Amir Runner Myeg

Urusan Tukar Hak Milik Kereta dan Motosikal Dimana Sahaja Hingga Ke Pintu Rumah/Pejabat Anda Tanpa Perlu Ke JPJ

13/01/2022

Insurans Third Party boleh claim kalau excident???
----------------------------------------------------------------------------------
Aik, bukan kalau insurans third party langsung takleh claim ke kalau excident?

Haa...
Sebenarnya boleh je...
Tapi ada syarat nye...
1)Ada pihak ketiga yang terlibat
2)Insurans pihak ketiga tu masih valid
3)Pihak ketiga tu yang salah. Kalau korang yang salah, maka pihak ketiga tu lah yang akan claim insurans korang..

Kenapa macam tu?
Haaaa...Berbalik kepada topik kita...
Apa maksud insurans third party tu sebenarnya?
Insurans third party tu bermaksud, polisi tersebut akan melindungi pihak ketiga (kalau kemalangan tu melibatkan pihak ketiga).
So kalau kemalangan tu berlaku atas kecuaian pihak pertama (iaitu korang sendiri) atau sebab keadaan jalan ke, haiwan melintas ke, polisi korang tak boleh claim...

Kenapa ada 3rd party fire n theft?
Sebab by default, polisi insurans 3rd party tak cover apa2.
Tapi dengan adanya 3rd party fire n theft, korang boleh claim insurans kalau berlaku kebakaran atau kecurian.

Selalunya kalau kereta korang dah lebih daripada 20tahun, memang tak boleh nak buat insurans 1st party (atau nama lain dia comprehensive).

Masih tak jelas lagi???
Nah, 0123973795 roger brader ni...
InsyaAllah dia boleh tolong...

Yang Benar,
Abang Jamil

Photos from Amir Runner Myeg's post 25/10/2021

PERLU SANGAT KE KERETA GUNA INSURANS 1ST PARTY?
Okeh.Harini abang nak cerita, apa itu insurans 1st party.
Macam yg korang tahu, 1st party ni lebih mahal daripada 3rd party.
Tapi,apa yg 1st party tawarkan?

1ST PARTY
Bahasa melayunya, pihak pertama.
Ya, insurans 1st party akan cover pihak pertama dan pihak ketiga kalau berlakunya kemalangan.
Pihak pertama tu owner kereta, iaitu pemegang polisi.
Pihak ketiga adalah orang lain yang terlibat dalam sesuatu kemalangan.
Kalau korang sebagai pemegang polisi 1st party, tak perlu risau kalau korang salah atau tak salah.
Insurans akan cover.
Cuma kalau korang salah, korang kena bayar saman RM300, NCD korang jadi 0% dan kalau polisi korang ada excess loading (selalunya dia akan state dalam polisi,disebabkan korang ada risiko-pernah terlibat kemalangan atau umur terlalu muda atau terlalu tua) korang perlu bayar excess tu..
Contoh claim repair rm10k.
Polisi korang ada excess loading rm400.
So korang perlu bayar rm400 tu..
Tu je.
The rest, pihak insurans akan cover.
Selain kemalangan, insurans 1st party juga cover kecurian.
So kalau kereta korang kena curi, pihak insurans akan tunggu pihak polis tutup kes, dan diorg sendiri jugak akan siasat.
Jika tiada sebarang keraguan, maka bayaran pun akan diberi.
Kebakaran juga akan cover secara automatik kalau korang ambik 1st party.
Tapi macam kehilangan tadi, diorang akan siasat dulu punca kebakaran tu.
Berapa diorang akan bayar?
Walaupun korang ambik sum insured market value, diorang takkan bayar full.
Hehe.
Diorang akan bayar market value ketika kemalangan/kecurian/kebakaran berlaku.
Sebagai contoh, korang insured rm10k untuk wira tahun 2007.
Harini, value wira tu rm6k.
So korang hanya dapat rm6k je.
Kalau korang nak dapat full claim, korang kena ambik agreed value, instead of market value..
Mahal sikitlah harganya...
Ha..
Sebenarnya, insurans 1st party ada macam2 option tambahan.
Banjir, bencana alam, cermin depan pecah dan lain-lain.
Yang ni kena tambah duit.
Untuk towing ketika kereta korang mengalami kerosakan, by default pihak insurans akan cover 50km pertama.
Kalau etiqa, cover 200km woo...
Haaa..
Tapi insurans 1st party hanya cover kereta yg berumur kurang daripada 20 tahun sahaja..
Iswara abang berumur 14tahun..
So thats why abang ambik 1st party.
Tahun ni je dah 4 kali dia naik towing free..
Hehe...

