVEENA - 400M (P15)
5. ⁠FIRDAUS - L.CAKERA (L15)
6. ⁠JAISHINTON - 2000M L.BERHALANGAN (L18)

🏅3000M
1. AUDI MIRZA (KE-5) L14
2. ⁠AIDIL ZAKWAN (KE-4) L15

🏅2000M L.BERHALANGAN TERBUKA
1. THAQIF IMAN (KE-6)

🌼 Pada tahun ini 2024, pasukan olahraga SMKSP dengan kekuatan seramai 47 orang atlet yang terpilih, juga merupakan sejarah baharu menghantar atlet melebihi 26 orang berbanding tahun sebelum ini, yang bertanding tahun ini.

🌼 Alhamdulillah, syukur pada tahun 2024, SMKSP mendapat tempat ke 4 daripada 50 buah sekolah daerah Johor Bahru.
Satu pencapaian yang baik untuk SMKSP.

🌼 Terima kasih kepada semua warga sekolah, para ibu bapa atlet, dan semua guru-guru SMKSP kerana memberi sokongan, memberi sumbangan dan mendoakan pasukan olahraga SMKSP daripada mula hingga ke hari ini.

🌼 InsyaAllah, tahun hadapan pasukan olahraga SMKSP akan bangkit dan buat yang lebih baik dari tahun ini.

Terima kasih semua.
Jumpa di tahun hadapan, 2025 ❤️

Photos from SMK Seri Perling's post 29/08/2024

🇲🇾🌺Malaysia Madani :Jiwa Merdeka 🌺🇲🇾

Sempena sambutan Bulan Nasionalisme yg jatuh pada 31 Ogos 2024 (Sabtu) SMK Seri Perling menyambut dengan meriah... merdeka.!!!

🇲🇾🌺🇲🇾🌺🇲🇾🌺🇲🇾🌺
Bacaan Yassin dan doa , sempena kemerdekaan negara Malaysia ke 67 tahun
🇲🇾🌺🇲🇾🌺🇲🇾🌺🇲🇾🌺.

Photos from SMK Seri Perling's post 29/08/2024

📅Lawatan Belajar Sempena Hari TVET Negara
📍Tempat : Kolej Vokasional Perdagangan Johor Bahru
⏱️Masa : 9.00 pagi sehingga 1.05 tengah hari
👥Bilangan Pelajar : 210 orang pelajar Tingkatan 3
👤Bilangan Guru : 10 orang

🎗️Program Lawatan Sambil Belajar Hari TVET ini melibatkan 210 orang pelajar Tingkatan 3 SMK Seri Perling ke Kolej Vokasional Perdagangan Johor Bahru

🎗️Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar tentang bidang TVET dalam pasaran kerjaya dan institusi pendidikan yang menawarkan kursus bidang TVET

🎗️Program juga berfokus kepada pelajar untuk meneroka sebanyak mungkin ilmu dan pengetahuan berkaitan bidang TVET dalam pasaran kerjaya sekarang

📚Diharapkan agar pelajar dapat mengambil peluang ini menambah maklumat dan ilmu tentang bidang TVET yang boleh diceburi oleh pelajar

🌹Terima kasih kepada Kolej Vokasional Perdagangan atas jemputan Hari TVET. Semoga kerjasama ini dapat diteruskan pada masa akan datang

Photos from SMK Seri Perling's post 29/08/2024

Keputusan Rasmi Karnival Pasukan Badan Beruniform NGO & GO Sekolah Menengah Peringkat Daerah Johor Bahru 2024

Tahniah dan syabas kepada guru pembimbing dan para peserta SMK SERI PERLING.

Johan dan Naib Johan akan mewakili Daerah Johor Bahru ke Peringkat Negeri secara dalam talian. 💐💐💐

Anda semua HEBAT 🎉
Syukur

Photos from SMK Seri Perling's post 29/08/2024

PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE LANGKAWI 2024
TARIKH : 22-25 OGOS 2024
JUMLAH PESERTA : 120 PELAJAR TERDIRI DARIPADA MPV PERABOT, LANDSKAP, KOPERASI & PUSAT SUMBER.
GURU PENGIRING : 12 ORANG

HARI KE 2 : 23 OGOS 2024

Selepas selesai sarapan, kira-kira pukul 8.30 pagi, rombongan dibawa ke kedai batik dan kilang gamat. Perusahaan gamat Langkawi merupakan antara hasil bumi yang terkenal di seluruh Malaysia. Di sini pelajar dan guru membeli batik, keychain, minyak gamat untuk dibawa balik ke Johor Bahru sebagai ole-ole.

