Digitalisasi Bisnes PKS

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Digitalisasi Bisnes PKS, Business consultant, Lot 10B, Arked Mara Kajang, Jalan Reko, Kajang.

Digitalisasi adalah "penggunaan teknologi digital untuk mengubah model perniagaan dan menjana peluang pendapatan dan nilai baru; Ini adalah proses peralihan kepada perniagaan digital."

09/11/2023

Kenapa pengiklanan penting dalam sesebuah bisnes?
Apabila satu laman web dibangunkan untuk memperkenalkan perniagaan tuan-tuan ke seluruh dunia, yer bukan seluruh negara, tapi seluruh dunia boleh akses ke laman web anda, penting untuk memastikan laman web tersebut menjadi medium pengiklanan penting yang akan menyampaikan maklumat berkenaan perniagaan anda..

Justeru, pembangunan laman web akan mengambil masa yang lama untuk meletakkan laman web kita berada di hadapan laman carian Google atau mana-mana search engine..

Tapi ada satu cara untuk mempercepatkan proses penyampaian maklumat tadi iaitu dengan beriklan, tidak kira sama ada menggunakan medium pengiklanan dari search engine itu sendiri seperti Google Ads, Youtube Ads, atau pun anda juga boleh menggunakan medium pengiklanan dari media sosial yang lain seperti Facebook Ads, Instagram Ads, Tiktok Ads, dan sebagainya..

Saya ada kongsikan graf bagaimana laman web yang tidak berapa ramai pengunjung boleh meningkat trafik dalam sekelip mata dengan menggunakan Ads, dan Ads ini sebenarnya bertujuan untuk mempromosikan satu2 produk secara direct tepat kepada prospek mengikut Algorithm yang telah kita tetapkan, tapi sebenarnya kita melakukan 2 perkara dalam satu2 masa, iaitu engine carian juga akan mula 'mengenali' laman web anda berkenaan apa, jadi inilah peluang untuk laman web anda berada ke depan halaman engine carian seperti Google..

Wallahualam..

07/06/2022

Apa lagi nikmat yang nak didustakan kalau dah sampai 148 potential customer mencari produk atau perniagaan anda😊

Jom digitalkan perniagaan anda dan berkawan rapat dengan encik Google

Kita dapat lihat ramai usahawan sekarang ini terlalu fokus kepada media sosial hingga ada yang melupakan search engine paling terbaik di dunia adalah Google

Ianya ibarat kita ingin membina sebuah rumah, tapi kita lupa nak kukuhkan lantai dan tiang, kita terlalu fokus kepada warna cat dinding dan pintu design macam mana nak pakai

So kepada usahawan di luar sana, cuba lah rapat2kan diri dengan Google, dalam masa yang sama teruskan untuk mendapatkan trafik di media sosial



..
Ingin mengukuhkan jenama perniagaan anda di dunia digital? bina laman web perniagaan anda di sini..
Layari..
https://jualanautomatik.com

13/04/2022

Wahhh, google pun dah integrate dengan Touch n Go eWallet, para peniaga di luar sana bila lagi nak laksanakan tambahan pilihan pembayaran macam Google ni😃



..
Ingin mengukuhkan jenama perniagaan anda di dunia digital? bina laman web perniagaan anda di sini..
Layari..
https://jualanautomatik.com

