Dapur Cik Mul

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Dapur Cik Mul, Food & Beverage, Kajang.

Menjual cili dan bawang kisar.

🌢️ Tiada bahan pengawet
🌢️ Dijamin HALAL
🌢️ Homemade
🌢️ Produk muslim

Untuk menjaga kualiti produk kami, bahan mentah akan diproses berdasarkan tempahan.

31/05/2024

What's that mama?

Oooh, this is kidnap or in malay we call it kuah rojak and in Kelantan we call it colek.

Lepas tu pak dio nyampuk. Don't forget the sengau part. Colek!

Sedap wei colek ni. Tak jual di shopee.

Colek thai ni nampak sedap
https://s.shopee.com.my/5KqOQI3ayj

29/04/2024

Ibu-ibu s**a bag ke pasar yang macam mana?

Kalau saya... Ini kalau saya tau.

Saya s**a yang
βœ…saiz sedang elok, muat letak purse, fon, kunci kereta + kunci rumah.
βœ…Tali adjustable. Jika bawa anak dengan baby carrier kita panjangkan. Jika bawa anak dengan stroller kita adjust bagi pendek. Jika bawa anak dengan baby carrier saya prefer untuk slingkan bag tu. Lebih selamat berbanding sandang bag di tepi.

Eh, sebenarnya nak beritahu, ada bag pergi pasar murah untuk ibu-ibu. Tapi harga murah tu untuk hari ini sahaja.

Jom cuci mata di sini
https://s.shopee.com.my/20Z6rOjAci

20/04/2024

Laksa Johor 10 orang makan untuk family in law.

Haaaa caption acah-acah Atikah Suhaime gitu.

Cuma video muka sendiri masak tu, macam tak sanggup nak buat 🀣🀣🀣🀣

Ini laksa johor mengelat namanya. Sebab kita pakai paste https://shope.ee/2VV96HrraL

19/04/2024

Macaroni untuk potluck jamuan raya sekolah Mulia siap!!!

Kalau ikutkan mim alif lam sin acik ni, acik beli je susu kotak ni https://shope.ee/9A21FmUQoK

Tapi itulah, pak cik suruh sediakan makanan sihat. Susu tu, tak berapa sihat untuk standards pak cik πŸ˜†

Maka tersedialah macaroni lengkap dengan daging dan sayur.

Mula-mula, acik cincang bawang holand dan bawang putih kemudian tumis sehingga naik bau.

Setelah itu, acik masukkan tomato yang dicincang. Nak berikan rasa masam. Acik tak letak tomato sos, nak sihat punya pasal πŸ˜†

Tomato dah sebati hancur elok, acik masukkan daging cincang.

Air daging dah mengering, acik masukkan brokoli yang dipotong. Makan ya, sayur brokoli tu sampai habis.

Brokoli sudah lembut, acik masukkan macaroni. Letak garam dan gaul sebati. Garam tu, buat syarat je. Bagi rasa-rasa. Pak cik tak s**a makanan masin. Ok!!! Siap.

Selamat menjamu selera anak-anak.

14/04/2024

Haaa... Bekas macam ni kan helok.

Kalau bekas kuih raya jenis l***r ni, selalu tau jumpa penutup dia longgar macam ni https://shope.ee/5KpAxzjlLn leceh nak kena seal p**a dengan salotape. Tak pun, jumpa yang jenis penutup susah buka. Sakit oi jari jemari.

Yang berskru ni kan senang
https://shope.ee/9pHaJeQS39

09/04/2024

ΨͺΩ‚Ψ¨Ω„ Ψ§Ω„Ω„Ω‡ Ω…Ω†Ψ§ ΩˆΩ…Ω†ΩƒΩ…

30/03/2024

Saje la nak bagitahu. Kalau masak tomyam tapi takde KAFIR yang ni, tomyam tak berapa sedap πŸ˜…

https://shope.ee/9UeMhCNh4x

19/03/2024

Musim panas ni memang nyaman je kalau berbuka dengan lai chi kang. Rasa segar.

Saya prefer gula batu berbanding gula putih. Rasa manis-manis buah sahaja. Memang rasa refreshing.
https://shope.ee/6V0T6Wa7ZI

Ni kalau letak buah kabung pun sedapkan.
Buah kabung kering dari kelantan boleh dapatkan disini https://shope.ee/g2g9wWh5U

16/03/2024

Sushi simple-simple untuk moreh.