Rombongan di bawa p**a ke Komplek Kraf Langkawi yang terletak di Jalan Teluk Yu, Mukim Bohor. Di kompleks ini, rombongan dapat melihat hasil kraf yang menarik seperti ukiran, lukisan batik, seramik dan dapt juga melawat Muzium Adat Istiadat Perkahwinan yang berada di dalam premis ini. Sambil melihat-lihat pameran, pelajar dan guru juga membeli hasil-hasil kraf sebagai kenang-kenangan. Selepas itu semua ahli rombongan menikmati hidangan makan tengah hari yang disediakan oleh pihak catering.

Selesai menikmati makan tengahari di Kompleks Kraf, rombongan p**ang semula ke AB Motel untuk aktiviti santai di sekitar pantai Cenang seperti membeli coklat, cenderahati, melihat tarian api di tepi pantai dan menikmati makanan-makanan yang menarik di kedai-kedai sekitar pantai. Makan malam juga ada disediakan oleh pihak catering.

Photos from SMK Seri Perling's post 29/08/2024

PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE LANGKAWI 2024
TARIKH : 22-25 OGOS 2024
JUMLAH PESERTA : 120 PELAJAR TERDIRI DARIPADA MPV PERABOT, LANDSKAP, KOPERASI & PUSAT SUMBER.
GURU PENGIRING : 12 ORANG

Hari Rabu, 21 Ogos 2024

Pelajar berkumpul di sekolah bermula pada pukul 4.30 petang Bersama ibu bapa dan penjaga masing-masing. Usai solah asar, pelajar dikumpulkan di hadapan Anjung Ilmu mengikut bidang. Ustaz Abd Ghaffar membacakan doa selamat dan Pn Woo Lee Fang memberikan kata-kata nasihat serta mendoakan agar semuanya selamat sampai ke destinasi.

Tepat jam 5.45 petang, bas memulakan perjalanan.

Hari Pertama, Khamis 22 Ogos 2024 :
IKM Alor Setar > Kuala Perlis > Langkawi

Bas berhenti di RNR Gurun pagi pukul 4.20 pagi untuk mandi, solat subuh dan sarapan pagi. Setelah selesai, rombongan bertolak ke Institut Kemahiran Mara (IKM) di Alor Setar.

Tn Mohd Irfan yang merupakan Timbalan Pengarah IKM bersama dengan beberapa orang pegawai menyambut ketibaan rombongan kami. Di sini, pelajar diberikan pendedahan berkaitan dengan peluang menyambung pelajaran di institut ini serta peranan mereka untuk melahirkan usahawan-usahawan dalam bidang berkaitan dengan kerja kayu, percetakan dan promosi . Pelajar dan guru juga di dedahkan dengan penggunaan teknologi moden dalam penghasilan produk.

Setelah selesai lawatan di IKM, semua pelajar dan guru mengucapkan selamat tinggal kepada para pegawai yang telah menyantuni kami. Bas meneruskan perjalanan ke Kuala Perlis yang memakan masa 1 jam 10 minit.

Perjalanan ke Langkawi dengan menaiki feri mengambil masa 55 minit dari Kuala Perlis. Sampai di Jeti Kuah, rombongan menaiki bas menuju ke tempat penginapan di AB Motel, Pantai Cenang. Selesai solat, pelajar dan guru menjalankan aktiviti bebas seperti melihat matahari terbenam, bermain bola tampar pantai atau bermain gitar serta berjalan-jalan di deretan kedai-kedai sambil membeli coklat.