So abang rasa untuk kali ni, abang cerita 1st party dulu.
Next time, abang cerita tentang 3rd party pulak.

Yang Benar,
AJ

12/09/2021

Nak renew roadtax kereta, tapi taknak pegi JPJ, pejabat pos, Myeg, atau guna runner?
Ha...Ni abang korang ada satu lagi alternatif untuk renew roadtax kereta korang...
Untuk kereta (individu/syarikat) dan Van/4x4/jip (individu/syarikat), korang dah boleh renew roadtax korang kat Puspakom!
Ye betul...
Kat Puspakom...
Kalau korang hantar kereta untuk inspection, korang boleh terus renew roadtax dan insurance kat Puspakom
Kalau korang tak bawak kereta untuk inspection, just jumpa polis bantuan Puspakom dan daftar/ambik giliran untuk pegi kat kaunter roadtax/insurance.
Mudah kan?
Korang masih malas lagi???
Myeg kan ada..
Semua di hujung jari..
Order je lah online!
Nak tukar milik kenderaan, jangan lupa roger abang...
Babai...

Pelari Puspakom&JPJ,
Abang Jamil

30/08/2021

"Apakah syarat wajib tukar hakmilik kenderaan???"
Pergh...Dah macam ujian PAFA spm lak...
Hehe..
Harini abang nak share tentang syarat wajib tukar hakmilik kenderaan.
Sama macam kahwin.
Kalau nak kahwin, ada syarat wajib yang kita perlu patuhi, supaya pernikahan tu sah disisi syarak dan undang-undang...
Kalau nak nikah, wajib ada calon suami, calon isteri, wali, saksi dan akad...
Salah satu takde, tak sah pernikahan tu.
So kalau kenderaan pulak, wajib ada kenderaan, geran, pemilik asal dan pemilik baru.
Boleh ke tukar hakmilik tanpa ada pemilik lama?
Jawapannya tak boleh.
Wajib ada pemilik lama. Pemilik lama adalah pemilik sah dari segi undang2, dan kehadiran pemilik lama diperlukan untuk mengesahkan kebenaran urusan tukar milik ni..
Untuk pemilik meninggal dunia,salah seorang waris perlu dapatkan surat kuasa (melalui amanah raya/bhgn pusaka kecil pejabat tanah) untuk urusan tukar milik.
Cuba bayangkan kalau pemilik kereta Nissan Skyline R34 meninggal.
Lepas tu ada org cakap dia boleh buat tukar milik tanpa kebenaran waris.
Waris sepatutnya ada hak terhadap kereta tu,tapi ada pihak yg guna kaedah menyalahi undang-undang untuk tukar kepada nama orang lain.
Waris jadi teraniaya sebab tak dapat hak mereka dek kerana tindakan tak bermoral pihak tersebut.
So nasihat abang kepada semua, jauhilah perkara yang menyalahi undang-undang.
Sebab kat dunia kita lepas, tapi kat akhirat waris2 atau pemilik asal akan tuntut kat kita...
Tak ke haru...

Yang Benar,
PU Jamil Al-Myeg

19/07/2021

Tengah mantai nak sambut raya ke tu???
Oleh kerana tak dapat balik raya, so abang bedal jelah job puspakom dan tukar nama kereta harini...
Setel job ni, Alhamdulillah dapat job tukar nama lagi dekat2 Bangi...
So kpd customer2 abang,abang ucapkan Selamat Hari Raya 'Idul Adha...
Semoga pengorbanan kita di dunia ni diterima oleh Allah dan diberikan ganjaran syurga hendaknya..
Amin...