Masak beras sushi bersama sedikit garam dan minyak bijan.
Kemudian gulungkan bersama lobak merah, isi ketam, timun dah telur dadar.
Rebus dahulu isi ketam dan lobak merah.
Syiaaappp!! Sushi simple untuk moreh

Makanan yang tak terlalu berat untuk moreh.

Tapi itulah, yang tukang gulungnya seorang. Tukang ngapnya 10 orang πŸ˜…

Kami pakai beras sushi ini
https://shope.ee/7pVlopHTnL

Nak roll sushi mestilah guna sushi roller
https://shope.ee/2fnffQuivD

11/03/2024

Ψ±Ω…ΨΆΨ§Ω† ΩƒΨ±ΩŠΩ…

11/03/2024

Mak-mak, tengah planning idea berbuka dan sahur ke tu?

Untuk bersahur, apa kata mak standby granola. Since kita dah b**k*t cereal jenama N tu. Kita gantikan dengan granola. Lebih sihat. Anak-anak pasti s**a.

Di sini boleh dapatkan granola pelbagai flavour. Boleh mix dan match flavour tau.
https://shope.ee/2LAh10t4Ov

Dah ada granola mesti nak ada sus**an? Baru lah sedap. Ok, ini link susu farm fresh https://shope.ee/AKCyZxU8Ab

Selamat menyambut Ramadhan ❀️

07/03/2024

Santan Kara 65ml ni praktikal sangat la hai.

Sesuai untuk sekali masak bagi keluarga kecil.
Kalau guna santan 200ml tu, mesti ada bakikan? Santan kara ni pekat, jadi guna sedikit dah cukup. Bila guna santan yang berbaki tu untuk masakan yang lain, santannya jadi tak cantik. Mungkin sebab kotak dah dibuka. Ada santan kecil molek ni, selesai masalah.

Nak beli santan 65ml secara borang 36pcs ada di sini
https://shope.ee/2ArAZtWznb

Nak beli satu-satu pun boleh, RM1.20 sahaja sekotak
https://shope.ee/2ArAZtWznb

06/03/2024

Dia macam ni tau, kalau makan nasi ambeng ke, lontong kering ke, serunding kelapa tu sekadar di pinggiran gituuu, rasa dia ibarat bawa kereta manual baru masuk gear satu lepas tu enjin mati.

Haaaa... Begitu.

Tak sampai rasa tu, tak boleh nak pergi jauh.

Ok, ok, kita faham nak masak serunding kelapa ni renyah. Nak berdiri lama depan dapur sambil gaul-gaul serunding tu. Kalau hangus sikit, dia jadi kering ke, rasa tak berapa nak sedap. Tapi, jangan la letak ciput gitu je 😭😭

Link serunding Agri Sunan Kalijogo
https://shope.ee/9ex9odqifc

Begitu nama, kalau tak sedap tak tau la.

Bulan Ramadhan nak dekat, serunding daging penyelamat sahur.

Ini link serunding asli Kampung Laut yang glamour tu
https://shope.ee/7pVVfwWJGT

03/03/2024

Telur pindang

Semalam abah bawa balik goodies dari kenduri. Dapat 3 biji telur pindang. Jaman now ni, memang susah betul nak dapat berkat telur pindang. Bila dapat telur pindang memang rasa lah keberkatannya tu πŸ˜… 3 biji p**a. Happy lah yang dirumah. 🀣

Telur pindang ni, nak masak ambil masa 3-4 hari. Di masak dengan api yang kecil. Dicampur dengan segala dedaunan dan rempah ratus yang ada di muka bumi. Haaaa .. sebenarnya kita tak tahu daun dan rempah apa yang digunakan πŸ˜…

Ada la dulu memori sekitar umur 5-6 tahun, pengasuh kita ambil order telur pindang. 2 kawah besar kalau sekali masak. Baunya memang agak pelik sewaktu dimasak. Ialah, segala daun dan rempah ada dalam kawah tu.

Nak cuba rasa telur pindang, boleh cari di sini
https://shope.ee/4KvYhg38ug

Pre order 12 hari. Rasanya dapat order baru seller masak.

Nota: berkat / goodies / siso

02/03/2024

Ada yang nak shopping sakan sempena 3.3 ke? Moh kita guna voucher.

Limited tau.

https://shope.ee/3AjaZzHT1U

Photos from Dapur Cik Mul's post 28/02/2024

Lauk hari ini, sayur lemak sawi + labu masak lemak, sambal tempe, telur goreng, paru berlado. Meriah lauk.

Paru berlado tu, tak berapa rajin nak masak. Kita beli je wak πŸ˜….