28/08/2024

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Makluman dan tindakan pelajar-pelajar SMK Seri Perling

📍 CARA- CARA CLAIM BAUCAR BUKU RM100

Pemberian baucer buku menerusi aplikasi DELIMA menggunakan kaedah berikut;

1. Murid log masuk aplikasi DELIMa
https://d2.delima.edu.my menggunakan id/pasword DELIMa dan klik ikon Perbadanan Kota Buku.

2. Daftar akaun dan kredit akan dipapar di akaun masing-masing. Gunakan emel delima untuk pendaftaran.

3. Murid boleh memilih judul yang disukai daripada kepelbagaian judul yang ada.

4. Setelah selesai memilih, murid boleh daftar keluar (check out) dan memilih pilihan bayaran kredit e-kedai (e-store credit).

5. Buku yang dibeli akan dihantar terus ke alamat yang didaftarkan.

6. Proses selesai.

Semoga pemberian kerajaan ini dapat meningkatkan minat murid untuk membaca.

Boleh rujuk video ini sebagai panduan
https://www.facebook.com/share/r/iRXFvTShb1tyooF4/?mibextid=V2iOCx

27/08/2024

PERJUMPAAN KOKURIKULUM
SUKAN PERMAINAN
28 OGOS 2024

Photos from SMK Seri Perling's post 27/08/2024

Karnival Outreach Inklusif dan Kebolehpasaran Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (KOIKJ) Negeri Johor 2024

Tempat : TOPPEN SHOPPING CENTRE, JOHOR BAHRU
TARIKH : 26 & 27 OGOS 2024

🏅Kang Zhou Yi, Murid PPKI SMK Seri Perling di bawah bimbingan guru Cikgu Aishah Hanim bt Zamani telah menyertai Pertandingan Peragaan Pakaian SD Kategori Sekolah Menengah dan telah berjaya mendapat tempat ke 5 🏅

Tahniah diucapkan !
🎉🥰🎉

Photos from SMK Seri Perling's post 24/08/2024

Karnival STEM SKOMAS Peringkat Negeri Johor

PPKI SMK Seri Perling telah di jemput untuk menyertai Pertandingan Mencipta Alat Muzik dari Bahan Terpakai Karnival STEM SKOMAS yang bertempat di SMK Kota Masai

Hasilnya ialah Xylophone dari Botol Kaca terbuang.

🎉🎉🎉🎉🎉🎉🎉🎉🎉🎉🎉

🏆Mendapat Tempat Pertama🏆

🎉🎉🎉🎉🎉🎉🎉🎉🎉🎉🎉

Syukur.. rezeki datang dari jauh hingga ke Kota Masai terasa amat berbaloi..

Tahniah buat tiga murid dan guru penasihat Siti Norfariha bt Juhari PPKI SMK Seri Perling yang gigih berlatih dan membawa p**ang kemenangan.

🏅Mohamad Najib Syahmi
🏅Samuel Chor
🏅Barathi a/l Athieswaran

Tiada kemenangan percuma tanpa Usaha yang gigih..

Photos from SMK Seri Perling's post 24/08/2024

🌀Keputusan Scouts JB Mastery Challenge Peringkat Daerah Johor Bahru

Tempat : Tapak Perkhemahan Hutan Bandar Johor Bahru
Tarikh : 22/8/2024 (Khamis)

🌀Gajet Tingkatan 1
🏅Johan
Qaid Naufal 1A

🌀Gajet Tingkatan 3
🏅Tempat Ketiga
Muhd Iyyan Aqil 3A

🌀Ikatan tingkatan 4
🏅Tempat Ketiga
Aaron Haqimie 4F

🌀Kuiz Tingkatan 1
🏅Naib Johan
Qaid Naufal 1A

🌀Kuiz Tingkatan 4
🏅Tempat Ketiga
Rayyan Aqil 4F

🌀Orienteering (berkump**an)
Tingkatan 1
🏅Johan
Qaid Naufal 1A
Najwa Irdina 1A

🏅Tempat Ketiga
Dhevesh 1I

Tingkatan 2
🏅Johan
Aleesya 2E

🏅Tempat Keempat
Zuyyin 2E

🌀Tahniah kepada semua guru pembimbing serta para peserta

Anda semua HEBAT 🎉

Photos from SMK Seri Perling's post 24/08/2024

🏅Majlis Penyerahan Bendera Kejohanan Pasukan Olahraga SMK Seri Perling yang akan bertanding pada 26- 29 Ogos 2024 oleh Puan Pengetua, Puan Woo Lee Fang dan PK Kokurikulum, Puan Fazila Razali.