08/06/2021

PUSH MARKETING VS PULL MARKETING

Hi Assalamualaikum, seperti yang dijanjikan, hari ini saya ingin kongsikan tips berkenaan PUSH MARKETING vs PULL MARKETING.
Disebabkan content berkenaan Digital Marketing amatlah luas, pada kali ini saya akan ‘nampak’ seperti menunjukkan kelebihan Google dan kekurangan Facebook, tapi s**a saya nyatakan bahawa saya TIDAK SAMA SEKALI memperkecilkan kelebihan pemasaran menggunakan Facebook.
Dengan kata yang paling mudah, Push Marketing melibatkan aktiviti mengetengahkan atau memaksa produk anda untuk dilihat oleh pelanggan (biasanya melalui pengiklanan berbayar ataupun promosi).
Manakala Pull Marketing p**a menggunakan strategi menarik pelanggan ke arah produk atau jenama anda secara semulajadi (biasanya melalui kaedah perkongsian info yang menarik dan relevan).
Dalam strategi pemasaran online (online marketing), kedua2 strategi ini ada pros and cons masing-masing. Nanti dibawah saya akan kongsikan apakah pros and cons perbezaan kedua2 jenis strategi marketing ini.
Untuk bagi anda lihat dengan jelas, saya akan andaikan kepada anda contoh bagi setiap jenis strategi ini:
Contoh A – Abu menjual penapis air yang pop**ar di pasaran dan menyewa tapak kecil di pintu masuk sebuah pasaraya.
Contoh B – Rizal membuka kedai gunting rambut di shoplot sekitar perumahannya.
Kalau dilihat pada kedua2 usahawan ini, masing-masing nyata ada kelebihan masing-masing. Abu akan berjumpa dengan ramai orang dan dia ada prospek yang cukup banyak untuk dia promosikan penapis air yang dijual. Manakala Rizal p**a, walaupun kedainya bukan berada di laluan utama, namun kawasan perumahan sekitarnya ada penduduk yang padat.
Mari kita lihat p**a contoh anda, sebagai penduduk yang duduk di sekitar perumahan Rizal dan selalu ke pasaraya tempat Abu mempromosikan penapis airnya.
Saat rambut anda sudah panjang, anda akan sendirinya pergi ke kedai Rizal dan menggunakan perkhidmatan Rizal untuk memperkemaskan rambut anda dan Rizal tak pernah pun memanggil anda setiap kali anda lalu di hadapan kedainya. Sedangkan, walaupun dalam sebulan tu sudah sepuluh kali anda berkunjung ke pasaraya, setiap kali anda terserempak dengan Abu, anda akan cuba mengelak Abu walaupun di rumah anda masih tiada penapis air.
Jadi, dalam dunia online marketing, Abu boleh kita lihat sebagai menggunakan konsep PUSH MARKETING, manakala Rizal menggunakan konsep PULL MARKETING. Push Marketing yang tidak menggunakan strategi yang betul, akan menelan banyak duit kos pengiklanan anda. Manakala Pull Marketing p**a kadangkala tidak perlu mengeluarkan kos pengiklanan dah boleh menarik pelanggan dengan sendirinya.
Baiklah, mari saya kongsikan fakta, purata carian Google di Google Search mencecah 3.5 billion sehari dan purata carian ini sudah tentu lebih jauh dari purata carian di Facebook.
2 portal carian yang paling utama di dunia kini adalah Google Search dan Youtube Search. Kedua-dua portal carian ini masih mengungguli purata carian pelanggan meninggalkan pesaingnya.
Jadi soalan cepumas saya, kenapa perlu bersusah payah ‘memaksa’ pelanggan beli produk anda di Facebook sedangkan di Google Search ada banyak pelanggan-pelanggan yang hauskan produk anda?
Namun begitu, ingin saya ulangi bahawa pengiklanan di Facebook juga adalah berkesan jika kena pada caranya. Jadi saya ingin nyatakan beberapa pros and cons berkenaan kedua-dua strategi pemasaran ini.
Untuk beriklan di Google, beberapa perkara ini perlu diambil kira:
1. Perlu ada website / landing page / sale page
2. Perlu pelajari teknik Google Ads yang betul
3. Perlu ada akaun Google
4. Perlu tahu dengan jelas apakah ‘keyword’ yang dicari pelanggan
Untuk beriklan di Facebook p**a:
1. Perlu ada akaun Personal Facebook
2. Perlu ada akaun yang aktif dan bukan untuk beriklan semata2
3. Perlu ada page
4. Perlu mengenalpasti dengan jelas siapakah bakal pelanggan
5. Perlu ayat copywriting yang memukau agar dapat menarik pelanggan
6. Perlu ada video / gambar yang cantik untuk menarik mata pelanggan yang sedang bersosial
Baiklah, sekarang anda sudah nampak perbandingan Push Marketing dan Pull Marketing. Kedua-dua teknik ini ada kelebihan dan kekurangan masing-masing, namun melalui teknik yang betul, anda akan berjumpa dengan sasaran pelanggan anda dan membuat jualan.
Dapat sesuatu? In Syaa Allah di lain masa saya akan kongsikan lagi tips2 lain berkenaan Digital Marketing.
Berminat untuk belajar dengan lebih detail tentang teknik pemasaran yang betul? Klik pada link di bawah. Semoga bisnes yang anda jalankan sekarang ini akan mencapai Turning Point perubahan positif suatu hari nanti, In Syaa Allah.
https://bizturningpoint.mastersyak.com/

01/06/2021
30/05/2021

Facebook profile vs page

Assalamualaikum, so hari ni kita berjumpa kembali, hari ni saya nak share satu perihal yang tak berapa nak penting, tapi agak penting…

Okey sekarang ni dah ramai yang ada pelbagai akaun sosial media, namun facebook masih mendapat permintaan tinggi untuk menjalankan perniagaan dan pengiklanan. Akan tetapi pengguna facebook telah terkelompok dalam peringkat umurnya sendiri kerana ramai pengguna sosial media yang lebih muda kini tertumpu kepada medium lain seperti instagram dan tiktok.

Namun begitu, kuasa pengiklanan facebook masih berpengaruh dan masih membantu ramai usahawan untuk menjana p**angan perniagaan. Akan tetapi ada sedikit kesilapan yang dilakukan oleh pengguna facebook yang perlu diperbetulkan pada masa yang akan datang.