Sedap paru berlado ni, pedas dia average, paru tu lembut betul πŸ‘. Ada rasa masam-masam sikit. Manis dan masin tu balance. Tiada rasa yang terlebih.

Paru berlado ni, ready to eat dah. Dia macam dendeng KA tu la, dah siap tinggal makan je.

Nak Ramadhan ni, memang perlu standby tau makanan ready to eat ni. Mesti ada hari yang kita tak sempat nak masakkan? Jadi makanan macam ni lah penyelamat 🀭

Paru berlado saya beli di kedai ni
https://shope.ee/5AUZpAReU2

Macam - macam ada tau di kedai ni. Serunding, ikan bekok, rendang, pes asam pedas dan pelbagai makanan ready to eat yang lain.

23/02/2024

Musim panas lit lit, minum air sejuk sedap ni.

Tumbler siap engraved nama ada kat sini:
https://shope.ee/AUVy76VI30

21/02/2024

Baked macaroni versi melayu syiiiaaaaap!!!

Ni left over macaroni sup semalam. Tak habis, kita tukarkan dia jadi hidangan baru πŸ˜…

Hanya tambahkan sahaja mozarella dan daun sup. Senangkan?

Tak buat pun sos bechamel sebab tak de bahan. Ala... Tak pe kan, kita yang buat dia. Asal boleh je la.

Bila dah masak tu, bau dia macam masuk cafe Mama Mia. Tiba-tiba rindu UIA 😭

Tempered glass ni memang idaman hati tau. Sebelum raya macam nak sambar. Ni sebab kat rumah mak kan. Cantik la perkakasnya. Kalau rumah kita, kita bakar dalam loyang je wak πŸ˜†

Konon-konon nak menangguhkan keinginan. πŸ˜† Padahal bukan mahal sangat pun https://shope.ee/5AUOfocMn5

Photos from Dapur Cik Mul's post 21/02/2024

Tadi basuh chopper Khind ni. Laaa.. senang sangat nak basuh. Tanggalkan blade, basuh bekas dan penutup.

Tak payah leceh-leceh macam basuh blender konvensional tu.

Kedai ni paling murah tau RM 92 https://shope.ee/8pNgfTH5WT ada kedai jual sampai 136

Seller tengah live tu, boleh dapat murah.

Boleh claim voucher live di sini https://shope.ee/ViYkDl7zL

Photos from Dapur Cik Mul's post 18/02/2024

Adah, carikan mak chopper.

Ok mak.

Kita pun survey survey la, shopee, tiktok. Sebelum beli tu, propose kat mak. Sebab pakai duit mak kan πŸ˜…

Mak nak yang ni?
Tak nak kecil sangat.

Yang ni?
Ok ke? Cepat rosak tak?

Ok, dah dapat dah kesimp**annya carikan yang:

- capasiti besar; boleh chop banyak terus
- ada brand

Cari punya cari. Jumpa jenama khind. Ok, cantik. Siap ada untuk blend buah lagi. Mak memang s**a minum juice buah.

Ok mak, yang ni ya https://shope.ee/mDPQv1fk

Dah guna tu memang mak puas hati.
Tip top 10 ⭐.

16/02/2024

Hey what's up guys!!!

Ada yang dah ready ke tu? Topup shopee pay siap-siap ok.

https://shope.ee/2LA1P4fREO

15/02/2024

Peminat tumbler,

Tumbler Montigo ni ada offer RM1 tau jam 12 tengahari ni. Harga asal RM73. Tumbler ni dah 15k sold tau, 4.9 ⭐

Boleh grab di sini https://shope.ee/m8JOLoup

Kalau nak usha tumbler lain, ini link Montigo Official Store https://shope.ee/7KYj3AdZ8y

Nak cari lagi barang seringgit. Boleh usha sini https://shope.ee/10efVGPrpz

15/02/2024

Haaaalooooo kaki soping di shopee.

Sekarang ada offer Global Free Shipping dari Shopee tau.

Moh la kita claim voucher siap-siap di sini

https://shope.ee/9pG40QSAjr

13/02/2024

Ada yang boleh suggest cromboloni yang sedap area Lembah Klang atau JB?

Saya dah try makan satu. Tapi tak puas hati. Kenapa makanan hype tapi tak sedap ya?πŸ˜…

Cafe yang saya beli cromboloni ni, kira hype hype juga la dalam kawasan yang kami duduk sekarang. Pastry dan kek nya memang sedap. Beli tu memang confirm la puas hati.