🏅Pecapaian:

🏅Tahun 2022 ( 24 atlet) - Tempat ke 5 daripada 54 buah sekolah daerah JB dengan pungutan pingat sebanyak 5 Emas, 5 Perak, 5 Gangsa.

🏅Tahun 2023 (26 atlet) - Tempat ke 2 daripada 54 buah sekolah daerah JB, dengan pungutan pingat sebanyak 10 Emas,7 Perak, 3 Gangsa.

🏅Pada tahun ini 2024, pasukan olahraga SMKSP dengan kekuatan seramai 47 orang atlet yang terpilih, juga merupakan sejarah baharu menghantar atlet melebihi 26 orang berbanding tahun sebelum ini, yang akan bertanding di peringkat MSSD Johor Bahru.

🏅Target kami tahun ini agar mendapat keputusan yang lebih baik berbanding tahun lepas.

🏅Doakan para atlet dipermudahkan segala urusan dan sekalung penghargaan kepada semua guru pembimbing SMKSP yang komited

🍀Cikgu Aidil Harun
🍀Cikgu Affendi Mat Jusoh
🍀Cikgu Nik Muhd Aiman Nik Fa
🍀Cikgu Syafiq Mosman
🍀Cikgu Firdaus Mat Hanafi

Syukur 🍀

Photos from SMK Seri Perling's post 23/08/2024

HARI CUTI PERISTIWA KHAS BAGI SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI JOHOR

Dengan sukacitanya dimaklumkan Kerajaan Negeri Johor telah mengumumkan Hari Cuti Peristiwa pada 25 Ogos 2024 sebagai penghargaan kepada peminat kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) sempena Final Piala FA 2024 dengan perkenan DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor.

Semoga pasukan JDT memenangi Piala FA 2024🫰🏼

22/08/2024

Program Motivasi dan Sembahyang Hajat Pelajar India
Hari: Jumaat
Tarikh: 30/08/2024
Tempat: Kuil Sri Maha Siva Muniswarar,Tampoi
Sasaran : Pelajar India Peralihan - Tingkatan 5
Ibubapa dijemput hadir bersama pelajar

Photos from Fabristar's post 22/08/2024
Photos from SMK Seri Perling's post 22/08/2024

🎂🍰🎂🍰🎂🍰🎂🍰🎂🍰
Ucapan Selamat Hari Lahir! Kepada semua guru-guru dan staf yang lahir pada bulan Ogos

Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan.

🎂Cikgu Woo Lee Fang
🎂Cikgu Chew Ngit Ngo
🎂Cikgu Felicia Anak Ajat
🎂Cikgu Fuziah Binti Ahmad
🎂Cikgu Gheetha A/P Narayanan
🎂Cikgu Muhammad Ridzuan Bin Abdul Rahim
🎂Cikgu Anum Dalila Binti Zainol Abidin

Photos from SMK Seri Perling's post 21/08/2024

PERTANDINGAN BOLING PPKI SMK SERI PERLING 2024 🎳

Tarikh: 21 Ogos 2024
Tempat: Daiman Bowl Johor Jaya

Pentaksiran Kompetensi Dan Literasi Tingkatan 2 2024 21/08/2024

LITERASI SAINS TINGKATAN 2 LITERASI BACAAN TINGKATAN 2 LITERASI KEWANGAN TINGKATAN 2 LITERASI MATEMATIK TINGKATAN 2

Pentaksiran Kompetensi Dan Literasi Tingkatan 2 2024 LITERASI SAINS TINGKATAN 2 LITERASI BACAAN TINGKATAN 2 LITERASI KEWANGAN TINGKATAN 2 LITERASI MATEMATIK TINGKATAN 2

Photos from SMK Seri Perling's post 21/08/2024

TENDER KANTIN SMK SERI PERLING DIBUKA SEKARANG

Sesiapa yang berminat, boleh hadir ke sekolah 01/09/2024 sehingga 30/09/2024

Photos from SMK Seri Perling's post 21/08/2024

📍 Bengkel Kepimpinan & Jejak Maklumat Kemerdekaan Pengawas Pusat Sumber SMK Seri Perling.