Salam Perantauan,
-Bang Jamil-

07/07/2021

TUKAR MILIK KENDERAAN
---------------------------------------------
Dalam 10 orang yang abg jumpa nak jual kereta, secara purata hanya 3 org je yang tahu dan faham apa yang perlu dibuat kalau nak jual atau beli kenderaan.
Untuk jual kereta sekarang ni dah senang,sebab ada 3rd party yang sediakan platform selamat untuk orang yang takde masa dan malas nak pening-pening fikir prosedur jual beli.
Tapi untuk yang nak uruskan sendiri,meh sini abg terangkan apa yang korang perlu buat.

Tukar Milik Motosikal
------------------------------------
Tukar milik motosikal tak susah. Sebabnya tak perlu hantar motosikal ke puspakom
Boleh terus buat tukar nama.
Untuk penjual, sebelum jual,korang pastikan motosikal korang dah takde tuntutan hakmilik.
Kalau motor tu korang beli cash,takde masalah.
Tapi kalau korang beli loan,walaupun dah habis bayar,tolong check dengan kedai atau financer korang,motor tu dah dilepaskan atau belum tuntutan hakmilik tu...
Kemudian korang pastikan takde saman blacklist.
Boleh check kat website JPJ.
Ada 3 saman yang akan menyebabkan kenderaan korang disenarai hitam@blacklist dan menyebabkan tak lepas tukar nama, iaitu saman takde lesen,saman takde roadtax dan saman takde insurans.
Walaupun bukan owner yang bawak semasa kena saman,kenderaan tu tetap akan disenarai hitam...
Untuk pembeli,korang pun kena check jugak perkara seperti di atas ni ye.

Bila dah yakin motor dah clear,korang boleh iklankan motor korang kat platform macam wasap group,fb korang,insta,marketplace fb,mudah dan lain-lain.
Bila dah dapat buyer, pastikan buyer datang dan tengok kenderaan korang betul-betul.
Bila kedua pihak dah berpuas hati, pastikan pembeli bayar full baru bagi motor.
Banyak kes abang tengok kat group fb,konon-konon kesian kat buyer,buyer mintak bayar ansuran,lepas dapat motor terus hilang.
So korang perlu berhati-hati.
Lepas dah bayar, korang buat tukar nama.
Ada beberapa cara untuk tukar nama.
Guna mysikap. Yang ni RM3
Pegi JPJ. Yang ni RM3.
Guna khidmat runner MYeG macam abang.. Yang ni bergantung kepada runner.
Cas abang minima RM100.
Kalau jauh sikit ada tambahan duit minyak.
Lagi selamat korang panggil abang masa buyer nak ambik motor.
Bila buyer ambik,nama pun dah selesai tukar.
Takyah korang pening-pening ada saman ke, buyer guna untuk buat jenayah ke.
Pengalaman abang sendiri, ada sebuah kereta abang yg abang dah jual 9tahun lepas.
Sampai sekarang tak tukar nama.
Saman berderet.
Owner baru asik bagi alasan bila suruh bayar saman dan tukar nama.

Tukar Milik Kereta
------------------------------
Basically sama je macam motor.
Cuma beza nya,korang perlu hantar kereta ke puspakom untuk pemeriksaan B5.
Abang nasihatkan korang sebagai penjual buat siap-siap B5 ni.
Nak pergi sendiri boleh,nak suruh runner macam abang pun boleh.
Kalau pegi sendiri, B5 ni RM35.30 je.
Kalau runner buat, bergantung.
Range harga adalah RM130-250.
Area lembah klang korang boleh panggil puspakom datang rumah rumah jugak.
Kos dalam RM130+-.
Bila dah B5, proses sama macam motor tadi.
Lepas buyer dah bayar full, baru release kereta.
Kemudian terus buat tukar nama.
Kalo mysikap RM100, kat JPJ Rm100.
Kalau guna khidmat abang, RM250 minimum..
Sekali lagi abang tekankan, tolong buat tukar milik cepat-cepat.
Sebab akan ada macam-macam masalah kalau buyer tu kena tahan/lakukan kesalahan.