Mungkin ramai yang tahu dan biasa menggunakan Facebook Profile dan mungkin juga ramai yang masih tak tahu menggunakan atau mencipta page. Disebabkan jumlah friends yang ramai di kalangan pengguna Facebook Profile menyebabkan hebahan dan promosi yang dijalankan di Facebook Profile mendapat sambutan dan boleh menjana jualan. Namun terdapat banyak lagi kelebihan yang boeh didapati dengan menggunakan page berbanding Facebook Profile:

1. Fb Profile limit kepada 5000 orang kawan manakala capaian Fb page merangkumi jutaan pengguna Facebook seluruh dunia.
2. Fb profile hanya boleh di log in oleh anda sahaja manakala Fb page boleh diakses oleh mereka yang dilantik oleh anda untuk menguruskannya.
3. Hebahan yang dibuat di Fb profile tidak dapat dianalisa sebagaimana iklan yang dibuat menggunakan Fb page.
4. SEO hanya berfungsi untuk page dan bukan profile (hanya sesetengah profile sahaja yang berjaya dijumpai oleh enjin carian)
5. Mengikut terma sebenar Facebook, mereka tidak membenarkan aktiviti perniagaan seperti promosi produk dilakukan di Fb profile, namun kerana sedikit kelonggaran ramai pengguna yang melakukannya dan akhirnya ada di kalangan pengguna yang telah di ‘block’ akaunnya.

Jika anda sudah sedia menggunakan Fb profile dan menjana keuntungan hasil dari hebahan di Fb profile anda, bertindaklah segera, ‘create’ Fb page dengan mudah sekali dan mulakan pengiklanan di Fb page. Ini kerana capaian Fb page lebih besar, lebih jauh dan lebih ramai.

Anda bukan sekadar dapat mengiklankan produk anda kepada lebih ramai pelanggan yang berpotential, malah anda dapat menganalisa data pelanggan anda dan dapat memperbaiki mutu pengiklanan serta target pelanggan anda di masa hadapan agar kos pengiklanan dapat dikurangkan dan pelanggan yang tepat dapat dicapai.

Dapat sesuatu? In Syaa Allah di lain masa saya akan kongsikan lagi tips2 lain berkenaan Digital Marketing.
Berminat untuk belajar dengan lebih detail tentang teknik pemasaran yang betul? Klik pada link di bawah. Semoga bisnes yang anda jalankan sekarang ini akan mencapai Turning Point perubahan positif suatu hari nanti, In Syaa Allah.
https://bizturningpoint.mastersyak.com/

30/05/2021

Selamat datang para usahawan semua!

Want your business to be the top-listed Business in Kajang?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

Address


Lot 10B, Arked Mara Kajang, Jalan Reko
Kajang
43000

Other Business consultants in Kajang (show all)
TASLY Danshen Empire TASLY Danshen Empire
Lot 90 Kajang Waterfront
Kajang, 43000

BUSINESS APPORTUNITY

A&A HR Consultancy A&A HR Consultancy
28, Jalan Kajang Mewah 19, Taman Kajang Mewah
Kajang, 43000

- Job Description - HR Letters - HR Policies - HR Forms - General advisory - Payroll management

GBA Accounting 外包会计 GBA Accounting 外包会计
No. 16-1, Jalan RIA 4, KAWASAN PERINDUSTRIAN RIA
Kajang, 43300

One - Stop Accounting solution Accounting | Taxation | Payroll | Advisory Navigating accounting the smart way 抛开传统会计 助中小企业腾飞 Greatbiz Advisory - (TR0286420-V) #会计医生

MPacademyprojects MPacademyprojects
Prima Saujana
Kajang

peluang belajar jana income tanpa jual produk!

PennaWaris Sdn Bhd HQ PennaWaris Sdn Bhd HQ
No 503-G Kompleks Diamond, Jalan Medan Bangi Seksyen 16, Bandar Baru Bangi
Kajang, 43650

Pennawaris Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat pengendali perancangan dan pengurusan harta pusaka Islam

Projek buat duit viral Projek buat duit viral
Kajang, 43650

Money Exchange Company Money Exchange Company
Kajang, 43000

MyAngkasa Amanah Berhad - MAAB Bangi MyAngkasa Amanah Berhad - MAAB Bangi
57-2 Jalan Seri Putra 1/4 Bandar Seri Putra
Kajang, 43000

SY Warisan Enterprise adalah salah satu rakan niaga (RNP) dengan MyAngkasa Amanah Berhad (MAAB) bagi

Zulfadli Kamarudin Takaful Ikhlas Zulfadli Kamarudin Takaful Ikhlas
Bandar Seri Putra
Kajang, 43000

MONEY IN NEED IS MONEY INDEED. Boleh Layari Link Dibawah Untuk Lebih Lanjut � https://wa.link/hibahcouple

Muallim Nazif Muallim Nazif
No 2A, 4, Jalan Penggawa
Kajang, 43200

💎Business Owner 💎Health and Wellness Specialist 💎 Leadership and Networking Business

KLIK ME Technology KLIK ME Technology
Kajang, 43000

Digital Marketing Service. Training & Consulation.