Tarikh : 20 Ogos 2024
Hari : Selasa
Masa : 1.30 petang - 4.30 petang
Sasaran : Semua Pengawas Pusat Sumber Sekolah

Photos from SMK Seri Perling's post 20/08/2024

SUKMA 2024

🥉🔥Tahniah kepada Saudara Mohd Noor Iman berjaya meraih pingat gangsa dalam acara Rejam Lembing! You make us proud🥉🔥

Want your school to be the top-listed School/college in Johor Bahru?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

🏅Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas MSSD Johor Bahru 🏅🏅Tarikh : 13-15 Ogos 2024🏅Tempat : Stadium Azman Hashim, Universit...

Category

Address


Jalan Undan 8 Taman Perling
Johor Bahru
81200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Other High Schools in Johor Bahru (show all)
Alumni SMK Taman Bukit Indah Alumni SMK Taman Bukit Indah
Persiaran Indah Utama, Taman Bukit Indah
Johor Bahru, 81200

Jemput masuk alumni SMK Taman Bukit Indah

SMK Sultanah Engku Tun Aminah - SETA SMK Sultanah Engku Tun Aminah - SETA
Jalan Sungai Chat
Johor Bahru, 80100

Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Engku Tun Aminah, Jalan Sungai Chat, 80100 Johor Bahru, Johor, Malaysia.

Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Fatimah Hashim Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Fatimah Hashim
SMK Tun Fatimah Hashim, Jalan Nibong 48, Taman Daya
Johor Bahru, 81100

Page Rasmi Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Fatimah Hashim

SMK Dato' Jaafar SMK Dato' Jaafar
Jalan Yahya Aldatar Johor Bahru Johor Darul Takzim
Johor Bahru, 80300

SEJARAH SMK DATO' JAAFAR

JJ2 Johor Bahru JJ2 Johor Bahru
Jalan Teratai 32, Taman Johor Jaya
Johor Bahru, 81100

SMK TAMAN JOHOR JAYA 2, Jalan Teratai 32, Taman Johor Jaya, 81100 Johor Bahru, JOHOR

Tuition Centre Panduan Tuition Centre Panduan
62A Jalan Molek 2/1 Taman Molek
Johor Bahru, 81100

We are a MOE recognised tuition centre. We provide tuition for Primary and Secondary levels.

宽柔中学至达城分校 宽柔中学至达城分校
Jalan Purnama 4
Johor Bahru, 81750

本校为一间民办的华文独立中学.教学与行政媒介语以华语为主。我们以推展五育兼顾的素质教育,以德育为核心。 同时,致力于提升华、国、英三语教与学的能力,培育学生学习、沟通、处世及创意、创新的能力。

SMK Taman Universiti SMK Taman Universiti
Jalan Pendidikan
Johor Bahru, 81300

JEA1049 - SMK Taman Universiti, Skudai. Pengetua : En. Saiful Azizi B. Mohd Yassin

SMK Sultanah Engku Tun Aminah SMK Sultanah Engku Tun Aminah
Jalan Sungai Chat
Johor Bahru, 80100

Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Engku Tun Aminah, Jalan Sungai Chat, 80100 Johor Bahru.

Md Liton hossain Md Liton hossain
Johor Bahru

SMK Sri Tebrau SMK Sri Tebrau
Jalan Rentaka, Taman Sri Tebrau
Johor Bahru, 80050

Sekolah Menengah Sri Tebrau, Johor Bahru, Johor, Malaysia SMK SRI TEBRAU ( SMST )

Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru (SMTJB) Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru (SMTJB)
Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru, Susur 7, Jalan Tun Abdul Razak
Johor Bahru, 80350

Mengumpulkan gambar dan maklumat SMTJB bermula dari penubuhannya pada tahun 1974.