Ok. Kalau korang ada apa-apa kemusykilan, roger je abang di talian 0123973795.
Malas nak save no abang?
Nah,tekan je link ni
https://www.wasap.my/60123973795

Yang Benar,
Abang Jamil

LELAKI ‘KENCING’ DOKTOR BELI JAGUAR XF BERNILAI RM90,000 KENA TAHAN - Mekanika 25/04/2021

Ok, kat sini abang nak tanya.
Siapa yang tau prosedur untuk membeli atau menjual kenderaan?
Abang yakin, mesti ramai antara korang yang tak tau pun apa yang perlu dibuat dan prosedur selamat utk jual beli kereta...
Korang nak abang share cara2 dan prosedur selamat untuk buat urusan jual beli kereta tak???

https://www.mekanika.com.my/lelaki-kencing-doktor-beli-jaguar-xf-bernilai-rm90000-kena-tahan/?fbclid=IwAR0m1aWPqHzWpNaZy0VLjS9WQy_L8Sm_COK_-nImOjsaraBu_1JJ6B2m7Rs

LELAKI ‘KENCING’ DOKTOR BELI JAGUAR XF BERNILAI RM90,000 KENA TAHAN - Mekanika Lelaki disyaki memperdayakan seorang doktor dalam urusan jual beli kereta Jaguar XF bernilai RM90,00

17/04/2021

Korang tak larat nak beratur kat JPJ untuk urusan tukar nama kereta/motor?
Takdehal.
Korang roger je abang.
Abang datang kat korang.
Area Lembah Kelang harga sama.
Kalau yang area N9 ke,Perak ke,Johor ke,Pahang ke,pon boleh.
Asalkan korang payung duit minyak je...
Customer ni dari Taiping.
Tq support bang.
Ha,yang korang tu bila lagi nak support abang jamil kau ni?

-abang jamil, -

Want your business to be the top-listed Autos & Automotive Service in Kajang?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Website

Address


Kajang
43000

Other Cars in Kajang (show all)
Saga Facelift Semenyih Bangi Kajang Saga Facelift Semenyih Bangi Kajang
Kajang

Merapatkan sillaturahim antara kita. mana tau nak TT @ konvoi ke.

Proton beranang 4s.azmin Proton beranang 4s.azmin
Semenyih. Beranang
Kajang, 43500

PROTON. BERANANG, 4S.azmin.0193313185

Recond My Sales Recond My Sales
Jalan Cheras Lama
Kajang, 43000

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera � Disini Saya Menjual Kereta Recond Import Dari Japan (Unregisted) Berminat @ Pertanyaan Call @ Whatapps 0194573949 �

Proton 3S Selangor K.L- 016-3640736 Proton 3S Selangor K.L- 016-3640736
PT 33059, Persiaran Jelok Impian , Taman Jelok Impian
Kajang, 43000

Authorised Proton Sales Dealer. Proton 3S centre. Do contact me for any enquiry about proton vehic

Fai Mitsubishi Central Fai Mitsubishi Central
Kajang

Seorang Sales Consultant Mitsubishi yg menjual Triton Athlete, VGT, Quest & Xpander

HongLee Rental & Used Car HongLee Rental & Used Car
NO. 160, DESA SEROJA, Jalan JELITA 1, JALAN REKO
Kajang, 43000

Hong Lee Rental Used Cars (Office) : 03-87397687 Leong :019-319 3919 David : 016-3733326

Kereta Murah Bangi Kereta Murah Bangi
Kajang SILK
Kajang, 43000

M1 Number Sdn Bhd M1 Number Sdn Bhd
No 11-G Jalan Kajang Indah Taman Kajang Indah Sg Chua
Kajang, 43000

m1 number

Perodua Salak Tinggi Perodua Salak Tinggi
Kajang, 43000

Formula Rahsia Untuk Performance Kereta NX-1 PRO Formula Rahsia Untuk Performance Kereta NX-1 PRO
3A-16 Saville, Jalan Reko
Kajang, 43000

KELEBIHAN NX1-PRO ✔️ Melindungi komponen enjin ✔️ Kurang bunyi bising & bunyi tappet ✔️

卡·门 CARmenS' Dealer 卡·门 CARmenS' Dealer
1, Jalan Sungai Long, Bandar Sungai Long
Kajang, 43000

Buy or sell used car can contact me ��

Car Platform Car Platform
SG. RAMAL
Kajang, 43000

�Car platform � �Nilai harga tertinggi �最高价收购你的旧车 �Servis pintu ke pintu �上门检查你们的旧车 �Pembayaran want dan tukar nama turus �现场割名,现场转账 �100%Safety