Satu hari kami makan late lunch di cafe ni. Sedang kami makan tu, tiba-tiba cafe menjadi penuh. Ini kejadian aneh πŸ˜…

Saya pun buka IG cafe. Oooh... Rupanya orang berebut untuk beli cromboloni.

Kita ni tak ikut la kan perkembangan semasa, jadi macam hairan lah. Konon-konon nak cuba juga tapi sebab ramai sangat yang beratur, kami batalkan niat. Hari-hari lalu cafe ni kan. So anytime boleh beli.

Balik rumah, saya pun search la apa dia cromboloni ni. Menarik, sebab proses pembuatannya lebih kurang croissant. Croissant di cafe ni memang sedap. Pastrynya lembut dan ringan. Rasa buttery tak muak. Saya fikir mesti cromboloni dia pun sedap.

Saya pun beli lah. Suri rumah kan. Kita beli time waktu pejabat. Tak lah berebut πŸ˜†

Sekali makan, alahai, kecewanya. Harga 3x lebih mahal dari croissant. Saya tahu harganya mahal disebabkan proses pembuatan yang rumit. Tapi kenapa rasanya begini. Overated nya πŸ˜”

Cromboloni ni overated atau memang ada yang sedap?

03/02/2024

Pancakes πŸ₯ž for breakfast

Resepi
https://youtu.be/ZlTNLqsvEUU?si=myjx0sDqO7sYm0Sf

Pinggan lagend:
https://shope.ee/6fIjAaXPxg

Pelbagai pilihan saiz pinggan dan cawan
https://shope.ee/4pr4zXJ7R3

30/01/2024

Menu paling senang bila malas masak samada tomyam atau pun sup.

Dah lama sebenarnya tak masa tomyam.

Semua bahan dah potong. Didihkan air, masuk lengkuas, serai, bawang putih. Buka peti ais, eh.. dah habis p**a https://shope.ee/6zvU0yTol8

Ok, tak pe kita adjust. Letak kiub tomyam lebih sedikit. Masukkan kiub, ayam dan sayur-sayur yang dah dipotong. Tengok dalam rak, ehhh.. mana p**a https://shope.ee/10eGs7dHLp

Ya Allah, dua bahan takde. Takpe lah, kita buat dia. Asal boleh makan kan? Adjust, tambah garam sikit.

Ok, syiiiiaaaap!!!

Nak nampak rajin sikit, kita goreng la telur dadar. πŸ˜†

30/01/2024

Tisu viral

Dua kedai makan yang kami selalu pergi guna tisu ni. Sangkut berdekatan singki. Mudah nak ambil tisu setelah basuh tangan.

Saya macam wow!! Bagusnya ada tisu macam ni. Suami kata tisu ni viral di TikTok. Owh, tak tahu p**a. Sewaktu suami beritahu tu, saya fikir mesti tisu ni ayam-ayam, asal boleh je. Mesti nipis. Benda viral ni bukan boleh percaya.

Sekali bila basuh tangan... Wah!!! Tebal, serap air. Guna sehelai pun dah cukup.

Cari di shopee, ada jual la. Kedai ni sekarang tengah buat live tau
https://shope.ee/6KfmRHw9lZ
boleh claim voucher shopee.

29/01/2024

Minggu lepas, mak datang rumah. Bermalam 2 hari di sini.

Mak berkenan dengan 2 makhluk ni πŸ˜… .

Yang kanan tu, kami beli di Cowboy. Periuk belanga di Cowboy memang tiada tandingan.

Mula pakai saya macam tak berapa s**a sebab bila kuali dah panas minyak di kuali masih belum cukup panas. Dah lama guna, baru panasnya sekata. Kuali ni tebal dan berat, memang sedap nak mengacau. Guna untuk goreng nasi dan menumis memang mantap πŸ‘. Hasil tumisannya memang puas hati. Masak asam pedas dan kari guna yang ini walaupun ada kuali non stick. Di rumah mak ada juga yang begini, tapi nipis sedikit.

Saya cari di shopee ini yang seakan sama

https://shope.ee/3Aijfik6AT
https://shope.ee/1LH5UaOoVt

Yang kiri tu, saya beli di shopee brand Qware
https://shope.ee/40HqfdoYTp

Beli untuk gantikan periuk sebelum ni yang dah tertanggal lapisan nonstick dan handlenya selalu longgar. Biasa la, kitakan sopan santun anak melayu bila di dapur 😁. Asam pedas, asam rebus dan singgang sesuai sangat. Sayur bening pun saya masak guna periuk ni, senang ada penutup. Handlenya memang mantap, melekat terus pada periuk. Nak menumis pun seronok, permukaannya tebal. Cumanya saya punya ni agak kecil sedikit, tak puas nak menggaul bahan tumisan. Next time, ada rezeki macam nak beli satu lagi yang lebih besar 🀭. Harganya agak keras bagi saya, tapi memang puas hati. Ok la kan kalau boleh guna sampai 10 tahun lagi. Ayat sedapkan hati 🀣

Kuali kanan tu, tiada penutup tau. Saya beli asing di sini https://shope.ee/1ftvtvVhGC . Asalnya untuk gantikan penutup pengukus yang dah pecah. Tapi padan p**a dengan kuali ni. Rezeki 2 in 1 πŸ˜…

Photos from Dapur Cik Mul's post 28/01/2024

Terbaca posting di group , puan ni tanya cara bersihkan bread toaster.

https://m.facebook.com/groups/817376338450896/permalink/2364187947103053/?mibextid=Nif5oz

Cehhhh kita pun macam nak cadangkan la bread toaster yang kita guna kat rumah ni. Rasa macam dah habis canggih dah bread toaster ni sebab ada tray. Tarik je terus tray bawah tu untuk buang breadcrumbs. Ada penutup bahagian atas lagi.

Sekali baca komen, laaaa ... Semua bread toaster ni memang boleh buka ya bahagian bawah dia. Cuma ada yang berskru, ada yang klip sahaja untuk tarik bahagian bawah tu. Baru tahu πŸ˜…

Toaster ni dapat reviews 5 ⭐ tau di shopee.

Want your business to be the top-listed Food & Beverage Service in Kajang?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Website

Address


Kajang
4300
Other Food & Beverage in Kajang (show all)
I Love 2 Munch Enterprise I Love 2 Munch Enterprise
Kajang
Kajang

We are only selling the Best Favorite Food, that suitable for you to Munch anytime you!

Choc Chip Cookies NZ Choc Chip Cookies NZ
D-8-4, BLOK D, RESIDENSI ADELIA, PERSIARAN BANGI Avenue 2
Kajang

Hi semua! saya ada jual cookies disini

Nzcrunchies.kj Nzcrunchies.kj
Kajang

οΏ½ Postage, COD, Self-pickup & Delivery available οΏ½ Self-pickup BDR TEKNOLOGI KAJANG οΏ½Free COD

Rempeyek Ketagih Viral Bangi Rempeyek Ketagih Viral Bangi
C-02-13&15, Jalan Sri Kenari 12, Taman Sri Kenari
Kajang, 43000

Kami merupakan pengedar Rempeyek Ketagih Viral kawasan Bangi. Perkhidmatan kami termasuk penghantaran COD atau pembelian online di Fb marketplace/Shopee/Lazada/PG mall.

Char Koew Teow Padu Sg Tangkas Char Koew Teow Padu Sg Tangkas
Jalan Bistari
Kajang, 43000

Makanan dan Minuman

Caramel - YumzYumz Caramel - YumzYumz
Kajang, 43000

Your No.1 favourite dessert local shop. Solve your cravings here! Preorder ONLY! COD Kajang (Sat & Sun)

Smile Homemade Nut Butter Smile Homemade Nut Butter
Kajang, 43000

Freshly Homemade Nut Butter

Serunding Garing Bangi Serunding Garing Bangi
C-02-13&15, Jalan Sri Kenari 12, Taman Sri Kenari
Kajang, 43000

Kami merupakan pengedar Serunding Garing kawasan Bangi/Kajang/Serdang. Perkhidmatan kami termasuk penghantaran COD atau pembelian secara online di platform Fb marketplace/Shopee/La...

Fizzy Juice Malaysia Fizzy Juice Malaysia
Jalan REKO KAJANG
Kajang

Fizzy Juice was founded in 2012 to provide local va**rs in Malaysia. Fizzy Juice, which is once a home based business, finally move to a factory with better facilities and equipmen...

Aunty Lan Homemade Noodles Aunty Lan Homemade Noodles
15, Ground Floor, Jalan 1, Taman Berjaya Baru, Sg Chua
Kajang, 43000

syifakhalid syifakhalid
Taman Seri Pengaman Sg. Jelok
Kajang

NIMS CRISPY CHOCO TUB and others delish snack!!

Rendang Palembang Cikgu Leha Rendang Palembang Cikgu Leha
Kajang, 43000

Rendang "PALEMBANG CIKGU LEHA" merupakan produk makanan 'READY TO EAT'. Sangat sesuai dihidangkan untuk seisi keluarga. Merupakan produk frozen yang sesuai dimakan pada bila-bila ...